macam macam hiburan terkini |
- Diana Danielle: Baju kurung lusuh, kain batik
- Tiga beradik maut dalam kolam
- Ryzal Terpaksa Pindah Rumah Selepas Kes Kontroversi
- Shera Aiyob Mahu Belajar Berlakon Dengan Zahiril
- Hati Adibah Nor Tersentuh Lihat Kegigihan Kak Pah
- TV3, TV9 Hidang Program Menarik Sempena Aidilfitri
Diana Danielle: Baju kurung lusuh, kain batik Posted: 23 Aug 2011 02:47 PM PDT Bertemu dengan Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson di lokasi filem Azazil di Ulu Yam, Selangor baru-baru ini, pelakon kelahiran Texas, Amerika Syarikat itu memberitahu, Farid memaklumkan kepadanya agar berhati-hati sebaik saja kekasihnya itu menerima ugutan daripada lelaki terbabit. Berkongsi cerita mengenai apa yang berlaku, Diana menjelaskan dia tidak tahu apa motif sebenar orang yang membuat ugutan itu. Katanya, perkara itu masih dalam siasatan polis. "Kami berdua sebenarnya lebih senang menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa. Bagaimanapun, berdasarkan nombor tertera kepada telefon bimbit Farid, rasanya kami boleh agak ia dilakukan oleh siapa. "Apabila perkara itu berlaku, kami turut mengesyaki beberapa pihak tetapi ia sudah kami nyatakan kepada polis. Lagipun susah untuk saya mahupun Farid menyatakan nama orang yang disyaki kerana kami tidak pasti," katanya. Jelas Diana, memang dalam waktu sama dia berasa bimbang dengan ugutan terbabit terutama apabila perkara itu disampaikan sendiri oleh Farid. Bagaimanapun, dia tidak mahu terlalu memikirkannya sehingga mengganggu tumpuan kerja. Bercerita lanjut mengenai hubungan cintanya dengan Farid, tegas Diana mereka sememangnya benar-benar bercinta. Sudah tentu juga mereka turut memikirkan soal masa depan mengenai hubungan terjalin. "Bagaimanapun, cerita �mengatakan kami akan bernikah pada tahun hadapan itu tidak benar. Saya tidak akan sesekali merahsiakan hari bersejarah kami," katanya yang turut menafikan bahawa antara dia dan Farid berselisih faham sebelum ini. Apapun kata Diana, dia kini sibuk dengan penggambaran filem seram Azazil arahan Kabir Bhatia. Katanya, dia berasa sangat bertuah apabila diberi peluang memegang peranan utama dalam filem terbitan Primeworks Studios itu. "Ini kali ketiga saya bekerja dengan Kabir. Pertama kali dulu wataknya kecil saja dan kali ini watak utama. Saya suka bekerja dengan Kabir kerana dia seorang pengarah yang cukup berpengalaman. "Saya juga bangga apabila digandingkan dengan pelakon berpengalaman seperti Remy Ishak dan Umie Aida di samping pendatang baru, Shaanaz Ahmad. "Sebelum ini saya sudah beberapa kali bekerja �dengan Remy. Kami tidak punya masalah kerana keserasian itu sudah ada. Cuma kali ini saya teruja apabila dapat bekerja dengan pelakon hebat seperti Umie Aida. "Apabila dapat membintangi filem yang naskhah agak mencabar seperti Azazil, sudah tentu ia memberikan perspektif berbeza. Saya �memang takut melihat �kesungguhan Umie di lokasi, �tetapi saya perlukan pengalaman dimiliki olehnya untuk memperbaiki lagi lakonan dan bakat dimiliki," katanya �memegang watak Aishah. Untungnya Diana apabila dia berpeluang beraksi dalam filem arahan pengarah hebat seperti Kabir dan sebelum itu dalam filem Hanyut arahan U-Wei Shaari. Lebih menarik, kedua-dua filem dilakonkan ini adalah filem bajet besar dan epik berlatarkan tahun sebelum merdeka. Menjelaskan perkara itu kata Diana, dia bimbang kerana watak yang dilakonkan sebagai Aishah dalam Azazil dan Nina dalam Hanyut mempunyai persamaan iaitu dari sudut latar tahun mahupun penampilan. "Mengambil contoh mudah, dalam kedua-dua filem ini saya hanya berbaju kurung lusuh dan berkain batik. Bagaimanapun, saya percaya kepada kekuatan jalan cerita dan permainan watak ditampilkan kedua-dua pengarah ini. Saya memang berasa sangat bertuah kerana dalam usia muda, saya sudah dapat beraksi dalam filem yang saya rasa benar-benar mencabar. "Sudah menjadi impian saya mahu orang mengingati saya dalam dunia seni ini kerana bakat dan bukan disebabkan populariti kosong semata-mata. Sekurang-kurangnya dua filem ini saya harapkan menzahirkan apa yang saya harapkan selama ini," katanya. Mengenai harapan tinggi diletakkan penonton berdasarkan kepada filem dan kemampuan pengarah, jelas Diana dia tidak bimbang kerana percaya dengan kemampuan mereka dan yakin kedua-duanya adalah seorang mentor yang bagus. Jika dia tersasar sekali pun membabitkan watak yang dilakonkan, Diana yakin ia tidak akan pergi jauh. PROFIL NAMA PENUH: Diana Danielle Danny Beeson TARIKH LAHIR: 22 November 1991 KERJAYA: Pelakon, Model dan Penyanyi TEMPAT LAHIR: Houston, Texas, Amerika Syarikat (dibesarkan di Kuala Lumpur) FILEM: Idola, Evolusi KL Drift, Setem, Maut, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Kecoh Betul, Magika, Dalam Botol, Hanyut dan Azazil DRAMA: Air Mata Maria, Janji Diana, Sembilu Kasih, Takbir Terakhir, Cinta Bulan Dan Mentari, Gol and Gincu dan Igauan. IKLAN: Fiorucci, Volvo, Watson's, Pampers, Shuemura, Milo, Harian Metro, Fair and Lovely, Bauch and Lomb, Kentucky Fried Chicken, Binary Body Scrub, T3 Body Wash, F&N Soya Bean, Tenaga Nasional dan Inner Shine for Brands. |
Posted: 23 Aug 2011 02:42 PM PDT Tiga mangsa yang menjadi korban bapa sendiri itu hanya dikenali sebagai Niviyah, 5, Relesia, 3, dan Devenish, 2. Kejadian menyayat hati pada pukul 7.30 malam itu berlaku selepas bapa kepada ketiga-tiga beradik itu membawa mereka ke kolam yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah mereka dengan alasan untuk memancing dan bersiar-siar. Sebelum itu, suspek yang bekerja sebagai pemandu traktor dikatakan baru lepas bertengkar dengan isterinya. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian menimpa ketiga-tiga beradik itu pada pukul 10.20 malam selepas dihubungi orang awam. Menurut beliau, polis yang dihantar ke lokasi kejadian melancarkan operasi mencari dan menyelamat selama sejam sebelum menemui mayat ketiga-tiga beradik itu di dasar kolam tersebut. "Semasa ditemui mayat ketiga-tiga beradik yang berada tidak jauh antara satu sama lain masing-masing lengkap berpakaian," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam. Menurut beliau, polis kemudian menahan bapa kepada ketiga-tiga beradik itu bagi membantu siasatan mengenai kematian anak-anaknya. "Semasa ditahan suspek yang berusia 29 tahun berada bawah pengaruh alkohol dan dipercayai telah minum racun," katanya lagi. IBU kepada tiga kanak-kanak yang mati lemas tidak dapat menahan kesedihan kehilangan anak-anaknya serentak. Suspek kemudian dihantar ke Hospital Kluang dan dia dilaporkan dalam keadaan stabil. Mohd. Fawzi memberitahu, daripada siasatan awal, suspek pulang ke rumah dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku selepas dipercayai menolak ketiga-tiga anaknya masuk ke dalam kolam. Bagaimanapun, katanya, isteri suspek yang berusia 23 tahun mula curiga apabila melihat suaminya pulang tanpa anak-anak menyebabkan tercetus lagi perang mulut antara pasangan itu sehingga didengari jiran. Jiran-jiran yang mengesyaki sesuatu buruk berlaku telah menghubungi polis. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh manakala suspek pula direman. Mayat ketiga-tiga beradik itu dihantar ke Rumah Mayat Hospital Kluang untuk bedah siasat. Sementara itu, jiran suspek, K. Prakash, 29, berkata, dia terkejut dengan kejadian menimpa ketiga-tiga beradik itu kerana suspek yang dikenalinya merupakan seorang bapa penyayang. "Sepanjang mengenali keluarga ini, saya tidak pernah melihat suspek memukul atau memarahi anak-anaknya. "Namun kami selalu dengar pasangan itu bertengkar tetapi kami tidak pernah ambil tahu punca pertengkaran mereka," katanya yang tinggal bersebelahan rumah suspek. |
Ryzal Terpaksa Pindah Rumah Selepas Kes Kontroversi Posted: 23 Aug 2011 02:41 PM PDT Menurutnya, walaupun dia tidak berjaya menangani isu sensasi itu tetapi dia telah mengambil keputusan untuk berpindah rumah gara-gara diburu oleh individu yang dilihat mahu menutup periuk nasinya. "Alhamdulillahlah, kini saya semakin berasa selamat dan tenteram. Kes tersebut memang memalukan tetapi saya bersyukur ia tidak mendapat perhatian atau liputan meluas daripada pihak media sehingga boleh memburukkan lagi keadaan. "Jadi, saya tidaklah berasa ralat sangat sebenarnya. Cuma, untuk mengelakkan diri saya daripada terus diburu dan dihantui oleh individu yang berniat jahat itu, saya terpaksa berpindah ke rumah baru," katanya. Ditanya adakah dakwaan penyebaran gambar bogel dan fitnah yang menuduhnya sebagai seorang homoseksual itu telah menggugat perkembangan kariernya, Ryzal berkata, sejak kontroversi itu berlaku tawaran lakonan terhadapnya tidak terjejas. "Mungkin kerana saya menjadi mangsa fitnah manusia yang berhati jahat, maka tuhan mempermudah urusan kerja saya. Alhamdulillah, tawaran lakonan saya terima seperti biasa sehingga hujung tahun ini. "Saya banyak terlibat dengan beberapa drama berepisod untuk pelbagai stesen televisyen walaupun sebelum ini orang itu pernah menghantar e-mel yang bukan-bukan dengan harapan untuk menutup peluang saya membintangi sebuah drama di RTM. "Mujurlah, pihak penerbitan RTM dan yang lain-lain tidak termakan fitnah dan niat jahat orang itu dan saya berpeluang untuk terlibat dalam drama berepisod tersebut," luahnya. Berkongsi tentang pengalaman berpuasa pada tahun ini, Ryzal berkata, kenikmatan berpuasa pada tahun ini adalah berbeza dan istimewa kerana hajatnya untuk beramal dengan anak-anak yatim termakbul. "Saya bersyukur sangat pada tahun ini berpeluang untuk berkongsi sedikit rezeki dengan anak-anak yatim. Sebenarnya sudah lama saya berhajat untuk meraikan anak-anak yatim ini tetapi tidak begitu tahu saluran yang paling sesuai. "Saya dapat juga peluang itu apabila dapat berkongsi rezeki dengan anak-anak istimewa ini menerusi sebuah majlis amal baru-baru ini," katanya yang bakal menyambut Hari Raya di Alor Setar, Kedah. |
Shera Aiyob Mahu Belajar Berlakon Dengan Zahiril Posted: 23 Aug 2011 02:40 PM PDT Bagaimanapun, menurut Shera, biarpun telah menceburkan diri dalam bidang tersebut dia tidak pernah terfikir meninggalkan tugasnya sebagai pengacara. "Saya masih baru dalam bidang ini dan masih banyak yang perlu dipelajari. Kalau boleh saya ingin belajar berlakon teater sebab pelakon yang baik belajar dari pentas teater. "Namun walau saya sibuk untuk berlakon saya tidak lupakan bidang pengacaraan, Insya-Allah saya akan kembali dengan program baru tidak lama lagi," katanya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 20 November depan dengan pelakon Zahiril Adzim. Kata Shera lagi, dia merancang untuk belajar berlakon daripada Zahiril sebelum menerima tawaran berlakon teater. "Ada juga tawaran untuk berlakon teater tapi saya tolak sebab tidak yakin dengan kemampuan diri. "Saya merancang untuk belajar berlakon dengan Zahiril dahulu sebelum terima tawaran berlakon teater," katanya. Bagaimanapun, jelas Shera, Zahiril awal-awal sudah memberi amaran agar lebih serius jika ingin belajar dengannya. "Dia beritahu saya jika ingin belajar berlakon dengannya perlu serius dan tidak boleh main-main," ujar lagi. google: shera aiyob, shera aiyob facebook, shera aiyob blog, shera aiyob twitter, shera aiyob myspace, shera aiyob seksi, shera aiyob bogel, shera aiyob putih, shera aiyob profil, shera aiyob biodata, terbaru terkini shera aiyob, gambar shera aiyob, shera aiyob dan tunang, tarikh kahwin shera aiyob |
Hati Adibah Nor Tersentuh Lihat Kegigihan Kak Pah Posted: 23 Aug 2011 02:38 PM PDT Katanya, sejak mengenali Kak Pah dan seluruh penghuni Rumah Kebajikan Titian Kasih sejak empat tahun lalu, hatinya tersentuh ingin memberi bantuan sedaya yang termampu. "Dalam banyak-banyak rumah kebajikan, Titian Kasih merupakan rumah kebajikan yang telah membuatkan hati saya tersentuh. Saya juga amat kagum dengan ketabahan Kak Pah untuk menjaga anak-anak yang kurang bernasib baik. "Dia seorang wanita yang gigih memelihara anak-anak istimewa yang bukan sahaja anak yatim tetapi kebanyakannya tiada tempat berlindung dan kurang upaya," katanya yang ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak-anak Titian Kasih, Titiwangsa, di Berjaya Times Square, di sini, Isnin. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Shila Amzah dan keluarga, Atilia, Fazli Zainal dan Bob. Tambahnya, sebagai persiapan lebaran ini, dia telah mengumpul derma kutipan kilat melalui majlis tersebut untuk disumbangkan kepada rumah tersebut. "Majlis berbuka puasa dengan rumah Titian Kasih ini merupakan kali keempat yang dianjurkan anjurkan setiap tahun. "Ia bukan sahaja majlis berbuka puasa tetapi juga kita adakan kutipan kilat untuk didermakan kepada rumah kebajikan ini. Saya harap dengan sedikit sumbangan itu mampu menceriakan sambutan Hari Raya nanti," katanya. Kata Adibah juga, dia sering berkunjung dan menziarahi rumah kebajikan tersebut jika ada kelapangan. "Saya anggap mereka seperti saudara mara sendiri, jika ada kelapangan saya akan melawat ke sana terutamanya waktu-waktu perayaan," katanya. Majlis pada malam tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada artis-artis yang di undang. |
TV3, TV9 Hidang Program Menarik Sempena Aidilfitri Posted: 23 Aug 2011 02:37 PM PDT Lebih menarik, perayaan tahun ini juga turut dimeriahkan dengan program-program istimewa Merdeka sempena sambutan Hari Merdeka ke-54 yang jatuh pada Hari Raya Kedua iaitu 31 Ogos 2011. Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, tradisi menyambut bulan Syawal masih diteruskan. "Menerusi saluran televisyen yang sentiasa menjadi pilihan utama pada musim perayaan, TV3 tidak akan menghampakan jutaan penonton setianya dengan program-program menarik. "Antaranya program majalah, muzikal dan variasi seperti Sampaikan Merdeka Raya, Melodi Raya, Fuhhh! Merdeka Raya, Mentor Raya, Raya Bapa Merdeka, 3 Gegaran, Sedetik Muzik, Kamilah Juara, Siapa Terhebat?, Di Bawah Rimbunan Madrasah dan Takbir Kembali sempena Hari Raya dan Hari Merdeka ini. "Tidak ketinggalan juga drama-drama dan filem-filem hebat untuk tontonan semua seperti Cintaku 120KM/J, Sakura, Pusara Di Lebuh Raya, Janjiku Pada Al Walid, Nur Kasih The Movie, Adnan Sempit, Zoo dan banyak lagi," katanya pada majlis salam Syawal TV3 & Di Hatiku Ada Raya TV9 di Pusat Membeli Belah 1 Utama di sini baru-baru ini. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan personaliti TV3 dan TV9 serta artis-artis popular tanah air seperti Jamal Abdilah, Hujan, Aizat, Sazzy Falak, Nazril Idrus, Razak Ahmad, Zarina Zainoordin, Sharifah Shahira, Syazwan Zulkifli, Nazim Othman, Amanda Misbun, Nasrizal Ngasri, Fimie Don dan Erin Malek. Selain itu, My TV3 dan Kawan 9 (K9) juga tidak ketinggalan untuk mengagihkan cenderamata yang mengandungi sampul Hari Raya dan biskut raya kepada orang ramai yang mahu pulang ke kampung di plaza-plaza tol pada minggu hadapan. Lebih istimewa, biskut-biskut raya tersebut akan dihasilkan atas kerjasama 15 orang selebriti dan lebih kurang 300 orang peserta di acara "Uli Uli Biskut Raya Bersama Julie's" dengan kerjasama TV3 dan TV9 pada 21 Ogos 2011 di kilang biskut Julie's, Alor Gajah, Melaka. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |