Adsense

Rabu, 23 Januari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Yana masih solo

Posted: 22 Jan 2013 02:07 PM PST

Pelakon Wawa Semput lali gosip, tiada masa untuk bercinta

Bukan sekali atau dua dirinya digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan selebriti lelaki tanah air. Justeru, dia bagai sudah lali dengan segala khabar angin itu dan kini dia hanya mampu ketawa tatkala diajukan pertanyaan berhubung perkara itu.

Terbaru, Yana Samsudin dikaitkan pula dengan penulis yang juga pelakon, Fadzil Zahari. Sekali lagi wanita peramah ini menjelaskan semua itu hanyalah gosip.
Tengok pada jadual kerja, mana ada masa untuk saya bercinta? Selepas ini, siapalah pula agaknya yang akan dikhabarkan sebagai kekasih saya?" Yana Samsudin, Pelakon

Tegasnya, dia terlalu sibuk dengan lakonan, membuatkan dirinya tidak punya waktu untuk bercinta. Kata Yana juga, dia masih solo dan belum ada sebarang perancangan untuk berkahwin.

"Sekarang ini, hendak bercuti pun tak ada masa. Saya cuma dapat cuti sebulan pada Oktober lalu. Saya memang sibuk dengan lakonan. Selepas berlakon drama arahan Rashid Sibir ini, saya akan sibuk dengan promosi filem pula," katanya ketika ditemui di lokasi Surat Dari Langit Biru di ibu kota, kelmarin.

Drama lakonannya bersama Johan As'ari, Fizo Omar, Tania Hudson, Fauziah Nawi, Datuk Rahim Razali dan Nasir Bilal Khan itu akan menemui penonton TV3 mulai 6 Februari depan.

Sibuk berlakon filem
Menurut Yana, pada 31 Januari ini dia akan tampil dengan filem Wawa Semput, diikuti 2 Kalimah pada Februari dan Cerita Kita pada Mac. Baru-baru ini, filem seram lakonannya, Minyak Dagu, mendapat sambutan baik penonton. Pada tahun ini juga, lakonannya turut dapat disaksikan menerusi Adnan Sempit 3.

Selain filem, Yana tidak melupakan skrin kecil. Jika tahun lalu dia popular dengan siri Bini-Biniku Perkasa, tahun ini Surat Dari Langit Biru pula menjadi pilihannya. Jika boleh, dalam setahun dia cuba untuk muncul dalam sebuah drama bersiri.

"Tengok pada jadual kerja, mana ada masa untuk saya bercinta? Sudah banyak gosip yang mengaitkan saya dengan pelakon sebenarnya. Selepas ini, siapalah pula agaknya yang akan dikhabarkan sebagai kekasih saya?" katanya sambil tersenyum.

Tuah dicalonkan peminat

Mengenai pencalonannya pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012, Yana mengaku tidak menyangka dirinya akan tersenarai buat kali kedua dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular.

Berasakan dirinya bertuah berada dalam senarai lima popular, Yana cukup bersyukur apabila peminat sudi menghabiskan duit untuk mengundi dirinya.

Selain itu, Yana turut dicalonkan dalam tiga kategori online iaitu Gandingan Serasi di Layar, Artis Wanita Stailo dan Artis Berpengaruh di Laman Sosial.

"Kalau dilihat kepada calon lain, semuanya hebat-hebat. Apatah lagi Zizan berada dalam kategori yang sama dengan saya, bagaimana saya nak menang?

"Begitupun, melihat pada artis seperti Tasha Shilla yang tidak dicalonkan tahun ini, saya memang terkejut. Namun bagi saya, andainya nama tidak dicalonkan, bukan bermakna sudah tak popular. Semuanya turut bergantung pada tuah. Saya pula agak bertuah sebab peminat sudi keluar duit beli surat khabar dan hantar undian," katanya yang teruja untuk mengikuti siri jelajah ABPBH ke empat lokasi.

Info: Filem Yana Samsudin 2013
* Minyak Dagu
* Wawa Semput
* 2 Kalimah
* Cerita Kita
* Adnan Sempit 3

Sentuhan Ikon 2013 janji kelainan

Posted: 22 Jan 2013 02:05 PM PST

Pertandingan realiti mencungkil bakat artis berkumpulan bukanlah baru. Kali ini, program berkonsep sama yang diterbitkan Marhaen Production iaitu Sentuhan Ikon 2013 ada keistimewaan tersendiri.

Program realiti ini yang bakal ditayang di saluran RTM, tidak lama lagi membawa kelainan apabila tiga kumpulan muzik terkemuka iaitu Alleycats, Lefthanded dan May akan menjadi tenaga pengajar.

Pengarah Sentuhan Ikon 2013, Kudin Ramly yang juga bekas anggota kumpulan Headwind memberitahu HIP, pembabitan artis berpengalaman dalam program itu memberi kelainan berbanding program sama yang diterbitkan pihak lain.

Cungkil bakat kumpulan

"Saya lihat setakat ini, program mencungkil bakat artis berkumpulan tidak seperti program realiti mencari penyanyi solo. Ini kerana peserta solo diberi tenaga pengajar yang dapat berkongsi pengalaman dengan peserta.

"Jadi saya terpanggil untuk mengambil khidmat tenaga pengajar dalam Sentuhan Ikon 2013 bagi berkongsi ilmu dengan bakat baru," katanya.

Kudin berkata, melalui khidmat sifu, peserta akan mendapat gambaran sebenar cabaran dalam dunia muzik selain menyusun strategi untuk bertahan lama dalam bidang muzik.
"Tidak dinafikan, kita ada ramai artis berkumpulan generasi baru. Tetapi mereka mudah hilang jati diri apabila sudah popular. Jadi dalam program ini, kami mahu membimbing peserta ke arah yang betul," katanya.

Kudin berkata, peserta yang ingin mencuba nasib dalam program itu boleh mengirim rakaman muzik sama ada menerusi Youtube atau saluran berkaitan.

Syarat penyertaan

Menurutnya, antara syarat ditetapkan ialah setiap kumpulan perlu berusia 30 tahun ke bawah serta dianggotai antara tiga hingga enam pemuzik saja.

Menurut Kudin, dia berharap dapat mencungkil bakat di kalangan penduduk luar bandar. Ini kerana kata Kudin, dia yakin mereka berbakat tetapi tidak tahu bagaimana hendak menonjolkannya.

Cari band berwawasan

Tiga tenaga pengajar Sentuhan Ikon 2013 tidak sabar-sabar berkongsi ilmu dengan anak didik mereka.

Vokalis kumpulan May, Mus berkata, pengalaman 27 tahun dalam industri muzik akan digunakan sebaik-baiknya untuk membimbing pelajar.

"Bukan mudah untuk bertahan sepanjang dua dekad ini. Banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi sehingga ada suatu peringkat, saya bertindak keluar dari kumpulan," katanya.

Mus berkata, selain berkongsi ilmu dan mengajar bagaimana hendak membuat persembahan mantap, mereka akan berkongsi petua bertahan lama dalam industri.

"Kami akan mengajar mereka bagaimana mahu berdepan masalah yang mungkin timbul apabila bersama dalam satu kumpulan supaya tidak berlaku perpecahan," katanya.

Pemain gitar kumpulan Lefthanded, Man Kidal pula mahu mencari kumpulan yang tahu arah tuju muzik mereka.

"Kalau kita lihat industri muzik hari ini kekurangan band yang ada imej sendiri dan mempunyai hala tuju muzik berbanding kumpulan muzik pada era 1960-an dan 1970-an.

"Pada zaman itu, walaupun mereka memainkan muzik a go go, masing-masing ada imej sendiri dan punya hala tuju. Cuma, ketika itu, peluang untuk mencipta nama di luar amat terbatas," katanya.

Jelas Man Kidal, mereka mahu mencari band yang berwawasan, bukan sekadar mahir menguasai muzik.

Bagi vokalis kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam, dia cukup teruja berkongsi ilmu termasuk rahsia mengekalkan populariti selepas 43 tahun berkecimpung dalam bidan seni.

"Kita tidak boleh suka-suka masuk industri muzik. Generasi baru sebenarnya perlukan guru yang boleh mengajar mereka perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan apabila bergelar artis.

"Mereka tidak boleh hanya memikirkan glamor semata-mata atau sibuk menjalin skandal, sebaliknya mereka perlu tahu bagaimana hendak bertahan lama dalam industri," katanya.

Mereka yang berminat untuk menyertai program ini boleh menghubungi hotline 013-2111186.

Selasa, 22 Januari 2013

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Betul ke Norish Karman Cuba Goda Suami Orang?

Posted: 22 Jan 2013 06:26 PM PST


22 Jan – Baru sahaja reda daripada kontroversi yang membabitkan status anak keempatnya, Muhammad Haq Lutfie Alexander, kini timbul pula kisah baru yang mendakwa Norish Karman cuba menggoda suami orang.
Munurut laporan dari Berita Harian, segalanya bermula apabila Norish yang ingin menyembunyikan kelahiran anak keempatnya itu telah berpantang di rumah seorang kenalan pada September lalu bagi mengelak daripada diketahui umum. 
Namun niat baik kenalannya yang menjaga aktres "Spa Q" sepanjang berpantang dibalas dengan merampas suaminya dan menghancurkan rumah tangga yang dibina.
Pasangan suami isteri itu didakwa telah berpisah kerana si suami ingin meneruskan hidup bersama Norish dan mereka dikhabarkan semakin intim bersama.
- ---

Zain Saidin Tak Senang Duduk

Posted: 22 Jan 2013 05:39 PM PST

Zain menjelaskan kurang senang apabila melihat Rozita dikaitkan dengan lelak lain walaupun hakikatnya mereka sedang bercinta. Foto Arkib The Star.
PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin mengambil pendekatan mendedahkan kepada umum untuk menikahi aktres Rozita Che Wan pada penghujung tahun ini bagi memastikan wanita itu tidak lagi menjadi mangsa gosip dengan mana-mana lelaki lain.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, dia berbuat demikian kerana agak kurang senang apabila Rozita sering kali dilaporkan mempunyai hubungan dengan lelaki lain sedangkan mereka sebenarnya sedang hangat bercinta.
"Saya kurang senang apabila dia selalu digosipkan dengan pelbagai lelaki sehingga dia menjadi bahan cercaan masyarakat.
"Saya berterus terang mengenai hubungan kami untuk mengakhiri gosip dia dengan orang lain kerana kami sedang bercinta," ujarnya  menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangannya untuk berkahwin dengan Rozita pada Disember depan, Zain berkata, kenyataan itu dibuat secara ikhlas apabila disoal media mengenainya
Rozita tidak menafikan sedang bercinta dengan Zain dan meletakkan soal jodoh di tangan Tuhan.
Zain bagaimanapun memberitahu perkara itu terletak pada jodoh serta rezeki dan sebagai manusia dia hanya mampu merancang.
"Apabila wartawan bertanya saya cuma menjawab dengan ikhlas situasi sebenar kami dan memberitahu jika ditakdirkan ada jodoh kami akan berkahwin tambahan pula hubungan kami kini serius," jelasnya.
Sementara itu, Zain berkata, kekasihnya itu tidak mengulas panjang mengenai pendedahannya tentang hubungan mereka kerana perancangan untuk berumah tangga masih lagi jauh.
"Insya-Allah jika ada jodoh dan rezeki mungkin kami dapat bersatu pada Disember ini tetapi itu hanya perancangan dan saya tidak mahu lagi mengulas lanjut mengenai soal ini, tunggu hujung tahun kita tengok macam mana," katanya.
Media beberapa hari lalu melaporkan pengakuan Zain untuk berkahwin dengan Rozita, 40, dan mengakui hubungan mereka itu sememangnya serius.
Zain turut dilaporkan ada menghantar kuntuman bunga mawar kepada Rozita ketika penggambaran telefilem Anak Ikan di Pork Dickson, Negeri Sembilan hujung tahun lalu sebagai membuktikan cinta mereka.
Selain Zain, Rozita sebelum ini pernah dikatakan menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki muda seperti bintang bola sepak Asraruddin Putera Omar, Shahir (AF8), Beego dan Shah Iskandar.
Rozita dalam kenyataan balasnya pula mengambil pendekatan untuk tidak mahu berbicara tentang perkara itu selain berkata sekiranya ada jodoh, mereka akan kahwin kerana pada ketika ini masih peringkat mengenali hati budi masing-masing.
- ---

Mamat Khalid Tutup Syarikat

Posted: 22 Jan 2013 05:38 PM PST

Mamat Khalid
KUALA LUMPUR: Pengarah filem terkenal Mamat Khalid menafikan dakwaan kononnya dia terpaksa pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak kerana syarikat produksinya Naga VXS "lingkup" sejak dua tahun lalu sehingga diisytiharkan muflis.
Mamat, 50, berkata, penghijrahan tersebut adalah permulaan baharu dalam kariernya selepas berdepan dengan beberapa masalah dalam operasi syarikat berkenaan.
"Operasi Naga VXS sebelum ini ada beberapa sekatan. Saya perlu meneruskan kehidupan dengan memulakan perkara baharu.
"Saya bersyukur kerana diberikan peluang kedua apabila dapat menubuhkan syarikat baharu yang kini diuruskan isteri saya iaitu Intan.
"Sudah setahun syarikat Enjit Semut Productions ditubuhkan. Buat masa ini ia beroperasi di rumah kami di Ipoh, Perak," katanya.
Mamat ditemui pada malam gala tayangan filem arahannya berjudul Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit di GSC Mid Valley di sini, malam Selasa.
Ditanya mengenai dakwaan kononnya dia diisytiharkan muflis gara-gara diperdaya dalam perniagaan, Mamat berkata, tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali.
"Saya bukan diperdaya atau salahkan sesiapa melainkan pengurusan yang tidak betul.
"Ketika perniagaan syarikat itu bermula, kami masih baharu. Banyak yang perlu diperbaiki dan kehidupan harus diteruskan.
"Kalau kita terus mengenang kesilapan lalu, takkan bergerak jadinya. Memilih langkah seterusnya adalah lebih penting," katanya.
Mengenai perasaannya mengenai kemunculan filem terbaharu selepas tiga tahun menyepi, Mamat berkata, 2013 bakal menyaksikan segala usahanya selama tempoh itu dikongsikan kepada khalayak.
"Selain filem ini, saya juga akan muncul dengan Rock Ooo, Apokalips, Zombie Kilang Biskut dan Rentaz.
"Tahun ini segala usaha sepanjang tiga hingga empat tahun lepas akan menemui penonton," katanya yang berharap filem terbaharu itu dapat menyaingi kutipan Hantu Kak Limah Balik Rumah yang memperoleh kutipan kasar RM7.90 juta.
- ---

Aizat Iri Yuna

Posted: 21 Jan 2013 08:46 PM PST

Aizat mengakui peluang yang dimiliki oleh Yuna di Amerika Syarikat adalah impian semua pemuzik sepertinya. 
AMPANG: Penyanyi dan komposer Aizat Amdan berasa iri hati dengan rakan seperjuangannya iaitu Yuna yang berpeluang merakamkan album di Amerika Syarikat (AS).
Aizat, 24, berkata, peluang yang diperoleh Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai untuk bernaung di bawah sebuah label muzik terkemuka di AS iaitu The Verve/Universal Music serta bekerjasama dengan komposer terkenal seperti David Foster dan gitaris kumpulan Incubus, Mike Einziger adalah impian semua pemuzik sepertinya.
"Siapa yang tidak mahu bekerjasama dengan Mike yang memang terkenal dengan kehebatannya bermain gitar dan mencipta lagu? Beliau adalah salah seorang pemuzik kegemaran saya.
"Jujur saya iri hati dengan peluang yang Yuna miliki selain perjalanan kariernya di Amerika Syarikat semakin lancar.
"Bagaimanapun kejayaan Yuna itu saya ambil sebagai satu semangat untuk terus mengejar cita-cita di peringkat lebih tinggi," jelasnya.
Aizat ditemui ketika majlis kenduri kesyukuran kemenangan lagu nyanyian Yuna iaituTerukir Di Bintang yang diadakan di kediamannya di Taman TAR di sini pada malam Ahad lalu
Tambah Aizat, Yuna juga bertuah kerana peralatan studio dan teknologi yang digunakan jauh lebih baik daripada produksi tempatan.
Aizat dan Yuna bergambar bersama ketika majlis kenduri kesyukuran kemenangan lagu Terukir Di Bintang di Anugerah Juara Lagu ke 27 pada 6 Januari lalu.
Dalam pada itu, Aizat berkata, dia ada merancang untuk merakamkan sebuah lagu bersama Yuna namun kesuntukan masa telah membantutkan hasrat itu.
Katanya, keinginan itu telah lama dipendamkan dan dia yakin akan menghasilkan sebuah lagu yang dapat diterima ramai.
"Saya sudah lama mengenali Yuna dan hasrat untuk merakamkan sebuah lagu bersamanya telah lama dirancang dan Yuna sendiri tidak mempunyai masalah.
"Namun kesibukannya dan sentiasa berada di Amerika telah menyebabkan projek itu tergendala," jelasnya.
Sementara itu, Aizat berkata dia kini sedang dalam proses merakamkan album ketiganya dan dijangka akan berada di pasaran pada pertengahan tahun ini.
Untuk album itu nanti, ia akan memuatkan 12 buah lagi dan enam daripadanya adalah lagu berbahasa Inggeris.
"Kelainan album baru itu nanti ia akan memuatkan enam buah lagu berbahasa Inggeris dan idea itu telah lama saya fikirkan dan mahu berkongsi dengan semua peminat.
"Proses album ini juga saya lakukan sendiri daripada proses penulisan, penciptaan lagu dan rakaman dengan bantuan pasukan penerbit. Saya teruja dengan pembikinan album ini," jelasnya.
Tambah Aizat, kesibukannya tidak terhenti disitu apabila dia juga sedang dalam proses menyiapkan album artis Amir Jahari dan kumpulan Gorilla yang bernaung di bawah syarikat rakamannya iaitu Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd (KGE).
Dalam perkembangan sama, Aizat berkata, pembikinan album terbaharunya itu diilhamkan daripada kursus jangka pendek yang disertainya di Garnish School of Music, London, empat bulan lalu.
"Sepanjang tiga bulan kursus berkenaan banyak perkara yang saya pelajari dan semasa di London juga saya mendapat pelbagai ilham yang kini saya curahkan untuk album terbaharu itu," katanya.
- ---

Zahiril Adzim Bercuti Panjang

Posted: 21 Jan 2013 08:45 PM PST

Zahiril memberitahu mahu berehat seketika daripada dunia lakonan kerana ingin memberi tumpuan kepada isterinya, Shera yang sedang hamil anak sulung mereka.
PETALING JAYA: Pelakon Zahiril Adzim akan berehat daripada dunia lakonan bagi memberikan tumpuan kepada isterinya, Shera Aiyob yang kini sedang hamil empat bulan.
Zahiril, 28, berkata, pada tahap ini komitmennya kepada Shera sangat penting selain ingin memastikan kandungan isterinya itu berada dalam keadaan baik.
"Tiada apa yang lebih penting selain memastikan isteri dan anak dalam kandungan berada di dalam keadaan baik.
"Sebab itu saya mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada kerjaya lakonan untuk bersama-sama isteri," ujarnya.
Zahiril dan Shera menamatkan zaman bujang mereka pada 20 November 2011 dengan sekali lafaz di Ipoh, Perak.
Dalam pada itu, Zahiril berkata, selain ingin menjaga isterinya, dia mengambil keputusan untuk berehat kerana telah terlibat dalam banyak projek drama dan filem sehingga tiada masa untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Dia juga mahu memperlahankan seketika aktiviti lakonannya selepas beberapa tahun bekerja kuat untuk membina nama sebagai pelakon.
Zahiril dan Shera bergandingan dalam filem Juvana sebagai pasangan kekasih dan mengakui kekok ketika berada di lokasi penggambaran.
"Sejak mula saya jarang berehat dan terus bekerja untuk membina nama sebagai seorang pelakon.
"Kini tiba masanya saya memperlahankan sedikit aktiviti lakonan dan memberikan tumpuan kepada isteri dan anak sulung yang bakal lahir," katanya.
Sementara itu, Zahiril mengakui berasa kurang selesa berlakon dengan isterinya sebagai pasangan kekasih ketika digandingkan dalam filem Juvana yang akan ditayangkan pada Khamis ini.
Pun begitu dia mengakui lebih mudah untuk menghayati watak tersebut kerana setiap perkataan yang diluahkan adalah jujur dan penuh kasih sayang.
"Semasa penggambaran filem itu berlangsung kami baru sahaja berkahwin dan rasa segan memang ada tetapi yang bagusnya setiap dialog yang diluahkan adalah jujur dan terasa lebih mudah.
"Selain itu juga kami dapat meluangkan masa bersama-sama selain berbincang tentang watak kami di rumah," jelasnya.
- ---

Linda Hashim, Beego Nikah Pertengahan Tahun Ini

Posted: 21 Jan 2013 08:43 PM PST

Beego dan Linda Hashim
PETALING JAYA: Pelakon Linda Hashim mengesahkan akan menamatkan zaman bujangnya dengan Beego pada pertengahan tahun ini tetapi enggan mendedahkan tarikh sebenar majlis itu.
Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 29, berkata, dia terpaksa berbuat demikian bagi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.
"Insya-Allah kami akan bernikah pada pertengahan tahun tetapi bukan Mac seperti didakwa sebelum ini. Tarikh sudah ada cuma kami tidak mahu dedahkannya dahulu.
"Persiapan sedang berjalan serba sedikit memandangkan kami berdua juga sibuk dengan komitmen lakonan masing-masing," katanya ketika dihubungi .
Pada laporan bertarikh 19 November 2012, Linda mengesahkan sudah bertunang dengan Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, pada 3 November lalu.
Difahamkan, Linda dan Beego mula dikaitkan menjalin hubungan selepas mereka membintangi drama bersiri Seuntai Kasih pada Jun 2012.
Linda berkata pada masa ini dia terpaksa bekerja keras bagi mengumpulkan wang sebelum majlis berlangsung.
"Saya memang sibuk sekarang di mana saya sedang terlibat dalam dua komitmen lakonan serentak. Kenalah cari duit lebih untuk majlis nanti.
"Mujurlah persiapan majlis diuruskan butik andaman milik kakak iaitu Erin & Erinas Wedding, jadi tidaklah kelam kabut sangat dibuatnya," katanya.
Linda memberitahu dia juga belum berkesempatan menghadiri kursus perkahwinan gara-gara tawaran lakonan yang silih-berganti.
"Jadual lakonan memang padat sampaikan hendak berehat pun susah kebelakangan ini. Bayangkan, kursus kahwin pun saya belum ambil lagi tetapi tidak apa sebab benda itu tidak rumit.
"Insya-Allah tidak lama lagi saya akan cari tarikh yang lapang dan boleh hadirinya pada hujung minggu," katanya yang sedang menjalani penggambaran telefilem Surat Untuk Dia.
- ---

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Habiskan masa hanya mahukan gambar terbaik

Posted: 22 Jan 2013 11:20 AM PST

[unable to retrieve full-text content]LOS ANGELES 22 Jan. - Aktres Jessica Biel hanya mahukan dirinya kelihatan cantik dan sempurna. Sehubungan itu, bintang filem Total Recall tersebut sanggup menghabiskan masa yang lama untuk memastikan gambarnya...

Jom Chat bersama Noraniza Idris

Posted: 22 Jan 2013 11:20 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 22 Jan. - Pelopor irama pop etnik dan tradisional, Noraniza Idris, 45, bukanlah satu nama baharu dalam industri hiburan tanah air. Kemunculan beliau sebagai penyanyi bermula pada tahun 1985...

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Lagu Melayu Yuna di AS

Posted: 21 Jan 2013 07:43 AM PST

Sejak Yuna mengumumkan dirinya dilamar komposer terkenal, David Foster, untuk bernaung di bawah syarikat rakaman Verve Records, ramai yang ingin mengetahui perkembangan berita itu sepenuhnya daripada mulut si empunya diri.

Bukan calang-calang anak seni mampu mendapat peluang seperti itu. Apatah lagi untuk seorang artis tempatan yang bertudung sepertinya membuatkan berita itu cukup mengejutkan industri hiburan tanah air.

Justeru, tidak hairanlah andai majlis kenduri kesyukuran untuk meraikan kemenangannya pada Anugerah Juara Lagu ke-27 di Ampang malam kelmarin dipenuhi wakil media yang ingin mengetahui perkembangan lanjut berita gembira itu.

Mengimbau kembali bagaimana komposer itu mengesan bakatnya, gadis berusia 26 tahun ini berkata semuanya bermula dengan publisiti meluas yang diberikan media ketika dia mula-mula menjejakkan kaki ke Los Angeles, tiga tahun lalu.

Sebelum ini, memang ada perbincangan untuk mengambil saya sebagai artis rakamannya, iaitu ketika publisiti mengenai kehadiran saya tersebar luas di sana. Namun waktu itu, David belum memegang jawatan tinggi di syarikat rakaman terbabit.

Bagaimanapun, selepas dia dilantik menjadi Pengerusi Verve Music Group, barulah hasrat itu dapat dilaksanakan. Kebetulan pula kontrak saya dengan syarikat rakaman Fader Label sudah tamat, jadi peluang itu muncul tepat pada masanya, cerita Yuna.

Imej tudung tiada masalah
Kata Yuna, walaupun David komposer terkenal, dia tetap memberikan kebebasan untuknya menghasilkan karya sendiri bagi album sulungnya bersama syarikat rakaman itu.

David memberikan kebebasan untuk saya mencipta lagu sendiri untuk dimuatkan dalam album ini. Tapi tak tahulah jika pada masa akan datang dia berminat untuk menyumbang lagu untuk album ini. Buat masa ini, sudah tiga lagu saya rakamkan. Cuma saya anggap lagu itu sekadar pemanas saja sebelum pembikinan album sebenar.

Untuk album ini nanti, saya teringin untuk memuatkan sebuah lagu Melayu. Terlanjur ada peluang, sekurang-kurangnya saya dapat mempromosikan lagu Melayu di luar negara, katanya.
Ditanya bagaimana penerimaan David terhadap imej bertudung yang dibawanya, pantas Yuna menjawab, tokoh muzik terbabit amat terbuka dalam soal itu.

Imej sebegini bukanlah sesuatu yang baru baginya. Sebelum ini pun dia pernah berkunjung ke Malaysia dan sudah biasa dengan pemandangan sebegini. Senang bekerjasama dengannya dan saya akui begitu teruja dapat berkolaborasi dengan komposer terkenal sepertinya, tutur pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Teknologi MARA ini.

Mengikat kontrak berdasarkan jumlah album, iaitu tiga semuanya, Yuna berkata album itu bakal berada di pasaran pada pertengahan tahun ini.

Dalam perkembangan berkaitan, selepas menyumbangkan suara untuk runut bunyi filem Hollywood berjudul Savages, Yuna sekali lagi menjadi perhatian penggiat seni di sana untuk menyanyi dalam filem animasi terbaru berjudul The Croods.

Lagu berjudul Shine Your Way ini ialah hasil ciptaan komposer yang mencipta skor muzik filem itu dan saya hanya sekadar menyumbangkan suara. Memang saya teruja apabila sekali lagi menjadi pilihan untuk menyumbangkan suara dalam filem animasi ini, katanya.

Sedia terima jodoh kulit putih

Jika ada yang mengikuti perkembangan laman sosial bergambar Yuna, iaitu Instagram, pasti akan ada yang perasan kekerapan gambar seorang jejaka Inggeris dipaparkan di situ. Pelbagai aksi dan gaya dapat dilihat dan kebanyakannya memperlihatkan kemesraan Yuna bersama jejaka terbabit.

Enggan berteka-teki, Yuna diminta memberi penjelasan mengenai lelaki itu dan apakah mereka berdua mempunyai hubungan yang serius? Seakan memahami ke arah mana soalan itu bakal dituju, Yuna menjelaskan lelaki bernama Julian Shcratter itu tidak lebih sekadar teman biasa.

Dia ialah jurugambar rasmi saya. Kebetulan dia memang teringin datang ke Malaysia, tetapi tidak mengenali sesiapa. Memandangkan kami sudah menjadi kawan, jadi saya mempelawanya mengikut saya dan sekali gus bertindak menjadi jurugambar rasmi saya untuk apa saja acara yang saya hadiri, katanya.

Diusik pertanyaan apakah dia terima jika Julian ditakdirkan menjadi teman hidupnya, Yuna berkata, semuanya terpulang kepada jodoh.

Soal jodoh, itu semua ketentuan Tuhan dan saya tidak mampu untuk menolaknya jika ditakdirkan satu hari nanti kami bercinta. Keluarga saya tidak pernah menghalang dengan siapa saya berkawan. Bagaimanapun, buat masa ini saya lebih selesa menumpukan perhatian terhadap kerjaya saya yang baru hendak berkembang di sana, tegas Yuna.

Usah panjangkan kontroversi

Mengenai kontroversi membabitkan isu penyanyi Uji Rashid yang mendakwa dirinya disingkirkan pada saat akhir daripada membuat persembahan di AJL tempoh hari, Yuna berkata, dia berpegang kepada kenyataan dikeluarkan pihak pengurusannya sebelum ini.

Saya anggap perkara ini sudah pun selesai apabila pihak TV3 tampil memberikan penjelasan bagi menjernihkan suasana menerusi program Melodi semalam (kelmarin). Lagipun saya tiada di tempat kejadian dan saya rasa kenyataan dikeluarkan pihak pengurusan saya sudah memadai.

"Tak perlulah dipanjangkan perkara ini dan usah melihatnya sebagai sesuatu yang negatif. Saya percaya semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya, ujarnya.

Malam amal Rabbani, Sharifah Aini untuk Gaza

Posted: 21 Jan 2013 07:40 AM PST

Sebagai duta kepada Projek Hospital For Gaza (H4G), kumpulan nasyid Rabbani berasa terpanggil untuk sama-sama mengerah tenaga membantu usaha pembinaan sebuah hospital Materniti dan Pediatrik di Gaza, Palestin, dengan kerjasama Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM).

Antara rancangan awal mereka adalah dengan menganjurkan Majlis Makan Malam Amal H4G di Hotel Singgahsana Petaling Jaya, pada 26 Januari ini. Selain mereka sendiri, majlis terbabit turut menampilkan biduanita negara, Datuk Sharifah Aini.

Penyumbang boleh membeli meja makan yang disediakan dengan harga RM5,000, RM2,000 dan RM1,500.

Selain itu, Rabbani turut berusaha menerbitkan album berjudul Mawar Berdarah, yang diharap dapat membuka mata pendengar terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Setiap RM1 yang dipungut menerusi album yang akan berada di pasaran tidak lama lagi ini bakal disumbangkan kepada pembinaan hospital terbabit.

Bagi mereka yang ingin sama-sama beramal serta berhibur bersama Rabbani dan Sharifah Aini, mereka boleh menghubungi 03-62721225.

Isnin, 21 Januari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Scha kecewa

Posted: 20 Jan 2013 01:42 PM PST

Pasangan suami-isteri, Scha Alyahya dan Awal Ashaari, masih terasa kesannya sehingga ke hari ini walaupun tiada sebarang bukti menunjukkan mereka terbabit dalam kejadian mencuri pakaian di sebuah gedung pakaian terkenal, seperti yang pernah kecoh sekitar Oktober tahun lalu.

Kepedihan gara-gara tuduhan tidak berasas itu cukup dirasakan Scha apabila dia mengaku kecewa dengan penganjur yang seolah-olah lepas tangan apabila isu itu tersebar.

Memang saya merajuk dengan penganjur apabila mereka tidak melakukan sebarang tindakan susulan untuk memulihkan kembali reputasi saya yang sudah tercemar. Berkali-kali saya meminta mereka mengeluarkan kenyataan yang boleh membersihkan nama saya. Namun mereka memberikan alasan polisi syarikat menghalang mereka berbuat demikian.

Saya cuba juga meminta jika ada salinan CCTV yang menunjukkan kami melakukan tindakan salah laku itu sebagai bukti, tapi permintaan kami gagal ditunaikan, ujar Scha ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah peraduan Petronas Switch for XTRA Road Challenge di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Pertandingan berupa kempen yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail atau FBI, itu menyaksikan selebriti terpilih seperti Scha, Awal dan blogger terkenal, Hanis Zalikha, mengembara ke seluruh negara sekali gus menyudahkan pelbagai cabaran dikehendaki bersama peminat terpilih.

Ditanya apakah tuduhan nakal itu menjejaskan kerjaya seninya terutama membabitkan pandangan khalayak terhadapnya, Scha mengakui ia memberi sedikit tempias.

Walaupun tidak secara terang-terangan, tetapi ada juga syarikat produk saya wakili yang menyiasat kesahihan perkara itu daripada orang lain. Mungkin mereka bimbang jika perkara itu benar-benar terjadi. Namun saya tetap menerima jemputan daripada pelbagai pihak untuk menjadi tetamu majlis. Sekali gus ia membuktikan mereka percaya saya tidak terbabit dengan kes mencuri, tegasnya.
Sedia timang anak

Sebagai pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, soalan mengenai cahaya mata pastinya wajib ditanyakan kepada pasangan suami isteri. Maklum saja, selepas hampir lapan bulan berkahwin tentunya peminat Scha dan Awal mahu melihat mereka dikurniakan zuriat sendiri.

Bagaimanapun timbul juga cakap-cakap nakal yang mendakwa mereka tidak bersedia untuk mempunyai anak kerana masih memburu keseronokan hidup berdua. Ditambah pula dakwaan kononnya Scha bimbang bentuk tubuh akan berubah sebaik saja menimang cahaya mata.

Siapa kata saya tak mahu anak? Memanglah orang lihat kami ini enjoy sepanjang masa, seolah-olah tak bersedia untuk memiliki zuriat sendiri. Dalam hal ini saya percaya kepada rezeki. Jika Tuhan nak bagi, kami memang bersedia bila-bila masa saja.

Tapi, saya ada juga dengar nasihat daripada beberapa rakan artis supaya tidak terlalu tertekan memikirkan soal ini. Dynas contohnya, mula-mula dia memang tertekan dengan soal anak sehingga sampai satu tahap dia sudah malas untuk mencuba. Namun siapa sangka saat dia mula putus asa, tiba-tiba Tuhan beri rezeki, ujar Awal optimis.

Terkejut masih ada peminat

Mengenai namanya sekali lagi membolos senarai Top 5 Pengacara Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-26, Awal berkata, dia sendiri terkejut kerana menganggap masa untuknya berada dalam senarai itu sudah lama berlalu sebaik saja dia mendirikan rumah tangga.

Memang saya tak sangka kerana tahun lalu produk saya tidak banyak, ditambah dengan status saya yang sudah pun berkahwin. Ada lagi ke peminat? Lagipun saya memang tak banyak berkempen berbanding ABPBH tahun lalu. Jadi, apabila nama saya sekali lagi dicalonkan, saya memang terkejut dan terima kasih kepada peminat yang tidak jemu-jemu menyokong kerjaya seni saya, katanya teruja.

Dilema dunia teater

Posted: 20 Jan 2013 01:39 PM PST

Dalam pelaksanaan sesebuah produksi teater, sama berskala kecil mahupun besar, kewangan tetap menjadi perkara utama selain aspek lain seperti skrip, pelakon atau lokasi pementasan.

Sehingga hari ini, teater tanah air belum boleh dilabelkan sebagai industri kerana pulangannya yang rendah. Ia menyumbang kurang daripada RM50 juta kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ia nyata sebuah bidang yang perlu mendapat sokongan daripada semua pihak untuk meletakkan teater pada tahap lebih tinggi dan dihargai.

Meskipun teater lebih dulu wujud berbanding bidang perfileman di negara ini, namun ia tidak diberi kepercayaan sepatutnya oleh masyarakat menyebabkannya kurang digemari. Penajaan sentiasa menjadi masalah utama produksi teater, tidak kiralah apa saiznya,

Di ibu negara, hanya wujud sebuah lokasi untuk pementasan teater berskala besar iaitu di Panggung Sari, Istana Budaya. Lokasi lain bagi pementasan sederhana termasuklah Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Panggung DBKL, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac), PJ Live Arts Theatre dan dewan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Skop Hip mengupas topik Teater Kecil atau Teater Besar - Mencari Perdamaian yang dibincangkan pada Dialog Sri Pentas diadakan baru-baru ini.

Dialog selama dua jam itu dipengerusikan pengkritik filem dan penggiat teater, A Wahab Hamzah. Ahli panelnya pula pelakon dan pengarah, Fauziah Nawi; Pemilik The Instant Cafe Theatre Company, Jo Kukathas; Penerbit, Hans Isaac; dan penggiat teater, Noor Azam Shairi.

Pilih teater kecil
Menurut Fauziah, kegagalan mendapat kepercayaan daripada pihak penaja menyebabkan dia memilih teater kecil untuk terus berkarya.

Saya sudah puas merintih dan meminta sedekah daripada penaja. Dari dulu hingga sekarang, usaha saya untuk mendapatkan penajaan besar tidak pernah berjaya.

Memandangkan minat berkarya tidak pernah padam, saya memilih alternatif lain dengan mementaskan teater hanya di Stor Teater DBP sehingga sekarang, katanya yang kecewa terhadap persepsi badan korporat terhadap penggiat teater kecil sepertinya.

Penerbit Teater Muzikal Lat, Hans, pernah melalui situasi sama bagi projek teater pertamanya tidak lama dulu.

Situasi sama berlaku pada teater berskala besar. Penaja biasanya mahu pulangan balik daripada apa yang mereka bagi. Akhirnya, saya terpaksa mengambil risiko besar dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

Selepas pementasan pertama berjaya dan mendapat penaung daripada kalangan pemimpin negara untuk projek teater kedua, barulah saya mendapat kepercayaan penaja, katanya yang menekankan elemen komersial serta jalan cerita yang umum bagi karyanya.

Lokasi strategik

Umumnya, teater di negara ini hanya ditonton peminat seni persembahan dan pelajar yang mengikuti bidang sama. Pelbagai usaha dijalankan kerajaan mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi menarik minat generasi muda mendekati teater, cuma ia belum menunjukkan perkembangan positif.

Dalam mencapai matlamat besar terhadap perkembangan teater, kemudahan lokasi yang strategik termasuk pusat kegiatan seni dan institusi kesenian harus berada di bawah satu bumbung. Ia merangkumi kemudahan kawasan letak kereta yang memudahkan penonton hadir.

Begitu juga dalam mengubah persepsi masyarakat terhadap kecintaan dunia teater dan sastera, ia harus digalakkan sejak di bangku sekolah hingga ke peringkat IPT.

Promosi berterusan di lokasi strategik dan tumpuan orang ramai turut memainkan peranan penting dalam menarik minat khalayak.