Adsense

Ahad, 10 April 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Nieyl belum popular

Posted:

Nieyl belum popular

Nieyl belum popular

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL


Nieyl bakal tampil dengan single baru tidak lama lagi.


TIKET sebagai protege Nurul Wahab menerusi program realiti televisyen Mentor musim kedua belum cukup kuat untuk memperkenalkan Nieyl atau nama sebenarnya Nuriylia Jailani di mata peminat muzik tanah air.

Kehadiran Nieyl untuk menghiburkan peminat menerusi lagu-lagu nyanyiannya seperti Dua Hati, Persada dan Andainya gagal menarik perhatian peminat.

Senario itu mungkin disebabkan lagu-lagu yang dilontarkan tidak mesra telinga pendengar.

Kata Nieyl, apabila dia menyanyi, penonton akan ternganga. Bukan kerana kagum atau tidak sukakan lagu-lagunya. Sebaliknya, mereka ternganga disebabkan lagu yang didengar itu, tidak biasa di telinga pendengar.

Tetapi apabila Nieyl menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi lain, reaksi yang diterima berbeza.

Dalam situasi begitu, Nieyl mengakui hatinya terguris tetapi dalam masa yang sama, dia tidak pula menyalahkan peminat.

Justeru, dia bertekad untuk menghasilkan lagu sendiri dan mencuba sedaya upaya untuk mempopularkan lagu-lagunya agar menjadi siulan ramai.

"Sedih hati ini apabila menyanyi di pentas, orang tidak beri perhatian. Namun kita tidak boleh menyalahkan penonton kerana mereka hanya akan beri perhatian kalau mereka tahu lagu berkenaan.

"Saya sedar, lagu-lagu nyanyian saya tidak mesra di telinga peminat kerana lagu-lagu saya tidak berpeluang diperkenalkan secara meluas kepada pendengar.

"Jadi apabila saya nyanyi, orang ternganga. Ternganga bukan kerana suka tapi kerana mereka tidak tahu apa lagu yang saya nyanyikan," katanya kepada Hits.

Biarpun mengalami keadaan seperti itu, ibu kepada Damia Dazmah Shah yang berusia setahun lebih itu tidak mudah berputus asa.

Sebaliknya, Nieyl menanam tekad untuk merakamkan lagu baru sebagai platform untuk dia meneruskan langkahnya dalam bidang seni.

Oleh itu, Nieyl bersandarkan kepada single Sering, ciptaan Amylea untuk memperkenalkan semula dirinya kepada peminat muzik tempatan.

"Setakat ini, lagu itu yang liriknya saya tulis bersama Amylea, mendapat sambutan yang memberangsangkan.

"Saya senang bekerjasama dengan Amylea kerana dia dapat 'menangkap' apa kehendak saya dan harapan saya, gandingan kami menjadi," katanya.

Untuk melangkah lebih jauh lagi, kata Nieyl, dia perlu melihat reaksi peminat terhadap lagu Sering.

"Apa-apa pun, kena lihat reaksi orang ramai dahulu sama ada mereka suka atau tidak lagu itu.

"Kalau semuanya berjalan lancar, mungkin saya akan tampil dengan album penuh. Cuma agak sukar nak beritahu bila tarikh pelancaran album penuh itu.

"Semuanya bergantung kepada bajet untuk menerbitkan album itu nanti. Maklumlah, saya keluarkan duit sendiri untuk buat album," katanya terus terang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aura Anuar 'rasuk' setiausaha

Posted:

Aura Anuar 'rasuk' setiausaha

Aura Anuar 'rasuk' setiausaha

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar Noor Asrekuzairey Salim


DIKERUMUNI... Para setiausaha berpusu-pusu mengerumuni Anuar Zain.


SIAPA sangka dalam usia yang telah melepasi angka 40, penyanyi yang sinonim dengan lagu Kain Pelikat, Anuar Zain masih lagi mampu 'merasuk' para setiausaha yang hadir pada majlis makan tengahari sempena Minggu Setiausaha anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) Darby Park baru-baru ini.

Kemunculan Anuar yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh para setiausaha pada petang itu disambut dengan sorakan seolah-olah hadirin dirasuk oleh panahan aura penyanyi lagu Keabadian Cinta itu.

Setiap baris lirik yang dilontarkannya disambut dengan sorakan oleh hampir 1,000 setiausaha yang memenuhi Dewan Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC), Bukit Kiara pada petang itu.

Dalam kesempatan itu, Anuar mendendangkan 11 buah lagu popularnya seperti Permata, Keabadian Cinta, Bila Resah dan tidak ketinggalan, lagu barunya Sedetik Cinta.

Bagaikan berada di sebuah konsert bintang ternama dunia, suasana SDCC bertukar menjadi lebih gamat apabila penonton berdiri sambil mengikut nyanyian Anuar.

" Saya sendiri terkejut dengan reaksi penonton. Tidak sangka mereka terlalu bersungguh dalam menghayati persembahan saya.

" Ini adalah sambutan yang terbaik jika dibandingkan dengan sambutan penonton sepanjang saya menghiburkan para setiausaha di tahun-tahun lalu," kata Anuar dalam sidang akhbar selepas persembahan satu jam setengah itu.

Bukan sahaja peminat bersungguh merakam persembahan Anuar melalui telefon bimbit, adik kepada penyanyi bersuara lantang Zaina Zain itu turut sama mengambil kesempatan merakamkan gelagat para penonton melalui iPhone 4 miliknya.

'Kegilaan' para setiausaha semakin memuncak apabila Anuar melangkah turun dari pentas sambil mendendangkan lagu Lelaki Ini.

Bagaimanapun Anuar sempat berpesan kepada hadirin agar mengawal diri mereka bagi mengelakkan daripada tindakan fanatik yang boleh menimbulkan rasa kurang senang pihak-pihak tertentu.

Umpama pucuk dicita ulam mendatang, kehadiran Anuar di bawah pentas adalah detik yang amat dinanti-nantikan oleh peminat-peminatnya.

Semakin galak cahaya flash kamera apabila kesemua mereka ingin mengabadikan kenangan bersama Anuar petang itu tidak melepaskan peluang bergambar dengan penyanyi lelaki yang masih bujang itu.

Bukan setakat menghiburkan, Anuar sempat mengusik peminatnya dengan jenaka-jenaka spontan yang membuatkan SDCC bergema dengan gelak tawa para setiausaha.

Persembahan Anuar pada petang itu bukan hanya memukau para peminatnya bahkan berjaya menarik perhatian penganjur majlis.

Bagi pihak PNB Darby Park, persembahan Anuar petang itu merupakan yang terbaik sepanjang mereka menganjurkan persembahan Minggu Setiausaha.

Kemunculan Fahrin Ahmad yang bertindak sebagai pengacara majlis dilihat menambahkan lagi rencah kerancakan petang itu.

Gandingan Anuar sebagai penghibur dan Fahrin selaku pengacara, merupakan satu gandingan mantap yang berjaya meresap ke minda para setiausaha yang hadir pada majlis yang julung kali diadakan oleh Anuar Zain bersama PNB Darby Park itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.