Adsense

Rabu, 15 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


'Saya bukan derhaka'

Posted: 14 May 2013 07:12 PM PDT

Afiq Muiz dedah krisis keluarga, bingung dakwaan ibu konon dia berubah hati

Enggan membuka pekung keluarga membuatkan aktor, Afiq Muiz, 21, lebih rela memendam rasa.

Namun, semalam, ketika tersebar cerita kononnya Afiq anak derhaka seperti yang didakwa ibunya, Hasliza Mohamad, 48, jejaka ini tampil mendedahkan kemelut dalaman keluarga termasuk hubungan dengan ibu.

Dakwa Afiq, sejak mula berlakon, hampir semua pendapatannya diserahkan kepada ibu setiap bulan.

Namun, sebagai anak, Afiq bingung segala perhatian yang diberi termasuk wang ringgit seakan tidak mencukupi.

"Ya, selama ini saya berdiam sebab malu jika orang tahu ibu saya seperti tamakkan duit. Setiap kali saya habis shooting, bukan khabar ditanya, sebaliknya ada duit atau tidak. Banyak manalah (pendapatan) yang saya dapat. Namun, saya bagi sebab tak mahu dicaci atau dicop tak mengenang budi.

Simpan bukti

"Ibu menuduh saya bagai derhaka dan menyumpah seranah, tapi kenapa ibu tidak cerita apabila pulang ke rumah, hanya kata-kata kesat dihamburkan. Saya marah adik-adik yang kurang ajar dengan memanggil saya bodoh, dikata pula baran.
"Saya ikut apa saja perintahnya. Tidak tinggal sebumbung pun jadi isu. Bukan saya tidak sayang, saya fikir daripada asyik bergaduh, baik saya tinggal di luar. Saya tetap menghubunginya dan singgah ke rumah. Namun, kenapa layan saya seperti sampah?" katanya meluahkan perasaan terpendam.

Afiq mendakwa, dia menyimpan banyak bukti termasuk dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan desakan memberi wang, selain pernah dipukul saudara sendiri berpunca masalah sama.

Luahan penuh emosi itu dilakukan Afiq atau nama sebenarnya, Muhamad Afiq Muiz Azman Shah selepas Hasliza mendakwa anaknya durhaka dalam sebuah portal hiburan. Hasliza juga mendakwa Afiq berubah sikap sejak rapat dengan seorang artis wanita.

Prasangka umi jejas hubungan

Afiq yakin gadis dimaksudkan ibunya adalah Iena Azman, 18, rakannya yang paling akrab sejak empat tahun lalu. Menurut Afiq, Iena banyak membantunya ketika susah.

Tambahnya Afiq, dia malu bukan saja kepada masyarakat malah Iena dan keluarganya apabila terheret sama dalam konflik itu.

"Sebenarnya, bukan Iena saja. Mana-mana gadis yang rapat dengan saya pasti menjadi mangsa umi yang akan menghubungi mereka tanpa usul periksa. Macam sebelum berkawan dengan Iena, saya punya kekasih, tetapi hubungan saya tidak kekal disebabkan prasangka umi.

"Salahkah saya berkawan? Adakah ibu pasti setiap gadis yang rapat dengan saya mahu menghabiskan duit saya? Umi dakwa sejak kenal Iena saya habiskan RM30,000. Tahukah ibu saya hanya gunakan tidak sampai separuh untuk membeli perabot dan televisyen rumah sewa saya.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Isu dedah pakaian dalam: Tak sangka niat bergurau makan diri

Posted: 14 May 2013 07:10 PM PDT

Kuala Lumpur: Pelakon Sharifah Sakinah, 24, yang mencetus kontroversi gara-gara memuat naik rakaman video yang didakwa berunsur lucah ke laman sosial, menjelaskan tidak menyangka niat bergurau dan mengusik kru produksi dalam aksi terbabit, memakan diri.

Sharifah Sakinah yang memohon maaf atas perbuatannya itu, mengakui kesal dan berjanji berhati-hati apabila berkongsi detik peribadi di laman sosial.

Sekadar mengusik

"Rakaman video itu sekadar mengusik. Saya tak sangka ia jadi besar begini. Di mata saya dan beberapa pelakon yang bersama ketika rakaman dibuat tidak menganggap ia isu besar. Lalu, saya tak berfikir banyak kali ketika memuat naik rakaman itu.

"Saya mengaku silap menyebut pakaian dalam. Saya fikir semua hal membabitkan agama, politik atau yang berkaitan kehormatan diri amat sensitif. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas kesilapan ini," katanya.

Sejak beberapa hari lalu, Sharifah Sakinah dihentam kerana tindakannya memuat naik rakaman video ke laman sosial popular, Keek milik pelakon Anzalna, baru-baru ini.

Rakaman itu memaparkan aksi Sharifah Sakinah mengajuk gaya pertuturan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza selain mendedahkan dia mengenakan pakaian dalam berwarna merah.
Sifat 'gila-gila'

Sharifah Sakinah berkata, individu rapat dengannya tahu sifatnya yang 'gila-gila' dan tidak dipengaruhi bahan terlarang.

"Mungkin ada yang melihat wujud personaliti berbeza antara realiti dan watak baik yang saya lakonkan. Saya ingin menegaskan saya bukan di bawah penggunaan bahan terlarang ketika rakaman video itu dibuat," katanya.

Selasa, 14 Mei 2013

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Eina Azman Minta Ibu Afiq Muiz Mohon Maaf

Posted: 14 May 2013 06:19 PM PDT

Afiq Muiz - Saya Dihalau Ibu

Posted: 14 May 2013 06:18 PM PDT

Syarifah Sakinah Ada Penyakit?

Posted: 13 May 2013 08:14 PM PDT

Afiq Muiz Buang Keluarga

Posted: 13 May 2013 08:07 PM PDT

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Saya bukan anak derhaka - Afiq Muiz

Posted: 14 May 2013 02:53 AM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 14 Mei - "Saya tidak derhaka tetapi dihalau keluar dari rumah oleh ibu."

Itulah ungkapan bela diri daripada pelakon yang sedang meningkat naik, Afiq Muiz atau nama sebenarnya Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 21, terhadap dakwaan ibu kandungnya, Hasliza Mohd.

Hari ini, ibu kandung kepada pelakon drama Mimpi Cinderella itu dalam sebuah portal berita menyatakan rasa terkilan akan perubahan sikap anak bujangnya setelah bergelar pelakon dan menjalin hubungan dengan seorang pelakon wanita, Ainur Syakina Azman atau Eyna.

Menurut Afiq, dia tidak meninggalkan rumah tetapi dihalau keluar setelah berlaku salah faham antara mereka berdua.

"Antara saya dan ibu ada berlaku sedikit salah faham apabila ibu menganggap rakan baik saya, Eyna cuba mengikis harta saya. Sesungguhnya saya sedih dengan sikap ibu yang langsung tidak memikirkan kesan perkara ini terhadap saya.

"Saya percaya ibu melakukan itu semua sebab tidak puas hati dengan saya yang enggan menanggung perbelanjaan keluarga dan sekali gus menyalahkan Eyna. Sedangkan Eyna tidak terbabit langsung," katanya sedih.

Afiq yang mengadakan sidang akhbar tergempar untuk menjelaskan kedudukan sebenar hubungannya dengan keluarga di Subang, Selangor hari ini, turut ditemani oleh Eyna. - UTUSAN ONLINE

Anuar Zain memilih gandingan dalam persembahan

Posted: 13 May 2013 10:32 PM PDT

Oleh GARRET DAWUM

KUALA LUMPUR 14 Mei - Penyanyi hebat, Anuar Zain mengakui dirinya lebih memilih jika ingin digandingkan dalam setiap persembahan.

"Saya lebih suka bekerjasama dengan orang yang saya kenal terutama kawan-kawan. Dengan itu, keserasian akan lebih nampak jelas apabila berada di atas pentas.

"Memang tidak dapat saya nafikan, setiap penyanyi ada keistimewaannya. Ramai yang bagus tetapi saya tidak akan menyanyi dengan orang yang sebarangan.

"Jadi bila berkolaborasi bersama kawan saya akan lebih selesa dan seronok. Tidak mungkin kita nak bekerjasama dengan orang yang kita tidak kenal?" katanya ketika ditemui di Studio Utusan sempena sesi fotografi album terbarunya, semalam.

Album terbaru Anuar Zain itu berjudul Anuar dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas yang memuatkan 14 buah lagu solo dan gandingan bersama Dayang Nurfaizah.

Dalam pada itu, Anuar memberitahu, bahawa dia sangat menginginkan persembahan duet bersama penyanyi tersohor, Adibah Noor.

Sebelum ini, penyanyi kelahiran Indonesia, Rossa pernah menyatakan hasrat untuk menyanyi bersama Anuar Zain. - UTUSAN ONLINE

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Aznil tarik diri

Posted: 13 May 2013 05:08 PM PDT

Tinggalkan program realiti Masterchef Selebriti 2 kerana mahu jaga ibu uzur

Demi ibu tercinta, Datuk Aznil Nawawi berundur daripada meneruskan cabaran Masterchef Selebriti 2 (MCS2), malam kelmarin. Keputusan Aznil itu mengejutkan peminat, teman seperjuangan dan pasukan produksi program realiti itu yang sudah memasuki episod ke-13.

Bukan mahu mencipta kontroversi, sebaliknya Aznil sukar memberikan perhatian kepada pertandingan kerana ibu, Norbaiti Surur, 88, makin uzur dan kerap mendapatkan rawatan di hospital.

"Hasrat menarik diri sudah saya fikirkan semasaknya. Selain MCS2, saya ada tugas sepenuh masa di Astro. Hanya Ahad saya dapat meluangkan masa sehari suntuk bersama ibu. Sebenarnya, sejak akhir tahun lalu, ibu kerap sakit. Batuk pun boleh membuatkan ibu ditahan di wad seminggu.

Syukur keluarga memahami

"Pada waktu begini, kami sebagai anak perlu memberi perhatian kepadanya. Syukur selama ini, adik-beradik sangat memahami keadaan saya yang sentiasa sibuk, tetapi saya sendiri harus menunaikan tanggungjawab ini.

"Sebelum ini pun, dalam keadaan ibu sakit, saya terbang ke Melbourne, Afrika dan London demi tuntutan tugas. Ketika musim pilihan raya, saya menyertai jelajah ke seluruh negara. Walaupun kami adik-beradik sering berhubung, saya rasa sangat bersalah," kata anak keenam daripada tujuh bersaudara itu.

Dari nada suara, jelas menggambarkan kasih sayang mendalam seorang anak terhadap ibu. Walau perlu berhenti separuh jalan dengan MCS2, Aznil yakin semua pihak memahami keadaannya.
Tak tenteram ketika memasak

Aznil mengaku, sepanjang mengharungi cabaran MCS2, tumpuannya kerap terganggu kerana memikirkan ibu yang ditinggalkan bersama pembantu dan jururawat peribadi.

"Apabila memasak, kita perlu lakukan sepenuh hati. Tetapi fikiran saya sentiasa di rumah hingga kerap ditegur juri. Mana tidaknya, andai ada masa rehat, saya akan hubungi adik beradik atau pembantu bertanyakan keadaan ibu. Itu belum lagi curi-curi membelek telefon, bimbang ada panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada mereka.

"Daripada jiwa tidak tenteram memikirkan orang tersayang, baik saya undur diri. Itu lebih adil untuk semua. Kalau ikutkan, saya mahu tarik diri lebih awal lagi. Namun, minggu ini saya nekad. Biarlah saya berkorban demi insan tercinta," katanya yang terpaksa menapis undangan ke luar ibu kota.

Bagi bapa kepada dua cahaya mata itu, pengorbanan dicurahkan ibu hingga dia menjangkau 51 tahun, tidak mungkin dapat dibalas atau dinilai dengan segunung intan.

Kongsi Pengacara Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 itu lagi, didikan, nasihat, tunjuk ajar serta kasih tanpa sepadan ibu meletakkan dirinya di tahap sekarang.

"Jasa seorang ibu sangat besar. Bersama restu dan sokongannya, saya dan adik-beradik terus gigih melangkah. Sekarang, dalam keadaannya yang kurang sihat, kami harap dapat menemaninya walaupun bergilir-gilir," katanya.

Aznil berkata, atas nasihat doktor, dia terpaksa mengehadkan kunjungan pelawat ke rumah berikutan ibunya mudah diserang penyakit termasuk batuk dan selesema.

Berikutan pengunduran Aznil daripada MCS2, pengarah Michael Ang yang sepatutnya tersingkir pada episod sembilan, dimasukkan semula dan bersaing dengan 13 peserta lain seperti Syanie, Lydiawati dan Celina dalam program itu.

Isnin, 13 Mei 2013

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Sharifah Sakinah minta maaf rakam video berbaur lucah

Posted: 13 May 2013 05:23 AM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN

SHARIFAH Sakinah mohon maaf...

KUALA LUMPUR 13 Mei.- Pelakon Sharifah Sakinah hari meminta maaf diatas penyebaran video berbaur lucah yang dirakamnya melalui telefon bimbit seorang lagi rakan artis, Anzalna Nasir beberapa hari lalu.

Menegaskan perbuatanya itu sekadar gurauan, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 24, berkata, dia sedikitpun tidak menyangka video yang dimuat naik melalui laman Keek Anzalna itu mengundang kontroversi hebat.

"Saya rasa mungkin sebelum ini tidak ada artis yang berani berbuat begitu, sebenarnya mereka salah faham. Ianya sekadar gurauan.

"Ketika saya merakamkan video berkenaan, Anzalna turut berada bersama saya. Kalau diikutkan memang saya berperwatakan gila-gila, mungkin ramai yang tidak kenal saya sehingga melabelkan saya sebegitu," katanya yang turut memberitahu Anzalna yang memadamkan video tersebut selepas dimuat naik. - UTUSAN ONLINE

Siti Nurhaliza lancar muzik video Galau

Posted: 13 May 2013 01:13 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 Mei - Penyanyi popular, Siti Nurhaliza hari ini melancarkan lagu dan muzik video terbaharunya berjudul Galau selepas kejayaan single duetnya Muara Hati bersama Hafiz.

Galau yang berkonsepkan pop ini mengisahkan tentang hubungan dua insan yang saling memerlukan antara satu sama lain sebagai pasangan kekasih.

''Lagu ini berkaitan rasa gundah sang kekasih apabila terpaksa berjauhan dengan orang tersayang,'' kata Siti.

Dalam majlis yang sama, Siti turut mengatakan pihaknya sedang dalam proses pemilihan lagu-lagu untuk album terbaru beliau yang dijangka dikeluarkan akhir tahun ini. - UTUSAN ONLINE

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Erti Persahabatan Kirk & Spock

Posted: 13 May 2013 01:35 AM PDT

Perkenalan awal mereka boleh digambarkan sebagai tegang. Seperti yang dilihat di dalam filem 'Star Trek' (2009), Spock telah tampil membuat pendakwaan terhadap James T. Kirk kepada Starfleet Academy, di mana dia menuduhnya menipu ketika menjalani ujian simulasi Kobayashi Maru.

Tuduhan berkenaan menyebabkan Kirk digantung tugasnya buat sementara waktu. Keadaan bertambah buruk apabila Kapten Christopher Pike melantik Kirk sebagai pegawai kanan Spock, memaksa mereka untuk bekerjasama.

Sememangnya perwatakan mereka cukup berbeza. Spock seorang Vulcan yang bersandarkan pada pemikiran logik dan di luarannya, seakan tidak beremosi.

Zachary Quinto yang sekali lagi diberi tanggungjawab menggalas watak ikonik Spock, memberitahu filem 'Star Trek Into Darkness' melihat Spock bergelut dengan persoalan emosi dan apa maknanya menjadi seorang sahabat.

"Di permulaan filem, Kirk telah membuat beberapa keputusan yang akhirnya memakan diri sendiri, malah turut membahayakan nyawa Spock. Spock, benar kepada jati dirinya, sanggup mengorbankan nyawanya demi menegakkan undang-undang.

"Tetapi Kirk tidak akan membiarkan kawannya mati disebabkan hanya beberapa peraturan. Percanggahan pendapat di antara mereka menjadi tema sepanjang filem. Namun ada satu ketika di mana Spock akhirnya memahami apa erti persahabatan, bila dia sendiri mengakui memiliki kemampuan menaruh emosi terhadap orang lain."

Berlainan pula Kirk. Kapten kapal Enterprise itu mempamerkan sifat-sifat idealistik manusia dan lebih cenderung membuat keputusan berdasarkan naluri.
Namun, di sebalik perbezaan personaliti mereka, kedua-duanya memiliki keinginan yang sama iaitu untuk menerokai angkasa lepas, merungkai persoalan-persoalan keajaiban saintifik dan menghormati semua bentuk kehidupan. Terikat dengan matlamat ini, Spock dan Kirk berjaya membentuk satu persahabatan dan kerjasama yang unik dan utuh.

Bak kata Chris Pine yang membawa watak Kirk, "DNA mereka cukup berbeza tetapi akhirnya, mereka menemui sintesis sebagai sahabat."

'Star Trek Into Darkness' 3D & 3D IMAX akan menemui peminat di pawagam bermula 15 Mei ini manakala tayangan rasmi pada 16 Mei.

Kematangan Estranged

Posted: 12 May 2013 05:18 PM PDT

Kumpulan alternatif sedia berdepan risiko terbit album baru dalam kelembapan pasaran demi peminat

Tewas dengan desakan peminat biarpun terpaksa mengambil risiko dalam kelembapan pasaran album, kumpulan Estranged akhirnya bakal tampil dengan buah tangan ketiga berjudul Anugerah Hidup.

Walaupun agak keberatan melangkah ke studio pada mulanya, kumpulan dianggotai Azwin Andy, 30, Solihuddin Hormat, 29, Nor Hanafi Noor Hadi, 31, dan Richael L Gimbang, 31, ini akhirnya akur dengan desakan peminat. Apatah lagi sudah empat tahun mereka tidak ada produk baru.

Bagi mereka, apa lagi mahu dikongsi dengan peminat melainkan dendangan terbaru yang menceritakan perjalanan hidup sejak mencipta populariti dalam dunia hiburan.

Berkunjung ke Studio HIP di Balai Berita di Kuala Lumpur, baru-baru ini, kumpulan Estranged yang memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 2008, muncul kali terakhir dengan album Remain Unknown. Selepas menerbitkan satu persatu single iaitu Pengganti, Borneo dan Baru yang mendapat sambutan hangat di stesen radio tempatan, Estranged menyatukan tiga lagu terbabit bersama tujuh lagu ciptaan sendiri dalam sebuah album.

Uniknya, album ini menampilkan sisi berbeza Estranged iaitu kebanyakan lagu yang dicipta mengambil inspirasi daripada pengembaraan mereka ke merata pelusuk tempat sejak dua tahun lalu.

"Kami terbabit dalam rakaman program Ekspresi Kembara ke Gua Mulu dan Langkawi. Boleh dikatakan dari situlah terhasilnya lagu Borneo di mana ia menceritakan soal alam semula jadi dan manusia di sekelilingnya.

"Boleh disimpulkan kami mendapat idea untuk mencipta lagu daripada pengembaraan dan mungkin untuk album keempat, kami akan ke Eropah atau Afrika untuk mencari idea. Untuk album ketiga, kami akan mengembara ke pedalaman hingga ke Tambunan, Sabah untuk mendapatkan inspirasi," kata Andy.
Andy berkata, proses pembikinan album mengambil masa lama dan disebabkan itu mereka sepakat menerbitkan satu persatu single.

"Pada masa sama, kami meluangkan masa menulis lagu lain. Dalam album ini, kami memberi tumpuan kepada sisi lembut kami dan lebih positif. Ini secara tak langsung memberi inspirasi kepada pendengar.

"Anugerah Hidup menggabungkan ciri Estranged yang lama dan baru. Namun, album ini masih kekal berkonsep alternatif dan disuntik dengan eleman 1990-an selain akustik. Album ini banyak memperdengarkan kematangan anggota Estranged," katanya.

Timba ilmu dalam Versus

Album ketiga Estranged akan diterbitkan sebaik saja komitmen mereka dengan program Versus selesai. Menumpukan banyak masa dengan program interpretasi penggubahan lagu itu, Estranged gembira mereka berpeluang menimba ilmu dengan Versus.

Antara kumpulan yang berpengalaman di arus perdana seni tempatan, Estranged tidak mahu terlalu yakin untuk mengalahkan empat kumpulan lain iaitu Kyoto Protocol, Kristal, Manifesto dan Oh Chentaku. Bagi kumpulan yang ditubuhkan pada 2001 ini, mereka mahu bergembira setiap kali muncul di pentas dan menyampaikan lagu gubahan mengikut cara sendiri.

"Kami tak mahu terlalu memikirkan soal kemenangan. Kami akui setiap minggu adalah tekanan untuk kami menggubah lagu tugasan. Tak dinafikan memang kami mahu menang, siapa yang tak mahu menang. Tapi kami mahu terus merendah diri dan bergembira dengan setiap persembahan selain menghiburkan peminat.

"Pada mulanya, kami mengaku agak sukar hendak mengikut rentak pertandingan Versus. Selepas minggu ketiga barulah kami mula faham. Mereka memberi kebebasan untuk kami menggubah lagu diberi. Kami fikir apa yang paling sukar sebenarnya ialah keluar dari zon selesa kami," ujar Rich.

Sementara itu, Rich juga bercerita mengenai minat Amy Search untuk berkolaborasi bersama Estranged. Namun, mereka belum ada lagu sesuai untuk berduet dengan penyanyi rock lagenda itu.

Ahad, 12 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tiz Zaqyah ulas isu foto bersosial

Posted: 11 May 2013 04:21 PM PDT

'Jangan kacau peribadi saya'

Pada awal kemunculannya dalam industri hiburan, aktres popular Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 25, sudah pun terpalit dengan kontroversi sehingga dia sering menjadi buruan media massa. Ketika namanya sedang meledak gara-gara watak Nur Amina menerusi drama rantaian Nur Kasih, dia pernah dicemari dengan cerita panas apabila tersebar beberapa keping foto menerusi internet yang memperlihatkan beliau sedang bersosial di pusat hiburan bersama sekumpulan teman sambil mengenakan pakaian seksi. Meja mereka pula kelihatan beberapa botol arak. Ini mengundang persepsi apabila ada dakwaan mengaitkan Tiz turut mengambil minuman keras.

Tiz yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2009 mengundang perasaan tidak senang peminat apabila dia dituduh hipokrit kerana sikapnya yang gemar bersosial bertentangan dengan keperibadian Nur Amina. Dia juga kononnya seorang perokok apabila ada laporan menyebut beliau pernah 'kantoi' dengan peminat yang terlihat perbuatan negatifnya itu.

Namun, Tiz bernasib baik apabila peminat seolah-olah memaafkannya sejurus dia mengakui kesilapan masa silam. Bertitik tolak daripada kealpaan itu, peminat menilai populariti Tiz menerusi karya 'emas' Nur Kasih.

Selagi dia tidak terjebak dengan gejala sosial yang keterlaluan dan memelihara tingkah lakunya di khalayak, selain sentiasa menampilkan hasil kerja terbaik, selagi itulah nama Tiz terus mekar di hati peminat.

Tak pernah serik

Dalam berhati-hati Tiz memelihara nama baiknya, dia tetap dihujani kontroversi apabila ada dakwaan mengatakan dia masih gemar bersosial di pusat hiburan dan didakwa kerap mengambil minuman keras. Terdengar desus-desus, khabarnya Tiz berdepan gejala sosial itu apabila dia bercampur dengan kawan yang salah.

Tiz kini muncul menerusi drama bersiri, Cinta Jangan Pergi yang disiarkan setiap Sabtu dan Ahad jam 8.30 malam di TV9, dikatakan tidak mampu meninggalkan tabiat lamanya yang gemar bersosial di pusat hiburan apabila baru-baru ini ruangan pojok sebuah akhbar mingguan menyiarkan artikel dengan judul 'Kurangkan bersosial Tiz'. Dia dilaporkan kerap memuat naik gambarnya sedang bersosial di laman Instagram, sekali gus mengundang rasa tidak senang peminat apabila beranggapan foto berkenaan kurang manis untuk tatapan umum.

Justeru, Tiz yang juga muncul menerusi drama bersiri Oh My English musim kedua, disiarkan setiap Ahad jam 7.30 malam di Astro TVIQ dan Astro Mustika HD, dikatakan tidak pernah serik dengan tabiat lamanya sekalipun kerap menerima teguran dan kritikan pedas daripada orang ramai. Ada andaian nakal melabel, Tiz dulu kini dan selamanya sukar berpisah dengan aktiviti sosial walaupun acap kali diselar peminat dan masyarakat.
Tiz ketika dihubungi B*POP Khamis lalu, tanpa berselindung mengakui, sehingga hari ini dia akan bersosial bersama teman jika tidak terbabit dengan sebarang aktiviti penggambaran. Dedah Tiz, dia ingin menjadi dirinya yang sebenar, sekali gus menjauhi sikap hipokrit.

Namun, kejujuran itu baginya sesuatu yang 'mahal' apabila dia tetap menerima tempias negatif daripada orang ramai gara-gara kejujuran itu.

Justeru, Tiz mendakwa dia tidak mahu menjadi seperti segelintir artis yang kerap menafikan mereka bersosial untuk menjauhi persepsi negatif, walhal golongan selebriti itu juga seperti orang lain yang ingin berhibur.

Kata Tiz lagi, sebab itu dia berterus-terang, mengakui dirinya bersosial dan tanpa berselindung memuat naik beberapa foto dia sedang berhibur bersama teman menerusi laman Instagram. Dia juga tidak mempedulikan peminat yang kurang senang dengan sikapnya itu dan berharap mereka yang tidak suka, abaikan saja gambar berkenaan, jangan tengok!

"Itu kehidupan peribadi saya, jangan kacau. Kalau orang boleh terima, okeylah, tapi jika sebaliknya saya tak mampu berbuat apa-apa.

Saya tak nafikan, dari dulu hingga hari ini, saya mahupun kawan-kawan artis yang lain akan bersosial jika kami mempunyai kelapangan.

Tambahan lagi, bukan saya seorang saja yang memuat naik gambar bersosial di Instagram, sebaliknya rakan-rakan artis yang lain pun berbuat perkara sama.

Abaikan jangan tengok!

"Saya percaya, peminat hari ini berfikiran lebih terbuka. Mereka mengenali saya sebagai pelakon, bukannya berdasarkan kehidupan peribadi, mereka bijak membuat penilaian. Saya tak mahu bersikap hipokrit dan terimalah diri saya seadanya.

Bagi saya, tak perlulah kita menghakimi seseorang itu berlebihan, buat hal sendiri, lagi baik! Apa yang saya buat (bersosial) tidak menjejaskan kehidupan orang lain.

"Saya tak kacau orang. Jika mereka ada masalah dengan saya, itu masalah mereka bukan saya! Kalau nak fikir persepsi orang ramai, mungkin di awal kemunculan saya dulu, saya boleh fikir, risau apa pandangan orang. Sekarang, orang bijak membuat tafsiran.

Jujurnya saya dah lali dengan isu seumpama ini, cukup-cukuplah! Sampai saya dah putus cinta (dengan Remy Ishak), isu sama tetap diperkatakan.

"Saya nak jadi diri sendiri, tak mahu hipokrit. Terima kasih juga kepada peminat yang setia menunggu hasil lakonan saya. Kepada peminat yang tak suka dengan gambar itu, abaikan saja, jangan tengok! Bagi saya, setiap manusia ada kelemahan masing-masing, begitu juga dengan saya. Semua orang bersosial, tapi disebabkan saya ni artis, orang kenal, justeru, isu ini diperbesarkan," kata Tiz berterus-terang.

Pepatah pernah menyebut, tanpa peminat siapalah artis. Justeru, Tiz tidak takut ke jika peminat menjauhkan diri apabila mereka tidak senang dengan keperibadiannya yang gemar bersosial, Tiz mempunyai jawapan tersendiri: "Jika peminat lari, itu bermakna mereka bukan peminat saya. Mereka membenci saya dan pergi. Sebaliknya peminat tegar akan sentiasa bersama saya pada setiap masa dan menerima apa saja yang saya lakukan termasuk peribadi serta hasil kerja."

Jujur satu kesalahan

Kata Tiz lagi, apabila segelintir peminat tidak menggemari sikapnya yang gemar bersosial dan melihat fotonya berhibur di Instagram, tidak bermakna dia akan menurut permintaan mereka meninggalkan aktiviti berkenaan, sebaliknya beliau akan meneruskan kehidupan peribadinya itu.

"Saya kenal diri saya, biarlah saya jadi diri sendiri. Jangan menghakimi seseorang itu begitu mudah.

Apabila melihat gambar saya bersosial, jangan mudah melabel saya ni gadis yang tak baik. Artis lain pun ramai bersosial. Kadang-kadang tu saya sedih juga bila dapat tahu, rakan artis ni pergi bersosial, tapi buat pengakuan, mereka tak pergi. Jangan menipu! Saya bersosial, saya mengaku. Ada bukti lagi saya letak gambar berhibur di Instagram.

"Bagi saya, jika kita terlalu jujur pun jadi kesalahan. Salah satu halangan menjadi jujur disebabkan perkara seumpama inilah. Kejujuran itu 'mahal'!," katanya yang kini sudah pun mempunyai kekasih baru, Daniel Haziq, 25, rakannya ketika zaman persekolahan apabila hubungan intim bersama Remy terlerai selepas hampir empat tahun menyulam cinta.

Sabtu, 11 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Impian besar Agnes

Posted: 10 May 2013 04:59 PM PDT

Impian Agnes Monica, 26, untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa sudah lama digembar-gembur.

Namun, semuanya tinggal tanda tanya. Baik daripada pihak Agnes sendiri, impian yang berkemungkinan besar bakal menjadi kenyataan itu terus dibiar tergantung tanpa sebarang pengesahan nyata.

Di laman sosial miliknya seperti di Twitter mahupun di Instagram, penyanyi lagu Matahari ini terus membuatkan peminat tersayangnya yang menggelarkan diri mereka NIC (NEZindaClub Official) jadi teruja dan tertunggu-tunggu mengenai buah tangan terbarunya yang difahamkan diberi judul Carried sekitar Jun ini.

Malah tarikh album itu bakal dipasarkan juga terus mencipta spekulasi.

Tak kurang juga yang menulis komen berseloroh di Twitter iaitu peminat penyanyi Timbaland sendiri mengenai tarikh kemunculan album Agnes. Tetapi pada akhirnya komen itu dianggap hanya sekadar gurauan April Fool.

Tetapi ironinya kini, Agnes yang sedang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat sedang sibuk menyiapkan 'sesuatu' seperti yang diharapkan penggemar muziknya. Beberapa komen di laman Twitternya jelas membayangkan apa yang diperkatakan itu.

Teruja dengan muzik baru
"Tak sabar untuk memperdengarkan kalian muzik baru saya. Jangan lupa untuk sentiasa percayakan apa yang anda impikan," katanya yang pernah berkolaborasi dengan Timbaland.

Namanya sudah utuh di negara kelahiran sendiri selain dihargai di beberapa peringkat Asia. Tetapi katanya, bukan penghargaan yang menjadi manifesto perjuangannya.

"Buat saya, yang paling penting sebenarnya karyanya sendiri.

Penghargaan memang jadi salah satu indikator, tapi bukan jadi tujuan utama saya. Tujuan utama saya adalah saya mahu menjadi insan yang lebih baik setiap hari," tutur Agnes kepada Majalah Rolling Stone Indonesia.

Mengesahkan kepada tanda tanya itu, laman Twitter MTV Hot News sendiri menaikkan status mereka berbunyi: "Berita panas, album terbaru Agnes berjudul Carried akan dilancarkan 18 Jun ini. Agnes juga menulis lagu dengan Justin Bieber."

Mengukuhkan mengenai komen Twitter MTV Hot News ialah sejak Februari lalu sudah mula tersebar cerita dan gambar Agnes bertemu dengan Scooter Braun. Braun yang juga orang kuat muzik di persada antarabangsa bukan asing lagi di kalangan peminat Bieber.

Selain Bieber, Braun juga mewakili nama penyanyi popular lain seperti PSY, Carly Rae Jepsen dan juga The Wanted. Agnes sendiri menaikkan status di Twitter berbunyi meluangkan masa dengan Braun dan disambut lelaki itu sendiri di laman Twitter miliknya.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Cinta Di Enterprise

Posted: 10 May 2013 11:11 AM PDT

ADVERTORIAL

Filem 'Star Trek Into Darkness' yang bakal menemui penonton di pawagam semestinya menjanjikan pelbagai aksi yang mendebarkan. Selain pertempuran minda antara Kapten James T. Kirk dan John Harrison yang dinanti-nantikan para peminat tegar, turut menjadi tumpuan adalah hubungan romantis di antara Spock dan Uhura.

Di dalam filem 'Star Trek' (2009), tidak disangkal terdapatnya tarikan di antara Spock dan Uhura, dan hubungan mereka terus disingkap di dalam 'Star Trek Into Darkness'.

Bagi Zachary Quinto yang membawa watak Spock, hubungannya dengan Uhura memberi penonton imbasan ke dalam jiwa insan yang separuh manusia dan separuh Vulcan itu, yang jarang didedahkan kepada sesiapa.

"Terdapat satu babak di dalam 'Star Trek Into Darkness' di mana Uhura sedang menjelaskan kepada Spock mengapa dia begitu kecewa dengan kesanggupan Spock mengorbankan nyawanya. Spock pula menjawab, 'Kamu fikir saya membuat keputusan ini dengan mudah. Percayalah, ia bukan semudah itu.' Babak tersebut cukup meninggalkan kesan pada saya."

Seperti Quinto, Zoe Saldana yang memainkan watak Uhura juga terpikat dengan idea membawa hubungan Spock dan Uhura ke peringkat seterusnya.

"Hubungan mereka di dalam 'Star Trek' telah mengejutkan ramai tetapi jika mereka ingin bersama mereka perlu melalui dugaan yang akan menguji hubungan mereka. Dan cara ia berlaku di dalam 'Star Trek Into Darkness' pasti tidak akan diduga penonton."
Tambah Saldana, Uhura terpikat dengan Spock kerana keperibadian mereka yang serupa. Dia juga seorang individu yang hidup mengikutkan prinsip dan peraturan.

Jika Uhura dipadankan dengan Spock, bagaimana pula dengan Kirk? Jika anda masih ingat, Uhura telah menolak pelawaan romantis Kirk selepas pertemuan pertama mereka di dalam 'Star Trek'.

Ini sekaligus memberi ruang kepada para penulis untuk memperkenalkan watak Pegawai Sains Carol Marcus di dalam 'Star Trek Into Darkness'. Buat peminat siri asal 'Star Trek', anda pasti mengenali Carol sebagai bakal isteri dan juga ibu kepada anak-anak Kirk. Tetapi adakah jalan cerita mereka berdua diteruskan seperti di dalam siri asal?

Chris Pine bila ditanya jika Kirk sempat menjalinkan hubungan romantis dengan Carol memberitahu mtv.com, "Apa yang boleh saya katakan tentang filem ini, banyak perkara yang berlaku dari segi aksi dan plot cerita pada kadar yang begitu pantas hinggakan tidak banyak masa untuk Kirk melakukan benda-benda lain kecuali menyelamatkan krew dan dirinya.

"Tetapi setia dengan jati diri Kirk, dia seorang lelaki yang menyukai wanita berambut perang dan Carol seorang jelitawan. Jadi, usikan main-main, godaan di antara mereka pasti ada. Terpulang pada penonton untuk melihat sejauh mana usikan dan godaan itu akan bawa mereka. Namun begitu, kehadiran Carol bukanlah sekadar pasangan cinta Kirk tetapi pengetahuannya dalam bidang sains memainkan peranan utama dalam menyelesaikan krisis yang dihadapi."

Jika anda ingin tahu sejauh mana perkembangan hubungan cinta Spock dan Uhura serta Kirk dan Carol, pastikan anda menyaksikan 'Star Trek Into Darkness' bermula 16 Mei depan di pawagam berdekatan anda.

Jumaat, 10 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Kak Pah tak marah

Posted: 09 May 2013 03:55 PM PDT

Duduk bersembang dengan figura tersohor ini, banyak cerita dikongsinya. Walaupun sesetengah pertanyaan boleh dianggap sensitif, namun bagi Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini jika sesuatu perkara boleh menimbulkan keraguan, dia tidak segan silu memberi penjelasan.

Baginya, adalah lebih baik jika persoalan yang bersarang segera dileraikan supaya tiada tanda tanya tertinggal.

Kemunculannya selepas berehat selama enam bulan akibat penyakit asma menimbulkan persoalan kepada peminat penyanyi malar segar ini. Perubahan ketara pada bentuk wajahnya membuatkan ramai yang menyangka Sharifah Aini atau lebih akrab disapa Kak Pah, melakukan sesuatu pada wajahnya itu.

Kesan sampingan ubat asma

Menjawab pertanyaan itu, Kak Pah menjelaskan perubahan pada wajahnya itu disebabkan kesan sampingan ubat melawan asma yang diambilnya.

Ubat atau steroids yang saya makan membuatkan wajah saya sembab. Dulu keadaannya lagi teruk, tapi sekarang berkurangan. Saya tidak pernah membuat apa-apa perubahan pada wajah saya

Tuduhan yang mengatakan saya buat muka tidak benar. Itu semua fitnah. Tapi tak mengapa, saya tidak pernah marah pun dengan dakwaan itu, katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Malam Amal Bersama 3 Diva di Petaling Jaya, kelmarin.
Majlis anjuran Kaizen Asia itu turut dihadiri Pengarah Eksekutif Kaizen Asia, Sulaiman Ngah Dimin dan Pengarah Urusan Kaizen Asia, Suhaila Sharif.

Mahu jadi penceramah motivasi

Mengenai luahan hatinya terhadap sikap sombong seorang anak seni seperti tertera di laman Facebooknya, Kak Pah berkata, semua itu dibuat kerana tidak mahu orang menyalah tafsir semua artis bersikap begitu.

Sebagai anak seni kita tidak seharusnya bersikap sombong. Walaupun insiden itu bukan berlaku pada saya, tetapi ia terjadi di depan mata saya. Kalau rasa diri itu tak perlukan peminat, saya rasa tak perlulah jadi artis kerana ia membawa nama buruk kepada anak seni yang lain, pesan Kak Pah ikhlas.

Ditanya perancangannya pada masa depan, Kak Pah berkata, dia berhasrat menjadi pendakwah dan penceramah motivasi.

Cadangnya tahun depan, saya mahu memperlahankan kerjaya seni dan menjadi penceramah motivasi dan pendakwah. Semua ilmu yang saya ada, saya mahu kongsi bersama peminat. Sambil berceramah, saya juga akan menghiburkan mereka, ujarnya.

Tiga diva bergabung untuk Hari Ibu

Jika di Indonesia, gabungan tiga penyanyi hebat iaitu Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi Dj digelar Tiga Diva, apa kurangnya dengan tiga penyanyi tempatan ini.

Pengalaman berpuluh tahun dalam bidang seni, selain terus malar segar walaupun ramai penyanyi datang dan pergi, membuatkan Datuk Sharifah Aini, Datuk Khadijah Ibrahim dan Uji Rashid layak digelar diva,

Meskipun pernah berkongsi pentas, namun persembahan Malam Amal Bersama 3 Diva di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, pada 12 Jun depan bakal menyaksikan buat kali pertama mereka bergabung dalam satu persembahan selepas berdekad lamanya.

Bertemakan sambutan Hari Ibu, tiga penyanyi ini akan menyampaikan lagu yang ada kaitan dengan wanita yang amat disanjungi ini. Bukan sekadar berhibur, penonton juga beramal kerana hasil kutipan jualan meja akan disalurkan kepada Persatuan Ibu Tunggal Selangor.

Beri sokongan moral

Bagi Khatijah, ini bukanlah kali pertama dia melakukan aktiviti seumpama itu.
Hubungan saya dengan ibu tunggal sudah lama terjalin. Saya banyak membuat persembahan untuk membantu mereka. Ada ketika, saya bukan hanya membantu ibu tunggal dari segi material, tetapi sokongan moral.

Mereka ini kebanyakannya mencari pendapatan dengan berniaga kecil-kecilan, tapi cabaran dalam dunia perniagaan membuatkan semangat mereka terbantut. Jadi, menjadi tugas saya untuk memberi kata-kata semangat supaya mereka terus berjuang.

Pesan saya kepada mereka, sesusah mana pun hidup, jangan sesekali biarkan anak tidak pergi ke sekolah. Ini kerana ilmu itulah yang akan membantu mereka pada masa hadapan, katanya.

Pada persembahan bermula jam 8 malam nanti, Khadijah akan menyanyikan rangkaian lagu popularnya termasuk single terbaru berjudul Kurnia Baiduri yang berkisar seorang ibu. Majlis makan malam amal ini turut menampilkan Man Raja Lawak 5, manakala Didie Alias dan Acong Sweetchild bertindak sebagai pengacara.

Khamis, 9 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Yuna lancar EP sulung di Amerika

Posted: 08 May 2013 03:47 PM PDT

Los Angeles (Amerika Syarikat): Penyanyi Malaysia, Yunalis Zarai, 26, atau Yuna menghiburkan peminat dalam showcase maya sempena pelancaran EP sulungnya berjudul Sixth Street di Indie Pop Studios, di sini, petang semalam.

Nyanyi semua lagu

Dalam persembahan kira-kira 30 minit bermula jam 5 petang (9 pagi waktu tempatan) itu, Yuna menyanyikan semua lagu ciptaannya dalam album yang diterbitkan Verve Music Group, iaitu I Wanna Go, Right Again, Young, Let Love Come Through dan Musician.

Ketika mendendangkan lagu Let Love Come Through, Yuna tampil bersama penyanyi rap, Kyle, manakala lagu I Wanna Go pula dipilih sebagai single pertama album berkenaan.

Terdahulu, peminat yang mahu melihat aksi Yuna secara langsung di Amerika Syarikat boleh melayari laman web stageit.com dan membeli tiket berharga AS$10 (RM30) seorang.

Dalam temubual BH bersama Yuna sebelum ini, penyanyi berhijab ini mengakui berdebar menantikan sambutan peminat terhadap album sulung di AS. Peminat di
Malaysia juga boleh mendapatkan album Sixth Street melalui talian atau iTunes Malaysia.
Pada Disember 2011, Yuna menjadi artis pertama negara mengadakan showcase maya khusus untuk lebih 10,000 pelanggan internet Maxis.

Rabu, 8 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Undi tetap rahsia

Posted: 07 May 2013 05:23 PM PDT

Faizal Tahir menyanyi pada majlis pembangkang sekadar cari rezeki

Kemunculan penyanyi Faizal Tahir dalam sebuah majlis anjuran parti pembangkang 1 Mei lalu menimbulkan tanda tanya, adakah penyanyi yang terkenal dengan lagu Antigraviti itu penyokong kuat parti terbabit?

Sementelah tindakannya membidas kenyataan Norman Abdul Halim di laman sosial Twitter. Norman membuat kenyataan industri hiburan akan hancur jika pembangkang memerintah. Apabila Faizal berbuat demikian, ia seperti menguatkan lagi dakwaan bahawa Faizal berpihak kepada parti lawan.
Ramai yang salah faham apabila saya menulis status seperti itu. Mereka menganggap saya membuat serangan kerana saya menyokong pembangkang." Faizal Tahir, Penyanyi

Adakah benar bekas penyanyi kumpulan nasyid Miwarna ini mengikut jejak langkah beberapa selebriti lain, yang menyertai parti pembangkang berdasarkan beberapa insiden itu?

Untuk berlaku adil, HIP mendapatkan kenyataan Faizal yang ketika itu berada di Pulau Pinang bagi menjayakan sebuah konsert di sana. Saat diajukan pertanyaan sensasi itu, penyanyi berusia 34 tahun ini berkata, sebagai anak seni, apa yang dilakukannya itu adalah sekadar untuk mencari rezeki semata-mata.

"Saya hanya memenuhi undangan mereka untuk menghiburkan pengunjung. Sebagai artis, saya hanya mencari makan dan tidak ada kena-mengena dengan menyokong mana-mana parti. Seperti hari ini, saya berada di Pulau Pinang kerana menjayakan konsert yang dianjurkan oleh Barisan Nasional (BN)," katanya ketika dihubungi Jumaat lalu.

Status di Twitter disalah erti
Tegas Faizal, dia juga mempunyai pendirian tersendiri apabila membabitkan diri dalam situasi seperti ini.

"Setiap kali apabila saya membuat persembahan dalam mana-mana acara anjuran parti politik, saya menyediakan syarat, iaitu saya tidak akan sesekali berkempen ketika di atas pentas.

"Seperti yang berlaku di Putrajaya tempoh hari, ada pihak yang meminta saya melaungkan kata-kata berunsur kempen. bagaimanapun, saya menolak dengan cara baik dan menyatakan kehadiran saya di situ hanyalah untuk menyanyi. Bagi saya, undi adalah rahsia dan tidak perlu dihebahkan parti mana saya sokong," tegasnya.

Mengenai perang Twitter membabitkannya dengan Norman, Faizal berkata, perkara itu sudah disalahertikan banyak pihak.

"Ramai yang salah faham apabila saya menulis status seperti itu. Mereka menganggap saya membuat serangan kerana saya menyokong pembangkang. Selepas saya menulis status itu, ada status lain yang menyusul kemudian.

"Saya menulis barangkali Norman perlu mengubah ayat 'hancur' itu kepada "berubah". Berubah pula ada banyak maksud, ada yang ke arah kebaikan dan juga sebaliknya. Perkara ini menjadi sensasi apabila ramai yang cepat sangat melatah," katanya sambil menafikan dia mempunyai masalah dengan Presiden Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) itu.

Faizal sebelum ini didakwa 'membelasah' Norman di laman Twitter apabila anggota kumpulan KRU itu lantang mengeluarkan kenyataan industri hiburan akan hancur apabila PAS memerintah.

Jelajah negara promosi album

Baru saja muncul dengan album ketiga yang masih menggunakan nama sendiri sebagai judul, Faizal berkata, kali ini promosi akan dijalankan dengan lebih agresif.

Katanya, sebaik saja selesai Pilihan Raya Umum ke-13, dia akan mengadakan persembahan bergerak bermula di Malaysia Timur.

"Bagi dua album sebelum ini, promosinya biasa saja. Tetapi kali ini memang saya nak buat promosi secara besar-besaran. Jika persembahan itu nanti mendapat sambutan, saya bercadang untuk menganjurkan sebuah konsert solo. Kiranya showcase promosi itu akan menjadi penanda aras untuk saya teruskan hasrat itu ataupun tidak," ujarnya.

Selepas Buta dan Antigraviti, Faizal berkata single seterusnya berjudul Biar dan lagu itu kini katanya sedang rancak diputarkan di corong radio.

Selasa, 7 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tak rela jadi penggoda

Posted: 06 May 2013 05:54 PM PDT

Nad Zainal lebih rela dicaci sebab watak jahat daripada berlakon babak ranjang

Bagi pelakon ini, dia lebih rela dicaci dan dihina masyarakat hasil keberkesanannya dalam menjayakan karakter hitam, daripada menanggung malu kerana melakonkan watak seksi atau penggoda.

Mungkin prinsipnya itu akan dipandang sinis sesetengah pihak, namun Nad Zainal rela berdepan semua sindiran sedemikian daripada mengejar populariti dengan beraksi panas atau babak ranjang.
Saya mahu orang ramai mengenali saya kerana bakat dan kebolehan, bukan dek watak menggoda dan pandai bergaya seksi. Saya tidak reti nak berbuat begitu" Nad Zainal, Pelakon

Malah, dia tidak kisah menerima melakonkan watak pengemis sekalipun asalkan tidak diminta menjayakan babak mengghairahkan.

Bukan memilih peranan, namun bagi gadis berusia 23 tahun ini, biarlah dirinya tidak popular asalkan harga diri, hati keluarga dan perasaan teman istimewa terjaga.

"Saya boleh terima apa saja watak yang dihulurkan, tetapi saya akan elak watak menggoda dan seksi. Itu bukan cara saya. Hendak popular tidak semestinya kena dedah sana sini, cukup sekadar bakat.

"Saya mahu orang ramai mengenali saya kerana bakat dan kebolehan, bukan dek watak menggoda dan pandai bergaya seksi. Saya tidak pandai nak berbuat begitu. Lagipun, saya bukanlah cantik dan seksi sangat untuk beraksi sedemikian," katanya.
Mengakui pernah ditawarkan watak seumpama itu, Nad bagaimanapun menolaknya dengan baik demi menjaga hati kedua-dua pihak. Malah, penolakan itu juga bukan bermakna dia turut mengetepikan tawaran lain daripada produksi sama.

Impak Bukan Bidadari

Menyedari watak Inas dalam drama Bukan Bidadari meninggalkan kesan mendalam dalam lakonannya, sehingga ia menyerlahkan lagi bakatnya, Nad yang ditemui ketika penggambaran drama 10 episod, Memberku Hawa 2, di Kota Damansara, berkata dia mahu memberikan persembahan lebih baik supaya dirinya mampu berada sebaris dengan pelakon hebat lain.

"Saya akan terima watak antagonis walaupun orang nampak klise. Tetapi kalau kita pandai pelbagaikan gaya dan bermain dengan emosi, ia akan tampak berbeza.

"Banyak lagi yang perlu saya pelajari dan perbaiki untuk terus kekal dalam bidang ini.
"Impak daripada drama Bukan Bidadari, contohnya, peminat tidak nampak Nad, sebaliknya mereka lebih mengenai Inas. Kekuatan watak itu sendiri memberi perangsang kepada saya sebagai wanita," katanya.

Minat terhadap teater tak pernah padam

Menurut Nad juga, dia tidak mahu selama-lamanya berlakon filem dan drama saja, sebaliknya wanita muda ini teringin untuk kembali aktif dalam dunia teater.

Bahkan, dia menyimpan hasrat untuk memiliki produksi teaternya sendiri 10 tahun akan datang.

Minat dan kecintaannya terhadap seni teater pula tersemat sejak menuntut dalam bidang itu di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

"Orang bukan nak tengok kita, tetapi lebih kepada apa yang kita cuba sampaikan. Drama dan teater dua rasa yang berbeza. Menerusi teater, ia memaparkan lakonan secara jelas dan orang dapat rasa apa yang kita sampaikan.

"Saya masih berlakon teater, tetapi membabitkan pementasan kecil-kecilan saja. Kalau bukan berada dalam bidang ini, mungkin saya terus aktif dalam teater, malah berhasrat untuk menghasilkan karya sendiri kelak," katanya yang juga duta tuala wanita, Kotex.

Info: Nad Zainal, Nadia Zainal
Nama: Farah Nadia Zainal Abidin
Nama komersial: Nad Zainal, Nadia Zainal
Umur: 23 tahun
Pendidikan: Diploma Teater ASWARA
Asal: Kajang, Selangor
Kerjaya: Pelakon
Teater: Muzikal Tun Abdul Razak, Tanda, Makyong Sindo
Iklan: SimplySity, Simple 5
Drama: Sunsilk Impian, Bloggerboy 2, Apa Dosaku: Sybil Kathigasu, Inikah Cinta, Qolbu, Papaku Nak Kahwin, Rafik, Buaian Kasih, Elly dan Epit, Incredible Tales, Memberku Hawa, Bukan Bidadari dan Putera Rayyan
Filem: Jidin Sengal, Kami Histeria.

Isnin, 6 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Cinta Di Enterprise

Posted: 06 May 2013 12:39 AM PDT

ADVERTORIAL

Filem 'Star Trek Into Darkness' yang bakal menemui penonton di pawagam semestinya menjanjikan pelbagai aksi yang mendebarkan. Selain pertempuran minda antara Kapten James T. Kirk dan John Harrison yang dinanti-nantikan para peminat tegar, turut menjadi tumpuan adalah hubungan romantis di antara Spock dan Uhura.

Di dalam filem 'Star Trek' (2009), tidak disangkal terdapatnya tarikan di antara Spock dan Uhura, dan hubungan mereka terus disingkap di dalam 'Star Trek Into Darkness'.

Bagi Zachary Quinto yang membawa watak Spock, hubungannya dengan Uhura memberi penonton imbasan ke dalam jiwa insan yang separuh manusia dan separuh Vulcan itu, yang jarang didedahkan kepada sesiapa.

"Terdapat satu babak di dalam 'Star Trek Into Darkness' di mana Uhura sedang menjelaskan kepada Spock mengapa dia begitu kecewa dengan kesanggupan Spock mengorbankan nyawanya. Spock pula menjawab, 'Kamu fikir saya membuat keputusan ini dengan mudah. Percayalah, ia bukan semudah itu.' Babak tersebut cukup meninggalkan kesan pada saya."

Seperti Quinto, Zoe Saldana yang memainkan watak Uhura juga terpikat dengan idea membawa hubungan Spock dan Uhura ke peringkat seterusnya.

"Hubungan mereka di dalam 'Star Trek' telah mengejutkan ramai tetapi jika mereka ingin bersama mereka perlu melalui dugaan yang akan menguji hubungan mereka. Dan cara ia berlaku di dalam 'Star Trek Into Darkness' pasti tidak akan diduga penonton."
Tambah Saldana, Uhura terpikat dengan Spock kerana keperibadian mereka yang serupa. Dia juga seorang individu yang hidup mengikutkan prinsip dan peraturan.

Jika Uhura dipadankan dengan Spock, bagaimana pula dengan Kirk? Jika anda masih ingat, Uhura telah menolak pelawaan romantis Kirk selepas pertemuan pertama mereka di dalam 'Star Trek'.

Ini sekaligus memberi ruang kepada para penulis untuk memperkenalkan watak Pegawai Sains Carol Marcus di dalam 'Star Trek Into Darkness'. Buat peminat siri asal 'Star Trek', anda pasti mengenali Carol sebagai bakal isteri dan juga ibu kepada anak-anak Kirk. Tetapi adakah jalan cerita mereka berdua diteruskan seperti di dalam siri asal?

Chris Pine bila ditanya jika Kirk sempat menjalinkan hubungan romantis dengan Carol memberitahu mtv.com, "Apa yang boleh saya katakan tentang filem ini, banyak perkara yang berlaku dari segi aksi dan plot cerita pada kadar yang begitu pantas hinggakan tidak banyak masa untuk Kirk melakukan benda-benda lain kecuali menyelamatkan krew dan dirinya.

"Tetapi setia dengan jati diri Kirk, dia seorang lelaki yang menyukai wanita berambut perang dan Carol seorang jelitawan. Jadi, usikan main-main, godaan di antara mereka pasti ada. Terpulang pada penonton untuk melihat sejauh mana usikan dan godaan itu akan bawa mereka. Namun begitu, kehadiran Carol bukanlah sekadar pasangan cinta Kirk tetapi pengetahuannya dalam bidang sains memainkan peranan utama dalam menyelesaikan krisis yang dihadapi."

Jika anda ingin tahu sejauh mana perkembangan hubungan cinta Spock dan Uhura serta Kirk dan Carol, pastikan anda menyaksikan 'Star Trek Into Darkness' bermula 16 Mei depan di pawagam berdekatan anda.

Tak jadi kudis pun

Posted: 05 May 2013 02:04 PM PDT

Puteri Sarah malas ulas panjang status memalukan tulisan bekas kekasih

Meskipun tidak menulis nama individu yang dimaksudkan, namun satu dunia tahu apa yang ditulis pelakon, Ammar Alfian Aziz, di dalam Twitternya menjurus kepada bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana.

Pelbagai pendedahan dibuat dalam laman sosialnya termasuk perkara 'dalam kain' membabitkan mereka berdua ketika bergelar kekasih.
Biarlah dia hendak berkata apa pun. Saya malas untuk ambil tahu atau memikirkan perkara itu. Kalau saya jawab nanti, perkara ini lagi akan jadi berpanjangan dan tak akan selesai" Puteri Sarah Liyana, Pelakon

Malah, Ammar juga turut membongkar rahsia kononnya pelakon yang mula dikenali menerusi filem Lu Pikirlah Sendiri itu sedang menjalin cinta dengan pelakon serta pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Sebagai seorang wanita dan dirinya pula dikenali ramai, pastinya tuduhan seperti itu cukup memalukan apabila ia membabitkan maruah diri.

Namun bagi si empunya diri, perkara itu sedikit pun tidak menjadi kudis buatnya. Malah, tegas Sarah, semua kenyataan yang dikeluarkan Ammar ibarat sekadar angin lalu.

"Biarlah dia hendak berkata apapun. Saya malas untuk ambil tahu atau memikirkan perkara itu. Kalau saya jawab nanti, perkara ini lagi akan jadi berpanjangan dan tak akan selesai. Jadi tidak perlulah saya nak ulas perkara itu," katanya ketika dihubungi HIP.
Nafi bercinta dengan Syamsul

Menurut pelakon berusia 28 tahun ini, tiada apa yang perlu dimalukan kerana dia sendiri tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Keluarga saya juga tahu perkara sebenar dan mereka meminta saya supaya jangan mengendahkan cerita seperti itu," tegas pelakon dan juga model ini.

Mengenai dakwaan dirinya kini kononnya menjalinkan hubungan cinta dengan Syamsul, seperti yang ditulis Ammar di laman sosialnya itu, Sarah menafikan perkara terbabit.

"Apa buktinya yang mengatakan saya bercinta dengan Syamsul? Saya pun sudah lama tidak berjumpa dengannya. Jika inginkan penjelasan, baik tanyakan hal ini pada Ammar sendiri sebab dia yang buka cerita," katanya dalam nada kesal.

Bukan dugaan selepas bertudung

Memandangkan kenyataan yang dikeluarkan Ammar itu dianggap mencalarkan reputasinya, Sarah turut ditanya apakah dia akan mengambil sebarang tindakan terhadap pelakon berkenaan.

"Seperti yang saya katakan tadi, saya malas hendak memanjangkan perkara ini. Bagi saya, berdiam diri itu lebih baik," kata wanita ini.

Sarah yang baru saja mengenakan hijab turut berkata, segala kontroversi yang berlaku sejak akhir-akhir ini juga tidak dianggapnya sebagai dugaan apabila dia mula berimej baru.

"Saya tidak mahu kaitkan apa yang berlaku ini sebagai dugaan kerana mengenakan tudung.

"Saya juga mahu segera melupakan apa yang berlaku, sebaliknya memberikan perhatian terhadap kerjaya lakonan," katanya lagi.

Cinta Berkalung Duri

Dalam temubual sebelum ini, Sarah pernah menyuarakan hasrat untuk berhenti berlakon atas alasan mahu memanfaatkan kelulusan yang dimiliki. Saat diminta penjelasan apakah dia akan meneruskan impiannya itu, Sarah memberitahu, dia sememangnya sudah mempunyai perancangan untuk masa depannya.

"Bagaimanapun, buat masa ini saya masih lagi aktif berlakon dan sekarang ini saya sibuk mengikuti penggambaran drama bersiri Cinta Berkalung Duri 2, yang akan disiarkan di saluran RTM.

"Sejak mengenakan tudung ini juga, saya amat bersyukur kerana rezeki dalam lakonan tetap ada. Kebanyakan watak yang ditawarkan amat bersesuaian dengan imej saya sekarang.

"Mereka menghormati saya dengan memberikan watak yang sesuai untuk wanita bertudung," ujarnya sekali gus mengakhiri perbualan petang itu.