Adsense

Selasa, 15 November 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Quote of The Day: It’s All Bullshit – Zarina An Jolie

Posted: 14 Nov 2011 05:08 PM PST

Petikan dari Portal GUA

"It's all bullshit!" Begitulah kata-kata yang dilontarkan artis kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah apabila diminta memberi komen mengenai isu tetek atau lebih tepat lagi tentang isu gambar 'berani mati'nya dalam majalah FHM Indonesia keluaran Oktober.

Seperti gambar-gambar seksinya yang 'berani mati' itu, pelakon berusia 24 tahun ini juga dilihat 'berani mati' ketika memberikan komen mengenai isu kontroversi yang melanda dirinya sekarang. Zarina begitu lantang dalam menyuarakan haknya seolah-olah beliau tidak rasa bersalah dengan perbuatannya itu.

"Saya berani kerana benar. Jika buat ke tak buat, tak ada beza pun. Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya pelik kenapa mereka perlu hentam saya seorang saja sedangkan ramai lagi artis di luar sana yang pakai seksi. Saya letak gambar saya pergi umrah pun kena kutuk juga. Bagi saya, biarlah apapun orang nak cakap, saya buat bodoh saja," ujar Zarina mengulas mengenai kontroversi gambar seksinya itu.

"Sesi fotografi ini dibuat pada dua bulan lepas dan kalau diikutkan, sudah dua kali saya tolak pelawaan dari pihak FHM Indonesia. Kalau semua nak tahu, ketika sesi fotografi ini, mereka bagi saya baju lebih seksi lagi iaitu bikini, namun saya minta mereka tukar baju lain. Saya hanya jadi diri saya sendiri dan itu adalah pilihan saya. Lagipun, saya yang tanggung semua dosa saya. Biarlah apa orang nak kata kerana saya tak boleh nak paksa orang untuk suka kepada saya."

Apabila ditanya apakah perasaannya apabila dihentam dan dikritik oleh masyarakat, Zarina menjawab, "Saya boleh terima. Bila baca isu mengenai saya, saya gelak saja. Saya rasa dah macam 'Stone Cold' saja sebab dah tak rasa apa-apa lagi. 'It's all bullsh*t!'. Pada saya, banyak lagi benda yang teruk.

"Saya dah minta maaf sebelum ini, namun bila saya minta maaf, saya pula yang kena hentam balik dan kena pijak. Jadi, lebih baik saya balas dan hentam mereka balik. Bagi saya, ini dah asam garam kehidupan dunia artis, jadi jika tak boleh terima dengan kritikan semua ini, jangan jadi artis. Lepas dah lalui dan biasa dengan dunia artis ini, saya dah kalis dengan segala kritikan," jelas Zarina sambil mengakui terkilan dengan penulisan dari pihak media.

"Wartawan selalu tulis masyarakat kutuk dan benci saya. Saya terfikir, betul ke masyarakat bencikan saya. Tapi, bila pergi ke acara mana-mana, mereka okay saja dengan saya. Mana yang mereka cakap masyarakat tak suka saya, mana? Bawa pada saya. Saya rasa tak ada pun. Jangan salahkan masyarakat.

"Jika wartawan cakap apa yang mereka fikir, cakap saja. Tak perlu gunakan masyarakat. Nak cakap saya sundal, cakap saja tak perlu nak cakap masyarakat yang cakap saya sundal. Saya tahu ada sesetengah peminat yang sokong saya dan sesetengah lagi membenci saya. Namun, saya sedar yang orang Malaysia ini, cakap saja benci, tapi mereka masih baca cerita tentang saya."

Menyentuh mengenai filem terbaru lakonannya, 'Khon Malay', Zarina memberitahu, "Alhamdulillah, tawaran berlakon masih ada. Walaupun saya jarang terima tawaran sebab sedang sibuk belajar, namun ada pihak yang masih sudi memberi tawaran kepada saya.

"Ini kali pertama saya membawa watak utama. Saya memegang watak sebagai Chintya, seorang peninju yang berbakat. Saya rasa teruja sebab watak yang saya dapat ini, memang itu yang saya nak. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang menyokong saya selama ini dan pada yang lain itu, saya tak kisah," jelasnya mengakhiri perbualan.

ZARINA AN JOLIE

ZARINA AN JOLIE

ZARINA AN JOLIE

ZARINA AN JOLIE

ZARINA AN JOLIE

ZARINA AN JOLIE

ZARINA AN JOLIE

ZARINA AN JOLIE

ZARINA AN JOLIE

ZARINA AN JOLIE

ZARINA AN JOLIE

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Quote of The Day: Nora Danish Stress
  • Gambar Anak Zarina Zainuddin
  • Bayaran Artis Wanita Paling Tinggi di Hollywood
  • Gambar Terbaru Zarina An Julie Bersosial
  • The Tourist starring Angelina Jolie & Johnny Depp
  • Gambar Zarina An-Julie Anak Pontianak Liar Hisap Dada Kaki Disco?
  • Gambar Zarina AF2 Seksi Pakai Skirt Pendek?
  • Quote of the Day: Faizal Tahir Work Out di Fitness First
  • Zarina Ann-Julie Hina Awal Ashaari di Twitter
  • Zarina An-Julie Ditahan Sah Positif Dadah
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Farahdhiya Dah Bertudung Kahwin Dengan Remy Ishak?

    Posted: 14 Nov 2011 04:41 PM PST

    Budiey dah banyak kali tonton drama TV yang menampilkan Farahdhiya bertudung. Tapi boleh bilang dengan jari rasanya. Namun, ramai peminat kat luar sana mendoakan terbaik untuk pelakon jelita ni. Budiey pun rasa macam tu gak, alangkah baik juga kalau Farahdhiya benar-benar bertudung. Sejuk jugak mata memandang.

    Namun, tak mustahil, suatu hari nanti di masa depan, pelakon berkulit gebu ni akan bertudung litup, mana kita tahu kan? Itu semua hidayat dan kudrat dari Allah. Kita pun tak pasti, cuma kita doakan sahaja.

    Cakap pasal Farahdhiya bertudung ni, Budiey terdengar khabar angin yang mengatakan Farahdhiya dah terbuka hati nak pakai tudung betul-betul. Samada betul atau tidak, kenalah tengok buktinya dulu. Maklumlah, sekarang kan, orang main cakap je bila tengok benda tu di depan mata. Entah-entah, korang jumpa Farahdhiya kat set lokasi pengambaran drama tak? Mmm, boleh jadi jugak ni.

    IMG_5152

    Dua hari lepas, Budiey menerima beberapa keping gambar dari pembaca setia. Terima kasih sebab sudi berkongsi cerita dan gambar. Cun-cun semua gambar yang korang hantar tu.

    Tengok pada gambar, memang terkejut gak la. Ni biar betul ni, Farahdhiya bukan sahaja bertudung malah dah kahwin dengan Remy Ishak secara senyap-senyap. Ni sah-sah adegan dalam drama ni. Kalau betul scene dari drama, nak tahu gak drama apa, sebab Budiey nak tengok drama ni. Kalau korang ada yang tahu tajuknya, kasi tahu Budiey ya. Excited nak tengok.

    Ni nak kena risik-risik kawan-kawan yang kerja kat produksi la ni. Tak mungkin Farahdhiya dan Remy Ishak ni kawin betul-betul sebab tak dengar pun diorang kawin. Yang dengar Remy Ishak bercinta dengan Tiz Zaqyah tu adalah. Kalau diorang ni kawin dah lama kecoh dah.

    Apa-apa pun, korang layan gambar kat bawah ni dulu ya.

    IMG_5496

    IMG_5519

    IMG_5547

    IMG_5558

    IMG_6752

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Remy Ishak di Malam Gala Nur Kasih The Movie
  • Gambar Nikki Bertudung di Majlis Nikah Ning
  • Remy Ishak Bergaduh Dengan Ummi Nazeera
  • Remy Ishak Si Koboi Jahat
  • Gambar Remy Ishak di Karnival Inspirasi TV3
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Drama Nur Kasih Lakonan Remy Ishak
  • Siti Nurhaliza Janji Akan Bertudung Selepas Naik Haji?
  • Siti Saleha & Remy Ishak di Roadshow Enchanteur Paris & Dashing
  • Biodata Farahdhiya
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Isnin, 14 November 2011

    Zon Artis

    Zon Artis


    (Gambar) Handsome Juga Teman Lelaki Sarimah Ibrahim ni

    Posted: 14 Nov 2011 09:19 PM PST

    GAMBAR KEKASIH SARIMAH IBRAHIM

    Handsome, memang handsome! Kenyataan yang kami pasti tiada siapa yang akan menyangkalnya terutama bagi mereka yang bergelar wanita. Buat yang masih tak tahu, jejaka mat salleh itu adalah teman lelaki Sarimah Ibrahim dan buat pertama kalinya mereka muncul bersama di Anugerah Industri Muzik ke-18 yang berlangsung baru-baru ini.

    Dengarnya, mereka sudah semakin serius dan merancang untuk ke peringkat yang seterusnya. Jika benar, semoga ianya menjadi kenyataan dan segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Sama-sama kita doakan yang terbaik kepada Sarimah Ibrahim agar segera bergelar isteri semula selepas bercerai pada penghujung tahun 2008.

    GAMBAR KEKASIH SARIMAH IBRAHIM

    Oh ya, teman lelaki Sarimah Ibrahim ni berasal dari Perancis dan hanya mahu dikenali dengan nama Guillamae.

    Psstt: OMG! Badan pembonceng motosikal terputus dua

    Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

    Sensasi

    Sensasi


    Gambar Fasha seksi di Majlis Majalah Lisa

    Posted: 14 Nov 2011 09:59 PM PST

    Makin lama makin berisi Fasha nampaknya,Sensasi rasa Fasha perlu menurunkan berat badan sebab lemak di lengan dan pinggang Fasha dan makin ketara...

    Fasha yang sentiasa berani dihimpit kontroversi sekali lagi tampil seksi bareback ..









    Komen Amy Search dan Bekas Suami Nabila mengenai gambar cium mulut dan bikini

    Posted: 14 Nov 2011 09:33 PM PST


    Saya tidak tahu tentang gambar-gambar itu, tapi sebagai bapa saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan. Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang. Saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku



    "Saya sayang bekas isteri saya 200 peratus, kalau dia berubah saya bersedia menerimanya dengan hati terbuka," kata Zaidy Zailani, 30, bekas suami pelakon kontroversi, Nabila Huda Suhaimi, 27, ketika ditanya mengenai gambar bekas isterinya bercium dengan seorang lelaki di sebuah pulau peranginan yang tersebar di Internet.

    "Saya terkejut selepas dimaklumkan rakan mengenai gambar itu dan saya tidak mahu melihatnya," katanya sambil memberitahu Nabila sudah lama dia tidak berhubung dan berjumpa dengannya serta anak mereka, Keisha Laila yang berusia setahun lebih.

    Menurut Zaidy, selepas bercerai dengan isterinya pertengahan Oktober lalu, dia mengambil alih menjaga puteri kesayangannya itu walaupun perlu bekerja seharian

    Gambar Nabila Huda berbikini dan bercium mulut dengan jurulatih selam di Pulau Tioman

    Posted: 14 Nov 2011 08:52 PM PST

    Gambar Nabila Huda berbikini di Pulau Tioman telah tersebar di internet. Ia pada mulanya tersebar di laman Facebook di fanpage Nabila Huda sendiri apabila peminat dengan tidak sengaja telah memuat naik gambar itu. Malah ada beberapa kelibat artis dilihat di situ bersama Nabila,antaranya Cico Harahap dan Nita Hamzah .


    Gambar Sari Yanti setelah selamat melahirkan anak kedua

    Posted: 14 Nov 2011 07:18 PM PST

    Pelakon comel Sari Yanti dan gambar anak keduanya Basit al-Haq.

    Komen Chef Wan berkaitan pemalsuan pengalaman kerja Chef Riz ,anaknya

    Posted: 14 Nov 2011 07:24 AM PST

    "Padan muka dia, biar dia bertanggungjawab dengan apa yang telah dia lakukan," kata Datuk Chef Wan ringkas apabila diminta mengulas berhubung isu pemalsuan pengalaman kerja anak lelakinya, Mohd Nadzri Redzuawan atau Chef Riz.

    "Memang saya terkejut kerana saya langsung tidak tahu menahu tentang perkara ini. Tapi apa yang boleh saya nasihatkan kepada Nadzry supaya meminta maaf secara terbuka dan terus maju ke depan.

    "Saya menganggap perkara ini amat memalukan. Bukan saja kepada saya sebagai seorang bapa, tetapi juga kepada dunia chef dan juga industri masakan negara.

    "Tapi saya sedar, kegiatan memalsukan pengalaman kerja di dalam resume oleh kebanyakan chef bukanlah perkara baru kerana sudah banyak berlaku. Sudah beberapa kali juga saya jumpa, semata-mata mahu nampak hebat," katanya.

    Kontroversi ini terbongkar apabila pihak pengurusan restoran Itali terkemuka di New York, menafikan bahawa Chef Riz pernah bekerja dengan mereka.

    Maklum balas itu diberikan setelah portal The Malaysian Insider menghubungi mereka berhubung profil kelayakannya yang disiarkan dalam laman web Astro Ria yang mendakwa beliau pernah bekerja sebagai 'Chef de Cruisine' dan 'Sous Chef' di dua restoran terkenal di Amerika Syarikat itu iaitu 'Babbo' dan 'Le Bernardin".

    Meskipun begitu Chef Wan bersikap rasional kerana beranggapan dalam apa juga jenis pekerjaan, setiap manusia perlu menempuhi jalan berduri sebelum mengecapi kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

    Jelas Chef Wan, anaknya itu telahpun menjelaskan sebab sebenar mengapa dia memalsukan maklumat pengalaman kerjayanya itu kerana dia tertekan dengan kebolehan individu lain yang nyata lebih hebat darinya.

    "Entahlah, kata Nadzri (nama panggilan) dia rasa ada sesetengah pihak yang memandang rendah dengan pengalaman dan kebolehannya dalam bidang masakan yang telah melayakannya dipilih sebagai juri MasterChef Malaysia.

    "Tapi secara peribadi, saya meraskan Nadzri telah melalui pelbagai pengalaman dalam bidang dan sebagai bapa dan chef saya amat berbangga dengan pencapaiannya. Malah apa yang saya dengar daripada pihak Astro, mereka sangat suka dengan cara Nadzri bekerja.

    "Cuma nasihat saya kepadanya, supaya jangan cepat putus asa.Lagipun apa yang terjadi bukanlah sesuatu yang perlu diperbesar-besarkan kerana Martha Stewart pun pernah dimasukan ke dalam 'jail' dan keluar semula dengan semangat baru," katanya.

    Sementara itu dalam kenyataan yang telah dikeluarkan pihak Astro, Chef berusia 29 tahun itu telah memohon maaf kepada penonton rancangan pencarian tukang masak terhandal, MasterChef Malaysia dan pihak Astro menerima alasan yang diberikannya dengan baik.

    "Astro Ria memilih Chef Riz sebagai juri di dalam program realiti masakan ini bersandarkan pengalamannya sebagai pengusaha restoran, hos TV dan juga personalitinya," menurut kenyataan itu.

    Chef Riz telah melahirkan rasa kesal dengan tindakannya itu kerana telah memberi gambaran berlebihan dengan kelayakan yang dimilikinya.

    "Saya harap selepas ini tidak ada lagi yang mempersoalkan kredibiliti saya. Sangat menyesal dan berharap penonton boleh memaafkan saya. Saya buat MasterChef kerana saya cintakan bidang masakan.

    "Saya mahu berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya ada dengan mereka yang minat memasak. Saya mahu memberi inspirasi kepada mereka.

    "Insiden ini menjadi pengajaran supaya saya tidak mengulangi perkara yang sama di kemudian hari. Saya berterima kasih kepada pihak Astro kerana menerima penjelasan saya sekaligus memaafkan perbuatan saya itu," katanya di dalam laporan berkenaan.





    The Malaysian Insider : KUALA LUMPUR, Nov 9 — Mohd Nadzri Redzuawan, popularly known as Chef Riz and a judge on MasterChef Malaysia, is in hot soup. In his MasterChef profile on the Astro Ria website, he claimed to have worked at two famous restaurants in the US, but checks with both of them have revealed otherwise.

    The son of local celebrity chef Redzuawan Ismail, better known as Chef Wan, claimed he worked as "chef de cuisine" — also called a head chef — at the world famous Mario Batali's flagship Italian restaurant Babbo in New York when he was only 22.

    Batali is an American chef who is as famous for his signature shorts and orange Crocs as his string of restaurants in New York, Los Angeles, Las Vegas and Singapore and has starred in the "Iron Chef America" TV series.

    "These claims are untrue. Mr Nadzri has never worked at Babbo," Mario Batali's communications director, Pamela Lewy, said in an email reply yesterday.When contacted, Chef Riz insisted he did work at Babbo. "I was there for a year, from January 2005 to December 2005," he said.

    Now 29, he also told The Malaysian Insider he worked as "sous-chef" at Le Bernardin under chef Eric Ripert — of the Asian Food Channel's "Avec Eric" fame — before returning home to star in several TV programmes.

    A sous-chef is the second in command of the kitchen and directly assists the head chef. "I took a break, a short holiday before joining Le Bernardin for two years. I was there from March 2006 to July 2008," he said to The Malaysian Insider in a phone interview yesterday.

    A publicist for Le Bernardin, Helen Medvedovsky, told The Malaysian Insider this morning after checking with the Michelin three star-rated restaurant that: "We looked into this and found out this man never worked at Le Bernardin."

    When it was pointed out that Batali's spokesman had refuted the claim, Chef Riz said: "Aiyoh! That's weird. I'll be checking with them."

    Gambar Perkahwinan dan Pra Perkahwinan Lan A to Z dengan Ain

    Posted: 14 Nov 2011 05:46 AM PST

    Tanggal 11.11.11 merypakan tarikh yang dipilih ramai pasangan untuk berkahwin kerana nombor yang cantik.Sampaikan tak tahu nak pergi kenduri yang mana sebab semua org kahwin paada hari yang sama..

    Tanggal 11.11.11 menjadi tarikh pernikahan Lan A to Z (42 tahun) dengan pasangannya Siti Nur Ain Daut berusia 24 tahun.Dengan sekali lafaz sahlah mereka bergelar suami dan isteri di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu

    Lan turut menyerahkan wang hantaran bernilai RM11,111 manakala mas kahwin berjumlah RM300. Lan juga menyerahkan sembilan dulang hantaran berupa cincin berlian, al-Quran, pakaian dan alat solek serta dibalas 11 dulang hantaran daripada Ain.