:: MYARTIS.COM :: |
| You are subscribed to email updates from :: MYARTIS.COM :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
:: MYARTIS.COM :: |
| You are subscribed to email updates from :: MYARTIS.COM :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
macam macam hiburan terkini |
| Posted: 10 Apr 2011 08:54 PM PDT TIKET sebagai protege Nurul Wahab menerusi program realiti televisyen Mentor musim kedua belum cukup kuat untuk memperkenalkan Nieyl atau nama sebenarnya Nuriylia Jailani di mata peminat muzik tanah air. Kehadiran Nieyl untuk menghiburkan peminat menerusi lagu-lagu nyanyiannya seperti Dua Hati, Persada dan Andainya gagal menarik perhatian peminat. Senario itu mungkin disebabkan lagu-lagu yang dilontarkan tidak mesra telinga pendengar. Kata Nieyl, apabila dia menyanyi, penonton akan ternganga. Bukan kerana kagum atau tidak sukakan lagu-lagunya. Sebaliknya, mereka ternganga disebabkan lagu yang didengar itu, tidak biasa di telinga pendengar. Tetapi apabila Nieyl menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi lain, reaksi yang diterima berbeza. Dalam situasi begitu, Nieyl mengakui hatinya terguris tetapi dalam masa yang sama, dia tidak pula menyalahkan peminat. Justeru, dia bertekad untuk menghasilkan lagu sendiri dan mencuba sedaya upaya untuk mempopularkan lagu-lagunya agar menjadi siulan ramai. "Sedih hati ini apabila menyanyi di pentas, orang tidak beri perhatian. Namun kita tidak boleh menyalahkan penonton kerana mereka hanya akan beri perhatian kalau mereka tahu lagu berkenaan. "Saya sedar, lagu-lagu nyanyian saya tidak mesra di telinga peminat kerana lagu-lagu saya tidak berpeluang diperkenalkan secara meluas kepada pendengar. "Jadi apabila saya nyanyi, orang ternganga. Ternganga bukan kerana suka tapi kerana mereka tidak tahu apa lagu yang saya nyanyikan," katanya kepada Hits. Biarpun mengalami keadaan seperti itu, ibu kepada Damia Dazmah Shah yang berusia setahun lebih itu tidak mudah berputus asa. Sebaliknya, Nieyl menanam tekad untuk merakamkan lagu baru sebagai platform untuk dia meneruskan langkahnya dalam bidang seni. Oleh itu, Nieyl bersandarkan kepada single Sering, ciptaan Amylea untuk memperkenalkan semula dirinya kepada peminat muzik tempatan. "Setakat ini, lagu itu yang liriknya saya tulis bersama Amylea, mendapat sambutan yang memberangsangkan. "Saya senang bekerjasama dengan Amylea kerana dia dapat 'menangkap' apa kehendak saya dan harapan saya, gandingan kami menjadi," katanya. Untuk melangkah lebih jauh lagi, kata Nieyl, dia perlu melihat reaksi peminat terhadap lagu Sering. "Apa-apa pun, kena lihat reaksi orang ramai dahulu sama ada mereka suka atau tidak lagu itu. "Kalau semuanya berjalan lancar, mungkin saya akan tampil dengan album penuh. Cuma agak sukar nak beritahu bila tarikh pelancaran album penuh itu. "Semuanya bergantung kepada bajet untuk menerbitkan album itu nanti. Maklumlah, saya keluarkan duit sendiri untuk buat album," katanya terus terang. google: nieyl, nieyl facebook, nieyl blog, nieyl twitter, nieyl myspace, nieyl bogel, buah dada nieyl, nieyl seksi, nieyl putih melepak, nieyl 2011, album baru nieyl, single terbaru nieyl, gambar nieyl terkini terbaru |
| Salma-Erra Fazira (Mentor 5) Gementar Berada Di Tangga Teratas Posted: 10 Apr 2011 08:44 PM PDT SHAH ALAM: Protégé Salma dan mentornya, pelakon Erra Fazira akui gementar walaupun berada di kedudukan teratas sebanyak dua kali berturut-turut bagi kumpulan B program Mentor musim kelima di Wisma Majlis Bandaraya di sini, Ahad. Kata Erra, dia gusar sekiranya protegenya gagal memberikan persembahan terbaik pada konsert seterusnya memandangkan jangkaan penonton yang pastinya mahukan persembahan lebih bagus berbanding sebelumnya. Sementara Salma pula menganggap markahnya sebanyak 77 peratus pada konsert kedua itu semakin menurun berbanding konsert pertama iaitu 80 peratus. "Saya rasa mungkin ada kekurangan, jadi saya perlu membuat persediaan yang lebih baik untuk konsert akan datang. "Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana masih mendapat tempat pertama. Walaupun begitu, tidak bermakna saya yakin untuk memenangi pertandingan ini sebaliknya saya hanya berjanji untuk melakukan yang terbaik," kata Salma dalam satu sidang media. Iqa dan Edry menduduki tempat kedua bagi kumpulan B Mentor 5. Dalam pada itu, Erra turut menjawab komen juri tetap, Datuk Ramli MS mengenai graf vokal Salma yang mendatar sahaja berbanding konsert lalu. "Saya terima komen itu tetapi sebolehnya saya tidak mahu terlalu push Salma. Seperti kata Kak Mas Idayu, simpan sedikit 'senjata'. Jadi, insya-Allah, minggu depan kami akan melakukan kelainan. "Vokal Salma bernada tinggi dan besar. Jadi, dia boleh menyanyikan lagu bergenre rock atau pop rock tetapi saya selalu menasihatinya supaya menjiwai sesuatu lagu itu. "Walaupun dia berada di atas, tidak bermakna dia boleh selesa dengan kedudukannya kerana bila-bila masa sahaja peserta lain boleh mengejar markahnya," jelas Erra. Mas Idayu diundang sebagai juri jemputan dan turut menyanyikan lagu medley popularnya seperti Cinta 100%, Senggol-Senggolan dan Selangit. Rahim Maarof dan protegenya, Aiman mendapat markah terendah. Mentor 5 kumpulan B pada konsert kedua itu juga menyaksikan Iqa, protégé kepada komposer Edry Abdul Halim menduduki tempat kedua dengan markah 56 peratus manakala Aiman, protégé kepada penyanyi Rahim Maarof mendapat 43 peratus. Salma mendendangkan lagu Bukan Milikmu Lagi yang dipopularkan oleh Agnes Monica dan duet lagu Rama Rama (Ella) bersama-sama Ratnah, diikuti Iqa dengan medley Sejati dan Bujang Senang (kumpulan Wings) serta duet dengan Ayish menerusi lagu Sofea Jane (Black). Mas Idayu membuat persembahan lagu medleynya bersama-sama tiga peserta Mentor 5 kumpulan B. Sementara Aiman menyanyikan medley empat lagu iaitu Ekstravaganza (Bunkface), Larut (Dewa), ACKKC (Rahim Maarof) dan Holy Diver (Killswitch Engage) serta duet lagu Aku Dan Dirimu (Ari Lasso dan Bunga Cinta Lestari) dengan Shiha. Konsert malam itu juga diserikan dengan penampilan istimewa Hadfizi (protégé pilihan) dengan lagu popular Cinta Kristal (Rahim Maarof). Dalam pada itu, pengacara Faizal Ismail menggantikan Ally Iskandar yang mengerjakan umrah. Mentor 5 bersiaran di TV3 pada setiap Ahad, pukul 9 malam. |
| Sarah & Shuib Seronok Berlakon, Duet Bersama-sama Posted: 10 Apr 2011 08:42 PM PDT KUALA LUMPUR: Selepas lebih sebulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Siti Sarah dan suaminya, Shuib dari kumpulan Sepah bagaikan 'belangkas' apabila ke mana-mana. Malah kedua-duanya seronok apabila ditawarkan berlakon menerusi filem Man Sewel Datang KL dan berduet lagu Cinta Itu Nyawa. "Kami seronok dapat bekerja bersama-sama. Mungkin ini sudah rezeki kami selepas berkahwin," kata pasangan ini ketika menjalani sesi penggambaran filem tersebut di Jalan Bellamy, di sini, baru-baru ini. Shuib melakonkan watak utama sebagai Man yang mempunyai penyakit sewel, berasal dari kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur setelah melihat kejayaan rakan sekampungnya yang bekerja di ibu kota. Sementara Sarah pula melakonkan watak salah seorang kekasih Man bernama Salbiah. Dia memiliki sebuah butik di Kuala Lumpur dan mula mengenali Man setelah terlibat dengan kes ragut. Aksi kandid ketika Sarah mendandan rambut Shuib sebelum menjalani sesi penggambaran filem Man Sewel Datang KL. - Foto CHAN TAK KONG Filem genre komedi itu diarahkan oleh sutradara Rahman Adam dan turut dilakonkan oleh Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris serta Fida Ibrahim. Ia telah selesai menjalani penggambaran di Raub, Pahang dan sekitar Lembah Klang. Biarpun di luar ramai yang mengenali Shuib sebagai seorang pelawak, namun Sarah akui suaminya merupakan seorang yang serius dan pendiam. "Kadangkala, kami suka bermain permainan seperti menyebut warna untuk menimbulkan suasana ceria. "Apabila saya berbual dengannya, pernah sekali dia hanya mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang reaksi kepada cerita yang dibualkan. Rupa-rupanya dia beritahu saya yang dia sedang berfikir," cerita Sarah mengenai karakter sebenar suaminya itu. Mengulas sedikit tentang lakonan bersama mereka, pasangan ini tidak mempunyai banyak babak berdua. "Saya rasa babak kami lebih banyak bersama-sama ketika berlakon drama Bujang Sepah melibatkan episod 22 hingga 26 berbanding dalam filem ini. "Babak kami berdua hanya 'manja-manja' seperti bercinta di butik," ujar Sarah yang pertama kali berlakon bersama-sama suaminya menerusi sitkom Gelak Khas. Beralih pula kepada lagu Cinta Itu Nyawa, Sarah berkata lagu tersebut merupakan ciptaan komposer Aidit Alfian dan lirik oleh Ad Samad. "Lagu ini merupakan lagu duet pertama kami berdua. Setelah diteliti liriknya, kami bersetuju mengatakan ia mempunyai persamaan dengan hubungan kami. "Mungkin orang jarang mendengar suami saya menyanyi tetapi melalui lagu ini, ia sedikit sebanyak menonjolkan tentang bakat nyanyian Shuib dan suaranya boleh tahan," beritahu Sarah yang akan terlibat dengan persembahan sempena Minggu Setiausaha 2011 di Menara Kuala Lumpur pada 26 dan 27 April ini. |
| Lantang, Tegas Karakter Remy Ishak Posted: 10 Apr 2011 08:41 PM PDT HARI INI, genaplah usia 29 tahun hero Malaya kesayangan ramai, Remy Ishak. Sempena hari lahirnya itu, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak hanya berdoa agar perjalanan kehidupan serta kariernya berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. "Ya, saya hanya berazam untuk lebih maju dalam bidang seni dan memperkukuhkan lagi mutu kerja," ujar Remy ringkas. Tidak terlalu memikirkan tentang peningkatan usia, anak kelahiran negeri adat pepatih (Negeri Sembilan) itu merasakan kepantasan masa membuatkan dirinya terkejar-kejar mahu mencapai misi dan pengalaman yang diinginkan. Baginya juga, usia terlalu subjektif untuk ditakrifkan kerana angka umur itu adalah sebuah perbandingan untuk meletakkan rasa hormat kepada seseorang. "Apabila bercakap tentang usia, ia hanya meletakkan rasa hormat pada orang yang lebih tua atau yang lebih muda, cuma pengalaman hidup yang banyak memainkan peranan sebenarnya. "Oleh itu, kita perlu merancang perjalanan hidup kita kerana hidup tanpa sasaran seperti orang yang tiada wawasan dan tiada hala tuju, lantas ia merugikan masa," katanya. Melihat sisi lain karakter pelakon ini, dirinya agak santai apabila berbicara tetapi setiap kata-kata yang dinyatakan penuh dengan takrifan prinsip yang menunjukkan Remy juga seorang lelaki bersifat tegas. Ditanya tentang hal sedemikian, pelakon yang sering dikaitkan dengan aktres jelita, Tiz Zaqyah dan Maya Karin ini mengakui tentang personalitinya itu. Malah Remy juga mempunyai sifat lantang bersuara jika ada perkara yang membuatkan dirinya tidak selesa dengan sesebuah keadaan. "Ya, saya seorang yang serius. Walaupun orang nampak saya ramah, ada masa-masanya, saya boleh bertukar menjadi seorang yang sangat tegas dan serius. "Kalau ada sesuatu yang tidak kena atau orang cuba mengambil kesempatan, saya akan lantang bersuara. Lagipun, menyimpan sesuatu perkara di dalam hati boleh membuatkan jiwa kita kacau. "Bagaimanapun, pada masa sama, saya juga seorang yang happy go lucky," katanya tersenyum. Singkirkan teman Cuba membongkar lagi tentang karakter serius pelakon filem Cun! ini, kata Remy, ketegasannya itu juga boleh ke tahap dia mampu menyingkirkan seseorang yang pernah menjadi temannya jika terdapat perkara yang kurang disenangi tentang teman tersebut. "Saya seorang yang sangat berhati-hati dan memilih untuk berkawan kerana mereka juga mampu mempengaruhi diri kita. "Jadi, ia merupakan kesalahan diri sendiri jika kita salah pilih kawan. Saya pernah menyingkir kawan sendiri. Lebih merimaskan jika seseorang itu jenis yang cakap tak serupa bikin. "Bagaimanapun, saya hanya akan menjadi garang dengan orang tertentu sahaja. Kiranya, hanya orang yang rapat tahu tentang sifat saya ini," ujarnya. Ternyata jiwa Remy agak kental dan tidak pernah rapuh bila melalui dugaan. Lantas ditanya pernahkah dirinya mengeluarkan air mata sepanjang berada dalam industri hiburan, kata Remy ringkas: "Saya masih kuat lagi." "Kunci" hal peribadi Biasanya, setiap pengalaman buruk yang berlaku pasti menjadi pengajaran besar untuk seseorang itu menjadi lebih berhati-hati supaya 'pisang tidak berbuah dua kali'. Begitu juga dengan Remy, pengalaman berkongsi kisah cinta dengan bekas kekasihnya, Ummi Nazeera memberi kesedaran buatnya agar tidak bercerita sewenang-wenangnya kepada umum tentang hal peribadi. Prinsipnya kali ini, tuah menjadi insan seni popular tidak semestinya kerana hasil cerita cinta yang dihebahkan. Sebaliknya, bakat yang dimiliki dalam diri menjadi keutamaan sehingga berjaya melakar nama pada 'dinding' industri lakonan. Seperti tidak lengkap jika tidak bertanya tentang hubungan cintanya dengan Tiz, walaupun pernah disoal banyak kali sebelum ini, Remy masih lagi senang menutup mulut daripada bercerita tentang hal peribadi kepada umum. "Sekarang ini saya lebih selesa untuk tidak menceritakan tentang hal hubungan cinta. Bila hubungan itu menjadi, ia akan menjadi isu, tidak menjadi pun, ia tetap jadi isu."Bab-bab isi hati, memang saya tak mahu kongsi. Kadang-kala bila baca balik artikel, terasa sakit hati," katanya. Minat fotografi Tutup buku tentang hal cinta Remy, pelakon ini sebenarnya bukan sekadar memiliki bakat berlakon. Sebaliknya, dia juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang seni lukis dan fotografi. "Apa sahaja yang berkaitan seni, saya pasti akan menyukainya. Saya suka melukis serta bidang fotografi. Jika ada masa terluang, saya akan meluangkan masa untuk kedua-dua perkara itu. "Selain itu, saya amat meminati muzik-muzik tradisional. Salah seorang penyanyi kegemaran saya ialah Abdullah Chik," ujarnya. |
| Maya Karin Rancang Terbit Filem Posted: 10 Apr 2011 08:39 PM PDT PEMILIK nama Maya Karin Roelcke bukan calang-calang orangnya. Seorang pelakon yang sangat profesional dan komited, Maya agak serius apabila membicarakan tentang hal karier. Rasanya, semua orang tahu, anak kacukan Melayu Jerman ini bukanlah seorang pelakon yang mengejar atau membolot tawaran di depan mata hanya untuk meraih populariti dengan pantas. Sebaliknya, selagi sesebuah tawaran filem yang hadir tidak mencapai tahap kualiti yang diinginkan, jangan haraplah dia akan berlakon, walaupun ditawarkan sejumlah wang yang besar. Justeru itu, Maya tidak mempunyai banyak tawaran berlakon dalam filem seperti pelakon-pelakon lain. Paling kurang pun satu atau dua tawaran sahaja untuk tempoh setahun. Bagaimanapun, itulah yang menunjukkan nilai eksklusif terhadap si jelita ini kerana hanya memilih kualiti berbanding kuantiti. Akui Maya, dia memang seorang yang cerewet dan memilih dalam bab lakonan. Biarlah tidak ada filem langsung daripada filem yang dilakonkannya itu nanti tiada matlamat apabila ditonton. "Kalau nak diikutkan saya hanya mahu berlakon filem setahun sekali sahaja kerana ingin memberi fokus dalam sesebuah projek filem tersebut sehinggalah ke promosi. "Lagipun tidak banyak tawaran yang mempunyai skrip yang bagus. Sayang sekali, walaupun sekarang ini semakin banyak filem muncul di panggung, masih ada lagi penerbit yang memandang ringan tentang penerbitan filem di mana filem itu dilihat seperti sebuah drama sahaja. "Mereka tidak bersungguh-sungguh dan main-main tentang filem, lebih-lebih lagi penerbit yang baru berkecimpung dalam industri ini. "Saya harap mereka menghormati industri filem kita dan jaga kualiti bagi setiap filem yang dihasilkan," katanya. Tambah Maya, dia juga turut berhasrat untuk menerbitkan sebuah filem tetapi ia masih lagi dalam perancangan. "Memang perkara itu (menerbitkan filem) ada terlintas dalam fikiran saya dan ia masih lagi dirancang. "Cuma hasrat saya hanya mahu membuat yang terbaik dalam setiap lakonan saya," ujarnya tersenyum. Sementara itu, pelakon berusia 31 tahun ini sibuk dengan penggambaran filem Legenda Budak Setan 2 (LBS2), arahan Sharad Sharan. Menariknya, jika penonton melihat Maya dengan watak 'gila-gila' Luna berambut panjang dalam filem Cun, kali ini, Maya membawakan watak Katrina, wanita sofistikated, yang menjadi cinta kedua kepada Qasha (lakonan Farid Kamil) dengan gaya rambut pendek. "Untuk menghayati filem ini, saya telah pun membaca ketiga-tiga siri LBS (ditulis oleh Ahadiat Akashah) untuk menghayati watak Katrina. Bagaimanapun, Katrina muncul pada siri kedua. "Dalam watak ini saya perlu banyak bermain emosi di mana Katrina adalah seorang wanita moden yang serius dan keras hati kerana telah melalui keperitan bercinta sebanyak dua kali," ujarnya. |
| Amy Mastura Tidak Dimakan Usia Posted: 10 Apr 2011 08:38 PM PDT SIKAP kesederhanaan yang dititik beratkan oleh penyanyi dan pelakon Amy Mastura, 40, begitu menebal dalam dirinya. Mungkin itulah rahsia dia bertahan lama dalam industri seni ini bermula 17 tahun lalu. Raut wajah yang sentiasa tersenyum dan mudah didekati itu membuatkan ramai yang menyenangi penampilan artis kecil molek ini. Ditambah pula kehebatannya berlakon dan menyanyi dengan lagi-lagu catchy seperti Sha Na Na Na, Bintang Hati dan Akan Datang. Bukan itu sahaja, namanya juga begitu popular apabila kerap kali dilantik sebagai duta untuk jenama produk terkenal seperti Quaker Oat, Life Buoy, Omega dan Kose. Amy yang telah mendirikan rumah tangga dengan Alvin Tham Suffian dan mempunyai dua cahaya mata iaitu Adriana dan Adalia juga berjaya mengekalkan imej bersih dan kalis daripada sebarang gosip murahan. Amy dengan produk Infinity keluaran Kose. Jarang makan nasi Biarpun sudah berusia 40 tahun, wajahnya jelas tidak nampak tua. Kata Amy, dia kurang mengamalkan apa-apa petua tradisional untuk kekal muda. Sebaliknya wanita ini lebih gemar bersikap sederhana dalam menjaga kecantikannya termasuk dari segi pemakanan dan kesihatan badan. "Saya sudah berusia, jadi perlu sederhana dalam menjaga pemakanan. Saya perlu seimbangkan antara pengambilan nasi dan makanan lain. "Selain itu, jika saya makan daging kambing, saya tidak boleh mengamalkannya setiap hari. "Saya agak pelik iaitu tidak suka makan ulam walaupun saya mengetahui kebaikannya. Oleh itu, saya melakukan satu cara yang pelik dengan membeli ulam-ulaman dan menggaulkannya dengan nasi seperti hidangan nasi kerabu. "Sebenarnya saya jarang makan nasi setelah melahirkan anak sulung, Adriana iaitu sejak 10 tahun lalu dan menggantikan makanan tersebut dengan roti dan biskut," kata Amy kepada OopStarz!. Begitu juga dengan rutin kecantikannya setiap hari, Amy akan mengelak daripada mengenakan mekap tebal kerana kariernya telah mendedahkan dirinya kepada solekan. "Saya akan membasuh muka selepas bangun dan sebelum tidur menggunakan pencuci muka sehingga muka kelihatan betul-betul bersih. "Kalau dulu, saya biasa fikir nak cuci muka sebelum tidur kerana tidak mahu kesan mekap mengotorkan cadar dan sarung bantal tetapi sebenarnya ia boleh mengelak daripada liang roma kulit terbuka. "Saya menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit Infinity dari Kose untuk membuang kotoran pada muka dan kosmetik Esprique Precious yang juga dari Kose. "Alhamdulillah, kulit muka saya tidak mengalami sebarang masalah kronik dan jika ada sedikit cela pun, ia tidaklah terlalu cepat merebak," kata bekas pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) ini. Ais hilangkan jerawat Berkongsi sedikit tentang pengalaman Amy menggunakan produk Kose, dia akui serasi setelah beberapa lama mencuba produk tersebut. "Saya menyukai produk Kose bukan sahaja disebabkan ia sesuai dengan kulit, malah harganya juga tidak terlalu mahal. "Malah saya juga boleh berjimat menggunakan produk ini seperti mengamalkan pencuci muka hanya di hujung jari kelingking. "Saya turut percaya dengan bahan-bahan yang digunakan dalam produk ini iaitu bahan semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan," ujarnya. Petua menarik lain yang turut dikongsi oleh Amy ialah meletak ais untuk menghilangkan jerawat pada muka. Menyentuh tentang senaman dan penjagaan badan, Amy menggunakan mesin untuk bersenam.Katanya, dia tidak boleh lari daripada mementingkan senaman sama juga menjaga kebersihan. Beralih kepada fesyen, Amy akui lebih gemar menggayakan stail remaja agar dirinya tidak kelihatan terlalu tua. Dia lebih selesa menyarungkan baju T dan seluar jean. Sebelum mengakhiri perbualan, Amy sempat berpesan agar selalu bersederhana dan jangan keterlaluan dalam apa jua perkara. |
| You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Rap |
| Posted: 10 Apr 2011 06:49 AM PDT SANDARAN tugas Pengetua Akademi Fantasia 9 (AF9) yang diberikan kepada ikon rock terkenal Suhaimi Abdul Rahman atau Amy, bukanlah sesuatu yang ringan. Sebaliknya ia menuntut komitmen yang tinggi apatah lagi ini dikatakan musim terakhir program popular itu. Bukan setakat duduk di ruang pejabat, sebaliknya bintang yang juga vokalis Search ini perlu selalu peka dan memerhati setiap inci pergerakan mereka dengan dekat agar bintang yang ingin digilap benar-benar gemerlapan selepas semuanya selesai. Mendengar 1001 spekulasi yang kononnya mengatakan ikon popular kelahiran Johor Bahru ini adalah pilihan kedua selepas kegagalan pihak Astro membawa masuk Ahmad Dhani dari Dewa 19, tidak pernah mengundang rasa kecewa atau terkilan Amy kerana apa yang didengar sebelum ini hanyalah desas-desus.
"Ahmad Dhani sendiri adalah rakan peminat Search sejak dulu. Bagi saya ia satu penghargaan buat kami dalam Search. Tiada sebarang masalah timbul mengenai isu pelantikan Pengetua AF9 ini kerana apa yang lebih menjadi keutamaan adalah tanggungjawab saya mengemudi AF9 sekarang. "Undangan menjadi pengetua bukanlah satu perkara yang dilihat dari perspektif populariti saja sebaliknya saya melihat pada skala lebih luas. Pelbagai sudut perlu saya lihat agar tidak terlepas pandang mana-mana bahagian yang mungkin penting terutamanya perkembangan nyanyian dan persembahan pelajar. "Terlalu awal untuk saya membuat ramalan atau apa-apa penilaian namun sepanjang seminggu lebih bersama keluarga AF, saya sudah mengesan beberapa bakat yang berpotensi besar untuk digilap menjadi seseorang yang berharga buat industri. Mungkin ada sekurang-kurangnya tiga pelajar yang mudah dibentuk menjadi seorang bintang berbakat besar satu hari nanti.
Bagaimanapun dalam sibuk meneliti jadual hariannya yang tiada ruang untuk menerjah kerja lain, bintang berusia 53 tahun ini masih sempat menerima undangan konsert hebat ini bersama Wings yang bakal diadakan pada 27 Mei nanti di Stadium Hang Jebat, Melaka. "Alhamdulillah masih ramai pihak yang percaya dan tertarik melihat keupayaan kami dalam menjayakan sesebuah konsert. Tahun lalu saja, saya berasa sangat puas kerana berjaya mendekati kesemua peminat dan pengikut muzik Search dan Wings di beberapa lokasi. Justeru undangan pihak Abalimalimon Event untuk menganjurkan konsert Double Trouble sekali lagi di lokasi bersejarah Melaka, sukar buat saya menolaknya. "Soal kesibukan jadual dan komitmen terhadap AF tidak menjadi satu masalah kerana sejak awal lagi, pihak Astro sudah meneliti jadual seni saya dan tarikh konsert pada hari Jumaat juga tidak bercanggah dengan persembahan AF yang diadakan setiap malam Sabtu. Justeru semua itu tidak menjadi satu kebimbangan kepada mana-mana pihak," katanya yang menyangkal penganjuran Double Trouble semakin kerap hingga membuatkan peminat mula bosan. Mengakui konsert ini adalah yang terakhir bagi penjelajahan siri Double Trouble selepas berjaya menarik ribuan penonton di enam lokasi berbeza sejak tahun lalu, Amy tegar memantau keseluruhan proses pelaksanaannya agar tiada lagi masalah seperti mana penganjuran terdahulu.
"Seperkara yang saya pentingkan adalah sistem bunyi memandangkan sebelum ini beberapa kali kami dihantui masalah itu hingga membuatkan gerak nyanyian permainan muzik terganggu. Malah peminat dan penonton juga kecewa kerana gagal mendengar sebuah persembahan yang sempurna. Justeru kali ini, saya dan ahli Search yang lain akan turun padang melihat dulu proses persediaan terutamanya sistem bunyi. Kami mahu penonton di Melaka kelak dapat berhibur dalam persembahan yang hebat. "Apapun saya menyifatkan konsert lagenda ini adalah yang terakhir buat gabungan Search dan Wings. Bukan sebab penat atau kecewa, sebaliknya cukuplah untuk kami semua. Mungkin ini masa terbaik buat kami berehat," katanya. Wakil penganjur daripada Abalimalimon Event Unit, Ab Alim Alimon pula berjanji yang konsert lagenda ini akan memberikan sesuatu yang berbeza berbanding Double Trouble yang lain. "Bukan setakat sistem bunyinya yang terbaik, malah kami suntikan kelainan daripada sudut pemilihan lagu, gerak persembahan dan gimik yang dirancangkan agar penonton tidak jemu atau muak apabila melihat persembahan itu nanti. "Menariknya, lokasi konsert ini akan dilakukan di Melaka yang bakal memuatkan lebih 30 ribu penonton. Malah peminat yang hadir juga berpeluang untuk meninjau karnival yang diadakan dari 25 hingga 29 Mei di perkarangan stadium. Pelbagai aktiviti dan acara yang dianjurkan termasuk sukan rakyat, karaoke, konvoi motosikal Road To Dt Melaka 2011, makan amal anak yatim bersama menteri, gerai-gerai jualan dan bermacam-macam lagi," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| Posted: 10 Apr 2011 06:41 AM PDT KETIKA ini wajah Zizan Razak laris di mana-mana. Baik di pentas mahupun kaca TV, rezeki Zizan terus melimpah ruah membuktikan dia sedang berada di puncak. Dia baru saja mengambil alih tempat Wahid Senario bagi program sensasi terhangat, Melodi di TV3 selain berjaya mengendalikan acara kemuncak Konsert Terima Kasih Harian Metro di Dataran Merdeka serta Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) yang baru berlalu.
Pada masa yang sama, Zizan juga antara empat artis popular yang terpilih bagi menjayakan program menarik JomChat yang dicetuskan akhbar nombor satu Malaysia, Harian Metro, dengan kerjasama IDOTTV Sdn Bhd.
Sebagai aktiviti pertama, Harian Metro dan IDOTTV akan menganjurkan majlis ulang tahun hari jadi Zizan ke-27 yang akan diraikan pada 14 April ini, jam 7.30 malam di Kuala Lumpur.
Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil berkata, selaku penganjur, Harian Metro ingin memberi peluang istimewa kepada peminat Zizan untuk sama-sama meraikan hari penuh bersejarah itu.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Kosmo Online - Hiburan |
| Posted: Mahu kembali berlakonPEMILIK nama Aishah Jennifer Mohamed Sinclair ini adalah antara segelintir pelakon wajah Pan-Asia yang telah mewarnai industri hiburan tanah air. Selain dikenali sebagai model dan pengacara, wanita kacukan Melayu-Inggeris ini juga pernah berlakon dalam beberapa buah drama dan telemovie. Malah, personaliti ntv7 yang lebih dikenali sebagai Aishah Sinclair ini juga mengikut jejak langkah abangnya iaitu Ashraf Sinclair yang terlebih dahulu bergelar sebagai seorang pelakon dan sedang mengecapi populariti di Indonesia. Setelah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan iaitu Shaikh Abdul Shahnaz pada tahun 2006, rezekinya dalam bidang peragaan, pengacara dan pelakon semakin bertambah sehingga semakin dikenali ramai. Bagaimanapun, setelah mengandung dan melahirkan anak sulung iaitu Soraya Ann pada 15 Ogos, tahun lalu, tiada lagi kelibatnya dalam lakonan. Kali terakhir wajahnya sebagai pelakon muncul di kaca televisyen adalah menerusi telefilem Sos Cili Sos Tiram pada tahun 2009. Berkesempatan bertemu Aishah baru-baru ini, si empunya diri terus sahaja ditebak dengan soalan sama ada dia masih lagi berminat untuk berlakon atau mahu melupakan terus dunia lakonan dan sekadar memberi tumpuan kepada bidang pengacaraan sahaja. "Buat masa ini memang saya tidak nafikan begitu selesa untuk menjadi pengacara dan boleh dikatakan sepanjang karier saya lebih banyak mengacara pelbagai program berbanding dengan berlakon. "Namun jauh di sudut hati saya ini, sebenarnya saya masih lagi berhasrat untuk berlakon dan sejak daripada dahulu lagi memang lakonan adalah satu bidang yang sangat saya minat dan gemari," luahnya. Selain berlakon drama dan telefilem, Aishah juga pernah tampil dalam beberapa buah filem seperti Gol dan Gincu The Movie, Bujang Senang dan Kapoww, tetapi sekadar membawa watak kecil sahaja. Jelas Aishah, sebelum ini dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon yang diterima memandangkan anaknya yang masih kecil, tetapi kini dia bersedia menerima apa sahaja tawaran asalkan bersesuaian dengan watak dan skrip. Malah, sekarang ini dia juga tidak mempunyai masalah untuk kembali terjun semula ke dunia lakonan memandangkan anaknya itu kini dijaga bergilir-gilir oleh ibu dan ibu mertuanya yang tinggal berhampiran. "Memang saya sudah sasarkan sekiranya mahu kembali berlakon, saya mahu tunggu anak saya besar terlebih dahulu. Lagipun memang sukar sekiranya hendak berpisah dengan anak yang masih kecil dalam tempoh yang lama," tegasnya. Sementara itu, ketika ditanya adakah suaminya akan membenarkannya berlakon semula, Aishah memberitahu suaminya itu tidak keberatan untuk memberi kebenaran asalkan dia tidak mengabaikan rumah tangga. INILAH permata hati Aishah, Soraya Ann yang kini mencecah usia lapan bulan. Ujar Aishah, dia sangat beruntung kerana memiliki seorang suami yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk dia melebarkan lagi sayap sama ada menjadi seorang model, pengacara atau pelakon. "Saya gembira kerana suami saya seorang yang begitu berfikiran terbuka dan bukan jenis yang mahukan isteri hanya terperap di rumah sepanjang masa. Apa sahaja yang saya lakukan, dia tidak pernah untuk menghalang," ujarnya. Di samping itu, dia juga turut mengakui kehidupan rumah tangganya bersama suami tercinta semakin bahagia dan bersinar dengan kelahiran Soraya Ann setelah empat tahun menunggu untuk memiliki cahaya mata. Syarikat Selain padat dengan jadual sebagai pengacara dan menguruskan rumah tangga, pada masa yang sama Aishah juga turut memiliki dan mengurus sebuah syarikat iaitu Sinclair Falak Sdn. Bhd. Menurutnya, syarikat yang telah ditubuhkan sejak tiga tahun yang lalu itu menjalankan perniagaan pengurusan dan penjenamaan artis dan dia berkongsi bersama seorang lagi rakannya yang juga seorang pelakon iaitu Sazzy Falak. "Setakat ini saya dan Sazzy sama-sama menguruskan syarikat ini. Selain Sazzy dan saya sendiri, antara artis yang berada di bawah Sinclair Falak Sdn. Bhd. adalah suami Sazzy iaitu Nazril Idrus dan Farish Aziz. "Dalam masa terdekat ini juga, ada tiga orang lagi artis yang akan menyertai kami. Salah seorangnya adalah artis yang kini sudah mempunyai nama kukuh dalam industri hiburan dan dua orang lagi adalah artis baru," jelasnya. Menurutnya lagi, selain menjalankan urusan pengurusan dan penjenamaan artis, syarikatnya itu juga turut menganjurkan beberapa buah bengkel lakonan yang khusus kepada mereka yang minat untuk mendalami ilmu lakonan. Jelasnya, mereka telah mengundang pelakon seperti Zahiril Adzim dan Que Haidar untuk menjadi tenaga pengajar dan boleh dikatakan bengkel lakonan yang dianjurkan mereka mendapat sambutan yang cukup baik. "Apa yang saya lihat memang ramai yang minat untuk menceburi bidang lakonan dan tujuan kami menganjurkan bengkel sebegini adalah untuk memberi lebih banyak pendedahan kepada mereka menerusi pengalaman yang dimiliki oleh pelakon yang menjadi tenaga pengajar," ujarnya. EMPAT personaliti ntv7 ini sudi meluangkan masa untuk beramal. Gembira Pastinya umum sudah mengetahui bahawa abang Aishah iaitu pelakon Ashraf yang berumah tangga dengan selebriti terkenal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari kini sedang mencipta nama di negara tersebut. Semenjak berhijrah ke negara seberang dan mencuba nasib sebagai pelakon di sana, boleh dikatakan Ashraf semakin laku dan mendapat perhatian dan kerap digandingkan dengan ramai pelakon sinetron popular. Menurut Aishah, sebagai seorang adik dia meluahkan rasa gembiranya dengan penerimaan peminat di negara jiran itu yang telah menerima dengan positif kehadiran abangnya dalam industri hiburan di situ. Tentu ramai yang sudah sedia maklum bahawa bukan mudah sebenarnya untuk para peminat di Indonesia mahu menerima kehadiran artis-artis luar untuk bertapak di situ terutamanya dari Malaysia. "Jadi sebagai adik tentunya saya rasa sangat gembira dan bangga dengan pencapaian yang diraih oleh abang saya itu ketika ini serta diterima ramai dan tidak putus-putus menerima tawaran berlakon," ujarnya. Tambahnya, disebabkan semakin sibuk dengan jadual lakonan yang padat juga menyebabkan Ashraf juga sehingga kini masih tidak berkesempatan lagi untuk pulang ke tanah air. Bagaimanapun, jelas Aishah, sekiranya mempunyai kesempatan atau waktu terluang, dia sekeluarga akan pergi ke Jakarta untuk melawat keluarga abangnya. "Selalunya kalau pergi ke Jakarta saya akan bawa ibu bersama kerana dia memang selalu rindukan abang dan cucunya Noah. Lagipun kalau boleh saya mahu anak saya dan Noah lebih saling mengenali memandangkan jarak usia mereka hanya lima minggu sahaja," ujarnya. Ketika ditanya adakah dia bersedia mengikut jejak langkah abangnya itu melebarkan sayap di Indonesia, Aishah menjelaskan dia lebih selesa dan senang untuk terus menetap di Malaysia. "Kalau ada peluang apa salahnya untuk saya mencuba dan tidak dinafikan pendapatan sebagai pelakon di situ memang cukup lumayan. Cuma saya lebih senang sekiranya untuk terus menetap di Malaysia dan membesarkan anak di sini," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| Posted: Siti ditohmah jadi OprahOleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA SITI mengajak beberapa setiausaha naik ke atas pentas untuk 'bermain' dan mengiringi persembahannya. BARU sahaja selesai musim pertama program bual bicara sendiri yang diberi nama Siti, di Astro Ria sejak ia mula bersiaran pada 12 Februari lalu, pelbagai reaksi diterima oleh Datuk Siti Nurhaliza. Ada yang suka dan ada juga yang mengkritik. Ada yang melontarkan tohmahan dengan mengatakan Siti tidak boleh mengacara, bahkan melontarkan kata-kata sinis bahawa penyanyi kesayangan ramai itu mengeluarkan soalan-soalan yang tidak bernas dan berangan mahu menjadi seperti pengacara hebat, Oprah Winfrey. Sudah begitu 'masak' dengan asam garam dunia hiburan dan kata-kata pedas yang dilemparkan kepadanya, Siti saat ditanya tentang perasaannya, memberi jawapan dengan cara yang begitu profesional. "Siti tidak ikut cara Oprah mengacara. Lagipun, pengacaraan bukan bidang Siti. Mungkin, orang sudah biasa tengok Siti menyanyi, jadi bila orang lihat Siti mengacara, mereka merasa janggal. "Selepas tengok episod demi episod, sebenarnya program bual bicara Siti lebih kepada konsep serius. Insya-Allah, untuk musim kedua nanti, Siti akan tampil dengan konsep berbeza. "Namun begitu, perkara ini (untuk musim kedua program Siti) masih dalam perbincangan dengan pihak Astro," katanya ketika sidang akhbar selepas mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha Nostalgia Siti Nurhaliza yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Konvensyen, Matrade, Kuala Lumpur. Sementara itu, menyaksikan persembahan minggu setiausaha Siti selama dua jam bagaikan terasa seperti beberapa minit. Semuanya gara-gara aksi nakal Siti yang semakin pandai mengusik peminat-peminatnya. Anggun menyarung busana hitam, Siti bukan sahaja mengusik peminat-peminat yang hadir, tetapi juga buah hati pengarang jantungnya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa. Menyanyikan lagu Aku Cinta Padamu sambil menatap wajah Khalid, Siti dengan spontan mengajukan mikrofon ke bibir Khalid untuk menyambung nyanyian tersebut. Turut menggeletek hati apabila Siti berduet dengan peminat setianya dengan lagu Jerat Percintaan sambil melakukan aksi-aksi romantik. Selain mengusik para peminatnya, persembahan minggu setiausaha yang merupakan kerjasama kali ketujuh Siti dengan Hotel Quality, Kuala Lumpur itu sarat dengan nostalgia apabila dia bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu miliknya, tetapi juga lagu-lagu malar segar penyanyi lain seperti Alleycats. Sesuai dengan tema nostalgia, Siti tampil dengan lagu-lagu hit beliau termasuk Jerat Percintaan, Biarlah Rahsia, Cinta Luar Biasa, Destinasi Cinta dan Ku Mahu. Antara lagu lain, Siti turut menyanyikan lagu-lagu Inggeris lama seperti Because Of You, My All, I Will Always Love You dan juga lagu-lagu dari Alleycats seperti Hingga Akhir Nanti dan Seribu Bintang. Mengulas mengenai persembahannya pada hari itu, kata Siti, lagu-lagunya yang sebelum ini berkonsepkan balada ditukar kepada bosanova. Ia semata-mata untuk disesuaikan dengan tema nostalgia. Minggu setiausaha tersebut turut dihiburkan dengan keletah Dee yang sememangnya dikenali dengan komedi spontan. Selain itu, Adam AF2 pula telah dipilih sebagai artis pembukaan bagi majlis tersebut. "Sepatutnya persembahan Siti hanya berlangsung selama 45 minit sahaja, tetapi akhirnya melarat sehingga dua jam. "Semuanya disebabkan Siti tidak mahu menghampakan peminat yang meminta untuk menyanyikan lagu kegemaran mereka masing-masing," katanya. Beralih pula soalan mengenai kenyataan Shaheizy Sam, 'Jika Siti tidak tarik diri mungkin saya tidak akan menang', pada majlis Anugerah Bintang Popular (ABP 2010), baru-baru ini, Siti berkata, sebagai seorang pemerhati dan penonton, Sam memang layak memenangi anugerah tersebut. "Siti gembira dengan adanya wajah baru yang menggondol gelaran anugerah bintang paling popular ABP2010," katanya yang menyifatkan Sam seorang yang pandai berlakon dan mempunyai sikap yang baik dan merendah diri. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| Posted: Anuar Zain bagaikan gulaOleh SAHLIZAH MOHAMED ANUAR ZAIN tidak pernah mengecewakan peminatnya dengan kredibiliti sebagai penyanyi yang disegani. SETIAP kali muncul minggu meraikan setiausaha, nama penyanyi lelaki tersohor negara ini pasti menjadi rebutan. Justeru, buat julung-julung kalinya, PNB Darby Park yang sudah enam kali gagal memiliki Anuar Zain, akhirnya berpeluang mendapatkan penyanyi bersuara lunak itu untuk muncul menerusi Amazing Anuar Zain April's Affair yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara pada hari Rabu lalu. Persembahan yang berlangsung hampir satu jam setengah itu sudah pasti bakal terpahat sebagai memori indah dan akan tersemat di sanubari lebih 1,000 penonton yang menghadiri minggu setiausaha tersebut. Mengenakan sut serba putih dan memakai dasi rona lavender, kemunculan Anuar bukan sahaja memukau hadirin yang hadir, malah turut mengundang jeritan dan laungan nama penyanyi pujaan ramai itu. Mula mendendangkan lagu pertama Kau Bunga Cintaku, vokalnya yang lunak berjaya menggoncang jiwa tetamu yang hadir dan lontaran senyumannya pula bisa mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihat. Lebih mencuit hati, penyanyi berkarisma itu turut diibaratkan sebagai 'gula' oleh pengacara majlis iaitu aktor Fahrin Ahmad apabila setiap langkah yang diatur, pasti diekori peminat. Ada juga yang sanggup meninggalkan meja makan dan menanti di depan pentas semata-mata untuk merakam aksi dan mengambil gambar penyanyi bersuara romantik itu. Komunikasi Anuar dengan tetamu yang hadir juga tidak mengecewakan dan pada satu-satu ketika, adik kepada penyanyi Ziana Zain itu dilihat mendekati khalayak. "Saya akan turun, tetapi janji jangan buat apa-apa. Kita salam sahaja," tutur Anuar pada satu ketika sebelum dia turun daripada pentas untuk bersalaman dengan penonton yang hadir. KATA Anuar, peminat hanya boleh bersalaman dengannya sahaja jika mahu dia turun ke meja makan. Sebanyak 12 lagu hit yang diperdengarkan daripada album-album miliknya, termasuk, Keabadian Cinta, Permata, Ku Berjanji Kerana Cinta, Bila Resah, Ketulusan Hati, One Day In Your Life dan Bila Resah sebelum saat kemuncak persembahan tiba sejurus Anuar melantunkan lagu hit terbarunya iaitu Sedetik Lebih. Usai melantunkan sebanyak 12 buah lagu seperti yang dijanjikan, Anuar sekali lagi muncul di atas pentas atas permintaan ramai dengan mendendangkan lagu Lelaki Ini. Semasa ditemui pada sidang akhbar, Anuar mengakui cukup seronok dengan aksi penonton yang baginya cukup menghiburkan dan sporting, namun mengakui terbatas daripada segi pergerakan. "Pada saya, setiap persembahan kena seronok dan penonton yang hadir semuanya menghiburkan. "Saya akui tidak bergerak bebas kerana seperti yang semua tahu, saya tidak mahu insiden lama berulang. Nanti timbul pula pelbagai cerita," luahnya sambil memberitahu berada di atas pentas membuatkan dia lebih stabil untuk menyanyi dan boleh dilihat oleh khalayak. Tambah Anuar, dia lebih selesa untuk tidak terikat dengan perancangan semasa persembahan kerana baginya, cara spontan adalah lebih baik dan detik itu akan menjadi satu elemen yang bermakna buat dia dan penonton yang hadir. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
OHBULAN! |
| (Gambar) Bekas Suami Anne Ngasri, Wafi Ada Kekasih Baru? Posted: 10 Apr 2011 11:23 PM PDT Apa yang kami dengar, bekas suami pelakon Anne Ngasi, Wafi kini dilanda bahagia cinta bersama seorang pramugari AirAsia . Menurut info, wanita yang dipercayai bernama Shasha Aziz, berumur 20 tahun ini merupakan kekasih baru Wafi. Tiada info selanjutnya, tapi yang penting Shasha Aziz memang hot! |
| (Gambar) Sekitar Konsert Bruno Mars Live In Malaysia Posted: 10 Apr 2011 06:29 PM PDT Hitz.fm berkongsi gambar-gambar sekitar konsert Bruno Mars Live In Malaysia yang berlangsung malam tadi di PWTC, Kuala Lumpur. Sudah tentu, peminat Bruno Mars yang tidak berjaya mendapatkan tiket konsert ekoran sold out boleh melihat gambar-gambar sebagai pengubat geram. Daripada respon yang kami terima, rata-rata cukup terhibur dengan gaya bersahaja Bruno Mars ketika mempersembahkan lagu hitnya seperti Grenade. Ada juga kejutan dimana penonton dihidangkan dengan lagu gabungan Smells Like Teen Spirit – Nirvana & Beat It – Michael Jackson, satu persembahan yang kami rasa sangat mengagumkan. Kapasiti 2500 penonton di PWTC sebenarnya tidak cukup untuk memuatkan jumlah peminat Bruno Mars di Malaysia. Mungkin, pihak penganjur boleh fikirkan sesuatu, nanti? Dan, ada berita yang mengejutkan. Kami dengar, konsert Justin Bieber pada 21 April ini akan dihadiri oleh tetamu VVIP iaitu keluarga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin. Wah, nampaknya peminat Justin Bieber amat beruntung kerana dapat bertemu dengan pemerintah yang disayangi. Apa pun, enjoice gambar Bruno Mars selepas ini. Kredit penuh kepada Hitz.fm. |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Cara Mudah Untuk Langsing Badan Dengan Premium Beautiful Posted: 10 Apr 2011 07:59 AM PDT GET YOUR REAL FIGURE IN JUST 21 DAYS!! WITH PREMIUM BEAUTIFUL CORSET!! REDUCE STRETCH MARKS GET ONE TODAY!! THE FIRST 5 PERSON WHO CONTACT ME THRU THIS ENTRY WILL GET A MYSTERY GIFT!! CONTACT US NOW!! Tags: breast, buttocks, health, increase blood circulation, increase metabolism, langsing, lifetime warranty, liposuction, metabolism increase, mystery gift, slimming pills, starvation, stretch marks, warranty Tags: AdvertorialClick on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Baca artikel lain yang berkaitan: Entri ini telah diterbitkan pada Sunday, April 10th, 2011 pada 10:59 pm dan dibawah kategori Advertorial. Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed. Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda. |
| Indahnya Bersantai di Sheraton Bandung Hotel Posted: 10 Apr 2011 07:57 AM PDT Menyelami Keindahan Bandung di Sheraton Bandung Hotel & Towers Bandung semakin hari semakin membangun dan bandar di Jawa Barat Indonesia ini terus kekal sebagai salah satu destinasi pilihan utama pelancong Malaysia. Setiap hujung minggu, bandar ini bukan sahaja dipenuhi dengan kemasukan para penduduk dari Jakarta, tapi juga para pengunjung dari Malaysia dan Singapura. Sejajar dengan industri pelancongannya yang terus berkembang, jumlah hotel juga semakin banyak di kota ini. Namun tidak banyak hotel di sini yang dapat memberikan keindahan suasana pusat kota dan bukit-bukau di suatu lokasi. Sheraton Bandung Hotel & Towers merupakan satu-satunya hotel yang dikelilingi keindahan pergunungan serta pemandangan kota Bandung. Dengan kedudukan strategik yang berdekatan dengan pusat-pusat membeli-belah, perniagaan, hiburan serta padang-padang golf terkemuka, hotel ini pastinya menjadi pilihan tepat buat mereka yang mahukan kemudahan semasa melawat kota Bandung. Berlandaskan jenama Sheraton yang terkenal di seluruh dunia, hotel ini memberikan perkhidmatan terbaik buat para pengunjungnya. Dilengkapi dengan bilik-bilik yang cantik lagi mewah, pelanggan diberi kebebasan untuk memilih penginapan di bahagian utama hotel ataupun bilik-bilik yang lebih eksklusif di bahagian Towers. Sheraton Towers menyediakan bilik-bilik khas yang lebih eksklusif dan juga mempunyai ruangan makan petang istimewa buat para penyewa bilik yang ingin menjamu hidangan minum petang sambil menikmati pemandangan pergunungan Bandung di luar jendela. Hotel ini juga sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga kerana ia mempunyai kemudahan-kemudahan seperti spa kecantikan (Laguna Spa), kolam renang dewasa dan kanak-kanak, Jacuzzi, gelanggang tenis, dan semestinya restoran yang hebat iaitu Feast Restaurant. Feast restaurant menyajikan pelbagai pilihan makanan enak seperti makanan tempatan dan juga hidangan antarabangsa. Jangan lupa mencuba hidangan khas menu restoran ini pada waktu makan malam hari Sabtu iaitu daging panggang atau roasted ribs mereka yang benar-benar enak! Selain menghirup udara segar di kawasan tanah tinggi yang lebih sejuk berbanding bahagian tengah pusat kota, anda juga boleh melakukan pelabagai aktiviti lain di sini. Hotel ini juga menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti dewan dan ruangan khas bagi tujuan mesyuarat, seminar, majlis-majlis tertentu dan seumpamanya. Terdapat juga kelas masakan bagi kanak-kanak selain pakej-pakej khas buat menyambut harijadi. Kesimpulannya, Sheraton Bandung Hotel & Towers memang harus dikunjungi sekiranya anda mahukan kesenangan sewaktu berlibur di Bandung kerana ia menawarkan hanya yang terbaik buat setiap pengunjung! Tags: Eksklusif, hidangan, jawa barat indonesia, jendela, kebebasan, kecantikan, keindahan, kekal, kolam renang, kota bandung, membeli belah, menikmati, menu restoran, padang padang, pemandangan, penginapan, perniagaan, seluruh dunia, shamshiri, sheraton towers Tags: PromoClick on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Baca artikel lain yang berkaitan: Entri ini telah diterbitkan pada Sunday, April 10th, 2011 pada 10:57 pm dan dibawah kategori Promo. Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed. Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda. |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |