Adsense

Rabu, 24 Ogos 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Sinaran bintang Elfira Loy

Posted:

Sinaran bintang Elfira Loy

Sinaran bintang Elfira Loy

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM & BARIQ RAMADHAN RASMION (Pelatih Kolej Komuniti Paya Besar, Gambang, Pahang)


WALAUPUN teruja menyambut Aidilfitri, namun Elfira tetap fokus kepada pelajarannya.


BIARPUN baru berusia 17 tahun, bakat yang dimiliki aktres muda ini membuktikan dia tidak seharusnya dipandang enteng.

Memulakan karier seninya seawal usia 12 tahun, Elfira Loy tidak lagi menoleh ke belakang. Sebaliknya, dia terus berjalan tanpa henti dalam melebarkan sayap seninya.

Bukan hanya bakatnya menjadi perhatian, tetapi Elfira juga seorang yang bertuah kerana memiliki paras rupa yang boleh dikategorikan sebagai klasik.

Sekali pandang, wajahnya tidak ubah seperti aktres hebat, Datin Umie Aida sewaktu di zaman remajanya.

Apa yang membuatkan saya tertarik dengan Elfira adalah kening tebalnya itu yang jarang dimiliki oleh wanita Melayu hari ini.

"Pernah tak awak membenarkan mana-mana jurusolek mengusik atau mencantas kening awak itu?" tanya saya kepada Elfira usai sesi fotografi yang berlangsung di Studio Utusan Melayu, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dengan pantas anak jati Kuala Lumpur ini menggelengkan kepalanya seraya berkata dalam nada yang sedikit tegas: "Tidak sesekali saya akan membenarkan kening saya diusik oleh sesiapa pun.

"Saya sendiri sudah memberitahu kepada mana-mana jurusolek yang menata rias wajah saya. Ternyata permintaan saya itu dihormati oleh mereka."

Daripada jawapan yang diberikan itu sahaja sudah dapat disimpulkan bahawa Elfira bukan sembarangan gadis.

Sebagai seorang bakat baru yang diibarat putik yang hendak bercambah menjadi bunga yang mekar di taman puspawarna, Elfira tidak mahu dunia glamor membawanya hanyut dan seterusnya lari daripada landasan yang telah ditetapkan.

Dia juga memiliki pendirian tegas sekali gus membuktikan bahawa usia mudanya itu tidak bermakna dia boleh digula-gulakan mahupun diperkotak-katikkan oleh sesiapa pun.

"Terjunnya saya dalam bidang seni bukanlah untuk mengejar glamor dan populariti semata-mata. Jujurnya, saya sendiri tidak mahu menjadi seorang pelakon tetapi disebabkan ibu, saya mencuba nasib.

"Tidak sangka pula saya diterima dengan baik di dalam industri sehinggakan tawaran berlakon juga terus mencurah-curah untuk saya.

"Saya sendiri tidak mahu menjadi seorang pelakon untuk selama-lamanya kerana saya tahu dunia glamor tidak akan menjanjikan kemasyhuran mahupun kemewahan yang berpanjangan.

"Oleh yang demikian, saya mahu menyiapkan diri saya dengan ilmu pengetahuan selengkap yang mungkin dalam mengejar cita-cita saya menjadi seorang juruterbang," katanya yang ditemani ibunya, Filzah Yusoff pada sesi fotografi itu.

Sesekali Filzah mencelah perbualan kami sambil memberitahu memang dia mahukan anak-anaknya mencuba nasib dalam bidang lakonan.

Bukan kerana mahu mengejar kemewahan dan kemasyhuran tetapi Filzah mahu anak-anaknya belajar berdikari dan merasai sendiri kepayahan mencari duit sendiri.

"Saya juga mahu mereka membuka minda dan mata mereka kepada dunia luar. Biar berkawan dengan ramai orang dan merasai pengalaman hidup sendiri.

"Jika tidak, mereka akan menjadi kera sumbang dan hanya duduk di rumah mereka dalam dunia mereka sendiri," jelas Filzah tanpa selindung sambil memberitahu dua lagi anaknya juga mengikut jejak langkah Elfira sebagai seorang pelakon.

Bermula dengan teater

MENYINGKAP kembali pembabitannya dalam bidang seni, Elfira memberitahu dia dan adik-beradiknya mendapat pendedahan awal daripada program terbitan Astro seperti Macam-Macam Aznil dan Tom Tom Bak.

Daripada situ, dia kemudiannya mencuba nasib dengan menghadiri uji bakat teater muzikal kanak-kanak, Ali Baba yang turut dibintangi Aznil Nawawi.

Tuah menyebelahi Elfira apabila dia terpilih membintangi teater tersebut yang pernah dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada tahun 2006.

Apa yang membanggakan apabila teater tersebut berjaya membawa Elfira mengembara ke negara luar seperti Iran dan India.

"Teater sebenarnya adalah universiti di mana saya memperolehi banyak pengalaman dan pendedahan yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini.

"Nama-nama seperti Zaifri Husin, Aris Kadir dan Hafiz Askiak merupakan mereka yang bertanggungjawab memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam dunia lakonan kepada saya.

"Daripada situ, perlahan-lahan saya membentuk diri saya dengan mempelajari segala ilmu yang ada sebelum saya menceburkan diri sebagai seorang pelakon drama pula," katanya yang mula dikenali menerusi Tentang Bulan The Series yang merupakan drama pertama lakonannya.

Filem Jepun

MUNGKIN ramai yang tidak tahu bahawa bakat lakonan Elfira telah diintai oleh negara luar yang sekali gus memberinya peluang membintangi sebuah filem antarabangsa.

Diberi judul Second Virgin, filem berbahasa Jepun itu telah memberikan pengalaman baru kepada Elfira.

Perlu menjalani uji bakat bersama pelakon popular Malaysia yang lain untuk watak tersebut, berada di Tokyo, Jepun selama tiga minggu sudah cukup membuka matanya kepada dunia luar.

"Dialog saya semuanya di dalam bahasa Inggeris dan filem itu mengisahkan tentang perhubungan cinta di antara seorang lelaki dan wanita.

"Watak saya lebih kurang sebagai orang tengah kepada hubungan mereka itu. Saya difahamkan ia akan ditayangkan di Jepun pada 23 September ini," ceritanya dalam nada penuh teruja

'Budak nakal' balik kampung beraya

Posted:

'Budak nakal' balik kampung beraya

'Budak nakal' balik kampung beraya

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


BIARPUN tinggal di bandar, (berdiri dari kiri) Syazwan Zulkifly dan Adam Shah. Duduk dari kanan: Ahmad Helmy dan Muhammed Idzham tetap meraikan Syawal di kampung halaman mereka.


DALAM meraikan Syawal, sudah pasti ramai di kalangan kita akan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman.

Lantas, setiap kali menjelangnya Syawal pasti semua lebuh raya di seluruh negara dibanjiri jutaan kenderaan.

Sambutan lebaran akan lebih bermakna dan meriah jika kita dapat meluangkan masa pulang ke kampung bersama dengan keluarga tersayang.

Biarpun jauh di perantauan, raya di kampung menjadi pilihan kebanyakan daripada kita.

Justeru itu, senario itu turut dirasai oleh empat pelakon drama bersiri Juvana iaitu Syazwan Zulkifly yang dikenali dengan watak Apek, Muhammed Idzham Ismail (Panjang), Ahmad Helmy Hakim (Abe) dan Adam Shah (Ayam).

Bagi mereka, beraya di kampung memberikan lebih makna kerana dapat bersama berkumpul dan bertemu dengan dengan sanak-saudara.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Diana Danielle: Baju kurung lusuh, kain batik

Posted: 23 Aug 2011 02:47 PM PDT


Sekiranya dia tidak berbuat demikian, sesuatu yang buruk akan dilakukan terhadap dirinya. Malah, lelaki yang membuat ugutan turut menyatakan bahawa dia tahu di mana Farid tinggal.

Bertemu dengan Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson di lokasi filem Azazil di Ulu Yam, Selangor baru-baru ini, pelakon kelahiran Texas, Amerika Syarikat itu memberitahu, Farid memaklumkan kepadanya agar berhati-hati sebaik saja kekasihnya itu menerima ugutan daripada lelaki terbabit.


Berkongsi cerita mengenai apa yang berlaku, Diana menjelaskan dia tidak tahu apa motif sebenar orang yang membuat ugutan itu. Katanya, perkara itu masih dalam siasatan polis.


"Kami berdua sebenarnya lebih senang menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa. Bagaimanapun, berdasarkan nombor tertera kepada telefon bimbit Farid, rasanya kami boleh agak ia dilakukan oleh siapa.

"Apabila perkara itu berlaku, kami turut mengesyaki beberapa pihak tetapi ia sudah kami nyatakan kepada polis. Lagipun susah untuk saya mahupun Farid menyatakan nama orang yang disyaki kerana kami tidak pasti," katanya.

Jelas Diana, memang dalam waktu sama dia berasa bimbang dengan ugutan terbabit terutama apabila perkara itu disampaikan sendiri oleh Farid. Bagaimanapun, dia tidak mahu terlalu memikirkannya sehingga mengganggu tumpuan kerja.

Bercerita lanjut mengenai hubungan cintanya dengan Farid, tegas Diana mereka sememangnya benar-benar bercinta. Sudah tentu juga mereka turut memikirkan soal masa depan mengenai hubungan terjalin.

"Bagaimanapun, cerita �mengatakan kami akan bernikah pada tahun hadapan itu tidak benar. Saya tidak akan sesekali merahsiakan hari bersejarah kami," katanya yang turut menafikan bahawa antara dia dan Farid berselisih faham sebelum ini.

Apapun kata Diana, dia kini sibuk dengan penggambaran filem seram Azazil arahan Kabir Bhatia. Katanya, dia berasa sangat bertuah apabila diberi peluang memegang peranan utama dalam filem terbitan Primeworks Studios itu.

"Ini kali ketiga saya bekerja dengan Kabir. Pertama kali dulu wataknya kecil saja dan kali ini watak utama. Saya suka bekerja dengan Kabir kerana dia seorang pengarah yang cukup berpengalaman.

"Saya juga bangga apabila digandingkan dengan pelakon berpengalaman seperti Remy Ishak dan Umie Aida di samping pendatang baru, Shaanaz Ahmad.

"Sebelum ini saya sudah beberapa kali bekerja �dengan Remy. Kami tidak punya masalah kerana keserasian itu sudah ada. Cuma kali ini saya teruja apabila dapat bekerja dengan pelakon hebat seperti Umie Aida.

"Apabila dapat membintangi filem yang naskhah agak mencabar seperti Azazil,
sudah tentu ia memberikan perspektif berbeza. Saya �memang takut melihat �kesungguhan Umie di lokasi, �tetapi saya perlukan pengalaman dimiliki olehnya untuk memperbaiki lagi lakonan dan bakat dimiliki," katanya �memegang watak Aishah.

Untungnya Diana apabila dia berpeluang beraksi dalam filem arahan pengarah hebat seperti Kabir dan sebelum itu dalam filem Hanyut arahan U-Wei Shaari. Lebih menarik, kedua-dua filem dilakonkan ini adalah filem bajet besar dan epik berlatarkan tahun sebelum merdeka.

Menjelaskan perkara itu kata Diana, dia bimbang kerana watak yang dilakonkan sebagai Aishah dalam Azazil dan Nina dalam Hanyut mempunyai persamaan iaitu dari sudut latar tahun mahupun penampilan.

"Mengambil contoh mudah, dalam kedua-dua filem ini saya hanya berbaju kurung lusuh dan berkain batik. Bagaimanapun, saya percaya kepada kekuatan jalan cerita dan permainan watak ditampilkan kedua-dua pengarah ini. Saya memang berasa sangat bertuah kerana dalam usia muda, saya sudah dapat beraksi dalam filem yang saya rasa benar-benar mencabar.

"Sudah menjadi impian saya mahu orang mengingati saya dalam dunia seni ini kerana bakat dan bukan disebabkan populariti kosong semata-mata. Sekurang-kurangnya dua filem ini saya harapkan menzahirkan apa yang saya harapkan selama ini," katanya.

Mengenai harapan tinggi diletakkan penonton berdasarkan kepada filem dan kemampuan pengarah, jelas Diana dia tidak bimbang kerana percaya dengan kemampuan mereka dan yakin kedua-duanya adalah seorang mentor yang bagus. Jika dia tersasar sekali pun membabitkan watak yang dilakonkan, Diana yakin ia tidak akan pergi jauh.


PROFIL

NAMA PENUH: Diana Danielle Danny Beeson
TARIKH LAHIR: 22 November 1991
KERJAYA: Pelakon, Model dan Penyanyi
TEMPAT LAHIR: Houston, Texas, Amerika Syarikat (dibesarkan di Kuala Lumpur)
FILEM: Idola, Evolusi KL Drift, Setem, Maut, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Kecoh Betul, Magika, Dalam Botol, Hanyut dan Azazil
DRAMA: Air Mata Maria, Janji Diana, Sembilu Kasih, Takbir Terakhir, Cinta Bulan Dan Mentari, Gol and Gincu dan Igauan.
IKLAN: Fiorucci, Volvo, Watson's, Pampers, Shuemura, Milo, Harian Metro, Fair and Lovely, Bauch and Lomb, Kentucky Fried Chicken, Binary Body Scrub, T3 Body Wash, F&N Soya Bean, Tenaga Nasional dan Inner Shine for Brands.

Tiga beradik maut dalam kolam

Posted: 23 Aug 2011 02:42 PM PDT


KLUANG - Ibu bapa yang bertengkar anak-anak jadi korban. Demikian kisah malang menimpa tiga beradik yang dipercayai ditolak ke dalam sebuah kolam takungan air oleh bapa mereka di Ladang Lambak/Eliases, Jalan Mengkibol di sini kelmarin.

Tiga mangsa yang menjadi korban bapa sendiri itu hanya dikenali sebagai Niviyah, 5, Relesia, 3, dan Devenish, 2.

Kejadian menyayat hati pada pukul 7.30 malam itu berlaku selepas bapa kepada ketiga-tiga beradik itu membawa mereka ke kolam yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah mereka dengan alasan untuk memancing dan bersiar-siar.

Sebelum itu, suspek yang bekerja sebagai pemandu traktor dikatakan baru lepas bertengkar dengan isterinya.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian menimpa ketiga-tiga beradik itu pada pukul 10.20 malam selepas dihubungi orang awam.

Menurut beliau, polis yang dihantar ke lokasi kejadian melancarkan operasi mencari dan menyelamat selama sejam sebelum menemui mayat ketiga-tiga beradik itu di dasar kolam tersebut.

"Semasa ditemui mayat ketiga-tiga beradik yang berada tidak jauh antara satu sama lain masing-masing lengkap berpakaian," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, polis kemudian menahan bapa kepada ketiga-tiga beradik itu bagi membantu siasatan mengenai kematian anak-anaknya.

"Semasa ditahan suspek yang berusia 29 tahun berada bawah pengaruh alkohol dan dipercayai telah minum racun," katanya lagi.

IBU kepada tiga kanak-kanak yang mati lemas tidak dapat menahan kesedihan kehilangan anak-anaknya serentak.

Suspek kemudian dihantar ke Hospital Kluang dan dia dilaporkan dalam keadaan stabil.

Mohd. Fawzi memberitahu, daripada siasatan awal, suspek pulang ke rumah dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku selepas dipercayai menolak ketiga-tiga anaknya masuk ke dalam kolam.

Bagaimanapun, katanya, isteri suspek yang berusia 23 tahun mula curiga apabila melihat suaminya pulang tanpa anak-anak menyebabkan tercetus lagi perang mulut antara pasangan itu sehingga didengari jiran.

Jiran-jiran yang mengesyaki sesuatu buruk berlaku telah menghubungi polis.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh manakala suspek pula direman.

Mayat ketiga-tiga beradik itu dihantar ke Rumah Mayat Hospital Kluang untuk bedah siasat.

Sementara itu, jiran suspek, K. Prakash, 29, berkata, dia terkejut dengan kejadian menimpa ketiga-tiga beradik itu kerana suspek yang dikenalinya merupakan seorang bapa penyayang.

"Sepanjang mengenali keluarga ini, saya tidak pernah melihat suspek memukul atau memarahi anak-anaknya.

"Namun kami selalu dengar pasangan itu bertengkar tetapi kami tidak pernah ambil tahu punca pertengkaran mereka," katanya yang tinggal bersebelahan rumah suspek.

Ryzal Terpaksa Pindah Rumah Selepas Kes Kontroversi

Posted: 23 Aug 2011 02:41 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pelakon Ryzal Jaafar, 28, mengakui dirinya lebih tenteram apabilakes kontroversi yang mendakwa dirinya seorang lelaki homoseksual sebelum ini semakin reda.

Menurutnya, walaupun dia tidak berjaya menangani isu sensasi itu tetapi dia telah mengambil keputusan untuk berpindah rumah gara-gara diburu oleh individu yang dilihat mahu menutup periuk nasinya.

"Alhamdulillahlah, kini saya semakin berasa selamat dan tenteram. Kes tersebut memang memalukan tetapi saya bersyukur ia tidak mendapat perhatian atau liputan meluas daripada pihak media sehingga boleh memburukkan lagi keadaan.

"Jadi, saya tidaklah berasa ralat sangat sebenarnya. Cuma, untuk mengelakkan diri saya daripada terus diburu dan dihantui oleh individu yang berniat jahat itu, saya terpaksa berpindah ke rumah baru," katanya.

Ditanya adakah dakwaan penyebaran gambar bogel dan fitnah yang menuduhnya sebagai seorang homoseksual itu telah menggugat perkembangan kariernya, Ryzal berkata, sejak kontroversi itu berlaku tawaran lakonan terhadapnya tidak terjejas.

"Mungkin kerana saya menjadi mangsa fitnah manusia yang berhati jahat, maka tuhan mempermudah urusan kerja saya. Alhamdulillah, tawaran lakonan saya terima seperti biasa sehingga hujung tahun ini.

"Saya banyak terlibat dengan beberapa drama berepisod untuk pelbagai stesen televisyen walaupun sebelum ini orang itu pernah menghantar e-mel yang bukan-bukan dengan harapan untuk menutup peluang saya membintangi sebuah drama di RTM.

"Mujurlah, pihak penerbitan RTM dan yang lain-lain tidak termakan fitnah dan niat jahat orang itu dan saya berpeluang untuk terlibat dalam drama berepisod tersebut," luahnya.

Berkongsi tentang pengalaman berpuasa pada tahun ini, Ryzal berkata, kenikmatan berpuasa pada tahun ini adalah berbeza dan istimewa kerana hajatnya untuk beramal dengan anak-anak yatim termakbul.

"Saya bersyukur sangat pada tahun ini berpeluang untuk berkongsi sedikit rezeki dengan anak-anak yatim. Sebenarnya sudah lama saya berhajat untuk meraikan anak-anak yatim ini tetapi tidak begitu tahu saluran yang paling sesuai.

"Saya dapat juga peluang itu apabila dapat berkongsi rezeki dengan anak-anak istimewa ini menerusi sebuah majlis amal baru-baru ini," katanya yang bakal menyambut Hari Raya di Alor Setar, Kedah.

Shera Aiyob Mahu Belajar Berlakon Dengan Zahiril

Posted: 23 Aug 2011 02:40 PM PDT


PETALING JAYA: Selepas berjaya menempa nama sebagai pengacara Wanita Hari Ini, Shera Aiyob telah melebarkan sayap dengan melibatkan diri dalam bidang lakonan.

Bagaimanapun, menurut Shera, biarpun telah menceburkan diri dalam bidang tersebut dia tidak pernah terfikir meninggalkan tugasnya sebagai pengacara.

"Saya masih baru dalam bidang ini dan masih banyak yang perlu dipelajari. Kalau boleh saya ingin belajar berlakon teater sebab pelakon yang baik belajar dari pentas teater.

"Namun walau saya sibuk untuk berlakon saya tidak lupakan bidang pengacaraan, Insya-Allah saya akan kembali dengan program baru tidak lama lagi," katanya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 20 November depan dengan pelakon Zahiril Adzim.

Kata Shera lagi, dia merancang untuk belajar berlakon daripada Zahiril sebelum menerima tawaran berlakon teater.

"Ada juga tawaran untuk berlakon teater tapi saya tolak sebab tidak yakin dengan kemampuan diri.

"Saya merancang untuk belajar berlakon dengan Zahiril dahulu sebelum terima tawaran berlakon teater," katanya.

Bagaimanapun, jelas Shera, Zahiril awal-awal sudah memberi amaran agar lebih serius jika ingin belajar dengannya.

"Dia beritahu saya jika ingin belajar berlakon dengannya perlu serius dan tidak boleh main-main," ujar lagi.

google: shera aiyob, shera aiyob facebook, shera aiyob blog, shera aiyob twitter, shera aiyob myspace, shera aiyob seksi, shera aiyob bogel, shera aiyob putih, shera aiyob profil, shera aiyob biodata, terbaru terkini shera aiyob, gambar shera aiyob, shera aiyob dan tunang, tarikh kahwin shera aiyob

Hati Adibah Nor Tersentuh Lihat Kegigihan Kak Pah

Posted: 23 Aug 2011 02:38 PM PDT


KUALA LUMPUR: Penyanyi Adibah Nor mengakui kagum dengan kegigihan pengasas rumah kebajikan Titian Kasih, Sharifah Adlan atau lebih dikenali sebagai Kak Pah.

Katanya, sejak mengenali Kak Pah dan seluruh penghuni Rumah Kebajikan Titian Kasih sejak empat tahun lalu, hatinya tersentuh ingin memberi bantuan sedaya yang termampu.

"Dalam banyak-banyak rumah kebajikan, Titian Kasih merupakan rumah kebajikan yang telah membuatkan hati saya tersentuh. Saya juga amat kagum dengan ketabahan Kak Pah untuk menjaga anak-anak yang kurang bernasib baik.

"Dia seorang wanita yang gigih memelihara anak-anak istimewa yang bukan sahaja anak yatim tetapi kebanyakannya tiada tempat berlindung dan kurang upaya," katanya yang ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak-anak Titian Kasih, Titiwangsa, di Berjaya Times Square, di sini, Isnin.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Shila Amzah dan keluarga, Atilia, Fazli Zainal dan Bob.

Tambahnya, sebagai persiapan lebaran ini, dia telah mengumpul derma kutipan kilat melalui majlis tersebut untuk disumbangkan kepada rumah tersebut.

"Majlis berbuka puasa dengan rumah Titian Kasih ini merupakan kali keempat yang dianjurkan anjurkan setiap tahun.

"Ia bukan sahaja majlis berbuka puasa tetapi juga kita adakan kutipan kilat untuk didermakan kepada rumah kebajikan ini. Saya harap dengan sedikit sumbangan itu mampu menceriakan sambutan Hari Raya nanti," katanya.

Kata Adibah juga, dia sering berkunjung dan menziarahi rumah kebajikan tersebut jika ada kelapangan.

"Saya anggap mereka seperti saudara mara sendiri, jika ada kelapangan saya akan melawat ke sana terutamanya waktu-waktu perayaan," katanya. Majlis pada malam tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada artis-artis yang di undang.

TV3, TV9 Hidang Program Menarik Sempena Aidilfitri

Posted: 23 Aug 2011 02:37 PM PDT


PETALING JAYA: Menjelang Hari Raya Aidilfitri pada hujung bulan ini, stesen televisyen di bawah Media Prima Berhad meneruskan tradisi untuk menyediakan pelbagai program Hari Raya bertemakan "Salam Syawal TV3 & Di Hatiku Ada Raya TV9".

Lebih menarik, perayaan tahun ini juga turut dimeriahkan dengan program-program istimewa Merdeka sempena sambutan Hari Merdeka ke-54 yang jatuh pada Hari Raya Kedua iaitu 31 Ogos 2011.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, tradisi menyambut bulan Syawal masih diteruskan.

"Menerusi saluran televisyen yang sentiasa menjadi pilihan utama pada musim perayaan, TV3 tidak akan menghampakan jutaan penonton setianya dengan program-program menarik.

"Antaranya program majalah, muzikal dan variasi seperti Sampaikan Merdeka Raya, Melodi Raya, Fuhhh! Merdeka Raya, Mentor Raya, Raya Bapa Merdeka, 3 Gegaran, Sedetik Muzik, Kamilah Juara, Siapa Terhebat?, Di Bawah Rimbunan Madrasah dan Takbir Kembali sempena Hari Raya dan Hari Merdeka ini.

"Tidak ketinggalan juga drama-drama dan filem-filem hebat untuk tontonan semua seperti Cintaku 120KM/J, Sakura, Pusara Di Lebuh Raya, Janjiku Pada Al Walid, Nur Kasih The Movie, Adnan Sempit, Zoo dan banyak lagi," katanya pada majlis salam Syawal TV3 & Di Hatiku Ada Raya TV9 di Pusat Membeli Belah 1 Utama di sini baru-baru ini.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan personaliti TV3 dan TV9 serta artis-artis popular tanah air seperti Jamal Abdilah, Hujan, Aizat, Sazzy Falak, Nazril Idrus, Razak Ahmad, Zarina Zainoordin, Sharifah Shahira, Syazwan Zulkifli, Nazim Othman, Amanda Misbun, Nasrizal Ngasri, Fimie Don dan Erin Malek.

Selain itu, My TV3 dan Kawan 9 (K9) juga tidak ketinggalan untuk mengagihkan cenderamata yang mengandungi sampul Hari Raya dan biskut raya kepada orang ramai yang mahu pulang ke kampung di plaza-plaza tol pada minggu hadapan.

Lebih istimewa, biskut-biskut raya tersebut akan dihasilkan atas kerjasama 15 orang selebriti dan lebih kurang 300 orang peserta di acara "Uli Uli Biskut Raya Bersama Julie's" dengan kerjasama TV3 dan TV9 pada 21 Ogos 2011 di kilang biskut Julie's, Alor Gajah, Melaka.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Terkesima ribuan peminat histeria

Posted: 23 Aug 2011 05:35 AM PDT

FENOMENA yang dicetuskan Kim Hyun Joong sudah terbukti di Korea. Kini dia terus melebarkan pengaruhnya ke serata Asia, malah di mana juga muzik dan lakonan artis Korea diterima.

Bukan saja kacak dan memiliki susuk tubuh yang tinggi lampai, Hyun Joong juga berbakat besar lalu menjadi jejaka idaman jutaan wanita.

Vokalis kumpulan SS501 itu kini memulakan perjalanannya ke peringkat antarabangsa bagi mempromosikan mini albumnya yang berjudul Break Down.

Ia memuatkan tiga lagu - Kiss Kiss, Break Down dan Please.


Tidak mempertikaikan vokalnya, Hyun Joong yang mula berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak 2005 semakin menunjukkan kematangan vokalnya walaupun bergerak solo.


Berkesempatan datang lagi ke Malaysia, Sabtu lalu dijadikan sebagai ruang promosi untuk projek beliau yang lebih besar konsert solo di Malaysia pada Disember ini. Tentu itu berita yang cukup baik bagi semua peminatnya di negara ini.

"Sekarang saya sedang dalam proses menyiapkan album mini kedua dan dijangka akan dilancarkan pada Oktober nanti. Selepas itu, saya akan mengadakan satu siri jelajah ke seluruh Asia bagi mempromosikan album itu.

"Sekali gus kedatangan saya kelak bukan sekadar mempromosikan album kedua, tetapi juga untuk membuat konsert khas buat peminat saya yang ada di sini. Malaysia juga istimewa di hati saya," katanya ketika sidang media di Hotel Hilton, di sini, Jumaat lalu.

Berusia 25 tahun, Hyun Joong berkata, masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki bagi menghasilkan album Break Down. Pertama kali menghasilkan album itu sendirian, dia berjanji akan memberikan persembahan terbaik. Uniknya dia banyak menggunakan rona hitam bagi menaikkan lagi pesona dan karakter dirinya.

Beliau yang popular menerusi drama bersiri Boys Over Flowers melalui 8TV, ternyata menjadi kegilaan remaja bukan hanya di negara asalnya, malah di negara lain. Dalam kisah itu, dia memegang peranan sebagai Yoon Ji Hoo.

Namun, ketika menjayakan promosi jelajah di Jepun pada September 2009 untuk Boys Over Flowers, dia mengejutkan peminatnya apabila disahkan menghidap H1N1.
Ia juga menyebabkan dia tidak dapat hadir majlis International Drama Awards di Seoul ketika itu dan diwakili rakan-rakannya dalam SS501.

Terbaru Hyun Joong sangat terkedu dengan mendapat sambutan hangat daripada peminat di Malaysia. Dia akui perbezaan bahasa bukan penghalang bagi dia untuk menunjukkan bakat dan diterima ramai.

Tampil lebih matang, Hyun Joong akui dulu tidak pernah berniat untuk meninggalkan SS501 semata-mata mahu bergerak solo. Namun, dia sekadar memenuhi permintaan peminat yang mahukan dia menghasilkan album solo. Mulanya, dia enggan berbuat sedemikian kerana komitmen bersama kumpulan, namun akhirnya atas sokongan ahli SS501 sendiri iaitu, Heo Young Saeng, Kim Kyu Jong dan Kim Hyung Jun, dia mengorak langkah bergerak sendirian.

"Saya awalnya risau tidak dapat membahagikan komitmen terhadap kumpulan dan fokus kepada pembikinan album sendiri, tapi rakan-rakan saya dalam kumpulan itu percaya saya boleh melakukannya.

"Menuruti nasihat rakan-rakan, saya akhirnya menghasilkan album pertama ini dan terkejut dengan sambutan memberangsangkan daripada peminat," ujarnya.

Walaupun selalu beraksi di atas pentas, menyanyi seorang diri tanpa ahli kumpulan yang lain membuatkan dia terasa gementar. Bagaimanapun, keadaan itu tidak menghalangnya untuk meneruskan niat yang sudah disematkan di dalam hati. Dengan keyakinan yang kuat, Hyun Joong meneruskan perjalanan kariernya dengan bersungguh-sungguh.

Dia yang dilahirkan di Seoul bukan hanya bijak menghiburkan penonton ketika di atas pentas, tetapi dia aktif bersukan. Jarang sekali kita mendengar selebriti rajin meluangkan masa untuk beriadah, tetapi berlainan dengan Hyun Joong yang sangat aktif bermain bola sepak sehingga dinobatkan sebagai selebriti-atlit kerana membantu pasukannya memenangi pertandingan bola sepak.

Sementara itu, sehari selepas sidang media itu diadakan satu sesi ramah mesra bersama peminat diadakan di Grand Ballroom di Tingkat 5, The Garden, Mid Valley Megamall.

Dia yang muncul dengan persalinan tuksedo putih-kelabu, kira-kira jam 4.10 petang memberikan reaksi terkesima apabila melihat separuh dewan yang mampu membuatkan ribuan penonton itu dibanjiri peminat bersama jerit histeria.

Tidak pernah menyangka peminatnya sebegitu ramai di Malaysia, Hyun Joong berjanji untuk kembali ke Malaysia seperti yang disebut dalam sidang medianya.

"Saya sukakan negara ini. Peminat di sini membuatkan saya berasa terharu. Saya mulanya bimbang kalau-kalau kunjungan saya di sini disambut dingin, tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

"Saya berjanji untuk kembali ke Malaysia dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi konsert saya awal tahun depan," katanya meninggalkan dewan selepas kira-kira 60 minit melayani peminat.

Sesi itu turut dimanfaatkan Hyun Joong untuk menceritakan keunikan album solonya, Break Down yang tidak hanya menggegarkan hati pendengar dengan alunan muzik tarian, tetapi setiap lagunya juga diterjemahkan ke muzik video.

Hyun Joong juga tidak menolak untuk menjalinkan kerjasama dengan penyanyi Malaysia jika mempunyai peluang dan artis yang digandingkan bersesuaian genre muziknya. Kita tunggu siapa calonnya.

PROFIL

NAMA PENUH: Kim Hyun Joong
TARIKH LAHIR: 6 Jun 1986
USIA: 25 tahun
TEMPAT LAHIR: Seoul, Korea Selatan
KERJAYA: Pelakon, penyanyi, model, penari, pengacara
PENDIDIKAN: Mahasiswa Universiti Cheongwoon dalam bidang pengurusan perancangan persembahan.
DRAMA: Boys Over Flowers, Playful Kiss, Dream High
IKLAN: Samsung Anycall Blue, Hotsun Chicken, Converse, T.I For Men, Elite Uniform

Perangkap Cinta Part II

Posted: 23 Aug 2011 05:17 AM PDT

LAGU Trilogi Cinta nyanyian Saleem yang menjadi sebutan dan mendapat tempat di kalangan peminat muzik pernah mencetus tanda tanya siapakah pencipta lagunya.

Ada pendapat mengatakan lagu berkenaan mempunyai sejarah apabila dikatakan dihasilkan seorang banduan yang berhadapan hukuman digantung kerana membunuh.

Trilogi Cinta atau dikenali dengan lagu Cinta Tiga Segi dan Perangkap Cinta. Pelbagai versi penyanyi dan klip video dapat dilihat di laman web YouTube dan Internet. Boleh dikatakan lagu puitis dan penuh makna itu mencetus fenomena tersendiri.

Penulis dan komposer asal lagu itu, Mohammed Nazri Mohd Yusof atau Ayie Soulstar, 26, dari Singapura berkata, semua dakwaan membabitkan lagu berkenaan adalah tidak benar. Tambahnya sebagai pencipta lagu dia adalah orang pertama yang merakamkan video di YouTube.


"Pada asalnya tajuk lagu ini berjudul Perangkap Cinta. Memang di Singapura sudah ramai yang mengenali Ayie yang menyanyikan lagu itu. Sebelum versi sama yang dinyanyikan Saleem berjudul Trilogi Cinta. Memang penerimaan peminat terhadap lagu itu cukup menggalakkan.


"Saya mencipta lagu itu ketika berusia 13 tahun berdasarkan pengalaman yang saya lalui. Sebelum memasukkannya ke YouTube sekitar 2006," katanya.

Sebagai komposer dan penulis lirik lagu itu dia cukup berbangga melihat sambutan yang diberikan menerusi lagu itu apatah lagi apabila lagu berkenaan dinyanyikan penyanyi legenda seperti Saleem. Dia yang membesar menerusi lagu berentak seperti itu cukup kagum dengan bakat nyanyian Saleem.

Ekoran sambutan menggalakkan terhadap lagu itu, Ayie merancang menerbitkan lagu Perangkap Cinta Part II. Sebagai penulis lirik lagu berkenaan, Ayie memaklumkan lagu berkenaan sebenarnya berkisar kepada pemuda yang meminati seorang wanita, namun dia berdepan dilema kerana bekas kekasih wanita itu menagih cintanya semula.

Ayie yang berkhidmat sebagai anggota Polis di Singapura baru saja menandatangani perjanjian dengan syarikat rakaman Muzik Valley untuk merakamkan beberapa lagu baru tidak lama lagi.

"Sebelum ini saya pernah menandatangani perjanjian dengan Data Keris yang berminat sebagai pengedar lagu dan menguruskan soal royalti. Begitu juga selepas lebih setahun saya langsung tidak dimaklumkan apa-apa, malah apabila di tanya mengenai pembayaran atau bahagian saya macam-macam alasan yang diberikan pihak pengurusan.

"Menerusi perbincangan dengan pihak pengurusan Muzik Valley jadi saya bersetuju menandatangani perjanjian bersama mereka supaya hak terhadap lagu ini diperoleh," kata Ayie ketika berkunjung di Balai Berita Bangsar, baru-baru ini.

Menurut Ayie yang berkebolehan bernyanyi dan bermain muzik dia masih mempunyai beberapa lagu yang ditulis berdasarkan pengalaman sendiri antaranya berjudul Sekolah, Kawan dan Hadiah.

Jika tiada aral dia akan merakamkan semula lagu berkenaan. Terpulang kepada pihak Muzik Valley sama ada mahu dia menyanyikan lagu berkenaan atau dinyanyikan penyanyi lain.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Hiburan raya Fara, Leya, Usop dan Ag

Posted:

Hiburan raya Fara, Leya, Usop dan Ag

Hiburan raya Fara, Leya, Usop dan Ag

BERTUGAS di pagi Aidilfitri bagai sudah sebati dalam adunan tanggungjawab dan keseronokan bagi penyampai-penyampai radio Hot FM antaranya Fara Fauzana, Leya, Usop dan AG.

Seiring dan sejalan dengan usia stesen radio itu beroperasi selama lima tahun umpamanya Fara Fauzana sehinggalah yang baru menginjak dan menapak perlahan seperti Usop atau nama lainnya Shy8, kemeriahan raya tetap dirasa walau meraikannya di konti pada pagi Syawal.

Bagi keempat-empat tunjang utama Hot FM, raya bukan hanya meraikan kemenangan bahkan juga mencurahkan sepenuh tanggungjawab menghiburkan pendengar pada pagi Aidilfitri.

Fafau Ratu mercun

Mercun dan bunga api susah untuk dipisahkan antara figura yang terkenal dengan panggilan Fafau atau empunya nama sebenarnya Fara Fauzana Fadzil, 31.

Katanya, label Ratu Mercun Shah Alam bagai sudah serasi dengan dirinya sementelah dia bergelar selebriti mahupun sebelum terkenal.

"Empat tahun lalu, saya pernah kena tahan polis sebab menyimpan mercun tapi selepas diberi teguran saya dilepaskan," katanya yang masih menyemat erat kenangan pahit ditempuhinya itu tatkala memandu sekitar kawasan rumahnya di Shah Alam.

Namun, semua itu hanya tinggal kenangan. Baginya, raya kini hanya di sekitar Kuala Lumpur (KL) dan Shah Alam termasuk konti Hot FM yang serasi dengannya sejak lima tahun lalu.

"Sebenarnya beraya di sekitar KL ini sangat menguntungkan, semuanya sudah ada di sini dan insya-Allah tahun ini rutin raya saya sama seperti tahun terdahulu.

"Selepas menghabiskan tugas saya di konti, saya akan meluangkan masa bersama keluarga dan sanak saudara di Shah Alam dan mungkin pada sebelah petangnya baru mulakan sesi menziarah," bicaranya ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa dan Pra-Dengar Single Raya penyampai Hot FM di Restoran Songket, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Leya fobia bunga api

Berbeza kisahnya bagi penyampai radio genit, Leya atau nama sebenarnya Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid al-Yahya, 28.

Fobia dengan bunga api lantaran melihat pakaian sepupunya yang terbakar disambar api ketika bermain bunga api ketika malam raya sekali gus menghadiahkan trauma berpanjangan hingga kini.

"Masa kecil-kecil dulu, kami adik-beradik dengan sepupu yang sebaya sedang seronok bermain bunga api. Tapi, tiba-tiba percikan bunga api menyambar pakaian salah seorang daripada kami dan semuanya panik!

"Syukur Alhamdulillah semuanya selamat dan kecederaan yang dialaminya juga tidak teruk walaupun pakaiannya habis terbakar," ceritanya yang takut dengan bunga api apatah lagi bermain mercun.

Menceritakan momen menyambut raya di konti pada tahun terdahulu, ujar ibu kepada dua pasangan kembar Aza Ameena dan Asha Ameena, 2, itu, keutamaan diberikan kepada rakan setugas yang perlu pulang ke kampung halaman yang jauh dari Kuala Lumpur.

"Memandangkan rumah saya dan mertua juga sekitar KL maka tidak menjadi masalah untuk bertugas pada pagi raya, selepas menjalankan tanggungjawab menghiburkan pendengar yang sedang seronok berhari raya selepas itu tiba pula giliran saya menyambut lebaran dengan keluarga tercinta," tuturnya yang terkenal dengan kepetahan bercakap.

Tambahnya lagi, kuih raya yang menjadi idamannya sudah tentu kuih tart nanas buatan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin yang baginya punyai rasa unik dan berbeza daripada dibeli daripada pasaran.

Shy8 beraya di hospital

Bagi empunya diri yang bernama Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalulail atau mesra disapa sebagai Shy8, tahun ini merupakan pengalaman pertama dirinya menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri sebagai penyampai radio.


BARISAN penyampai Hot FM begitu teruja menantikan ketibaan Aidilfitri kali ini.


Shy8 atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha di kalangan peminatnya berkata, tidak mengapa jika dia bekerja pada hari raya kerana mungkin sudah biasa dengan keadaan tersebut memandangkan dia sudah berpengalaman lama di dalam alam pekerjaan.

"Saya tidak kisah bekerja pada hari raya kerana dahulu juga saya pernah bekerja dan mengalami perkara sebegini. Tahun ini jika tidak dapat pulang beraya di kampung, asalkan saya bersama isteri dan anak, sudah memadai bagi saya," cerita Shy8 yang teruja menyambut raya kali ini bersama isteri dan anaknya yang baru memasuki umur setahun lebih.

Cerita Shy8 lagi, setiap kali menjelang raya, pasti banyak pengalaman manis yang diperoleh apabila dapat berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara di kampung. Namun, ada sebuah kisah sedih semasa raya yang tidak akan dapat dilupakan oleh jejaka yang berusia 46 tahun ini.

"Pernah sekali ketika umur saya berusia dalam lingkungan 20-an, saya dimasukkan ke wad selama dua hari. Ketika itu saya diserang penyakit gastrik dan yang sedihnya, saya dimasukkan ke wad sehari sebelum raya.

"Pesakit lain semuanya mengambil cuti dan pulang beraya kecuali saya seorang. Apabila mendengar takbir berkumandang dan mengenangkan nasib saya yang berada di hospital, terasa sayu di dalam hati kerana tidak dapat bersama keluarga," bicara Shy8 yang sempat bergurau mengatakan mujur jururawat yang comel dapat mengubati sedihnya itu.

Raya rumah papan AG

Bagi AG atau nama sebenarnya Muhammad Azmir Selamat, tahun ini dia sekali lagi dapat pulang beraya di kampung. Raya tahun ini juga AG serta keluarganya akan pulang beraya di Johor memandangkan dia dan isteri berasal dari negeri yang sama.

Cerita AG, tahun ini merupakan tahun yang agak sibuk buat dirinya dan isteri. Seperti tahun-tahun sebelumnya, isteri AG, Emelda Amir hanya berniaga kuih-muih sahaja.

Tapi pada tahun ini, perniagaan Emelda dikembangkan dengan membuka dua buah gerai di bazaar Ramadan di dua lokasi berbeza.

"Bulan ini sibuk sikit berbanding tahun sebelumnya. Jika dahulu isteri saya hanya berniaga kuih raya namun tahun ini kami membuka dua gerai di bazar. Satu di bazar Masjid India dan satu lagi di e @ Curve, Damansara, Petaling Jaya.

"Orang rumah saya kini sudah melancarkan produk sendiri iaitu Galeri Emelda yang menjual shawl dan tudung serta ada juga pakaian raya. Alhamdulillah, perniagaan baik dan kuih juga ada yang membuat tempahan hingga ke Korea," cerita AG yang mana kuih raya kesukaan mereka ialah kuih semprit cheese.

Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan AG ialah nostalgia semasa zaman kanak-kanak dahulu yang mana mereka sering pulang ke kampung di Muar. Di mana saudara-mara akan berkumpul beramai-ramai di rumah kampung diperbuat dari papan.

Akui AG, dia rindu ingin meraikan Aidilfitri di atas rumah papan yang mempunyai pangkin serta ruang bawah rumah yang menjadi tempat kanak-kanak bermain.

"Rumah ibu bapa saya kini telah diperbuat dari batu dan sudah moden. Jadi kepada peminat-peminat yang ada kampung yang masih berlantaikan papan, sila jemput AG ke rumah sebab memang teringin mahu beraya dalam suasana sebegitu," seloroh AG sambil ketawa yang juga mengatakan dia cemburu dengan sesiapa yang masih punya kampung berumah papan.

Akim bawa Stacy pulang beraya

Posted:

Akim bawa Stacy pulang beraya

Akim bawa Stacy pulang beraya

Oleh HARYATI KARIM


AKIM mengakui hubungan persabahatannya dengan Stacy agak akrab.


LEBARAN yang menjelang tiba disambut dengan penuh meriah oleh dua penyanyi muda yang hangat digosip bercinta, Akim dan Stacy. Meskipun berlainan agama, tidak menghalang untuk kedua-dua mereka meraikan lebaran bersama.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad dan Stacy yang ditemui pada rakaman program raya stesen radio Muzik FM baru-baru ini memberitahu mereka meraikan lebaran secara sederhana.

Jejaka tinggi lampai berusia 20 yang tidak berselindung mengakui mempunyai hubungan persahabatan yang akrab dengan Stacy itu menyatakan keinginannya membawa pulang Stacy ke kampung halamannya di Johor Bharu untuk menyambut lebaran bersama.

Tetapi jangan salah sangka, niat Akim itu bukannya untuk memperkenalkan Stacy kepada keluarganya kerana terang Akim dan Stacy disebabkan persahabatan mereka, keluarga mereka juga sudah saling mengenal antara satu sama lain.

"Stacy kawan baik saya, apa salahnya saya ajak dia beraya di kampung untuk merasai pengalaman sebenar menyambut lebaran di kampung. Itu pun kalau dia tidak sibuk atau terikat dengan kerja.

"Jangan salah anggap pula, kami hanya kawan dan saya akui memang kami kawan rapat. Selain merasai pengalaman raya, pada hari raya keempat saya dan keluarga akan mengadakan rumah terbuka buat peminat, saudara dan rakan-rakan.

"Kemungkinan juga saya akan berkonvoi melawat rakan-rakan Akademi Fantasia yang lain seperti Aril di Melaka. Kalau tidak pun setiap tahun Aril akan datang beraya di rumah saya," katanya yang akan bercuti selama dua minggu bermula 29 Ogos ini.

Bercerita lanjut mengenai persiapan raya, kata Akim yang menggemari makanan tradisi orang Bugis iaitu Berasak (pulut yang dibungkus dengan daun pisang) paha hari raya, dia telah membeli kelengkapan hari raya untuk keluarganya terutamanya pakaian pada awal puasa lagi. Cuma yang tinggal adalah kerja-kerja pada saat-saat akhir seperti mengemas rumah dan menukar langsir yang menjadi tugas wajibnya setiap tahun.

"Tahun ini tahun ketiga saya beraya sebagai artis, saya raya macam orang lain juga. Peruntukan saya tidak banyak hanya untuk saya, ibu ayah dan adik bongsu," kata anak ketiga daripada empat adik-beradik itu lagi.

Seperti biasa, tahun ini wajah Akim boleh disaksikan di kaca televisyen pada hari raya pertama menerusi program Mega Raya, Fantastika Raya, Akustika Raya dan program Wali Band Cari Jodoh yang mana Akim bertindak sebagai pengacara.

Stacy bersiap untuk Kasanova

Penyanyi Stracie Angie Anam atau Stacy yang baru menyambut hari lahir yang ke-21 pada 18 Ogos lalu, tidak ketinggalan meraikan lebaran saban tahun memandangkan dia dikelilingi oleh rakan-rakan beragama Islam, malah abang keduanya juga memeluk agama Islam kerana berkawan dengan wanita Melayu.

"Saya sudah biasa sambut hari raya walaupun saya beragama Kristian kerana dalam keluarga saya sendiri ada yang beragama Islam, sudah pasti saya menyambut hari raya bersama mereka," kata anak kesembilan daripada 10 adik-beradik itu lagi.

Sungguhpun begitu, lebaran kali ini, Stacy dihambat oleh kesibukan kerja kerana menyiapkan dirinya untuk merakamkan video muzik untuk single keduanya berjudul Kasanova selepas single pertamanya Kisah Dongeng.

"Saya teringin untuk beraya di kampung dan merasai nikmat hari raya bersama rakan-rakan, Akim ada beritahu dia akan buat rumah terbuka pada hari raya keempat, jika saya ada kelapangan saya akan pergi melawat dia dan juga rakan-rakan yang lain.

"Tetapi hari raya tahun ini saya akan berada di Kuala Lumpur untuk mempersiapkan diri dengan tarian rancak untuk rakaman muzik video lagu Kasanova," katanya yang menggemari kuih batang buruk dan makmur.

Tambah Stacy, dia tidak menolak andai jodohnya kelak dengan lelaki Melayu, malah, Stacy tanpa berselindung memberitahu lelaki idamannya adalah seperti Akim, namun buat masa ini dia tiada masa untuk bercinta sebaliknya hanya ingin fokus pada kerjaya seni.

"Saya dan Akim rapat, begitu juga dengan rakan AF yang lain macam Aril dan Hafiz. Saya mengaku kami sering menonton wayang bersama tetapi bukan berdua sebaliknya bersama rakan-rakan yang lain.

"Memang saya suka lelaki macam dia (Akim), tetapi sekarang saya masih muda, bukan masanya untuk bercinta. Kalau nak fikir kahwin pun lambat lagi, sekarang saya hanya ingin bekerja," katanya yang pulang ke kampung halaman Kota Kinabalu untuk meraikan sambutan hari lahirnya.

Peminat boleh mendengar suara Stacy dan Akim menyanyikan lagu raya dan lagu-lagu popular mereka di radio Muzik FM dalam Konsert Raya 1Malaysia Muzik FM yang akan disiarkan pada hari raya pertama dan kedua pada pukul 2 petang.

Selain Stacy dan Akim, artis lain yang turut terlibat dalam program tersebut adalah Francesca Peter, Dayang Nurfaizah, Mawi, Sheila Abdul, Daniel Lee, DJ Anand (Minnal FM) dan juga DJ Muzik FM.

Selasa, 23 Ogos 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

OHBULAN!

OHBULAN!


(Video) Terbaik! Shila Amzah Cover Lagu Black Mentor, “Sofia Jane”.

Posted: 23 Aug 2011 05:15 PM PDT

Habis pusing youtube, kami terjumpa dengan video dari penyanyi lagu "Patah Seribu", Shila Amzah, 21, yang sedang mencipta nama di dunia seni hiburan. Dia yang juga anak kepada penyanyi dan penulis lirik iaitu ND Lala mempunyai suara yang unik dan menarik untuk didengar.

Video ini dirakam kira-kira sebulan lepas didalam kereta apabila minus one milik Black Mentor tertinggal dan Shila mengambil kesempatan ini untuk merakam dan menyanyikan lagu bertajuk Sofea Jane yang juga diminati kami. Anda layankan video selepas ini!

Apa kata anda? Setuju atau tidak jika lagu ini dinyanyikan semula untuk versi perempuan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Heroin Filem Titanic, Kate Winslet Menjadi Wira Apabila Selamatkan Ibu Rakan Dari Kebakaran!

Posted: 23 Aug 2011 05:05 PM PDT

Home > Celebriti & E-News > Heroin Filem Titanic, Kate Winslet Menjadi Wira Apabila Selamatkan Ibu Rakan Dari Kebakaran!

Percutian yang sepatutnya menjadi satu memori indah, bertukar menjadi tragedi apabila lokasi peranginan yang dikunjungi Kate Winslet dan teman lelakinya mengalami kebakaran. Lokasi kejadian iaitu rumah milik Sir Richard Branson di Necker Island, Karibia yang pada waktu itu dikunjungi oleh aktress terkenal, Kate Winslet bersama 20 orang yang lain telah terbakar akibat petir yang menyambar rumah mewah tersebut.

Kejadian tersebut berlaku terlalu pantas tetapi nasib menyebelahi semua orang yang berada di dalam rumah dan tiada seorang pun yang tercedera. Mereka sempat melarikan diri dan yang paling menarik, Kate Winslet telah menyelamatkan ibu Sir Richard Branson yang berumur 90 tahun ketika keadaan sedang kelam-kabut.

Sir Richard Branson yang bersyukur kerana ibunya terselamat turut merasa sedih apabila dia tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting dirumahnya terutamanya koleksi fotografinya yang disimpan di dalam rumah, turut hangus ditempat kejadian. Gambar tempat kejadian selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sensasi

Sensasi


Nanu Baharudin bela anjing

Posted: 23 Aug 2011 03:28 AM PDT

Baru-baru nie ,kecoh lagi isu selebriti beragama Islam membela anjing....

Kalau sygkan binatang,memang bagus dan tak salah..pegang anjing yang kering pun takda masalah ,tapi kalau kene air liur ,kulit anjing,bulu anjing yang basah dan najisnya mestilah smak betul-betul..

Isu disini,Nanu dikatakan membela anjing,memang comel anjing kat bawah nie..
Tapi anjing mcm nie dah sah-sah bela dalam rumah kan..
Air liur,atau najis anjing nie kalau mercik mana-mana pun kene samak,kalau tak mcm mana nak bersolat atau beribadat kan..

Sebab tue islam tak galakkan kita bela anjing kecuali untuk menjaga kebun ke,ladang ke,tue pun tak dibawa ke tempat kita beribadat dan dlm rumah.

Nabila Huda buat permohonan cerai di Mahkamah kerana tidak bahagia dengan suami

Posted: 23 Aug 2011 03:09 AM PDT


Nabila Huda 27 tahun anak Amy Search yang dah mendirikan rumah tangga selama 3 tahun dengan pilihan hatinya Zaidy Zailani (30) baru-baru nie pergi ke Pejabat Kadi bahagian Perkahinan JAWI sebab nak menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.Tapi disebabkan Nabila lupa bawak surat cerai jadi permohonannya belum dapat diteruskan.


Sementara itu, Nabila terkejut kehadiran jurugambar NSTP
"Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.

Memang tidak bagus bila hendak berpisah. Pada awalnya saya cuba untuk bertahan, tetapi bila fikir balik memang tidak boleh. Kiranya, jalan terakhir adalah bercerai dan ini adalah yang terbaik buat kami berdua.Buat apa hidup bersama jika tidak gembira. Dan itulah yang saya rasakan selama tempoh kami berkahwin.Saya tidak boleh rasa sangsi terhadap suami. Saya akui kekurangan saya dan saya terima juga kekurangan suami. Tidak perlu untuk burukkan sesiapa bila perkara sebegini terjadi. Apa yang saya boleh katakan, memang sudah tidak ada persefahaman antara kami. Saya anggap cukup di sini sahaja jodoh kami berdua.

"Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya," ujarnya.

Katanya, dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.

"Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati".

Nabila Huda dan suaminya, Zaidi Zailani, mendirikan rumah tangga pada Disember 2008. Hasil perkahwinannya Nabila dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila yang kini berusia lebih setahun.

Komen Amy Search pula berkaitan hal ini

"Saya baru tahu tentang hal ini. Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya.
"Memang saya terkejut dengan hal ini dan saya enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi," katanya. Ditanya adakah dia tahu selama ini Nabila mempunyai masalah rumah tangga, kata Amy, dia sekadar mendengar khabar angin sahaja tentang pergolakan rumah tangga anaknya itu tetapi tidak menganggapnya serius.

Memey Paparkan Gambar Berbuka Puasa dengan Anak-anak Norman

Posted: 23 Aug 2011 02:48 AM PDT

Wah wah,kalau hari tue kita disajikan dengan gambar satu keluarga iaitu Abby,Norman dan anak-anak berbuka bersama.

Nampaknya Memey pun tak nak kalah juga dengan gambar berbuka puasa bersama-sama dengan Norman dan anak-anak.

Norman membawa anak-anaknya berbuka di rumah parent Memey dimana mereka juga buat BBQ,main bunga api..

Sensasi harap kemesraan bakal ibu tiri baru dan anak-anak Norman sentiasa mesra dan berkekalan walaupun lepas Memey dan Norman dapat anak-anak baru nanti..

September dah tak lama lagi untuk menyaksikan perkahwinan besar besaran norman dan Memey..

Gambar Kekasih Terbaru Tauke Raja Lawak semasa mereka di Pulau Tioman

Posted: 23 Aug 2011 02:34 AM PDT

Tauke (raja lawak) dah ada kekasih baru lagi..Dengan kekasih lama Tauke putus cinta kerana masih berstatus suami org.

Awek baru Tauke nie berumur 24 tahun berasal dari Johor.Dengar cerita si awek nie dah update status in relationship dengan Tauke di Facebook.

Gambar di bawah nie gambar semasa awek nie menemani Tauke semasa penggambaran di Pulau Tioman.

gambar kekasih taukey

gambar kekasih taukey

gambar kekasih taukey

gambar kekasih taukey

gambar kekasih taukey

gambar kekasih taukey