Adsense

Rabu, 24 Ogos 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Gambar : Fauziah Latif & Linda Onn ‘Garang’ Dengan Motor Berkuasa Tinggi

Posted: 24 Aug 2011 09:16 PM PDT

Home > Pictures > Gambar : Fauziah Latif & Linda Onn 'Garang' Dengan Motor Berkuasa Tinggi

Kami kagum dengan kehebatan kedua-dua selebriti popular, Fauziah Latif & Linda Onn yang muncul dengan segerombolan konvoi motor besar demi meraikan anak yatim sempena program Yok Sahur anjuran portal Murai, baru-baru ini.

Kalau tak silap, Linda Onn menunggang motor Ducati Monster 796 yang berharga sekitar RM80 0000. Satu harga yang agak mahal, namun ia mampu memberikan kepuasan kepada mana-mana penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Enjoice gambar eksklusif Linda Onn & Fauziah Latif selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
More in Pictures (1 of 599 articles)

Amyza Adnan Nafi Ada ‘Anak Ikan’.

Posted: 24 Aug 2011 08:50 PM PDT

"15 tahun berlakon, inilah kali pertama saya diberikan kepercayaan untuk memegang watak sebagai pengarah dalam filem Jidin Sengal," kata Amyza Adnan yang ditemui di Studio Outloud, Damansara Perdana, Jumaat lepas.

"Apakan tidak, selama ini saya yang mengikut arahan. Kali ini, saya kena beri arahan pula. Walaupun sudah biasa di set pengambaran, namun pengalaman sebagai seorang pengarah memang satu tugas yang mencabar. Dalam filem ini, saya mempunyai karakter sebagai pengarah yang garang, kena mengarahkan pelakon-pelakon ekstra yang bersikap diva. Insyallah, filem ini akan ditayangkan pada awal tahun 2012, andai kata tiada aral melintang," jelas Amyza Adnan kepada OHBULAN!

"Perkembangan saya sekarang adalah aktif membuat pengacaraan, selain itu turut menerima jemputan sebagai penyanyi di majlis makan malam. Ya, saya tahu ramai yang terkejut mengenai cerita nyanyian ini. Tapi, ia lebih sekadar memenuhi kehendak klien semata-mata.

"Sebelum ini saya pernah nak keluarkan single. Namun, apabila sudah selesai rakaman lagu, cerita lain pula timbul. Funder yang sepatutnya membantu saya melancarkan single berkenaan telah melarikan diri. Jadi, saya terpaksa kuburkan impian itu seketika," kata Amyza Adnan dalam nada kecewa.

Amyza Adnan turut menceritakan serba sedikit isu 'anak ikan' yang dibangkitkan oleh sebuah program hiburan tv, beberapa bulan lepas.

"Mengenai cerita kononnya saya mempunyai 'anak ikan' seperti yang dipaparkan dalam sebuah program hiburan tv tu, memang saya tahu siapa yang buat kecoh. Sebenarnya, saya dengan lelaki itu telah dilantik sebagai duta perfume. Disebabkan kerap bersama, ada individu yang cemburu sehingga membuat cerita yang bukan-bukan mengenai kami berdua.

"Mula-mula, saya terkilan juga dengan insiden itu. Lepas tu, saya anggap macam tiada apa-apa. Nasib baik suami seorang yang amat memahami kerjaya saya. Jadi, jangan dilayankan sangat cerita remeh-temeh seperti ini," kata Amyza Adnan sekaligus menafikan spekulasi 'anak ikan'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...