Adsense

Selasa, 9 Ogos 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


ESMA DANIEL DAPAT ANAK LAGI...

Posted: 09 Aug 2011 04:11 AM PDT

Pelakon Esma Daniel begitu gembira apabila isterinya, Nitra Sari Omar selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram di Pusat Perubatan KPJ, Shah Alam, Selangor. Meskipun bayi tersebut adalah anak keempat, namun debar Esma tetap seperti debarannya ketika menyambut kelahiran bayi pertama.

"Alhamdulillah, di bulan yang mulia ini saya dikurniakan rezeki anak perempuan yang sihat tubuh badan, Harap lebih banyak rahmat serta dilimpahkan kurnia dan rezeki selepas ini. Rasa lain sangat berbanding dengan yang sebelum ini.

"Isteri dan bayi berada dalam keadaan sihat. Harap dengan kehadiran cahayamata ini akan bagi lebih kebahagiaan kepada keluarga kami.

"Saya dan isteri bercadang untuk meletakkan nama yang ringkas untuk bayi ini, dan cadangannya saya mahu nama Maya Sari, tetapi setakat ini kami masih belum membuat pendaftaran," ujar Esma dipetik sebagai berkata.




.

'CINTAKU 120 KM/J' - HANGATKAN MALAM AIDILFITRI

Posted: 08 Aug 2011 02:43 PM PDT

Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menjelang Aidilfitri dan sempena sambutan kemerdekaan 31 Ogos 2011, Excellent Pictures menyediakan sebuah telemovie hebat lakonan Zizan Razak, Siti Saleha, Izzu Islam, Wawa Zainal, dalam 'Cintaku 120 KM/,' yang bakal ditayangkan pada malam sambutan Aidilfitri di TV3.

Menurut Zizan Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Raja Lawak, kali pertama terlibat dengan sebuah telemovie sempena sambutan Aidilfitri adalah sesuatu yang cukup bermakna buat dirinya. Ditambah pula dengan sebuah team produksi yang mantap, Zizan menjanjikan, "Cintaku 120 KM/J' merupakan sebuah telemovie komedi aksi yang wajib ditonton.

'Ianya bermula apabila saya membaca skrip telemovie ini. Ianya cukup menarik dan langsung saya tertawa. Ditambah pula, ianya berdasarkan sebuah 'pilot' idea asal Ahmad Idham, Cat Farish yang dihasilkan pada tahun lepas, menjadikan saya langsung menerima tawaran untuk berlakon dalam karya ini,' jelas Zizan ketika ditemui di lokasi pengambaran di Shah Alam, baru-baru ini.

Kebiasaannya, karya-karya yang ditayangkan pada musim perayaan lebih meruntun jiwa, bagi Zizan, penonton wajib menonton 'Cintaku 120 KM/J' kerana ianya sebuah telemovie yang penuh dengan aksi 'drift,' perlumbaan kereta, aksi dan percintaan, yang semestinya member satu kelainan buat penonton.

Buat pemegang watak Asmina, Siti Saleha, pasukan produksi 'Cintaku 120 KM/J' cukup akrab dan ianya memberikan satu suasana cukup selesa buat dirinya dalam memberikan yang terbaik untuk telemovie ini.

Berkerjasama buat kali kedua, dengan pengarah bersama, Ahmad Idham dan buat kali pertama dengan pengarah, Azizi Ghazali, mengakui sedikit sebanyak ada masalah yang wujud dalam produksi seperti ini. 'Tetapi, ianya seperti lumrah ketika pengambaran dan semuanya dapat diselesaikan. Tambahan pula, dengan adanya pelakon seperti Zizan dan Cat Farish di dalam produksi, ianya cukup memberikan keceriaan ketika pengambaran,' jelas adik kepada penyanyi kumpulan Bunkface, Sam.

'Selain itu, saya jumpa mampu melakukan aksi 'drift' dalam telemovie ini,' tambah Siti Saleha lagi.

Pelakon baru yang semakin meningkat naik, Izzu Islam, kali pertama berlakon di bawah arahan Ahmad Idham merupakan satu pengalaman baru baginya.

Pernah terlibat dalam drama 'Cita & Cinta,' Izzu menjelaskan, 'Saya cukup berterima kasih kepada Excellent Pictures dan abg Idham kerana member peluang ini. Ianya membuatkan saya cukup teruja, tambahan dapat berlakon bersama-sama dengan Zizan Razak dan Siti Saleha. Selain itu, selaku orang baru, saya akui memang agak gementar, namun, sokongan dari rakan artis, pengarah dan team produksi, membuat saya mampu memberikan yang terbaik.

Anak didik kepada Ahmad Idham, Azizi Ghazali berkata, kali pertama mengarah sebuah telemovie komedi adalah sesuatu yang sukar. 'Jika sebelum ini tidak banyak masalah yang dihadapi ketika mengarah drama yang lebih serius dan 'heavy,' tetapi untuk 'Cintaku 120 KM/J' agak sukar. Namun, nasib baik, Ahmad Idham turun ke lokasi dalam membantu memberikan mood yang lebih baik untuk karya ini.'


SINOPSIS

'Cintaku 120 KM/J' mengisahkan Rahmat (Zizan Razak) yang berkerja sebagai pomen di sebuah bengkel kenderaan di Kuala Lumpur. Dia sering membaiki kenderaan kepunyaan golongan berada, dan menyebabkan Rahmat sedar, cara untuk mengapai cita-cita adalah melalui pendidikan peringkat tinggi.

Ketika itu juga, Aril (Izzu Islam) kawan sekampung Rahmat dating untuk mencari pekerjaan, namun, dia lebih meminati dunia glamour. Bila bekerja di bengkel membaiki kenderaan, Aril hamper-hampir merosakkan kenderaan yang dihantar. Atas sebab itu, dia berhenti dan mencari pekerjaan lain.

Dalam pada itu, Zizie dan Shiela menjadi musuh mereka, terutamanya dalam bidang perniagaan, selain sering kalah dalam perlumbaan kereta.

Rahmat pula bagaikan tersepit di tengah, apabila dia bertemu semula dengan Asmina, kawan baik mereka dari kampung, yang juga merupakan bekas teman wanita Aril. Rahmat pernah jatuh hati dengan Asmina dahulu, tetapi memendamkan perasaannya sahaja, selepas Asmina dan Aril bercinta. Bagaimanapun, cinta monyet mereka itu terputus di tengah jalan, selepas Asmina melanjutkan pelajaran di KL. Dan kini, sejarah yang sama bagaikan hendak berulang sekali lagi.

Selepas datang ke KL, Aril mencari Asmina dan cuba menyambung cinta mereka. Tetapi, si Aril yang playboy itu bagaikan mahu menukar haluan apabila dia bertemu dengan Shiela. Tetapi, perbuatan Aril itu diketahui Asmina juga. Asmina tidak cemburu, malah berasa lega, kerana dia semakin tertarik dengan Rahmat. Rahmat juga mahu menyimpan perasaan yang sama terhadap Asmina, tetapi semakin hari, dia dapati, dia semakin sukar hendak melupakan Shiela – yang menyimpan banyak persamaan dari segi minat dalam bidang permotoran .

Bukan sahaja Rahmat terpaksa melawan rasa bersalahnya terhadap Aril, dia juga terpaksa bersaing dengan Raymond yang cuba mendapatkan cinta Shiela. Apabila Raymond mengetahui niat Rahmat ini, dia sengaja datang ke tempat kerja Raymond, memburuk-burukkan dan memandang rendah keupayaan dan latar belakang Rahmat.

Rahmat jatuh ke gaung depresi. Berkat bantuan Asmina, Rahmat menemui semula semangat jati dirinya. Dia semakin bersemangat melanjutkan pelajarannya di peringkat automotif. Semakin dia yakin pada dirinya sendiri, semakin dirinya yakin untuk mendapatkan cinta Shiela yang seolah-olah semakin terbuka memberikan peluang kepadanya. Tetapi, peluang dan keyakinan itu dihalang oleh perasaan bersalah Rahmat terhadap pengorbanan Asmina. Shiela semakin menjarakkan diri apabila merasakan dirinya sekadar bertepuk sebelah tangan sahaja.

Kemuncaknya tiba apabila Rahmat mendapat tahu Shiela membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada ketika itulah, Rahmat membuktikan cintanya selaju 120km/j, sehingga dia sanggup mengejar cintanya agar tidak lari dari dakapannya lagi, buat selama-lamanya.


Klik untuk imej besar...







GAMBAR-GAMBAR LAIN... KLIK DI SINI..!!


Gambar & srtikel: Azwan Annuar - Excellent Pictures



.

CHEF WAN LEKA DENGAN CUCU...

Posted: 08 Aug 2011 02:05 PM PDT

Tukang masak selebriti, Chef Wan (Redzuawan Ismail), kurang senang dengan cara anak perempuannya Serina Redzuawan menjaga cucunya, Tristan Tareef O'Luanaigh yang berusia setahun.

"cara saya lebih bagus dalam menjaga anak-anak berbanding mereka," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Saya yang selalu membuat Tristan gembira. Saya mandikannya, bermain dengannya dan masak bubur untuknya.

"saya juga selalu mengomel pada ibu-bapanya, jadi mereka boleh menjaga cucu saya itu dengan baik," tambah Chef Wan.

Bagaimanapun, dia mengakui masih membaca buku-buku masakan bayi untuk kebaikan cucunya itu. "Saya mahu dia mendapat makanan yang terbaik, dengan nutrisi terbaik," jelasnya.

Seperti kebanyakan datuk yang lain, Chef Wan akui dia cenderung merosakkan cucunya itu berbanding anak-anaknya sendiri.

"Saya tahu saya merosakkannya dengan membeli 15 permainan sehari," akuinya.

Yalah... selebriti selebriti juga... siapa tak sayang cucu ya tak? Walau setinggi mana lautan diredah, keluarga tetap akan menjadi perkara utama dalam hidup setiap manusia yang mempunyai sifat penyayang. Bak kata pepatah: Air dicincang tak akan putus!






.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Gambar: Artis Malaysia Sebelum & Selepas Bertudung

Posted: 08 Aug 2011 12:44 PM PDT

Bagi mereka ini semua, saya mengucapkan alhamdulillah dan tahniah. Semoga peubahan yang mereka lakukan ini akan berkekalan dan seiring dengan peningkatan dan kemantapan iman yang juga tinggi hendaknya.
1. Sheila Rusly
2. Safura Yaakob
3. Wardina Safiyyah
4. Noraniza Idris
5. Nora
6. Liza Hanim
7. Farah Af2
8. Ikin Mawi
9. Catriona Ross
10. Arni Nazira ( ex-wife awie)
11. Aishah

Produk SimplySiti Dijamin Halal! – Dato Siti Nurhaliza

Posted: 08 Aug 2011 12:42 PM PDT


Post image for Produk SimplySiti Dijamin Halal! – Dato Siti Nurhaliza


Ada desas-desus dan beberapa blog telah menulis tentang berus dari Produk SimplySiti dikatakan tidak halal dan dikatakan bulu tersebut dari bulu babi tapi sejauh mana kebenaranya?
disebabkan hal ini Dato Siti Nurhaliza sendiri tampil dengan pantas dengan membuat statement di laman twitter beliau yang berbunyi
Semua produk SS & berus yang digunakan dalam produk adalah mendapat kelulusan HALAL daripada JAKIM dan pemeriksaan adalah dibuat sebelum setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha untuk memastikan setiap produk mendapat kelulusan Jakim
Jadi kepada semua penguna produk SimplySiti jangan risau dengan status kehalalan produk ini, kerana ia telah mendapat kelulusan Halal dari JAKIM
dan mungkin ada orang yang ingin menjatuhkan produk ini dengan menyebarkan fitnah-fitnah sebegini, semoga orang itu mendapat nur dan segera bertaubat..

(WATCH ONLINE) Aku Tak Bodoh 2010 Full Movie

Posted: 08 Aug 2011 12:38 PM PDT

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Rihanna Berhabis RM69 Ribu Seminggu Untuk Rambut

Posted: 08 Aug 2011 05:30 PM PDT




Rihanna pernah muncul dengan potongan ala Afro besar berwarna merah pada Jun lalu.

LONDON: Penyanyi lagu Umbrella, Rihanna dilaporkan sanggup berhabis sehingga $14 ribu pound (RM69 ribu) seminggu bagi melakukan dandanan rambut di salah sebuah salun rambut terkemuka di Hollywood.

Penyanyi berusia 23 tahun itu dikatakan telah membayar seorang penata rias selebriti yang popular iaitu Ursula Stephen sebanyak $2 ribu pound sehari (RM9,915) semata-mata untuk tampil menawan.

"Rihanna gemar untuk menjadi pemangkin kepada imej dan gaya tetapi ia melibatkan kos yang tinggi.

"Dia perlu muncul di beberapa majlis dalam masa seminggu dan kos tersebut (penataan gaya) dijangka akan terus meningkat," kata salah seorang staf penyanyi itu yang dipetik akhbar Daily Mail.

Tambah sumber itu: "Anda pasti berasa pelik mengapa dia sanggup membelanjakan kos yang tinggi untuk tujuan itu. Bagaimanapun, sebahagian besar daripada kos berkenaan dibiayai oleh pihak pengurusannya."

Rihanna telah menukar gaya rambutnya sebanyak 13 kali sejak dia mula mewarnakan rambutnya dengan warna merah terang pada November lalu.

/// mstar ///

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Kecewa Dengan Erama Record, Mila Tarik Penjualan Album

Posted: 08 Aug 2011 07:18 PM PDT


AMPANG: Penyanyi Mila Jirin merancang untuk menarik balik album keduanya yang kini telah berada di pasaran daripada Erama Record Sdn Bhd kerana kecewa dengan edaran syarikat itu.

Tambah Mila, album yang baru dilancarkan pada Februari tahun lalu itu dikatakan tidak mendapat sambutan kerana promosi yang kurang dilakukan oleh syarikat tersebut.

"Saya sedang merancang untuk menarik balik album kedua saya yang kini berada di pasaran dari syarikat Erama Record Sdn Bhd dan membuat edaran semula.

"Kemungkinan album tersebut akan diuruskan oleh syarikat saya MJ Panacea Records Sdn Bhd sepenuhnya dan merangka semula promosi album tersebut," katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Album "Siapa Peduli", di sini, Sabtu lalu. Katanya, dia sanggup membelanjakan sedikit wang bagi menjalankan proses tersebut dari awal.

"Saya tidak kisah keluarkan sedikit duit daripada membiarkan sahaja album tersebut di pasaran tanpa sebarang promosi,

"Ya sudah tentu banyak perkara yang akan dibuat semula terutamanya pembungkusan semula album tersebut dan edar semula ke pasaran," jelasnya.

Tambah Mila, dia akan membincangkan perkara tersebut dengan pihak Erama Record dalam masa terdekat bagi menyelesaikan peralihan itu secepat mungkin.

"Saya tiada masalah untuk ambil semula album berkenaan kerana saya belum menandatangani apa-apa kontrak dengan pihak Erama.

"Saya akan duduk semeja dan membincangkan perkara ini secara baik," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mila yang baru sahaja pulang dari Farrington, United Kingdom telah menghabiskan rakaman 10 buah lagu berbahasa Inggeris untuk album terbarunya.

"Saya baru sahaja pulang ke Malaysia selepas merakamkan album Inggeris dengan sebuah syarikat rakaman BGM Music,

"Single pertama berjudul "Breakdown" akan keluar selepas raya dan album tersebut juga akan dijual melalui I-Tunes di pasaran Eropah," jelasnya.

'Siapa Peduli' Gabungan Artis Popular Bantu Rakyat Palestin

Posted: 08 Aug 2011 07:17 PM PDT


AMPANG: Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) telah melancarkan album mengenangkan kesusahan rakyat Palestin berjudul Siapa Peduli yang telah menggabungkan artis-artis popular tanah air.

Setiausaha Agong MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata pelancaran album ini adalah suatu usaha mengumpul dana untuk tabung Gaza- MAPIM bagi menjayakan beberapa projek membantu pemulihan Gaza khasnya pembinaan Hospital Kanak-kanak.

"Album ini adalah sebagai satu usaha untuk mendidik dan mengembangkan kesedaran secara meluas kepada masyarakat di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya mengenai perjuangan membebaskan Palestin dan Masjid Al Aqsa.

"Dari hasil penjualan album ini, kami akan salurkan untuk projek utama iaitu pembinaan sebuah Hospital Kanak-kanak di Gaza," ujarnya pada sidang media pelancaran Album Siapa Peduli, di sini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Eksekutif MAPIM, Zulkifli Ibrahim, Mawi, Alyah, Mila, Syafinaz dan Liza Hanim.

Album yang mempunyai 10 buah lagu ini turut memuatkan sebuah puisi istimewa daripada Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said.

"Kami berterima kasih kepada artis-artis yang sudi merakamkan lagu dalam album ini dan menghargai semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung," tuturnya.

Antara artis yang terlibat ialah Mawi, Jay Jay, Azhan Atan, Liza Hanim, Hafiz, Alyah, Mila, Syafinaz dan Kumpulan Putra.

Kesemua lagu dan lirik digubal khas menyentuh peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Palestin seperti Nakbah, Deir Yasin, Sabra Shatila, Al Aqsa dan serangan ke atas Gaza.

Album "Siapa Peduli" akan berada di pasaran mulai minggu ini dengan harga RM 25.90.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Teruja tampil dalam filem unik

Posted: 08 Aug 2011 06:41 AM PDT

BUKAN mudah menggenggam status aktres terbaik. Ini kerana, jika mahu menjadi benar-benar 'terbaik' perlulah berani berdepan tuntutan skrip yang berat serta mencabar kemampuan diri. Itulah dilakukan Sharifah Amani, 25, dan Carmen Soo, 33.

Sebagai aktres berbakat besar, kedua-duanya nyata cukup berani menyahut cabaran yang diberikan dalam filem terbaru mereka, The Hunter sentuhan pengarah terkenal, Bjarne Wong. Ia memberikan pengalaman lakonan sebenar yang lebih hebat.

Pernah menjalin kerjasama sebelum ini menerusi filem Possessed pada 2006 dan Sayang You Can Dance (2009), Sharifah Amani mengakui dia suka dengan hasil kerja dan kreativiti Bjarne yang disifatkan berkaliber dan tahu apa yang diinginkannya.

Sharifah Amani yang ditemui pada majlis promosi awal The Hunter yang turut dihasilkan mengguna format 3D di Facekara, Viva Home, Cheras, baru-baru ini, berkata banyak pengalaman baru dan menarik diperolehnya ketika bekerja di bawah arahan Bjarne.


"Terlalu banyak pengalaman berharga saya peroleh sepanjang bekerja dengan Bjarne dalam filem The Hunter ini. Malah, saya terima tawaran untuk membintangi The Hunter pun kerana sangat sayang kepadanya. Bjarne, seorang pengarah yang baik.


"Bahkan, apa yang boleh dikatakan kami sudah umpama satu keluarga. Hubungan dijalin sangat rapat bagaikan adik-beradik dan saya suka bekerja dengan Bjarne kerana semua dilakukan bersama. Hubungan sesama pelakon juga rapat dan ada keserasian.

"Tak dinafikan, The Hunter adalah filem unik kerana kepelbagaian bahasa diketengahkan berikutan barisan pelakon yang membintangi terdiri dari pelbagai negara iaitu Malaysia, China, Taiwan, Singapura dan Korea Selatan. Malah, masing-masing pun saling tak faham bahasa dituturkan.

"Namun, ia nyata bukan satu masalah kepada kami semua kerana atas dasar kasih sayang seperti satu keluarga itu, apa yang cuba diperkatakan sudah boleh difahami antara satu sama lain. Ia berlaku antara saya dan Lou Qi, pelakon dari China.

"Pernah saya jatuh sakit ketika penggambaran yang dilakukan di Sarawak, Lou Qi suruh saya makan ubat, tapi dia cakap dalam bahasa Cina, mestilah tak faham. Tetapi, disebabkan hubungan baik kami biarpun saya bercakap dalam bahasa Malaysia, kami boleh saling memahami," katanya.

Menurut Sharifah Amani dalam soal ini pemahaman bahasa itu mudah saja iaitu niat untuk faham apa yang cuba dikatakan. Sekalipun berlainan bahasa, tetap akan boleh memahaminya.

"Selain itu, dalam pembikinan filem The Hunter ini juga saya buat pertama kalinya belajar teknik 3D. Tak dinafikan, menghasilkan filem format 3D ini peralatan digunakan berbeza. Ia perkara yang baru buat saya, tetapi sangat menyeronokkan.

"Ini kerana, selain keserasian antara pelakon, saya juga menjalin hubungan baik dengan tenaga produksi terbabit. Mereka semua sangat baik kerana tidak lokek ilmu dan sentiasa sedia berkongsi pengetahuan serta pengalaman," katanya.

Kata Sharifah Amani, sekalipun menghasilkan filem dalam format 3D menuntut lebih kesabaran, tetapi gambaran babak yang dirakam cukup menarik. Katanya, ia perkara yang menakjubkan dan pengalaman menonton nanti pastinya lebih hebat.

Katanya lagi, cabaran lain yang dirasakan sangat mencabar sepanjang menjayakan penggambaran The Hunter ialah lokasi. Ini kerana, penggambaran bukan saja di buat di hutan, tetapi dia juga perlu masuk ke dalam kawasan berair yang dalam.

Carmen puas hati lakukan aksi lasak sendiri

MENJADI heroin dalam filem, pastinya bukan tanggungjawab yang ringan. Ini kerana hasil lakonan terbaik perlu ditonjolkan demi kepuasan diri dan menghargai kepercayaan diberikan pengarah. Justeru, Carmen nyata membuktikan keupayaannya.

Kata Carmen, dia membawakan watak seorang pengarah rancangan dokumentari dalam filem thriller dan membabitkan babak pembunuhan dalam The Hunter. Katanya, watak dilakonkannya cukup lasak dan dia berpuas hati dapat melakukan semua aksi itu sendiri.

"Saya akui, ia bukan mudah dilakukan kerana saya berdepan dengan banyak bahaya yang membawa risiko jika tidak berhati-hati. Namun, demi pengalaman dan kepuasan, saya seronok melakukannya walaupun badan sakit-sakit dan sangat penat.

"Dalam filem The Hunter ini juga, ia benar-benar mencabar ketahanan fizikal saya apabila semua aksi berlawan, dilakukan sendiri. Malah, paling mencabar apabila badan saya dipasangkan wayar selama 10 jam. Ia nyata membuatkan badan saya sakit.

"Sebaik habis penggambaran, ada kesan lebam di lengan dan badan saya. Mujur, doktor kata tiada apa-apa yang boleh membahayakan kesihatan dan saya hanya perlukan lebih rehat. Kemungkinan, dalam tempoh dua bulan baru semuanya akan pulih semula.

"Apapun, seperti yang diperkatakan Sharifah Amani, saya juga mengakui berlakon filem The Hunter sangat menyeronokkan dan memberikan pengalaman berbeza. Banyak yang saya belajar dan yang pasti dalam filem ini saya suka dengan apa yang dilakukan," katanya.

Dalam filem 3D The Hunter nanti, Carmen membuktikan dia adalah pelakon serba boleh dan tidak hanya bergantung kepada kejelitaan semata-mata. Carmen boleh diandaikan sebagai 'wanita besi' yang berani menghadapi cabaran sukar.

Ditanya mengenai tawaran diberikan Bjarne kepadanya, Carmen atau nama sebenarnya, Carmen Soo Wai Mun berkata, dia sudah dilamar berlakon dalam filem The Hunter sejak dua tahun lalu. Justeru, katanya, persediaan untuk menjiwai watak sudah dilakukan lebih awal.

"Saya sudah kenal lama dengan Bjarne. Ketika dia (Bjarne) membincangkan mengenai filem The Hunter kepada saya, ia dapat diterima dengan baik. Sebagai pelakon, apa yang penting, saya berasa seronok dan boleh bekerja dengan pengarah itu," katanya.

Apapun, bakat lakonan Carmen nyata cukup menyerlah di negara jiran, Filipina. Ini kerana, drama bersiri Kahit Isang Saglit atau A Time For Us yang dilakonkannya bersama aktor kacak, Jericho Rosales berjaya menarik perhatian ramai.

PROFIL SHARIFAH AMANI

NAMA KOMERSIAL: Sharifah Amani
NAMA PENUH: Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya
TARIKH LAHIR: 10 Jun 1986
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
KARIER: Pelakon

DRAMA: Gol & Gincu The Series, Emil Emilda, Sindarela, Rona Roni Makaroni, Tiramisu dan telemovie, Antara Garisan serta Dalil Cinta

TEATER: Hamlet

FILEM: Selubung, Mimpi Moon, Sepet, Gol & Gincu, Gubra, Cinta, Puaka Tebing Biru, Mukhsin, 1957: Hati Malaya, Punggok Rindukan Bulan, Selamat Pagi Cinta, Cicakman 2 - Planet Hitam, Sayang You Can Dance, Muallaf, Merong Mahawangsa, Possessed (filem seram Kantonis)

ANUGERAH: Anugerah Pelakon Harapan Wanita filem Sepet pada Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18) dan Pelakon Wanita Terbaik filem Gubra di Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

PROFIL CARMEN SOO

NAMA KOMERSIAL: Carmen Soo
NAMA PENUH: Carmen Soo Wai Mun
TARIKH LAHIR: 14 Oktober 1977
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
KARIER: Pelakon, model dan pengacara

DRAMA: Ghost (8TV), Trio And A Bed (drama interaktif) Astro Wah Lai Toi, The Pupil (TV Singapura)

TEATER: The Girl from Ipoh, Rose Rose I Love You
FILEM: Gorgeous, The 3rd Generation, Baik Punya Cilok, Visits, Sayang
You Can Dance, Tenement 2 (filem seram Filipina) Star Cinema, A Love Affair,
The Hunter

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

‘80 peratus lawak lahir di pentas’

Posted: 08 Aug 2011 06:24 AM PDT

KUMPULAN Jambu yang diterajui Yusri Edoo (Yus) dan Zamaratul Amri Zakaria (Taukeh) begitu sinonim dengan komedi apatah lagi sejak mencuit penonton melalui cabaran Maharaja Lawak. Walaupun gagal bergelar juara, persembahan mereka dilihat konsisten setiap minggu.

Sejak itu, mereka sering mendapat tawaran berlakon dan beraksi dengan watak komedi. Malah Jambu diberi tanggungjawab berat apabila menjadi artis pembuka tirai program terbaru Astro Warna (Saluran 132), Lawak Minggu Ini. Tentunya ia bukan tugas mudah kerana sukar untuk memenuhi harapan tinggi peminat selepas fenomena program Maharaja Lawak.

Cabaran itu berjaya disambut Yus dan Taukeh apabila mampu menggeletek hati penonton dengan idea persembahan mereka tersendiri. Permulaannya agak perlahan mungkin disebabkan faktor mereka mencari stamina selepas berpuasa, menjadikan penonton yang hadir di Auditorium Sri Cempaka, Perbadanan Putrajaya pada Sabtu lalu, resah menanti jenaka yang menyengat.

Bagaimanapun, menuju ke pertengahan dan seterusnya penamat program selama sejam itu, momentum persembahan Jambu yang dibantu Acong Sweetchild semakin memuncak dengan lawak yang menghiburkan, seterusnya berjaya menggeletek hati peminat dan menggamatkan auditorium yang dihadiri sekitar 400 orang.


Yus mengakui, cabaran beraksi dalam Lawak Minggu Ini sememangnya hebat.

Menerusi enam segmen iaitu tiga bebas, dua muzikal dan satu silent komedi, mereka perlu memikirkan idea sendiri untuk menghiburkan penonton dalam masa 15 minit setiap segmen.

"Apabila mula nampak penonton yang hadir, kami rasa tanggungjawab berat untuk buat yang terbaik. Tapi kami tak rasa gemuruh kerana ini bukannya pertandingan tapi hanya program untuk menghiburkan penonton di auditorium dan studio.

"Kami tiada skrip dan hanya gunakan idea spontan, tapi masih ikut panduan yang diberikan. Sebelum beraksi, kami berbincang secara ringkas dan boleh dikatakan 80 peratus jenaka yang ditampilkan lahir atas pentas," kata Tauke.

Kata Yus, tekanan tidak dirasai berbanding bertanding dalam Maharaja Lawak kerana program ini bersifat santai. Mereka hanya memikirkan buat yang terbaik untuk peminat Jambu.

"Kami hanya fikirkan karakter serta kostum dan yang penting tak nak lari daripada warna merah jambu. Tema bebas dan muzikal digunakan sebaik mungkin, tapi untuk 'silent' hanya ditampilkan 60 peratus. Cabaran yang paling besar ialah kami perlu menggunakan masa hanya tiga minit untuk tukar pakaian.
Bayangkan, kelam-kabutnya kami di belakang pentas," katanya.

Jauh di sudut hati, Yus mengakui mereka turut menyimpan impian untuk diberikan watak serius untuk menjadi pelakon serba boleh.

Kata Yus, dia tiada masalah melakukannya kerana bakatnya bermula dengan pentas teater. Apa pun katanya, dia lebih senang melakonkan watak komedi kerana lebih 'cool'.

"Saya tengok skrip dan ikut seperti dikehendaki. Saya sudah buktikan menerusi teater Sri Mersing yang berlangsung di Johor Bahru pertengahan Julai lalu apabila melakonkan watak Awang Sulong (lakonan asal Mahmud June) yang jahat.

"Saya memang tiada masalah berlakon watak serius, cuma persoalannya penonton dapat terima atau tidak lakonan saya? Namun, yang penting sebagai pelakon saya hanya nak berkarya," katanya yang menjadikan Tan Sri P Ramlee sebagai idola.

Pendapat sama disuarakan Tauke yang bersedia menerima setiap watak diberikan.
Namun, sudah lumrah apabila penerbit lebih senang menawarkannya watak komedi.

"Apabila sudah ditawarkan begitu, takkan saya nak tolak. Seperti Yus, saya juga ingin mencuba pelbagai watak jika ditawarkan," katanya yang menjadikan Stephen Chow sebagai idola.

Secara jujurnya Jambu menganggap karakter lucu mereka hanya di pentas dan bukannya di alam realiti. Mereka beranggapan berlawak ada hadnya kerana bimbang dibenci peminat. Bahkan mereka lebih senang menggelar peminat 'sahabat' kerana lebih menampakkan kemesraan yang terjalin.

Mengenai pemilihan Acong sebagai 'tag team' Jambu, Yus berkata, dia dipilih kerana boleh 'masuk' dengan idea yang ditampilkan. Dengan hanya panduan diberikan, Acong boleh mengikut tema lawak mereka biarpun tanpa skrip.

Begitu juga dengan Acong yang serasi bersama Jambu kerana sudah mengenali mereka agak lama. Dia sudah tahu rentak Yus dan Tauke sekali gus memudahkannya beraksi pada malam itu.

"Kami sentiasa bersikap 'give and take' dalam persembahan. Tiada istilah berlawan kerana matlamat kami hanya untuk menghiburkan, bukannya 'membunuh' kawan-kawan," kata Acong.

Dengan keserasian yang terbentuk, Jambu tidak menolak kemungkinan menyerapkan Acong sebagai anggotanya. Ini sudah dilakukan menerusi telemovie Jambu Hanyut lakonan mereka yang diarahkan Bade Azmi.

"Selepas Maharaja Lawak, kami kerap diundang bersama dalam persembahan.
Sepanjang bulan ini, kami dapat banyak undangan berbuka puasa. Malah, kami juga sempat mengadakan majlis berbuka puasa bersama peminat Jambu di Riverstone Eco Resort, Hulu Yam, Ahad (semalam). Kami juga akan muncul dalam Maharaja Lawak Raya pada Aidilfitri ini," katanya.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, Jambu dipilih sebagai pembuka pentas kerana mereka mahukan sesuatu yang gah dan yakin Jambu mampu melakukannya berdasarkan populariti semasa terutama menerusi Maharaja Lawak. Tambahan pula jadual mereka agak lapang dan strategi untuk menggandingkan yang baru dan lama menjadi.

"Jambu hanya buat latihan sekali untuk kami lihat panduan yang diberikan.
Sebenarnya format kami untuk Lawak Minggu Ini sangat mudah. Buat apa yang mereka nak, pilihlah siapa yang mereka nak pilih. Yang penting mereka kena menyanyi dengan band pengiring. Kami benarkan mereka pilih dua artis undangan dan bagi bajet tertentu untuk mereka lakukannya.

"Program ini memang dihasilkan untuk artis komedi sebagai platform untuk mengembangkan idea lawak. Banyak lagi yang berada dalam perancangan kami.

"Insya-Allah Oktober nanti kami akan mula bekerja untuk program Raja Lawak musim keenam," katanya.

Kata Nizam, Lawak Minggu Ini akan berlangsung selama 12 episod apabila enam episod akan berlangsung secara 'live' manakala enam lagi secara rakaman di lokasi yang sama.

Antara yang sudah dirakam ialah episod membabitkan Saiful Apek, Datuk Jamali Shadat, Sathiya, Kumpulan Balas dan Abon.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


SIAPA yang tidak kenal dengan ikon rock, Search yang mencipta fenomena sendiri 30 tahun lalu. Bukan sahaja di Malaysia, malah penangan yang dibikin turut terasa hingga ke negara jiran Indonesia.

Sementelah apabila lagu Isabella yang cukup segala rempahnya meletus sehingga dinobatkan sebagai Juara Persembahan Terbaik, Anugerah Juara Lagu TV3 (1989).

Begitu pun, vokalis utamanya Amy atau nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman, 53, mengundur diri daripada kumpulan itu sekitar tahun 1996 dan mencipta jenamanya sendiri.

Diam tak diam Amy kini sudah 30 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni dan sudah lima buah album solo berjaya dilahirkan iaitu Magic (1994), Camouflage (1997), Aku (1999), Suatu Masa (2000) dan IKON - A Rockstar Chronicle (2006) sepanjang tempoh itu.

Sinonim dengan aliran rock sejak mula menceburkan diri lagi, bagaimanapun kini Amy buat pertama kalinya cuba beralih angin dengan mendekatkan diri dengan lagu bercorak kerohanian.

Untuk itu dia telah memilih untuk berkolaborasi dengan bekas penyanyi kumpulan nasyid Brothers, Yassin Sulaiman.

Ia nyata sukses direalisasikan menerusi single berjudul Takbir Cinta yang sudah siap dirakam sepenuhnya.

"Mula-mula rancangan untuk berduet dengan Yassin timbul sejak bulan Ramadan tahun lepas tapi tidak berjaya berikutan kesibukan masing-masing.

"Alhamdulillah, tahun ini segalanya berjalan sempurna dan Takbir Cinta siap dirakam dalam masa tiga bulan sahaja," katanya yang ditemui ketika majlis kesyukuran dan doa selamat di Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju, Kuala Lumpir baru-baru ini.

Memuji hasil ketelusan dan kualiti hasil kerja serta bakat Yassin selaku penyanyi nasyid kontemporari dan komposer hebat, ujar Amy, mereka ada persefahaman dan punyai minat yang sama.

"Pertama kali dengar lagu yang dicipta Yassin saya dah berkenan dan saya yakin dengan hasil kerjanya.

"Tambahan pula ini single pertama saya yang bercorak kerohanian dan istimewanya single ini juga merupakan lagu pertama yang saya nyanyikan sempena bulan penuh berkat, bulan Ramadan," bicaranya yang menyasarkan kejayaan lagu duetnya itu untuk didendangkan hingga ke bulan Syawal.

Pemilihan lagu berunsur keagamaan dan didedikasikan sempena bulan Ramadan berbanding lagu raya yang dirasakan lebih berpeluang mendapat sambutan pendengar, Amy ada rasionalnya sendiri.

"Semua orang sibuk untuk membuat lagu raya tapi kita ingin mencari perbezaan dan tidak salah untuk menyeru pendengar ke arah kebaikan sempena bulan mulia ini," katanya.

Dengan lirik yang mengisahkan perjuangan, pengorbanan dan nazar selain irama balada rock world music iaitu signatur azali Yassin, single itu ibarat suatu percubaan bagi Yassin.

"Kita nak tengok maklum balas daripada pendengar dahulu sebelum membuat album, biar ia menjadi lagu yang mesra pendengar terlebih dahulu," tutur Yassin yang begitu teruja bekerjasama dengan Amy.

Tambah Yassin, Takbir Cinta merupakan projek keduanya tahun ini selepas terlibat dengan penghasilan runut bunyi filem Nur Kasih dan beberapa lagu tema dan lagu korporat syarikat-syarikat ternama tempatan.

"Sepanjang karier saya, untuk menghasilkan muzik yang menarik perlu sentiasa berubah-ubah mengikut citarasa pendengar dan tidak boleh terhad pada satu stail.

"Begitu juga dengan single terbaharu ini, saya cuba sedaya upaya lakukan yang terbaik setelah idea ini datang daripada Amy sendiri selepas menyaksikan Konsert Maher Zain bulan Oktober tahun lepas," jelasnya yang kini juga sedang bekerjasama dengan Noryn Aziz.

Fenomena 30 Tahun Search

Menyentuh perkembangan terkini, Amy memberitahu dia kini sedang giat melakukan persiapan menjelang konsert jelajah Fenomena 30 Tahun Search menjelang bulan Oktober nanti.

Sebanyak enam lokasi dipilih untuk siri jelajah sempena menghargai sokongan peminat tanpa berbelah-bagi sepanjang 30 tahun Search berkecimpung dalam industri muzik iaitu Terengganu, Johor, Sabah, Perak, Sarawak dan Kuala Lumpur.

"Konsert jelajah ini akan bermula di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dan akan diteruskan ke enam buah negeri sepanjang bulan Oktober nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Amy juga berkongsi perkembangan lagu duetnya bersama penyanyi dan komposer terkenal dari Indonesia, Ahmad Dhani.

Menerusi single yang diberi judul Jika Syurga Dan Neraka Tak Pernah Ada, lirik dan komposisi lagu sepenuhnya diuruskan oleh Ahmad Dhani.

"Proses rakaman belum lagi dibuat setakat ini tapi lagunya sudah saya dengar, kalau tiada aral melintang lagu ini akan dikeluarkan secepat mungkin menjelang hujung tahun ini," nyata Amy menerangkan proses asal rakaman lagu berentak sederhana itu sepatutnya berlangsung sebelum bermulanya bulan Ramadan di Indonesia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jalinan Muzik Kerohanian Amy & Yassin

Posted:

Jalinan Muzik Kerohanian Amy & Yassin

Jalinan Muzik Kerohanian Amy & Yassin


AMY dan Yassin bergabung bakat dan kreativiti untuk single Takbir Cinta.



AMY dan Yassin bergabung bakat dan kreativiti untuk single Takbir Cinta.

Nasha teruja jadi ibu

Posted:

Nasha teruja jadi ibu

Nasha teruja jadi ibu

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


AMIRUL HADI dan bayinya, Haider Harris turut berlakon di samping Nasha Aziz dalam drama Supermak.


TIDAK dapat membayangkan bagaimana agaknya apabila aktres dan model jelita Nasha Aziz menjadi seorang ibu.

Namun, itulah kelebihan menjadi seorang pelakon seperti Nasha kerana dia boleh menjadi sesiapa sahaja di layar lakonan.

Menerusi siri televisyen yang kini sedang hangat ditayangkan di TV3, Supermak, Nasha berpeluang melakonkan karakter ibu kepada dua orang anak.

Namun, dia bukan sembarangan ibu tetapi ibu yang mempunyai kuasa luar biasa, malah dia boleh dikatakan seorang adiwira.

Naskhah terbitan Filmscape Sdn. Bhd. yang masih menjalani penggambaran pada bulan Ramadan ini mengisahkan tentang seorang ibu dan suri rumah sepenuh masa lakonan Nasha Aziz yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimemewaan kuasanya diwarisi daripada keturunannya iaitu daripada sebelah nenek moyang Nasha yang berasal dari Kepulauan Riau.

Tampak sopan dan lemah lembut di rumah menjaga kebajikan suami dan dua orang anaknya, tetapi apabila berada di luar rumah Nasha merupakan adiwira yang menghapuskan penjahat.

Bercerita tentang wataknya, Nasha mengakui dia cukup teruja. Malah, Nasha juga dikatakan sanggup menjalani uji bakat kerana menganggap drama tersebut luar biasa.

"Saya sanggup pergi uji bakat untuk drama Supermak. Memang pendirian saya akan terima tawaran drama yang boleh membuatkan saya jatuh cinta dengan jalan cerita dan wataknya.

"Sebelum ini banyak tawaran telefilem dan drama bersiri saya tolak sebab tidak berkenan dengan jalan cerita dan juga watak," katanya menjawab mengenai dirinya yang kurang muncul di dalam drama mahupun telefilem sejak kebelakangan ini.

Tidak gentar melakukan apa jua babak aksi yang dikehendaki pengarah, Nasha bagaimanapun mengakui berdepan dengan cabaran lain semasa penggambaran Supermak.

Satu-satunya pengalaman yang tidak pernah dirasai olehnya iaitu menjadi ibu kepada dua orang anak.

"Saya tidak menghadapi masalah untuk menjayakan babak aksi atau romantis. Yang tidak biasa adalah untuk menjaga anak yang kecil. Jaga baby sangat mencabar,"-katanya.

Tambah Nasha lagi: "Sebabnya kena ikut mood dia. Kita tidak tahu bila dia bersedia, menangis dan mahu ketawa, jadi kami buat macam-macam untuk hasilkan yang terbaik.

Namun, Nasha mengakui menghadapi kesukaran apabila berlakon dengan kanak-kanak, apatah lagi bayi yang baru berumur setahun.

"Namun saya akui juga kesukaran itu adalah disebabkan saya sendiri tiada pengalaman menjaga baby. Pernah terjadi babak bersama adik ini terpaksa ditangguhkan dua hari kerana mood dia yang tidak berapa baik pada hari itu," jelasnya lagi mengenai adik Haider Harris, satu tahun, yang berlakon sebagai anak keduanya dalam Supermak.

Keterujaan Nasha untuk berlakon dalam drama itu juga membuatkan pendiriannya berubah.

"Terus terang, selepas lima tahun tidak ambil job pada bulan puasa, ini kali pertama saya berlakon dalam bulan Ramadan," katanya.

Melihat pada jalan cerita Supermak ia sememangnya berbeza dengan cerita-cerita adiwira yang ada sebelum ini.

Ia ditekankan oleh pengarah Supermak, Prem Anand Pallai yang penuh berkeyakinan drama tersebut mempunyai kelebihan tersendiri yang mampu menarik penonton.

"Drama ini mempunyai kekuatannya sendiri. Supermak bukan sahaja drama aksi tetapi juga drama komedi dan kekeluargaan. Di samping aksi seorang ibu yang cekap menguruskan hal rumah tangga dan masalah jenayah. Saya yakin drama ini akan mempunyai pengikut terutamanya seisi keluarga," tegasnya.

Selain Nasha, drama bersiri 13 episod yang ditayangkan menerusi slot Aksi pada setiap hari Isnin pukul 9 malam itu turut dibintangi oleh Azhan Rani, Zul Yahya, Zara Zya, Amirul Hadi, Rosli Sako, Syawal AF, Henzy Andalas dan Melly Amalin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.