Adsense

Isnin, 27 Jun 2011

borak kosong

borak kosong


Logo simple yang nampak lucah

Posted: 27 Jun 2011 09:00 PM PDT








Ramai penganggur jadi seniman jalanan di Nevada

Posted: 27 Jun 2011 08:00 PM PDT

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Kegawatan ekonomi yang melanda bandar negeri Nevada memaksa puluhan lelaki dan wanita di sini mencari rezeki dengan melakukan persembahan di jalanan.

Mereka berada di jalan-jalan raya di pusat bandar ini dengan berpakaian seperti selebriti, watak filem popular dan hero kartun.

Sejak setahun lalu, penghibur jalanan itu memakai kostum watak-watak popular seperti Elvis Presley, Homer Simpson, Mad Hatters dan Batman berkeliaran di bandar ini yang popular sebagai kota perjudian dan pelacuran AS.

Para penghibur itu menawarkan peluang kepada pelancong untuk bergambar dengan mereka dan dikenakan sedikit bayaran.

"Pekerjaan ini dapat membantu saya membayar bil dan memberi kenangan manis kepada pelancong," kata seorang penghibur jalanan, Luis Reyes yang bergambar bersama pelancong di pusat bandar ini dengan memakai kostum penyanyi kumpulan rock Kiss, Gene Simmons.

Seorang jurucakap polis, Bill Cassell berkata, penghibur jalanan itu mula berkembang pesat di sini sejak tahun lalu.

Menurutnya, mereka mencuri tumpuan rakyat AS pada bulan lalu selepas seorang lelaki berpakaian Batman terbabit dalam satu pergaduhan dengan seorang pelancong berhampiran sebuah kasino di sini.

Tiada laporan polis dibuat, kata Cassell tetapi rakaman pergaduhan itu yang disiarkan di laman perkongsian video, telah mempopularkan penghibur jalanan di sini. - AP

Lady Gaga disaman kerana dituduh gelapkan wang dana

Posted: 27 Jun 2011 07:00 PM PDT

LOS ANGELES - Penyanyi yang terkenal dengan gaya pelik, Lady Gaga disaman lebih AS$4.79 juta (RM14.64 juta) selepas dia dituduh menggelapkan dana yang diwujudkan bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Jepun, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi tersebut menjual gelang tangan getah yang berharga AS$4.95 (RM15.13) bagi mengutip dana untuk mangsa-mangsa tsunami di Jepun.

Namun dia didakwa menggelapkan wang kutipan tersebut yang disumbangkan oleh para peminatnya dengan tidak memberi semua hasil jualan kepada mangsa-mangsa bencana tsunami dan gempa bumi di Jepun.

Sebuah firma guaman di Detroit, Michigan, Amerka Syarikat (AS) telah memfailkan tuntutan ke atas penyanyi itu beberapa jam sebelum dia membuat persembahan untuk membantu mangsa-mangsa tsunami pada hujung minggu lalu.

Alyson Oliver yang memfailkan saman tersebut di sebuah mahkamah persekutuan berkata: "Apabila anda menggunakan kuasa selebriti dan pengaruh sebagai ahli muzik untuk mengambil wang daripada orang ramai dengan menggunakan alasan yang salah, ia merupakan perbuatan yang salah." - Agensi
sumber : kosmo online

Guru wanita nyaris maut kerana dilibas dengan parang

Posted: 27 Jun 2011 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR - Seorang guru wanita bukan sahaja kerugian sebanyak RM8,800 malah nyaris maut ditetak dengan sebilah parang oleh sekumpulan perompak dalam kejadian di Jalan Amzil, Taman Melewar dekat sini tengah hari semalam.

Kejadian di hadapan rumah mangsa yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) milik jirannya dilakukan empat orang penjahat lelaki menaiki dua buah motosikal berwarna hitam.

Dalam tempoh satu minit sahaja, dua perompak dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an menyerbu ke arah mangsa sementara dua lagi bertindak mengawasi keadaan sekeliling di depan pintu pagar rumah guru itu.

Menurut mangsa yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Methodist Sentul, Nazalina Nawawi , 36, berlaku pergelutan di dalam kereta apabila penjenayah itu merentap gelang tangan bernilai RM1,200 dan menyelak tudungnya untuk mengambil rantai leher.

Bagaimanapun, dia tidak memakai rantai leher menyebabkan perompak bertindak merampas beg tangan yang mengandungi wang tunai hasil perniagaan kedai buku milik suaminya sebanyak RM6,500 dan sebuah telefon bimbit jenama BlackBerry bernilai RM1,100.

Enggan melepaskan beg tersebut, Nazalina diheret ke luar kereta mengakibatkan berlaku pergelutan dengan penjenayah terbabit.
sumber : kosmo online

Pelik..di tadika ini tak ada gender lelaki atau perempuan

Posted: 27 Jun 2011 05:00 PM PDT

VIVAnews - Sebuah taman kanak-kanak di Sweden, menghindari penyebutan murid berdasarkan definisi gender. Hal ini tidak lain untuk menumbangkan stereotip antara lelaki dan perempuan di masyarakat.

Dilapor dari laman Associated Press, Isnin, 27 Jun 2011, semua murid di TK Egalia, Stockholm, baik laki-laki dan perempuan akan sama-sama dipanggil dengan sebutan "teman". Tidak hanya nama, netralitas gender juga diterapkan pada warna, pilihan buku, hingga penempatan mainan turut diatur.

Di TK ini, anak lelaki bebas bermain masak-masakan sementara anak perempuan juga dapat bermain pedang-pedangan. Jenny Johnsson, salah seorang pengajar, mengatakan bahawa hal ini akan memberikan anak-anak kesempatan untuk menjadi apa yang mereka inginkan.

"Hal ini fantastis, sebab masyarakat selama ini mengharapkan anak perempuan menjadi cantik dan baik hati, sementara anak lelaki diharapkan menjadi jantan dan hebat," ujarnya.

Hal ini telah mengundang pro dan kontra dari masyarakat Sweden. Masyarakat yang kontra menganggap hal ini sudah kelewatan kerana akan membuat kanak-kanak ini mengalami krisis identiti.

"Baiklah, katanya hal ini diterapkan kerana selama ini anak lelaki dianggap lebih 'tinggi' dari perempuan. Namun sebenarnya siapa yang memutuskan hal itu? Lagipula, memangnya main kereta saja ada hubungannya dengan maskulin?"

"Peranan gender yang berbeza sebenarnya tidak bermasalah selama masih sama-sama dihargai," cetus Tanja Bergkvist, seorang blogger yang kerap menyebut kesamaan gender sebagai sesuatu yang gila.

Namun nyatanya hal ini tak mengurangi jumlah pendaftar di TK Egalia. Lotta Rajalin, sang guru besar sekolah bahkan menyatakan hanya ada sepasang orangtua saja yang membatalkan mendaftar.

Rajalin tidak menyangkal perbezaan biologis antara laki-laki dan perempuan. Buktinya, boneka yang dipakai bermain oleh para pelajar benar secara anatomi. "Hal yang terpenting adalah, anak-anak memahami bahawa perbezaan biologis tidak berarti adanya perbedaan kemampuan. Ini adalah tentang demokrasi dan kesamaan manusia," ujar Rajalin.

Sweden adalah negara di Eropa yang dikenal sebagai pelopor pernikahan sesama jenis. Para pasangan homoseksual ini juga diperbolehkan untuk mengambil anak angkat. Negara ini juga terkenal akan aktivis feminismenya yang radikal. (umi)
• VIVAnews

Alamak selamba je brader bawak awek bogel macam ni

Posted: 27 Jun 2011 11:01 AM PDT

Gol yang paling menyakitkan hati

Posted: 27 Jun 2011 10:01 AM PDT

Video..lelaki yang marah kekasihnya berbikini,nak terlucut bikini yang ditariknya

Posted: 27 Jun 2011 09:45 AM PDT






Pengunjung akan diberi minum air opium tanda selamat datang ke desa ini

Posted: 27 Jun 2011 08:30 AM PDT

Ritual pembuatan minuman opium ini dilakukan bagi para pengunjung yang datang ke desa. Meski secara resmi opium dilarang di India, tetapi masih tersedia berkat suku pencinta lingkungan ini. Dari suku Bishoi yang pemberani inilah, istilah ?tree-hugger? (pemeluk pohon) berasal.

Pada 1730, ratusan orang dari suku Bishnoi siap mengorbankan nyawa mereka dengan memeluk pohon demi mencegah penebangan. Orang-orang ini kemudian dihukum pancung. Tapi saat Maharaja Jodhpur mendengar cerita pengorbanan suku Bishnoi, ia memerintahkan para penebang untuk memotong pohon (dan kepala orang) di kawasan ini.

Sampai hari ini, orang Bishnoi terkenal dengan dedikasinya pada penyelamatan lingkungan. Pihak pemerintah pun pura-pura tidak tahu akan penggunaan opium suku Bishnoi untuk ritual keagamaan.

Dalam perjalanan sejauh 40 km menuju tenggara Jodhpur itu, bagaimana suku Bishnoi menikmati minum teh bersama. Pada hari pernikahan, ayah mempelai wanita menawarkan opium campur air ke ayah mempelai pria. Tiga kali ditawarkan, tiga kali pula air opium itu diminum dari tangan. Selanjutnya, ayah mempelai lelaki akan melakukan hal yang sama untuk ayah pengantin wanita.

Sebenarnya ini adalah ritual perkenalan saat orang asing datang berkunjung. Namun, mereka menghormati tata krama dan kebiasaan dari orang asing yang berkunjung dengan membolehkan air opium diminum dari tangan si pelancung sendiri.

Kadang-kadang bubuk saffron (kuma-kuma) dipakai sebagai pengganti opium.

Bungkusan makanan yang paling grand dari Jepun

Posted: 27 Jun 2011 07:50 AM PDT

image

Alamak..ada aerobik kuda,jom lihat

Posted: 27 Jun 2011 06:30 AM PDT

Pelajaran tentang seks menggunakan ballpen,mudah faham

Posted: 27 Jun 2011 05:45 AM PDT

enhanced-buzz-8143-1264291588-2

enhanced-buzz-8242-1264291610-5

enhanced-buzz-8303-1264291600-1

The Clocky,jam alarm yang pandai sembunyi

Posted: 27 Jun 2011 04:45 AM PDT

Ketika anda menekan tombol snooze Clocky, ia akan bergerak dan mencari tempat untuk bersembunyi. Ketika alarm menyala lagi, anda harus bangun dari tempat tidur, dan mencarinya untuk mematikannya. Clocky akan menemukan tempat persembunyian baru setiap harinya.

KANAMARA MATSURI Perayaan Porno khas Jepun.

Posted: 27 Jun 2011 03:00 AM PDT

Kalau bicara soal yang aneh-aneh, Jepun termasuk jaguh. Dari soal makanan, festival sampai kuil, ada saja yang aneh. Pernahkah anda membayangkan ada kuil yang bertema seks? Thread ini membahas festival yang diselenggarakan berdasarkan tema tersebut.

Ada dua masturi (Japanese festival) terkenal di Jepun yang dilaksanakan berdasarkan tema berkenaan dengan seks yaitu Kanamara Matsuri dan Hounen Matsuri. Seperti umumnya matsuri di Jepun yang ditaja oleh Jinja (kuil Shinto) atau Otera (kuil Buddha), kedua matsuri ini juga ditaja oleh Jinja setempat. Yang pertama Kanamara Matsuri diselenggarakan oleh Kanayama Jinja, sedangkan Hounen Matsuri diselenggarakan oleh Tagata Jinja di daerah Aichi dekat Nagoya.

Mikoshi berbentuk phallus siap untuk dipanggul dan diarak dari Jinja

Kanamara Matsuri (かなまら祭) biasanya diselenggarakan pada hari minggu pertama pada awal bulan April di daerah Kawasaki, Kanagawa, Jepun. Menurut legenda setempat yang berdasarkan cerita Kojiki bahagian kisah Kagutsuchi si dewa api, seorang gadis cantik dirasuki oleh setan jahat yang telah mengebiri dua mempelai lelakinya pada malam pengantin dengan menggunakan gigi setannya. Setan jahat ini dibasmi oleh seorang tukang besi yang bersenjatakan batangan besi berbentuk phallus yang merontokkan gigi si setan jahat. Senjata si tukang besi inilah yang menjadi pertanda Kanayama Jinja dan juga tema Kanamara Matsuri yang sudah diselenggarakan sejak jaman Edo. Menurut khabar, pada zaman Edo para PSK ramai mengunjungi Kanayama Jinja untuk meminta perlindungan dari penyakit kelamin? serta keberuntungan dalam berbisnis. Hal ini berlanjut ke masyarakat sekitar yang ramai mengunjungi kuil terutama untuk memohon kesuburan (memperoleh keturunan) hingga melahirkan tradisi matsuri unik ini.


Zaman sekarang festival ini dijadikan tahun untuk pengumpulan dana memerangi HIV dan penyakit AIDS selain tentu saja sebagai pelancungan hiburan dengan adanya mikoshi - 神輿(miniatur perwakilan Jinja yang dipanggul keliling) juga arak-arakan. Pada hari matsuri (mungkin juga pada hari biasa) banyak sekali dijual bermacam-macam aksesoris dan makanan khas matsuri. Khas Kanamara Matsuri? Hehehe.... tentu saja barang khas matsuri yang satu ini adalah phallus dan pasangannya. Dari pajangan, gantungan kunci hingga  lollipop. Kebayang nggak menghisap permen lollipop berbentuk phallus? Festival yang gila  mungkin cuma ada di Jepun.

Hebat..ada alat yang mampu membuat anda bermain gitar segera

Posted: 27 Jun 2011 02:25 AM PDT

Lupakan mengikuti kelas musik berbulan-bulan agar mahir bermain gitar. Kini para ilmuwan dari Jepun telah menemukan alat canggih yang mampu mengambil alih pergerakan jemarimu

PosessedHand merupakan alat baru yang dihasilkan oleh kerjasama Universiti Tokyo dan Laboratorium Ilmu Pengetahuan milik Sony Computer. Apabila benda ini dipasangkan ditanganmu maka jemarimu akan bergerak secara automatik sesuai program yang diinput.



Alat ini pertama kali diuji cuba untuk membantu orang berlatih instrumen musik. Meskipun pada saat ini, alat tersebut belum mampu membuat penggunanya menjadi sehebat Slash atau Jimmy Hendrix, para ilmuwan akan tetap terus mengembangkan alat ini hingga nantinya dapat membantu orang yang terkena stroke agar dapat bergerak kembali.

Bagaimana ya rasanya ketika tangan kita dipakaikan alat ini? Menurut pemimpin projeknya Emi Tamaki, apabila seseorang menggunakan alat ini, ia akan merasa seperti sedang dipicit dengan lembut. Namun begitu, salah seorang yang telah menjalani ini mengaku "Rasanya tubuh saya seperti di hack".




Hebat..Wanita ini adakan pesta secara besar-besaran kerana bercerai

Posted: 27 Jun 2011 01:46 AM PDT

VIVAnews - Seorang wanita China, Yuan Li, mengadakan sebuah pesta untuk merayakan pernikahannya selama 27 tahun yang berakhir. Pesta yang tak biasa ini digadakan di sebuah hotel di Taiyuan,daerah Shanxi.

Pesta itu diawali dengan penjemputan Yuan Li dan tiga anaknya dari apartmentnya ke rumah orangtuanya. "Saya dijemput suami saya dari rumah orangtua saya 28 tahun lalu, dan sekarang saya kembali ke rumah dengan bahagia," katanya, seperti dikutip dari laman Orange.

Dari kediaman orangtuanya, Yuan Li dan ketiga anaknya menuju hotel untuk menyambut tamu yang hadir dalam pesta perceraiannya.

Sesaat setelah pemandu acara mengumumkan pesta perceraian dimulai, Yuan Li segera menuju pentas diiringi gemuruh tepuk tangan. "Hari ini, saya tak lagi terikat pernikahan lagi. Mengadakan pesta ini membuat saya bahagia. Saya ingin ucapkan perpisahan dengan masa lalu dan ingin melanjutkan hidup bahagia dengan anak-anak saya."

Bekas kakak iparnya juga memberi sambutan dalam acara itu, "Kami sangat bahagia, semoga dia masih boleh berhubungan baik dengan kami. Kami akan mendukungnya meraih kebahagian ke depan."

Pengacara kemudian berkata, "Yuan Li, dengarkan, mulai hari ini, dia [mantan suami] yang biasa kamu jadikan sandaran cinta tidak lagi milikmu. Tidak peduli dia kaya atau miskin, siehat atau sakit, perhatian atau tidak, kamu tak lagi memiliki hubungan khusus dengannya. Setuju?" Yuan Lin lantang menjawab, "Setuju."

Setelah mengucap sumpah itu, Yuan Li segera merobek-robek foto pernikahan di atas pentas. Ia juga melempar cincin pernikahannya ke dalam tangki air berisi ikan mas, sembari mengucap selamat tinggal kepada pernikahannya. Meski sejumlah kelurga bekas suami hadir, bekas suaminya tak terlihat di pesta itu.

Wanita dengan Payudara Semulajadi Terbesar di Dunia

Posted: 27 Jun 2011 12:25 AM PDT

TEMPO Interaktif, London - Bagi Annie Hawkins-Turner, memiliki payudara besar telah menyebabkan penderitaan yang tak terkatakan.

Wanita 52 tahun dari Atlanta, Georgia, yang memiliki payudara alami terbesar di dunia menurut Guinness Book of World Records itu mengatakan dalam sebuah wawancara bagaimana dia telah diintimidasi sejak kecil.

Berbicara di sebuah acara pagi di Inggris, This Morning, sebagaimana dilaporkan Daily Mail hari ini, dia mengakui bahawa dia diejek setiap hari oleh orang asing.

Dia mengatakan kepada pembawa acara Phillip Schofield dan Jenni Falconer, "Ketika saya keluar dari rumah saya, saya harus berfikir hari ini akan menjadi seperti apa dan siapa yang akan menyerang saya."

"Setiap hari seseorang menggoda saya. Mereka mengolok-olok saya dan tanpa alasan. Saya juga manusia seperti orang lain," ujarnya.

Hawkins-Turner, yang saat ini menjadi model glamour dengan nama samaran Norma Stitz, mengatakan bahawa pelecehan atas ukuran dadanya dimulai ketika dia mengenakan bra pertamanya pada usia sepuluh tahun.

"Saya tidak tahu ukuran saya, yang pasti besar," kenangnya. "Satu-satunya hal yang saya ingat tentang bra itu adalah ia terbuat dari katun dan mereka terjebak keluar seperti bola dan saat itulah saya tahu bahwa saya berbeza."

"Anak-anak adalah yang terburuk di dunia ketika mengganggu orang-orang. Saya mendapatkan banyak pelecehan," ujarnya.

Ibu dua anak itu mengatakan ukuran dadanya membuatnya harus berjuang untuk melakukan tugas sehari-hari, seperti memandu kereta.

Dia mengaku hancur mengetahui bahawa ia bahkan tidak boleh menyusui ketika anak-anaknya lahir kerana ukuran dadanya membuatnya tidak nyaman untuk menempatkan bayi di dadanya.

Dada Hawkins-Turner seberat delapan stone (50 kilogram) dan ia memerlukan bra konvensional dengan ukuran 102 ZZZ.

Tapi, katanya, dia tidak akan pernah melakukan operasi mengecilkan payudara. "Setiap kali saya mendapatkan dokter baru dan mereka menawarkan saya operasi, tetapi saya tidak perlu operasi."

"Saya memiliki punggung yang kuat dan tidak pernah memiliki sakit punggung. Saya memiliki terapi bagaimana membuat tegak sehingga saya tidak akan melukai diri saya sendiri," katanya.

Sakit aneh Wanita Ini Boleh Tidur Seminggu

Posted: 26 Jun 2011 11:00 PM PDT

VIVAnews - Kisah Poppy Shingleton, 24,mungkin terdengar seperti dongeng . Mahasiswi jururawat ini bahkan boleh tidur panjang hingga seminggu.

Seperti dikutip dari laman Daily Mail, sindromaini hanya dialami oleh satu dari 1.000 orang di seluruh dunia. SIndrom Kleine-Levin juga dikenal sebagai sindrom putri tidur.

Saat mengalami serangan sindroma, Poppy hanya terbangun untuk makan atau pergi ke bilik mandi. Keadaan ini mulai dialaminya sejak ulang tahun ke-18. Awalnya, ia mengira ada ubat tidur dalam minumannya.

"Saya mulai tertidur saat ulang tahun ke-18. Saya tidak merencanakan apa-apa, tapi saya ingin pergi keluar dengan teman-teman untuk minum-minum dan bersenang-senang," katanya.

"Tapi tiba-tiba saya tertidur hingga melewati perayaan Natal dan tidak bangun sampai setelah Tahun Baru. Hal itu tidak boleh saya kendalikan dan saya kehilangan sisi sosial," katanya.

Dia diperbolehkan pulang setelah doktor mengatakan sudah terlambat untuk menjalankan tes toksikologi. Namun, tiga minggu kemudian, ia kembali tidur selama seminggu. "Saat itulah saya tahu bahawa minuman saya tidak dibubuhi obat. Ada sesuatu yang salah dalam tubuh saya. Itu sangat menakutkan," tuturnya.

Saat kejadian tersebut terus berulang, orang tua Poppy merasa cemas dan segera membawanya ke dokter ahli saraf di Hospital Royal United Bath.

Selama beberapa tahun berikutnya, dokoter melakukan berbagai ujian termasuk scan otak dan biopsi otot. Salah satu spesialis bahkan salah diagnosis, ia disebut hanya menderita depresi dan kelelahan kronis.

Namun, teman-teman Poppy yang memberitahu bahawa dirinya mengidap sindroma Kleine-Levin setelah menonton filem dokumenteri.

Setelah berbicara dengan anggota Kleine-Levin Syndrome Foundation, Poppy akhirnya selalu berhubungan dengan spesialis tidur di Chelsea dan Westminster Hospital, dan Poppy pun didiagnosis positif menderita Kleine-Levin Syndrome atau Sleeping Beauty Syndrome.

Poppy mengaku tak sedar, dan seringkali mengetahui bahawa dia tertidur saat berbicara dengan temannya setelah berminggu-minggu.

Poppy adalah mahasiswa di Southampton University. Ketika kuliah, Poppy selalu berada dekat dengan kedua orangtuanya, Graham, 57 dan Jenny, 48. Keduanya guru di kota tersebut. "Ibu dan ayah selalu datang dan menjemputku jika aku jatuh tiba-tiba, memangku  ke dalam kereta dan membawa pulang," katanya.

Akibat sindrom langka yang dideritanya, Poppy bahkan sering ketinggalan pelajaran.

Gambar lelaki yang mengambil kesempatan ini telah menjadi heboh diblog dan forum di China

Posted: 26 Jun 2011 10:54 PM PDT

Wuhan, China - Pameran automotif selalu diramaikan oleh para wanita SPG cantik mulus seksi yang berdiri di samping kereta atau motor yang dipamerkan. Namun tidak sedikit dari mereka yang terusik oleh segelintir lelaki yang ingin memanfaatkan kesempatan dalam kesempitan.


Seperti lelaki berbaju T-shirt kuning satu ini, seperti dilansir China Car Times, menjadi paling heboh di blog-blog dan forum internet minggu ini.

Lelaki tersebut memanfaatkan situasi,iaitu mengambil gambar bahagian tubuh SPG cantik mulus seksi yang terbuka. Kejadian itu terjadi pameran automotif Wuhan Auto Show, China yang berlangsung minggu lalu.

Untuk mendapatkan sebuah gambar foto SPG cantik mulus seksi, ia menggunakan handphonenya. Selang beberapa saat kemudian, sang model pun baru menyedari jika seseorang ingin berbuat nakal padanya.

Si model yang risih dengan aksi lelaki ini langsung menegurnya dan lelaki tersebut langsung pergi mengambil gambar untuk koleksinya sendiri.? (Sumber)

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Sepah hampir berpecah kerana ML

Posted:

Sepah hampir berpecah kerana ML

Sepah hampir berpecah kerana ML

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FAUZI BAHARUDIN


WALAUPUN berdepan dengan pelbagai masalah yang membuatkan mereka hampir berpecah, ternyata rezeki tetap berpihak kepada kumpulan Sepah untuk bergelar juara Maharaja Lawak.


SEBELUM pertandingan bermula, saya sendiri memberitahu dua sahabat saya yang lain bahawa saya mahu membubarkan Sepah. Saya berkata kepada mereka biarlah kita berpecah agar senang semua membawa haluan masing-masing.

"Bayangkan kata-kata itu saya luahkan dalam beberapa jam sebelum gelanggang akhir dibuka. Tetapi sebagai manusia, kita hanya boleh berkata apa sahaja.

"Namun, kuasa yang lebih besar untuk menentukan segala-galanya adalah Allah SWT. Dia jugalah yang menentukan kemenangan kami pada malam ini.

"Kami hanya mampu bersyukur dengan rezeki yang diberikan olehNya," jelas Mohd. Nazdri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep dalam nada terharu.

Demikian luahan ikhlas ketua kumpulan Sepah itu sewaktu ditanya reaksinya selepas menjuarai pertandingan akhir Maharaja Lawak (ML) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, malam Jumaat lalu.

Dengan markah keseluruhan sebanyak 64 peratus, telah melayakkan Sepah membawa pulang hadiah yang cukup lumayan berupa wang tunai berjumlah RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Ternyata Sepah mengejutkan ramai pihak terutama peminat fanatik kumpulan Jozan yang telah diramal dari awal lagi untuk menjulang gelaran sulung program realiti terbitan Astro Warna itu.

Namun, apabila melihat persembahan Sepah yang cukup mencuit hati dan bersahaja pada pentas akhir itu, memang tidak dapat dinafikan lagi mereka layak untuk menjunjung pengiktirafan tertinggi itu.

Menyambung bicara, Jep mengakui mereka berdepan dengan tekanan yang bukan calang-calang sepanjang menyertai ML.

Ini kerana kumpulan Sepah cukup sedar, mereka harus memberikan persembahan yang segar dan yang paling penting, dapat membuat penonton ketawa.

Tekanan itu bertambah kata Jep, apabila dia membuka cerita tentang bagaimana dia dan dua anggota kumpulan Sepah yang lain iaitu Shuib dan Mamat, kekeringan idea hanya dalam beberapa jam sebelum pertandingan akhir bermula.

"Sehinggakan kami terpaksa meminta pelepasan selama satu jam daripada Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani semata-mata untuk keluar dari stadium demi mencari idea.

"Malah, sewaktu latihan pun kami tidak dapat melakukannya kerana kami tiada cerita menarik untuk dipersembahkan. Kami hanya sempat menyiapkan satu cerita sahaja tetapi itupun hanya separuh jalan.

"Bayangkanlah, kami duduk di kedai mamak dari pukul 12 tengah malam sehingga 5 pagi sehari sebelum pertandingan, tetapi satu idea pun tidak datang.

"Apa yang membuatkan saya bersyukur dan terharu apabila peluang itu diberikan sekali oleh Allah.

"Jika bukan kerana Dia, tidak mungkin kami boleh membuat persembahan pada malam pertandingan akhir ini," kata Jep yang berusia 26 tahun itu dalam nada syukur.

Selain Jep, kumpulan Sepah yang pernah menjadi juara Raja Lawak musim ketiga itu turut dianggotai oleh Shahmira Muhammad atau Shuib dan Mohd. Noor Murad (Mamat).

Dalam masa yang sama, Jep dengan penuh terbuka memberitahu, perbalahan dan perselisihan pendapat memang sering berlaku dalam kumpulannya.

Dia sendiri menjelaskan betapa sukarnya untuk menanggung beban yang ada kalanya ditimbulkan oleh ahli anggota Sepah sendiri yang bagaikan tidak serius dengan kerja mereka.

"Kalau semuanya hendak ditegur setiap kali, memang ia cukup memenatkan. Masing-masing sudah dewasa dan tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.

"Percaya atau tidak, sebelum persembahan kedua pun, kami sempat lagi bergaduh dan bertekak.

"Jadi mahu atau tidak, kami perlu bersatu untuk mempersembahkan idea yang menarik biarpun perlu bermasam muka dan berselisih faham," katanya yang mahu anggota Sepah ubah diri masing-masing seandainya serius mahu meneruskan perjuangan dalam bidang seni.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hunny Madu ‘pikat’ Anuar Zain

Posted:

Hunny Madu 'pikat' Anuar Zain

Hunny Madu 'pikat' Anuar Zain

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN


HUNNY Madu bersama dua penerbit albumnya, Rafikoncept (kanan) dan Mohd. Hazri Shihabuddin menjawab pertanyaan media sewaktu majlis pelancaran album Pulau Janji di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac), Jalan Strachan, Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


BARANGKALI kejayaan personaliti popular, Hunny Madu mencipta lagu khusus untuk penyanyi lelaki tersohor negara, Anuar Zain pasti menjadi mangsa cemburu ramai pihak terutama komposer muda sepertinya.

Manakan tidak. Seperti mana yang diketahui, Anuar memang cukup cerewet dan begitu teliti dalam soal pemilihan lagu yang mahu dirakamkan.

Jadi, apabila Hunny Madu atau lebih mesra disapa Hunny ini berjaya mencipta lagu Kisah Kita dan seterusnya berduet dengan penyanyi pujaan ramai itu, ia boleh dianggap sebagai satu pencapaian besar untuk artis muda seperti Hunny.

Kata Hunny, dia memang sudah lama merancang untuk mencipta lagu dengan Anuar yang disifatkannya sebagai penyanyi yang memiliki suara luar biasa.

"Saya juga tidak malu untuk mengatakan bahawa saya memang pemuja suaranya yang bagi saya begitu mengasyikkan apabila didengar.

"Kalau diikutkan, saya sendiri sudah mencipta sebuah lagu untuk Anuar sejak dua tahun lalu selepas diminta oleh pengurusnya, Rohila Tahir.

"Tetapi, ketika itu saya tidak begitu yakin dengan kemampuan saya sehinggalah saya sudah siapkan sebuah lagu penuh lalu saya berikan kepada Anuar untuk dia dengar sendiri dan menilainya.

"Alhamdulillah, dia menyukainya lalu kami tidak menunggu lama untuk merakamkan lagu tersebut. Apa yang boleh saya katakan, proses rakaman lagu Kisah Kita memang bukan sesuatu yang mudah," jelas Hunny yang berusia 27 tahun in tanpa selindung.

Hunny ditemui usai pelancaran album sulungnya, Pulau Janji di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac), Jalan Strachan, Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyambung bicara tentang proses rakaman lagu Kisah Kita itu, Hunny menjelaskan ia memakan masa hampir tujuh bulan untuk disiapkan.

Katanya lagi, semuanya adalah kerana dia sendiri mahukan kualiti yang terbaik untuk lagu tersebut terutama dari aspek vokal.

"Kami merakamkan vokal secara berasingan dan demi memastikan lagu ini mencapai piawaian saya sebagai komposer dan penerbit album ini, saya sendiri sanggup belajar vokal bersama Lah Ahmad.

"Julat vokal (vocal range) antara saya dengan Anuar memang cukup berbeza dan untuk itu, kami perlu memastikan rakamannya berjalan lancar untuk mendapatkan hasil yang baik.

"Setidak-tidaknya juga ia memberi satu pengalaman baharu kepada saya. Apa yang penting, saya dan Anuar sama-sama puas hati dengan penghasilannya," ujar Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd. Hatim ini panjang lebar.

Apabila Hunny membuat keputusan untuk berduet dengan Anuar, ada pula suara sumbang mengatakan dia cuba untuk menumpang populariti penyanyi lelaki popular itu.

Apatah lagi untuk seorang penyanyi dan komposer baru seperti Hunny, secara tidak langsung dia pasti akan terkena tempiasnya.

"Hanya mereka yang berfikiran cetek sahaja yang akan berfikir begitu. Semua itu tidak pernah terlintas di fikiran saya.

"Niat saya hanya satu iaitu mahu menghasilkan muzik yang berkualiti dan rasanya semua itu sudah terbukti apabila Anuar sudi untuk merakamkan lagu ciptaan saya itu," katanya dalam nada sedikit tegas namun penuh diplomasi.

Selain Anuar, Hunny juga berduet dengan seorang lagi penyanyi dan komposer berbakat besar, Najwa Mahiaddin menerusi lagu Hey R.

Berbicara lanjut tentang album Pulau Janji, Hunny memberitahu dia kini boleh menarik nafas lega apabila akhirnya album tersebut berada di pasaran.

Walaupun mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan, bagi Hunny, dia bersyukur kerana segala yang dirancangkannya selama ini akhirnya menjadi kenyataan.

Mengenai kelewatan album itu berada di pasaran dan memakan masa yang lama untuk disiapkan, jelas Hunny, ia berpunca daripada kesibukannya sebagai seorang penyampai radio dan juga isteri.

"Alhamdulillah, suami saya, Khairul Azhar Abdul Wahid memberikan sokongan padu dan memberikan restu untuk saya meneruskan karier saya dalam bidang seni.

"Menerusi Pulau Janji, tiada lain yang saya harapkan agar ia dapat membuka jalan untuk saya lebih dikenali sebagai seorang penyanyi dan komposer," katanya yang mempertaruhkan lagu Dari Masa Hadapan sebagai single Melayunya yang pertama.

Album yang memuatkan 12 buah lagu itu turut menyaksikan Hunny berkolaborasi dengan empat penerbit iaitu Rafikoncept, Bo Amir Luqman, Mohd. Hazri Shihabuddin dan Selvam Gana.

Ketika ditanya tentang pemilihan Pulau Janji sebagai judul albumnya, ini jawapan yang diberikan Hunny.

"Pulau Janji merupakan sebuah destinasi imaginasi saya di mana ia merupakan sebuah lokasi untuk saya menumpahkan segala kreativiti saya dalam menghasilkan karya-karya saya.

"Saya pasti akan lari seketika daripada kehidupan realiti saya dan menghabiskan masa di Pulau Janji selama mana yang saya mampu untuk saya fikirkan tentang muzik serta ceritera diri saya.

"Kerana itulah juga saya tidak meletakkan sebarang genre untuk album saya ini kerana ia merupakan manifestasi saya terhadap muzik yang saya gemar. Terpulang kepada peminat untuk mengklasifikasikan saya dalam mana-mana genre," ujar Hunny memberikan hujahnya.

Sempat ditanya tentang kehidupan peribadinya, Hunny yang sudah setahun mendirikan rumah tangga bersama Khairul Azhar Abdul Wahid itu dengan secara terbuka memberitahu dia sudah bersedia untuk bergelar ibu.

Sama sekali tidak merancang untuk memiliki keluarga sendiri, Hunny memberitahu soal cahaya mata adalah tugas Yang Maha Esa.

Bagi peminat Hunny Madu, pastikan anda tidak ketinggalan untuk memiliki Pulau Janji yang memiliki rangkaian lagu-lagu yang mampu menepati jiwa anak muda masa kini.

Selain Kisah Kita, Hey R dan Dari Masa Hadapan, lagu-lagu lain yang terkandung dalam album Pulau Janji termasuklah 3 Perkara, Bayangkanlah, Ting Ting, Shake, Miss Strong, Pulau dan Berlari (Tolstoy).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Celebrity News

Celebrity News


PEKELILING BARU: ELAUN SARA HIDUP DINAIKKAN !!

Posted: 26 Jun 2011 09:35 PM PDT

PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju menaikkan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa
mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam kepada RM500.00 sebulan
berkuatkuasa Ogos 2011 bagi menampung kenaikan harga minyak dan
barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi
menjamin keharmonian rakyat.

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh
negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat,
Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan
untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas
penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

1. Surat Perlantikan Kerja - Original

2. Surat Pengesahan Kerja- Original

3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas)



………………………………..





dan...






80 penutup botol Coca-Cola....

Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola!

JUST 4 KIDDING

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Bola Sepak : Polis Vs Banduan

Posted: 26 Jun 2011 09:10 PM PDT

Pada suatu hari, satu perlawanan bola sepak telah diadakan di antara polis dan banduan yang ditangkap kerana kesalahan merompak, mencuri dan menyeluk saku. Perlawanan tersebut telah diadakan di padang bola sepak Penjara Sungai Buloh. Perlawanan separuh masa pertama telah menyaksikan pasukan polis sedang mendahului pasukan banduan dengan jaringan 3-0.

Ketika waktu rehat, jurulatih pasukan banduan sangat marah dan bengang dengan pasukannya itu kerana aksi yang dipamerkan tidak memuaskan.

Jurulatih: "@#$%!! polis yang tak tahu main bola tu pun korang tak boleh nak kalahkan ke ar..?!! Tak tahu main bola ke..?!!! Agaknya korang ni tahu merompak, mencuri dan menyeluk saku je agaknya…!"

Banduan: "Habis tu nak buat macam mana..??"

Mereka semua terdiam seketika. Tiba-tiba seorang banduan berkata.

Banduan: "Tak pe..lepas ni kita semua main kasar. Apa nak jadi..jadi lah. Janji kita dapat jaringkan gol dan menang."

Jurulatih: "@#$% la ko ni..! Mana boleh macam tu..nanti tak pasal-pasal korang semua kena kad merah."

Banduan: "Takkan kena..saya jamin pengadil takkan bagi kami semua kad kuning atau kad merah.."

Jurulatih: "Kanapa Pulak???"

Banduan: "Sebab saya dah curi semua kad kuning dan kad merah dari pengadil tu…termasuk wisel dia sekali…."

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tahniah Sepah!

Posted: 26 Jun 2011 03:52 PM PDT

Hip

Ketepikan calon pilihan, Jozan dan Nabil untuk diangkat juara Maharaja Lawak

BAGAIKAN cencaru makan petang kerana seperti yang dijangka Sepah memberi sengatan 'cukup' berbisa sekali apabila mengetepikan dua calon pilihan Jozan dan Nabil untuk mengungguli Maharaja Lawak yang kemuncaknya berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Jumaat lalu.

Persembahan kumpulan ini yang pernah menjadi juara program Raja Lawak musim keempat memang secara keseluruhannya konsisten apabila sentiasa berada pada kedudukan pertengahan carta mingguan Maharaja Lawak. Jozan yang menggabungkan Johan dan Zizan, kedua-duanya menjadi calon pilihan berdasarkan populariti masing-masing ketika ini. Begitu juga dengan Nabil.

Zizan pada April lalu dipilih sebagai Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2010). Nabil pula bukan saja pernah menjadi Artis Komedi Lelaki Popular, malahan turut diangkat sebagai Bintang Paling Popular ABPBH2008.

Namun, populariti mereka seakan-akan tidak menggentarkan Sepah yang menggabungkan Jep, Shuib dan Mamat. Persembahan mereka yang bersahaja secara perlahan-lahan mula mencuri hati peminat.

Jelas sekali populariti juga bukanlah tiket untuk menjulang sesuatu kejuaraan, biarpun dasarnya Jozan yang memang jelas disenangi seluruh masyarakat dan dikhabarkan bakal menjuarai Maharaja Lawak, namun kebijaksanaan pengundi berjaya mengatasi keegoan juri.
Ternyata pengundi kini semakin menyedari kepuasan yang diinginkan sebagai hiburan bukan bergantung kepada peserta yang disukai, tetapi kualiti.

Sepah yang dinobatkan sebagai juara program itu bukanlah sesuatu keputusan mengejutkan. Mereka berhak menerima gelaran juara selepas menunjukkan persembahan yang konsisten selama 13 minggu. Malah tidak sesekali pernah mengecewakan juri mahupun pengundi pada persembahan mereka.

Ia diakui sendiri juri, Mamat Khalid yang pada awalnya memilih Jozan dek kerana populariti mereka di dalam industri. Namun pengarah ini tidak menolakkan lumrah dunia yang sudah ditentukan dengan sedikit kesilapan pasti membunuh kepercayaan itu.

"Memang pada awalnya sebelum program ini bermula kami juri sudah berbincang di luar bahawa Jozan bakal juara, namun selepas menyaksikan persembahan pertama mereka, kami tidak mampu untuk menipu diri sendiri untuk memberi markah lebih kepada Sepah," katanya yang ditemui Hip bagi mengulas keseluruhan program akhir Maharaja Lawak Jumaat lalu.

Mewakili Sepah, Jep mengakui dia dan rakan-rakannya memang akur dengan kehebatan dan populariti Jozan kerana mereka cukup dikenali selepas terbabit dalam banyak program TV.

Bagaimanapun, katanya, itu semua membakar semangat kepada mereka yang menghasilkan persembahan terbaik dan masing-masing meletakkan matlamat menghiburkan penonton sebagai keutamaan terlebih dahulu berbanding memikirkan kemenangan.

Menurut Jep, populariti bukan tiket menentukan kemenangan dan mereka tahu penonton serta pengundi kini sudah cerdik menilai setiap persembahan peserta.

"Namun saya tidak membanggakan diri menyatakan persembahan kami baik, mungkin apa yang kami buat itu dekat dengan hati mereka. Tiap-tiap minggu kami membawa lawak kampung yang ada kalanya orang malu untuk bercakap kampung. Saya cuba meletakkan kembali adat budaya tradisi yang dibimbangi generasi baru tidak tahu seperti rewang, merisik dan sebagainya di dalam lawak kami," katanya mengakui kelebihan mereka dengan lawak kampung.

Berbekalkan komedi yang dipersembahkan Sepah, ada suara-suara yang tidak berpuas hati apabila mendakwa mereka sengaja mempersenda seorang tokoh di dalam lawak mereka.

"Sebenarnya apa yang kami buat selama itu bukan untuk mengajuk sesiapa pun, tetapi secara peribadi kita tidak ada menyebut nama sesiapa, saya juga tidak menyebut diri saya sebagai ustazah. Saya hanya melakonkan karektor dan sekiranya apa yang saya buat mengguris hati sesiapa, saya mohon maaf.

"Niat saya untuk menghiburkan penonton dan tidak memperlekehkan program sesiapa," katanya yang mengakui secara tidak langsung orang mengetahui yang mereka mengikuti program Semanis Kurma.

Sementara itu, Zizan memperakui populariti bukan penyelamat daripada kesilapan yang mereka lakukan pada persembahan pertama di peringkat akhir Maharaja Lawak.
"Populariti kami tidak akan membantu sekiranya persembahan kami teruk. Memang kami mengaku itu adalah kesilapan kami apabila gagal memuaskan hati penonton dengan persembahan pertama," katanya.

Nabil hambar, Jambu kering idea

Maharaja Lawak Akhir menerima sambutan yang cukup luar biasa daripada kesemua penyokong yang hadir membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam, Jumaat lalu.
Dimulai dengan gimik memperkenalkan empat peserta akhir seperti Nabil, Jambu, Sepah dan Jozan melalui pintu masuk ala program terkenal di negara barat, WWE wrestling cukup menggamatkan suasana. Setiap peserta harus membuat dua persembahan yang dibahagikan kepada dua segmen bertema iaitu bebas dan muzikal.

Ternyata setiap peserta sudah memasang strategi untuk meletakkan tema muzikal pada segmen akhir, ini kerana muzikal adalah tema yang cukup diminati penonton. Peserta juga tidak terlalu sukar untuk membawakan tema ini yang dibebaskan untuk menyanyi walaupun tidak sempurna, menari, berlakon dan segalanya, namun beratnya bagi mereka adalah untuk menghafal.

Persembahan yang dimulai dengan Nabil agak hambar, begitu juga selepas mengharapkan Jambu agar dapat menaikkan mood penonton pada persembahan pertama mereka, namun stadium semakin hambar.

Ramai yang menyatakan kekecewaan pada persembahan Jambu yang terdiri daripada Yus dan Taukey seakan sudah kering idea, tidak salah malah ramai yang mempersetujui lawak mereka di tahap budak sekolah.

Trio dari Johor yang memperkenalkan diri mereka Sepah kembali menghangatkan suasana apabila memilih tema muzikal pada persembahan pertama mereka. Antara peserta paling konsisten sejak 13 minggu lalu, Sepah berjaya memberikan penonton bergelak sakan sehingga berair mata apabila mengambil topik dan karektor di salah satu program televisyen berunsur kerohanian.

Persembahan ala filem Night At The Museum daripada Jozan yang mengambil karektor Hang Tuah tidak begitu kuat. Mereka tersalah pengiraan dengan memperbanyakkan drama daripada komedi yang sepatutnya mereka berikan pada program ini.

Namun, segmen kedua ternyata lebih menggamatkan stadium dengan kira-kira 6,000 penonton menyaksikan peringkat akhir program itu. Tema muzikal cukup dinanti-nantikan penonton yang kesemua peserta berjaya mendapat pujian melambung daripada juri yang terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek.

INFO

  • Juara:
  • Sepah menerima wang tunai RM350,00 (Jumlah undian: 64 peratus)
  • Naib Juara:
  • Jozan menerima RM250,000 (Jumlah Undian: 60 peratus)
  • Ketiga:
  • Nabil menerima RM150,000 (Jumlah Undian: 52 peratus)
  • Keempat:
  • Jambu menerima RM50,000 (Jumlah undian: 46 peratus)


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sepenuh hati untuk lakonan

    Posted: 26 Jun 2011 03:48 PM PDT

    Hip

    pix_gal0
    Lisa rancang sambung pengajian apabila tiba pada masanya

    BERTUAH sesiapa yang memiliki gadis ini - jelita, bijak dan berbakat. Lebih utama sifat lemah lembut gadis Timur masih menebal dalam diri si cantik manis bernama Lisa Surihani malah tidak hairan sejak menceburi arena seni kira-kira empat tahun lalu, sudah beberapa jejaka popular dikaitkan punya hubungan dengannya.

    Selain cantik, ditambah pula mempunyai kelulusan kelulusan dalam bidang guaman. Anak kedua daripada lima bersaudara ini pernah menyatakan hasrat menyambung semula pengajian. Namun adakah impian itu terbantut dek kejayaan yang diraih dalam industri seni? "Belajar bukan hanya di sekolah atau peringkat kolej kerana pembelajaran boleh merangkumi semua aspek. Menerusi seni juga saya mengenal banyak perkara yang ada di antaranya tidak mungkin dapat diperoleh di mana-mana.

    "Buat masa ini keluarga merestui perjalanan ini membuatkan saya belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi anak seni yang baik. Apabila sampai masanya nanti, saya akan menyambung pengajian secara formal seperti dihajatkan," katanya.

    Benar seperti diperkatakan ramai, kebijaksanaan serta kematangan Lisa membolehkannya dipilih menyertai Perbincangan Meja Bulat 1Malaysia mewakili golongan seni dalam memberi pandangan baru sebaris dengan Aznil Nawawi, Amy Search, Pete Teo dan Low Ngai Yuen.

    Perbincangan meja bulat 1Malaysia yang julung kali diadakan secara talian hasil ilham Datuk Seri Najib Razak diadakan bagi membolehkan rakyat mengemukakan komen, cadangan atau idea saksama serta kukuh khususnya yang lebih segar.
    "Saya membentangkan dua kertas cadangan iaitu membabitkan soal kemanusiaan sejagat, manakala isu yang kedua adalah cadangan untuk mewujudkan syarat kelayakan buat mereka yang ingin menjadikan bidang seni sebagai mata pencarian mereka.

    "Syarat kedua itu juga untuk diri saya. Seharusnya sebelum memasuki bidang seni, tamatkan dulu pelajaran kerana biarlah mereka yang mahu menjadi anak seni perlu ada kelayakan atas kertas, bukan terhad kepada akademik semata-mata malah kemahiran lain," katanya lagi.

    Wajah aktres yang lebih dulu berkecimpung dalam arena pengiklanan turut laris dipilih mewakili jenama terkenal dan terkini Sofy 360 melantiknya sebagai duta produk mereka.

    Istimewanya, permainan yang dinamakan The Sofy Shopper's Rush dihasilkan khusus untuk bintang jelita itu yang membolehkan pengguna menyertai cabaran membeli belah menerusi laman sosial Facebook.

    Lisa juga bersyukur kerana sering mendapat tawaran berlakon. Bagaimanapun, Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2010) hanya menerima satu tawaran pada satu masa untuk memastikan tiada masalah berbangkit di kemudian hari.

    "Apabila diundang menjayakan sesuatu penerbitan, saya anggap ia sebagai tanda ada pihak percaya terhadap kemampuan dan hasil kerja kita. Sudah pasti saya memberikan hasil terbaik, bukan sekadar produksi berkaitan malah rakan lain.

    "Hendak kata semua tawaran berlakon datang kepada saya, itu mustahil. Sama juga seperti individu lain, ada masa saya dapat peluang dan ada masa juga saya masih punya waktu duduk di rumah. Cuma sebagai pelakon, disiplin antara teras yang cuba saya patuhi," katanya.

    Biarlah Yusry saja bersuara

    Kini peminat mahu pun media tidak perlu berteka-teki kerana sudah pasti hatinya sudah dicuri pengarah ternama, Yusry Abdul Halim yang secara terangan membuat pengakuan hubungan antara mereka lebih daripada seorang kawan.

    Begitupun, sebagai gadis yang dibesarkan dengan adat budaya Melayu yang berpegang kepada prinsip tradisional, baginya tidak dia perlu menggembar-gemburkan sesuatu yang masih pada peringkat permulaan terutama berkaitan cinta.

    Enggan membiarkan kisah cinta membatasi kerjaya, bagi si manis berusia 25 tahun itu biarlah pengakuan Yusry bukan sekadar menamatkan desas desus status mereka sebaliknya turut mematikan sebarang persoalan cinta sebaik saja pengakuan dilafazkan.

    "Kami berkongsi dan berbincang banyak perkara termasuk sebelum Yusry mengesahkan desas-desus perhubungan kami. Seperti diperjelaskan tempoh hari, kami masih dalam proses mengenali hati budi.

    "Ya, tiada yang perlu diselindungkan, cuma biarlah dia saja yang bersuara. Untuk bercakap mengenai fasa seterusnya juga agak terlalu awal malah kami menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Lebih utama ialah keluarga merestui hubungan ini," katanya dengan ramah.

    Bukan kurang selesa setiap kali diaju persoalan serupa, bagi Lisa jika asyik isu sama diketengahkan hanya akan membuatkan insan sekeliling muak apatah lagi sebagai orang baru dalam industri masih banyak perlu dipelajari.

    "Saya tidak mahu nanti terlampau dikaitkan dengan cerita peribadi, mutu lakonan pula entah ke mana. Biarlah buat masa ini saya lebih menumpukan kepada usaha memperbaiki mutu lakonan," katanya.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.