Adsense

Ahad, 10 April 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


(Gambar) Bekas Suami Anne Ngasri, Wafi Ada Kekasih Baru?

Posted: 10 Apr 2011 11:23 PM PDT

Apa yang kami dengar, bekas suami pelakon Anne Ngasi, Wafi kini dilanda bahagia cinta bersama seorang pramugari AirAsia . Menurut info, wanita yang dipercayai bernama Shasha Aziz, berumur 20 tahun ini merupakan kekasih baru Wafi. Tiada info selanjutnya, tapi yang penting Shasha Aziz memang hot!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Sekitar Konsert Bruno Mars Live In Malaysia

Posted: 10 Apr 2011 06:29 PM PDT

Hitz.fm berkongsi gambar-gambar sekitar konsert Bruno Mars Live In Malaysia yang berlangsung malam tadi di PWTC, Kuala Lumpur. Sudah tentu, peminat Bruno Mars yang tidak berjaya mendapatkan tiket konsert ekoran sold out boleh melihat gambar-gambar sebagai pengubat geram.

Daripada respon yang kami terima, rata-rata cukup terhibur dengan gaya bersahaja Bruno Mars ketika mempersembahkan lagu hitnya seperti Grenade. Ada juga kejutan dimana penonton dihidangkan dengan lagu gabungan Smells Like Teen Spirit – Nirvana & Beat It – Michael Jackson, satu persembahan yang kami rasa sangat mengagumkan.

Kapasiti 2500 penonton di PWTC sebenarnya tidak cukup untuk memuatkan jumlah peminat Bruno Mars di Malaysia. Mungkin, pihak penganjur boleh fikirkan sesuatu, nanti?

Dan, ada berita yang mengejutkan. Kami dengar, konsert Justin Bieber pada 21 April ini akan dihadiri oleh tetamu VVIP iaitu keluarga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin. Wah, nampaknya peminat Justin Bieber amat beruntung kerana dapat bertemu dengan pemerintah yang disayangi.

Apa pun, enjoice gambar Bruno Mars selepas ini. Kredit penuh kepada Hitz.fm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.