Adsense

Ahad, 3 Jun 2012

borak kosong

borak kosong


Desa Ini Diserang Puluhan Ribu Nyamuk

Posted: 03 Jun 2012 09:15 PM PDT


Mungkin nyamuk merupakan salah satu binatang yang sangat menjengkelkan, apalagi saat kita tertidur . 
Namun kejadian mengerikan satu ini adalah fenomena yang sangat luar biasa. Kerana  sebuah desa pada 14 Mei lalu di wilayah Nikiltsy Myadel, Rusia diserang puluhan ribuan nyamuk secara tiba-tiba. Seorang saksi mengatakan bahawa nyamuk tersebut seperti sedang ber-imigrasi. Suara gemuruh kumpulan nyamuk tersebut mengalahkan suara mesin lainnya.
Tatiana Zhukova, selaku direktur The Naroch Biological Station mengatakan bahwa peristiwa tersebut merupakan proses ilmiah yang wajar. Nyamuk adalah hewan yang meletakan telurnya di atas permukaan air, setelah itu telur tersebut menetas menjadi larva. Ketika larva nyamuk telah besar menjadi nyamuk dewasa, mereka akan kembali ke daratan untuk kembali berkembang biak.
Tatiana juga menambahkan bahawa perubahan arah angin dan cuaca juga dapat mempengaruhi perilaku haiwan, termasuk membuat mereka berperilaku aneh, seperti yang terjadi pada nyamuk-nyamuk ini.
 

Reaksi apek tengok perempuan cantik

Posted: 03 Jun 2012 09:00 PM PDT






Fesyen apa ni kak?

Posted: 03 Jun 2012 08:45 PM PDT


Ellen Woods, Gadis Kecil Yang Terlalu Cepat Dewasa

Posted: 03 Jun 2012 08:30 PM PDT

Mungkin inilah yang terjadi jika seorang ibu terobsesi agar anaknya menjadi seorang artis atau model terkenal. Ellen Woods gadis berusia 7 tahun ini telah bekerja sebagai model dan ikut berbagai pertandingan kecantikan khusus anak-anak. Ibunya pun tak segan-segan mendandani Ellen hingga mirip model dewasa. Bahkan foto Ellen pun beberapa di photoshop oleh sang ibu agar lebih menarik.

Ini dia foto-foto Ellen...









Demi anak ibu sanggup jadi bintang porno

Posted: 03 Jun 2012 08:15 PM PDT

Demi menghidupi anak-anaknya, ibu dari 14 orang anak ini rela menjadi bintang film porno. Wanita yang dikenal dengan sebutan "Octomom" Nadya Suleman, dari The La Habra, California, Amerika Syarikat itu melanggar janjinya sendiri untuk tak berhubungan seks dalam adegan sebuah filem demi keempat belas anaknya itu.

"Octomom" Nadya Suleman baru-baru ini mengakui bahawa dirinya siap beradegan panas dalam sebuah filem porno, terutama jika mendapatkan tawaran yang sesuai. Hal tersebut dilakukannya guna memberikan kesejahteraan bagi anak-anaknya tanpa seorang ayah.

"Anda tahu jika peluang muncul, aku akan menjadi yang pertama mengakui...Kerana semua hal yang penting adalah bahwa saya boleh mengurus keluarga saya," ungkap Suleman.

"Jika menjadi bintang porno itu adalah pekerjaan, dan pekerjaan tersebut bergaji baik, dan memungkinkan saya menyejahterakan anak-anak, aku akan melakukannya," tambahnya dalam sebuah wawancara pada acara HLN Showbiz Tonight.

Sebelumnya foto-foto Suleman sempat beredar pada sebuah majalah Inggris pada awal April lalu. Ia bahkan mengatakan tak akan melakukan adegan porno, meski ditawari bayaran bernilai US$ 100 juta.

 Suleman mendapat perhatian dunia sejak 26 Januari 2009 lalu, ketika dirinya melahirkan lapan anak kembar di sebuah rumah sakit di California Selatan. Kelahiran anak kembarnya itu diperkirakan terjadi akibat fertilisasi in-vitro.| Liputan 6

sumber

Lelaki IniTerancam Dipenjara Kerana Menyamar Sebagai Ibunya yang Sudah Meninggal

Posted: 03 Jun 2012 08:00 PM PDT


Warga kota New York, Thomas Parkin, menjalani karier yang unik untuk membiayai hidupnya sehari-hari; Ia menyamar sebagai ibunya sendiri yang sudah meninggal bertahun-tahun lalu. Namun karier ini nampaknya akan segera berakhir.
Tahun 2003, Ibu dari Parkin meninggal dunia. Tapi tak lama orang-orang menemukan sang Ibu 'hidup' kembali, mengurus perpanjangan lesen memandunya dan menuntut seseorang yang telah membeli dan menempati sebuah bangunan miliknya --yang dulu memang dilelong kerana status pemiliknya sudah meninggal.
'Nyonya Parkin' pun melanjutkan kehidupan normalnya yang ditampung oleh dana sosial kemasyarakatan untuk orang tua. Tapi sepintar-pintarnya bangkai ditutupi, baunya tetap tercium juga. Sekitar awal Mei lalu sandiwara besar ini terbongkar (tidak diketahui bagaimana prosesnya). Thomas Parkin yang telah memanipulasi surat kematian ibunya sendiri diperkirakan telah mencuri dana sosial kemasyarakatan sebanyak $ 44.000 .
Tapi uniknya, walaupun kes penyamaran ini sudah terbongkar dengan jelas, Parkin masih  membela dirinya sendiri dengan mengatakan bahawa ia adalah benar-benar perwujudan dari ibunya. Kepada detektif yang menyiasatnya ia berkata:
"Saya menopang ibu saya ketika ia sekarat dan menghembuskan nafasnya yang terakhir, jadi saya adalah ibu saya."

Proses hukum terhadap Thomas Parkin saat ini masih dalam proses. Sejauh ini Parkin terancam menghabiskan waktunya di penjara dengan waktu paling sedikit selama 13 tahun. Tapi pengadilan setempat sepertinya memerlukan tambahan waktu untuk memilih tempat yang sesuai bagi Parkin. Penjara atau RSJ?
foto cover: Thomas Parkin ketika sedang menyamar (AP)

Lelaki bergelut dengan harimau bintang

Posted: 03 Jun 2012 07:45 PM PDT


DULIAJAN, India - Seekor harimau bintang ditangkap di kawasan penempatan penduduk di sini, dalam negeri Assam semalam.
Harimau itu menakutkan penduduk setempat selepas menyerang dan mencederakan dua orang di sebatang jalan di sini.
Binatang buas tersebut kemudian ditangkap oleh beberapa pegawai perhutanan India.
Namun, seorang lelaki yang bergelut dengan harimau tersebut cedera dan dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan. - Agensi
sumber : kosmo online

Pengawal keselamatan mengaku jalin hubungan dengan banduan

Posted: 03 Jun 2012 07:30 PM PDT


LONDON: Seorang pengawal keselamatan wanita yang menjalinkan hubungan intim dengan tujuh banduan berbahaya mengaku di mahkamah semalam, dia bertindak bodoh.
Polis sebelum itu merampas surat cinta berbaur seks daripada tahanan lelaki di kediaman Zanib Khan.

Zanib juga mengadakan perbualan romantik dengan lelaki menerusi telefon bimbit yang diseludup ke Penjara Brixton di London Selatan.


Zanib, 27, kini berdepan dengan hukuman penjara selepas mengaku salah laku ketika menjadi penjawat awam.

Mahkamah Southwark diberitahu, wanita itu mempunyai 'hubungan yang tidak sepatutnya' dengan tiga banduan berusia antara 28 dan 29 tahun, termasuk seorang pengedar dadah.


Polis juga percaya Zanib menjalinkan hubungan intim dengan empat banduan lain dalam tempoh tiga tahun.



Ketika meninggalkan mahkamah, Zanib memberitahu wartawan akhbar The Sun: "Saya bertindak bodoh. Saya melakukan kesilapan bodoh dan saya sudah meletakkan jawatan." Dia juga menyuarakan harapan dijatuhi hukuman melakukan khidmat masyarakat.

Bagaimanapun, dia mungkin dipenjarakan.


Pasukan Pencegah Rasuah Scotland Yard tidak menemui sebarang bukti menunjukkan hubungan Zanib dengan banduan berkenaan membabitkan seks. - TS


sumber : myMetro

‘Jururawat’ penipu

Posted: 03 Jun 2012 07:15 PM PDT


BANDAR SRI BEGAWAN: Seorang wanita berusia 24 tahun, menyamar sebagai jururawat dan "pegawai banci" yang menipu dan mencuri barang kemas warga tua, mengaku bersalah atas beberapa dakwaan di Mahkamah Majistret, semalam.
Majistret Kanan, Harinta Zelda Skinner mengarahkan pendakwa raya menyediakan petikan kes serupa sebelum ini untuk membantu hukuman dijatuhkan esok (5 Jun). 
Suzanti Ibrahim melawat rumah di Kampung Sg Hanching, Sungai besar, Mentiri, Sg Akar, Rimba, Lurong, Sikuna dan Tamoi Tengah pada Mei tahun lalu hingga April tahun ini dan memperkenalkan dirinya sebagai jururawat yang diberi tugas untuk memberi rawatan kepada wanita tua.

Biasanya mangsa yang tinggal bersendirian di rumah, akan menjemput defendan masuk kerana mereka percayakannya.



Defendan akan menyuruh wanita tua untuk mandi sebelum "rawatan" dan meninggalkan semua barang kemas mereka dengannya.


Masa inilah defendan akan melarikan diri bersama barang kemas itu.

Pada satu masa, defendan mengaku sebagai "pegawai banci" dan memberitahu mangsanya dia perlu mengambil gambar seluruh rumah mereka dan meminta mangsa menanggalkan barang kemas mereka dan kemudian melarikan diri bersama barang kemas itu.

Defendan berjaya mencuri 25 rantai tangan emas, sepasang subang emas, loket, lima cincin, dua loket emas "pound", gelang, lapan rantai emas, rantai leher dan loket "wapak" emas daripada mangsa.

Defendan menjual barang kemas itu melalui rangkaian laman sosial Facebook dan kedai barang kemas di Limbang.

Tiada satu barang kemas itu ditemui semula. - BT



sumber : myMetro

Ibu khayal dadah lupa bayi 5 minggu atas bumbung kereta

Posted: 03 Jun 2012 07:00 PM PDT


PHOENIX: Polis di sini menahan seorang wanita yang didakwa memandu keretanya selepas terlupa bayinya yang berusia lima minggu berada di atas bumbung kenderaan itu.
Jurucakap polis, James Holmes berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu semalam selepas saksi melihat seorang bayi dalam kerusi keselamatan berada di tengah jalan di satu simpang jalan raya.

Kanak-kanak itu tidak cedera. Dia kini di bawah jagaan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak Arizona.


Pihak berkuasa berkata, ibu bayi itu, Catalina Clouser, 19, teman lelaki dan kawannya menghisap ganja di taman berhampiran pada petang kejadian.

Clouser yang menyambung menghisap ganja di rumah rakannya pada malam itu, terlupa dia meletakkan bayinya yang lena di atas bumbung kereta, lalu memandu pulang. - AP



sumber : myMetro

Mayat ‘puteri’ di terminal

Posted: 03 Jun 2012 06:45 PM PDT


GEORGETOWN: Penemuan mayat seorang wanita warga asing mengejutkan penumpang dan orang ramai di Terminal Bas Sungai Nibong, di sini, malam kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku pada jam 8 malam dan mangsa dikenali sebagai Princess Linda, 39, dari Nigeria.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, orang ramai yang menemui mayat itu bertindak menghubungi polis.


Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia dan mayat dihantar ke Jabatan Kecemasan, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut dan bedah siasat.

Katanya, hasil bedah siasat kemudiannya mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.


"Polis menafikan mangsa meninggal dunia akibat penyalahgunaan dadah biarpun mangsa pada mulanya dipercayai meninggal dunia akibat memasukkan dadah dalam badan," katanya.



Gan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti kejadian sebenar dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Menurutnya, polis juga sedang mendapatkan maklumat bagi mengetahui sama ada mangsa baru tiba ke negeri ini sebelum ditemui mati.


Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar dapat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian 04-2181822 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


sumber : myMetro

Surau dibaling

Posted: 03 Jun 2012 06:30 PM PDT


PETALING JAYA: "Mujur ada siling kerana jika tidak, sudah pasti ada jemaah cedera terkena batu dibaling ke bumbung surau ketika mereka bersiap menunaikan solat Subuh," kata Penolong Setiausaha Surau al-Munawwarah, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, Muhammad Syafiq Khor Abdullah.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi, kira-kira 10 jemaah nyaris cedera apabila bumbung surau itu dibaling batu dua kali oleh individu tidak bertanggungjawab, awal pagi kelmarin. 
Menurutnya, kejadian baling batu di bumbung surau berkenaan kali kedua berlaku dan kejadian pertama enam tahun lalu ketika surau berkenaan baru beroperasi.

"Kami mulanya khusyuk mendengar bacaan ayat suci al-Quran menerusi pemain cakera padat (CD) apabila tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat di atas bumbung membuatkan semua jemaah terpinga-pinga.



"Kira-kira 10 minit kemudian selepas azan berkumandang, jemaah sekali lagi dikejutkan dengan bunyi dentuman sama menyebabkan kami kehairanan," katanya.



sumber : myMetro

Selera terbuka tengok kaca

Posted: 03 Jun 2012 06:15 PM PDT


ALOR GAJAH: Pelik apabila seorang lelaki di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, selamba mengunyah pinggan, gelas serta cawan kaca yang dijadikan 'hidangan sampingan' sejak usianya belasan tahun hingga kini.
Lebih mengejutkan, Mohd Zamzuri Bashar, 39, turut meminum racun rumpai selepas menikmati makanan, malah mendakwa tidak pernah menghadapi masalah kesihatan akibat semua tabiat anehnya itu.

Bertugas sebagai juruteknik di sebuah agensi kerajaan, Mohd Zamzuri berkata, semuanya bermula secara spontan ketika dia masih bersekolah dan berkenalan dengan seorang ustaz dan mendalami ilmu 'jati diri'.


Katanya, mulanya terasa janggal hendak menggigit kaca, namun lama kelamaan perasaan itu dapat dikikis tanpa dorongan sesiapa.

"Semuanya bermula apabila saya didatangi seorang ustaz mencadangkan saya yakin pada diri sendiri dan sentiasa mengamalkan ayat suci al-Quran sebagai amalan harian.


"Nasihat ustaz terbabit amat menyentuh hati kerana setiap perbuatan yang kita lakukan mestilah dengan ikhlas dan sentiasa beramal dengan al-Quran supaya kita tidak sesat," katanya.



Mohd Zamzuri berkata, selepas beberapa bulan mendalami ilmu 'jati diri', keinginannya hendak mengunyah sesuatu mula memuncak namun hanya berselera pada barangan berkaca.

"Pada satu pagi ketika bersiap ke sekolah, saya tergigit gelas dan pecah kemudian secara spontan saya kunyah serpihan gelas itu seperti mengunyah kacang goreng.


"Sejak kejadian itu, saya pantang melihat gelas kaca atau pinggan pasti ada yang pecah atau rosak dimakan oleh saya tapi masih mampu mengawal perasaan sehingga sekarang," katanya.

Beliau yang kini mengamalkan perubatan dan rawatan Islam berkata, selepas beberapa tahun berlalu amalan berkenaan sudah sebati dalam dirinya dan berterusan sehinggalah sekarang.


"Dalam rawatan secara Islam amalan makan kaca dapat kurangkan kesan santau lebih-lebih lagi yang dibuat melalui cara halus seperti sihir atau ilmu hitam," katanya.


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pegawai Syarak negeri Melaka, Datuk Abu Khir Jamaluddin ketika dihubungi berkata, perbuatan memakan kaca bergantung pada keadaan tubuh badan individu itu sendiri.


"Jika ia bersesuaian rasanya tidak salah asalkan kena dengan tekniknya dan mestilah yakin dalam mengamalkan ayat suci al-Quran sebagai amalan seharian supaya tidak jatuh khurafat.


"Makan kaca adalah amalan bagi menghindari santau dan dimakan secara suka-suka oleh individu tertentu asalkan tidak bertentangan dengan Islam," katanya ketika dihubungi bagi mengulas isu berkenaan.



sumber : myMetro

Tari maut rumah pengantin

Posted: 03 Jun 2012 06:00 PM PDT


RANAU: Hanya kerana terlanggar bahu ketika asyik menari di majlis perkahwinan adiknya, seorang lelaki yang juga abang pengantin perempuan maut apabila lehernya ditumbuk menggunakan buku lima oleh seorang tetamu dalam kejadian di Balai Raya Kampung Giring-Giring, di sini, kelmarin.
Sebelum kejadian, mangsa, Rudy Saidi, 35, dan tetamu terbabit yang berusia 16 tahun, menyertai majlis menari itu sebelum mangsa terlanggar bahu dengan remaja terbabit.
Insiden jam 8.30 malam itu menyebabkan pertengkaran antara kedua-duanya sebelum remaja terbabit mengeluarkan buku lima lalu menumbuk leher mangsa sebelum dia rebah.

Mangsa yang dibantu tetamu lain meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Ranau manakala suspek melarikan diri apabila melihat mangsa tidak sedarkan diri.



Susulan itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.



sumber : myMetro

Remaja parah ditetak 4 lelaki

Posted: 03 Jun 2012 05:45 PM PDT


HULU BERNAM: Seorang remaja lelaki, C Vikneswaran, 19, cedera parah akibat ditetak sekumpulan lelaki bersenjata parang dalam kejadian di Kampung Hassan dekat sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kejadian berlaku jam 3 pagi ketika mangsa berada di rumah abang iparnya, V Rajan, 32, sebelum tiba-tiba didatangi empat lelaki bersenjatakan tiga parang dan batang besi bertindak nekad menyerbu rumah itu untuk menyerang mangsa.

Menurutnya, mangsa ditetak bertubi-tubi selepas ditarik keluar ke laman rumah hingga mangsa cedera parah.


Beliau berkata, polis masih menjalankan operasi menjejaki semua suspek yang terbabit dalam kejadian itu.


sumber : myMetro

Sebuah Kisah Inspirasi Pengorbanan Seorang Ayah yang Bisu dan Tuli Kepada Anak Perempuannya

Posted: 03 Jun 2012 05:30 PM PDT

Sebuah kisah yang mungkin dapat sejenak mengingatkan kita akan besarnya cinta orang tua kepada anaknya, walaupun mungkin kita sebagai anak sering lupa dengan keadaan orang tua kita sekarang yang sejak dahulu telah mengorbankan segalanya, untuk membuat kita selalu tersenyum dan bahagia.

Kisah inspirasi ini dibuat oleh sebuah perusahaan insurans di Thailand. Berikut ini videonya, semoga oleh membuat kita selalu ingat dengan kedua orang tua yang selalu mencintai kita selamanya.




memang hebat iklan ni....

Aksi bergaya lelaki alami krisis identiti

Posted: 03 Jun 2012 05:15 PM PDT



Kisah sianak yang sangat mengharukan

Posted: 03 Jun 2012 05:00 PM PDT


Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah sewaktu bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan cantik berusia tiga setengah tahun. Sendirian ia di rumah dan kerap kali dibiarkan pembantunya kerana sibuk bekerja di dapur. Bermainlah dia bersama ayun-ayunan di atas buaian yang dibeli ayahnya, ataupun memetik bunga dan lain-lain di halaman rumahnya.


 Suatu hari dia melihat sebatang paku karat. Dan ia pun mencoret lantai tempat kereta ayahnya dletakkan , tetapi kerana lantainya terbuat dari marmar maka coretan tidak kelihatan. Dicubanya lagi pada kereta baru ayahnya. Ya… kerana mobil itu bewarna gelap, maka coretannya nampak jelas. Apalagi anak-anak ini pun membuat coretan sesuai dengan kreativitinya.


 Hari itu ayah dan ibunya bermotor ke tempat kerja kerana ingin menghindari kesesakan lalulintas. Setelah sebelah kanan kereta sudah penuh coretan maka ia beralih ke sebelah kiri kereta. Dibuatnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan lain sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu berlangsung tanpa disedari oleh si pembantu rumah.


 Saat pulang petang, terkejutlah pasangan suami isteri itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran angsuran yang masih lama lunasnya. Si bapak yang belum lagi masuk ke rumah ini pun terus menjerit, "Kerja siapa ini !!!" …. Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan lebih-lebih melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan ' Saya tidak tahu..tuan." "Kamu dirumah sepanjang hari, apa saja yang kau lakukan?" herdik si isteri lagi.


 Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari biliknya. Dengan penuh manja dia berkata "Dita yang membuat gambar itu ayahhh.. cantik …kan!" katanya sambil memeluk ayahnya sambil bermanja seperti biasa.. Si ayah yang sudah hilang kesabaran mengambil sebatang ranting kecil dari pohon di depan rumahnya, terus dipukulkannya berkali-kali ke telapak tangan anaknya . Si anak yang tak mengerti apa apa menangis kesakitan, pedih sekaligus ketakutan. Puas memukul telapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya.


 Sedangkan Si ibu cuma mendiamkan saja, seolah merestui dan merasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah terbengong, tidak tahu harus berbuat apa… Si ayah cukup lama memukul-mukul tangan kanan dan kemudian ganti tangan kiri anaknya. Setelah si ayah masuk ke rumah diikuti si ibu, pembantu rumah tersebut menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.


 Dia terperanjat melihat telapak tangan dan belakang tangan si anak kecil luka-luka dan berdarah. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiramnya dengan air, dia ikut menangis. Anak kecil itu juga menjerit-jerit menahan pedih saat luka-lukanya itu terkena air. Lalu si pembantu rumah menidurkan anak kecil itu. Si ayah sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu ke majikannya. "Sapukan ubat saja!" jawab bapak si anak.


 Pulang dari kerja, dia tidak memperhatikan anak kecil itu yang menghabiskan waktu di bilik pembantu. Si ayah konon mahu memberi pelajaran pada anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah tidak pernah menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu, meski setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Dita demam, Bu"…jawab pembantunya ringkas. "Kasih minum panadol aja ," jawab si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Saat dilihat anaknya Dita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup lagi pintu bilik pembantunya.


 Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahukan tuannya bahawa suhu badan Dita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik.. Pukul 5.00  siap" kata majikannya itu. Sampai saatnya si anak yang sudah lemah dibawa ke klinik. Doktor mengarahkan agar ia dibawa ke hospital kerana keadaannya susah serius. Setelah beberapa hari di rawat  dokoer memanggil bapak dan ibu anak itu. "Tidak ada pilihan.." kata doktor tersebut yang mengusulkan agar kedua tangan anak itu dipotong kerana sakitnya sudah terlalu parah dan infeksi akut…"Ini sudah bernanah, demi menyelamatkan nyawanya maka kedua tangannya harus dipotong dari siku ke bawah" kata doktor itu. Si bapak dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dunia berhenti berputar, tapi apa yang dapat dikatakan lagi.


 Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah bergetar tangannya menandatangani surat persetujuan pembedahan. Keluar dari ruang bedah, selepas ubat bius yang disuntikkan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga kehairanan melihat kedua tangannya berbalut kasa putih. Ditatapnya muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. 


 Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam siksaan menahan sakit, si anak bersuara dalam linangan air mata. "Ayah.. ibu… Dita tidak akan melakukannya lagi…. Dita tak mahu lagi ayah pukul. Dita tak mahu jahat lagi… Dita sayang ayah..sayang ibu.", katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa sedihnya. "Dita juga sayang Mbok Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuat wanita itu meraung histeria.


 "Ayah.. kembalikan tangan Dita. Untuk apa diambil.. Dita janji tidak akan mengulanginya lagi! Bagaimana caranya Dita mahu makan nanti ?… Bagaimana Dita mahu bermain nanti ?… Dita janji tidak akan mencoret-coret kereta lagi, " katanya berulang-ulang. Serasa hancur hati si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung-raung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi tiada manusia dapat menahannya. Nasi sudah jadi bubur. 


 Pada akhirnya si anak cantik itu meneruskan hidupnya tanpa kedua tangan dan ia masih belum mengerti mengapa tangannya tetap harus dipotong meski sudah minta maaf…Tahun demi tahun kedua orang tua tersebut menahan kepedihan dan kehancuran sampai suatu saat Sang Ayah tak kuat lagi menahan kepedihannya dan meninggal dunia diiringi tangis penyesalannya yang tak bertepi…, Namun…., si Anak dengan segala keterbatasan dan kekurangannya tersebut
 tetap hidup tegar bahkan sangat sayang dan selalu merindukan ayahnya....semoga ini boleh menjadi bahan renungan kita semua...dan berfikir sebelum mengambil tindakan...salam.


sumber

Duri Landak Dapat Sembuhkan Penyakit

Posted: 03 Jun 2012 04:45 PM PDT

BAGI sebahagian orang, landak mungkin merupakan haiwan yang asing. Bahkan, sebahagian orang mungkin takut melihat haiwan yang satu ini. Haiwan berbulu duri ini memang cukup unik keberadaannya. Ia boleh mengembangkan kulitnya yang penuh duri itu jika sedang terancam.

Padahal di balik bentuknya yang mirip pencungkil  gigi mempunyai khasiat yang unik untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit. Panjang duri landak bervariasi, mula dari lima hingga 12 centimeter. Meski menyeramkan, duri landak ternyata mempunyai khasiat untuk pengubatan.

Toko Udin Borneo di Kompleks Cahaya Bumi Selamat Martapura adalah salah satu toko yang menjual bulu landak tersebut. H Nurdin, pemilik toko ini menuturkan, bulu landak boleh mengubati masuk angin atau menyamak.

Caranya cukup mudah, bulu landak itu cukup dibakar hingga menjadi abu. Tak perlu banyak, cukup satu atau secukupnya. Setelah menjadi abu, lalu disapukan pada perut atau bahagian yang sakit. "Sudah sejak lama orangtua kita zaman dulu sudah membuktikan khasiat bulu landak itu untuk pengubatan," kata Nurdin.

Menurutnya, landak termasuk haiwan  yang dilindungi. Namun, bulu yang diperjualkan bukan dari hasil berburu landak secara ilegal. Bulu itu diperoleh dari landak yang sudah mati yang ditemukan di kawasan hutan Meratus.

Bulu landak itu memang sengaja dicari warga untuk dijual. Gunanya untuk pengubatan. Walaupun banyak masyarakat yang belum mengetahui khasiat bulu landak itu, Nurdin tetap menyimpan bulu itu hingga ratusan.

Ngeri..gambar kemaluan wanita dibakar kerana curang

Posted: 03 Jun 2012 04:30 PM PDT



Wanita ini dikatakan telah berlaku curang kepada suaminya dan telah tertangkap.Kemaluannya telah dibakar oleh suaminya yang sedang marah.

sumber gambar : xtremesick

Wow..Brahim Takioullah, Pemilik Kaki Terpanjang Sedunia

Posted: 03 Jun 2012 04:15 PM PDT


Brahim Takioullah, lelaki Morocco berusia 29 tahun ini rasmi menjadi pemilik kaki terpanjang sedunia versi Guinness World of Records.

Adapun besar atau panjang kaki Brahim adalah 38,1 cm (kaki sebelah kiri) sedang kaki kanan sekitar 37,4 cm.

Dengan tinggi 246 cm, Brahim ternyata mendapatkan banyak kesulitan dengan ukuran tinggi badan dan panjang kakinya itu.

Brahim kesulitan masuk teksi,tak boleh berdiri tegak di flat kecil yang dia tinggali dengan ibunya di Paris, dan tak pernah boleh bergerak tanpa menarik perhatian orang serta dirinya menderita tumor otak dan pastinya dirinya kesulitan mencari ukuran kasut.

"Aku dulu pernah bertanya kepada tukang kasut untuk membuatkan beberapa kasut dan dia mengatakan kalau sepatu itu berharga 3500 euro (sekitar $4851)," cerita Brahim.

Pemegang rekor kaki terpanjang sedunia sebelumnya adalah Sultan Kosen dari Turki dengan panjang 36,5 cm (kaki kiri) dan 35,5 cm (kaki kanan).

Disembelih gara-gara curi kuda

Posted: 03 Jun 2012 04:00 PM PDT





Kejadian ini  terjadi pada 19 September 2009, di Lombok Indonesia.Seorang pemuda mati dengan cara yang amat menggerikan kerana mencuri seekor kuda milik seorang penduduk...menurut informasi bahawa pemuda ini mati disembelih oleh sekumpulan orang dari sebuah organisasi anti pencuri di Lombok NTB.

Yang jadi persoalan adakah nyawa pencuri ini sama nilai dengan nyawa seekor kuda?Walaupun dia mencuri ,tangkap bawa dia ke polis supaya pihak polis boleh menyiasat dan mendakwa pencuri ini.Bukan dengan membunuhnya.Bukan nak membela pencuri itu tetapi dia masih punya hak sebagai manusia......


Bila Volkswagen Beetle di make up

Posted: 03 Jun 2012 11:00 AM PDT








Cicak yang dimakan ikan sepatutnya mati ,hidup kembali

Posted: 03 Jun 2012 10:30 AM PDT

Haiwan kecil ini telah ditelan oleh seekor ikan di daerah terpencil sungai Cape York dan telah dicerna sebahagian ketika ikan itu tertangkap oleh seorang nelayan. Ikan Saratoga banyak dicari oleh pemancing kerana kesediaannya untuk menyerang sesuatu yang bergerak dan sangat digemari oleh pemancing.

John Berzins, seorang pemancing Amerika Syarikat, sedang memancing dengan ditemani Al Simson di Sungai Doughboy di sisi barat bahagian utara Cape York minggu ini ketika ia menangkap ikan ini.

Ketika mereka mengambil foto ini ikan  memuntahkan makanannya yang terakhir, seekor cicak yang jelas sepatutnya sudah mati.Mata cicak itu menunjukkan ia tidak bernyawa.


Tetapi  sebuah keajaiban terjadi, mata cicak itu kelihatan hitam semula dan dia mula bergerak




Cicak itu dikeluarkan dengan  bantuan dari pemancing, ia merangkak dari rahang pemangsanya. Ada beberapa bekas gigitan di punggung dan bahagian ekor sebahagian sudah dicerna, tapi ketika mereka meletakkan kembali di tepi sungai cicak itu bergegas pergi.


"Kami menyaksikan keinginan kuat untuk bertahan hidup," kata Simson. "Kadal itu mungkin melambatkan detak jantung agar tetap hidup untuk jangka waktu tertentu di bawah air tanpa udara."

Kepada hardcore gamers sila baca kisah ini

Posted: 03 Jun 2012 10:15 AM PDT








31-year-old game addict, Wang Gang from China has died from apparent complications arising from spending ten years in Internet cafes playing online games.

According to online reports, experts from a hospital told Wang Gang's father that Wang Gang was badly ill and the chance was slim to none to save his life. The heartbroken father then took his son back home to take care of him.

During the last seven days spent at home, Wang Gang could only lie on one of his sides as he had pains in his chest. And since he suffered from lung damage due to excessive time staying in Internet cafes, he was supported with oxygen bags to breath.

Wang Gang reportedly could only eat some liquid foods because he had no strength to chew foods. It was difficult for him to even drink water.

It was said that he only left two bank cards and over 20 accounts of the online game 'Dungeon and Fighter' after passing away.

Wang Gang's mother eventually fell sick too because of the stress of taking care of her son all day. 

STOMPer Diablo wrote:

"This is why you shouldn't play too much online games! This is not the first time people had died due to internet gaming.

"Pity his poor parents who had to suffer because of his gaming addiction."



sumber : stomp.com.sg

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Kembara gaya Nabila

Posted:

Kembara gaya Nabila

Kembara gaya Nabila

SETIAP kali bertemu mata dengan wanita lincah ini, ada kelainan yang dibawa dalam dirinya. Perbezaan yang dinyatakan di sini adalah dalam tingkatan kematangan dan idea untuk tampil dalam setiap sesi bergambar, sentiasa berinisiatif.

Kali ini, Nabila mahu tampil seakan gadis jalanan bersesuaian dengan watak Tasha yang dibawanya dalam filem Jalan Kembali: Bohsia 2 arahan Syamsul Yusof. Dia kini berbicara lebih tenang, lebih matang.

Jarang-jarang aktres berusia 28 tahun ini muncul dalam karakter yang sama dalam setiap persembahannya. Seakan pegangan aktor antarabangsa, Will Smith. Namun untuk Tasha, Nabila bersedia membentuk dan mengembangkan watak tersebut yang sudah dua tahun ditinggalkan.

"Tasha yang ini sudah kurang riuh seperti filem pertama Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam. Sukar sebenarnya untuk dapat balik jiwa Tasha tapi saya gali kembali," ujar Nabila yang masuk ke set penggambaran filem Jalan Kembali sebaik tempoh berpantang habis selepas kelahiran buah hatinya, Kheisya Laila, 2.

"Saya juga berkesempatan mengutip ilmu dan pengalaman dengan orang yang hebat dan 'gila' macam Soffi Jikan. Dia boleh jadi rakan ketawa, abang dan mentor dalam lakonan. Kehadiran individu seperti Soffi Jikan boleh bawa semangat dalam berlakon," ujar Nabila atau senang disapa Abil tentang filem yang akan membuka gawang pada 7 Jun di pawagam Malaysia.

Di sebalik kelainan yang dibawakan oleh Abil, satu hal yang tegap bersamanya ialah sikapnya yang telus dan santainya dalam berbicara. Jarang-jarang ibu tunggal beranak satu ini akan menyusun ayat selamat dalam jawapan-jawapannya.

Semakin tenang

Bonus kali ini, dia tampil lebih matang. Katanya tersusun dan tenang. Abil mengakui merasai metamorfosis itu seiring usia dan jalur hidup yang dilaluinya sehari-hari. Ujar Abil, juga sudah lama dia tidak menjalani sesi fotografi. Bukan menolak atau mengelak, cuma masa mencemburui dia beraksi di hadapan lensa kamera.


NABILA HUDA kembali mengisi jasad Tasha untuk filem Jalan Kembali: Bohsia 2 yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 7 Jun nanti.


"Ya, saya rasa semakin matang dan sudah semakin faham banyak perkara dengan lebih baik. Contoh terbaharu adalah lebih memahami lirik lagu. Kalau dahulu hanya sekadar tahu, tapi kini saya sudah semakin memahami lirik lagu yang mendalam," ujar Abil merasai perubahan dirinya.

"Kalau soal lakonan juga, saya sudah semakin berdisiplin. Dahulu disiplin juga tapi sekarang makin jaga. Bila datang lambat, mula rasa takut. Saya tidak mahu susahkan banyak pihak dan sebaliknya juga. Masa yang terbuang menunggu lebih baik digunakan untuk waktu kualiti bersama keluarga," luah anak kepada legenda Amy Search ini.

Dia mengaku meresap jauh lebih dalam kewanitaannya. Berubah dalam fasa yang berperingkat dan semakin tumbuh rasa segan.

"Perangai saya masih sama. Gila-gila tapi sikap segan saya lebih menebal sekarang ini. Otak lebih banyak berjalan dan jadual lebih tersusun. Lebih bagus lagi, saya yakin saya seorang wanita yang serba boleh sekarang. Melakukan semua sendiri tanpa kehadiran suami atau teman lelaki," ujarnya yang mendapat giliran selang seminggu menjaga anaknya.

Belum puas menjanda

"Dalam bidang lakonan, saya mengaku berada di zon yang selesa. Saya tidak perlu lagi rasa takut ketinggalan. Saya percaya bakat saya sudah dilihat pengarah, penerbit dan peminat," ujarnya yang berada di kerusi selesa mahupun bukan menjadi pilihan kerap pengarah filem.

"Dari dahulu saya tidak amalkan budaya mencantas peluang aktres lain. Papa saya ajar jangan buat begitu. Kalau kita terlalu mencuba, kita akan akhirnya tidak dapat apa. Saya percaya pada rezeki dan minat," ujarnya yang baru selesai dengan penggambaran drama Nikalaya yang dirakam di Thailand dan Kedah.

Abil juga mengaku santai sahaja melayan cerita-cerita panas yang menghampiri dirinya. Bukan sekali dua, tetapi kerap juga dia disapa kontroversi. Baik kerana status perkahwinan, gambar-gambar panas hinggalah cerita cintanya bersama pelakon baharu bernama Johan Asari.

Berbeza dengan dahulu yang ditangani dengan sedikit melenting, sekarang dia hanya bertindak dengan tidak berbuat apa-apa. Bagai batu jatuh ke laut sahaja layaknya.

"Bila buat baik atau buruk, khalayak hanya bercakap yang buruk. Jadi saya biarkan mereka bercakap dan terus taburkan bakat saya dalam lakonan. Nanti mereka yang bercakap ini akan memandang bakat saya juga, itu harapan saya.

NABILA bersama permata hatinya, Kheisya Laila, 2.


"Lagi pun sebab saya anak Amy Search, jadi masyarakat ada bahan untuk bercakap. Saya mahu terus bekerja dan tidak merungut bila orang bercakap tentang saya. Saya juga tidak lari daripada cerita-cerita panas yang datang saya. Saya sibuk bekerja," luah Abil yang pernah dikaitkan dengan pelbagai cerita panas namun ditanganinya dengan berdiam diri.

Lalu apabila ada cerita-cerita panas menghampiri dirinya yang kini berstatus janda, dia mencari tenang sendiri. Abil punya destinasi tenang sendiri, dia mencarinya di dasar laut.

Laut Kenya

"Pulau itu ketenangan dan saya sebenarnya gila mengambil gambar dalam air. Itu cara saya tenangkan fikiran di samping memang sudah jadi satu hobi kegilaan saya," kata Abil yang jatuh cinta dengan aktiviti menyelam skuba sejak empat tahun lalu.

Selesai segala urusan penggambaran di tanah air sendiri, Abil bakal membawa diri mengikut hati dan minat ke sebuah destinasi yang tidak terjangkau untuk menjadi sebuah kawasan lawatan.

"Kenya, saya akan ke sana selama 10 hari. Ramai yang terpanggil untuk ke Kenya termasuk saya. Sudah tentu saya mahu menikmati dunia safari dan menyelam skuba," ujarnya yang akan pergi bersendiri.


IBU muda ini bakal mengembara sendirian ke Kenya kelak.


"Memang saya selalu kumpul-kumpul wang dan kemudian mengembara. Saya mahu mengembara melihat kehidupan dan budaya negara lain. Juga melihat kesusahan yang dihadapi mereka," ujar si penyelam peringkat mahir itu.

Lalu ditanyakan si wanita lincah bergaya ini, kalau-kalau dia sudah bersedia merapati dunia perkahwinan lagi. Dia ketawa dan menjawab jujur.

"Buat masa ini, belum lagi. Sekarang adalah waktu tidak terikat, jadi saya tidak mahu ketinggalan dalam menikmati momen dan fasa ini. Saya mahu mengembara sepuas-puasnya dan menikmati zaman muda saya yang berseorangan ini. Juga menikmati masa pembesaran anak saya Kheisya," ketawanya yang mengaku ketinggalan sedikit zaman mudanya sewaktu dahulu.

Osman Ali sedia dikecam

Posted:

Osman Ali sedia dikecam

Osman Ali sedia dikecam


OSMAN ALI ada jawapan kepada setiap adegan panas dalam filemnya.


GIMIK buka panggung pratonton filem Jiwa Taiko dengan bersilat, bertikam golok dan aksi karate bata sungguh meyakinkan. Sehabis tayangan Rabu lalu, para jemputan terutama petugas akhbar hanya menjuihkan bibir.

Sebagai teraju utama, Osman Ali ditanya tentang adegan panas yang dipaparkan dalam karya terbaharunya itu. Sebelum ini, Jiwa Taiko dicanang sebagai sebuah filem genre aksi dan gangsterisme, bagaimanapun ia sendat dengan adegan yang sengaja mengundang sensasi.

Babak asmara antara watak antagonis Pinto lakonan Bront Palarae bersama Lara (Nadia Nissa) dikatakan sedikit erotik dan hangat dipersoalkan. Selain itu, adegan ciuman antara hero filem berkenaan, Firman (Remy Ishak) dan Trisha (Diana Danielle) turut menimbulkan kritikan hebat walaupun ia ditapis pihak Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF).

Osman pernah membuat babak teknik pelaris filem 1980-an dengan menyelitkan adegan ranjang Maya Karin dan Aaron Aziz dalam Ombak Rindu, tetapi kali ini, dia sudah menyediakan perisai terhadap soalan wartawan.

SENSASI BINTANG: Adegan seks dalam filem Ombak Rindu dan Kaki Bakar kononnya terpaksa diadakan alasan mengukuhkan jalan cerita. Dalam filem Jiwa Taiko pun ada adegan sama. Tidakkah itu mencerminkan ada seorang pengarah tumpul idea?

OSMAN ALI: Memang cerita Jiwa Taiko itu menjurus kepada kehidupan bebas anak-anak muda dalam masyarakat. Saya percaya ada grup yang sedemikian dan rujukan saya pula kepada filem-filem Perancis seperti City Of God, Kids serta filem-filem arahan Claudio Amendola. Saya sebenarnya masih terbawa-bawa oleh dunia eksperimental dalam berkarya. Saya cuba bayangkan realiti gelap dalam dunia yang saya cipta dan berikan ia warna. Apa yang terlihat dalam Jiwa Taiko ialah jalan paling selamat yang telah saya lakukan.

Apa asas menyelitkan adegan seks untuk melariskan Jiwa Taiko?

Sungguh saya tiada niat untuk jadikan adegan ranjang sebagai bahan promosi. Sebenarnya banyak lagi elemen lain yang saya serapkan, malangnya adegan panas itu juga yang dikedepankan. Rasanya saya sudah kena ambil iktibar daripada teguran-teguran ramai. Untuk filem berikut yang berjudul Ada Setan Di Kepala yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi, saya akan lebih berhati-hati. Saya tak mahu dianggap pengarah yang sebegitu. Saya kena sedar di mana saya berpijak. Untuk penonton moden barangkali okey tapi apabila berdepan penonton tidak selesa, masalah akan timbul.


AKSI berkucup antara Remy dan Diana dikritik hebat.


Jiwa Taiko meriah dengan gaya rasta dan budaya hippies. Pekat mempromosi budaya pergaulan bebas, seks dan dadah. Apa yang mahu anda gambarkan?

Jika dilihat kepada keseluruhan visual dan susun atur, imej-imej itu sudah dirancang untuk membentuk satu subbudaya dalam filem. Saya percaya memang wujud grup sosial yang begitu. Saya mahukan sebuah filem yang penuh emosi, tekanan, dramatik bahkan konsep sinematografinya dibikin dalam nuansa 1960-an dan warnanya sengaja diberi filter grainy (berbintik-bintik). Saya memang bersiap-sedia untuk dipersoalkan. Angkara kebebasan akan membawa kecelakaan yang lebih parah dan memporak-perandakan hidup. Tapi saya juga harap elemen itu tidak dipersoalkan kerana bukan itu premis utama saya untuk filem ini.

Ramai yang kurang senang terhadap watak Firman bertatu kerana dia memberi gambaran bahawa ustaz zaman akan datang mesti bekas gangster yang sudah bertaubat. Tidakkah itu keterlaluan?

Saya ada merujuk kepada seorang ustaz berhubung soal itu. Untuk watak yang memang asalnya penjenayah, ia dibolehkan. Tatu itu jadi imej dan lambang hubungan Firman dan Pinto dan kesesatan lampau Firman sendiri. Firman sedang berubah mencari hidup yang lebih baik sebab itu ada adegan solat. Solat bagi orang yang bertatu masih dibenarkan jika boleh mendatangkan mudarat sekiranya tatu dibuang tidak mengikut prosidur yang sepatutnya.

Tajuk filem itu Jiwa Taiko, tetapi ramai yang berbisik ia lebih tepat diberi judul 'Jiwang Taiko', komen anda sebagai pengarah?

Judul asalnya filem ini Bara Jiwa, jika judul asal digunakan, saya yakin tiada masalah dalam soal itu. Atas alasan komersial, Jiwa Taiko kena menjual genre aksi sebab genre emosi susah untuk tarik khalayak. Sebenarnya tajuk Jiwa Taiko pun menarik sebab rata-rata anak muda yang berlagak samseng, perasan hebat dan terlibat dalam jenayah merasakan diri mereka cukup taiko, sebenarnya tidak. Watak dalam filem ini sendiri masih kuat nilai kemanusiaan. Firman boleh berubah menjadi baik manakala Pinto sendiri boleh jatuh cinta dengan Lara.

Zed mahu Seniman lebih garang

Posted:

Zed mahu Seniman lebih garang

Zed mahu Seniman lebih garang

GANDINGAN baharu. Zed Zaidi (kiri) dan Elyas Iskandar memegang tampuk tertinggi dalam Seniman yang menanam misi untuk memperkasakan persatuan artis berusia 38 tahun itu.


PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) sudah berusia 38 tahun dan minggu lalu, persatuan tertua yang ditubuhkan untuk membela nasib anak seni Malaysia itu mendapat kepimpinan baharu.

Dalam mesyuarat agung tahunan yang dihadiri lebih 200 ahli Seniman, Zed Zaidi dipilih untuk menerajui persatuan yang ditubuhkan pada 1974 itu dengan majoriti 152 undi. Dia dicabar Datuk Ahmad Tarmimi Siregar yang mendapat 9 undi manakala Zulkifli Ismail dengan 8 undi.

Kemenangan Zed menjadikan dia presiden termuda dalam sejarah Seniman. Presiden pertama persatuan itu ialah Zainuddin Zimbo. Antara pemimpin Seniman ialah Datuk Baharuddin Omar (Anjang Aki), Abu Bakar Kassim, Datuk Ismail Hudson, Datuk Aziz Singah, Datuk Mustapha Maarof dan Harun Salim Bachik.

Sensasi Bintang: Jawatan tertinggi dalam Seniman sudah ada dalam genggaman kalian. Jadi benarlah selama ini ada agenda untuk rebut jawatan?

ZED ZAIDI (ZZ): Bagi saya ini bukanlah perjuangan peribadi atau individu tapi perjuangan untuk semua ahli Seniman. Orang ingat, saya bukan berjuang main-main atau sekerat jalan. Saya dilantik atas kepercayaan ramai.

ELYAS ISKANDAR (EI): Kalau nak cakap pasal perjuangan, saya sudah ada dalam industri sejak 1995 lagi, saya mula aktif dalam Seniman sejak 2004. Saya anggap pelantikan saya sebagai Timbalan Presiden Seniman juga atas kepercayaan. Bagi saya, inilah satu-satunya persatuan yang akan saya bela dan boleh bela nasib artis.

ZZ: Saja saya nak menambah. Kita tak pentingkan nama untuk buat kerja persatuan, kalau ada nama tapi tak boleh buat kerja pun tak guna juga. Untuk pasukan Seniman yang baharu ini, saya bukan lantik orang popular tapi lantik orang yang praktikal.

Jadi apa agenda nombor satu Seniman dengan jawatankuasa yang baru dilantik?

ZZ: Nombor satu, Seniman kena berani berubah untuk transformasi dan saya dalam proses untuk membentuk Pelan Tindakan Memperkasakan Seniman. Untuk seminggu yang pertama, jawatankuasa baharu selesaikan urusan dengan pihak Jabatan Pendaftaran Persatuan Malaysia (ROS). Saya kena selesai masalah dalaman dalam Seniman itu sendiri. Sistem pangkalan data kami sangat lemah, itu yang harus diperkemaskan supaya gerak kerja lebih mantap.

EI: Kita juga ada tubuhkan beberapa biro baharu yang sebelum ini tidak diberikan perhatian dalam agenda Seniman terdahulu. Biro tersebut termasuklah Biro Perpaduan, Biro Komunikasi dan Media Baharu, Biro Kelab Penyokong Seniman dan dan Biro Pelapis.

Kalian lihat, adakah golongan artis sendiri cukup bersatu?

ZZ: Sebab itulah persatuan harus mainkan peranan. Sebelum ini saya tengok, kalau satu kelompok artis yang yang buat majlis, artis yang hadir hanya daripada kelompok berkenaan sahaja dan perkara itu berlanjutan sejak 15 tahun dahulu. Langsung tiada perubahan. Sekarang ialah masa untuk saya jenamakan semula Seniman, tukar logo, tagline serta laman web Seniman supaya lebih kontemporari. Sudah 38 tahun Seniman bawa logo yang lama itu. Objektif Seniman sendiri kena jelas.

EI: Dikecam itu lumrah. Sekarang kami perlukan buktikan kredibiliti kami berdasarkan hasil kerja. Ini kerja bukan sehari-dua dan memang sukar untuk puaskan hati semua pihak.


JAWATANKUASA Seniman yang rata-ratanya berada di tangan artis generasi muda. (Dari kiri) Syed Ahmad Nahar atau Syein (Setiausaha), Zed, Elyas dan Zarin Ishak (Ketua Biro Aduan dan Perundangan).


Dengarnya mesyuarat tahunan baru-baru ini juga kecoh. Apa cerita?

ZZ: Ramai yang ingat, siapa sahaja yang ambil alih kuasa dalam Seniman akan gunakan dana Seniman yang berjumlah hampir RM1 juta yang ada dalam simpanan Amanah Raya Berhad. Itu isu lama sengaja diusulkan semula. Ada juga isu tentang tuntutan royalti artis yang diperjuangkan. Perkara itu melibatkan bahagian-bahagian teknikal yang ambil masa untuk diselesaikan.

EI: Masalah timbul jika ada parasit dalam persatuan. Masalahnya cuma itu. Siapa parasit itu tidak perlulah saya maklumkan.

Cabaran paling besar?

ZZ: Bila pegang jawatan presiden ini seumpama sebelah kaki sudah ada dalam lokap. Apa-apa hal, mudah sahaja saya akan dipersalahkan.

EI: Cabaran untuk puaskan hati semua pihak.

Jawatankuasa Seniman kini diisi tenaga muda. Mampukah Seniman berdepan isu besar nanti?

ZZ: Orang muda akan kerja kuat dan selalu dahagakan kejayaan.

EI: Belajar pun kena belajar sewaktu masih muda. Saya pun bukanlah muda sangat, sudah banyak pengalaman dalam persatuan, bab bertekak tak payah cakaplah, semuanya isu yang sama. Yang penting, kami sangat neutral. Kami mahukan perubahan dan setiap tindakan harus dibuat tanpa unsur serangan peribadi. Saya sendiri bukan lalang, dalam Seniman sendiri, saya sudah ada tiga orang presiden terdahulu.

Bagaimana kalian melihat barisan kepimpinan Seniman terdahulu?

ZZ: Barisan kepimpinan Seniman terdahulu tak begitu pentingkan penglibatan artis muda. Artis muda penting sebab artis muda yang bayar yuran keahlian, lebih popular dan besar pengaruh tapi artis muda dipinggirkan dalam persatuan. Biro Seniman Muda pun baru ditubuhkan semasa Harun Salim Bachik dan impak artis muda itu besar. Paling ketara semasa AGM baru-baru ini. Itulah AGM terbesar dan kali pertama dihadiri ramai artis muda. Kalau tidak bertindih dengan acara Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, lebih ramai artis muda yang hadir.

EI: Dahulu Seniman pernah dicap sebagai persatuan untuk artis veteran. Bagi saya, Seniman hanya mencapai keseimbangan pada zaman Harun Salim Bachik sebab hanya ketika itu Biro Seniman Muda ditubuhkan.

Zed terkenal dengan kelantangan dan nada keras menyuarakan isu membabitkan kepentingan artis tempatan, adakan kini anda semakin bertaring?

ZZ: Saya tetap perjuang isu kawalan artis luar itu sampai mati. Biarlah apa orang mahu kecam atau bencikan saya, mungkin bila saya mati nanti baru orang sedar tujuan isu itu diperjuangkan. Dahulu saya bercakap atas dasar saya sebagai timbalan, sekarang saya sudah jadi presiden. Atas kuasa persatuan, saya akan buat kunjungan hormat ke Jabatan Imigresen Malaysia mahupun kewujudan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar (Puspal). Menerusi persatuan, keadaan boleh dibendung sebelum dirawat. Saya kena ambil tanggungjawab itu untuk perjuangkan hak artis negara saya. Bila artis luar datang ke Malaysia, dia kena ikut undang-undang negara kita. Saya akan membuat kunjungan hormat berjumpa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan memberi cadangan cara mengatasi masalah ini. Kena buat pemeriksaan terhadap setiap artis luar sama ada mereka mengikut prosedur betul atau tidak. Kalau ada permit kerja sekali pun, kena tahu permit itu daripada kementerian atau agensi mana yang mereka pakai. Kalau berani tunjuk permit!

Kalau saya mahu bertindak, saya boleh persoalkan Astro tentang jumlah hadiah yang diberikan kepada Ahmad Dhani dalam Mania. Adakah jumlah RM300,000 yang dibawa pulang oleh Dhani itu sudah ditolak dengan cukai atau sebaliknya?

Tugas kami ialah jadi pendesak, Finas sendiri harus didesak tentang garis panduan.

EI: Produksi dan stesen televisyen kita sendiri yang suka agungkan artis luar. Bayaran untuk artis luar sendiri bezanya berlipat kali ganda dengan bayaran untuk artis tempatan.

Misi kalian sangat patriotik?

ZZ: Saya kena jadi patriotik. Saya tidak boleh berdiam diri. Ibaratnya, bila rumah saya diceroboh dan harta-benda saya dicuri, takkan lah saya hanya mahu berdiam diri sedangkan saya diberi mandat untuk bersuara dan bela rumah dan harta saya. Bukannya Seniman tiada toleransi, saya cukup tak boleh tahan bila orang tunjuk lagak dan mempermain-mainkan undang-undang negara saya.

EI: Kalau tiada kawalan, lama-lama nanti, bila artis luar sudah ramai, mereka akan jadi kuat. Macam apa yang berlaku dengan kes pembantu rumah, macam-macam yang diminta sampai majikan pening kepala.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Jadikan diri lambat tua

Posted: 01 Jun 2012 08:22 AM PDT

MENYEDARI penjagaan kesihatan sangat penting kepada masyarakat terutama apabila usia makin meningkat, Astro Prima (saluran 105) menyiarkan program Aku Ingin Sihat (AIS), bermula 26 Mei lalu, jam 6 petang.

Disiarkan selama 30 minit, AIS dihoskan pengacara Dangsuria Zainurdin yang dianggap berjaya menghayati konsep program dan memiliki gaya penyampaian matang.

Ditambah lagi, penerbitan AIS mendapat penajaan penuh Heawell Pharmaceuticals Sdn Bhd.

Pelbagai mesej berkaitan agen antipenuaan yang diformulasikan secara saintifik diketengahkan.


Produk terunggul di pasaran yang berjaya membantu mengurangkan penderitaan pesakit kronik.


Dua kisah pesakit mengisi segmen AIS pada setiap minggu. Ia memaparkan penderitaan pesakit menjalani kehidupan seharian serta perjuangan mereka mencari penawar dan kaedah rawatan kepada penyakit dihidapi.

Bahkan, penderitaan pesakit berakhir selepas menggunakan produk keluaran House Of Healin dan penyakit dihidapi sembuh sepenuhnya.

Ternyata ekstrak gamat yang ditulenkan secara saintifik dan dikenali sebagai Gamodulin adalah agen antipenuaan yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Gamodulin yang terkandung di dalam produk Healin mempunyai kuasa rejuvenasi dan berupaya merangsang sel-sel badan dan kulit.

Justeru, mengikut kajian dijalankan Profesor Datuk Dr Hassan Yaacob dengan usaha sama saintis dari Universiti Nihon dan Toyama Jepun berjaya menulenkan bahan aktif daripada gamat yang mempunyai nilai protein tinggi dikenali sebagai Gamodulin yang menjadi bahan perangsang rejuvenasi sel, satu mekanisma asas dalam proses penyembuhan, luka, merangsang sistem imunisasi dan pemudaan sel dalam badan.

Pun begitu, kebiasaannya penyakit yang dihidapi kebanyakan orang ialah penyakit yang berkaitan penuaan badan seperti penyakit nyanyuk, kanser, penyakit jantung, diabetes (type ll), osteoporosis, arthritis, Parkinson dan banyak lagi.

Selaku Ketua Pegawai Eksekutif Healwell Pharmaceuticals, Dr Hassan memaklumkan penuaan boleh dilambat atau diundurkan seperti diperjelaskan beliau dalam segmen Bersama Profesor.

Beliau juga akan berkongsi ilmu dengan penonton bagaimana untuk awet muda, sekali gus mengelakkan penyakit disebabkan penuaan badan.

Turut dimuatkan dalam program ini Segmen Personaliti.

Malah, personaliti yang dipilih kebanyakannya mereka yang berjaya dalam bidang masing-masing dan mempunyai gaya hidup sihat yang boleh menjadi contoh kepada orang lain.

Selain itu, dalam setiap episod akan diperkenalkan satu demi satu produk keluaran House of Healin.

Oleh itu, penonton akan lebih terdedah dengan khasiat dan kebaikan setiap produk apabila mengikuti Segmen Kenali Produk.