Adsense

Isnin, 2 Mei 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Resah gelisah

Posted: 01 May 2011 05:11 PM PDT

Hip

pix_gal0
Tiz Zaqyah bimbang penampilan sebagai Nur Amina versi filem tidak sama dengan drama di TV

DUA tahun 'meninggalkan' Nur Amina yang begitu kuat mencengkam setiap rongga sanubari. Apabila diminta membawakan watak itu semula dalam skala lebih besar, Nur Kasih The Movie, jauh di sudut hati terselit rasa bimbang kalau Nur Amina kali ini berbeza daripada sebelumnya.

Mainan emosi serta perjalanan hidup seorang gadis yang dikahwinkan pada usia 18 tahun seterusnya memendam perasaan dek menyimpan rahsia ditinggalkan suami antara karektor yang harus dipersembahkan lagi dengan plot yang lebih mencabar.

Memang impak terlalu kuat yang dicetuskan Nur Kasih versi drama bersiri hingga meraih lebih 4.5 juta penonton turut mencetuskan perasaan berbeza terhadap Tiz Zaqyah sendiri, selaku pendukung watak utama kerana selain pujian, sudah pasti harapan lebih besar dinantikan untuk produksi kali ini. Tragedi dalam Nur Kasih The Movie

"Nur Kasih adalah permulaan segala-galanya. Daripada individu yang mula-mula sekadar mahu mencuba berlakon, Khabir Bhatia mempercayai bakat saya. Peluang pertama seterusnya maklum balas khalayak membolehkan saya yakin berada di landasan betul.

"Selepas dua tahun berlalu, kami meneruskan pula NKTM yang lebih dramatik dan sarat air mata. Awalnya saya takut tidak mampu menjiwai Nur Amina yang dulu apabila jarak masa memisahkan kami, syukur sebaik di lokasi saya dapat menzahirkannya sepenuh hati," katanya mengenai filem yang bakal menemui khalayak pada 19 Mei nanti.

Ditanya kelainan selepas diangkat ke skrin lebar, perkembangan watak dan perwatakan selain plot dipertajamkan apatah lagi latar masa kisah ini menjurus terhadap kehidupan mereka kira-kira selepas lapan tahun Adam dan Nur Amina disatukan.
Sekali gus, skrip garapan Mira Mustaffa yang disuntik dengan pelbagai elemen dramatik termasuk kejadian kemalangan di Jordan memadatkan lagi kronologi kisah termasuk soal hubungan antaranya dengan abang Adam, Aidil.

"Secara jujur jika penonton merasa terkesan menonton Nur Kasih, apatah lagi saya yang begitu kagum dengan kesabaran, kesetiaan serta pengorbanan gadis ini. Rasa kagum yang membuatkan saya sedaya upaya menyelami jiwa Nur Amina dalam melalui liku harian.

"Dalam proses kehidupan, kali ini semua watak lebih matang tidak terkecuali Nur Amina yang melewati lebih lapan tahun kehidupan bersama semangat baru namun semestinya kronologi kisah Adam dan Nur Amina lebih melankolik dan terus meninggalkan 'bekas' kepada khalayak," kata aktres yang baru menjengah 23 tahun itu.

Masih berteka-teki terutama berkaitan penamat cerita, hanya beberapa babak atau kisah tertentu sedia dikongsi malah sesekali tawa empunya nama penuh Siti Zaqyah Abdul Razak itu apabila diminta membuka rahsia Nur Kasih The Movie namun dikhabarkan wujud babak kemalangan kereta api sekali gus memberikan petanda unsur tragedi.

"Biarlah penonton berteka-teki kerana filem ini sungguh di luar jangkaan. Saya sendiri teruja menanti reaksi ramai. Bagi saya mereka yang tidak mengikuti drama bersiri Nur Kasih juga dapat menghayati keseluruhan kisah ini kerana paling nyata ceritanya berdiri dengan sendiri.

"Kalau ikutkan memang Nur Amina masih kerap menitiskan air mata. Namun menangis bukan bermakna dirinya lemah, cuma situasi sebegitu mampu melegakan tatkala diri dilanda gundah. Saya sendiri seakan menempuh pengalaman baru tatkala menjejak kaki ke lokasi NKTM," katanya yang turut menyertai rombongan ke Jordan untuk babak terakhir.

Tak mungkin jadi penyanyi

SELAIN Tiz, filem yang mengambil masa hampir 45 hari untuk disiapkan bermula pada pertengahan Jun 2010 dengan memilih Jordan antara lokasi pilihan turut membabitkan Fizz Fairuz, Remy Ishak, Liza Othman, Mia Sara, Ayu Raudhah, Munif Isa dan Sara Ali.

Mengimbas semula memori di lokasi yang sudah dua kali disinggahi, anak jati Kuala Lumpur itu mengakui kali ini lebih situasi lebih mencabar apabila berlaku ribut pasir hampir tiga jam di kawasan lokasi namun krew penggambaran sempat merakam kejadian itu.

"Waktu itu kami sudah diberi amaran supaya menghentikan kerja penggambaran. Daripada laporan cuaca, keadaan agak membahayakan. Jadi saya hanya duduk dalam kereta manakala sebahagian krew meneruskan tugas mereka. Cukup menakutkan kerana jarak penglihatan ketika itu sangat terhad.

"Dari segi cuaca memang panas, syukur saya tidak berdepan masalah kesihatan. Cuma ada antara krew deman selain mengalami keracunan makanan. Dalam tempoh sembilan hari, penggambaran dapat disempurnakan," cerita pelakon genit itu lagi yang juga punya hobi melukis.

Ditanya mengenai duet bersama komposer berpengalaman, Yasin mendendangkan lagu tema Nur Kasih The Movie yang mengambil judul Nur Kasih, katanya ia sekadar percubaan malah awalnya berbelah bagi untuk menerima pelawaan yang dirasakan cukup berat.

"Sebaik masuk studio rakaman buat kali pertama saya sudah gementar apatah lagi menyampaikan lagu yang didendangkan Yasin yang juga penyanyi asal. Dia punya gaya tersendiri terutama dari segi tona vokal. Saya takut tidak mampu memenuhi kehendaknya kerana ketika itu masih tercari-cari lenggok sendiri.

"Apa pun bekerja dengannya memberikan pengalaman baru buat saya. Namun untuk bergelar penyanyi selepas ini mungkin, tidak, kerana tumpuan masih ke arah lakonan. Banyak lagi yang harus dipertajamkan terutama daripada sudut lakonan," katanya malu-malu.

Mengakui agak gementar menanti maklum balas pendengar terutama pengikut tegar Nur Kasih sebaik lagu tema itu diputarkan di radio, setakat ini, katanya peminat memberikan sokongan malah ada yang menyatakan tidak sabar ke pawagam sebaik mendengar lagu itu.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tak mampu bangun

Posted: 01 May 2011 05:02 PM PDT

Hip

ORKID disahkan menghidap ketumbuhan hormon tidak stabil.

ORKID disahkan menghidap ketumbuhan hormon tidak stabil.

Penyanyi lagu Penawar Rindu menderita kerana ketumbuhan

SECEBIS doa agar kesihatan Datin Orkid Abdullah bertambah baik lebih adalah amat bermakna buat keluarga penyanyi era 60 an itu yang kini terlantar sakit, berbanding sumbangan wang ringgit.

Itulah yang dipohon oleh anak bongsu penyanyi ini, Nur Syafinaz Mokhtar, 31 terhadap peminat ibunya berikutan kesihatan yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Keadaan Orkid yang disahkan mengalami ketumbuhan hormon tidak stabil, semakin teruk sejak September lalu selepas penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu itu pulang dari menghantar anak ketiganya Mohd Noor Shafri bertunang di Segamat, Johor. Sejak anaknya itu, badan Orkid bertambah lemah menyebabkan dia hanya mampu berbaring. Bagaimanapun menurut anaknya Mohd Noor Shafri, ibunya seorang yang kuat semangat apabila tetap gagah berjalan walaupun cuma untuk seketika.
Tambah Mohd Noor lagi, ketika itu ibunya hanya sempat menyarungkan cincin di jari tunangnya dan selepas itu bergegas balik ke Kuala Lumpur kerana mengadu dirinya tidak selesa selain badannya mula berasa panas.

"Selain berasa panas badan, petanda lain ialah berpeluh, sakit ulu hati dan sakit belakang. Sekarang ibu hanya berbaring, jika hendak duduk, dia memerlukan bantuan untuk menyokong bahagian belakang badannya. Jika tidak, tubuhnya menggelungsur. Saya dan adik bongsu menetap bersama ibu, jadi kami bergilir-gilir menjaga ibu. Mujur saya menjalankan perusahaan katering dan memasak tempahan makanan di rumah. Jadi boleh dikatakan setiap masa saya berada di rumah.

"Jika ibu inginkan sesuatu, dia buat 'missed call' ke telefon bimbit kami. Itu isyaratnya ibu mahukan sesuatu dan kami adik beradik akan bergegas ke bilik ibu. Sebelum ini, keadaan ibu boleh dikatakan baik juga. Cuma hari ini keadaannya nampak teruk," kata Mohd Noor.
Berikutan penyakitnya yang bertambah teruk, Orkid enggan lagi berulang alik ke hospital.

Menurut Mohd Noor lagi, mereka pernah berhabis sekitar RM21,000 untuk seminggu rawatan di sebuah hospital swasta tetapi keadaan ibunya yang disahkan menghidapi penyakit itu pada 2008 semakin teruk.

Orkid kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya dan menjalani pembedahan pertama pada 2008 tetapi dimaklumkan doktor bahawa ketumbuhan itu boleh berulang, dan pada awal 2010, sekali lagi pembedahan membuang ketumbuhan itu dijalankan.

"Doktor mencadangkan supaya ibu menjalani rawatan di sebuah hospital di Amerika Syarikat dan Belanda. Rawatan di sana percuma, cuma kos penginapan perlu ditanggung sendiri. Namun dengan keadaan ibu yang tidak mampu duduk, tentulah sukar kami ke sana apatah lagi perlu menempuh penerbangan berbelas jam. Jadi hasrat itu kami batalkan saja," kata Mohd Noor.

Orkid dikenali pada 1965 selepas membuat persembahan pertama di peringkat kebangsaan pada majlis sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Selain menyanyi, Orkid juga guru. Beliau berkhidmat sebagai guru selama 17 tahun iaitu dari 1968 hingga 1985.

Album pertamanya dirakamkan pada 1966. Sepanjang pembabitannya dalam bidang nyanyian, Orchid sering membuat persembahan dengan diiringi kumpulan The Les Coaters.

Kunjungan rakan ringankan derita

SELAIN beruntung dijaga dengan sempurna oleh anak-anaknya, Orkid beruntung kerana tidak menanggung penderitaan itu sendirian, tetapi turut mendapat perhatian rakan seperjuangan. Menurut Mohd Noor, rakan-rakan ibunya kerap berkunjung dan ia sedikit sebanyak memberi semangat kepada ibunya.

Pada Rabu lalu, Orkid diziarahi oleh ahli Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) diketuai presidennya Datuk Freddie Fernandez serta beberapa teman lamanya, iaitu Datuk Sarimah Ibrahim, Datin Paduka Julie Sudiro, Datuk Aspalela Abdullah, MY Shamsuddin dan Shamsuddin Lamin.

Mereka meluangkan masa kira-kira satu jam bertanya khabar dan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga itu.

Suasana petang itu di kediaman Orkid sedikit bungkam apabila teman yang berkunjung turut merasai penderitaan yang ditanggung keluarga Orkid. Julie Sudiro dan Sarimah nyata tidak dapat menahan kesedihan dan sebak melihat keadaan Orkid. Apakan tidak, tubuhnya yang satu ketika dulu berisi, kini susut dek penyakit luar biasa itu.

Tiupan kata semangat dan doa yang dibacakan Julie Sudiro serta diaminkan tetamu lain, sedikit sebanyak memberikan semangat kepada wanita campuran Arab - Inggeris itu.

Pada kunjungan itu, Freddie dan teman-teman artis turut mengambil peluang menghulurkan derma buat keluarga Orkid yang dikumpul hasil sumbangan ehsan teman-teman, bukan daripada tabung KARYAWAN.

"Ini bukanlah kunjungan pertama kami. Sebelum ini pun KARYAWAN pernah melawat Datin Orkid ketika beliau dirawat di hospital tahun lalu," katanya yang enggan mendedahkan jumlah wang yang didermakan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zon Bebas | Berita Hiburan, Isu Hangat dan Kisah Sensasi

Zon Bebas | Berita Hiburan, Isu Hangat dan Kisah Sensasi


Zon Bebas | Berita Harian Online, Isu Hangat dan Kisah Sensasi

Posted:

VIDEO CARA PENCURI MENCURI KAD ATM DI MESIN ATM

Kami dah share kat FB fanpage pasal benda ni, tapi sebab kami percaya masih ada lagi antara korang yang tak LIKE page kami tu, maka kami ambil keputusan untuk post kat ZB ni supaya korang tak terlepas dari mengetahuinya.

Anda tonton video kat bawah ni untuk tengok sendiri bagaimana pencuri melakukan kerja mereka untuk mengambil kad ATM di mesin ATM (ya, di mesin ATM). Bunyi macam pelik, tapi dah namanya pencuri, segalanya tak mustahil.

KLIK SINI UNTUK BACA LAGI »

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Hingus wartawan wanita keluar semasa buat liputan

Posted: 01 May 2011 01:41 PM PDT

nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

du 07.1 Hingus wartawan wanita keluar semasa buat liputan

SAPHIA KHAMBALIA masih membuat liputan di depan kamera walaupun hingusnya meleleh di Toronto, Kanada baru-baru ini.


TORONTO – Seorang wartawan di Kanada, Saphia Khambalia merah padam apabila hingusnya meleleh dari hidungnya semasa dia membuat liputan di depan kamera dan disaksikan oleh penonton, lapor sebuah akhbar semalam.

Insiden yang memalukan itu berlaku baru-baru ini semasa wanita itu yang bekerja untuk stesen televisyen City TV News Toronto membuat laporan langsung di sebuah dewan di sini.

Ketika itu, dia membuat liputan mengenai kehadiran pelakon popular Hollywood, Charlie Sheen di bandar ini.

Semasa kali pertama hingusnya keluar, Khambalia, 23, menyapunya dengan menggunakan rambutnya tetapi sejurus kemudian, hingusnya masih lagi meleleh.

Bagi mengelakkan dirinya daripada terus malu, dia segera menamatkan laporannya apabila melihat hingusnya terus meleleh dan mengenai mikrofon yang dipegangnya. – Agensi
/// kosmo ////

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Suami isteri lakon filem

Posted: 01 May 2011 02:37 PM PDT

MAHLIGAI mereka baru berusia dua bulan. Dengan erti lain, mereka masih lagi berada dalam fasa bulan madu. Namun pasangan yang diijabkabulkan pada 26 Februari lalu ini begitu gembira kerana sang isterinya sudah 'berisi'.

Antara percaya dengan tidak, Siti Sarah Raissuddin dan Shahmira Muhammad atau nama pentasnya, Shuib tetap melafazkan syukur kerana Tuhan memberikan rezeki lebih awal kepada mereka.

Melihat Sarah yang terpaksa duduk di kerusi ketika membuat persembahan sempena Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur, Rabu lalu, tergambar dia mula dihambat penat.

Ternyata sindrom ibu mengandung sudah mula dialaminya.


Dulu kalau di pentas, Sarah antara artis yang paling ligat.


Penyanyi lagu Kesetiaan itu berkata, mulai sekarang dia akan membuat persiapan yang perlu untuk menyambut bayi sulungnya itu.

"Semua berlaku dengan pantas baik dari segi perkenalan Sarah dengan Shuib, perkahwinan mahupun kehamilan ini.

"Semua sudah ditakdirkan dan Sarah cukup gembira dengan ketentuan ini.

"Sekarang rasa diri Sarah semakin dewasa dan menempuh fasa kehidupan yang sangat berbeza.

"Sekarang Sarah ada tanggungjawab dan komitmen yang besar.

"Tidak hanya tugas, Sarah perlu mengutamakan suami dan anak dalam kandungan ini.

"Alhamdulillah, Shuib seorang suami yang sangat penyayang dan 'caring'.

"Dia sentiasa peka dengan kesihatan dan penjagaan diri Sarah.

"Kini Sarah perlu menjaga rumah tangga dan menjalankan semua tanggungjawab secara sendirian.

"Walaupun sibuk dengan jadual nyanyian, Sarah akan tetap luangkan masa untuk memasak di rumah. Ini kerana kalau kami makan di luar, Shuib tidak makan lebih-lebih.

"Katanya, dia lebih sukakan masakan Sarah dan kalau makan nasi mesti tambah sepinggan lagi.

"Jadi Sarah akan cuba sedaya upaya menyediakan masakan untuk Shuib sebelum dia keluar bekerja.

"Memang kami rasa sungguh bahagia," katanya.

Shuib yang berada di sebelah Sarah sesekali menyampuk menceritakan detik indah sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama isterinya itu.

"Sarah memberikan sesuatu yang tidak pernah saya rasai sebelum ini.

"Dia satu-satunya wanita yang memikat hati saya untuk terus mendirikan rumah tangga.

"Malah, apabila Sarah disahkan mengandung, saya orang yang paling gembira dan mula sibuk memikirkan perancangan untuk keluarga kami nanti.

"Soal jantina dan nama adalah perkara kedua buat masa ini kerana apa yang lebih penting adalah kesihatan Sarah dan bayi kami itu," katanya.

Sarah yang juga pernah popular menerusi lagu Jangan Kau Mimpi berkata, dia dan Shuib baru terbabit dalam pembikinan filem komedi, Man Sewel Datang KL.

Selain berlakon, mereka turut bersatu menyanyikan lagu tema untuk filem itu berjudul Cinta Itu Nyawa.

"Man Sewel Datang KL adalah sebuah filem komedi yang menggabungkan kami berdua.
"Kelakarnya, Sarah memegang watak Salbiah kekasih kepada Shuib yang melakonkan watak utamanya iaitu Man.

"Sepanjang penggambaran kami memang seronok lebih-lebih lagi plot ceritanya sangat lucu dan gaya lakonan Shuib yang kelakar.

"Namun istimewanya lagi apabila Aidit memberi kepercayaan untuk Shuib menyanyikan lagu Cinta Itu Nyawa bersama Sarah.

"Walaupun dia bukan penyanyi profesional, Sarah gembira kerana Shuib boleh menyanyi.

"Malah Aidit juga cakap Shuib boleh menyampaikannya dengan baik.

"Lagu ini sebenarnya sudah lama Aidit simpan untuk Sarah.

"Namun selepas mengamati lirik ciptaan Ad Samad itu kebetulan sama dengan kisah cinta kami.

"Bayangkan, pernah satu masa iaitu beberapa hari sebelum melangsungkan perkahwinan dulu, hubungan kami pernah berdepan dengan kemelut.

"Sarah sendiri hampir-hampir berpisah dengan Shuib kerana dugaan itu.

"Namun kalau sudah jodoh kami, apa pun terjadi kami tetap akan bersama.

"Bukan setakat teman baik dan sahabat setia, malah Shuib adalah jiwa Sarah yang sukar dijelaskan keistimewaan itu," katanya yang mengakui single Cinta Itu Nyawa akan dipasarkan selewat-lewatnya hujung bulan depan.

Menyentuh perkembangan kerjaya, Sarah juga ada perancangan sendiri.

"Sekarang Sarah baru selesai membintangi Man Sewel Datang KL terbitan Work Move Productions.

"Ia turut dilakonkan oleh Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris dan Fida Ibrahim.

"Alhamdulillah, kerjaya seni Sarah semakin baik selepas beberapa lama Sarah senyap. Walaupun sudah berkahwin, Sarah akan terus menyanyi dan berlakon selagi mendapat restu suami," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Terpulang nak percaya atau tidak’

Posted: 01 May 2011 02:31 PM PDT

KENYATAAN terus dibuat Seniwati Datuk Rosnani Jamil atau Mak Nani berhubung saat kematian Biduanita Negara, Puan Sri Saloma pada 25 April 1983. Sebelum ini timbul kenyataan yang bercanggah antara kakak Saloma, seniwati Mariani Ismail dan Rosnani atau Mak Nani dalam akhbar ini berhubung siapa yang berada di sisi arwah ketika menghembuskan nafas terakhir.

Sebagai kawan baik, Rosnani akui tidak pernah terlintas di hatinya untuk mereka-reka cerita kerana apa yang dikatakan semuanya benar belaka. Katanya, terpulanglah kepada orang sama ada nak percaya atau tidak.

Mak Nani berkata, dia tidak akan melupakan detik apabila arwah menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Bagi Mak Nani, detik itu sangat mengharukan.

Ini kerana seorang bintang yang cukup diagung-agungkan dan dipuja-puja kerana kemerduan suaranya hanya ditemani rakan bersama seorang ustaz. Rasa terkilan Mak Nani terhadap pengalaman hidupnya itu pada awalnya disiarkan dalam ruangan Interaksi di akhbar ini pada 6 April lalu.


Ternyata kenyataan Mak Nani itu membuatkan keluarga arwah Saloma terkilan dan mempersoalkan tujuannya berkata demikian, seolah-olah Saloma diabaikan ahli keluarganya ketika terlantar sakit dan nazak.


Dakwa Mariani, dia dan anak-anaknya memang berada di sisi Saloma ketika penghibur ternama itu pergi buat selama-lamanya.

Seterusnya artikel bertajuk 'Kenyataan tak betul!' daripada Mariani disiarkan pula dalam Harian Metro pada 28 April lalu menyebabkan Mak Nani terus menghubungi penulis semula untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku pada malam kematian Saloma.

Pertemuan dengan penulis di Saloma Bistro, Jalan Ampang, petang Khamis lalu cuba memberi ruang untuk Mak Nani menceritakan detik sebenar.

"Pertamanya, saya minta maaf kepada keluarga Saloma kerana timbul salah faham mengenai kenyataan saya itu. Saya jawab kenyataan Mariani bukan sebab mahu mencari publisiti murahan terhadap orang yang sudah tiada. Saya hanya minta ruang untuk membetulkan apa yang tidak benar pada hari kematian Saloma.

"Pada malam itu, saya ingat lagi, ketika menonton TV siri Fantasy Island, saya mendapat panggilan daripada anak saudara arwah, Linda, memaklumkan Saloma yang dipanggil Mama, sedang nazak dan meminta saya mencarikan seorang ustaz.

"Saya terus membawa Ustaz Aziz dari masjid Kampung Tunku ke hospital. Sampai di sana, saya disambut Linda, Sasha, Dian, Armali, Sazali dan 'Mum' (bapa tiri Mariani) yang berada dalam bilik bersama Saloma. Saya meminta mereka keluar sekejap dan tinggalkan saya, ustaz dan Saloma.

"Saya duduk menggenggam tangan Saloma lalu berkata: "Ini I datang. I doakan you sihat ya." Ustaz Aziz kemudian membaca doa dan saya pula membaca al-Fatihah. Selepas selesai bacaan pertama hingga ketiga, saya nampak nafasnya masih naik turun.

"Selepas bacaan keempat, saya tidak nampak lagi apa-apa tanda, tapi saya terus membaca al-Fatihah sampailah ustaz menepuk bahu saya memaklumkan Salmah (Saloma) sudah tiada. Saya tak percaya kerana baru saja melihat nafasnya turun naik tapi akhirnya saya kena reda.

"Saya kemudian keluar dari bilik itu dan memanggil Dian, Armali serta Sasha dan memberitahu Mama sudah tiada lalu meminta mereka masuk melihat jenazahnya. Ketika itu, anak saya (Anwardi Jamil) sampai dan saya memintanya memanggil doktor.

"Doktor tanya, apakah saya kakak arwah dan saya cakap bukan. Doktor bertanya siapa yang dia boleh jumpa dan saya kenalkan anak arwah iaitu Armali.

"Armali bersama doktor menguruskan surat mati manakala Anwardi pula mencari kereta jenazah. Linda, Sasha dan Dian saya suruh pulang untuk bersihkan rumah bagi membawa pulang jenazah Saloma.

"Apabila dah selesai, kami tolak katil arwah keluar dari bilik menuju ke lif. Saya dan Armali tolak dari belakang manakala Anwardi dan Mum pegang di depan. Ketika masuk lif, azan Subuh berkumandang dan suasana ketika itu sangat sayu hingga saya menangis teresak-esak.

"Suasana ketika itu begitu menginsafkan saya. Bagaimana terkenalnya seseorang itu, ketika akhir hayatnya, hanya orang yang rapat akan berada di sisinya. Selepas masuk ke dalam kereta jenazah, saya menyuruh Armali duduk di sisi arwah. Mum pula di depan dengan pemandu sementara saya dan Anwardi ikut dari belakang dengan kereta menuju ke rumah arwah di SS 1, Petaling Jaya.

"Sampai di rumah, tempat jenazah sudah siap dan saya berjumpa ibu arwah. Saya katakan kepadanya: "Ibu, sebagai sahabat, tugas saya sudah habis. Saloma sekarang saya serahkan kepada ibu. Selepas itu, saya pulang ke rumah dengan rasa amat sedih.

"Itulah yang sebenar-benarnya berlaku dan kalau Linda, Sasha atau Dian mahu menidakkan cerita ini, terserahlah kepada mereka. Sebagai sahabat, saya bersyukur kerana dapat bersama Saloma ketika saat-saat terakhirnya," kata Mak Nani dengan nada sedih.

Mak Nani berkata, berita kematian Saloma kemudian disiarkan dalam akhbar New Straits Times (NST) pada 26 April 1983 yang ditulis sendiri Anwardi yang ketika itu menjadi wartawan akhbar itu.

Dalam artikel itu, Saloma meninggal dunia pada usia 48 tahun, sejurus sebelum tengah malam Ahad, selepas lima hari koma disebabkan demam kuning.

Rosnani berkata, dia tidak bermaksud bahawa tiada ahli keluarga Saloma langsung di sisi arwah ketika itu kerana mereka berada di luar bilik.

Katanya, dia datang melawat Saloma setiap hari selama arwah dirawat di hospital, tetapi bukanlah menjaganya.

"Saya luangkan masa melawatnya dan bercerita walaupun dia tidak sedar. Begitu juga dengan Latifah Omar. Saya berkawan dengan Saloma yang dikenali sebagai Salmah sejak usia 15 tahun lagi. Ketika itu Saloma menyanyi pada majlis kahwin dan saya juga bercita-cita jadi penyanyi.

"Bagaimanapun, hubungan kami terputus apabila ibu bapanya bercerai dan Salmah mengikut bapanya ke Tanjung Karang. Kami bertemu kembali secara kebetulan apabila Saloma bersama anaknya, Armali, berpindah ke sebelah rumah keluarga saya selepas dia bercerai dengan AR Tompel. Sejak itu kami terus rapat semula," katanya.

Saloma atau nama sebenarnya, Salmah Ismail dilahirkan di Singapura pada 23 Januari 1935. Beliau mula menyanyi secara profesional pada majlis kahwin sejak usia 13 tahun. Apabila mengikut bapanya ke Tanjung Karang dan hidup sebagai petani, nyata Saloma tidak menyukai kehidupan barunya lalu kembali ke Singapura dan tinggal bersama ibunya.

Dia menyanyi di New World Park dan beberapa kelab malam dan kabaret. Pada 1952, beliau berkahwin dengan AR Tompel yang mahu menjadikannya bintang filem, tetapi Saloma lebih berminat menjadi penyanyi.

Seterusnya Saloma bernikah dengan P Ramlee pada Oktober 1961. Mereka berkahwin dan dikenali sebagai pasangan ideal hinggalah P Ramlee meninggal dunia pada 1973. Sejak itu, kesihatan Saloma sering terganggu dan pada 1978 dimasukkan ke hospital kerana demam kuning.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Cinta pandang pertama

Posted:

Cinta pandang pertama

Cinta pandang pertama



SALAM perkenalan sebagai seorang rakan yang bermula daripada laman sosial Facebook telah berubah menjadi bibit-bibit cinta antara pelakon Zed Zaidi dan Natalia hingga membawa mereka ke jinjang pelamin.

Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil kelihatan berseri-seri pada majlis pernikahannya dengan Natalia Halimatun Mustafa Kamal yang berlangsung di Restoran Felda Villa, Kuala Lumpur pada 29 April lalu.

Zed selamat diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan, Mustafa Kamal Datuk Seri Hussein dengan sekali lafaz.

Bicara Zed, hatinya terbuka untuk melamar Natalia yang lebih mesra disapa Nelly setelah pulang daripada mengerjakan umrah pada tahun 2009.

"Kami berkenalan di Facebook sejak tiga tahun lalu. Pada asalnya, kami merupakan rakan biasa sahaja sehinggalah selepas saya pulang menunaikan umrah.

"Perasaan itu datang dengan sendiri. Sememangnya dia wanita yang paling rapat dengan saya ketika itu dan tidak sangka rakan baik saya merupakan jodoh saya.

Tambah Zed, Nelly ialah seorang wanita yang sentiasa memahami dirinya dan selalu ada bersamanya sewaktu susah dan senang. Dia sanggup menjadi pendengar setia ketika dirinya dilanda masalah.

Suami

Dalam majlis yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat, Zed dan Nelly anggun menyarung busana serba putih rekaan Anizam Yusof. Hiasan pelamin dan hantaran pula dibuat khas oleh Dahlis Bridal dari Kota Bharu, Kelantan.


ZED ZAIDI dan isterinya, Natalia atau Nelly merancang mempunyai sepasang cahaya mata.


Walaupun berlangsung secara sederhana, majlis itu tetap meriah. Keceriaan juga jelas terpampang pada wajah Zed. Dia kelihatan tersenyum hingga ke akhir majlis.

Pada hari tersebut, Nelly menerima mas kahwin sebanyak RM300 berserta wang hantaran berjumlah RM20,000.

Dia juga menerima sebentuk cincin dan tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada beg tangan Christian Dior, wangian Jeanne Lanvin, set barangan solek Chanel, sepasang kaca mata Prada, seutas jam tangan Guess, semangkuk manisan dan sirih junjung.

Berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan ialah senaskhah al-Quran, sebuah pemain MP5, seutas jam tangan French Connection, kamera DSLR Canon, sepasang cermin mata Porche Design, sebuah laptop Toshiba, wangian Davidoff Champion, sirih junjung serta manisan.

Adakah Nelly sudah bersedia menjadi isteri kepada seorang artis atau selebriti? Ini merupakan soalan wajib yang sering ditanya jika salah satu pasangan merupakan seseorang yang dikenali masyarakat.

Bagi Nelly, 28, yang juga seorang ahli perniagaan, dia sudah lama bersedia dengan kemungkinan itu.

"Saya telah bersedia sejak dari mula perkenalan kami.


BERJAYA! Mungkin itu yang diungkapkan Zed selepas akad nikah.


"Sebenarnya, saya tidak mahu ambil peduli sangat mengenai kontroversi mahupun gosip yang dikaitkan dengan Zed.

"Saya beri kebebasan kepadanya dan memahami kariernya sebagai artis," tutur anak sulung daripada dua beradik ini.

Mengenai kriteria yang ada pada diri Zed hingga dia tertarik dengan lelaki itu, bicara Nelly, Zed ialah seorang lelaki yang bijak yang matang dari segala aspek termasuk pertuturan, perwatakan dan pemikiran. Kata Nelly lagi, Zed ada visi yang jelas dalam hidup.

"Apa yang ada pada diri Zed menepati kriteria lelaki yang saya idamkan selama ini. Tambahan pula, dia seorang lelaki romantik. Saya amat menyukainya," jelasnya.

Kala diajukan soalan adakah dia ada menetapkan syarat atau batasan yang perlu diikuti sang suami, Nelly berkata perkara itu tidak perlu.

Ini kerana sebagai suami, Zed sudah sedia maklum dengan status dan tanggungjawab barunya itu. Menurut Nelly, suami yang bertanggungjawab tidak akan membuat perkara yang boleh mengguris hati surinya.

"Apabila sudah menjadi suami, kita sendiri tahu batasan kita dalam pergaulan. Kita juga tahu untuk menjauhi perkara yang akan membuatkan hati isteri terguris.

"Kami juga sudah tahu tanggungjawab kami sebagai suami isteri. Itu adalah perkara asas dalam rumah tangga," ujar Zed yang meluahkan kata-kata romantis sambil mencium pipi isterinya.

Kebiasaannya populariti seseorang artis dikatakan jatuh apabila mereka telah berkahwin.

Namun, menurut Zed, walaupun perkara itu akan terus diperkatakan, baginya bukan bujang atau telah berkahwin yang akan menentukan populariti seseorang.

"Ia mengenai tawaran berlakon yang sentiasa ada bagi seorang insan seni. Tidak kiralah sudah kahwin atau belum, itu bergantung pada rezeki masing-masing.

"Mungkin selepas berkahwin, mana tahu rezeki saya bertambah. Jika tiada masalah atau kontroversi nescaya karier akan berterusan," tuturnya yang kini giat mempromosikan drama Fatimah Juling.


DUA keluarga kini bersatu menjadi sebuah keluarga yang besar ekoran perkahwinan Zed dan Nelly.


Anak

"Saya tidak merancang keluarga kerana jika sudah tiba masanya menimang cahaya mata, kami terima," itulah kata-kata yang keluar daripada mulut Zed apabila berbicara mengenai kehadiran orang baru dalam hidup mereka kelak.

Zed dan Nelly hanya berserah kepada Tuhan. Namun, jika boleh, tutur Zed, dia mahukan sepasang anak lelaki dan perempuan.

"Namun, semuanya perlu tunggu sehingga 7 Mei iaitu tarikh resepsi saya berlangsung.

"Selepas itu barulah kami akan fikirkan mengenai perancangan keluarga pula," jelas Zed yang akan mengadakan resepsi di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

Namun, sesi berbulan madu terpaksa ditangguhkan kerana Zed mempunyai komitmen kerja yang tidak dapat dielakkan.

Walaupun tertangguh, dia dan isteri sudah bersetuju untuk melancong ke Ireland.

"Kami merancang mahu ke negara Eropah iaitu di Ireland. Ini kerana adik saya kini berada di sana. Dia tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan kami di sini kerana belajar di Ireland.

"Kerana itu, kami mahu ke sana untuk berjumpa dengannya sekali gus negara itu menjadi destinasi bulan madu kami," tuturnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Proton Persona pilih deejay

Posted:

Proton Persona pilih deejay

Proton Persona pilih deejay

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com


DEEJAY Lin (kiri) tidak memiliki lesen memandu sehingga dia terpilih menjadi duta Persona sempena kempen Proton Persona-Sememangnya Lebih Sempurna.


WALAUPUN takut untuk memandu kereta dan belum memiliki lesen memandu, Roslinda Abdul Majid, 36, atau dikenali dengan panggilan Deejay Lin menyahut cabaran untuk mengambil lesen memandu. Dia kini telah mempunyai lesen L.

Semuanya disebabkan penyampai radio Suria FM itu telah dipilih menjadi duta kereta Proton Persona oleh syarikat Proton Edar Sdn. Bhd.

"Sebelum ini, saya tiada lesen memandu kereta malah tidak pernah memandu kenderaan empat roda itu kerana takut.

"Untuk pergi ke stesen radio tempat saya bekerja, saya akan menunggang motosikal atau menyuruh kawan-kawan hantar.

"Tetapi selepas terpilih menjadi duta kereta Proton Persona, saya sahut cabaran untuk memperoleh lesen memandu kereta," katanya yang terpilih bersama dua lagi deejay radio iaitu Aanantha dan Jack Lim sebagai duta Proton Persona untuk kempen Proton Persona - Sememangnya Lebih Sempurna.

Ketiga-tiga duta itu akan berperanan sebagai mentor dan berkongsi pengalaman hidup melalui kempen masing-masing.

Sebagai ibu tunggal, Lin akan mengunjungi kediaman ibu-ibu tunggal dan berkongsi pengalaman menjadi ibu tunggal selama lima tahun.

"Saya juga akan terlibat dengan bengkel Memperkasakan Diri pada 18 Jun depan khusus buat ibu-ibu tunggal," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen itu di kafe Delicious, Marc Residence, Kuala Lumpur.

Menjadi mentor kepada ibu-ibu tunggal yang terpilih, Lin akan menyuntik semangat mereka untuk terus maju dalam hidup dan jangan sekali-kali menyerah kalah.

Lin juga akan merakamkan drama radio berkisar tentang kehidupannya yang bakal ke udara di Suria FM pada bulan Mei nanti di slot Pagi Bersama Halim & Zizi dan slot Petang Bersama Linda Onn.


LIN bergambar dengan Pengurus Besar Pemasaran Proton Edar, Abdul Sidik Abdul Hamid (kiri) serta duta kereta Proton Persona, (dari kanan) Jack Lim dan Aanantha.


Ditanyakan adakah dia tidak kisah mendedahkan kisah hidupnya kepada umum, Lin memberitahu, semuanya disebabkan dia ingin berkongsi pengalaman dengan ibu tunggal yang lain.

Sementara itu, deejay Aanantha atau nama sebenarnya Anand Rajaram, 34, akan menyasarkan bengkel motivasi untuk golongan muda yang berumur tujuh hingga 18 tahun.

Aanantha yang mengendalikan slot Pagi Ceria bersama deejay Uthaya untuk stesen THR Raaga pada hari Isnin hingga Jumaat itu juga akan memilih tiga peserta untuk muncul dalam klip video kumpulannya.

"Saya akan memilih tiga orang peserta untuk merakamkan klip video untuk salah satu lagu dalam album saya," katanya yang mempunyai sebuah kumpulan muzik bersama abangnya, Ram yang dikenali sebagai Synergy.

Berbeza pula dengan Jack Lim yang merupakan deejay bagi stesen My FM.

Lim akan melakukan cabaran memandu selama 15 jam dari Perlis ke Johor dan mengajak beberapa individu untuk turut sama menyahut cabaran itu.

Menurut Pengurus Besar, Bahagian Pemasaran Proton Edar, Sidik Abdul Hamid, kempen Proton Persona - Sememangnya Lebih Sempurna membolehkan syarikat pengedar kereta itu berkongsi pengalaman dengan rakyat Malaysia khususnya dalam memilih kereta yang sesuai dengan keperluan mereka.

Semua aktiviti sepanjang kempen itu boleh diikuti menerusi laman web www.protonpersona.com. Kempen tersebut bermula April lalu hingga Ogos ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ahad, 1 Mei 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ayish Tersingkir dari Mentor 5

Posted: 01 May 2011 08:15 PM PDT

Budiey nak ucapkan tahniah buat Ratnah dan Shiha yang berjaya melangkah ke Peringkat Separuh Akhir. Untuk Ayish yang tersingkir, jangan putus asa ya. Teruskan usaha untuk mempertajamkan lagi vokal anda.

SHAH ALAM: Protege Ayish atau nama sebenarnya Muhammad Faris Mohamed Razali, 21, tersingkir pada konsert Mentor musim kelima, yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi.

Ayish Mentor 5

Ayish Mentor 5

Ayish yang dididik di bawah mentornya Noh Hujan itu terpaksa akur apabila dia gagal mengumpul markahnya sepanjang empat minggu konsert diadakan dan hanya mampu memperoleh markah keseluruhan sebanyak 208 sekaligus membuatkan dia gagal mara ke peringkat separuh akhir. Peserta dari Shah Alam itu menjadi peserta pertama dalam kumpulan A, tewas kepada protege Datuk Sharifah Aini, Nurshiha Mohd Zikir, 24, yang memperoleh markah keseluruhan sebanyak 252 dan protege Afdlin Shauki, Ratnah Awal, 26, pula mendapat markah sebanyak 215.

Menurut Ayish, dia mengakui persembahannya pada minggu-minggu sebelum ini terlalu banyak kekurangan sehingga mengganggu pemarkahan yang diterima.

"Saya telah cuba melakukan yang terbaik pada persembahan malam tadi dan akur dengan keputusan yang diterima. Bagaimanapun, perjalanan muzik saya tidak akan terhenti begitu sahaja, katanya yang membawakan lagu daripada Nidji, Laskar Pelangi dan Nakal daripada kumpulan Gigi.

Dalam pada itu, Datuk Ramli MS, selaku juri tetap memuji Ayish yang mempunyai banyak peningkatan dalam persembahannya dan meminta Ayish mengambil kelas vokal jika ingin menjadi seorang penyanyi profesional.

Sementara itu, Noh pula berkata, dia sentiasa menerima Ayish dengan tangan terbuka jika protegenya itu ingin meminta bantuan untuk meneruskan karier dalam bidang nyanyian.

"Saya tak kisah kalau dia (Ayish) mahu mendapat bantuan kami, tapi terpulanglah pada dia. Cuma, saya bangga dengannya kerana walaupun disingkir, sekurang-kurangnya Ayish meninggalkan memori Mentor 5 dengan persembahan terakhirnya yang terbaik," tuturnya.

Sistem pemarkahan terbahagi kepada tiga iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20 peratus lagi daripada juri awam.

Pada malam itu, penyanyi rap Joe Flizzow bertindak sebagai juri undangan. via Mstar Online

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Video Persembahan Pertama Protege di Showcase Mentor 5
  • Salma Dapat Pujian Melambung di Konsert Mentor 5
  • Siapa Mentor & Protege Untuk Realiti TV Mentor Musim Ke-3?
  • Alif Tersingkir Kerana Penyebaran Gambar Kekasih di Internet?
  • Gambar Ziana Zain & Mohd di Rakaman Mentor Raya
  • Nieyl Mentor Perlu Masuk Sekolah Balik?
  • Gambar Mentor & Protege di Rakaman Mentor Raya 2010
  • Ujibakat Mentor Bersama Awie
  • Gambar Peserta Mentor di Konsert Mentor Kumpulan A
  • Simon Tersingkir Dari One In A Million
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Zed Zaidi & Nelly Nathalia Nikah

    Posted: 01 May 2011 08:02 PM PDT

    PELAKON Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April lalu. Majlis akad nikah telah diadakan di Restoran Felda Villa, di Kuala Lumpur dengan tetamu terdiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

    Kedua-dua pasangan kemudiannya akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 7 Mei di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional.

    Zed Zaidi Nikah

    Bercerita tentang detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan, Zed memberitahu mereka bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta.

    Seronok betul tengok gambar perkahwinan Zed Zaidi dengan Nelly Nathalia, yang bujang pun terus tiba-tiba semangat nak kumpul duit nak kahwin sebab tergambar kegembiraan Zed Zaidi dalam majlis pernikahan beliau ni. Perwatakan Zed Zaidi yang ceria dan gila-gila mungkin membuatkan beliau mampu untuk cover perasaan nervous walaupun dalam saat hendak akad nikah. Lihat saja reaksi Zed Zaidi yang tergelak dan tersenyum dalam gambar pernikahan Zed Zaidi ini.

    Namun setelah selesai majlis akad nikah, reaksi spontan Zed Zaidi menggenggam tangan tanda gembira dan puas hati kerana telah selesai segalanya. Kami ucapkan selamat pengantin baru buat pasangan Zed Zaidi dan Nelly Nathalia yang berkahwin pada 29 April lalu, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Warna putih menjadi pilihan Zed Zaidi dan Natalia, nampak cantik sangat pakaian yang dipakai oleh mereka. Tahniah buat perekanya.

    Zed Zaidi dan Nelly Nathalia sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua. Perkenalan antara Zed Zaidi dan Nelly Nathalia di facebook akhirnya sampai ke jinjing pelamin. Anda dah jumpa jodoh di facebook? Layan gambar sekitar majlis pernikahan Zed Zaidi dan Nelly Nathalia.

    Zed Zaidi Nikah

    Zed Zaidi Nikah

    Zed Zaidi Nikah

    Zed Zaidi Nikah

    Zed Zaidi Nikah

    Zed Zaidi Nikah

    Zed Zaidi Nikah

    Zed Zaidi Nikah

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Fesyen Syamsul Yusof & Zed Zaidi di Karpet Merah FFM23
  • Gambar Ning Baizura Nikah
  • Gambar Hantaran & Dekorasi Akad Nikah Siti Sarah & Shuib
  • Gaya Zed Zaidi di Anugerah Bintang Popular 2009
  • Gambar Majlis Akad Nikah Zaffrina Penyampai Suria FM
  • Gambar Perkahwinan Diraja Zara Salim Davidson
  • Profile Ahmad Nazib Bin Zaidi (NAZIB) Calon Pelajar AF 6
  • Kuza, Zila Bakarin, Sabri Yunus, Suhaimi Kaswan Dalam Drama Iradat
  • Rabbani, Ikram Dinzly, Zek Zaidi Di Kesyukuran Dalam Kemeriahan Ramadan Al-Mubarak
  • Sekitar Ujibakat OIAM di Kota Kinabalu, Sabah
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Zon Artis

    Zon Artis


    Isteri Zul 2 By 2, Isma AF7 Keguguran

    Posted: 01 May 2011 12:17 PM PDT

    ISMA AF7 KEGUGURAN

    Nampaknya belum rezeki Zul 2 by 2 dan isterinya, Isma AF7 untuk menimang cahaya mata ke-6 kerana Isma dilaporkan mengalami keguguran semasa kandungannya dalam usia lebih 2 bulan.

    Seperti yang dilaporkan di portal Murai, Isma mengalami pendarahan dengan banyak sekali secara tiba-tiba pada pagi Sabtu, 30 April lalu. Zul yang cemas melihat keadaan Isma ketika itu terus bergegas membawa Isma ke hospital.

    Apabila pemeriksaan dibuat, doktor mengesahkan yang kandungan Isma telah tiada dan dipercayai telah keguguran. Namun apakah punca yang menyebabkan Isma keguguran tidak pula diketahui.

    Kami pasti apa yang berlaku ini sangat menyedihkan Zul dan Isma. Kami harap Zul dan Isma tabah menghadapinya dan redha dengan apa yang berlaku. InsyaAllah kalau ada rezeki, dapat la anda menerima kehadiran cahaya mata ke-6 nanti.

    + Encik One

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    (Gambar) Zahiril & Shera Selamat Bertunang, Nikah 20 November Nanti

    Posted: 01 May 2011 06:50 AM PDT

    GAMBAR PERTUNANGAN ZAHIRIL DAN SHERA

    Tahniah kami ucapkan kepada Zahiril Adzim dan Shera Aiyob kerana sudah selamat mengikat tali pertunangan pada pagi tadi. Mereka akan melangsungkan pernikahan pada 20 November nanti.

    Dalam majlis pertunangan tersebut, Zahiril memberi tujuh dulang hantaran dengan tema warna hijau manakala Shera membalas dengan 11 dulang hantaran berwarna merah jambu.

    Lagi gambar kat bawah ni.

    GAMBAR PERTUNANGAN ZAHIRIL DAN SHERA
    This photo via @ninimohd

    GAMBAR PERTUNANGAN ZAHIRIL DAN SHERA
    This photo via @NadyaZaini

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    aReaL&Celebrity

    aReaL&Celebrity


    Gambar Pelakon Juvana ,Zahiril Adzim Dan Pasanganya Shera Ayob Bertunang

    Posted: 01 May 2011 05:20 AM PDT

    Salam Guys, Tahniah Diucapkan Kepada Zahiril Adzim Dan Pasanganya Shera Ayob Yang Telah Melangsungkan Majlis Bertunang Baru-Baru Ini <-- "Ayat *Baru2 Ini* Terpaksa Pasai Aku Tak Sure Bila Diaorang Bertunang... Kuikuikui". Untuk Pengetahuan Korang, Zahiril Adzim Merupakan Salah Sorang Pelakon Yang Membintangi Drama Juvana Yang Sedang Ditayangkan Di TV3 Sekarang Ni..

     

    Shera Ayob Pula Merupakan Salah-Seorang Host WWF WHI A.K.A Wanita Hari Ini.Mereka Memilih 20 November 2011 Untuk Melangsungkan Majlis Akad Nikah Dan Bersanding... Cantik Tarikh Tu Kan !!! 20112011, Dah Macam Tarikh Aku Nikah Dulu.. 20082008.. Terbaek Der.. Oopps... Lari Topik Suda.. Hehehe.. Majlis Berseksi Resepsi Mereka Akan Berlangsung Pada 17 Disember 2011.
    Okey, Kat Bawah Ni Ada 2-3 Keping Gambar Yang Sempat Aku Cedok.. Sorry, Gambar Tak Berapa Nak Clear.. Aku Guna Nokia 3310i Jer Amik Nih... <-- Yang Ni Aku Tipu..





    Biodata Shera
    NAMA: Nur Syahirah Aiyob
    PANGGILAN KOMERSIAL: Shera Ayob
    TARIKH LAHIR: 21 Disember 1986
    ASAL: Ipoh, Perak
    KELUARGA: Sulung daripada tiga beradik
    PENDIDIKAN: Diploma Pengajian Media, Institut Media Integratif Malaysia (MIIM), Kuala Lumpur
    KARIER: Pengacara dan pembantu penerbit
    PROGRAM: Kapsul My TV3 dan Wanita Hari Ini (WHI)
    PENCAPAIAN: Iklan komersial Double Mint dan Walls Kena Durian Runtuh, pelakon filem Sesuatu Yang Tertinggal dan Karak.


    Biodata Zahiril
    NAMA: Mohd Zahiril Adzim
    PANGGILAN KOMERSIAL: Zahiril Adzim
    TARIKH LAHIR: 23 Januari 1984
    ASAL: Taiping, Perak
    PENCAPAIAN: Kami The Series,Seandainya Aku Siti,Senjakala,MerahPuteh
    E-Mail: bobbamario@hotmail.com
    Blog : http://zahiriladzim.blogspot.com/




    Churp1 Churp2 Churp3 Churp4 Churp5 Churp6
    facebook Shera Ayob,biodata Shera Ayob,gambar Shera Ayob,Shera Ayob seksi,Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,Proton inspira,facebook,ipad,Malaysia,benci bilang cinta,youtube,world cup 2010,yahoo,justin bieber,login facebook,fb,games,utusan online terkin,google,mudah.com.my,Selangor,mail,didi games,yahoo mail,fifa,you,maher zain,david villa,justin bieber,lionel messi,luna maya,ronaldhino,din beramboi,Fernando torres,lady gaga,kaka,hanis zalikha,cristiano ronaldo,lee min ho,van persie,adam lambert,iker casillas,siti nurhaliza,mesut ozil,paul tan,fabregas
    Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.