Adsense

Isnin, 4 Jun 2012

borak kosong

borak kosong


Mitos tua-tua keladi rupanya benar

Posted: 04 Jun 2012 09:15 PM PDT

Tua-tua keladi semakin tua semakin menjadi..
mitos ini rupanya benar.......





fuuhhh..dahsyat atuk-atuk ni....

Gambar..Kepala ditetak hingga putus akibat ganggu anak dara orang

Posted: 04 Jun 2012 09:00 PM PDT



Kepala lelaki ini tetak sehingga putus.Ini berpunca daripada mangsa yang menganggu anak gadis orang...

sumber : xtremesick

Gatal betul monyet ni

Posted: 04 Jun 2012 08:45 PM PDT


Kucing tersepit dilubang ekszos

Posted: 04 Jun 2012 08:30 PM PDT

Seekor anak kucing terjebak di bahagian hujung ekszos yang mesinnya masih berada dalam keadaan  hidup. Ketika sang pemandu merasa kehilangan daya, ia memeriksa mkeretanya dan menemukan anak kucing yang tersepit di ekszos.

Dilansir Metro, Isnin(4/6/2012), pemandu menemukan haiwan berusia dua bulan itu tersepit di knalpot mobilnya dengan kondisi hanya kepala dan satu kaki depan yang mencuat keluar. Melihat keadaanya yang cukup kritis itu, pemamdu segera membawa ke bengkel mobil untuk membongkar ekszos tersebut.

Setelah membawanya ke bengkel, ternyata haiwan mamalia tersebut masih bernafas dan bertahan dalam keadaanyang memprihatinkan. Bahagian perangkat ekszos telah dipotongoleh pasukan bomba berupaya memotongnya untuk mengeluarkan anak kucing tersebut.

Haiwan itu telah menjalani operasi usus dan kini dirawat di tempat perlindungan di Rio Verde, bagian barat Brazil. Petugas yang melakukan penyelamatan untuk mengeluarkan kucing itu mengatakan bahawa kucing merasa kedinginan dan berupaya menghangatkan tubuhnya untuk kemudian naik ke dalam mesin (knalpot).

"Namun ketika pengemudi menghidupkan mesin, tiba-tiba haiwan itu tersedut masuk. Ini mukjizat, kucing itu masih hidup," terang Fire Commander, Coronel Candido Cleber.


sumber

Ejek Ratu Elizabeth, Sepupu Kate Middleton Tari Telanjang

Posted: 04 Jun 2012 08:15 PM PDT

LONDON- Kerajaan Inggris mengadakan acara perayaan 60 tahun bertahtanya Ratu Elizabeth II atau biasa disebut Diamond Jubilee. Namun, sepupu dari isteri Putera William, Kate Middleton, punya cara sendiri untuk merayakannya. 

Sepupu jauh Kate Middleton, Katrina Darling melakukan aksi khusus untuk merayakanDiamond Jubilee dengan melakukan aksi tarian telanjang di sebuah kelab malam. Katrina memang mulai menjadi penari telanjang sejak masih berumur 18 tahun. 

Di aksinya kali ini, Katrina memakai pakaian seksi yang bernuansa bendera Inggris warna merah, putih dan biru. Kehadiran Katrina tentu menjadi hiburan yang menarik bagi pengunjung kelab malam. 

Selain memiliki wajah cantik, Katrina juga memiliki tubuh seksi yang makin membuat pengunjung teruja melihatnya. Apalagi, malam itu Katrina melepas semua pakaian ditubuhnya sambil melakukan tarian eksotis. Aksi Katrina itu memang sengaja untuk menjadikan pemegang tahta kerajaan Inggris sebagai bagai bahan ejekan.

"Aku ingin melakukan sesuatu yang khusus untuk Jubilee dan menjadikannya bahan tertawaan," ujar Katrina seperti dikutip Dailymail, Isnin (4/6/2012).

Katrina mengatakan, dirinya memang belum pernah tampil di Istana Buckingham kerana takut membuat malu kerajaan. Namun, hal itu tak menjadi masalah besar bagi wanita 21 tahun ini. 

Sejak diketahui sebagai sepupu Kate Middleton, nama Katrina memang langsung menjulang mengingat profesinya sebagai penari telanjang. Sejumlah tawaran pemotretan dan yang lain datang kepadanya.

Selepas dilanggar kereta, Kucing Berubah Jadi Helikopter

Posted: 04 Jun 2012 08:00 PM PDT

AMSTERDAM - Seekor kucing yang bernama Orville mati dilanggar kereta, namun pemiliknya pun memutuskan untuk menjadikan jasad Orville menjadi karya seni. Seniman asal Belanda Bart Jansen pun mengubah Orville menjadi mainan helikopter.

Jansen memodifikasi jasad Orville dengan perangkat elektronik dan mengubahnya menjadi mainan radio control. Orville yang sudah mati berubah menjadi Orvillecopter dan dipamerkan di Festival Seni Kunstrai di Amsterdam. Para pengunjung festival itu boleh menyaksikan kucing terbang itu.

"Orvillecopter adalah setengah kucing, setengah mesin, dan merupakan karya seni untuk mengenang Orville, kucing yang sudah mati," ujar Jansen, seperti dikutip Daily Mail, Isnin (4/6/2012).

Seniman itu menambahkan, suatu saat Orville akan terbang bersama burung-burung di langit. Mesin di tubuh Orville akan dimodifikasi tepat pada saat kucing itu berulang tahun. 

Nama Orville juga merupakan nama yang sama dengan nama perancang pesawat terbang, Orville dan Wilbur Wright (Wright bersaudara). Kedua saudara itu diberikan penghargaan setelah merancang pesawat terbang pertama dan membuat penerbangan terkendali dengan pesawat itu. 

Pada awalnya, kakak beradik Wright mengelola sebuah kedai servis motor. Namun pada kelanjutannya mereka memulai bereksperimen untuk menciptakan pesawat terbang.(AUL)

Saintis cipta gogal perdaya minda

Posted: 04 Jun 2012 07:45 PM PDT


TOKYO - Sekumpulan penyelidik Universiti Tokyo, Jepun berjaya mencipta gogal untuk digunakan semasa diet bagi tujuan untuk menguruskan badan.
Gogal tersebut akan menyebabkan si pemakainya mendapati sekeping biskut kecil yang dipegangnya mempunyai saiz lebih besar.
Terdapat kamera pada gogal itu yang menghantar imej biskut kecil tersebut kepada komputer.
Komputer tersebut kemudian akan membesarkan imej biskut yang kecil itu.
Dalam beberapa eksperimen yang diadakan, sejumlah sukarelawan didapati berjaya mengurangkan pengambilan biskut hampir 10 peratus.
Keadaan itu berlaku kerana biskut yang dimakan mereka kelihatan 50 peratus lebih besar.
Seorang penyelidik di universiti tersebut, Profesor Michitaka Hirose berkata, teknologi itu menunjukkan komputer boleh digunakan untuk memperdayakan minda manusia.
Namun, pasukan penyelidik tersebut masih belum memutuskan untuk mengkomersialkan ciptaan mereka itu. - Agensi
sumber : kosmo online

Tersekat dalam lubang angin lepas merompak

Posted: 04 Jun 2012 07:30 PM PDT


OAK LAWN (Illinois): Seorang lelaki berambut palsu memecah masuk bilik kebal sebuah bank di Chicago dan nyaris melarikan AS$100,000 (RM310,000), tetapi tersekat di lubang angin yang perlu dipotong beberapa jam kemudian, kata pihak berkuasa semalam.
Charles Estell, 38, ditemui bersembunyi di dalam lubang angin dalam sebuah pejabat bersebelahan bank itu, menurut jurucakap polis Oak Lawn, Michael Kaufmann.

Menurut Biro Siasatan Persekutuan (FBI), lelaki itu merompak bank berkenaan tengah hari Sabtu lalu dan mengacukan pistol kepada kakitangan bank yang berdepan dengannya di dalam bilik kebal berkenaan.


"Saya tidak mahu membunuh atau mencederakan kamu. Saya hanya mahukan wang," katanya.

Dia dikatakan memuatkan wang RM310,000 itu dalam beg sandang dan melarikan diri selepas itu. Kakitangan bank memberitahu pihak berkuasa dia melarikan diri melalui siling. - AFP



sumber : myMetro

Amah nyaris jatuh tingkat 12

Posted: 04 Jun 2012 07:15 PM PDT


SINGAPURA: Tiga penduduk berjaya menyelamatkan nyawa pembantu rumah Indonesia dengan memegang tangan dan kaki wanita itu daripada terjatuh dari bangunan 12 tingkat.
Kejadian 40 minit itu berlaku di Blok 550, Woodlands Drive 44, semalam. 
Tidak diketahui apa yang Nuraini, 29, lakukan apabila jatuh dari flat lima bilik kira-kira jam 10 pagi.

Dia bernasib baik kerana sempat berpaut kepada tempat sidai kain di bawah dan jeritannya menarik perhatian jiran di tingkat 11.



Seorang jiran, Louis Chan berkata, isterinya sedang tidur di bilik tidur utama apabila dia mendengar jeritan minta tolong.


Dia melihat di luar tingkap dan nampak pembantu rumah itu bergantung di tiang penyokong di atas flat.

Dia segera memanggil suaminya untuk membantu pembantu rumah itu dan dia segera cuba menyokong dengan menolak sebelah kakinya ke atas.

Menurut akhbar TNP, majikannya, seorang wanita, turut membantu menarik pembantu rumah itu dari tingkat 12.

Bagaimanapun, pembantu rumah itu terlepas pegangan daripada tiang dan terjatuh kepala ke bawah untuk kira-kira lima minit.

Hanya pegangan Chan saja yang menghalang dia daripada jatuh ke bawah.

Pada waktu yang sama, isteri Chan keluar meminta bantuan daripada jiran mereka, Ong, di tingkat 11. - Straits Times



sumber : myMetro

Bil hotel Puteri Saudi RM25 juta

Posted: 04 Jun 2012 07:00 PM PDT


PARIS: Sekiranya anda cuba mengelak untuk membayar bil hotel sebanyak 5 juta pound (RM25 juta), anda mungkin perlu menyusup keluar melalui pintu belakang dan berjalan keluar dengan senyap dengan beg di tangan.
Bagaimanapun, apabila seorang puteri dari Arab Saudi cuba melakukannya di sebuah hotel lima bintang di bandar raya ini, kelakuannya mudah disedari dengan rombongan 60 barisan pembantu dan timbunan bagasi. Tindakan Puteri Maha Al-Sudairi dan rombongan pengiringnya serta-merta dikesan oleh kakitangan hotel ketika keluar dari hotel eksklusif Shangri-La kira-kira jam 3.30 pagi Jumaat lalu.

Mereka menghubungi polis dan bekas isteri Putera Mahkota Arab Saudi itu yang juga Timbalan Perdana Menteri Putera Nayef bin Abdulaziz pewaris kedua Raja Saudi ditahan ketika bagasinya dimuatkan dalam beberapa limosin.


Kebanyakan pesalah sepertinya mungkin sudah ditahan serta-merta, didakwa dan juga direman di penjara.

Namun disebabkan puteri itu dilindungi oleh imuniti diplomatik, polis tidak dapat menahan atau malah mendakwanya melakukan kesalahan.


Sebaliknya, pihak berkuasa Perancis hanya dapat menghubungi Kedutaan Saudi dalam usaha memperoleh bantuan.



Sementara itu, puteri terbabit dan segerombolan pembantunya ditawarkan perlindungan daripada masalah itu di sebuah hotel mewah lain, Royal Monceau berhampiran Champs-Elysees.

Hotel lima bintang itu dimiliki seorang "rakan keluarga", pemerintah Qatar yang menawarkan tempat perlindungan untuknya sementara perkara itu diselesaikan. Maha tiba di Paris bersama rombongan pengiringnya pada 23 Disember tahun lalu dan menempah keseluruhan tingkat 41 Hotel Shangri-La.


Sebelum itu, dia dikurung di sebuah istana di negara timur tengah oleh pemimpin Saudi, Raja Abdullah selepas meninggalkan sejumlah bil tidak berbayar di beberapa kedai mewah di seluruh Eropah, termasuk Dior, kedai barang kemas Chaumet dan Victoria Casal, serta sekurang-kurangnya sebuah hotel lain.

Dia berulang kali mengelak tuntutan bayaran daripada pihak hotel untuk bil penganjuran partinya, lapor akhbar Le Parisien.


Isu itu akhirnya sampai ke penghujungnya minggu lalu apabila polis menemui dia dan pembantunya cuba meninggalkan hotel berkenaan. Ini bukan kali pertama keluarga diraja mendapati dia terjebak dengan masalah.


Sikap boros berbelanja diamalkannya sudah diketahui di seluruh dunia.


Pada Jun 2009, Maha menuntut imuniti diplomatik di Perancis selepas tidak menjelaskan bil membeli-belah sebanyak 15 juta pound (RM75 juta), termasuk 60,000 pound (RM300,000) untuk pakaian dalam saja. - DM

Punah anak saudara tolak cinta

Posted: 04 Jun 2012 06:45 PM PDT


GOMBAK: Kemaruk untuk berkahwin dengan anak saudaranya, seorang lelaki merogol wanita itu di dalam kereta sebelum merakam gambar mangsa dalam aksi tidak sopan dan mengugut menyebarkannya jika mangsa enggan menerima dia sebagai suami.
Mangsa, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 22 tahun yang trauma selepas menjadi mangsa lelaki berusia 30-an itu membuat laporan di Balai Polis Brickfields, kelmarin sebelum kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Menurut sumber, sebelum kejadian pada jam 1 pagi kelmarin, mangsa yang berada di rumah sewanya di Jalan Klang Lama diajak lelaki terbabit ke Uptown Kota Damansara untuk membeli seluar.


"Mangsa dijemput suspek pada jam 10 malam dengan kereta. Selepas membeli seluar di Uptown Kota Damansara, mangsa dibawa ke sebuah ladang sawit di Kundang dan sejurus memberhentikan kereta, suspek mula mencabul mangsa sambil meluahkan perasaan cinta serta hasratnya ingin mengahwini mangsa," katanya.

Menurutnya, mangsa merayu tidak diapa-apakan dan berjanji akan berkahwin dengannya.


Bagaimanapun, suspek yang tidak percaya merogol mangsa sebelum merakam gambarnya dan mengugut menyebar gambar itu jika mangsa enggan berkahwin dengannya.



Sejurus dihantar pulang ke rumah, mangsa membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berkenaan.


sumber : myMetro

‘Bayi ajaib’ terselamat

Posted: 04 Jun 2012 06:30 PM PDT


KOTA SAMARAHAN: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan memeranjatkan orang ramai apabila hanya luka ringan walaupun tercampak keluar dari kereta Perodua Kancil yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di satu persimpangan berhampiran Desa Ilmu di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, 'bayi ajaib' itu menangis di atas jalan raya sebelum dibantu orang ramai dan segera dihantar ke klinik kesihatan berhampiran manakala bapanya tidak sedarkan diri akibat kemalangan itu.
Difahamkan, bayi berkenaan dipangku bapanya yang duduk di bahagian penumpang hadapan Perodua Kancil itu, tercampak keluar melalui tingkap yang terbuka ketika kenderaan dinaiki enam penumpang itu berpusing selepas dirempuh sebuah kereta.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu laju, gagal berhenti untuk mengelak kereta yang dinaiki mangsa yang membuat pusingan U dari Kota Samarahan menuju ke Desa Ilmu.



Menurut sumber, perlanggaran kuat itu menyebabkan kereta Kancil berpusing dan bayi berkenaan tercampak keluar.



sumber : myMetro

Dakap ayah kali terakhir

Posted: 04 Jun 2012 06:15 PM PDT


KUANTAN: Seorang bapa tidak menyangka pelukan erat anak sulungnya sebelum mereka bersiar-siar di bandar ini menjadi dakapan terakhir apabila kanak-kanak itu terbunuh dalam kemalangan di Jalan Teluk Sisek berdekatan Dewan Jubli Perak, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Rizwan Idris, 8, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Galing, di sini, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, sejam selepas kemalangan akibat cedera parah di badan.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama bapanya, Idris Badar, 41, serta seorang adik lelakinya berusia dua tahun dalam perjalanan ke Teluk Chempedak untuk makan angin sempena cuti sekolah.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, Perodua Kancil dipandu Idris bergesel dengan sebuah kenderaan dari arah bertentangan menyebabkan ia hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh dua pokok palma di kiri jalan.



Anak bongsu Idris kini dirawat di HTAA akibat cedera di kepala manakala Idris hanya cedera ringan.



sumber : myMetro

2 bulan dah naik tangan

Posted: 04 Jun 2012 06:00 PM PDT


KANGAR: Nikmat bulan madu seorang wanita yang baru dua bulan mendirikan rumah tangga menerima dugaan mengerikan apabila mangsa bukan saja ditumbuk di muka, malah ditetak di kepala menggunakan parang tumpul oleh suaminya dipercayai akibat cemburu buta.
Kejadian berlaku jam 11 pagi Khamis lalu ketika mangsa yang juga jurujual berusia 23 tahun tinggal berdua bersama suaminya berusia 24 tahun di rumah keluarga mentuanya, di sini. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara pasangan suami isteri berkenaan apabila mangsa didakwa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Menurutnya, suspek yang bertugas sebagai juruteknik di Sabah dipercayai mengesyaki isterinya berlaku curang sepanjang ketiadaannya di rumah apabila didakwa berkawan dengan seorang lelaki dikenalinya di tempat kerjanya di Arau, dekat sini.


"Selepas memaki mangsa, suspek enggan mendengar penjelasan isterinya yang menafikan dakwaan itu sebelum wanita berkenaan memegang dan menarik tangan suaminya yang mahu keluar dari rumah menyebabkan dia berang.

"Suspek menumbuk muka isterinya beberapa kali dan menendang badan serta kaki wanita itu sebelum cuba keluar melalui pintu dapur. Mangsa yang kesakitan merayu sambil memegang kaki suaminya supaya mendengar penjelasan daripadanya terlebih dulu.


"Namun, suspek menumbuk muka isterinya sekali lagi sebelum mangsa yang menangis kesakitan merayu supaya tidak dipukul lagi. Suspek yang masih tidak puas hati mencapai parang tumpul sebelum menetak kepala mangsa berkali-kali sebelum melarikan diri," katanya.



Menurutnya, berikutan kejadian itu mangsa lebam di mata kanan, lengan dan paha kirinya, malah kepala wanita itu turut bengkak selepas ditetak lelaki terbabit.

Katanya, mangsa tidak membuat laporan polis sejurus kejadian kerana dirawat berikutan kecederaan dialaminya.


"Mangsa hanya membuat laporan di Balai Polis Kangar pada Sabtu lalu sebelum polis menggerakkan usaha memburu suspek.

"Polis sudah mendapat petunjuk lokasi suspek melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 324, Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata," katanya.



sumber : myMetro

Selamat GRO 15 tahun

Posted: 04 Jun 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang remaja warga Vietnam berusia 15 tahun yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia bawah umur diselamatkan dalam Ops Noda dijalankan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sebuah restoran di Dataran Prima, Damansara, di sini, petang semalam.
Premis terbabit yang berselindung di sebalik papan tanda kononnya beroperasi sebagai restoran itu dikesan menawarkan pakej makan bersama GRO sebagai tarikan istimewa.

Tarikan itu menyebabkan premis berkenaan menjadi tumpuan pengunjung seawal jam 3 petang untuk berhibur dengan wanita GRO yang rata-rata warga asing.


Bagaimanapun, taktik itu terbongkar apabila restoran itu diserbu sepasukan polis D7 IPK Selangor bermula jam 6.30 petang semalam. Ketua operasi, Inspektor Othman Mahat ketika ditemui di lokasi selepas serbuan itu berkata, lapan GRO warga asing termasuk remaja berkenaan ditahan. Beliau berkata, ketika serbuan, remaja bawah umur berkenaan asyik melayan pelanggan dengan menuangkan minuman keras dalam ruang gelap di tingkat satu premis dua tingkat itu. "Siasatan awal mendapati remaja warga Vietnam itu turut dijadikan pemuas nafsu pelanggan. "Siasatan mendapati pelanggan yang mahu melanggani GRO di premis itu perlu membeli beberapa jug minuman keras dan GRO terbabit akan mendapat tips bagi setiap jug minuman keras dipesan. Untuk perkhidmatan seks pula, bilik khas disediakan di tingkat dua premis itu dengan bayaran RM150," katanya.

Menurutnya, lima daripada GRO yang ditahan itu ialah warga Vietnam, dua warga Indonesia dan seorang lagi warga Thailand yang berumur 15 hingga 25 tahun. "Ops Noda ini dilaksanakan selepas risikan dibuat selain aduan awam dan premis terbabit pernah diserbu tiga kali tahun lalu.


"Kami sudah membuat intipan ke atas premis terbabit selama beberapa hari untuk mengenal pasti pekerja dan pelanggan sebelum menyerbu," katanya. Menurutnya, pemeriksaan terhadap GRO itu mendapati dua daripada mereka memiliki pasport, ada yang menggunakan slip 6P dan selebihnya tidak mempunyai pasport. Turut ditahan ialah seorang lelaki dipercayai penjaga premis itu iaitu warga Myanmar berusia 30-an. "Dalam operasi itu juga, lima lelaki yang melanggan GRO dalam premis itu ditahan sementara untuk diambil keterangan. "Semua GRO dan penjaga premis yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut," katanya. Othman berkata, untuk mangsa bawah umur yang diselamatkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang (Atip).



sumber : myMetro

Inilah Gambar Isteri Hitler Yang Hebohkan Dunia Maya

Posted: 04 Jun 2012 05:30 PM PDT

Adolf Hitler adalah salah satu figure penuh misteri dari abad ke-20. Tak banyak yang diketahui mengenai kehidupannya. Sebab itulah beredarnya foto perempuan yang diduga kekasih Hitler, menghebohkan internet.

Foto Eva Braun, kekasih yang akhirnya menjadi isteri Hitler, baru-baru ini beredar di internet oleh Life Magazine. Gambar perempuan yang kewujudannya dia sembunyikan dari Nazi itu dimiliki oleh seorang kolektor dan kurator, Reinhard Schulz.

Foto dari album peribadi model tersebut ditemukan pada 1945 oleh tentera Amerika.Ketika foto ini dirilis, pencarian di internet untuk kata ?Eva Braun?Telah dilayari lebih 300% dalam waktu satu hari.

Eva mula pertama bertemu Hitler pada 1929, ketika menjadi seorang bintang muda di Parti Nazi. Eva yang masih berusia 17 tahun, dikenalkan kepada Hitler yang masih bernama Herr Wolff, ketika perempuan itu menjadi model untuk fotografer rasmi Nazi.

Keduanya menjadi akrab dan sengaja tidak mengekspos hubungan mereka ke publik. Eva seorang yang depresi, pernah mencoba dua kali bunuh diri. Namun ia setia pada Hitler hingga akhir hayatnya. Setelah mengetahui plot untuk membunuh Hitler gagal, Eva menulis surat.

?Sejak pertama bertemu, saya telah bersumpah untuk mengikutimu kemana saja. Bahkan menuju kematian. Saya hanya hidup untuk cintamu,? tulis Eva. Di hari terakhir perang, mereka akhirnya menikah. Kabar selanjutnya, keduanya bunuh diri tak lama kemudian, saat Eva berusia 33 tahun.

Hargailah guru semasa mengajar, jangan seperti murid-murid ini!!

Posted: 04 Jun 2012 05:15 PM PDT





Walaupun tak suka cikgu atau bosan..
janganlah sampai berperangai seperti mereka ini....

Selalu Gagal Membina Hubungan dengan Manusia, Lelaki Ini Nikahi Boneka

Posted: 04 Jun 2012 05:00 PM PDT

EVERARD Cunion, seorang lelaki dari  Dorset, Inggris, selalu merasa sial dalam percintaan. Untuk menghilangkan sakit hatinya, Everard memutuskan untuk menikah dengan seorang wanita, bukan manusia, tapi sebuah boneka mannequin.

Keputusan ini bermula dari hobinya mengoleksi boneka mannequin sejak tahun 2000. Everard selalu mengagumi kecantikan boneka-boneka plastik yang dibuat dengan wajah dan tubuh persis manusia asli.

Bagi Everard, inilah contoh nyata dari konsep life-imitating art atau seni yang menyerupai kehidupan nyata. Everard jatuh cinta pada mannequin kerana kecantikannya berbeza dari para wanita di dunia nyata yang selalu ingin berdandan seperti boneka.

Keinginan para wanita untuk tampil seperti boneka menghasilkan konsep art-imitating life atau kehidupan yang meniru karya seni. Menurut Everard, konsep ini membentuk peribadi yang palsu.


Keputusan ini diambil selain kerana Everard jatuh cinta pada Caroline, dia juga khuatir akan timbulnya konflik yang berujung pada perceraian jika menikah dengan manusia.

Everard juga mengaku masih ingat rasa sakit hati yang dialaminya saat berpisah dengan kekasihnya seorang manusia.

The Daily Star melaporkan, baru-baru ini Everard menikah lagi dengan sebuah mannequin berambut pirang. Pernikahan ini berlangsung di kampung halamannya, Christchurch, Dorset, lengkap dengan upacara keagamaan dan naik kereta kuda keliling kota.

Sumber : http://www.tabloidbintang.com 

‘Cari sampai lubang cacing’

Posted: 04 Jun 2012 04:47 PM PDT


KLANG: "Saya yakin suspek akan ditahan. Klang bukan besar sangat. Diharapkan dia insaf dan menyerah diri kepada polis," kata Mohd Hafiz, 21, anak sulung Koperal Mustaghni Tabri, 48, yang koma akibat dilibas dengan topi keledar oleh Mat Rempit, kelmarin.
Mustaghni, anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dilibas dengan topi keledar di belakang kepalanya oleh Mat Rempit ketika operasi mencegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja Uda, di sini, jam 1.45 pagi kelmarin.
Mohd Hafiz yang ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, di sini, semalam berkata, doktor memaklumkan ayahnya masih kritikal dan memerlukan bantuan mesin hayat.

"Doktor memberitahu ayah diberi perhatian rapi berikutan kurang tindak balas termasuk jantung, organ perkumuhan dan pengaliran darah.



"Perbuatan suspek sangat kejam. Apapun kami sekeluarga berharap ayah kuat dan sembuh," katanya yang juga juruteknik bunyi di sebuah syarikat di Petaling Jaya



sumber : myMetro

Hidup Dalam Kubur

Posted: 04 Jun 2012 04:45 PM PDT






Kerana kesempitan hidup ada masyarakat Filipina yang menjadikan kawasan kubur sebagai kediaman mereka.Mereka mengubah suai tembok bangunan dan memasang bumbung dan menjadikan kubur individu sebagai rumah mereka.





Ada juga kubur yang dijadikan tempat bersantai dan sekolah tadika tempat pembelajaran mereka.Kesempitan hidup memaksa mengenepikan perasaan takut.Pemandangan ini dapat dilihat di Utara Manila.





Keadaan ini menyebabkan keresahan penduduk Kota Manila kerana beberapa tembok kubur dipecahkan dan mereka mengeluarkan mayat serta menjual keranda untuk menyara kehidupan mereka.





Kubur itu di bongkar dan dijadikan tempat tidur mereka.Mayat-mayat pula di buang kedalam satu lubang yang terbiar.Waris si mati merasa terkejut kerana kubur keluarga mereka menjadi rumah pendatang haram dan lubang -lubang kubur tempat permainan kanak-kanak.





Pihak penguatkuasa cuba menghalau pendatang-pendatang ini tetapi tidak berjaya kerana penglibatan ahli  politik yang simpati keatas pendatang haram ini merumitkan urusan mengusir mereka.

Wanita ini reka kasut seperti bontot wanita

Posted: 04 Jun 2012 04:30 PM PDT


INILAH.COM,Jakarta – Dunia fesyen memang identik idea-idea kreatif. Kali ini muncul dari seorang Kobi Levi yang mereka kasut tinggi seperti bontot wanita.

Seorang warga Tel Aviv, Israel, Kobi Levi (36 tahun) cuba mereka kasut unik yang terinspirasi dari bontot seorang wanita.

Levi membuat sepatu ala bontot wanita dalam satu iaitu pink muda. Bahagian belakang kasut tersebut dibuat seolah seperti bentuk bontot lengkap dengan kaki seorang perempuan.

Ia memerlukan an waktu berminggu-minggu untuk membuat kasut yang menurutnya boleh dipakai itu.

"Kasut-kasut ini memang suatu karya seni. Tapi mereka semua benar-benar boleh dipakai. Aku tidak mahu hanya membuatnya sebagai hiasan," ujarnya.

Ketertarikan Levi membuat kasut dengan bentuk unik sudah dimulakan sejak ia duduk di bangku sekolah menengah, di mana ia mempelajari seni. Karya kasut pertamanya terinspirasi dari tubuh seksi Marilyn Monroe.

Seperti dikutip dari Dailymail, kini sudah banyak koleksi kasut unik karya Levi. Ada yang berbentuk ala pisang, kucing, anjing, kasut dengan bentuk tangga kolam renang, sumpit, dan teko untuk minum kopi.

Untuk skasut model teko, Ia membuatnya dalam dua warna iaitu hitam dan putih. Bahagian hak kasut itu dibuat seolah seperti tetesan kopi. Sedangkan bahagian atas sepatu ditambahkan hiasan seperti pegangan teko.

Kasut teko itu tersedia dalam dua warna, krem dan hitam. Untuk bahannya, sepatu tersebut terbuat dari kulit, sedangkan bagian haknya dari kayu.

"Aku mengembangkan dan membuat kasut-kasut ini sendiri di studio dan itu memerlukan beberapa hari sampai beberapa minggu," jelasnya.

Namun Levi tidak mahu memberitahukan berapa harga kasut-kasutnya. Ia hanya mengatakan kalau harganya cukup mahal kerana memang untuk pembuatannya diperlukan bahan khusus dan usaha lebih.

Proses mengeluarkan bola golf daripada ular sawa

Posted: 04 Jun 2012 04:15 PM PDT

Ular sawa yang seekor ni telah menelan beberapa biji bola
golf.Jom kita tengok proses mengeluarkan bola golf ini
daripada ular sawa....







Sst, Rabu Ternyata Hari Paling Sihat

Posted: 04 Jun 2012 04:00 PM PDT


INILAH.COM, – Sebuah penelitian baru menyebutkan, Rabu merupakan hari kala diri kita tengah mencapai perilaku terbaik dalam kepedulian terhadap kesihatan diri sendiri.

Seperti dikutip Daily Express, penelitian itu berdasarkan pada kajian yang melibatkan 5.000 sukarelawan dari sebuah perusahaan suplemen kesihatan Bio-GLAN ini menemukan bahawa pada Rabu, kita akan cenderung menghindari atau mengurangi kebiasaan buruk yang terbawa dari akhir minggu.

Rabu juga merupakan hari saat kita paling mungkin mendapatkan lapan jam waktu tidur dan makan dengan porsi buah dan sayuran yang seimbang.

Kemudian, satu dari lima orang tercatat akan lebih mungkin datang ke gym dan tiga perempat sukarelawan akan cenderung menghindari alkohol. Tak pelik, hari itu pun akhirnya mendapatkan julukan 'Rabu Sihat'.

"Pada Rabu, kita akan merasa lebih mampu mengendalikan hidup kita," kata peneliti Dr Vicky Senior, seorang psikologi kesihatan di Universiti Surrey.

Lepas ais krim,kini muncul keju dari air susu ibu

Posted: 04 Jun 2012 11:00 AM PDT

NEW YORK - Setelah sebelumnya muncul inovasi ais krim dari air susu ibu, kini inovasi air susu ibu kembali hadir ke dalam pembuatan keju.

Sebuah kedai khusus menjual keju di New York, The Lady Cheese Shop, menawarkan pengalaman baru "rasa baru" tersebut bagi para penikmat keju tersebut.

Pemilik kedai, Miriam Simun berharap keju dari air susu ibu ini dapat menjawab pertanyaan mengenai etika bioteknologi moden.

"Keju adalah sajian pembuka pada saat sebuah percakapan akan dimulakan, banyak yang menyukainya walaupun banyak juga yang tidak suka," ujar wanita jlulusan sarjana dari New York Universiti, demikian lapor Telegraph, Selasa (3/5/2011).

Bahkan Simun mengaku, ada tiga orang jururawat yang meminta air susunya untuk dijadikan sebagai bahan keju buatannya.

Simun pun meneliti dahulu air susu tersebut, mensterilkan dan lalu mengolah dengan langkah-langkah dasar pembuatan keju.

Kini Simun memiliki tiga variasi khusus yang tersedia hanya di hari Minggu, iaitu West Side Funk, Midtown Smoke yang disebut sebagai si "krim keju dari syurga" yang rendah lemak dan mengandung saripati sayur-sayuran.(rhs)

Menjelang ajal budak ini setuju dermakan organnya dan berjaya selamatkan tiga nyawa

Posted: 04 Jun 2012 10:30 AM PDT


VIVAnews - Linangan air mata mengiringi kepergian Laura Greenway. Namun, gadis Inggris itu menyelamatkan tiga nyawa sesamanya.

Selama empat tahun, Laura berjuang melawan penyakit paru-paru langka yang sulit disembuhkan. Upaya medik terakhir yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan nyawanya adalah pemasangan paru-paru buatan di tubuh gadis 18 tahun itu.

"Dengan tingkat keberhasilan hanya 20 peratus, operasi itu nyatanya gagal. Laura mengalami komplikasi yang mengakibatkan otaknya kehilangan fungsi," kata ayahnya, Peter Greenway, 46, seperti dikutip harian New York Daily News.

Dengan berurai air mata, keluarganya akhirnya sepakat untuk menyudahi siksaan yang mendera Laura. Mereka mengizinkan doktor untuk mencabut semua alat pendukung hidup yang masih terlekat di tubuh Laura. "Semua keluarga memutuskan untuk mengucapkan selamat tinggal dan matikan mesin. Kami semua hancur," kata Peter.

Sekitar satu tahun lalu, Laura mendaftarkan diri sebagai penderma organ. Ia melakukan itu kerana sedar penyakitnya tak boleh disembuhkan dan yakin kematiannya sudah dekat. Ia tak ingin mati sia-sia, kerana ia menandatangani kontrak yang mengizinkan doktor mengambil organnya untuk orang lain, setelah ia meninggal.

Niat baik itu terwujud setelah doktor mengangkat hati, ginjal, dan pankreasnya untuk membantu tiga pesakit lain yang kritikal. "Itu sesuatu yang ingin ia lakukan, untuk memberikan sesuatu dan membantu orang lain memiliki kesempatan hidup. Ia tak ingin orang lain menunggu dalam pengharapan seperti dia," kata ayahnya.

Peter masih tak boleh lupa saat terakhir melihat puterinya sadar, 2 September lalu. "Laura berbalik pada saya dan berkata, aku tidak punya pilihan lain, aku harus cuba ini (operasi pemasangan paru-paru buatan). Sejak itu, ia tidak pernah bangun lagi," katanya. (ren)

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Video Polis Tangkap Remaja Khalwat Dalam Kereta di Sarawak

Posted: 04 Jun 2012 02:26 AM PDT

Sarawak satu peristiwa yang sungguh memalukan apabila 2 lelaki dan 1 wanita remaja didalam kenderaan tersebut didalam keadaan separuh bogel, telah di serbu oleh sekumpulan polis berdekatan sebuah bukit baru baru ini. Peristiwa hitam ini betul betul telah memalukan keluarga mereka malah video ini telah tersebar di setiap blogger. Kepada remaja remaja diluar sana sebelum membuat sesuatu perkara renung renungkan lah dan pikirkan lah sebelum sesuatu perkara tidak diingin berlaku ke atas diri anda.

Jom lihat apakah seterusnya didalam video ini.

Gaya Shaheizy Sam Cukup Membosankan?

Posted: 04 Jun 2012 01:19 AM PDT

Pelakon Sensasi tanah air masa kini dan telah dinobatkan Bintang Paling Popular 2012, kini cukup kerap menghiasi panggung pawagam.

Twitter shaheizy_sam ikuti disini - https://twitter.com/#!/shaheizy_sam

Ketika dahulu, sekiranya peminat mencintai, merindui dan mengasihi pelakon yang diminatinya sudah pastinya pelakon tersebut akan kerap mewarnai perfileman di panggung.

Tetapi zaman sekarang dek selalu muncul dengan filem baru, seorang peminat menghantar surat kepada sebuah akhbar, melahirkan rasa kesal terhadap Sam yang dianggap tidak selektif.

Kata-kata peminat itu yang mengatakan penonton semakin bosan melihat Sam juga bagaikan ada kebenarannya.

Bagaimanapun, anak kepada Khaty Fauziah ini ada alasan sendiri iaitu dia belum berada di tahap untuk bersikap selektif.

Jelas Sam, biarpun penonton mungkin sudah bosan, dia perlu menerima tawaran yang diberikan kepadanya kerana lakonan merupakan punca pendapatan utamanya.

Katanya lagi, dia hanya akan bersikap selektif sekiranya sudah bergelar produser atau pengarah suatu hari nanti.

Apapun betul juga kata pelakon ini sekiranya ia demand, akan datang timbul pula isu berlagak, sombong, poyo, macam bagus pun sukar juga nanti dan akan menjejaskan hasil pendapatannya nanti. - isu-hangat.blogspot.com -

Berlagak Membawa Padah

Posted: 04 Jun 2012 01:01 AM PDT

Ini lah kata kata nostalgia dari orang orang tua kita, sekiranya nya berlagak tidak bertempat pastinya menimpa musibah.

Gambar ini menerangkan seorang ahli basketball sedang memasak hotdog. Dia sedang menunjukkan aksi kepada rakannya bagaimana ingin membuat jumping yang professional dan teknik meloncat dengan betul.

Apapun perkara itu telah mendatangkan musibah, sebelum ini arang tersebut membakar hotdog, tapi seakrang abu arang itu membakar dirinya sendiri dan mengeliat macam angjing kurap.

Anda Saksikan...


Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Saingan terbuka

Posted: 03 Jun 2012 03:58 PM PDT

Hip

DARI kiri, Caroline, Anas dan Zatul.

DARI kiri, Caroline, Anas dan Zatul.

Caroline, Zatul dan Anas layak ke akhir Mentor 10 Jun ini

APABILA peringkat separuh akhir pertama berakhir pada minggu lalu, ternyata saingan sengit dapat disaksikan antara tiga peserta iaitu Caroline, Anas dan Zatul.

Protege Ella, Faizal Tahir dan Fauziah Ahmad Daud (Ogy) itu memberikan persembahan terbaik mereka dalam mengejar tempat ke saingan akhir yang dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Slam, pada 10 Jun. Sekali lagi, mereka tidak mahu mengaku kalah malam tadi apabila menampilkan persembahan bertenaga pada peringkat separuh akhir kedua, yang diadakan di Auditorium MBSA Shah Alam.

Hasilnya, ketiga-tiga peserta berkenaan diumumkan layak ke final, keputusan yang nyata memberikan kelegaan bukan saja kepada mereka, malah mentor masing-masing.

Biarpun turut berusaha mempersembahkan nyanyian serta persembahan menghiburkan, namun ia gagal menyelamatkan Tisha daripada tersingkir. Markahnya yang jauh di belakang, berbanding peserta lain pada minggu lalu, memakan diri wanita berbakat dari Pasir Puteh, Kelantan ini.

Caroline mendapat 131 markah keseluruhan daripada dua peringkat separuh akhir, manakala Zatul dengan 127 markah dan Anas 122 markah. Tisha hanya berupaya meraih 86 markah.
Caroline yang tampil sebagai peserta pertama mengadakan persembahan, sekali lagi menunjukkan keyakinan ketika menyampaikan lagu nyanyian asal mentornya, Layar Impian, dan juga Set Fire to the Rain (Adele).

Dalam usaha mengelakkan diri daripada disamakan dengan ratu rock itu, lagu pertamanya diubah hampir 100 peratus. Bagaimanapun lagu keduanya yang benar-benar menyerlahkan kekuatan gadis dari Tanah Merah, Kelantan ini.

Dia turut mendapat pujian juri tetap, Datuk Sharifah Aini, yang sukakan pilihan lagu dan konsep persembahannya.

Anas, yang dilihat antara calon popular sejak awal musim, cuba memikat perhatian dengan lagu asal Christina Perri, A Thousand Years, dan dendangan popular Meet Uncle Hussain, Drama King.

Dia nampaknya lebih percayakan persembahan yang kosong dari segi props, tetapi cuba bergantung kepada keupayaan vokal semata-mata. Namun Sharifah Aini menganggap kemampuan suaranya sedikit menurun pada minggu ini.

Zatul yang semakin menunjukkan peningkatan dalam persembahan, kemudian menggegarkan pentas dengan dua lagu rock, Taman Rashidah Utama dan Opera Hidup, daripada kumpulan Wings.

Bertindak bijak dengan mempersembahkan lagu nyanyian artis lelaki, ditambah 'lakonan' ala pantomim, Zatul mungkin peserta paling terserlah kesungguhannya dalam usaha untuk melangkah lebih jauh dalam pertandingan.

Dia bertuah disokong tunjuk ajar Ogy, yang sememangnya dikenali sebagai 'guru yang tegas' dalam membentuk anak seni. Begitupun persembahannya dilihat berlebihan oleh Sharifah Aini yang mahu melihat peserta ini lebih menumpukan kepada aspek vokal, pada peluang seterusnya.

Sementara itu, dalam usaha terakhir menawan perhatian juri serta undian peminat, Tisha memilih untuk mempersembahkan rangkaian lagu Dikir Rambong oleh kumpulan Kapilla dan Makhluk Tuhan Paling Seksi (Mulan Jameela). Paling tidak, gelekan peserta ini berjaya menggamatkan suasana di auditorium walaupun dirinya tidak mampu mengikut jejak tiga lagi protege ke pentas akhir.

Sebelum keputusan diumumkan, empat peserta terbabit menyerlahkan keupayaan masing-masing menerusi nyanyian medley lagu Gelora Cintaku, Meniti Titian Usang dan Teguh, dendangan asal Amy Search.


Menang bukan kerana popular

Posted: 03 Jun 2012 03:55 PM PDT

Hip

ZIZAN (kiri) dan Johan jadi pilihan penonton Super Spontan.

ZIZAN (kiri) dan Johan jadi pilihan penonton Super Spontan.

SEJAK awal program Super Spontan disiarkan, ramai yang menjangka Johan dan Zizan akan mendominasi pertandingan itu.

Pada saingan akhir, nampaknya kemenangan berpihak kepada jejaka dari Terengganu itu apabila dia menewaskan rakan seperjuangannya dalam Jozan dengan 3.3 markah, membolehkan Zizan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan Toyota Camry 2.0G.

"Kemenangan ini ialah kejayaan saya bersama Johan. Ia juga bukan kemenangan kerana populariti, seperti dianggap orang ramai. Sebelum ini, kumpulan saya (Angsa Ganas) juga beberapa kali pernah kalah dan kumpulan Beruang Comel yang dianggotai Johan berapa kali menang. Ia bergantung kepada kecekapan dan kreativiti semua ahli kumpulan. "Selain Johan, semua selebriti yang menyertai program ini ialah saingan kuat saya. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri, cuma rezeki saja yang berpihak kepada saya untuk pertandingan akhir ini," katanya.

Bagaimanapun, sebagai naib juara, Johan tidak pulang tangan kosong, sebaliknya meraih RM50,000. Dia berada di hadapan Tauke yang mendapat tempat ketiga dengan hadiah RM25,000.

Manakala Rahim R2, Ropie dan Suhaimi menerima sagu hati RM5,000.

Kata Johan, meskipun ramai penyokongnya ingin melihat dia menjuarai program itu, namun dia terpaksa akur dengan ketentuan rezeki.
"Dari awal saya tidak pernah mengharapkan untuk menjuarai program ini. Selepas masuk peringkat akhir, saya yakin akan menang tempat keenam hingga kedua saja," katanya.

Sementara itu, Ketua Saluran Astro Warna, Bob Azrai berkata, sejak awal lagi dia menjangkakan program itu akan mampu pergi lebih jauh.

"Memang ia sangat berbeza dengan program komedi lain. Saya yakin ia mampu membuka mata penerbit untuk mempelbagaikan lagi genre komedi hari ini. Super Spontan juga akan diteruskan untuk musim kedua," katanya.


My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Caroline, Zatul Dan Anas Mara Ke Pusingan Akhir Mentor 6

Posted: 03 Jun 2012 09:14 PM PDT

Caroline, Zatul Dan Anas Mara Ke Pusingan Akhir Mentor 6
Semalam kita menyaksikan Tisha yang juga mentor kepada Ferhad tersingkir di pusingan separuh akhir mentor 6 lantas membawa Caroline, Zatul Dan Anas ke pusingan akhir bagi merebut gelaran juara mentor musim yang ke-6.. MyGosip yakin mentor 6 kali ini lebih mencabar kerana kesemua peserta akhir mempunyai keistimewaan tersendiri sampai sukar untuk kita meramal siapakah yang bakal bergelar juara untuk mentor musim yang ke-6…

Semalam Caroline yang juga protege kepada Ella mendapat markah tertinggi dengan 131 markah apabila persembahanya memuaskan hati pihak juri dengan menyampaikan lagu Layar Impian (Ella) dan juga Set Fire To The Rain (Adele) dengan cara Caroline yang tersendiri.

Zatul yang juga protege kepada kak Ogy pula mendapat 127 markah dengan mempamirkan peningkatan dalam persembahannya kali ini, Zatul membawakan lagu Taman Rashidah Utama dan Opera Hidup (Wings) dengan penuh bertenaga.

Manakala Anas yang juga protege kepada Faizal Tahir pula mendapat 122 markah dan nyata persembahan Anas pada malam tadi kurang menyerlah dengan lagu A Thousand Years (Christina Perri) dan Drama King (Meet Uncle Hussain) yang gagal menambat hati juri.

Apa-apa pun ketiga-tiga mereka akan berentap di pusingan akhir mentor 6 yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 10 Jun 2012 ini.. Siapakah yang bakal bergelar juara? sama-sama lah kita tunggu pusingan akhir nanti..

Gambar Di Majlis Resepsi Perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai Di Perlis

Posted: 03 Jun 2012 04:11 PM PDT

Gambar Di Majlis Resepsi Perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai Di Perlis
Petang semalam telah berlangsungnya majlis resepsi Fasha Sandha dan Jejai untuk belah perempuan yang diadakan di taman rekreasi Tasoh Lake Resort & Retreet di Perlis.. Majlis perkahwinan yang sederhana tetapi meriah itu telah dihadiri hampir 800 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga terdekat, sahabat rapat dan peminat dari kelab We Love Fasha Sandha yang terpilih.

Walaupun majlis resepsi ini berlangsung di tempat awam, hanya jemputan sahaja yang dibenarkan masuk, ini kerana keluarga Fasha Sandha ingginkan kesederhanaan untuk majlis perkahwinan Fasha dan Jejai kali ini..

Apa yang lebih menarik, majlis resepsi kali ini bukan sahaja meraikan pengantin baru, Fasha Sandha dan Jejai.. Malah majlis kali ini turut meraikan anak yang didalam kandungan Fasha yang kini berusia tiga minggu lebih..

Jadi buat peminat Fasha Sandha yang tidak dapat hadir tu, apa kata kita layan beberapa keping gambar disekitar majlis resepsi Fasha Sandha dan Jejai kat bawah ni…

Gambar Di Majlis Resepsi Perkahwinan Fasha Sandha Di Perlis

Gambar Di Majlis Resepsi Perkahwinan Fasha Sandha

Gambar Di Majlis Resepsi Jejai Di Perlis

Gambar Di Majlis Resepsi Fasha Sandha dan Jejai Di Perlis

Gambar Di Majlis Perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai Di Perlis

Gambar Di Majlis Resepsi Fasha Sandha dan Jejai Di Perlis

Gambar Di Majlis Perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai Di Perlis

Gambar Di Majlis Resepsi Perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai Di Perlis

Gambar Di Majlis Resepsi Perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai Di Perlis

Gambar Di Majlis Resepsi Perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai Di Perlis

Gambar keluarga Di Majlis Resepsi Fasha Sandha dan Jejai Di Perlis

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Dalami ilmu filem di New York

Posted: 03 Jun 2012 06:52 AM PDT

SAAT ini lagunya hebat diputarkan di corong radio dan ramai yang menyangkakan Cinta Bersatu didekasikan khas oleh Liyana Jasmay, 24, buat tunangannya, Fathuddin Mazlan, 28, berdasarkan bait lirik romantis yang mengiringi melodi indah lagu hasil nukilan kumpulan Tilu itu.

Nyawa yang diberikan vokal Liyana Jasmay terasa hidup dan buat pertama kali mendengarnya pasti tidak menyangka ia dinyanyikan gadis mesra disapa Nana atau LJ itu. Terasa benar dia sedang dilamun asmara dan bahagia meniti hari bersama insan teristimewa.

"Ramai yang beri komen suara saya lain sedikit ketika menyanyi lagu itu jika hendak dibandingkan dengan Aku Tak Percaya Cinta. Entahlah, saya rasa sama saja.

"Tetapi saya tidak nafikan, ketika merakamkan lagu berkenaan, saya benar-benar dapat menghayatinya mungkin kerana lirik Cinta Bersatu itu kena dengan perasaan yang sedang saya alami.


"Seingat saya, saya meminta Tilu menghasilkan sebuah lagu single yang bersesuaian vokal dan muziknya haruslah sepadan dengan imej saya. Namun, saat mereka menyerahkan lagu itu ke tangan saya dan selepas mengamati liriknya, saya terasa yang lagu ini seperti kisah saya dan Fathuddin.


"Sebelum ini ramai yang menyangkakan Cinta Bersatu itu adalah luahan perasaan saya terhadap Fathuddin, sebenarnya ia hanyalah satu kebetulan.

"Saya juga sempat memperdengarkan lagu itu kepada Fathuddin sebelum ia dimainkan di radio. Tambah membuatkan saya terharu apabila dia menyukai lagu itu," katanya yang semakin berseri-seri.

Atas sambutan baik yang diterima pendengar, LJ merancang untuk menghasilkan lebih banyak single, sekali gus muncul dengan album keduanya yang disifatkan lebih matang bukan saja dari segi vokal tetapi juga penampilan.

Tiada lagi imej penyanyi pujaannya, Arvil Lavigne, Liyana kini memilih imej yang menyerlahkan kewanitaannya lantaran usianya kini 24 tahun, selain status tunangan orang.

"Saya sudah tidak boleh membawa imej rock atau 'funky' seperti sebelum ini kerana Fathuddin pesan kepada saya, dia tidak mahu lihat saya berpakaian seperti budak-budak kerana saya bukan lagi anak kecil. Saya akan jadi isterinya dan mahu lihat saya sebagai orang wanita.

"Gaya 'skirt' pendek dan stoking juga sudah tidak boleh....hahaha! (ketawa).
Katanya, lebih cantik kalau berpakaian ringkas dan feminin. Jadi penampilan saya untuk album kedua nanti, ada sedikit perubahan dan kelainan," katanya.

Baru saja menyelesaikan penggambaran filem Tokan arahan pengarah baru, Ghaz Abu Bakar, LJ kini dikhabarkan sibuk mempersiapkan diri menghadapi penggambaran filem Isyarat Cinta arahan Bade Hj Azmi termasuk Fiksi-Fixie.

Fiksi-Fixie adalah telefilem terbitan produksi miliknya sendiri, Mermaid Studios yang sebelum ini muncul dengan produk pertama, Tudung Tweet dan Paris Masuk Kampung.

Meskipun saat ini dia terlalu banyak urusan perlu di selesaikan, namun sukar untuknya menolak tawaran Bade kerana naskhah yang diberikan kepadanya kali ini amat menarik.

"Uncle Bade hubungi saya dan memaklumkan ada sebuah filem ingin dihasilkannya tahun ini dan watak utama itu dibuat khusus untuk saya. Menerusi filem Isyarat Cinta ini, saya akan memainkan watak gadis buta tetapi bukan sejak azali dan dia menjadi sebegitu kerana disebabkan satu kejadian.

"Watak seperti ini sudah lama saya nanti-nantikan kerana itu dalam banyak urusan yang belum selesai, saya paksa diri untuk melakukannya. Secara keseluruhan watak filem yang saya terima tahun ini memang bagus dan menarik.

"Filem Tokan misalnya, saya bawakan watak gadis yang membuat kajian mengenai isu penyalahgunaan dan pengedaran dadah. Dalam pembongkaran yang dilakukannya itu, tanpa disangka-sangka bapanya sendiri terbabit kegiatan haram itu," katanya.

Kurang sebulan dari sekarang, dia akan meninggalkan negara ini bagi mengikuti kursus jangka pendek perfileman di New York, Amerika Syarikat.

Bermastautin selama enam bulan di sana ditemani ibu tersayang, Habsah Simpon, pemergian itu dengan rasa hati yang cukup berat.

Masakan tidak dihambat resah, apabila harus meninggalkan cinta hatinya, Fathuddin Mazlan sendirian di sini. Tambahan pula, dugaan orang bertunang datangnya dalam pelbagai cara.

Namun, gadis yang penuh dengan cita-cita dan impian sepertinya, Liyana mengakui dia harus cekal dan menolak perasaan lekas cemburu dan curiga.

"Kalau ikutkan kami memang jarang berjumpa kerana Fathuddin menetap di Sabah menguruskan perniagaan di sana selain saya sibuk dengan penggambaran. Tetapi paling lama tak jumpa pun dua minggu saja.

"Berpisah dalam tempoh berbulan-bulan belum pernah dan disebabkan itu, terkadang saya rasa berat hati. Tetapi saya tidak boleh mengetepikan masa depan hanya kerana perasaan yang sebenarnya kita sendiri boleh kendalikan dengan baik jika kita sedikit sabar dan percaya pada pasangan.

"Fathuddin sendiri memberi sokongan yang kuat untuk saya ke New York. Katanya, tidak perlu risaukan dia di sini dan minta saya jaga diri. Dia juga berjanji untuk menjenguk saya di sana nanti.

"Mujurlah saya tidak sendirian kerana Mama menemani. Kalau tidak tak tahulah macam mana. Tetapi saya pula kesiankan kakak dan abang saya termasuk ayah kerana mereka terpaksa berjauhan dengan mama. Saya harap mereka semua dapat sertai kami berdua dan menyambut Aidilfitri di New York nanti," katanya.




Blazer pilihan aktor

Posted: 03 Jun 2012 06:29 AM PDT

FOKUS di Festival Filem Cannes 2012 yang meraikan ulang tahun ke-65 baru-baru ini, tidak hanya berkisar gaun siapakah yang paling cantik atau penampilan bintang mana yang paling meletup!

Festival itu turut menarik perhatian penampilan artis lelaki yang memilih gaya santai dan sedikit bertentangan daripada gaya tipikal seperti menggunakan sut hitam lengkap bertali leher dan bow.

Seperti saban tahun penganjuran acara itu, Festival Filem Cannes 2012 yang berlangsung selama 11 hari turut mengadakan majlis tayangan filem dan aktiviti keramaian yang dihadiri ramai selebriti.

Justeru, kebanyakan aktor popular lebih senang menggayakan sut dan blazer yang berwarna dan mempunyai corak dipadankan dengan kemeja-T kolar V sambil membiarkan butang baju terbuka.




Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tun Siti Hasmah gugup, Erra tertekan

Posted:

Tun Siti Hasmah gugup, Erra tertekan

Tun Siti Hasmah gugup, Erra tertekan

SEKITAR tiga bulan lagi teater yang mengangkat kisah hidup Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, 85, bakal dipentaskan di Istana Budaya. Ia diberi nama Teater Tun Siti Hasmah.

Dalam tempoh perjalanan tiga bulan ini, berkecamuk pelbagai perasaan dalam diri pendokong karakter tersebut, Erra Fazira. "Saya teruja dan berbesar hati kerana dapat membawa karakter tokoh ini, tapi dalam masa yang sama, agak tertekan kerana tanggungjawab saya besar apabila bersetuju untuk memainkan watak seorang tokoh yang masih hidup," ujar Erra tanpa selindung.

Jelasnya, apa yang lebih membuat dia tertekan adalah perlu mencapai piawaian yang sebenar tentang membawa karakter Siti Hasmah kerana menurut Erra, bukan sahaja Siti Hasmah sendiri yang akan menilainya, tetapi ia juga akan dinilai oleh individu-individu yang dekat dengan diri beliau seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri serta anak-anak mereka. Dalam masa yang sama, dia juga perlu meyakinkan khalayak tentang kredibilitinya membawa karakter tokoh tersebut.

Bagaimanapun ujar Erra, dia tidak mahu tenggelam 100 peratus dalam karakter Siti Hasmah.

Katanya: "Saya memang tidak akan lari daripada perlu membawa karakter Tun Siti Hasmah, tetapi saya juga tidak boleh terlalu berusaha kerana untuk meniru menjadi beliau. Apa yang boleh saya katakan untuk peringkat ini, saya akan cuba memberi gambaran terbaik tentang karakter beliau."

Baru dua kali bertemu dengan Siti Hasmah, aktres tersebut mengaku dia memerlukan beberapa siri pertemuan lagi untuk mendalami emosi Siti Hasmah sebagai seorang wanita, ibu kepada empat orang anak, bekas doktor, isteri kepada Dr. Mahathir dan bagaimana beliau menjalani kehidupan hariannya untuk memantapkan lakonannya kelak.

TUN SITI HASMAH berharap teater yang mengangkat kisah kehidupannya, Teater Tun Siti Hasmah mampu memberi impak yang baik terhadap masyarakat. Beliau juga yakin Erra mampu membawa karakter dirinya dengan baik.


Jika Erra melahirkan rasa gundahnya untuk membawa karakter sehebat Siti Hasmah, bagi tuan punya badan sendiri, beliau mengaku malu untuk berbagi ceritera kehidupannya kepada khalayak. Ujar wanita yang dilahirkan di Selangor namun menghabiskan kebanyakan masanya di Kedah itu, beliau bukan sesiapa dan tidak mempunyai sejarah penting untuk diangkat ke dalam naskhah teater. Justeru, beliau juga gugup untuk dipentaskan sebagai wanita ikon.

Beliau yang ditemui semasa sesi temu bual santai tentang teater tersebut pada pagi Jumaat lalu, bagaimanapun memberitahu, akhirnya terpaksa memberi persetujuan selepas dipujuk selama setahun oleh pihak produksi yang mahu mementaskan riwayat hidupnya, World Islamic Network Television Sdn. Bhd. (WINTV).

"Secara peribadi, saya malu untuk diangkat ke pentas teater kerana beranggapan saya hanya seorang wanita biasa yang tidak mempunyai apa-apa sejarah besar untuk diberitahu kepada umum.

"Bagaimanapun, saya mengalah selepas didesak dan bersetuju kepada pihak produksi supaya ia memberi fokus terhadap perkhidmatan saya kepada masyarakat iaitu sebagai seorang pegawai kesihatan," ujarnya sambil tersenyum.


SITI HASMAH mahu dikenang sebagai seorang isteri yang taat kepada suaminya, Tun Dr. Mahathir dan mereka hidup bahagia dengan sokongan antara satu sama lain.


Ditanya bagaimana beliau mahu melihat corak pementasan tersebut, adakah ia lebih menekankan kehidupannya sebagai seorang isteri mantan perdana menteri atau memfokus terhadap kepakarannya sebagai doktor, Siti Hasmah pantas menjawab, beliau mahu divisualkan sebagai seorang pegawai kesihatan yang banyak berbakti dan memberi kesedaran kepada masyarakat.

"Saya lebih senang jika teater ini memberi fokus terhadap karier saya sebagai seorang pegawai perubatan. Selain itu, dalam masa yang sama, saya juga merupakan seorang isteri kepada suami yang taat dan hidup bahagia bersama suami saya," katanya penuh berhemah.

Tambah Siti Hasmah, adalah penting untuk khalayak diberitahu tentang kariernya kerana sewaktu zaman beliau berkhidmat sebagai pegawai kesihatan di Kedah ketika awal perkahwinan dahulu, beliau dan pasukannya telah berjaya menukar mentaliti masyarakat untuk meyakini bidang kedoktoran.

"Perkara yang membanggakan pasukan kami pada waktu itu adalah apabila mampu menukar mentaliti para ibu yang selalu mengambil khidmat bidang kampung sewaktu bersalin, agar menggunakan khidmat bidan terlatih daripada hospital. Untuk situasi pada zaman tersebut, ia dianggap sebagai pencapaian yang baik buat kami," ujarnya.


SITI HASMAH merupakan seorang wanita yang meminati muzik. Beliau pernah mempunyai sebuah kumpulan muzik pada zaman remaja dan membuat Tun Dr. Mahathir kagum dengannya selepas mengalunkan petikan piano dalam sebuah majlis.


Malah besar harapan beliau untuk melihat impak teater tersebut kelak mampu dirasai oleh para pegawai kesihatan khususnya wanita yang berkhidmat untuk menyelamatkan banyak nyawa.

"Walaupun saya tidak berani mengatakan apakah impak yang akan diperoleh selepas teater tersebut dipentaskan kelak, namun besar harapan saya agar ia mampu memberi inspirasi buat pegawai kesihatan wanita khususnya," tambah Siti Hasmah lagi.

Kesederhanaan Jason Mraz

Posted:

Kesederhanaan Jason Mraz

Kesederhanaan Jason Mraz

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


JASON MRAZ kini tampil dengan imej sedikit 'nakal' berbanding imej bersihnya sebelum ini.


The Remedy (I Won't Worry), I'm Yours dan You And I Both adalah lagu hit yang sering berkumandang di corong-corong radio tidak lama dahulu. Bukan sahaja di negara kelahirannya sendiri iaitu Amerika Syarikat, tapi di seluruh dunia.

Namun begitu, empunya nama Jason Thomas Mraz atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Jason Mraz, tidak menganggap dirinya sebagai seorang bintang besar, tetapi lebih gemar hidup dalam kesederhanaan.

Lelaki kelahiran Virginia, Amerika Syarikat itu memberitahu, dia lebih gemar untuk terlibat dengan aktiviti kemanusiaan dan juga mengusahakan sebuah ladang berbanding hidup dalam dunia glamor.

"Pada saya, hidup dalam serba sederhana adalah kehidupan yang sebenar kerana ia memberi saya kebebasan untuk melakukan pelbagai perkara dan mengetahui apa yang berlaku di dunia ini. Misalnya, dapat menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan, itu juga sebahagian daripada kehidupan saya.

"Saya juga berharap kehidupan seperti ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain. Namun, pada saya, inilah realiti kehidupan bintang yang saya jalani," jelas Mraz menerusi temu bual melalui telefon di pejabat Warner Music Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.

Bagi Mraz, definisi sukses ialah dapat lakukan apa sahaja yang diminati, dan hal itu dapat dilakukannya setiap hari. Ini termasuklah aktiviti bermain muzik, meluangkan masa bersama rakan, makan makanan berkhasiat dan bercucuk tanam.

"Saya sangat bersyukur dengan kesihatan yang diberi dan bagi saya itu semua merupakan satu pencapaian yang baik dalam hidup saya. Saya mendefinisikan sukses melalui kegembiraan yang dikecapi dalam hidup setiap hari," ujar penyanyi yang bakal hadir ke Malaysia buat kali kedua pada 19 Jun ini.

Datang lagi

Pertama kali Mraz hadir ke Kuala Lumpur bagi melengkapkan konsert jelajahnya ialah pada tahun 2009. Ketika itu, dia masih lagi popular dengan lagu yang ditunggu peminat ketika mengadakan konsert iaitu I'm Yours.

Kini, buat kali kedua, Mraz bakal mengadakan konsert yang bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 19 Jun ini, pukul 8.30 malam. Ia bersempena dengan kembara promosi album terkininya yang sudah berada di pasaran sejak April lalu, Love Is A Four Letter Word.

Bakal membuat persembahan bersama kumpulan baharunya, konsert tersebut dianjurkan oleh Scenique Concerts & Events Sdn. Bhd. and Live Limited dengan kerjasama Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.

Konsert jelajah yang diberi nama, Tour Is A Four Letter Word itu bertujuan untuk mempromosi album baharunya yang berjudul Love Is A Four Letter Word dan ujar Mraz, dia sangat teruja untuk mengadakan konsert kedua tersebut.

Tiket boleh didapati pada harga RM345, RM295, RM235, RM185, RM195 dan RM75. Ia boleh dibeli di kedai muzik Rock Corner, Victoria Music dan KL Life Centre. Selain itu, lapan pemenang bertuah bakal memenangi pas belakang pentas dan bertemu dengan penyanyi tersebut.

Perkongsian Tasha, Awan Band

Posted:

Perkongsian Tasha, Awan Band

Perkongsian Tasha, Awan Band

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


AWAN BAND dan Tasha Shila (tengah) berganding menjayakan klip video Lintasan Bintang.


LAGU Kartita memperkenalkan jenama Awan Band dalam arena seni tempatan. Single yang dilancarkan pada tahun lalu itu membuka ruang baharu untuk kumpulan itu mengeluarkan single kedua berjudul Lintasan Bintang.

Jika single pertama mereka banyak bermain elemen abstrak, kali ini kumpulan yang dianggotai oleh Faris atau nama sebenarnya Mohd. Shazee Zailani selaku vokalis, Boy (Mohd. Badlyshah, gitaris kedua), Hasnurr (Hasnurr Hashim, basis), Ully (Mohd. Shafry Mohmad, gitaris utama) dan Ijan (Rizal Yaakop, drum) memilih Tasha Shila untuk muncul dalam video klip terbaharu mereka.

Strategi bijak itu bagaimanapun didakwa cuba menumpang tuah dan populariti pelakon cantik manis itu, tambahan Tasha baru mendapat pengiktirafan yang diinginkan oleh setiap pelakon baharu dalam industri hiburan.

Kesempatan bersua dengan anggota kumpulan Awan Band dan Tasha Shila sendiri ketika penggambaran video klip Lintasan Bintang di Bandar Sri Permaisuri, Cheras baru-baru ini mendapatkan penjelasan lanjut.

Kosmo!: Boleh kalian ceritakan apa makna di sebalik single kedua, Lintasan Bintang?

AWAN BAND: Kisahnya tersurat sepertimana lirik lagu itu iaitu mengenai seorang lelaki yang bertemu semula dengan seorang gadis yang dikenalinya sejak kecil dan terbit rasa cinta. Namun, teman lelaki gadis itu muncul dan si gadis pula terperangkap antara cinta zaman kanak-kanak atau cinta terkini. Penggambaran klip video lagu ini dilakukan di sekitar Putrajaya dan Cheras serta diarahkan oleh Juril Jamali.

Memilih Tasha Shila untuk muncul dalam video klip kalian tidakkah itu dianggap menumpang tuah dan populariti beliau memandangkan sahamnya kini semakin meningkat?

Siapa kami untuk menumpang populariti dia? Pada mulanya kami ada menyenaraikan beberapa nama lain antaranya Nora Danish dan Izara Aishah tapi selepas mendengar cadangan kami tiga minggu lalu, dia terus bersetuju. Kami sedar orang akan memandang niat kami dengan sangkaan sebegitu tapi kami percaya pada bakat dia dan sentiasa mengikuti perkembangan karier dia. Lagipun, dia memenuhi kriteria gadis dalam klip video kami.

Awan Band difahamkan sudah lama bertapak dalam industri hiburan tapi kenapa baru sekarang kelibat anda diperhatikan?

Kami akui sejak tahun 2007 hingga sekarang agak sukar untuk kami mencari tapak untuk dikenali. Kalau dulu terpaksa pinjam gitar daripada band lain untuk membuat persembahan tapi bermula tahun lepas, Warner Music memberi kepercayaan kepada kami untuk bernaung di bawah mereka.

Apa kelainan album sulung Awan Band?

Album Awan Band dikeluarkan pada 29 September 2011 dan terdapat enam buah lagu di dalamnya iaitu Lintasan Bintang, Tunggu, All My Love, Dramatik, Kartita dan Roda Khayalan. Album ini sesuai dengan jiwa golongan muda kerana bersifat pop progresif memandangkan kami pun bermula daripada kumpulan indie.

Kosmo!: Tasha Shila menerima pelawaan Awan Band untuk bekerjasama menjayakan penggambaran video klip mereka, kenapa?

TASHA SHILA: Sebelum menerima 'pinangan' mereka, saya terlebih dulu membuat kajian mengenai latar belakang Awan Band dan saya melihat mereka ada potensi untuk pergi lebih jauh dengan muzik yang berbeza. Jadi, apa salahnya saya menerima.

Anda tidak merasakan mereka menumpang populariti anda memandangkan pemilihan dibuat selepas anda diiktiraf sebagai artis baharu yang kian menyerlah?

Kalau boleh bantu, saya tidak keberatan untuk berbuat demikian. Tidak salah rasanya untuk menumpangkan populariti yang saya kecapi sesama rakan artis. Lagipun saya juga bermula dari bawah sehinggalah sekarang sudah dapat bergandingan dengan pelakon yang saya idamkan.

Bagaimana anda menyifatkan kerjasama kalian sekarang?

Situasi menang-menang. Tidak salah saya bekerjasama sebab selagi kita tidak mencuba kita tidak akan tahu keupayaan masing-masing.

Anda difahamkan boleh menyanyi, kenapa tidak diketengahkan bakat itu selain berlakon?

Saya akui memang minat menyanyi dan kalau dahulu pun memang saya bercita-cita untuk menjadi penyanyi sebelum ditawarkan berlakon dan menjadi model. Saya pernah pergi ke sesi uji bakat program realiti nyanyian sebelum ini, tapi rezeki tidak berpihak kepada saya. Buat masa sekarang, saya ingin fokus sepenuhnya kepada bidang lakonan. Apabila sudah betul-betul puas, baru saya terjun ke bidang nyanyian.