Adsense

Jumaat, 10 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Kak Pah tak marah

Posted: 09 May 2013 03:55 PM PDT

Duduk bersembang dengan figura tersohor ini, banyak cerita dikongsinya. Walaupun sesetengah pertanyaan boleh dianggap sensitif, namun bagi Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini jika sesuatu perkara boleh menimbulkan keraguan, dia tidak segan silu memberi penjelasan.

Baginya, adalah lebih baik jika persoalan yang bersarang segera dileraikan supaya tiada tanda tanya tertinggal.

Kemunculannya selepas berehat selama enam bulan akibat penyakit asma menimbulkan persoalan kepada peminat penyanyi malar segar ini. Perubahan ketara pada bentuk wajahnya membuatkan ramai yang menyangka Sharifah Aini atau lebih akrab disapa Kak Pah, melakukan sesuatu pada wajahnya itu.

Kesan sampingan ubat asma

Menjawab pertanyaan itu, Kak Pah menjelaskan perubahan pada wajahnya itu disebabkan kesan sampingan ubat melawan asma yang diambilnya.

Ubat atau steroids yang saya makan membuatkan wajah saya sembab. Dulu keadaannya lagi teruk, tapi sekarang berkurangan. Saya tidak pernah membuat apa-apa perubahan pada wajah saya

Tuduhan yang mengatakan saya buat muka tidak benar. Itu semua fitnah. Tapi tak mengapa, saya tidak pernah marah pun dengan dakwaan itu, katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Malam Amal Bersama 3 Diva di Petaling Jaya, kelmarin.
Majlis anjuran Kaizen Asia itu turut dihadiri Pengarah Eksekutif Kaizen Asia, Sulaiman Ngah Dimin dan Pengarah Urusan Kaizen Asia, Suhaila Sharif.

Mahu jadi penceramah motivasi

Mengenai luahan hatinya terhadap sikap sombong seorang anak seni seperti tertera di laman Facebooknya, Kak Pah berkata, semua itu dibuat kerana tidak mahu orang menyalah tafsir semua artis bersikap begitu.

Sebagai anak seni kita tidak seharusnya bersikap sombong. Walaupun insiden itu bukan berlaku pada saya, tetapi ia terjadi di depan mata saya. Kalau rasa diri itu tak perlukan peminat, saya rasa tak perlulah jadi artis kerana ia membawa nama buruk kepada anak seni yang lain, pesan Kak Pah ikhlas.

Ditanya perancangannya pada masa depan, Kak Pah berkata, dia berhasrat menjadi pendakwah dan penceramah motivasi.

Cadangnya tahun depan, saya mahu memperlahankan kerjaya seni dan menjadi penceramah motivasi dan pendakwah. Semua ilmu yang saya ada, saya mahu kongsi bersama peminat. Sambil berceramah, saya juga akan menghiburkan mereka, ujarnya.

Tiga diva bergabung untuk Hari Ibu

Jika di Indonesia, gabungan tiga penyanyi hebat iaitu Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi Dj digelar Tiga Diva, apa kurangnya dengan tiga penyanyi tempatan ini.

Pengalaman berpuluh tahun dalam bidang seni, selain terus malar segar walaupun ramai penyanyi datang dan pergi, membuatkan Datuk Sharifah Aini, Datuk Khadijah Ibrahim dan Uji Rashid layak digelar diva,

Meskipun pernah berkongsi pentas, namun persembahan Malam Amal Bersama 3 Diva di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, pada 12 Jun depan bakal menyaksikan buat kali pertama mereka bergabung dalam satu persembahan selepas berdekad lamanya.

Bertemakan sambutan Hari Ibu, tiga penyanyi ini akan menyampaikan lagu yang ada kaitan dengan wanita yang amat disanjungi ini. Bukan sekadar berhibur, penonton juga beramal kerana hasil kutipan jualan meja akan disalurkan kepada Persatuan Ibu Tunggal Selangor.

Beri sokongan moral

Bagi Khatijah, ini bukanlah kali pertama dia melakukan aktiviti seumpama itu.
Hubungan saya dengan ibu tunggal sudah lama terjalin. Saya banyak membuat persembahan untuk membantu mereka. Ada ketika, saya bukan hanya membantu ibu tunggal dari segi material, tetapi sokongan moral.

Mereka ini kebanyakannya mencari pendapatan dengan berniaga kecil-kecilan, tapi cabaran dalam dunia perniagaan membuatkan semangat mereka terbantut. Jadi, menjadi tugas saya untuk memberi kata-kata semangat supaya mereka terus berjuang.

Pesan saya kepada mereka, sesusah mana pun hidup, jangan sesekali biarkan anak tidak pergi ke sekolah. Ini kerana ilmu itulah yang akan membantu mereka pada masa hadapan, katanya.

Pada persembahan bermula jam 8 malam nanti, Khadijah akan menyanyikan rangkaian lagu popularnya termasuk single terbaru berjudul Kurnia Baiduri yang berkisar seorang ibu. Majlis makan malam amal ini turut menampilkan Man Raja Lawak 5, manakala Didie Alias dan Acong Sweetchild bertindak sebagai pengacara.

Khamis, 9 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Yuna lancar EP sulung di Amerika

Posted: 08 May 2013 03:47 PM PDT

Los Angeles (Amerika Syarikat): Penyanyi Malaysia, Yunalis Zarai, 26, atau Yuna menghiburkan peminat dalam showcase maya sempena pelancaran EP sulungnya berjudul Sixth Street di Indie Pop Studios, di sini, petang semalam.

Nyanyi semua lagu

Dalam persembahan kira-kira 30 minit bermula jam 5 petang (9 pagi waktu tempatan) itu, Yuna menyanyikan semua lagu ciptaannya dalam album yang diterbitkan Verve Music Group, iaitu I Wanna Go, Right Again, Young, Let Love Come Through dan Musician.

Ketika mendendangkan lagu Let Love Come Through, Yuna tampil bersama penyanyi rap, Kyle, manakala lagu I Wanna Go pula dipilih sebagai single pertama album berkenaan.

Terdahulu, peminat yang mahu melihat aksi Yuna secara langsung di Amerika Syarikat boleh melayari laman web stageit.com dan membeli tiket berharga AS$10 (RM30) seorang.

Dalam temubual BH bersama Yuna sebelum ini, penyanyi berhijab ini mengakui berdebar menantikan sambutan peminat terhadap album sulung di AS. Peminat di
Malaysia juga boleh mendapatkan album Sixth Street melalui talian atau iTunes Malaysia.
Pada Disember 2011, Yuna menjadi artis pertama negara mengadakan showcase maya khusus untuk lebih 10,000 pelanggan internet Maxis.

Rabu, 8 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Undi tetap rahsia

Posted: 07 May 2013 05:23 PM PDT

Faizal Tahir menyanyi pada majlis pembangkang sekadar cari rezeki

Kemunculan penyanyi Faizal Tahir dalam sebuah majlis anjuran parti pembangkang 1 Mei lalu menimbulkan tanda tanya, adakah penyanyi yang terkenal dengan lagu Antigraviti itu penyokong kuat parti terbabit?

Sementelah tindakannya membidas kenyataan Norman Abdul Halim di laman sosial Twitter. Norman membuat kenyataan industri hiburan akan hancur jika pembangkang memerintah. Apabila Faizal berbuat demikian, ia seperti menguatkan lagi dakwaan bahawa Faizal berpihak kepada parti lawan.
Ramai yang salah faham apabila saya menulis status seperti itu. Mereka menganggap saya membuat serangan kerana saya menyokong pembangkang." Faizal Tahir, Penyanyi

Adakah benar bekas penyanyi kumpulan nasyid Miwarna ini mengikut jejak langkah beberapa selebriti lain, yang menyertai parti pembangkang berdasarkan beberapa insiden itu?

Untuk berlaku adil, HIP mendapatkan kenyataan Faizal yang ketika itu berada di Pulau Pinang bagi menjayakan sebuah konsert di sana. Saat diajukan pertanyaan sensasi itu, penyanyi berusia 34 tahun ini berkata, sebagai anak seni, apa yang dilakukannya itu adalah sekadar untuk mencari rezeki semata-mata.

"Saya hanya memenuhi undangan mereka untuk menghiburkan pengunjung. Sebagai artis, saya hanya mencari makan dan tidak ada kena-mengena dengan menyokong mana-mana parti. Seperti hari ini, saya berada di Pulau Pinang kerana menjayakan konsert yang dianjurkan oleh Barisan Nasional (BN)," katanya ketika dihubungi Jumaat lalu.

Status di Twitter disalah erti
Tegas Faizal, dia juga mempunyai pendirian tersendiri apabila membabitkan diri dalam situasi seperti ini.

"Setiap kali apabila saya membuat persembahan dalam mana-mana acara anjuran parti politik, saya menyediakan syarat, iaitu saya tidak akan sesekali berkempen ketika di atas pentas.

"Seperti yang berlaku di Putrajaya tempoh hari, ada pihak yang meminta saya melaungkan kata-kata berunsur kempen. bagaimanapun, saya menolak dengan cara baik dan menyatakan kehadiran saya di situ hanyalah untuk menyanyi. Bagi saya, undi adalah rahsia dan tidak perlu dihebahkan parti mana saya sokong," tegasnya.

Mengenai perang Twitter membabitkannya dengan Norman, Faizal berkata, perkara itu sudah disalahertikan banyak pihak.

"Ramai yang salah faham apabila saya menulis status seperti itu. Mereka menganggap saya membuat serangan kerana saya menyokong pembangkang. Selepas saya menulis status itu, ada status lain yang menyusul kemudian.

"Saya menulis barangkali Norman perlu mengubah ayat 'hancur' itu kepada "berubah". Berubah pula ada banyak maksud, ada yang ke arah kebaikan dan juga sebaliknya. Perkara ini menjadi sensasi apabila ramai yang cepat sangat melatah," katanya sambil menafikan dia mempunyai masalah dengan Presiden Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) itu.

Faizal sebelum ini didakwa 'membelasah' Norman di laman Twitter apabila anggota kumpulan KRU itu lantang mengeluarkan kenyataan industri hiburan akan hancur apabila PAS memerintah.

Jelajah negara promosi album

Baru saja muncul dengan album ketiga yang masih menggunakan nama sendiri sebagai judul, Faizal berkata, kali ini promosi akan dijalankan dengan lebih agresif.

Katanya, sebaik saja selesai Pilihan Raya Umum ke-13, dia akan mengadakan persembahan bergerak bermula di Malaysia Timur.

"Bagi dua album sebelum ini, promosinya biasa saja. Tetapi kali ini memang saya nak buat promosi secara besar-besaran. Jika persembahan itu nanti mendapat sambutan, saya bercadang untuk menganjurkan sebuah konsert solo. Kiranya showcase promosi itu akan menjadi penanda aras untuk saya teruskan hasrat itu ataupun tidak," ujarnya.

Selepas Buta dan Antigraviti, Faizal berkata single seterusnya berjudul Biar dan lagu itu kini katanya sedang rancak diputarkan di corong radio.

Selasa, 7 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tak rela jadi penggoda

Posted: 06 May 2013 05:54 PM PDT

Nad Zainal lebih rela dicaci sebab watak jahat daripada berlakon babak ranjang

Bagi pelakon ini, dia lebih rela dicaci dan dihina masyarakat hasil keberkesanannya dalam menjayakan karakter hitam, daripada menanggung malu kerana melakonkan watak seksi atau penggoda.

Mungkin prinsipnya itu akan dipandang sinis sesetengah pihak, namun Nad Zainal rela berdepan semua sindiran sedemikian daripada mengejar populariti dengan beraksi panas atau babak ranjang.
Saya mahu orang ramai mengenali saya kerana bakat dan kebolehan, bukan dek watak menggoda dan pandai bergaya seksi. Saya tidak reti nak berbuat begitu" Nad Zainal, Pelakon

Malah, dia tidak kisah menerima melakonkan watak pengemis sekalipun asalkan tidak diminta menjayakan babak mengghairahkan.

Bukan memilih peranan, namun bagi gadis berusia 23 tahun ini, biarlah dirinya tidak popular asalkan harga diri, hati keluarga dan perasaan teman istimewa terjaga.

"Saya boleh terima apa saja watak yang dihulurkan, tetapi saya akan elak watak menggoda dan seksi. Itu bukan cara saya. Hendak popular tidak semestinya kena dedah sana sini, cukup sekadar bakat.

"Saya mahu orang ramai mengenali saya kerana bakat dan kebolehan, bukan dek watak menggoda dan pandai bergaya seksi. Saya tidak pandai nak berbuat begitu. Lagipun, saya bukanlah cantik dan seksi sangat untuk beraksi sedemikian," katanya.
Mengakui pernah ditawarkan watak seumpama itu, Nad bagaimanapun menolaknya dengan baik demi menjaga hati kedua-dua pihak. Malah, penolakan itu juga bukan bermakna dia turut mengetepikan tawaran lain daripada produksi sama.

Impak Bukan Bidadari

Menyedari watak Inas dalam drama Bukan Bidadari meninggalkan kesan mendalam dalam lakonannya, sehingga ia menyerlahkan lagi bakatnya, Nad yang ditemui ketika penggambaran drama 10 episod, Memberku Hawa 2, di Kota Damansara, berkata dia mahu memberikan persembahan lebih baik supaya dirinya mampu berada sebaris dengan pelakon hebat lain.

"Saya akan terima watak antagonis walaupun orang nampak klise. Tetapi kalau kita pandai pelbagaikan gaya dan bermain dengan emosi, ia akan tampak berbeza.

"Banyak lagi yang perlu saya pelajari dan perbaiki untuk terus kekal dalam bidang ini.
"Impak daripada drama Bukan Bidadari, contohnya, peminat tidak nampak Nad, sebaliknya mereka lebih mengenai Inas. Kekuatan watak itu sendiri memberi perangsang kepada saya sebagai wanita," katanya.

Minat terhadap teater tak pernah padam

Menurut Nad juga, dia tidak mahu selama-lamanya berlakon filem dan drama saja, sebaliknya wanita muda ini teringin untuk kembali aktif dalam dunia teater.

Bahkan, dia menyimpan hasrat untuk memiliki produksi teaternya sendiri 10 tahun akan datang.

Minat dan kecintaannya terhadap seni teater pula tersemat sejak menuntut dalam bidang itu di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

"Orang bukan nak tengok kita, tetapi lebih kepada apa yang kita cuba sampaikan. Drama dan teater dua rasa yang berbeza. Menerusi teater, ia memaparkan lakonan secara jelas dan orang dapat rasa apa yang kita sampaikan.

"Saya masih berlakon teater, tetapi membabitkan pementasan kecil-kecilan saja. Kalau bukan berada dalam bidang ini, mungkin saya terus aktif dalam teater, malah berhasrat untuk menghasilkan karya sendiri kelak," katanya yang juga duta tuala wanita, Kotex.

Info: Nad Zainal, Nadia Zainal
Nama: Farah Nadia Zainal Abidin
Nama komersial: Nad Zainal, Nadia Zainal
Umur: 23 tahun
Pendidikan: Diploma Teater ASWARA
Asal: Kajang, Selangor
Kerjaya: Pelakon
Teater: Muzikal Tun Abdul Razak, Tanda, Makyong Sindo
Iklan: SimplySity, Simple 5
Drama: Sunsilk Impian, Bloggerboy 2, Apa Dosaku: Sybil Kathigasu, Inikah Cinta, Qolbu, Papaku Nak Kahwin, Rafik, Buaian Kasih, Elly dan Epit, Incredible Tales, Memberku Hawa, Bukan Bidadari dan Putera Rayyan
Filem: Jidin Sengal, Kami Histeria.

Isnin, 6 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Cinta Di Enterprise

Posted: 06 May 2013 12:39 AM PDT

ADVERTORIAL

Filem 'Star Trek Into Darkness' yang bakal menemui penonton di pawagam semestinya menjanjikan pelbagai aksi yang mendebarkan. Selain pertempuran minda antara Kapten James T. Kirk dan John Harrison yang dinanti-nantikan para peminat tegar, turut menjadi tumpuan adalah hubungan romantis di antara Spock dan Uhura.

Di dalam filem 'Star Trek' (2009), tidak disangkal terdapatnya tarikan di antara Spock dan Uhura, dan hubungan mereka terus disingkap di dalam 'Star Trek Into Darkness'.

Bagi Zachary Quinto yang membawa watak Spock, hubungannya dengan Uhura memberi penonton imbasan ke dalam jiwa insan yang separuh manusia dan separuh Vulcan itu, yang jarang didedahkan kepada sesiapa.

"Terdapat satu babak di dalam 'Star Trek Into Darkness' di mana Uhura sedang menjelaskan kepada Spock mengapa dia begitu kecewa dengan kesanggupan Spock mengorbankan nyawanya. Spock pula menjawab, 'Kamu fikir saya membuat keputusan ini dengan mudah. Percayalah, ia bukan semudah itu.' Babak tersebut cukup meninggalkan kesan pada saya."

Seperti Quinto, Zoe Saldana yang memainkan watak Uhura juga terpikat dengan idea membawa hubungan Spock dan Uhura ke peringkat seterusnya.

"Hubungan mereka di dalam 'Star Trek' telah mengejutkan ramai tetapi jika mereka ingin bersama mereka perlu melalui dugaan yang akan menguji hubungan mereka. Dan cara ia berlaku di dalam 'Star Trek Into Darkness' pasti tidak akan diduga penonton."
Tambah Saldana, Uhura terpikat dengan Spock kerana keperibadian mereka yang serupa. Dia juga seorang individu yang hidup mengikutkan prinsip dan peraturan.

Jika Uhura dipadankan dengan Spock, bagaimana pula dengan Kirk? Jika anda masih ingat, Uhura telah menolak pelawaan romantis Kirk selepas pertemuan pertama mereka di dalam 'Star Trek'.

Ini sekaligus memberi ruang kepada para penulis untuk memperkenalkan watak Pegawai Sains Carol Marcus di dalam 'Star Trek Into Darkness'. Buat peminat siri asal 'Star Trek', anda pasti mengenali Carol sebagai bakal isteri dan juga ibu kepada anak-anak Kirk. Tetapi adakah jalan cerita mereka berdua diteruskan seperti di dalam siri asal?

Chris Pine bila ditanya jika Kirk sempat menjalinkan hubungan romantis dengan Carol memberitahu mtv.com, "Apa yang boleh saya katakan tentang filem ini, banyak perkara yang berlaku dari segi aksi dan plot cerita pada kadar yang begitu pantas hinggakan tidak banyak masa untuk Kirk melakukan benda-benda lain kecuali menyelamatkan krew dan dirinya.

"Tetapi setia dengan jati diri Kirk, dia seorang lelaki yang menyukai wanita berambut perang dan Carol seorang jelitawan. Jadi, usikan main-main, godaan di antara mereka pasti ada. Terpulang pada penonton untuk melihat sejauh mana usikan dan godaan itu akan bawa mereka. Namun begitu, kehadiran Carol bukanlah sekadar pasangan cinta Kirk tetapi pengetahuannya dalam bidang sains memainkan peranan utama dalam menyelesaikan krisis yang dihadapi."

Jika anda ingin tahu sejauh mana perkembangan hubungan cinta Spock dan Uhura serta Kirk dan Carol, pastikan anda menyaksikan 'Star Trek Into Darkness' bermula 16 Mei depan di pawagam berdekatan anda.

Tak jadi kudis pun

Posted: 05 May 2013 02:04 PM PDT

Puteri Sarah malas ulas panjang status memalukan tulisan bekas kekasih

Meskipun tidak menulis nama individu yang dimaksudkan, namun satu dunia tahu apa yang ditulis pelakon, Ammar Alfian Aziz, di dalam Twitternya menjurus kepada bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana.

Pelbagai pendedahan dibuat dalam laman sosialnya termasuk perkara 'dalam kain' membabitkan mereka berdua ketika bergelar kekasih.
Biarlah dia hendak berkata apa pun. Saya malas untuk ambil tahu atau memikirkan perkara itu. Kalau saya jawab nanti, perkara ini lagi akan jadi berpanjangan dan tak akan selesai" Puteri Sarah Liyana, Pelakon

Malah, Ammar juga turut membongkar rahsia kononnya pelakon yang mula dikenali menerusi filem Lu Pikirlah Sendiri itu sedang menjalin cinta dengan pelakon serta pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Sebagai seorang wanita dan dirinya pula dikenali ramai, pastinya tuduhan seperti itu cukup memalukan apabila ia membabitkan maruah diri.

Namun bagi si empunya diri, perkara itu sedikit pun tidak menjadi kudis buatnya. Malah, tegas Sarah, semua kenyataan yang dikeluarkan Ammar ibarat sekadar angin lalu.

"Biarlah dia hendak berkata apapun. Saya malas untuk ambil tahu atau memikirkan perkara itu. Kalau saya jawab nanti, perkara ini lagi akan jadi berpanjangan dan tak akan selesai. Jadi tidak perlulah saya nak ulas perkara itu," katanya ketika dihubungi HIP.
Nafi bercinta dengan Syamsul

Menurut pelakon berusia 28 tahun ini, tiada apa yang perlu dimalukan kerana dia sendiri tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Keluarga saya juga tahu perkara sebenar dan mereka meminta saya supaya jangan mengendahkan cerita seperti itu," tegas pelakon dan juga model ini.

Mengenai dakwaan dirinya kini kononnya menjalinkan hubungan cinta dengan Syamsul, seperti yang ditulis Ammar di laman sosialnya itu, Sarah menafikan perkara terbabit.

"Apa buktinya yang mengatakan saya bercinta dengan Syamsul? Saya pun sudah lama tidak berjumpa dengannya. Jika inginkan penjelasan, baik tanyakan hal ini pada Ammar sendiri sebab dia yang buka cerita," katanya dalam nada kesal.

Bukan dugaan selepas bertudung

Memandangkan kenyataan yang dikeluarkan Ammar itu dianggap mencalarkan reputasinya, Sarah turut ditanya apakah dia akan mengambil sebarang tindakan terhadap pelakon berkenaan.

"Seperti yang saya katakan tadi, saya malas hendak memanjangkan perkara ini. Bagi saya, berdiam diri itu lebih baik," kata wanita ini.

Sarah yang baru saja mengenakan hijab turut berkata, segala kontroversi yang berlaku sejak akhir-akhir ini juga tidak dianggapnya sebagai dugaan apabila dia mula berimej baru.

"Saya tidak mahu kaitkan apa yang berlaku ini sebagai dugaan kerana mengenakan tudung.

"Saya juga mahu segera melupakan apa yang berlaku, sebaliknya memberikan perhatian terhadap kerjaya lakonan," katanya lagi.

Cinta Berkalung Duri

Dalam temubual sebelum ini, Sarah pernah menyuarakan hasrat untuk berhenti berlakon atas alasan mahu memanfaatkan kelulusan yang dimiliki. Saat diminta penjelasan apakah dia akan meneruskan impiannya itu, Sarah memberitahu, dia sememangnya sudah mempunyai perancangan untuk masa depannya.

"Bagaimanapun, buat masa ini saya masih lagi aktif berlakon dan sekarang ini saya sibuk mengikuti penggambaran drama bersiri Cinta Berkalung Duri 2, yang akan disiarkan di saluran RTM.

"Sejak mengenakan tudung ini juga, saya amat bersyukur kerana rezeki dalam lakonan tetap ada. Kebanyakan watak yang ditawarkan amat bersesuaian dengan imej saya sekarang.

"Mereka menghormati saya dengan memberikan watak yang sesuai untuk wanita bertudung," ujarnya sekali gus mengakhiri perbualan petang itu.

Ahad, 5 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Mampukah Star Trek Into Darkness memenuhi jangkaan?

Posted: 04 May 2013 03:38 PM PDT

ADVERTORIAL

Kejayaan filem 'Star Trek' empat tahun lalu memberi jaminan kepada para Trekkies yang kisah penggembaraan Kapten James T. Kirk dan teman-teman lepasan Akademi Starfleet-nya dapat diteruskan di layar perak. Tetapi pada masa yang sama, kejayaan tersebut bermakna pengarah J.J. Abrams perlu menghasilkan satu kesinambungan yang menjangkau jangkaan pengkritik, penonton serta peminat tegar Star Trek.

Abrams sedar dia perlu meneroka dengan lebih mendalam setiap aspek filem itu dari pengupasan watak dan jalan cerita. Kapal Enterprise perlu diperbesarkan, dimana penonton dapat melihat panjang dan keluasan kapal dari anjungannya ke Turbo Plaza, Med Bay sehinggalah Bilik Transporter. Dunia baru perlu dibina. Malah untuk membawa kisah 'Star Trek' ke sempadan baru, Abrams membuat keputusan merakamkan filem tersebut menggunakan gabungan IMAX dan 'anamorphic 35mm' sebelum hasilnya ditayangkan dalam 3D.

Baginya, filem yang dirakam menggunakan IMAX mempunyai kebolehan menarik penonton ke dalam filem tersebut. Belum lagi melihat filem penggembaran angkasa dipersembahkan dalam format sebegini, ia membuka ruang seluas-luasnya untuk dia mencuba. Lebih-lebih lagi cerita Star Trek yang mengetengahkan pertempuran epik, pemandangan memukau planet-planet asing dan aksi-aksi mendebarkan.

"Penggunaan IMAX memberi gambaran betapa besarnya skala cerita itu bukan saja di angkasa tetapi di Bumi dan di atas kapal Enterprise. Ditambah pula beberapa set kami lebih menegak dari mendatar. Kami menggunakannya untuk merakam planet Nibiru di awal filem, planet asal Klingon, Kronos dan di penghujung filem untuk babak kejar-mengejar sekitar bandar San Francisco. Akhirnya kami tetapkan jika ia penggambaran luar, kami akan menggunakan IMAX, dan 'anamorphic 35' untuk penggambaran dalam," jelas Abrams.

Meskipun 'Star Trek Into Darkness' sebuah filem imaginasi dan fantasi, Abrams sebanyak mungkin cuba mengurangkan penggunaan skrin hijau dan CG kerana inginkan hasil yang lebih intim dan realistik.

"Tidak mungkin kita dapat menghasilkan sebuah filem dengan judul 'Star Trek' dan tidak mempunyai elemen skrin hijau. Tetapi salah satu perkara yang telah kami teruskan dari filem pertama adalah untuk mencari lokasi atau membina set bila perlu untuk menghasilkan sebuah dunia yang rasanya tidak sintetik tetapi benar-benar wujud.

"Namun begitu, apa yang lebih penting adalah untuk menceritakan satu kisah yang menarik dan penuh emosi. Cabaran terbesar Kirk, Spock, Uhura, Bones, Scotty, Sulu dan Chekov bukan saja kuasa jahat yang telah memusnahkan Starfleet tetapi persoalan jika mereka dapat bergantung pada satu sama lain dan sejauh manakah kepercayaan di antara mereka. Dan bagi Kirk, apa yang bermula sebagai satu misi dendam menjadi pencarian untuk maksud sebenar di sebalik gelaran kapten," ujar Abrams.

Tarikh Tayangan Di pawagam 16 May 2013 (3D)

'Tiada cinta antara kami'

Posted: 04 May 2013 03:38 PM PDT

Juliana Evans doakan kebahagiaan Zizan dengan kekasih barunya

Pengakuan Zizan Razak, baru-baru ini, ketika sambutan ulang tahunnya ke-29 mengenai kamar hatinya yang kini dicuit seorang wanita sedikit sebanyak membuka sisi lain, terutama terhadap wanita yang terlebih dulu dikaitkan dengannya iaitu pelakon cantik, Juliana Evans atau lebih mesra disapa dengan nama Jue.

Kisah cinta yang pernah mengaitkan Zizan dan Jue selama ini disifatkan tergantung dan tak kurang juga ramai melihat kedua-duanya seperti mahu 'cover line' kini semakin terhakis. Apatah lagi ramai pula yang menebak gadis dimaksudkan Zizan itu antaranya ialah bakat baru, Emma Maembong dan Kaka Azraf.

Secara tak langsung, nama Jue seolah-olah tiada dalam gambaran plot cerita berkenaan. Malah, pada saat Jue melanjutkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi di Western Michigan University di Kalamazoo, Michigan, Amerika Syarikat, pernah tersebar cerita kononnya Jue sudah beralih alah kepada lelaki mat salih bernama Nate Miller.

Hanya kawan rapat B*POP berhubung dengan Jue menerusi medium WhatsApp, baru-baru ini, bertanyakan khabarnya, selain meminta beliau memberi komen mengenai sisi peribadi Zizan. Di sebalik kesibukannya menjalani rutin sebagai pelajar, Jue juga sempat membalas emel kepada setiap soalan yang diajukan.

"Sebenarnya Jue gembira untuk Zizan jika dia sudah bertemu seseorang yang sudah menambat hatinya.

Jue gembira jika dia gembira kerana dia kawan Jue yang sangat rapat. Dia umpama abang Jue. Jadi Jue sokong tak kira apa jua selagi apa yang dilakukannya itu mampu menggembirakannya," katanya.
Jue menambah, bererti selama ini, dia bukan mahu menyembunyikan kebenaran atau jauh sekali bersikap hipokrit mengenai gosip cintanya dengan Zizan. Ironinya, memang tiada hubungan istimewa antara mereka.

"Itulah, Jue sudah banyak kali tegaskan kami hanya kawan tetapi ramai yang tak percaya. Malah, saat ini pun saat masih terkejut kerana ada peminat yang ingat kami bercinta biarpun terpisah dek jarak. Hakikatnya, kami sudah lama pandang ke depan memikirkan apa yang lebih utama dalam hidup kami.

"Macam Jue sekarang sibuk dengan pengajian dan Zizan tahulah dia memang antara bintang yang sangat menjadi perhatian dan laku sekarang. Memang Jue tahu, peminat memang suka tengok kami bersama. Ikutkan memang Jue tak nak hampakan mereka tetapi apa boleh buat, tiada cinta antara kami," kata Jue sambil berseloroh Zizan antara teman kategori istimewa dalam hidupnya.

Pengorbanan berbaloi Mengenai akademiknya, menurut gadis berdarah campuran itu, pengajiannya di sana berjalan lancar. Jika tiada aral, Jue akan menamatkan pengajian pada April 2014.

"Alhamdulillah, pengorbanan Jue untuk tinggalkan seketika dunia seni dan memberi perhatian kepada bidang akademik amat berbaloi. Untuk belajar Jue kena beri perhatian 100 peratus dan memahami betul-betul sistem pengajian di Amerika.

"Dulu, semasa di Malaysia, kesibukan Jue dengan dunia seni tak dinafikan membataskan perhatian terhadap pengajian. Jadi, peluang ini Jue kena manfaatkan sebaik mungkin demi mendapat keputusan cemerlang," kata pelakon filem Mael Lambong ini.

Jue aktif berpersatuan di Michigan

Jelas Jue lagi, tahun lalu, dia berkesempatan berjinak-jinak dengan dunia modeling di sana. Malah ada undangan yang memerlukannya beraksi depan kamera di sekitar San Francisco dengan jurugambar tempatan. Tahun ini pula, Jue memberitahu dia mula membabitkan diri dengan berteater di universiti.

"Baru-baru ini Jue ada persembahan pentas teater secara langsung di kampus.

Jue pegang watak sebagai wartawan. Ikutkan Jue ada menerima panggilan semula daripada agensi di sini untuk berlakon dan memperaga. Tapi Jue tak nak terburu-buru kerana bimbang hilang fokus terhadap pengajian.

"Walaupun tinggal jauh, Jue masih mendapat tawaran berlakon dengan produksi Malaysia. Dua bulan lalu, Jue ada terbabit dengan penggambaran super telemovie dengan syarikat Mermaid Studios milik Liyana Jasmay di New York City. Telefilem itu diarahkan Ghaz Abu Bakar. Jue diterbangkan dari Michigan oleh pihak produksi Liyana untuk ke New York.

"Selain itu, Jue juga aktif berpersatuan dengan badan pelajar Malaysia di sini. Jue juga sudah mengarahkan beberapa video untuk malam membabitkan persembahan pelajar Malaysia dan Midwest Games 2013. Jue juga ada mengacarakan majlis untuk projek kampus," kata Jue yang berbangga menjadi rakyat Malaysia dan tak lokek bercerita mengenai keindahan negara kita kepada pelajar lain di sana.

Diusik mengenai dirinya sama ada sudah bertemu kekasih di sana. Pintas Jue sambil berseloroh: "Belum... masih menunggu rockstar idaman hadir dalam hidup".

Sabtu, 4 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Demam Star Trek bermula

Posted: 03 May 2013 05:10 PM PDT

ADVERTORIAL

Sekuel kepada filem 'Star Trek' (2009), 'Star Trek Into Darkness' bakal menemui pengunjung pawagam bermula 17 Mei depan setelah tarikh tayangan ditunda dari 29 Jun tahun lalu tanpa alasan yang dapat didedahkan.

Petanda awal menunjukkan peminat Trekkies sudah tidak sabar menonton 'Star Trek Into Darkness' apabila comicbookmovie.com melaporkan sistem tempahan atas talian BFI dan Odeon di United Kingdom mengalami masalah teknikal gara-gara permintaan yang memberangsangkan untuk tempahan awal tiket.

Selepas kejayaan 'Star Trek' memungut kutipan mencecah US$385 juta di box office serta kemenangan di beberapa majlis penganugerahan termasuk Academy Awards dan Screen Actors Guild Awards, pihak penerbit memutuskan untuk meneruskan kisah James T. Kirk bersama krew kapal USS Enterprise.

Malah semua pelakon utama dikatakan telah menandatangani kontrak untuk dua sekuel termasuk Chris Pine, Zachary Pinto, Karl Urban, Zoe Saldana, Simon Pegg, John Cho dan Anton Yelchin.

Filem kedua dalam siri reboot yang bermula pada tahun 1966 ini turut menampilkan pelakon Inggeris popular, Benedict Cumberbatch yang melakukan transisi dari watak Sherlock Holmes abad ke-21 ke karektor antagonis yang lebih futuristik.

Kepulangan J. J. Abrams kepada kerusi pengarah turut disambut baik peminat, lebih-lebih lagi bila dia disahkan bakal mengarah 'Star Wars Episode VII'. Abrams juga membawa bersama rakan-rakan koloborasinya iaitu Alex Kurtman dan Roberto Orci sebagai penulis skrip (dan kini, penerbit) serta Damon Lindelof yang masih berfungsi sebagai penerbit tetapi telah meluaskan lagi portfolionya sebagai penulis bersama.
Kisah 'Star Trek Into Darkness' bermula dengan kepulangan USS Enterprise ke Bumi. Semua krew terkejut dengan keadaan Bumi yang huru-hara. Lebih memeranjatkan bila Starfleet menjadi mangsa serangan. Kini, Kapten Kirk bersama krewnya ditugaskan untuk mencari individu yang bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku.

Jangan terlepas menonton 'Star Trek Into Darkness' yang menjanjikan babak-babak aksi yang mendebarkan di pawagam bermula 17 Mei depan.

Tuah Suzy

Posted: 03 May 2013 05:10 PM PDT

Skandal foto intim IU bantu lonjak dirinya sebagai selebriti pilihan pengiklan

Menandatangani lebih 20 kontrak iklan sejak awal tahun lalu, populariti anggota kumpulan Miss A, Suzy Bae melonjak di kalangan pengiklan hingga menerima jolokan 'Gadis $10 juta'.

Kontrak pertama ditandatangani gadis bernama lengkap, Bae Su ini Ji pada Februari 2012 dan sejak itu, pelbagai tawaran komersial diterima termasuk Domino's Pizza, Canon, Nintendo, Reebok, Swarovski dan Korean Tourism Organization.

Kesemua kontrak itu ditandatangani Suzy secara solo, tanpa membabitkan anggota Miss A yang lain. Keselesaan itu meletakkan dirinya dalam senarai artis berpendapatan tertinggi menyaingi nama popular seperti Yoo In Na, Jeon Ji Hyun dan Song Hye Kyo.

Biarpun beberapa nama lain turut dibanjiri tawaran membintangi komersial, namun pengaruh mereka tidak mampu menyaingi keutuhan populariti Suzy.

Lonjakan populariti gadis kelahiran Gwangju, Korea Selatan berusia 19 tahun itu meletakkannya pada kedudukan teratas sebagai model komersial pilihan di kalangan penyanyi berkumpulan wanita.

Apakah rahsia di sebalik kejayaan gadis yang diperkenalkan bersama Miss A pada Julai 2010 menerusi single perdana mereka, Bad Girl Good Girl itu?
Sebahagian melihat pencapaian Suzy itu didorong kejayaan filem pertamanya, Architecture 101 yang menganugerahkannya trofi bakat baru pada Baeksang Arts Award.

Dia yang sedang meraih perhatian menerusi drama berantai, Gu Family Book turut menjulang trofi Aktres Popular 2012 KBS Drama Award menerusi wataknya dalam drama bersiri, Big.

Satu daripada agensi pengiklanan berkata, Suzy menjadi pilihan kerana pengaruh dan popularitinya yang melangkaui pelbagai lapisan usia.

"Dia tidak hanya menjadi idola remaja, sebaliknya turut mencipta nama sebagai aktres. Semua itu membantunya untuk dikenali kelompok peminat yang meluas.

"Kriteria itu meletakkan Suzy menjadi pilihan paling ideal sebagai bintang komersial. Meskipun industri pengiklanan sering menyaksikan perubahan pantas, namun Suzy tetap bertahan dan menyerlah.

"Bonus kepadanya kerana selain memiliki raut wajah baik dan cantik semula jadi, ia membantu Suzy untuk mencipta imej bersih dan bebas skandal," katanya.

Sebelum Suzy, penyanyi IU terlebih dulu menjadi pilihan kebanyakan pengiklan namun selepas skandal membabitkan dirinya terbongkar, secara tidak langsung menjauhkannya daripada peminat.

IU yang pernah menjadi kesayangan ramai menutup periuk nasinya sendiri apabila memuat naik rakaman foto dirinya dan anggota Super Junior, Eunhyuk pada November lalu.

Bagaimanapun, perkara itu menjadi heboh apabila peminat mendapat tahu rakaman foto itu sebenarnya dilakukan ketika mereka sedang berbaring di atas katil.
IU pantas menafikan perkara itu dengan mempertahankan, mereka sedang berehat di atas sofa tanpa sebarang jalinan intim.

Namun penjelasan yang diberikan IU itu tidak mampu memadamkan skandal yang menjadi bualan ramai, malah turut memperjudikan masa depan karier seninya.

Meskipun tidak mempunyai kaitan dalam skandal yang diperkatakan itu, namun imej buruk IU membawa keuntungan kepada Suzy apabila pengiklan mencari nama selebriti yang bersih dan bebas skandal.

Dalam tempoh 14 bulan selepas menandatangani kontrak komersial pertama, Suzy berhasil meraih pendapatan RM26.9 juta.

Dia dikatakan menerima bayaran sekitar RM1.6 juta untuk setiap iklan, meletakkan dirinya sebagai gadis paling dikehendaki dalam lapangan komersial.

Rahsia miliki tubuh menawan

Bertubuh kecil molek, pesona dirinya sentiasa meraih perhatian umum hingga ramai kaum Hawa iri hati dan cemburu dengan kelangsingan tubuhnya.

Namun semua itu tidak datang hanya dengan memetik jari. Suzy berkata, dia bekerja keras untuk mendapatkan susuk tubuh idaman gadis itu.

"Saya tidak betah duduk diam, malah tidak pernah lelah melakukan sesuatu. Saya paling suka bersenam menggunakan hula hoop.

"Andai ada kelapangan, saya akan bersenam sambil membaca skrip. Senaman itu membantu saya mendapat bentuk tubuh yang diidamkan," katanya.

Kesungguhan itu barangkali berputik daripada disiplin yang diterapkan sebaik saja dia memasuki industri hiburan.

Bermula sebagai penyanyi, sebelum melangkah ke dunia lakonan tetapi setiap satu dilakukannya penuh serius. Malah ketika membintangi Gu Family Book, Suzy tidak merungut biarpun terperuk dalam kedinginan.

Dalam satu adegan, Suzy diminta berkemban ketika menjayakan babak penggambaran yang dilakukan dalam cuaca dingin.

Suzy langsung tidak merungut, sebaliknya sentiasa menguntum senyum ketika kru merakamkan babak dirinya yang sedang merawat luka di lengan.

Memainkan watak Dam Yeo Wool, gadis lurus yang berani dan karakter yang dibawanya itu sebenarnya tidak jauh beza daripada peribadi asalnya.

Mula muncul dalam episod ketiga, drama yang turut dibintangi Lee Seung Gi itu menyerlahkan pesona kental dirinya sebagai gadis yang merasai pengalaman cinta pertama.

Jumaat, 3 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tolak babak sentuh wanita

Posted: 02 May 2013 07:33 AM PDT

Johan As'ari kenakan syarat lakonan sebaik saja kembali dari Tanah Suci

Baru dua tahun bergelar pelakon, Johan Arif As'ari sudah mula meletakkan syarat sebelum bersetuju menandatangani sebarang kontrak.

Sejak kembali dari menunaikan umrah 8 April lalu, pemuda ini mahu mengelak daripada melakonkan watak yang memerlukannya bersentuhan dengan pelakon bukan muhrim.

Hasrat itu, menurutnya, terbit atas rasa tanggungjawab sebagai seorang Islam. Bagaimanapun, pada masa sama, jejaka berusia 26 tahun bimbang seandainya satu hari nanti dia sendiri terlupa mengotakan janji terbabit.

"Niat untuk berubah timbul sekembalinya dari Tanah Suci. Tiada siapa memaksa, tetapi keinginan ini terbit atas kesedaran sendiri. Selama ini saya terlalu leka sehingga melanggar perkara yang tidak boleh dilakukan.

"Kalau boleh, saya mahu mengelak daripada adegan yang memerlukan saya bersentuhan. Saya tahu, pasti ia akan menyukarkan produksi, terutama jika sentuhan itu membabitkan watak ibu dan anak. Lihatlah bagaimana nanti, namun saya berharap apa yang saya niatkan ini dapat ditunai dengan sempurna.

"Bukan apa, saya juga manusia yang tidak terlepas daripada kesilapan. Mungkin hari ini saya kata tidak mahu lagi bersentuhan, tetapi esok lusa saya sendiri melanggar janji. Jadi, saya berharap peminat dapat memaafkan andai perkara itu terjadi," katanya.

Umrah lebih sempurna
Dedah Johan lagi, perasaan dapat menjejakkan kaki buat kali kedua ke Makkah benar-benar berbeza, berbanding kunjungan pertama tahun lalu.

Katanya, kali ini dia dapat rasa keajaibannya sebelum berangkat ke sana lagi. Mungkin ia berkat niatnya kali ini, iaitu hanya untuk beribadat, manakala kunjungan pertama dulu lebih kepada kerja. Justeru, dia berpeluang melakukan ibadat lebih sempurna berbanding sebelumnya.

"Hasrat menunaikan umrah kali ini dipermudahkan. Pada mulanya saya sendiri berbelah bahagi untuk ke sana kerana keadaan kewangan tidak begitu mengizinkan. Mungkin dengan niat ikhlas, rezeki saya dipermudahkan. Pada petang saya buat keputusan untuk pergi, tiba-tiba saya menerima cek untuk drama lakonan saya yang masih tertunggak.

"Alhamdulillah, sepanjang di sana juga ibadat saya lebih khusyuk. Sebelum ini saya ke sana kerana menjayakan penggambaran drama Syahadah Cinta dan Tersalah Cinta. Sambil bertawaf, fikiran asyik ingat babak apa yang perlu saya lakukan selepas itu. Jadi, saya rasa ketika itu ibadat seperti tidak sempurna. Kali ini saya bersyukur kerana dapat melakukan umrah sebanyak dua kali. Setiap kali sembahyang pula, saya melakukan tawaf sunat," katanya.

Gembira Nabila ada kekasih

Sementara itu, ketika ditanya perasaannya selepas mendapat tahu teman baiknya, Nabila Huda, sudah bertemu cinta hati, Johan terus ketawa. Tegasnya, dia tentu sekali tumpang gembira melihat kebahagiaan rakannya.

Ujarnya, sewaktu menunaikan umrah, dia juga tidak lupa mendoakan kesejahteraan wanita yang pernah rapat dengannya itu. Malah, doanya seperti didengar Tuhan apabila keesokan harinya dia terbaca pengakuan Nabila mengenai hatinya yang sudah dimiliki DJ Nas-T.

"Saya tidak kecewa, sebaliknya tumpang gembira melihat Nabila bahagia. Kami tidak pernah bermusuh, malah sesekali masih berkomunikasi di Twitter. Saya akui kami semakin jarang berhubung di telefon. Lagi pun, dia sudah mempunyai kekasih, jadi saya perlu hormati perasaan temannya itu," kata Johan yang turut mendoakan dirinya dipertemukan dengan jodoh yang baik.

Artis popular buat tak senonoh dalam pesawat

Posted: 02 May 2013 07:31 AM PDT

Cerita yang ingin Cik Normah ceritakan hari ini memang panas. Boleh dikatakan, tahap kepanasannya boleh sampai menggelegak. Boleh melecurlah perasaan jika empunya diri membacanya.

Kisahnya menjurus kepada seorang artis wanita yang memang popular. Kebetulan, seorang teman Cik Normah menaiki penerbangan yang sama dengan artis terbabit. Destinasi mana yang dituju, tak perlulah Cik Normah tulis di sini.

Melihat kepada fizikal dan cara pembawaan diri artis itu, memang teman Cik Normah tak sangka yang boleh tahan miang selebriti ini.

Apa yang mengejutkan adalah, sempat juga dia melakukan perkara tidak senonoh di atas pesawat terbabit. Teman Cik Normah tidak bercakap kosong kerana kedudukannya tidak jauh dengan tempat duduk artis itu. Berani mati dia membuat perkara keji itu di khalayak ramai, bersama seorang lelaki asing.

Mengenangkan dia seorang yang dikenali ramai, maka ramai yang menutup mata dengan perlakuannya. Mujurlah Cik Normah tidak berada di tempat kejadian.

Kalau tidak sudah lama Cik Normah singkap selimut yang membaluti tubuh mereka berdua sambil menjerit-jerit seperti orang kena histeria. Biar dia tahu malu sikit.

Cik Normah ingat, kejadian itu hanya tinggal sebagai mimpi ngeri kepada penumpang dan anak kapal, rupa-rupanya tidak.
Buat laporan

Entahkan dia ini ada penyakit amnesia ataupun baru tersedar akibat 'mabuk laut', Cik Normah diberitahu sebaik saja mendarat, dia membuat laporan di lapangan terbang kononnya dia menjadi mangsa gangguan seksual sehingga menyebabkan lelaki yang bersamanya itu dikenakan tindakan.

Hebat sungguh permainan artis wanita itu. Dia yang gatal sama, selepas itu, apabila diri mula dihimpit rasa bersalah, orang lain pula yang jadi mangsa. Memang tak senonoh.

Khamis, 2 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Yuna tuai hasil

Posted: 01 May 2013 05:13 AM PDT

Pengerusi Verve Music Group, David Foster puji vokal, penyampaian penyanyi Terukir Di Bintang dalam EP sulung

Ada sebab mengapa penyanyi tinggi lampai ini untuk berasa teruja dan gembira. Segala usaha, serta penat lelahnya berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) untuk menjual 'bakat' nampaknya mula menampakkan hasil.

Jika sebelum ini Yuna membuat negara bangga apabila dilamar komposer terkenal, David Foster, untuk bernaung di bawah syarikat rakamannya, Verve Records, kini 'benih' yang ditanam itu sudah menampakkan tunas.

Menurut pemilik nama Yunalis Zarai ini, hasil kerjanya bersama Verve akan dapat dikongsi bersama peminat menjelang 7 Mei ini, iaitu EP berjudul 6ixth Street.

"EP ini mengandungi lima lagu dan untuk single pertama saya memilih I Wanna Go. Terus terang saya memang berdebar dan pada masa sama gembira kerana tidak sabar untuk melihat reaksi peminat terhadap album ini.

"Muzik I Wanna Go mempunyai sentuhan ketimuran, iaitu kedengaran seperti bunyi kompang, yang dihasilkan daripada gendang. Saya memang mahu selitkan muzik sebegitu. Saya berharap, untuk album penuh yang bakal dipasarkan September depan, saya sekali lagi dapat menghasilkan muzik sedemikian," katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai Duta Sosial Media Penerbangan Malaysia (MAS) di The Publika, Dutamas, malam kelmarin.

Ditanya pandangan Foster selepas mendengar keseluruhan album itu, penyanyi berusia 26 tahun ini berkata, pujian lebih kepada vokal dan gaya penyampaiannya.

"Buat masa ini album itu hanya dipasarkan di sini dan peminat di Malaysia bolehlah mendapatkannya secara atas talian dan di iTunes Malaysia," terang Yuna.
Akur tewas kepada Shila

Sesekali bertemu penyanyi ini, banyak benda yang ingin ditanyakan. Maklum sajalah, menetap di Los Angeles demi tuntutan kerjaya membuatkan peluang untuk mewawancara penyanyi Terukir Di Bintang ini terbatas.

Antaranya, apakah reaksinya apabila trofi Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH yang dimenangi tahun lalu gagal dipertahankan. Sebaliknya, gelaran itu berpindah kepada Shila Amzah.

Mengulas perkara terbabit, Yuna lebih suka melihat kekalahan itu dari sudut positif.

"Shila layak untuk menang kerana dia memang popular. Pada saya, dia artis yang berbakat besar serta mampu pergi jauh dalam bidang ini. Sekarang ini pun dia sudah terkenal di Shanghai dan bakal menghasilkan album di luar negara," katanya.

Dapat layanan istimewa?

Mengenai pelantikannya sebagai Duta Sosial Media MAS, Yuna berkata, perkara itu sudah lama diimpikannya.

"Kerjasama saya dengan MAS bermula ketika menjayakan projek MHbuddy Meets the World Travelogue, tahun lalu. Saya impikan saat ini dan bangga apabila berpeluang bekerjasama dengan produk tempatan," katanya.

Diusik pertanyaan apakah dia akan menjadi anak emas syarikat penerbangan terbabit selepas ini, katanya, perkara itu lebih kepada situasi menang-menang.

"Sepanjang saya menggunakan khidmat mereka, MAS tidak pernah memberi sebarang masalah buat saya. Jadi kerjasama ini saya lihat lebih kepada menguntungkan kedua-dua pihak. Saya membantu mereka dari segi promosi dan secara tidak langsung ia juga mendekatkan peminat saya dengan mereka," ujarnya.

Pada majlis itu Yuna diberikan Kad Enrich Emas oleh Ketua Pemasaran MAS, Dean Dacko, sebagai ganjaran atas kesetiaannya menggunakan penerbangan itu.

Terdahulu, Yuna turut menghiburkan peminat yang hadir dengan rangkaian lagu popularnya termasuk single terbaru di Malaysia, Lelaki, dan I Wanna Go.

Bintang Korea di puncak Genting

Posted: 01 May 2013 05:11 AM PDT

Artis K-pop popular bakal tampil dalam konsert dua malam di Arena of Stars

Arena of Stars, Genting Highlands, bakal menjadi gelanggang perhimpunan ramai bintang K-pop ternama yang diterbangkan khas ke Malaysia pada 23 dan 24 Mei ini.

Peminat tegar yang membeli tiket bukan hanya berpeluang mengikuti persembahan Sistar, 4Minute, Brown Eyed Girls (BEG), Born to Beat (BTOB) dan G.Na, malah turut berpotensi memenangi pakej percutian ke Korea bernilai RM25,000.

Uniknya, Dream Concert yang dibawakan Esteem Pavilion Sdn Bhd ini membariskan artis berkumpulan wanita dan penyanyi solo yang sebahagiannya julung kali mengadakan persembahan di negara ini.

Sudah pasti ramai ternanti-nanti kemunculan HyunA daripada kumpulan 4Minute dan Gain (Brown Eyed Girls) kerana kelibat mereka turut menyerlah dalam muzik video Psy. Andai HyunA membintangi klip Gangnam Style, Gain pula terbabit dalam klip lagu terbaru, Gentleman.

Populariti HyunA yang menyerlah bergandingan dengan penghibur tersohor itu secara tidak langsung memberi tempias kepada anggota lain iaitu Nam Ji-hyun, Heo Ga-yoon, Jeon Ji-yoon dan Kwon So-hyun. 4Minute boleh berbangga dengan lagu mereka, Creating Love, HuH, Mirror Mirror dan Volume Up yang menjadi siulan ramai.

Sistar teruja temui peminat Malaysia

Melihat senarai lain, kumpulan BEG yang ditubuhkan sejak 2006 turut mempunyai kelompok peminat setia di sini, apatah lagi mereka menyerlah bersama dendangan hits berjudul L.O.V.E., Hold the Line serta How Come.
Apa pun, Sistar hasil gabungan Hyolyn, Bora, Soyou dan Dasom antara kumpulan yang teruja untuk beraksi di Arena of Stars memandangkan inilah julung kalinya mereka bertemu peminat di Malaysia. Tentu ramai ternanti-nantikan penampilan mereka mendendangkan How Dare You, So Cool, Alone dan Loving You.

Berbeza daripada kumpulan lain, BTOB pula ditunjangi enam wanita bersama satu-satunya anggota lelaki. Mereka menghangatkan lagi Genting Highlands bersama I Only Know Love, Insane dan Father.

Namun, dijangka penyanyi solo seperti G.NA atau nama sebenar, Gina Jane Choi, yang berdarah campuran Korea dan Kanada tidak mungkin mengecewakan. Menyelak pengalaman, dia pernah berduet bersama Rain menerusi lagu Little Things I Want to Do When I Have a Lover.

Bagi yang ingin mengikuti Dream Concert, yang berlangsung pada 23 dan 24 Mei ini, jam 8.30 malam, tiket dijual pada harga RM100 hingga RM800.

Tempahan tempat atau pertanyaan boleh dilakukan dengan menghubungi Ticket Charge di 03-92228811 dan 03-27181118, atau layari laman web www.rwgenting.com untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa dapatkan tiket anda sekarang. Ganjaran utama bernilai RM25,000 berupa pakej percutian ke Korea dan penginapan mewah di Hotel Grand Resort World Genting menanti pemenang.

Lima pembeli tiket bertuah akan memenangi percutian 3 hari 2 malam ke Korea bernilai RM4,000, termasuk tiket penerbangan, penginapan, makanan dan lawatan untuk setiap seorang. Manakala lima lagi peminat bertuah akan memenangi pakej percutian Resorts World Genting termasuk dua malam penginapan di Genting Grand Premier Room berserta sarapan bernilai RM1,000.

*Dapatkan borang Peraduan K-Pop Dream Concert Live in Malaysia dalam akhbar BH hari ini

Rabu, 1 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Nana rindu

Posted: 30 Apr 2013 04:52 PM PDT

Berazam muncul dengan single kerohanian pada tahun ini juga

Tiga tahun tanpa buah tangan terkini, penyanyi yang satu ketika dulu cukup dikenali sebagai rakan duet Allahyarham Achik Spin, Siti Nordiana Alias, mengaku semakin rindu untuk mendengar lagu barunya diputarkan di radio.

Masih bergelar artis Fantasia Music City (FMC), dia yang selesa membahasakan dirinya Nana berkata, syarikat rakaman yang dinaungi sudah memberikan lampu hijau, malah menyerahkan sepenuh kebebasan kepadanya mencari lagu sesuai.
Kerjaya nyanyian masih lagi lancar. Boleh dikatakan setiap hujung minggu, dari Jumaat hingga Ahad, pasti ada saja undangan" Siti Nordiana, Penyanyi

Mahu mengekalkan genre pop rock, Nana kini dalam misi mencari komposer yang diharap mampu menyerlahkan kembali namanya. Dia turut berharap akan dipertemukan dengan pencipta yang mampu menghasilkan lagu berkonsep kerohanian, namun tegar dengan konsep muzik kegemarannya.

"Saya selesa dengan konsep pop rock dan kalau boleh, saya mahu kekal dengan konsep sama untuk single terbaru.

"Saya juga berhasrat menyelitkan unsur kerohanian dalam lagu, kerana di samping menyanyi, saya mahu pendengar mendapat manfaat daripada lagu yang saya nyanyikan.

"Saya sukakan lagu dendangan Opick, yang tidak terlalu bercirikan kerohanian. Pendengar bukan saja boleh mengaitkan lagu itu dengan diri mereka, pada waktu sama, mengingatkan mereka kepada Tuhan.
"Setakat ini saya belum mempunyai material kerana masih mencari komposer sesuai. Bagaimanapun, saya akan pastikan, tahun ini saya akan keluar juga dengan single," katanya yang ditemui pada majlis minum petang anjuran Aman Palestin di Shah Alam, baru-baru ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Hanya Sandaran ini berkata, sudah kerap benar dia membawakan lagu zaman remajanya setiap kali persembahan. Justeru, dia tidak sabar untuk mendendangkan lagu baru buat peminat.

Berniaga tudung secara online

Biarpun kerjaya nyanyian tidak begitu digembar-gemburkan, Nana nyata bersyukur kerana setiap minggu pasti ada saja undangan menyanyi yang diterima. Hampir setiap hujung minggu juga anaknya, Mohamd Rayyan Nakhaie, 5, akan dihantar ke rumah ibu bapanya di Sendayan, Negeri Sembilan, lantaran perlu memenuhi undangan nyanyian.

"Dari sudut publisiti, memang saya akui semakin kurang muncul di akhbar mahupun majalah. Alhamdulillah, kerjaya nyanyian masih lagi lancar. Boleh dikatakan setiap hujung minggu, dari Jumaat hingga Ahad, pasti ada saja undangan. Pada hari biasa, saya sibuk uruskan anak dan merangka perniagaan tudung secara online, yang akan dilancarkan tidak lama lagi," katanya.

Jelas Nana, minat berniaga di atas talian timbul apabila peminat sering bertanya mengenai tudung yang dipakainya.

"Sejak itu saya mula merancang perniagaan secara online. Saya sendiri yang menghasilkan lakaran, mencari material dan tukang jahit untuk menyiapkannya. Perniagaan ini saya kongsi bersama teman serumah dan insya-Allah ia akan dilancarkan dalam masa terdekat," katanya yang mengakui masih solo.

Bukan mudah cari pengganti

Empat tahun bergelar ibu tunggal, Nana tidak menolak ada kala timbul juga rasa sunyi. Lebih-lebih lagi apabila dia terpaksa berseorangan menyertai aktiviti anjuran sekolah anaknya, menyebabkan perasaan itu semakin terasa.

Bagaimanapun, Nana yang pernah berkahwin dengan pelakon, Allahyarham Mohd Faizal Yusup, pada 2006, enggan terburu-buru mencari pengganti kerana bukan mudah untuk menemui lelaki memahami.

"Paling penting, lelaki itu harus menerima Nana dan Rayyan seadanya.

"Selepas episod kegagalan rumah tangga lalu, sedikit sebanyak perasaan trauma masih ada. Saya juga tidak memilih siapa jodoh saya, tetapi kalau boleh biarlah lelaki itu mempunyai arah yang sama dengan saya. Kalau boleh juga, saya mahu mengelak daripada berkahwin dengan insan seni kerana saya tahu, masa untuk bersama agak terhad," katanya.

Selasa, 30 April 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tunda kahwin demi kerjaya

Posted: 29 Apr 2013 06:41 PM PDT

Farhan bakal muncul dengan single ciptaan Azlan, buat persembahan di Kuantan

Mengikut perancangan awal, mereka bercadang mengakhiri zaman solo pada tahun ini. Bagaimanapun, ketentuan Allah tidak ada siapa mampu menolaknya.

Bukan disebabkan masalah peribadi, namun bagi bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat, Nur Farhan Azizan atau Farhan dan tunangnya, Ahmad Rashdan Suhaimi, keputusan untuk menangguhkan perkahwinan mereka adalah disebabkan kerjaya nyanyian Farhan yang kian berkembang.
"Sebelum ini saya lebih fokus dalam perniagaan. Bukan saya tak minat menyanyi, tawaran juga masih ada. Cuma tidak banyak publisiti mengenai diri saya diketengahkan. Lagipun kalau tiada cerita, lebih baik saya mendiamkan diri.

Jika sebelum ini Farhan, 28, agak menyepi, tetapi pada tahun ini, penyanyi bersuara mantap ini mahu lebih aktif dalam bidang yang dicintainya.

"Sebelum ini saya lebih fokus dalam perniagaan. Bukan saya tak minat menyanyi, tawaran juga masih ada. Cuma tidak banyak publisiti mengenai diri saya diketengahkan. Lagipun kalau tiada cerita, lebih baik saya mendiamkan diri.

"Kebetulan, saya akan mengadakan persembahan khas untuk peminat di Kuantan, Pahang, serta bakal muncul dengan single, barulah saya bersedia bertemu wartawan untuk menghebahkannya," katanya yang hadir ke Balai Berita baru-baru ini, bersama tunang.

Katanya, kesibukan tidak disangka-sangka itu menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan tarikh perkahwinan. Farhan dan Rashdan mengikat tali pertunangan Februari tahun lalu.
"Bukan senang untuk peluang seperti ini datang di depan mata. Bila sesekali ia datang, takkanlah kita nak tolak begitu saja? Selepas berbincang dengan tunang, paling awal, mungkin penghujung tahun ini kami akan bernikah. Jika tidak mungkin pertengahan tahun depan," ujarnya sambil menjeling ke arah Rashdan di sisinya.

Akan ada pengurus sendiri

Bercerita mengenai single terbaru, dalam nada teruja Farhan menjelaskan, lagu itu bakal dicipta Azlan & The Typewriter.

"Dia bertemu saya dan melahirkan hasrat mencipta lagu buat saya. Mulanya saya terkejut juga. Maklum saja, genre muzik kami berbeza dan tentu ramai yang akan rasa pelik apabila Azlan yang mahu menghasilkan lagu. Saya sendiri tidak sabar untuk mendengarnya," katanya.

Buat masa ini, segala urusan kerjaya seninya diuruskan sendiri, dengan bantuan tunang. Ditanya apakah dia berhasrat melantik Rashdan sebagai pengurus peribadi, Farhan berkata, dia lebih selesa kerjayanya diuruskan orang lain.

"Biarlah dia dengan kerjayanya sendiri. Sekarang dia cuma tolong saja.

"Sebenarnya, saya takut untuk mencari pengurus berdasarkan pengalaman lalu. Bukanlah nak kata serik, tapi kena berhati-hati. Terus terang, saya memang tidak tahu selok-belok perihal pengurusan. Namun ada juga yang merisik, mahu menguruskan kerjaya seni saya. Buat masa ini, kami sedang berbincang. Jika kata sepakat dicapai, insya-Allah, kami akan bekerjasama," jelas Farhan yang merahsiakan gerangan bakal pengurus barunya.

Yakin sambutan peminat di Pahang

Mengulas persembahan Glamourous Nite With Farhan di Hotel MS Garden, Kuantan, Pahang, pada 25 Mei, jam 8.30 malam, dia berkata, semuanya dilakukan atas permintaan peminat.

"Sebelum ini saya pernah menghadiri majlis makan malam di sana, sebagai tetamu. Namun apabila kehadiran saya disedari pengacara, dia mengundang saya menyanyi. Tak sangka pula sambutan diberi cukup menggalakkan.

"Dari situ, timbul idea untuk mengadakan persembahan. Saya buat di Kuantan kerana saya percaya sambutan di luar ibu kota biasanya lebih hebat kerana mereka kurang acara hiburan berbanding di Kuala Lumpur," katanya.

Info: Glamourous Nite With Farhan:

* Ditaja Nilaitek Properties, acara dianjurkan syarikat Farhan sendiri iaitu Mezzaforte Records itu bakal menyaksikannya mendendangkan lagu daripada pelbagai genre. Malah dia juga bakal mengundang seorang penyanyi untuk berpadu suara.

* Harga tiket ialah RM150, RM200, RM300 dan RM400. Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi 012-3044580 (Jeff) dan 019-9199680 (Liza), atau emel kepada glamorousnite@gmail.com.