Adsense

Rabu, 15 Jun 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Solat sunat: GERHANA BULAN

Posted: 15 Jun 2011 08:06 AM PDT

Bismillahirrahmaanirrahiim.. Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah, di bulan Rejab yang mulia ini, bulan Haram yang disunatkan untuk berpuasa di dalamnya, kita dihadiahkan 1 lagi nikmat besar yang mana di sunatkan bagi kita untuk beramal ibadah padanya. Nikmat itu yang dinamakan Gerhana Bulan.

Jangkaan dari Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang diketuai oleh Dr Kassim Bahali menjangkakan hari ini akan timbul gerhana bulan penuh dan yang paling unik ialah kejadian ini akan berlaku dua kali, dijangkakan akan berlaku lagi pada Disember ini.


Subhanallah.. Sesungguhnya tiada satu pun yang bisa menandingi ciptaan Allah.
Menurut hadis di atas jelas, bahawa ada suatu sunnah yang harus dijalankan ketika terjadi gerhana. Sunnah yang kini dilupakan. Bahkan terasa asing tatkala dilaksanakan ditengah kalangan masyarakat. Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW 14 abad silam, bahawa Islam akan kembali menjadi asing sebagaimana awal kedatangannya.

Gerhana Bulan adalah tertutupnya sinar matahari oleh bumi sehingga bulan berada di dalam bayang-bayang bumi. Gerhana bulan terjadi saat matahari, bumi dan bulan berada pada garis lurus di mana bulan terletak di belakang bumi dan dan bumi berada di antara matahari dan bulan. Saat terjadinya gerhana bulan adalah pada malam purnama.


Kedudukan matahari, bulan & bumi ketika Gerhana Bulan

Di negara kita pada tahun ini gerhana bulan dijangka berlaku pada 16 Jun 2011. Gerhana bulan penuh bermula dari jam 3.22 am hingga 5.05am. Pada jam 1.22 pagi, bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi. Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.21 pagi. Wallahua'lam.


Gerhana Bulan yang terakhir; 2008
Setiap dari kejadian Tuhan itu pasti ada kelebihan padanya. Maka telah disarankan kepada kita ummat Nabi Muhammad SAW untuk berlumba lumba merebut peluang yang ada bagi sama-sama meningkatkan saham akhirat kelak.  Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:

Solat dan berdoa.

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi".
Syari'at Solat Kusuf (gerhana matahari) & Khusuf (gerhana bulan), hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.
Dari 'Aisyah r.a. berkata : "Telah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah saw. Lalu Nabi mengutus seorang munadi (penyeru) mengumandangkan: "As-solatu Jami'ah". Kemudian baginda solat 4 kali ruku' pada 2 raka'at dan 4 kali sujud."

Cara-cara Solat Gerhana


Niat solat gerhana
Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I'tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
10. Salam

Berzikir dan beristighfar.

Abu Musa berkata: "Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.

Berlindung daripada azab kubur.

Diriwayatkan oleh Aisyah ra: "Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur."

Bersedekah.

Sabda Rasulullah SAW: "Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah."

Memerdekakan hamba.

Asma' ra berkata: "Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. "Dalam satu riwayat: "Gerhana bulan."

Inilah sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari. Sudah menjadi kewajiban kita selaku ummat Rasulullah saw untuk kembali menghidupkan sunnahnya. Rasulullah saw telah berwasiat kepada ummatnya agar kita sentiasa berpegang teguh pada Al-Quran & sunnah.
Persoalan gerhana hanyalah satu dari sunnah fi'liyyah (perbuatan) Rasulullah yang kini kian dilupakan. Menjadi tugas kita ummat baginda untuk kembali menghidupkan sunnahnya. Wahai sahabatku bangkitlah, kerana hanya ditangan kitalah pewaris Al-ghuraba' itu ada.
Ayuh anak muda, bangkit hidupkan sunnah Rasul mu!

Nora Elena & Seth

Posted: 15 Jun 2011 06:56 AM PDT






Nora Elena(Siti Saleha) & Seth(Aaron Aziz) are undeniably a great combination for the Nora Elena Movie, adapted by the novel "Kasih yg Suci". A young modern looking women which is not too much of elegance or too childish looking in other, should I say somewhere in between has greatly impacted on how the character develops.  It caters a whole major group of people. And as for Seth, a handsome and macho personality deeply blends in with Nora Elena, as without doubt makes women of all ages crazy and go nuts for him.. Go go.. Elena & Seth..

A Cute couple, comel kan.. Elena & Seth

The first episode… huhuhu.. ingat lagi ?

At kedai makan..

Macho,Handsome + Cute,Beautiful

Hehehe… serve tea, meleleh sume dapat bakal isteri camnie..

Gambar Daphne Iking Berparty

Posted: 14 Jun 2011 05:31 PM PDT





 

lagi.....

 



Perkahwinan Noh Hujan dan Mizz Nina

Posted: 14 Jun 2011 08:39 AM PDT




gambar majlis perkahwinan noh hujan dan mizz nina

Noh Hujan dan Shazrina (Mizz Nina) akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 1 Julai ini yang mana mereka telah bertunang hampir setahun. Tarikh perkahwinan dipilih sempena dengan tarikh lahirMizz Nina dan akan dilangsungkan di Ampang Jaya dengan majlis tertutup untuk keluarga terdekat sahaja.

Tetamu media juga tidak dilupakan dan seramai 500 orang rakan media akan membuat liputan serta menghadiri majlis meriah resepsi pada 6 Julai di Double Tree Hotel Kuala Lumpur. Kalau tengok padakad kahwin memang cantik, mesti majlis ini diadakan secara besar-besaran.
Di dalam kad tersebut, tertera nama Nina dan Noh dengan tulisan ala Jepun menunjukkan lambang minat mereka dalam seni Jepun.Menerusi kad itu juga ia menunjukkan tentang kasih sayang dan keserasian mereka untuk terus menjadi teman sehidup semati. Sementara itu, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan pada 3 Julai di Hotel Shangri-La, manakala majlis sambut menantu (sebelah lelaki) akan diadakan di Miri, Sarak, pada 15 Julai depan.
Pasangan itu akan mengenakan pakaian pengantin rekaan pereka fesyen terkenal seperti Lady Jane, Saiful Baharim dan Micheal Ong.Pihak lelaki telah bersetuju untuk memberi wang hantaran kepada Nina sebanyak RM11,000 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88.
Kredit to Mstar
Apa komen korang tentang Majlis Perkahwinan Noh Hujan dan Mizz Nina

Antara jambatan yang menggerunkan di dunia

Posted: 14 Jun 2011 08:25 AM PDT

ANTARA JAMBATAN YANG MENGGERUNKAN...



CRAZY CURVE : LANGKAWI SKY BRIDGE LANGKAWI KEDAH



lagi....









Forest Gulp: Capilano Suspension Bridge, North Vancouver, British Columbia









Cope-on-a-Rope: Carrick-a-Rede Rope Bridge, Antrim, North Ireland






Terrifying Trift: Trift Bridge, Gadmen, Switzerland




Royal Flushed: Royal Gorge Bridge, Canon City, Colorado



Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Paris Hilton bogel dalam program realiti baharu

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

source

LOS ANGELES – Selebriti Paris Hilton berbogel untuk program realiti terbaharu selepas dia menyuarakan perasaan malu dan kesal berhubung isu pita rakaman video seksnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Paris yang berusia 31 tahun itu berbogel untuk satu babak dalam bilik mandi dalam episod pertama program The World According To Paris.

Dalam adegan itu, dia mencuci rambut dan mandi dalam tab mandi di rumahnya di sini.

Program realiti The World According To Paris akan ditayangkan di rangkaian televisyen Oxygen di Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi.

Dalam program itu, corak kehidupan seharian Paris disiarkan termasuk semasa dia berbual dengan ibunya, Khaty.

Paris dan Khaty sebelum itu muncul dalam program bual bicara bersama hos Piers Morgan yang disiarkan di stesen televisyen CNN empat hari lalu.

Dia berkongsi cerita kepada penonton tentang perasaannya berhubung pita rakaman video seks melibatkan dia dan bekas kekasihnya, Rick Salomon pada tahun 2003.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Stars Are Blind itu menyatakan bahawa insiden tersebut telah mengubah corak kehidupannya sekali gus ia menjadi pengalaman yang amat memalukannya. – Agensi

//kosmo///

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Hazama: ‘Saya dapat ilmu, kepuasan diri’

Posted: 14 Jun 2011 10:39 AM PDT


KEGAGALAN pada Konsert Prelude Akademi Fantasia 4 (AF4) kini berganti bahagia buat Hazama Ahmad Azmi atau Hazama, 27, apabila akhirnya diangkat sebagai juara Akademi Fantasia 9 (AF9) yang tamat dengan meriah di Dataran Putrajaya, Persint 3, kelmarin.

Hazama nyata menepati ramalan ramai peminat dengan aksi konsisten sepanjang menyertai pertandingan itu sehingga melayakkan dia dianugerahkan sebagai juara AF terakhir.



CURI TUMPUAN...juri profesional (dari kiri) Datuk Ramli MS, Hattan dan Ogy.


Trio...Fina bersama adik-beradiknya pada konsert final.


Bersama pengetua...finalis AF9 turut mengadakan persembahan dengan Amy.


Naib juara - Lena


Tempat ketiga - Fina


Tempat keempat - Azri

Mengulas mengenai kemenangan itu, Hazama berkata penyertaannya dalam AF4 dulu adalah titik permulaan untuk bergiat dalam dunia seni. Walaupun dalam tempoh lima tahun bergelar anak seni, dia rasa tiada yang mustahil untuk menyertai semula pertandingan itu.

"Saya anggap kemenangan ini sebagai peluang kedua buat saya untuk terus berusaha gigih mencapai impian. Penyertaan saya dalam AF meningkatkan lagi motivasi diri. Walaupun sudah lima tahun menyanyi, bukan bererti saya sudah sempurna. Banyak benda yang sepatutnya dulu saya belajar diperoleh dalam AF9. Bagi saya setiap peserta ada kelebihan masing-masing," katanya.


Hazama dinobatkan juara AF9 selepas jauh meninggalkan saingannya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan memungut 45 peratus markah diikuti naib juara, Lenaber Hadir atau Lena, 21, (28 peratus), manakala ketiga, Nur Shafinaz Jebat atau Fina, 18, (15 peratus) dan keempat, Mohamad Azri Abdullah atau Azri, 24, (12 peratus).



Kejayaan itu membolehkan Hazama membawa pulang wang tunai RM200,000 serta piala sumbangan Astro, hamper dan wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Power Root selain sebuah kamera Sony Handycam bernilai RM3,299 sumbangan Sony.

Mengulas mengenai perancangannya selepas ini, Hazama memberitahu ini kali pertama dia memenangi pertandingan nyanyian dan memperoleh habuan cukup lumayan. Dia sendiri belum memikirkan apa yang akan dilakukan bersama wang kemenangan itu.

Yang pasti katanya, wang itu akan digunakan sebaik mungkin untuk tujuan simpanan, membantu keluarga dan karier seninya sendiri.

Hazama yang menyertai AF9 pada minggu keempat menerusi Operasi Gugur pada mulanya kurang yakin kerana perlu berdepan cabaran pengkritik. Begitupun, sikap mahu belajar dan terbuka membuatkan dia berani mencuba.

"Saya tak kisah apa tanggapan orang mengenai penyertaan saya menerusi program ini. Apa yang penting saya dapat mencari ilmu dan kepuasan bagi diri sendiri," kata Hazama yang ditemui selepas berakhirnya konsert itu.

Mengenai persembahan final pula Hazama berpuas hati dengan lagu disampaikan iaitu Pukau yang dipopularkan oleh Tomok serta single terbaru yang menjadi taruhan terkininya, Cinta Teragung ciptaan Kuncidemak.

"Bagi saya Fina sangat berbakat dengan suaran lantang. Begitu juga Lena yang ada 'tone' suara unik. Pada saya Azri pula ada pakej bagus dari segi wajah dan suara," kata Hazama yang bakal muncul dalam program khas bagi juara AF9, Hey Hazama di Astro Ria tidak lama lagi.

Ditanya mengenai kerjasama bersama band indie popular, Meet Uncle Hussain (MUH) pula Hazama memberitahu dia tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan band itu jika diperlukan. Sebelum ini dia bertindak sebagai penyanyi undangan untuk MUH. Sebagai artis dia yang mahu bergerak solo walaupun ada undangan dengan band.

Persembahan final itu turut diserikan dengan penampilan bekas pelajar AF dari musim pertama hingga ke sembilan, persembahan pembukaan daripada barisan pengacara AF serta penampilan Amy Search selalu Pengetua AF9.

Walaupun acara malam itu nampak begitu gah, sistem audio sebenarnya kurang mantap berbanding konsert final musim terdahulu.




Naib juara - Lena

"SAYA bersyukur kerana penat lelah dan pengorbanan sepanjang tiga bulan berada dalam AF9 berbaloi dengan pencapaian ini. Saya percaya kepada rezeki masing-masing. Apa yang penting usaha. Kejayaan melangkah ke final satu pencapaian yang besar maknanya buat saya. Apatah lagi menduduki tempat kedua pada pertandingan ini.

"Sepanjang dalam AF, saya juga sempat mencipta lagu. Saya sendiri tidak menyangka dapat mencipta lirik lagu dan melodi ketika waktu lapang. Jika tiada aral saya akan menerbitkan lagu itu. Saya akan kongsi duit kemenangan ini untuk perniagaan keluarga di pasar malam," katanya.


Tempat ketiga - Fina

"MUNGKIN rezeki Hazama untuk muncul juara AF9. Dia juga sudah berusaha bersungguh-sungguh. Saya perhatikan sejak di belakang pentas lagi dia begitu serius mahu lakukan terbaik dalam persembahannya.

"Soal Sistem Imuniti yang diperoleh saya pada minggu kelapan adalah sesuatu yang cukup bermakna kerana selain mencipta sejarah ia juga sebagai motivasi untuk berusaha.

"Selepas ini, saya akan mengikuti segala perancangan Astro dan bakal tampil dengan kumpulan sendiri iaitu Sassu. Kumpulan ini dianggotai saya tiga beradik dengan single terbaru," katanya.


Tempat keempat - Azri

"SAYA tidak kisah kalau orang kata persembahan dan suara saya seakan-akan Faizal Tahir kerana ia hanya kebetulan. Saya minat kebanyakan penyanyi rock seperti Chris Adam, Brian Adams dan David Cook.

"Tujuan saya menyertai AF9 untuk menjadi platform mencipta nama dalam dunia seni," kata Azri yang turut aktif bersama bandnya, Breakfast Band.

'Rasuk' : Fouziah Gous Hadapi Kecederaan

Posted: 14 Jun 2011 10:37 AM PDT


PETALING JAYA: Pelakon Fouziah Gous, 29, mengakui sanggup berhadapan dengan risiko dengan melakukan sendiri adegan-adegan berbahaya semata-mata untuk memberikan impak pada lakonannya dalam filem terbaru, Rasuk.

Kata Fouziah, selepas empat tahun bergelar pelakon sudah tiba masanya dia melakukan anjakan pada mutu lakonannya dengan menerima watak dan filem yang berlainan dan mencabar.

Walaupun berasa terlalu penat sepanjang pembikinan filem itu, Fouziah menganggap pengalaman tersebut memberikan kepuasan secara peribadi kepadanya.

"Buat pertama kalinya saya melakukan babak-babak berbahaya seperti menjatuhkan diri ke arah belakang tanpa sebarang alas atau tilam, memecahkan botol kaca dan memanjat tiang tanpa menggunakan pelakon aksi ngeri.


Barisan pelakon 'Rasuk'.
"Risiko tindakan itu apabila saya berdepan dengan kecederaan tulang belakang sejak dua tahun akibat pembikinan filem itu dan bersusah-payah untuk menjayakan watak wanita yang dirasuk.

"Semua itu saya lakukan demi memberikan impak pada lakonan dan perjalanan filem itu," katanya yang ditemui pada pratonton filem berkenaan di GSC One Utama, di sini, Selasa.

Selain Fouziah, filem seram itu turut membariskan Iqram Dinzly, Sidek Hussin dan Fauziah Nawi.

Filem Rasuk akan ditayangkan di 65 pawagam seluruh Malaysia bermula 23 Jun ini.

Selain tayangan tempatan, filem arahan Baldev Singh itu juga bakal ditayangkan di Singapura (8 pawagam), Hyderabad, India (2), Iran (2) dan Jepun (2).

Jehan Terbit Program Realiti 'K-Pop Hitz Talent Show'

Posted: 14 Jun 2011 10:36 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pelakon Jehan Miskin melalui syarikatnya Mastermind Group Sdn Bhd menerbitkan sebuah rancangan program realiti berjudul K-Pop Hitz Talent Show yang bakal bersiaran bermula 18 Jun ini, pukul 3.30 petang di saluran 705, Astro Hitz.

Menurut Jehan, program dengan kerjasama Astro Hitz dan Organisasi Pelancongan Korea itu bertujuan mencari bakat-bakat terpendam dalam bidang tarian dan nyanyian yang sedang menjadi satu fenomena di Malaysia.

"Program ini lain daripada program realiti yang biasa. Kita membuat satu formula baru yang mana mencampurkan format realiti, MTV dan pengembaraan.

"Melalui episod pertama hingga kelima kita adakan pencarian dan pertandingan, manakala episod keenam merupakan final dan episod ketujuh merupakan episod siri penjelajahan pemenang yang bakal dibawa ke Korea," ujarnya pada sidang media Pelancaran K-Pop Hitz Talent Show, di sini, Selasa.

Program ini juga menawarkan hadiah utama pakej empat hari, tiga malam percutian ke Korea yang dibiayai penuh dan berpeluang membuat persembahan secara langsung di Lotte World Theme Park, Korea.

Dalam pada itu, kata Jehan, idea menerbitkan program tersebut tercetus apabila melihat trend dan penerimaan masyarakat yang luar biasa terhadap aliran muzik dari negara Korea ini.

"Kita lihat terlalu ramai yang meminati kumpulan-kumpulan dari negara Korea. Oleh itu kita memberi peluang kepada mereka untuk merealisasi impian tersebut.

"Saya sendiri mengaku meminati filem, drama dan muzik dari negara tersebut. Malah bukan ketika kemunculan bintang-bintang K-pop tetapi sejak dahulu lagi," katanya.

Ketika ditanya, adakah pengaruh muzik dan budaya asing ini boleh memberi kesan negatif kepada industri seni tanah air, Katanya, K-pop hanya sekadar muzik yang mewarnai industri hiburan tanah air semata-mata.

"Kedatangan K-pop dalam industri hiburan Malaysia adalah untuk menambah bilangan muzik di negara ini, ia tidak mengurangkan atau menjejaskan industri kita.

"Ia seperti kehadiran genre muzik hip hop suatu masa dahulu yang pada mulanya ditentang masyarakat kerana bertentangan budaya tapi lama kelamaan ia turut diterima dan diserapkan mengikut budaya kita," katanya.

Sementara itu, bagi peminat setia K-pop boleh mendaftar bagi sesi uji bakat melalui www.facebook.com/astrohitz atau terus ke beberapa lokasi uji bakat yang akan diadakan di tempat-tempat berikut:

- 18 Jun di Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

- 25 Jun di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur.

- 2 Julai di The Curve, Damansara, Selangor.

- 4 Julai di SACC Mall, Shah Alam, Selangor.

Khidmat Pharrell Williams Kagumkan Yuna

Posted: 14 Jun 2011 10:33 AM PDT


PETALING JAYA: Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna mengakui pengalamannya bekerjasama dengan vokalis dan pemain dram kumpulan N.E.R.D iaitu Pharrell Williams dalam proses rakaman album barunya adalah sesuatu yang tidak pernah dijangkakan.

Kata Yuna, dia berasa seolah-olah bermimpi apabila terlibat secara langsung dalam penghasilan lima buah lagu baru di sebuah studio di Miami, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

"Saya tidak pernah termimpi akan berpeluang untuk bekerjasama dengan Pharrell. Sejak bangku sekolah saya sudah mendengar lagu-lagunya dan mengagumi kreativiti yang diketengahkan dalam muziknya.

"Rasa seperti tidak percaya pun ada apabila kami bersama-sama menulis lima lagu untuk album saya," katanya yang ditemui di Menara Star, di sini, Isnin.


Yuna dan Pharrell Williams di studio rakaman di Miami, Amerika Syarikat, baru-baru ini. - Gambar ihsan Yuna
Tambah penyanyi lagu Dan Sebenarnya ini, kesungguhan dan kecekapan Williams sepanjang penerbitan album itu bukan saja mengagumkan, malah memberikan pengalaman baru.

"Pharrell bukan saja kreatif, malah begitu cepat mencari idea untuk menulis lagu. Berbeza dengan cara saya di mana selalunya saya tunggu ilham datang tetapi dia mencari ilham itu untuk menghasilkan muzik.

"Dia seorang yang tegas, cekap dan bekerja-keras. Disiplin yang diterapkan dalam kerjanya begitu mengagumkan.

"Bayangkanlah, saya seorang yang ego dan tidak mudah untuk akur dengan kata orang lain tetapi saya tunduk pada arahannya ketika rakaman kerana dia tahu apa yang dia mahu," kongsinya.

Lima lagu yang ditulis bersama itu bakal dimuatkan dalam album sulungnya untuk pasaran AS kelak.

Album yang mengandungi 10 hingga 12 trek lagu itu dijangka dipasarkan pada hujung Oktober atau awal tahun depan.

Sejak mengikat kontrak di bawah Fader Label di AS pada Mac lalu, Yuna kerap berulang-alik di antara Malaysia dan AS untuk mengukuhkan jenamanya di sana.

Album EP Yuna untuk pasaran AS iaitu Decorate dipasarkan sejak 15 Mac lalu menerusi iTunes.

Campuran Buah Rahsia Chef Wan Nampak Muda

Posted: 14 Jun 2011 10:31 AM PDT


KUALA LUMPUR: Chef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan), 53, mendedahkan rahsia awet mudanya setelah berjumpa dengan produk minuman kesihatan Mavellous enam bulan lalu.

Menurut bapa kepada pelakon Serina Redzuawan ini, ramai yang menegur kulitnya menjadi tegang dan wajahnya kelihatan lebih muda berbanding usianya.

Malah, Serina turut menjadi salah seorang wakil pengedar Mavellous.

"Saya rasa teruja apabila dilantik menjadi duta produk ini dan tidak kisah tentang bayaran yang ditawarkan," katanya ketika ditemui di Bangsar, di sini, Selasa.

Minuman yang dijual pada harga RM500 itu disasarkan kepada golongan berumur 20 tahun ke atas. Ia sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan awet muda, merawat pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan mati pucuk.

Produk ini dibuat daripada campuran buah-buahan seperti anggur, beri dan ceri.

Dia berkata, setelah menggunakan produk itu badannya juga menjadi segar dan bertenaga lebih-lebih lagi waktu rehatnya sering terganggu akibat kerja yang tidak menentu.

"Saya rasa untuk muda tak perlukan suntikan dan rawatan lain yang boleh mendatangkan kesan buruk. Produk ini mampu menghalang seseorang mendapat kanser sel darah dan membuang toksin dalam badan.

"Saya mengesyorkan produk ini kerana ia sangat bagus terutama kepada mereka yang berumur," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, dia bakal menjadi tenaga pengajar kepada dua orang peserta program realiti masakan Masterchef Australia yang layak ke peringkat separuh akhir.

Lebih menarik, dia juga akan mengacarakan program televisyen 26 episod berjudul My Family Feast Asia di saluran SBS Australia.

Program ini akan menampilkan pelbagai perayaan melibatkan budaya di Asia termasuk Hari Gawai, bulan puasa, perkahwinan Melayu dan Hari Thaipusam.

Selain itu, dia akan terlibat dalam program jelajah Ayamas di gedung membeli-belah Carrefour dan Giant di sembilan buah lokasi termasuk Alor Setar, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Pada Julai ini, Chef Wan juga akan melancarkan buku masakannya berjudul Best Wan Flavour Malaysia di Pulau Pinang.

Chef Selebriti Terbaik Dunia 2009 di Gourmand Award, Perancis ini juga merupakan duta beberapa pertubuhan seperti Yayasan Buah Pinggang Malaysia, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Duta Makanan Kementerian Pelancongan dan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Farawahida jana pendapatan

Posted:

Farawahida jana pendapatan

Farawahida jana pendapatan


FARAWAHIDA berusaha keras dengan kali ini berdikari sepenuhnya untuk masa depan karier nyanyiannya.


PERISTIWA hitam yang berlaku ke atas dirinya banyak memberi pengajaran supaya dia lebih tabah mengharungi setiap liku pahit bergelar seorang artis.

Bukan semuanya manis. Namun jika ingin membina nama di persada seni, seseorang itu tidak dapat lari daripada cerita tidak manis yang dilemparkan, hanya cepat atau lambat sahaja.

Walau apapun, penyanyi berkulit hitam manis yang bernama Farawahida Razali atau Fara ini bersyukur dan menganggap pengalaman 'tragis' yang berlaku ke atas dirinya pada tahun 2009 sebagai pengalaman yang mematangkan.

Kontroversi yang dialaminya itu ekoran perselisihan faham dengan bekas pengurusnya, Julfekar Ahmad Shah.

Puncanya Farawahida enggan menyambung kontrak dengan syarikat Julfekar, MillenniumArt Sdn. Bhd.

Ia kemudian menjadi hangat dalam laporan media massa apabila Julfekar dituduh mahu menyebarkan foto dan video lucah Farawahida.

Namun dalam kenyataan akhbarnya, Julfekar menafikan tuduhan itu dan sebaliknya meminta gantirugi sebanyak RM200,000 daripada Farawahida atas kepayahannya berusaha selama tujuh tahun membantu menaikkan nama Farawahida di persada seni tanah air.

Apabila ditanya adakah kesnya dengan Julfkar itu sudah selesai Fara sekadar meluahkan: "Saya sebenarnya tidak ingin mengungkit kembali kisah lama, biarlah ia menjadi sejarah."

Namun, dalam pada itu katanya lagi: "Dugaan yang ditempuh tidak patahkan semangat Fara kerana dalam masa yang sama, Fara dapat rasakan kenikmatan yang diberi oleh Illahi.

"Itu semua terserah kepada takdir. Fara rasa diri ini bermula dari peringkat bawah dan lama kelamaan rezeki itu hadir dan alhamdulillah ia meningkat saban masa," ujar penyanyi kelahiran Taiping ini.

Tahun 2011 seperti tahun baru buat Fara kerana sebelum ini, mungkin ramai peminat sudah tertanya-tanya 'kehilangan' Fara selama dua tahun menyepi tanpa single mahupun album baharu.

Rupa-rupanya, kehilangan dirinya itu digunakan sebaik mungkin oleh Fara untuk menjana pendapatan bagi mengeluarkan singlenya yang terbaru yang diberi judul Jangan Tanya Aku Lagi yang mana single tersebut menjadi runut bunyi bagi drama slot Lagenda TV3, Mata Ayer.

"Bagi Fara, ini merupakan platform yang baik untuk Fara bagi mempromosikan single ini kerana selain insiden tersebut, saya tiada cerita panas yang lain.

"Jadi, bila keluar dengan single baru, tambah pula menjadi runut bagi drama Mata Ayer, ia akan memudahkan rangka promosi saya," bicara Fara.

Jangan Tanya Aku Lagi merupakan hasil nukilan penulis lirik Nawfal dan komposer Manusia Putih yang bergenre balada.

Apabila ditanya persoalan mengenai pilihan judul singlenya, penyanyi berusia 25 tahun ini menjawab, ia diberi secara spontan setelah membaca lirik yang diberi.

Manusia Putih

Jika sebelum ini, mungkin Fara terikat dengan MillenniumArt dan berada di bawah pengurusan Julfekar.

Namun kini, berbekalkan wang hasil usahanya selama diri bergelar artis, Fara berjaya mengeluarkan single tersebut.

"Fara akui sebelum ini, berada di bawah Julfekar, kesemuanya dilakukan olehnya dan Fara hanya merakam vokal. Fara tidak tahu langsung mengenai proses-proses penghasilan single.

"Kini setelah bergerak sendiri, baru Fara belajar, peringkat-peringkat yang perlu dilalui ketika proses rakaman sehinggalah sempurna sebuah lagu dihasilkan," ujar Fara jujur mengakui kelemahan dirinya sebelum ini.

Tambahnya, jika dahulu, tiada ruang untuk dirinya bekerjasama dengan penulis lirik dan komposer yang lain.

Kini, setelah membuka ruang bagi perkara tersebut, barulah terbuka matanya ketahui yang setiap orang punyai pendapat dan cara bekerja yang berbeza.

Apa yang pasti, ujar Fara, kepuasan yang berbeza dapat dinikmati setelah usaha yang dilakukan diterima dengan baik dan ia juga merupakan pembelajaran baru buat dirinya yang sebelum ini tidak tahu mengenai apapun.

"Sebelum Fara buat keputusan, Fara banyak bertanya kepada rakan-rakan yang lain untuk sama-sama sumbangkan pendapat agar Fara mendapat yang terbaik.

"Fara tidak kisah jika terpaksa merakam berulang-ulang kerana jika itu yang terbaik, Fara akan lakukannya demi mencapai produk akhir yang berkualiti untuk disajikan kepada peminat dan pendengar," ujarnya.

Pujian juga diberikan kepada komposer dikenali dengan nama Manusia Putih, kerana Fara berpendapat Manusia Putih bijak bermain dengan muzik dan irama yang mana kesemuanya berbeza dan sesuai dengan artis yang menyampaikan lagu tersebut.

Di samping itu, dirinya bersyukur kerana banyak yang tampil membantu dan ada sahaja rezeki yang hadir bagi memudahkan perjalanan kariernya sebagai anak seni setelah dugaan yang menimpa diri.

Tidak dinafikan setiap cabang yang diceburi pasti punyai cabaran untuk diharungi. Begitu juga Fara, taruhan single yang dihasilkan dari titik peluhnya sendiri mungkin agak sukar namun kesemuanya ditempuhi dengan sabar.

"Fara tidak kisah apa pun cabaran yang mendatang kerana bagi Fara itu yang membuatkan diri ini matang dalam menguruskan kesemua hal.

"Tetapi jika mahu ditanya, penggunaan masa merupakan perkara paling memberi cabaran kepada diri. Ini kerana sebelum membuat sebarang keputusan muktamad, Fara banyak bertanya dan sebenarnya banyak masa terbuang di situ.

"Namun, Fara anggap itu sebagai pengorbanan untuk berjaya," ujarnya yang turut memberitahu dia tidak mahu berubah secara drastik kerana khuatir peminat tidak dapat menerima.

"Apa yang boleh dirumuskan ialah, Fara berbangga dengan apa yang Fara lalui walaupun sepi selama dua tahun, apa yang dihasilkan ini menggunakan hasil usaha dan titik peluh saya sendiri. Ini juga merupakan penghormatan buat diri saya," luah Fara sambil mengukir senyuman mengakhiri kata-katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sharifah Sofea dahulukan anak

Posted:

Sharifah Sofea dahulukan anak

Sharifah Sofea dahulukan anak

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


SHARIFAH SOFEA kini lebih gemar meluangkan masa di rumah bersama permata hati sulungnya, Ariana.


SETIAP pasangan yang telah mendirikan rumah tangga, sememangnya tiada apa lagi yang lebih bermakna selain memperolehi anak kerana ia adalah anugerah terbesar yang dikurniakan oleh Allah.

Begitu juga yang dirasakan oleh pelakon Sharifah Sofea Syed Hussein. Hanya setelah mendirikan rumah tangga selama hampir dua tahun, akhirnya dia dan suami dikurniakan cahaya mata sulung pada 4 April lalu.

Ditemui pada majlis pelancaran pengenalan produk terbaharu lampin pakai buang jenama Huggies Ultra baru-baru ini, Sofea meluahkan kehadiran Ariana sebagai ahli baru dalam keluarga seperti telah melengkapkan hidupnya.

"Wanita mana yang tidak teruja apabila mendapat cahaya mata, apatah lagi dikurniakan anak pertama. Sehingga kini, saya sendiri seperti tidak percaya sudah mempunyai seorang anak.

"Selain suami, hanya Ariana permata hati saya sekarang ini. Walaupun hanya dapat melihat senyumannya dalam tempoh yang singkat, itu adalah satu kepuasan buat diri saya dan seperti tidak mahu berenggang dengannya walaupun sesaat," ujarnya yang baru sahaja tamat berpantang.

Mengenai pengalaman pertamanya melahirkan anak, Sofea memberitahu dia sangat bersyukur dapat melahirkan Ariana secara normal dan tidak menggunakan epidural, walaupun berada di dalam bilik bersalin selama lima jam.

Apa yang lebih menarik, jelasnya, sementara menunggu hendak bersalin, dia masih sempat mengemaskini status Twitternya. Malah, dia juga gembira kerana ramai ahli keluarga termasuk suami berada di sisi sehingga dia selamat melahirkan anaknya.


SOFEA tidak kisah untuk melupakan kerjaya lakonan buat masa ini.


"Dua tahun bukanlah satu tempoh yang sekejap, namun kesabaran saya dan suami akhirnya dibalas dengan kehadiran Ariana. Lagipun saya sendiri sudah lama bersedia untuk bergelar seorang ibu," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya aktiviti sepanjang tempoh mengandung, pelakon yang pernah membintangi beberapa buah filem seperti Orang Minyak dan Gong itu memberitahu masanya lebih banyak dihabiskan di rumah.

Ujar pelakon kelahiran Liverpool, England itu, kali terakhir dia tampil adalah menerusi teater Natrah ketika usia kandungannya mencecah lima bulan pada November tahun lalu dan selepas itu dia tidak lagi mendapat sebarang tawaran berlakon.

"Selepas melahirkan anak, memang ada keinginan untuk berlakon semula, tetapi bukan dalam tempoh terdekat ini. Kalau boleh saya mahu memberi tumpuan terlebih dahulu untuk membesarkan anak saya.

"Namun saya akan tetap mempertimbangkan sekiranya mendapat tawaran yang menarik daripada mana-mana pihak, asalkan mereka dapat memberi sedikit kelonggaran kepada saya seperti membawa Ariana ke lokasi," ujarnya.

Rezeki anak


DARI kiri: Steve, Nazrudin, Amber dan Sharifah Sofea bersama bayi masing-masing.


Ketika ditanya adakah dia tidak kisah sekiranya Ariana mahu mengikut jejak langkahnya menjadi pelakon nanti, Sofea sendiri tidak menghalang sekiranya minat anaknya itu nanti terarah kepada bidang seni.

Jelas kakak kepada bekas penjaga gol bola sepak negara, Syed Adney itu lagi, meskipun usia anaknya itu baru sahaja mencecah dua bulan, sudah ada pihak yang menawarkan anaknya itu berlakon.

"Walaupun untuk satu babak sahaja, tetapi saya terpaksa menolak kerana merasakan masanya belum sesuai kerana usianya yang masih terlalu kecil lagi. Begitu juga dengan suami yang begitu keberatan untuk memberikan kebenaran," jelasnya.

Bagaimanapun, Sofea turut meluahkan rasa gembira kerana baru-baru ini dia dan dan anaknya telah dilantik untuk menjadi duta kepada produk terbaru lampin pakai buang jenama Huggies bersama beberapa orang selebriti seperti Steve Yap, Amber Chia dan Nazrudin Habibur Rahman.

Malah, pelakon berkenaan menganggap ia adalah rezeki anaknya itu memandangkan sepanjang dia bergelar seorang pelakon selama ini, dia belum pernah dipilih untuk menjadi mana-mana duta produk.

"Saya sendiri terkejut ketika dihubungi mengenainya dan saya tidak berfikir panjang ketika membuat keputusan untuk menerima kerana tawaran yang diberikan agak menarik.

"Lagipun sebelum itu saya sudah cuba menggunakan produk tersebut untuk Ariana dan saya sangat berpuas hati," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Selasa, 14 Jun 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Anak Kembar Sazzy Falak Covergirl Majalah Inspirasi

Posted: 14 Jun 2011 10:13 PM PDT

Kecil-kecil lagi anak kembar Sazzy Falak dah keluar majalah. Itulah kalau ibu jadi selebriti, memang beruntung betul! Rasanya, ramai yang tak tahu nama anak kembar Sazzy Falak lagi, kan? Iman Lilly & Tiara Rose diberi nama, kedua-dua baby comel ini dilahirkan pada 28 April 2011.

Kebetulan kelahiran mereka jatuh pada hari yang sama dengan hari jadi si bapa, Nazril Idrus. Confirm makin bahagia'lah kehidupan Sazzy Falak & suami dengan kehadiran 2 anak kembar ini.

Sama-sama'lah kita doakan kebaikan buat kedua-dua baby ini. Dah besar, kami nak cop sorang, boleh mummy Sazzy Falak? (Eh, ter'mummy lak!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Kad Kahwin Tomok Lebih Unik, Ada Not Lagu!

Posted: 14 Jun 2011 09:47 PM PDT

Tomok, aku tak dapat kad kahwin kau lagi ni!

Rakan blogger, Madammondoq berkongsi preview 5 keping gambar kad kahwin Tomok & pasangannya, Siti Rahayu Abas, di mana perkahwinan belah perempuan akan berlangsung pada 2 Julai 2011 di Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur.

Unik sekali, kad kahwin Tomok dihiasi dengan nota lagu berjudul Bagaikan Bidadari daripada album terbarunya. Fuh, memang banyak maksud tersirat dalam lagu ni, mungkin ia merupakan kata-kata istimewa yang ditujukan buat Siti Rahayu. Ha, kelas kau!

Siti Rahayu, 31 merupakan seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan swasta. Padan'lah orangnya sangat cantik & sweet. Sekali pandang, terasa nak pandang 3-4 kali lagi.

OHBULAN! nak ucapkan tahniah buat Tomok, Selamat Pengantin Baru!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.