Adsense

Rabu, 14 Mac 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Promosi Filem Evolusi KL Drift 3 ada Vin Diesel dan The Rock!

Posted: 14 Mar 2012 09:02 AM PDT

Promosi Filem Evolusi KL Drift 3 ada Vin Diesel dan The Rock!

Shamsul Anak Yusof Haslam, Bakal membuat tawaran hebat kepada Van Disel dan The Rock untuk diselitkan sebagai Pak Pacak didalam Filem Evolusi KL Drift 3, Pasti penonton penonton akan terhibur, sebelum pelakon pelakon yang terpilih dan akan disenaraihitamkan didalam Filem itu, Jom lihat sedikit Slot Khas didalam Filem Evolusi KL Drift 3 sebagai Dummy Testing Market Filem tersebut.



Sumber : kredit isu-hangat.blogspot.com

8 Gambar Aksi Doreamon Menjadi Superhero yang tiada di TV

Posted: 14 Mar 2012 08:12 AM PDT

Sebut Doreamon anda mesti terfikir, dia adalah hero bantuan Nobita, terutama menghadapi masalah, lelebih lagi apabila berdepan dengan Giant, pernah tak anda terfikir bagaimanakah raut wajah doreamon sekiranya ia menjadi super hero. Boleh anda bayangkan hihi..

Paparan 8 aksi doremon menjadi super hero..










cute tak doreamon menjadi new super hero...

5 Gambar Monyet Meraba Payu Dara Pelancong

Posted: 13 Mar 2012 10:29 PM PDT


Sekumpulan Monyet telah menyerang seorang pelancong ketika bergambar dengan seekor monyet pilihan pelancong tersebut. Akhirnya Pelancong tersebut telah dimalukan dengan sekumpulan monyet yang telah menyerangnya dengan menarik narik pakaian wanita tersebut sehinggakan pakaian yang dipakainya telah terlucut sehinggakan nampak TUTTT (censor sikit)

Cuba lihat 5 pergerakan monyet ini.


sayang awak




Eh jangan lah tarik baju saya


Nak tengok nak tengok


Tutup balik malu, untung kamera tersebut dapat lihat

Fauziah Ahmad Daud (Ogy) tak jadi saman Johan, Mengapa?

Posted: 13 Mar 2012 10:03 PM PDT

Ingatkah anda Ogy pernah menyusulkan surat saman untuk menyaman Johan Raja Lawak ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke -24 yang lalu. Hari ini segala persoalan untuk membatalkan saman terhadap Johan telah terjawab setelah Ogy berkata keputusan itu diambil kerana dia sudah berasa sejuk hati dan memaafkan keterlanjuran Johan itu malah enggan memanjangkan isu tersebut.

Terdahulu, aktres itu dilaporkan berasa kecil hati dan terhina akibat sikap celupar mulut pelawak itu yang mempersendakan Allahyarham ibu bapanya iaitu seniman Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) lalu.

Ogy berkata keputusan itu diambil kerana dia sudah berasa sejuk hati dan memaafkan keterlanjuran pelawak itu.

"Industri kita bukan besar mana pun. Mungkin pada masa akan datang kami akan bekerjasama. Jadi buat apa panjang-panjangkan hal macam ini.

"Memang betul saya marah dengannya sebelum ini tetapi selepas beberapa ketika saya mula sejuk hati dan sudah memaafkan dia," katanya.
Johan Raja Lawak.

Ogy berkata demikian pada majlis memperkenalkan protege program Mentor musim keenam di Hard Rock Cafe, di sini, Selasa.

Ogy berkata dia membuat keputusan itu selepas mendapat petunjuk daripada Allah.

"Sebelum ini, saya terasa hati dengannya apabila dia ketawa dengan teguran saya mengenai gurauannya itu selepas acara tersebut.

"Alhamdulillah, kini saya berasa lebih tenang selepas memaafkan Johan dan kemarahan itu sudah reda," katanya.

Ogy juga berkata, insiden itu mempunyai hikmah dan memberikan pengajaran kepada Johan agar lebih peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling khususnya ketika mengacara atau berlawak di depan khalayak.

Lepas nie hati hati yea Johan ketika melawak atau berlawak dengan Senior Kita tu.

Tu gambar Johan kena pukul tu bukan sebab Kak Ogy pukul dia okay, itu cuma gambar hiasan atau penarik sahaja.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Juara BIBH protege Ogy

Posted: 13 Mar 2012 04:34 PM PDT

Hip

JUARA Bintang Idola Berita Harian (BIBH) musim pertama, Noor Nazatul Farahin, 23, antara enam protege yang akan bertarung merebut ganjaran berjumlah RM100,000 dalam program realiti Mentor terbaru, bermula 18 Mac ini.

Penari kebudayaan itu dipilih sebagai protege Fauziah Ahmad Daud (Ogy) selepas melalui empat tapisan uji bakat.

Selain Noor Nazatul Farahin atau Zatul, Mentor musim enam ini turut membariskan bekas peserta Showdown, Abdul Kadir Unding Lana atau KJ, 23, selaku protege Adam; penggiat teater, Anas Ridzuan, 23 (Faizal Tahir); Puteri Caroline Mohd Kamel, 20 (Ella); Ana Syuhada Noor Asram, 21 (Ramlah Ram); dan Salwani Sawi, 18 (Ferhad). Fauziah berkata, bukan hanya bakat, semangat serta kesungguhan, faktor komunikasi dan pandai membawa diri turut mendorongnya memilih gadis dari Kedah itu sebagai anak didik.

"Sebelum pemilihan akhir, saya minta setiap calon mengadakan persembahan seperti di konsert, yang bermakna mereka perlu mempunyai skil menarik perhatian khalayak selain kekuatan vokal. Proses itu saja memakan masa berjam-jam dan Zatul mampu berdepan ujian terbabit.

"Apa pun saya sendiri pasti akan 'turun padang' setiap hari melatihnya, walau punya pasukan sokongan baik dari segi vokal, imej diri, komunikasi dan pakar motivasi. Pertalian antara mentor dan protege perlu kukuh bagi menyuntik keyakinan anak didik," katanya selepas sesi memperkenalkan peserta program itu di ibu kota, semalam.

Bagi Zatul, kewibawaan Fauziah dalam bidang hiburan membuatkannya bersemangat untuk mencuba nasib.
"Sebaik dimaklumkan bakal ke peringkat seterusnya, saya menyediakan lebih 20 lagu sebagai persiapan," katanya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Mentor 6, Muhamad Sufian Isa, berkata format dan konsep program itu tidak berubah. Cuma kali ini mereka memperkenalkan dua juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini, supaya perkembangan setiap peserta dapat diikuti sejak awal lagi.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Irma Hasmie Sahkan Bakal Bertunang

Posted: 13 Mar 2012 09:53 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie mengesahkan bakal bertunang dengan jejaka pilihan hatinya pada tahun ini namun enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.

Irma dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online berkata, dia akan menjelaskan butiran mengenai jejaka berkenaan kepada umum semasa majlis pertunangan itu nanti.

"Ya, Insya-Allah (akan bertunang), cuma tunggu masa majlis nanti baru saya akan cerita," ujarnya ringkas.

Pada Sabtu, sebuah portal hiburan melaporkan Irma bakal mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya dalam beberapa minggu lagi.

Pasangan itu dilaporkan memilih tarikh 27 Mac 2012 sebagai hari bersejarah itu yang dijadualkan akan berlangsung di kediaman keluarga Irma di Sungai Buloh, dekat sini.

Laporan itu turut menyebut Irma terpaut hati dengan jejaka berkenaan ketika sama-sama menunaikan Umrah di kota suci Mekah baru-baru ini.

Bagaimanapun, Irma ketika ditanya mengenai majlis dan bakal tunangnya enggan mendedahkan sebarang maklumat ketika ini dan meminta pihak media menunggu masa sesuai.

"Saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan sebelum majlis itu berlangsung. Maaf, harap doakan yang terbaik dan dipermudahkan dalam segala urusan," ujarnya.

Irma sebelum ini pernah bercinta dengan aktor Farid Kamil dan penyampai radio Suria FM iaitu Nabil (Raja Lawak) sebelum hubungan itu terputus di tengah jalan.

Pelakon yang manis menggayakan tudung itu juga pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan pereka fesyen terkenal iaitu Ezuwan Ismail selepas sering kelihatan bersama.

Hubungan Keluarga Melia Aimiellia Pecah-Belah Kerana Video Bogel

Posted: 13 Mar 2012 09:51 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon muda yang dikaitkan dengan kontroversi video bogel di beberapa laman blog, Melia Aimiellia (Melia) berkata pendedahan cerita mengenainya itu di muka hadapan sebuah tabloid pada Isnin telah menyebabkan hubungan keluarganya kini berpecah-belah.

Pelakon berusia 19 tahun itu berkata, dia tidak menduga kontroversi tersebut bukan sahaja menjejaskan periuk nasinya sebagai pelakon, malah turut memutuskan hubungan silaturahim di antara ibu bapanya dan sanak saudara yang lain.

"Saya akui kontroversi ini bukan sahaja mengaibkan, malah turut memporak-perandakan kehidupan saya sekeluarga. Bayangkanlah, apabila isu dibesarkan sehingga terpampang di muka hadapan akhbar semalam (Isnin), ibu bapa saya mula dihujani pelbagai panggilan dan kecaman daripada sanak saudara dan kenalan.

"Apa yang saya kesalkan, apabila saudara mara lebih mempercayai laporan-laporan tersebut berbanding penjelasan darah daging mereka sendiri," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Pelakon filem Karipap-Karipap Cinta itu berkata, susulan kecaman dan pertikaian anggota keluarga yang lain, mereka sekeluarga kini lebih selesa untuk menghadapi situasi genting itu tanpa sokongan dan kepercayaan ahli keluarga yang lain.

"Ia mengakibatkan hubungan keluarga ibu bapa menjadi tegang dan terputus. Ibu bapa saya kecewa apabila keluarga mereka sendiri bukan sahaja tidak memberikan sokongan moral malah mengecam mereka dengan kata-kata kesat.

"Biarlah, apa pun yang terjadi, kami anak beranak akan hadapi perkara ini bersendirian," katanya dengan nada sebak.

Melia berkata ekoran impak terburuk yang melanda keluarganya itu, dia bertekad untuk tidak melepaskan pengendali blog berkenaan yang bertanggungjawab sehingga mencetuskan kontroversi ini.

"Terlalu banyak percanggahan fakta pada kenyataan yang dikeluarkan pengendali blog itu pada akhbar tersebut. Saya mempunyai bukti dan rekod perbualan kami sebelum ini.

"Saya tidak akan berdiam diri. Saya sudah membuat laporan polis dan menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan selanjutnya," katanya yang terjejas tanpa sebarang tawaran lakonan pada waktu ini.

Pengendali sebuah laman blog hiburan pada Isnin membuat pendedahan di sebuah akhbar dengan menafikan telah membuat teknik pertindihan gambar (superimpose) terhadap wajah Melia Aimiellia untuk dikeluarkan pada blog berkenaan.

Ia sebagai menepis dakwaan artis tersebut yang menuduh mereka cuba menjatuhkannya dengan melakukan tenik tersebut.

Sementara itu sumber polis berkata, mana-mana individu tidak kiralah penulis bloq ataupun orang awam boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 922 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem iaitu menyimpan dan memiliki bahan lucah.

Malek Noor Akhirnya Jadi Suami Kepada Pakar Pediatrik

Posted: 13 Mar 2012 09:49 PM PDT

PETALING JAYA: Hanya dengan sekali lafaz, bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail.

Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad,87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin.

Dr Wan Asma,52, bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu manakala Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamaed Noor,56, kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih gading.

Menariknya pada perkahwinan tersebut pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.

Dr Wan Asma memberitahu beliau tidak memerlukan wang hantaran kerana segala kelengkapan sudah beliau miliki.

Apa yang penting beliau berharap perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

"Kami berdua bersetuju tiada wang hantaran kerana saya tidak perlukan semua itu," katanya.

Dalam pada itu Dr Wan Asma berkata, beliau tidak berhasrat berpindah ke ibu negara mengikut suaminya kerana sudah selesa dengan pekerjaannya di pusat perubatan tersebut. Bagaimanapun setiap hujung minggu dia akan berjumpa dengan suaminya di Kuala Lumpur.

"Saya akan pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa suami setiap hujung minggu. Kalau suami ada masa, dia akan datang ke Kota Bharu pula," ujarnya.

Sementara itu Malek berharap agar perkahwinan tersebut menjadi yang pertama dan terakhir dalam dirinya selepas sekian lama hidup membujang.

Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun menjanda manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun.

Pasangan tersebut berkenalan selepas berhubung atas urusan perniagaan pada November tahun lalu sehinggalah Malek membuat keputusan merisik pada Februari lepas.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan di Hotel Renaissance, pada malam Isnin.

Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992).

Fitnah Video Bogel, Tawaran Berlakon Melia Aimiellia Dibatalkan

Posted: 13 Mar 2012 09:31 PM PDT

PETALING JAYA: Penyebaran video bogel yang dikatakan milik aktres muda Melia Aimiellia (Melia) di beberapa laman blog sebelum ini menyebabkan pelakon itu menanggung kesusahan apabila tawaran berlakon yang diperolehnya dibatalkan.

Melia atau nama sebenarnya Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata dia sekeluarga juga turut berasa terganggu dengan persepsi buruk dan kecaman masyarakat ekoran fitnah berkenaan.

"Kesan daripada penyebaran video fitnah itu bukan sahaja mencemar nama dan reputasi saya sekeluarga, malah ia turut menjejaskan periuk nasi saya sebagai pelakon.

"Bayangkanlah, kini saya tidak mendapat sebarang tawaran kerana banyak syarikat produksi ragu-ragu dan takut untuk mengambil saya berlakon. Mereka risau jika drama lakonan saya akan digam atau tidak ditonton akibat tuduhan itu.

"Apa yang lebih menyedihkan apabila ada pihak produksi yang mempersendakan saya dengan mengajak saya 'tidur' bersama kerana video tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Melia berkata pada awalnya dia mengakui enggan mengambil pusing perkara itu kerana sejak awal lagi dia sudah menjelaskan bahawa gadis yang berbogel dalam video tersebut bukan dirinya.

Bagaimanapun, katanya, keadaan bertambah rumit apabila ia mula menggugat kerjayanya sehingga memaksa heroin filem Karipap-Karipap Cinta (2011) ini membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalankan siasatan ke atas blog-blog terbabit.

"Saya sudah beri tempoh kepada pengendali beberapa blog-blog untuk memadam dan membuang entri laporan fitnah itu.

"Malangnya, tiada usaha daripada mereka. Tahap kesabaran saya ada batasnya, jadi saya perlu mengambil tindakan bagi membersihkan semula nama saya," katanya.

Pelakon itu turut memberitahu, dia mengesyaki penyebaran video tersebut merupakan satu komplot oleh kumpulan pemilik blog hiburan yang berpakat untuk menjatuhkan dirinya dengan menyebarluaskan lagi penyebaran video berkenaan.

"Saya dapat rasakan ada muslihat yang mencurigakan di sebalik penyebaran video itu. Apabila saya bertanya kepada dua blog yang memulakan penyebaran video itu, mereka tidak mengetahui sumber asal rakaman tersebut.

"Ketika diminta mengalihkan video itu, mereka padam entri tersebut buat sementara waktu tetapi tidak lama kemudian ia dimuat naikkan semula dan tersebar ke blog-blog lain pula," katanya.

Ditanya adakah dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua blog berkenaan, Melia berkata dia akan mempertimbangkannya selepas mendapat keputusan siasatan SKMM selepas melaporkannya pada Khamis lalu.

"Berkemungkinan saya akan ambil tindakan undang-undang ke atas blog-blog itu tetapi saya akan ikut prosedur yang dicadangkan SKMM hasil siasatan itu nanti.

"Memandangkan perkara ini sudah mencemarkan nama dan maruah saya dan kerjaya, tindakan tegas wajar diambil sebagai pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ini," katanya.

Almy Nadia Lebih Kuat Kerana Anak Angkat

Posted: 13 Mar 2012 09:30 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia menganggap kehadiran anak angkatnya yang dipelihara sejak tiga tahun lalu berjaya mengubah dirinya menjadi seorang wanita yang lebih matang dan bersemangat kuat.

Almy berkata, anak yang diberi nama Nur Afrina Darwisya itu turut mengajarnya erti kematangan dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang wanita.

"Sejah setahun kebelakangan ini saya sibuk memberi tumpuan kepada anak angkat saya ini. Kehadirannya benar-benar telah mengisi kehidupan saya," katanya kepada mStar Online pada Majlis Pelancaran Wanita Inspirasi TV3 di sini pada Khamis.

Bercerita lanjut mengenai anak angkatnya itu, Almy berkata kanak-kanak itu diambil daripada salah seorang saudaranya dan mula menjaga sejak dilahirkan.

Tambahnya jika sibuk dengan jadual penggambaran, tugas menjaga Nur Afrina diberikan kepada ibu Amly yang tinggal di Pulau Pinang.

"Setiap kali habis penggambaran atau apa-apa kerja saya akan terus balik naik bas atau menaiki kereta api untuk balik ke Pulau Pinang bagi bertemu dengan anak," ujarnya.

Tambahnya, dia masih dalam proses mendapatkan hak penjagaan kekal daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap kanak-kanak tersebut dan dalam proses mendaftarkannya sebagai anak angkat secara sah di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Setahun menghilang daripada khalayak, Almy membuat kemunculan di Majlis Pelancaran Wanita Inspirasi TV3 di Full House Kota Damansara di sini pada Khamis. Gambar Ihsan TV3

"Jika Afrina dapat menjadi hak kekal saya, saya berhasrat untuk membawa ibu saya dan anak angkat saya itu mengerjakan Umrah," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai penerimaan kekasihnya iaitu pelakon Fizz Fairuz tentang keputusannya untuk mengambil anak angkat, Almy memberitahu Fizz tidak menghalang dan menerima Afrina dengan baik.

Bagaimanapun kekasihnya itu belum pernah berjumpa dengan Afrina kerana dia berada di Pulau Pinang.

"Fizz langsung tiada masalah dengan perkara tersebut dan menyokong tindakan saya untuk mengambil Afrina sebagai anak," ujarnya.

Sempat ditanya mengenai hubungannya dengan Fizz, Almy menjelaskan mereka masih lagi bercinta cuma tidak menunjukkan kemesraan itu di hadapan khalayak dan media.

Mereka memilih untuk bersikap 'low-profile' dan enggan mendedahkan terlalu banyak mengenai kisah cinta mereka kepada umum.

"Saya sedar pelbagai tohmahan orang buat mengenai hubungan kami dengan mengatakan bahawa kami telah putus cinta. Rasanya tak baik berkata begitu kerana ia boleh menjadi satu doa buat saya dan Fizz," jelasnya.

Perkahwinan Fasha Sandha Dengan Anak Ramli Ngah Talib Tanpa Tajaan

Posted: 13 Mar 2012 09:29 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengambil pendekatan untuk tidak terhutang budi dengan mana-mana pihak apabila enggan menerima sebarang tajaan bagi majlis perkahwinannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli yang dirancang pada bulan depan.

Fasha berkata, segala kelengkapan perkahwinan termasuk empat persalinan busana untuk majlis itu akan dibayar sendiri oleh bakal suaminya yang sejak awal-awal lagi memaklumkan agar tidak mengharapkan penaja.

"Saya dan bakal suami tidak akan menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak kerana bakal suami ingin mengeluarkan sendiri perbelanjaan untuk majlis perkahwinan kami nanti.

"Tambahan pula kami tidak mahu terhutang budi dengan mereka yang ingin berbuat demikian dan biarlah apa yang ada nanti datang daripada kami sendiri," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Wajah Inspirasiku TV3 di sini.

Tambah Fasha, dia dan Rizal atau lebih dikenali dengan panggilan Jejai juga tidak mengimpikan sebarang majlis besar-besaran tetapi hanya berpuas hati dengan acara yang serba sederhana.

"Saya tidak mengimpikan gelaran weeding of the year sebaliknya berpuas hati dengan majlis sederhana kerana lebih mudah untuk menyapa dan bertemu dengan tetamu.

"Sebarang sidang akhbar juga tidak akan diadakan untuk hebahan mengenai perkahwinan ini kerana menghormati permintaan bakal suami," ujarnya.

Dalam pada itu, Fasha memberitahu dia dan Jejai yang juga anak kepada bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib itu akan bernikah di rumah pasangan tersebut di Ampang, dekat sini.

Fasha berkata, pada hari tersebut turut diadakan resepsi pertama bagi meraikan hari bahagia mereka sebelum mengadakan dua lagi majlis di Perlis dan di sebuah destinasi yang masih dirahsiakan lokasinya untuk kenalan terdekat.

Bagaimanapun pelakon itu masih enggan mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka.

"Majlis resepsi di Kuala Lumpur akan diadakan selepas akad nikah di rumah yang dibelikan oleh Jejai kepada saya dan dua acara lagi menyusul di Perlis dan sebuah lokasi luar Malaysia untuk kenalan terdekat.

"Tarikh untuk tiga acara itu tidak dapat didedahkan lagi buat masa ini tunggulah selepas kad kahwin diedarkan," katanya.

Sementara itu, Fasha memberitahu persiapan perkahwinannya masih berjalan dan tidak mengkhususkan sebarang tema untuk hari bahagianya itu nanti.

Fasha memberitahu, cuma majlis di Perlis bersama-sama ahli keluarganya akan berkonsepkan tradisional atas keinginannya sendiri.

Dalam perkembangan lain, Fasha memberitahu dia dan bakal suaminya akan berbulan madu di Pulau Redang selepas perkahwinan mereka dan mengakui menerima lamaran Jejai selepas kali kedua lelaki itu berbuat demikian.

Jejai sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Nora Danish pada 2006 tetapi hubungan mereka hanya bertahan selama dua tahun. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki Putera Rayqal Ramli yang kini berusia lebih dua tahun.

Sharifah Nadia Berlakon Dengan Izin Suami

Posted: 13 Mar 2012 09:28 PM PDT

SHAH ALAM: Pelakon yang pernah membintangi filem Diari Romeo iaitu Sharifah Nadia kembali ke dunia lakonan selepas tujuh tahun meninggalkan industri ini bukan kerana masalah rumah tangga.

Nadia, 32, berkata, dia mengambil keputusan untuk kembali aktif adalah kerana merindui dunia lakonan selain mendapat keizinan daripada suaminya iaitu Lob Mahatdir.

"Selepas berkahwin pada tahun 2005 suami tidak pernah menghalang untuk saya terus berlakon tetapi keputusan untuk meninggalkan industri adalah datang dari diri sendiri selain ingin memberikan perhatian kepada keluarga.

"Jadi pandangan bahawa saya mempunyai masalah rumah tangga adalah tidak benar sama sekali," ujarnya kepada mStar Online.

Nadia ditemui ketika hadir di pelancaran drama musim terbaru berjudul Opah di sini pada Selasa lalu.

Kali terakhir muncul dalam drama rantaian Menara Gading di TV1 pada 2005, Nadia bagaimanapun berkata selepas berkahwin dia tidak terus meninggalkan bidang lakonan sebaliknya masih mengambil tawaran kecil cuma kehadirannya tidak disedari.

Bagaimanapun, Nadia memberitahu sepanjang dia memberikan perhatian kepada keluarga, dirinya masih menerima banyak tawaran namun ditolak dengan baik.

"Projek yang saya ambil adalah yang kecil-kecil sebagai mengisi kerinduan saya terhadap lakonan dan kebanyakannya adalah daripada terbitan RTM," katanya.

Dalam pada itu, Nadia memberitahu dia langsung tidak menyesal meninggalkan dunia hiburan sebelum ini kerana bahagia berada di samping suami dan anak-anak.

Nadia memberitahu, dia puas dapat melihat anak-anaknya iaitu Lob Ahmad Dani (6 tahun), Puteri Anis Khairah (5 tahun) dan Lob Umar Faiq (3 tahun) membesar di depan matan dan memberikan sepenuh kasih sayang kepada mereka.

"Sekarang ni mereka dah besar barulah boleh aktif balik dalam bidang lakonan itu pun kena pertimbangkan tawaran kerana keluarga adalah keutamaan saya," ujarnya.

Sementara itu, ditanya hasratnya selepas membuat kemunculan semula dalam bidang lakonan, Nadia berkata, buat masa ini dia hanya akan menerima satu atau dua tawaran dalam setahun sebagai permulaan.

Nadia berkata, dia tidak mahu terburu-buru mengaut semua tawaran yang datang tetapi akan lebih selektif sesuai dengan statusnya sebagai isteri dan ibu.

Nadia bakal muncul dalam musim terbaru siri Opah yang akan ditayangkan di TV1 bermula September depan disamping pelakon seperti Fadilah Mansor, Shaharuddin Thamby dan Zizan Nin.

Fadilah Mansor Gugup Pegang Watak 'Opah'

Posted: 13 Mar 2012 09:27 PM PDT

SHAH ALAM: Pelakon Fadilah Mansor menjelaskan gementar untuk membawa watak utama sebagai Jenab dalam musim terbaru siri Opah yang pernah popular sekitar tahun 1980-an.

Fadilah, 50, berkata, perasaan itu timbul kerana menyedari siri itu pernah menjadi rantaian itu.

"Walaupun musim terbaru ini adalah berkisar mengenai generasi kedua keluarga Opah tetapi saya masih gementar kerana menyedari siri ini pernah menjadi ikutan ramai.

"Pun begitu, saya tetap akan memberikan persembahan terbaik dalam menjayakan drama ini," ujarnya kepada mStar Online.

Fadilah ditemui selepas majlis pelancaran drama bersiri Opah musim terbaru di sini pada Selasa.

Dia bagaimanapun yakin dapat membawa watak sebagai Jenab yang turut dipanggil Opah iaitu anak kepada Opah lakonan Allahyarham Zaiton Hussien dengan baik selain cuba membawa watak itu tanpa terpengaruh dengan pelakon terdahulu.

Menurutnya, dia tidak mempunyai masalah memegang watak wanita kampung kerana sering mendapat tawaran serupa.

"Dari segi lakonan tiada masalah, Insya-Allah kerana saya bukan memegang watak asal Opah tetapi anaknya iaitu Jenab yang dalam musim baru ini turut di panggil Opah," ujarnya.

Musim terbaru ini adalah kelangsungan daripada siri-siri terdahulu dengan memaparkan kehidupan anak-anak Opah dan cucu-cucunya sebagai tunjang utama.

Bakal disiarkan di TV1 bermula September depan, Opah turut menampilkan pelakon lain seperti Shaharuddin Thamby, Zizan Nin, Aida Khalida dan Sharifah Nadia.

Sementara itu, Fadilah memberitahu dia tidak berfikir panjang saat dilamar oleh pihak RTM untuk membintangi drama 13 episod itu.

Ujarnya, apabila diberitahu ia adalah musim terbaru siri Opah dia terus menerimanya.

"Saya sendiri gemar menonton siri itu dahulu dan apabila mendapat tawaran dari RTM terus saya terima tanpa berfikir panjang," katanya.

Tambahnya, dia sedang giat membuat persiapan untuk sesi penggambaran drama tersebut yang bermula pertengahan bulan ini.

Dalam perkembangan lain, Fadilah berkata dia juga sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri sebanyak 80 episod berjudul Adam & Hawa terbitan Global Networks untuk siaran Astro selain beberapa projek lain.

"Alhamdulillahlah walaupun tidak berapa terkenal dalam bidang lakonan tetapi rezeki masih ada," ujarnya.

Rem Tidak Trauma Selepas Gagal Berkahwin

Posted: 13 Mar 2012 09:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Rem berkata kegagalannya untuk berkahwin kira-kira tiga tahun lalu tidak meninggalkan trauma pada dirinya ataupun sudah serik untuk berumah tangga jika diizinkan.

Rem atau nama sebenarnya Ramzani Kassim, 37, berkata selepas insiden itu dia lebih selesa untuk menyerahkan urusan tersebut kepada takdir dan ketentuan Tuhan.

"Bukan hendak kata saya sudah trauma atau serik untuk berkahwin tetapi apa yang berlaku sebelum ini banyak mengubah persepsi dan pemikiran saya.

"Pasti ada hikmah mengapa saya tidak jadi berkahwin sebelum ini walaupun perancangan ke arah itu sudah dilaksanakan. Jika ada jodoh, tentulah saya tidak keberatan untuk berkahwin," katanya ketika ditemui di Hard Rock Cafe, di sini, Rabu.

Penyanyi lagu Semua Orang Tahu itu berkata, insiden tersebut bagaimanapun membuatkan dia lebih relaks dalam menjalani perhubungan dan tidak perlu tergopoh-gapah untuk berkahwin.

"Saya akui sedang menjalin hubungan dengan seseorang tetapi saya tidak mahu gelojoh memikirkan soal kahwin buat masa ini.

"Tiada apa yang perlu dikejarkan kerana saya juga kini sibuk untuk membuat kemunculan semula dalam bidang nyanyian. Biarlah hubungan kami berjalan secara semula jadi," katanya.

Ketika ditanya mengenai perkembangan kerjaya nyanyiannya, Rem berkata dia bakal mempromosikan single terbarunya, Nanti Bila Kaya ciptaan Fyn Jamal secara menyeluruh pada tahun ini walaupun kurang mendapat sokongan daripada pihak radio swasta.

"Lagu itu sudah siap sejak tahun lalu tetapi kurang dikenali kerana tidak mendapat putaran yang menyeluruh daripada stesen radio terutamanya swasta. Pada tahun ini, saya merancang untuk mempromosikan single ini sepenuhnya menggunakan platform Internet dan laman sosial.

"Sebelum ini, promosinya tergendala kerana penerbitan dan promosinya melibatkan kos saya sendiri. Saya berharap sangat promosi menggunakan platform digital ini dapat mendekati golongan muda juga," katanya.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Liyana Jasmay bakal mengayakan gaun RM10k di hari pertunangan

Posted: 14 Mar 2012 12:37 AM PDT

liyana jasmay bakal bertunang
Liyana Jasmay yang bakal bertunang pada hari jadinya yang ke-24 (28 march 2012) dengarnya bakal mengayakan gaun moden rona putih gading rekaan Rizman Ruzaini yang berkonsepkan puteri diraja Inggeris berharga RM10,000. Nah! bukan calang-calang gaun yer.. Gaun puteri diraja Inggeris berharga RM10,000… Ini baru gaun untuk bertunang, rasa-rasanya gaun untuk berkahwin nanti berapa ribu la pulak harganya kan..

Liyana Jasmay katanya akan bertunang dengan jirannya sendiri, Fathuddin Mazlan yang juga seorang ahli perniagaan .. Menurut ibu Liyana Jasmay, mereka berdua sudah lama kenal satu sama lain, tetapi mula rapat baru-baru ini sehingga mereka berdua bercadang untuk bertunang… Dengarnya, jika tiada aral melintang Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan akan berkahwin pada tahun depan…

MyGosip Doakan agar segala perancangan Liyana Jasmay untuk mendirikan masjid ni berjalan dengan lancar hendaknya.. Tak sabar nak tengok Liyana Jasmay pakai gaun puteri diraja Inggeris 10k tu kan… mesti comel…

tunang liyana jasmay

Jejaka yang di tengah dikatakan bakal tunang kepada Liyana Jasmay

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kak Ogy sudah maafkan Johan

Posted: 13 Mar 2012 07:40 PM PDT

kak ogy tak jadi saman johan
Fauziah Datuk Ahmad Daud yang kita kenali sebagai kak Ogy dengarnya telah membatalkan hasrat beliau untuk menyaman Johan Raja Lawak.. Kak Ogy yang sebelum ni terasa hati dan rasa terhina dengan tindakan Johan mempersendakan Allahyarham ibu bapanya ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-24 yang lalu, sudah pun berasa sejuk hati dan memaafkan Johan… Selain itu juga kak Ogy tidak mahu memanjangkan isu ini lagi, sebab industri hiburan kita ni kan kecil je..

"Industri kita bukan besar mana pun. Mungkin pada masa akan datang kami akan bekerjasama. Jadi buat apa panjang-panjangkan hal macam ini.

"Memang betul saya marah dengannya sebelum ini tetapi selepas beberapa ketika saya mula sejuk hati dan sudah memaafkan dia,"

"Sebelum ini, saya terasa hati dengannya apabila dia ketawa dengan teguran saya mengenai gurauannya itu selepas acara tersebut. Alhamdulillah, kini saya berasa lebih tenang selepas memaafkan Johan dan kemarahan itu sudah reda," katanya.

Bagus la.. semuanya telah selesai dengan cara yang baik.. MyGosip harap selepas ini Johan lebih peka dan sensitif lagi semasa membuat lawak.. Kang tak pasal-pasal kena saman lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Jururawat kemaruk span

Posted: 13 Mar 2012 08:33 PM PDT

 Jururawat kemaruk span
KERRY memamah span.

LONDON: Seorang jururawat pergigian semalam mendedahkan bagaimana dia memakan 4,000 span kerana penyakit ganjil.

Kerry Trebilcock, 21, juga memakan lebih 100 ketul sabun.

Dia menghidap pica, sejenis penyakit yang menyebabkan mangsa suka memakan barangan bukan makanan.

Kerry yang berasal dari Mylor, Cornwall berkata: "Satu hari kelak, saya akan mengatasi masalah ini dan mandi atau membasuh baju tanpa merasa lapar." Menurut Kerry, dia suka mencicah 'snek' ganjilnya dengan sos cili atau mustard.

Kadang-kala dia memakannya dengan mencicah span itu ke dalam minuman teh atau coklat panas.

Dia juga memakan ketulan sabun, tetapi yang berperisa buah organik. Yang menjadi kegemarannya ialah sabun berperisa lemon dan limau nipis.

Kerry berkata: "Saya memberi tumpuan khusus mengenai jenis span dan sabun yang saya makan dan cara saya menyediakannya.

"Jika saya keluar bersiar-siar, saya akan membawa plastik kecil berisi span yang sudah dipotong dan dicampurkan dengan sos tomato atau BBQ. Saya tidak pernah meninggalkan makanan itu." Ada penghidap pica lain memakan besi, arang, pasir atau kapur. Malah ada yang memakan mentol lampu dan perabot.

Kerana tabiat pemakanannya, Kerry pernah mengalami sakit perut yang teruk dan cirit-birit.

Meskipun dia sudah mengurangkan memakan span, dia gagal untuk menghentikan tabiat itu sama sekali.

Pernah dia memakan lima span sehari bersama-sama sos cili, BBQ, jem dan madu.

"Sos itu akan melembutkan span berkenaan. Begitu juga jika ia dicicah ke dalam minuman panas. Saya akan mengunyahnya sehingga perisanya hilang dan kemudian menelannya." Menurut jururawat itu, dia mulanya gemar memakan makanan remeh. Tetapi sesuatu peristiwa ganjil berlaku.

"Selepas makan lasagna dan satu bekas ais krim pada satu malam, saya masih lapar.

"Untuk mengalihkan perhatian, saya ambil keputusan untuk membasuh pinggan mangkuk dan mengeluarkan span baru daripada bungkusan. Tiba-tiba datang keinginan untuk memakannya.

"Saya duduk dengan segelas air dan mengunyah span itu hingga habis.

"Ia tidak mempunyai rasa tetapi saya mendapati keseronokan untuk memakannya. Akhirnya, saya tidak lapar lagi dan perut saya rasa puas.
"Selepas itu, saya merasa malu dan takut serta menangis sehingga tertidur. – DM

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Memartabatkan konsert artis tempatan

Posted:

Memartabatkan konsert artis tempatan

Memartabatkan konsert artis tempatan

BOLEH dilabelkan sebagai 'The Fantastic Four' berdasarkan kepada aura dan kehebatan masing-masing yang tersendiri dalam dunia nyanyian, buat pertama kalinya, empat bintang dan penghibur tersohor tanah air Zainal Abidin, Datuk Sheila Majid, Jamal Abdillah dan Amy Search bakal berkongsi pentas untuk konsert yang dijangka mampu menjadi suatu legenda.

Diberi judul sesuai dengan keempat-empat penghibur bertaraf legenda itu iaitu The Legendary Concert 2012 - Dulu, Kini Dan Selamanya, konsert jelajah itu bakal berlangsung di lima negeri iaitu Kota Kinabalu, Sabah pada Mei depan, Pulau Pinang (19 Mei), Johor Bharu (26 Mei), Kuching (23 Jun) dan berakhir di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (30 Jun).

Bukan senang untuk menggabungkan keempat-empat legenda muzik ini kerana ia telah mengambil masa dua tahun lamanya untuk 'mengunci' jadual keempat-empat mereka.

Menurut pencetus idea konsert tersebut iaitu penyanyi Zainal Abidin sendiri, idea tersebut timbul kerana dia ingin menaikkan semula martabat konsert artis tempatan yang dilihat semakin kurang hebat dan diatasi oleh konsert artis antarabangsa.

"Apa yang dilihat, peminat sudah banyak diberi konsert percuma dengan menampilkan artis-artis dalam karnival yang sering dilakukan. Jadi konsert yang berbayar dilihat semakin perlahan. Namun, bagi konsert antarabangsa pula, mereka sanggup bayar mahal.

"Jadi dengan penggabungan sebegini merupakan cara untuk mengatasi perkara tersebut. Kumpulkan yang terbaik di atas satu pentas untuk memberikan impak yang memang terbaik.


PERANCANGAN projek The Legendary Concert 2012 - Dulu, Kini Dan Selamanya mengambil tempoh dua tahun untuk disempurnakan sebelum berjaya mengumpulkan Zainal Abidin, Jamal, Sheila dan Amy.


"Jika kami setiap seorang dapat membawakan 10,000 peminat, jika digabungkan semakin ramai peminat yang dapat dikumpulkan," beritahu Zainal yang berjaya melaksanakan idea ini dengan bantuan pengurusnya, Angelina Asmawi serta Kevin Kim dari Research Venture Lab sebagai rakan kongsi.

Tambahnya, konsert itu merupakan suatu perkongsian yang sangat baik kerana dengan membayar harga tiket yang sama, peminat dapat melihat empat orang artis legenda terbaik yang membawakan genre yang berbeza. Ia juga dilihat akan mengembalikan semula fenomena konsert berbayar dalam industri tempatan.

Amy mengujakan Sheila

"Celebration of Malaysian music!" ucap Datuk Sheila Majid tentang perasaannya yang bakal menjayakan The Legendary Concert 2012 - Dulu, Kini dan Selamanya.

Meluahkan pendapat, tutur Sheila, konsert ini bukan mengenai siapa lebih hebat atau baik, tapi ia mengenai persembahan muzik dalam genre masing-masing yang selama ini berjaya bertahan dalam industri seni tempatan.

"Kami tidak perlu risau dengan kelebihan yang ada pada diri masing-masing kerana kami mempunyai kelebihan masing-masing. Kami juga telah lama berada dalam industri dan sudah semestinya peminat telah mengetahui tentang keistimewaan kami berempat.

"Setiap daripada kami juga ada peminat yang tersendiri dan juga cara kami untuk menguasai pentas ketika membuat persembahan. Saya harap segalanya akan berjalan dengan lancar dan Insya-Allah, kami dan peminat semua akan dapat apa yang mereka mahukan," bicara penghibur bertubuh kecil molek ini.

Walaupun sudah 27 tahun berada dalam industri muzik tempatan, Sheila akui dia masih dalam proses pembelajaran. Bagi dirinya, dia begitu teruja apabila menonton persembahan Amy Search di atas pentas. Ini kerana setiap kali membuat persembahan, katanya, Amy mampu menyampaikan aura dan karisma melalui persembahannya kepada peminat yang hadir.

Mengimbau kenangan, cerita Sheila, mereka berempat tahu bagaimana susah senang berada dalam industri muzik dan setakat ini sangat senang bekerja bersama. Pengalaman berpuluh-puluh tahun dalam arena muzik telah mengajar mereka erti susah senang dan sangat bersyukur kerana kerja keras yang dilakukan selama ini telah membawa mereka ke aras terkini serta masih diterima peminat.

Keterujaan Jamal dan Amy

Siapa tidak kenal dengan Jamal Abdillah yang sememangnya masih digilai ramai wanita sehingga kini. Wanita yang mendengar nyanyiannya pasti terbuai dengan alunan suara merdu lelaki ini.


WALAUPUN sudah 27 tahun berada dalam dunia muzik, Sheila menegaskan dia kini masih dalam proses pembelajaran.


Disifatkan sebagai seorang yang agak pendiam oleh Amy, Zainal dan Sheila, Jamal meluahkan rasa terujanya untuk bergabung bersama tiga penghibur legenda tersebut di atas sebuah pentas pada sesi sidang akhbar yang diadakan di Hard Rock Café, Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Tujuan saya menyertai konsert jelajah ini kerana pertamanya menyanyi merupakan perkara yang saya lakukan dan ia memang jiwa saya. Saya memang teruja untuk bersama Amy, Sheila dan Zainal.

"Selain itu, saya juga berbangga kerana dapat bersama mereka yang berkarisma dan punya kebolehan yang amat tinggi di konsert ini kelak. Apa yang saya boleh janjikan, selagi nyawa masih dikandung badan, jemputlah saya, saya tidak akan kecewakan sesiapa sahaja dan buat yang terbaik," ujar pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir itu.

Dalam pada itu menurut Amy Serach pula, konsert tersebut nanti bukan persembahan yang biasa dilakukan, namun ia merupakan sebuah konsert yang harus berbaloi dengan apa yang dibayar oleh peminat yang hadir.

"Konsert ini merupakan konsert terbesar yang diadakan kelak dan saya juga teruja untuk terlibat sama selain tidak sabar untuk melaluinya kelak bersama rakan Zainal, Sheila dan Jamal. Semestinya kesemua mereka mempunyai magis tersendiri dan ini merupakan masa yang sesuai untuk kami persembahkannya bersama-sama.

"Selain itu, sebagai artis senior dalam industri hiburan tempatan, kami juga perlu menaikkan semula persembahan pentas oleh artis tempatan dan kami mengambil ia sebagai satu tanggungjawab untuk merancakkan semula arena tersebut," ujarnya.

Sebarang maklumat lanjut mengenai The Legendary Concert 2012 - Dulu, Kini dan Selamanya khususnya mengenai pembelian tiket, boleh layari www.legendary.my.

Pesona David Sanborn

Posted:

Pesona David Sanborn

Pesona David Sanborn

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


FIGURA hebat ini sudah sebati jiwanya dengan muzik jazz.


SELAMA ini peminat muzik di negara ini lebih mengenali pemuzik Kenny G sebagai seorang pemain saksafon yang cukup terkenal di seluruh dunia. Namun, industri muzik antarabangsa turut memiliki seorang lagi peniup saksafon yang cukup hebat iaitu David Sanborn.

Lebih dikenali di kalangan penggemar muzik jazz, peniup saksafon yang dilahirkan di Florida, Amerika Syarikat itu turut berkemampuan untuk mengalunkan irama muzik pop, funk, R&B, blues dan rock menerusi instrumen muziknya.

Memulakan kerjaya sebagai peniup saksafon pada awal 60-an, David yang kini sudah berusia 66 tahun sudah menghasilkan 24 buah album dan dianggap sebagai salah seorang legenda dalam industri muzik.

Sepanjang lima dekad bergelar pemuzik, sudah enam Anugerah Grammy yang telah diraihnya serta sering bekerjasama dengan ramai penyanyi terkenal dunia seperti Rolling Stones, David Bowie dan Eric Clapton.

Pada 6 Mac lalu, peniup saksafon terkenal tersebut telah hadir ke Kuala Lumpur sempena dengan konsert David Sanborn Band Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Ketika ditemui pada satu sidang akhbar sebelum berlangsung konsert, David telah melahirkan rasa terujanya apabila sekali lagi berpeluang untuk membuat persembahan di Kuala Lumpur.

"Kali pertama saya datang ke Kuala Lumpur untuk membuat persembahan adalah pada tahun 1998 dan ketika itu Menara Berkembar Petronas baru sahaja siap dibina. Kini, selepas 14 tahun akhirnya saya telah kembali semula ke sini dan banyak perubahan yang sudah berlaku.

"Namun, apa yang membuatkan saya berasa teruja apabila masih ramai lagi yang meminati muzik jazz di Malaysia dan mendapat peluang membuat persembahan di negara ini akan digunakan sebaiknya untuk menghiburkan peminat yang datang," ujarnya.

Menurut David, biarpun dia mampu untuk memainkan pelbagai genre muzik, tetapi dia lebih gemar untuk memainkan muzik jazz memandangkan ia lebih sebati dengan minat dan jiwanya sehingga dikenali di kalangan penggemar muzik jazz.


BAND yang mengiringi persembahan David Sanborn menjadikan konsertnya dipenuhi dengan adunan dan alunan muzik yang indah menyentuh lubuk emosi.


Ujarnya, dia menyifatkan muzik jazz sebagai sebuah genre muzik yang cukup unik dan istimewa serta bukan hanya digemari di kalangan penggemar muzik di Amerika Syarikat, malah kini ia semakin berkembang dan diminati di seluruh dunia termasuk benua Asia.

"Sepanjang bergelar pemuzik saya telah bekerjasama dengan ramai penyanyi terkemuka dunia, tetapi saya juga sebenarnya berminat untuk bekerjasama dan berkolaborasi dengan penyanyi generasi sekarang," tuturnya yang telah membuat persembahan di Java Jazz Festival pada awal Mac lalu.

Sewaktu konsert yang berlangsung di Kuala Lumpur, ternyata David telah berjaya memukau lebih 2,000 peminatnya yang hadir menerusi persembahan yang berlangsung selama hampir dua jam.

Legenda

Dianjurkan oleh KL International Jazz dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), konsert berkenaan diadakan bersempena dengan pembukaan KL International Jazz Festival 2012 (KLIJF) yang akan berlangsung pada 18-20 Mei 2012 ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Maizon Omar berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk mengundang David Sanborn membuat persembahan di Malaysia kerana pemuzik berkenaan merupakan seorang legenda dalam industri muzik antarabangsa.

"Bagi kami David adalah seorang pemuzik yang sangat hebat dan seorang peniup saksafon yang sangat terkenal terutamanya di kalangan peminat muzik jazz serta mempunyai identiti yang tersendiri.

"Malah, saya sangat terharu apabila dia sudi menerima tawaran untuk membuat persembahan di Kuala Lumpur dan pasti kehadirannya ini menggembirakan para peminat yang ingin menyaksikan persembahannya secara langsung," ujarnya.

Menurutnya lagi, kehebatan pemain saksafon itu juga tidak boleh dipertikaikan berdasarkan kejayaan yang pernah diraih serta menjadi inspirasi kepada ramai penyanyi jazz terkenal.

Konsep baharu Karoot Komedia

Posted:

Konsep baharu Karoot Komedia

Konsep baharu Karoot Komedia

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my


KAROOT KOMEDIA turut menampilkan pelakon residen pada setiap episod yang sebahagian besarnya merupakan pelawak-pelawak yang sudah mencipta nama.


Sejajar dengan konsep Astro Warna (saluran 132) yang ingin sentiasa memberikan program lawak berkualiti kepada penonton mereka, sebuah rancangan komedi terbaharu, Karoot Komedia bakal disajikan kepada penonton yang inginkan komedi secara berterusan.

Karoot Komedia merupakan sebuah program komedi muzikal yang berdurasi selama 30 minit. Melalui gabungan muzik dikir barat serta lakonan sketsa pelakon komedi terkenal, Astro Warna menjanjikan program ini bakal menyerlahkan sisi lain serta konsep baharu rancangan komedi yang sedia ada di Astro Warna kini.

Karoot merupakan perkataan yang lahir daripada tukang karut yang bertindak sebagai pencerita semasa dikir barat. Istilah komedia pula lahir daripada perkataan Greek iaitu comedia iaitu gelaran kepada teater komedi di Greek.

"Antara keunikan yang bakal diselitkan menerusi Karoot Komedia adalah penampilan kumpulan dikir barat yang mengikut tema sketsa pada rakaman minggu tersebut.

"Selain itu, kami juga tampilkan pelawak-pelawak yang diminati ramai seperti Ebby Yus, Johan, Jep Sepahtu, Jihan Raja Lawak serta Yus Raja Lawak yang menjadi pelakon residen program ini setiap minggu.

"Konsep seperti ini dipilih kerana kami mahu berikan sesuatu yang berbeza kepada penonton. Idea ini juga tercetus setelah saya, Sabri Yunus dan Husin Saaban mencapai kata sepakat mahu menghasilkan sesuatu yang akan membuatkan penonton tidak berganjak dari depan kaca TV dari mula hingga ke akhir program," jelas Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai tentang konsep yang dipilih.


KELAINAN Karoot Komedia dijana menerusi penampilan kumpulan dikir barat yang akan berubah penampilan mengikut teman yang berbeza pada setiap minggu.


Apa yang menariknya, kumpulan dikir barat akan mengikut tema judul pada minggu tersebut. Sebagai contoh, jika tema rakaman minggu itu ialah tentang Mat Rempit, maka ahli dikir barat akan berpakaian seperti Mat Rempit iaitu dengan memakai topi keledar dan koreografi juga akan menjurus kepada aksi merempit.

Selain itu juga, para pelakon residen akan ditentukan watak mereka oleh penonton yang hadir dan mereka juga tidak diberi skrip serta dialog. Namun, sebelum program dirakam, mereka akan diberitahu secara ringkas tentang jalan cerita yang akan dipilih kelak.

"Jalan ceritanya pula dipilih mengikut isu semasa yang popular dan sememangnya kami selitkan teladan dan mesej yang boleh memberi pengajaran kepada penonton. Kami memang mahu wujudkan mesej melalui komedi supaya ia mudah diterap penonton.

"Alhamdulillah sepanjang rakaman, ia sangat mendapat sambutan daripada penonton yang hadir ke studio. Apa yang dilihat, mereka juga sangat enjoy ketika menonton Karoot Komedia," kata Bob lagi.

Apa yang boleh disimpulkan, penonton pasti tidak kering gusi menonton program baharu Karoot Komedia dengan sajian lawak spontan yang dilakonkan pelawak-pelawak residen yang dipilih.

Program itu bakal bersiaran bermula 22 Mac setiap hari Khamis pukul 10 malam.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Luah cinta dengan permainan mata

Posted: 13 Mar 2012 06:43 AM PDT

GENRE filem terbitan Metrowealth (MIG) tidak terbatas kepada filem komedi, seram dan komersial semata-mata. Sebaliknya, 'tanggungjawab sosial' terhadap masyarakat tidak dilupakan apabila mereka tampil menghasilkan filem berkonsep Islamik dan dakwah. Ini dibuktikan apabila MIG menghasilkan filem Syukur 21 pada 2000, Syurga Cinta (2009) dan Aku Masih Dara (2010).

Seperti kelaziman, genre sebegini menerima sambutan sederhana daripada penonton. Bagaimanapun, ia sedikitpun tidak mengubah pendirian produser Mejar David Teo untuk terus menghasilkan filem genre Islamik. Terbaru, mereka tampil dengan filem 7 Petala Cinta yang akan menemui peminat bermula esok.

Diarahkan Azhari Zain, filem ke-57 terbitan MIG ini mengangkat sebuah kisah cinta agung antara golongan Adam dan Hawa berlandaskan nilai murni, persahabatan dan pengorbanan. Paling penting, genre ini mampu mengubah pandangan penonton terhadap Azhari yang sinonim dengan filem ringan seperti genre seram dan komedi romantis 'urban'.

Gabungan pelakon muda iaitu Aeril Zafrel, Fizo Omar, Diana Amir, Shima Anuar, Epy Raja Lawak dan Zalif Sidek menjadi pertaruhan berani MIG untuk menarik penonton ke pawagam. Gandingan ini diperkuatkan lagi dengan bantuan pelakon lain iaitu Ustaz Dini Juri, Ummi Rosiah, Zul Suphian, Wak Di dan Alex Yanz.


Tiga watak penting iaitu Aeril, Diana dan Shima yang hadir ke sesi fotografi di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini berkata, 7 Petala Cinta sememangnya mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding filem sedia ada. Selain jalan cerita berbeza, filem ini menuntut mereka bekerja keras dalam menghidupkan wataknya.


Aeril yang dilihat bayangan hero baru dunia seni tanah air, bertuah kerana dua filemnya menemui peminat pada masa terdekat. Mencuit hati dengan karakter selamba dan santai sebagai Adam menerusi filem Cinta Kura-Kura terbitan KRU Studios sebelum ini, perwatakannya bertukar menjadi matang sebagai Ahmad Fakaruddin Attar (Attar) menerusi 7 Petala Cinta.

"Saya kena fokus sepenuhnya bagi menghidupkan watak ini. Sebelum bertukar jadi baik, Attar adalah pemuda ganas dan jahil. Satu hari dia dikejar polis dan terpaksa berlindung di sebuah pusat agama, Madrasah Qalbun Salim.

Apabila polis sampai dan bertanyakan Aby Ikhwan (seorang guru agama di situ) mengenai Attar, dia sanggup menipu demi menyelamatkan Attar.

"Biarpun selamat, Attar pula mempertikaikan kata-kata Aby Ikhwan yang sanggup menipu. Namun Aby Ikhwan membalas dengan ayat yang memberi kesan ke lubuk jiwanya sehingga menyebabkan dia terdetik mendalami Islam dan berhijrah. Lalu Attar diambil sebagai anak angkat dan jadi murid yang sangat rendah diri di madrasah itu.

"Dia disuruh buat pelbagai kerja antaranya susun selipar kerana Aby Ikhwan mahu membentuknya supaya jadi sabar. Karakter ini saya buat dengan sebaik mungkin agar peminat dapat merasai transformasi yang berlaku dalam diri Attar.
Konflik timbul apabila Attar secara tiba-tiba jatuh cinta dalam diam terhadap Saidatul Nafisah (Shima Anuar), anak Aby Ikhwan.

"Attar reda apabila tahu Saidatul Nafisah bertunang dengan Hamka (Fizo Omar) yang menyambung pelajaran di Yaman. Bagaimanapun, dia tetap menaruh harapan.
Tidak mudah sebenarnya kerana perasaan cinta antara mereka bukan ditunjukkan secara terang-terangan sebaliknya dibuat dengan tertib.

"Cabarannya, apabila menyentuh mengenai konsep perhubungan bukan mahram dalam Islam, percakapan perlu dijaga dengan sebaiknya. Begitu juga dengan dialog yang tak boleh keterlaluan. Saya kena kenal watak ini.

"Sebagai pelakon, saya kena menjiwai watak bukan saja di set tapi juga di luar lakonan. Saya akui sebelumnya, namun berlakon filem ini saya jahil dalam banyak benda lalu cuba mendekatkan diri saya dengan Allah s.w.t. Malah sebelum berlakon, saya buat sembahyang sunat dan berdoa agar diberi kekuatan untuk membawakan watak ini.

"Selepas habis filem ini juga, saya terdetik untuk menjalani aktiviti sosial bersama kawan-kawan dan lebih senang berada di rumah kalau tiada kerja," katanya.

Seperti diduga, Aeril sedar peminat akan membandingkan filem ini dengan filem dakwah dari Indonesia seperti Ayat-Ayat Cinta, Perempuan Berkalung Sorban dan Di Bawah Lindungan Kaabah.

Katanya, perbandingan ini tidak dapat dielak kerana syarikat produksi tempatan kurang menghasilkan filem genre Islamik berbanding Indonesia. Untuk itu, dia mengharapkan agar peminat memberikan sokongan padu sebagai pembakar semangat buat mereka.

Agak unik buat Shima Anuar kerana ini adalah filem kedua lakonannya dan juga yang kedua ditayangkan selepas Sumpahan Kum Kum. Menariknya, dia terpilih memegang watak Saidatul Nafsiah selepas pengarah menilai kesesuaian matanya dengan karakter ini.

"Sangat berbeza kerana Sumpahan Kum Kum sebuah filem seram sedangkan 7 Petala Cinta genre Islamik. Saya kena bawa imej muslimah yang berhijab dan hanya nampak mata saja. Sememangnya saya terkejut dan menggigil apabila Abang Azhari beritahu saya berjaya bawa watak ini.

"Sebelum berlakon, saya kena ikuti kelas yang ditetapkan seperti kelas mengaji dan sebagainya untuk mendalami watak. Cabarannya, semua ekspresi watak hanya diperlihatkan menerusi permainan mata saja.

"Ini juga kali pertama saya kena menangis dalam filem dan untuk melakukannya, saya membayangkan kehilangan ibu sejak ketika saya berumur 11 tahun," katanya.

Diana Amir pula melakonkan watak Hilma Aqila, adik kepada Hamka. Pengalaman bertudung menerusi filem ini berjaya membawa perubahan sangat besar terhadap dirinya kerana tidak berapa lama kemudian, dia terus membuat keputusan bertudung dalam menjalani kehidupan.

"Sebelum ini pun, saya banyak bawa watak ringan dalam lakonan dan kali ini lebih berat. Saya belum bertudung lagi ketika filem ini dibuat dan sebelum penggambaran, saya juga kena ikuti kelas mengaji. Pada saya tiada watak yang senang. Dari sinilah saya terbuka hati untuk terus bertudung.

"Ketika di set, keserasian setiap pelakon sangat bagus. Filem begini sangat indah dan membuatkan saya tenang. Setiap filem berdiri atas kekuatan sendiri dan tak boleh dibandingkan dengan filem lain. Saya suka sinematografi 7 Petala Cinta yang sangat cantik dan ia sebenarnya berbeza daripada filem Indonesia," katanya.



Dunia Tersembunyi Sulawesi

Posted: 13 Mar 2012 06:33 AM PDT

SEPANJANG menjalani pembikinan bagi setiap episod yang akan diisi paparan Dunia Tersembunyi, ia memberi bukan sedikit peluang kepada kami, kru produksi untuk mengenali adat budaya yang menjadi amalan segelintir komuniti di luar sana.

Pun begitu, bukan mudah untuk kami memahami sebab dan punca beberapa adat budaya dan tradisi yang berlainan daripada norma manusia di beberapa tempat yang masih diamalkan meskipun kita sudah jauh moden.

Cuma apa yang mampu kami simpulkan, segala-galanya tercetus atas dasar pemahaman dan kepercayaan komuniti itu sendiri. Selepas diguna pakai generasi terdahulu sebagai cara hidup, ia diwarisi sehingga kekal ke zaman ini.

Malah, kewujudannya juga melalui asimilasi zaman, namun terasnya tetap sama.

Justeru, ada adat, tradisi dan budaya itu menyimpang daripada ajaran agama yang dianuti.

Begitulah halnya bagi paparan yang bakal mengisi episod ke-11 Dunia Tersembunyi, malam ini jam 9 malam di TV3 iaitu 'Sakti Si Bissu'. Bissu, istilah Bugis kuno bermaksud bersih, suci dan tidak kotor.

Mereka tidak mewakili mana-mana kumpulan jantina dan pemilihan mereka daripada kalangan 'waria' atau 'wanita pria' hasil elemen spiritual yang sukar diterjemah. Menariknya, kelompok komuniti ini mempunyai kedudukan tertinggi dalam pemerintahan kerajaan lama di Sulawesi Selatan.

Kehadiran mereka ibarat ihsan Sang Pencipta sebagai 'pendamping' dan penasihat Raja yang memerintah dalam aspek budaya dan tatacara pemerintahan.

Uniknya kelompok ini, apabila fungsi mereka turut dikaitkan dengan kelebihan berbicara dengan alam ghaib bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kesuburan tanaman padi.

Malah bagi membuktikan 'kehadiran' dewa yang 'memantau', sejenis tarian dikenali Maggiri, hanya boleh ditarikan komuniti Bissu dengan mempamerkan kekebalan apabila keris yang menusuk tidak mampu menembusi tubuh.

Episod malam ini juga adalah paparan terakhir dari bumi Bugis. Namun, ia adalah kembara pertama kami sejak memulakan proses rakaman program ini pada Mei lalu. Ibarat memulakan langkah baru, kami sedikit canggung bagi menentukan arah tujuan.

Namun ia tidak berlangsung lama lantaran kerjasama sepenuhnya yang diberikan Kantor Pemerintah Pangkajene dan Kepulauan atau Pangkep yang sudi membuka pintu bagi media luar membuat liputan.

Kebetulan atau terselit elemen ghaib, itulah yang bermain di fikiran kami setiap kali ingin memulakan rakaman temu bual bersama salah seorang Bissu.

Rakaman ini penting bagi kami memahami kehidupan dan sisi komuniti ini meskipun rujukan mengenai mereka dilakukan sebelum tiba di lokasi.

Namun, setiap kali memulakan rakaman, kami berhadapan masalah teknikal antaranya peralatan gagal beroperasi sempurna dan kad simpanan memori tiba-tiba penuh terisi visual meskipun setelah diperiksa ia masih mempunyai kekosongan ruang.

Malah, lebih pelik apabila setiap kali ingin memulakan rakaman, cuaca bertukar mendung. Justeru, semuanya terpaksa ditangguh bagi memastikan penataan cahaya sempurna.

Saya sendiri mengalami perkara aneh semasa proses suntingan awal. Ketika rakaman bacaan ritual oleh Puang Upe, ketua Bissu, tiada masalah yang dikesan berlaku.

Ia hanya dapat dikesan ketika cubaan memuatkan visual itu di dalam paparan malam ini apabila pergerakan visual tidak sempurna dan gangguan audio.

Namun, kelebihan penyunting Mohamad Azlan Mohamed Nor mampu mengatasi 'gangguan' luar jangka sehingga terhasillah paparan menarik untuk dikongsi dengan penonton mengenai kesaktian si Bissu di Sulawesi Selatan, Indonesia.