Adsense

Selasa, 22 Mac 2011

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Cara kerja Malaikat Maut

Posted: 21 Mar 2011 05:45 AM PDT

Nabi berkata kepada Malaikat Maut. "Tidakkah Kau memberikan peringatan kepada manusia bahawa kau datang sebagai malaikat Maut sehingga mereka akan lebih hati-hati?"

Malaikat itu menjawab. "Demi Allah, aku sudah memberikan tanda-tanda dan tanda-tandamu yang sangat banyak berupa penyakit, uban, kurang pendengaran, penglihatan mulai tidak jelas (terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila setelah datang tanda-tanda tadi ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekalan yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya: "Bukan kah aku telah memberimu banyak tanda-tanda dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah, aku adalah peringatan terakhir, setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya " (HR imam qurthubi)

Cara kerja Malaikat Maut

Nabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunya dua mata diwajahnya dan dua lagi tengkuknya. "Wahai malaikat Maut, apa yang kau lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal diwaktu yang sama; yang satu berada di hujung timur yang satu berada di hujung barat, serta ditempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor bintang melata pun akan mati?"

Malaikat Maut berkata:" Aku akan panggil roh-roh tersebut, dengan izin Allah, sehingga semuanya berada diantara dua jariku, Bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bekas yang besar dan dapat mengambil yang mana saja sekehendak hatiku "(HR abu Nu'aim)

Orang Mati Mendengar Tapi Tidak boleh Menjawab

Rasullullah SAW memerintahkan agar mayat-mayat orang kafir yang tewas pada perang badar dilemparkan ke sebuah perigi tua. Kemudian beliau mendatanginya dan berdiri di hadapannya. Setelah itu, beliau memanggil nama mereka satu-satu: "Wahai fulan bin fulan, fulan bin fulan, apakah kalian mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kalian untuk kalian betul-betul ada? Ketahuilah sesungguhnya aku mendapatkan apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar-benar ada dan terbukti."

Umar lalu bertanya kepada Rasulullah. "Wahai Rasul, mengapa engkau berbicara orang-orang yang sudah menjadi mayat?"

Rasulullah menjawab. "Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran, kalian memang tidak mendengar jawaban mereka atas apa yang tadi aku ucapkan, Tapi ketahuilah, mereka mendengarnya, hanya tidak dapat menjawab" (HR Bukhari Muslim)

sumber : isuhangat

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Dulu ahli bina badan, kini mak nyah glamor

Posted: 21 Mar 2011 06:00 PM PDT

nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

du 05.1 Dulu ahli bina badan, kini mak nyah glamor

CHRISIE EDKINS semasa dia seorang lelaki.Gambar kecil wajah Chrisie Edkins selepas menjadi mak nyah.


SOUTHAMPTON, Britain – Seorang bekas ahli bina badan lelaki, Chrisie Edkins kini bergelar model glamor selepas dia menukar identitinya menjadi seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam.

Edkins, 31, ditawarkan banyak kontrak peragaan yang menyaksikannya beraksi sebagai model wanita malah dia juga menceburi bidang nyanyian.

Lelaki tersebut yang memiliki seorang anak perempuan berusia sembilan tahun, Chloe, hidup sebagai seorang wanita selama bertahun-tahun sebelum dia tampil secara terbuka dengan identiti barunya itu pada tahun 2003.

"Saya masih melaksanakan tanggungjawab sebagai penjaga dan anak saya memahami kehidupan baru saya," katanya.

Edkins yang dahulunya dikenali dengan nama lelaki, Chris pernah bekerja sebagai seorang mekanik dan juruelektrik dengan tujuan untuk membuktikan kepada dirinya bahawa dia ialah seorang lelaki 'sejati'.

Namun, dia kemudian memutuskan untuk akur kepada naluri kewanitaan yang kuat dalam dirinya.

Edkins kemudian menjalani terapi hormon dan pelbagai rawatan kosmetik termasuk rawatan membesarkan payu dara untuk tampil sebagai seorang wanita yang cantik.

Dia mengubah profil diri di Facebook kepada wanita pada tahun 2003. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Mizz Nina menghitung hari bahagia

Posted: 21 Mar 2011 08:51 PM PDT

TANGGAL 1 Julai nanti akan termeterai cinta dua hati di antara Mizz Nina dan Mohammad Noh Salleh atau Noh Hujan apabila mereka diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri dan akan melayari bahtera rumah tangga.

Segala persiapan menjelang hari bahagia Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 31, berjalan lancar.

Sebagai anak seorang tokoh korporat dalam institusi perbankan, tidak hairanlah jika majlis resepsi diadakan dua kali secara berasingan.

Itu mungkin untuk memastikan tidak ada yang berkecil hati jika tidak mendapat undangan ke majlis bersejarah dalam hidup Mizz Nina dan bakal suaminya itu.

Pada hari berlangsungnya pernikahan yang diadakan di kediaman Tan Sri Azman Hashim di Ampang, Selangor, majlis diadakan secara tertutup iaitu hanya dihadiri oleh kaum keluarga, sanak saudara dan klien yang diundang sahaja.

Bagaimanapun, kata Mizz Nina, pihak media akan diberikan gambar sekitar majlis pernikahannya nanti.

Persiapan majlis pernikahan yang diceritakan oleh Mizz Nina yang popular menerusi single pertamanya, What You Waiting For memberikan gambaran bahawa majlis itu akan berlangsung dalam suasana meriah, unik lagi mahal.

Tidak seperti kebanyakan artis yang impikan majlis dalam taman, Mizz Nina pula akan berjalan di atas jambatan yang dibina merentasi kolam renang di kediaman keluarganya.

Di tengah-tengah jambatan itu nanti, kata Mizz Nina, akan tertera namanya dan Noh manakala hiasannya pula bercirikan gabungan Melayu dan moden.

Namun apabila ditanya berapakah anggaran kos keseluruhan majlisnya nanti, katanya, "private and confidential (rahsia)."

"Untuk majlis itu, saya akan mengenakan pakaian elegan berwarna ungu dan perak iaitu gabungan tradisi Melayu.

"Ia rekaan Lady Jane untuk disesuaikan dengan tema vintaj hitam putih," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan plak daripada syarikat telekomunikasi, Maxis di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, di sini baru-baru ini.

Majlis tersebut diadakan kerana lagu What You Waiting For berjaya mencatat capaian muat turun sebanyak 600,000 bagi kategori lagu Inggeris tempatan pada tahun lalu.

Turut hadir, Pengarah Pengurusan Digital Trinity Entertainment, Rahul Kukreja, Pengarah Operasinya, Kok Wing Meng dan Pengurus Muzik dan Rakan Kongsi Maxis, Melissa Chai.

Dari riak wajahnya, penyanyi itu tidak dapat menghindari perasaan gembira dan berdebar apabila mengenangkan tarikh pernikahannya dengan vokalis kumpulan Hujan yang semakin hampir.

Katanya, dia tidak suka menyerahkan segala urusan persiapan pernikahan dan majlis resepsi di tangan ibu bapanya.

"Saya akan rasa berkali ganda panik jika saya tidak ambil kisah tentang perkembangan persiapan majlis.

"Sekarang ini, walaupun sibuk dengan karier, saya masih tahu apakah perkembangan persiapan kerana setiap hari, akan ada penerangan daripada pasukan bertugas.

"Setakat ini 40 peratus persiapan majlis ini berjalan lancar. Baju nikah dan bersanding dari butik Lady Jane sudah siap. Selain itu lokasi pun sudah pasti. Sekarang ini tunggu untuk edarkan kad undangan sahaja," katanya yang seolah menarik nafas lega.

Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 6 November tahun lalu memilih tarikh lahir Mizz Nina sebagai tarikh untuk dinikahkan.

Bercerita lanjut mengenai majlis resepsi selepas dinikahkan, kata Mizz Nina, pada 3 Julai nanti, satu majlis akan berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Katanya, jemputan ke majlis itu nanti dianggarkan kira-kira 800 tetamu yang terdiri daripada kalangan keluarga dan klien ayahnya.

Sementara itu, pada 6 Julai, satu lagi majlis akan diadakan di Hotel Doubletree by Hilton, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Katanya lagi, majlis pada 6 Julai nanti berkonsepkan budaya Jepun.

"Saya dan Noh memang suka budaya dan muzik Jepun. Penyambut tetamu wanita dan lelaki pada hari itu akan mengenakan kimono dan berpakaian ala Ninja.

"Untuk majlis yang dihadiri oleh pihak media dan rakan-rakan, saya turut mengundang kumpulan muzik dari Indonesia untuk mengadakan persembahan," katanya.

Seterusnya, majlis resepsi akan diadakan di sebelah pihak lelaki pada 15 Julai, di Miri, Sarawak.

Man cuti tiga bulan demi Raja Lawak

Posted: 21 Mar 2011 08:50 PM PDT

IKHLAS, yakin diri dan buat persembahan yang terbaik demi keluarga, majikan dan orang ramai yang menyokongnya selama ini agar mereka tidak malu.

Itulah kata-kata jujur daripada Man, juara program realiti Raja Lawak Astro musim kelima yang berakhir pada Jumaat lalu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam.

Man atau Abdul Rahman Kassim, 34, berkata, niatnya hanya satu sewaktu melangkah ke pentas akhir pertandingan Raja Lawak musim ini, iaitu untuk hibur orang ramai.

"Bagi saya nombor satu, dua atau tiga adalah pemenang. Kalau dapat nombor satu adalah bonus. Apa yang penting bila berada di pentas, lakukan yang terbaik biar orang Malaysia menilai persembahan saya.

"Saya percaya kalau kita buat yang terbaik dan penonton terhibur pasti mereka akan pilih orang itu. Alhamdulillah, malam ini rezeki saya," katanya merendah diri.

Man berjaya mencuri hati penonton dengan gayanya yang selama sewaktu membuat persembahan komedi muzikal dengan menampilkan topik mat rempit.

Katanya, dia memang suka menunggang motor dan kenderaan itu memang sinonim dengan tugas posmen yang merupakan tanggungjawabnya sebelum ini.

Menurut suami kepada Azlina Awaluddin, 34, topik itu menjadi pilihan kerana selain menghibur, dia ingin memberi nasihat kepada anak muda yang gemar menunggang motosikal tanpa menghirau nyawa orang ramai.

"Bab-bab menukar lirik lagu, serah pada saya kerana itu memang hobi. Rakan-rakan di tempat kerja, sudah tahu perangai saya yang sesuka hati tukar lirik lagu.

"Saya memang suka bergurau senda dengan rakan-rakan setugas tapi kalau ada kerja yang tak betul, saya tegur juga dengan cara berhemah. Lagipun kita nak kerja dalam suasana gembira," katanya yang bertugas sebagai Penyelia Operasi Kanan di unit pembungkusan dan surat menyurat, di pejabat pos Shah Alam.

Man yang mendapat wang kemenangan sebanyak RM100,000 berserta barangan elektrik dan trofi berkata, selain menyimpan untuk masa depan dia akan guna wang tersebut untuk membayar hutang.

Menurut ayah kepada dua orang anak itu, dia amat berterima kasih kepada pihak atasan kerana telah menaja 50 helai kemeja-T yang menampilkan wajahnya untuk promosi.

"Saya juga dimaklumkan, bos besar telah menghantar e-mel ke seluruh pejabat pos memaklumkan supaya menyokong saya. Bukan setakat itu sahaja, cuti saya yang dimohon dua bulan juga dilanjutkan menjadi tiga bulan.

"Memang mengharukan kerana majikan menyokong perjuangan saya. Bagi saya kemenangan ini juga sekali gus menaikkan nama Pos Malaysia," katanya yang berasal dari Kuala Lumpur itu.

Man yang berminat untuk mengembangkan bakatnya dalam dunia lakonan itu berkata, setakat ini beliau belum membuat sebarang perancangan kerana semua itu bergantung kepada pihak Astro.

Dia yang bakal menyertai pertandingan Maharaja Lawak bermula 1 April ini turut mendapat pujian daripada pengkritik tetap Sathiya dan Afdlin Shauki.

Sathiya antara lain berkata, "persembahan yang hebat, kita tukar nama awak dari Man kepada 'Seniman'. You're magic man. Harap jadi juara."

Sementara komen Afdlin pula, "dalam ramai-ramai orang yang buat komedi muzikal, ini yang terbaik. Saya menaruh harapan setinggi gunung terhadap awak. Pada saya, awak sudah menjadi juara,".

Komen-komen itu dilontarkan sewaktu Man membuat persembahan dengan tema gaya bebas (isu kongsi gelap) dan komedi muzikal (mat rempit).

Ternyata Man yang mendapat undian 45 peratus bukan sahaja berjaya mencuri hati penonton, malah para juri juga sudah dapat menilai bakatnya.

Sementara itu, Kumpulan Balas yang dianggotai oleh Mohammad Shukri Mohamed Sahar (Shuk), 24, dan Fandi Muhammad (Fendi), 25, dari Pulau Pinang yang menduduk tempat ketiga, turut mengakui kehebatan Man.

Kata Shuk, Kumpulan Balas sudah buat yang terbaik tapi apakan daya bukan rezeki dan mereka hanya mampu membawa pulang wang kemenangan RM30,000 serta barangan elektrik dan trofi untuk tempat ketiga.

"Melihat pada persembahan Man, kami akui dia lebih hebat. Kalau Man tidak hebat, mana mungkin oran ramai memilihnya," katanya yang mendapat undian sebanyak 22.6 peratus.

Antara komen yang diberikan oleh David Teo untuk persembahan pertama Kumpulan Balas adalah, "kalau persembahan seperti ini, pasti awak boleh jadi nombor satu."

Manakala untuk persembahan komedi muzikal Kumpulan Balas, Sathiya mengungkap sebagai persembahan cun (menarik).

Dalam pada itu kumpulan adik-beradik, R2, Rahim Mat Ali (Aim) 40, dan Ridhzuan (Lopez), 21, dari Klang yang menduduki tempat kedua menganggap kejayaan itu adalah kemenangan bersama.

Mereka yang memperoleh wang tunai RM50,000 beserta barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro berkata, sebelum ini hanya Rahim yang sering menyertai uji bakat Raja Lawak.

"Ini semua atas cadangan adik saya. Sebelum ini saya sahaja yang suka menyertai uji bakat, kali ini adik cadangkan kami bergabung.

"Tak sangka gandingan ini membawa tuah kepada kami. Walaupun tempat kedua, R2 tetap gembira kerana ia merupakan satu pengalaman paling indah untuk kami," kata Rahim.

Sementara itu Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, sambutan yang diberikan oleh penonton untuk program kali ini amat memberangsangkan.

Katanya, persembahan bertenaga daripada para peserta sekali gus membuatkan penonton tidak jemu mengikuti program tersebut daripada awal hingga akhir.

"Kita tahu, Raja Lawak ini mendapat sambutan berdasarkan sokongan yang diberi oleh orang ramai yang bermula daripada uji bakat sehinggalah persembahan gelanggang raja lawak.

"Penonton yang mengikuti persembahan para peserta tahu siapa yang layak untuk dipilih sebagai juara. Dari situ membuktikan bahawa program ini mendapat perhatian ramai," katanya.

Turut diundang pada malam itu adalah Raja Pop, Jamal Abdillah, Joe Flizow dan pelawak Mat Sentul atau nama sebenarnya Abdul Rasit Yahya yang turut menyampaikan hadiah di samping Nizam.

Pertandingan akhir itu juga dimeriahkan oleh gelagat pengacara bersama Johan dan Zizan.

Aznil terharu sokongan peminat

Posted: 21 Mar 2011 08:48 PM PDT

SELAMA 21 tahun menjadi seorang personaliti paling berjaya di negara ini, Aznil Nawawi sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk mengadakan sebuah konsert.

Mungkin kedengaran agak mustahil bagi seorang pengacara untuk mengadakan konsert tetapi apabila memperkatakan tentang Aznil, tiada yang mustahil dapat dilakukan oleh anak jati Kuala Lumpur itu.

Aura dan karisma pengacara nombor satu negara ini setiap kali berada di atas pentas memang tidak dapat dinafikan lagi dan Aznil sudah membuktikan bahawa tiada sesiapa yang mampu menggantikan tempatnya sehingga kini.

Sekali lagi, Aznil telah membuktikan kehebatannya sebagai pengacara unggul negara apabila dia berjaya menghiburkan hampir 8,000 orang peminat yang sanggup meredah hujan dan becak semata-mata mahu menonton konsert sulungnya, Konsert Hore! Hore! yang berlangsung di Padang Bola, Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sepanjang dua jam menikmati persembahan Aznil pada malam tersebut, ternyata penonton tidak sedikit pun berganjak daripada tempat duduk masing-masing malah sabar menanti sehingga ke akhir konsert.

Terus-terang dikatakan, Aznil bukanlah seorang penyanyi yang hebat seperti penyanyi lelaki lain saat mendendangkan lagu-lagu sepanjang konsert berkenaan.

Malah, Aznil juga sebelum ini pernah memberitahu dan meminta peminatnya untuk tidak meletakkan harapan yang tinggi jika mereka hadir mahu menikmati nyanyiannya.

Tetapi, persona Aznil itu sendiri sebenarnya telah banyak menghidupkan perjalanan konsert berkenaan yang dianjurkan oleh RYE Production Sdn. Bhd. dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Astro selaku stesen penyiar rasmi.

Memulakan persembahan tepat pukul 8.45 malam, Aznil muncul di atas pentas dengan sekumpulan penari diketuai oleh Ahmad Kassan dengan berpakaian penuh warna-warni dengan lagu Hore Hore.

Walaupun sudah 21 tahun bergelar anak seni, namun wajah Aznil tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar dan gugup sehingga dia kelihatan sedikit keras di atas pentas.

Meneruskan persembahan, Aznil kemudiannya menjemput pelakon cilik, Haziq yang pernah menjadi pasangan pengacara dalam rancangan Tom Tom Bak untuk menyampaikan lagu popular kanak-kanak, Papaku Pulang.

Kejutan pertama pada malam itu muncul apabila Aznil mengundang Azlan & The Typewriter untuk berduet dengannya menerusi lagu yang sama dengan susunan muzik yang lebih moden dan disuntik dengan nuansa rock.

Azlan & The Typewriter juga tidak menghampakan peminat dan audiens yang membanjiri lokasi tersebut dengan lagu klasik, Jeritan Batinku dengan gayanya yang tersendiri.

Seperti mana yang dijanjikan Aznil sebelum ini, lagu-lagu yang dipersembahkan untuk konsertnya itu mempunyai signifikan tersendiri dalam perkembangan kariernya.

Kali ini, dengan gaya tersendiri, Aznil menyampaikan empat buah lagu rock popular tahun 90-an secara medley iaitu Isabella, Umpama Mimpi Dalam Mimpi, Sejati dan Masih Aku Terasa.

Aznil turut menyampaikan lagu popular Ratu Rock Negara, Ella iaitu Dua Insan Bercinta yang merupakan lagu kegemaran Aznil dengan meniru gaya penyampaian Ella sehingga mendapat tepukan gemuruh.

Sebagai orang yang bertanggungjawab memperkenalkan nama Saiful Apek ke persada seni tanah air, Aznil tidak melupakan anak didiknya itu dengan mengundangnya ke atas pentas.

Nampaknya, aura pelawak itu masih belum pudar kerana dia masih memiliki pengaruh yang kuat apabila mendapat tepukan gemuruh daripada audiens.

Cuma, ketika Saiful Apek mengendalikan segmen bersama penari hip hop kanak-kanak, ia sedikit menghambarkan dan merencatkan perjalanan konsert yang baru hendak mencapai momentumnya.

Seperti mana yang diketahui ramai, Allahyarham Sudirman Arshad merupakan individu yang paling berpengaruh dalam hidup Aznil dan sebagai penghormatan, Aznil telah menyampaikan lima buah lagu popular seniman kreatif itu.

Apa yang mengharukan Aznil apabila kakak arwah Sudirman, Datin Rodziah Arshad dan keluarga sudi hadir menonton konsertnya pada malam itu dan membuatkan Aznil sedikit sebak.

Walaupun membawakan lagu-lagu seperti Hujan, Apa Khabar Orang Kampung, Pulang Dari Kilang, Dari Kerana Mata, Aku Penganggur dan Salam Terakhir, namun penyampaian Aznil tetap tersendiri dan tidak cuba hendak meniru penyanyi pujaannya itu.

Cuma, konsep persembahan Aznil sahaja mengambil inspirasi Penghibur Nombor Satu Asia itu yang menjadi tunjang kekuatan persembahan Aznil untuk segmen tribute itu.

Sebagai seorang penghibur dan seorang yang tidak pernah ketandusan idea dalam mempelbagaikan persembahannya, Aznil menjemput lima orang wanita ke atas pentas bagi menyempurnakan segmen lagu-lagu untuk wanita.

Lima lagu yang dipilih Aznil adalah Azura, Carol, Oh Fatimah, Azizah dan Kerana Percayakan Siti dan untuk menghangatkan persembahan menerusi segmen itu, Aznil telah menawarkan hadiah lumayan berupa barangan kemas tajaan Habib Jewels.

Mengambil kesempatan di atas populariti lagu Kalau Berpacaran, Aznil menjemput Ana Raffali dan Altimet untuk menyanyikan lagu itu dengan gaya mereka sendiri sebelum Ana membuat persembahan solo menerusi lagu popularnya, Tolong Ingatkan Aku.

Malam terus hangat apabila Aznil mengundang juara Akademi Fantasia musim kedua, Zahid untuk menyampaikan lagu Cik Mek Molek dan Gila Judi yang pernah dipopularkan oleh Datuk M. Daud Kilau.

Lebih menggamatkan apabila dua wanita dalam lingkungan 40-an diundang untuk menari mengiringi dua lagu berkenaan dan aksi mereka telah membuatkan penonton tidak kering gusi.

Jika sebelum ini, Aznil sering menampilkan kejutan dalam Akademi Fantasia, namun malam itu dia pula diberi kejutan oleh dua penyampai radio Era FM, Ray dan Haniff apabila perlu memegang seekor ular albino yang merupakan haiwan yang tidak digemarinya.

Dalam berhibur, Aznil sempat membuat amal jariah dengan menyampaikan cek berjumlah RM30,000 kepada seorang kanak-kanak, Ahmad Nazeef Ahmad Sabri yang menghidap jantung berlubang.

Semuanya adalah menerusi projek Hero Malaya yang diinisiatifkan oleh Aznil bersama beberapa artis lelaki popular negara lain.

Air mata Aznil tidak dapat dibendung lagi apabila Ray dan Haniff menjemput seluruh ahli keluarganya naik ke pentas bersama rakan-rakan seperjuangan Aznil serta mereka yang telah menjadi tulang belakang kejayaan selama ini dan menyanyikan lagu popular kumpulan Samsons, Kenangan Terindah.

Mengakhiri persembahan, Aznil menyampaikan lagu Toyol dan Profesor Klon yang merupakan pilihan terbaik untuk melengkapkan perjalanan Konsert Hore! Hore! yang cukup menghiburkan itu.

Bertemu dengan Aznil pada pertemuan singkat selepas berakhirnya konsert tersebut, sekali lagi air matanya tumpah dan dalam menahan sebak, Aznil memberitahu dia cukup terharu melihat sokongan yang diberikan oleh peminatnya.

Baginya, pengorbanan peminat yang sanggup mengeluarkan wang untuk membayar dan menonton konsertnya merupakan sesuatu yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

"Lebih-lebih lagi ada yang datang dari Sabah dan Sarawak, membuatkan saya tergamam dan hilang kata-kata. Mereka sanggup menonton persembahan saya walaupun saya ini bukan seorang penyanyi yang memiliki mutu vokal yang mantap seperti penyanyi lain.

"Alhamdulillah, saya bersyukur konsert sulung saya ini berjalan dengan lancar seperti mana yang diharapkan. Saya pernah berkata ini merupakan konsert pertama dan terakhir saya tetapi nampaknya kejayaan ini mendorong saya untuk meneruskannya di masa hadapan," katanya.

Liyana Jasmay Buat Praktikal Di Tayangan Unggul

Posted: 21 Mar 2011 07:34 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon Liyana Jasmay (gambar) sedang melakukan latihan praktikal di syarikat penerbitan filem Tayangan Unggul Sdn Bhd bermula Isnin.

Liyana yang sedang menuntut peringkat diploma jurusan Seni Persembahan & Media di Kolej Sunway, turut tidak sabar untuk menjalani latihan amali di produksi milik penerbit Gayatri Su-Lin Pillai itu.

Menurut Liyana, dia memilih untuk membuat praktikal syarikat tersebut kerana telah lama bekerjasama di bawah Tayangan Unggul menerusi filem Castello, Maut, Duhai Si Pari-Pari, Histeria dan Papadom.

"Saya tidak sabar untuk memulakan latihan itu kerana selepas ini saya bakal menempuhi pelbagai cabaran dan sudah tentu saya gemarkan sesuatu yang mencabar.

"Saya juga tidak sabar untuk bekerja dalam suasana yang baru kerana sebelum ini saya hanya menjadi pelakon di bawah syarikat itu tetapi berlainan pula kali ini apabila saya bekerja di belakang tabir dan belajar cara-cara untuk membikin sebuah filem," ujarnya kepada mStar Online.

Sementara sibuk dengan latihan amali selama tiga bulan ini, Liyana terpaksa menolak mana-mana tawaran lakonan buat sementara waktu kerana menjadi kesalahan sekiranya dia bekerja dalam tempoh tersebut.

Selain itu, dia juga berkobar-kobar untuk menamatkan pengajiannya sebelum hujung tahun ini selain berhasrat menyambung pengajiannya peringkat lebih tinggi dalam bidang seni.

Liyana pernah memasang cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di Sydney, Australia dalam bidang persembahan muzikal.

Masih Belum Muflis, Linda Jasmine Anggap Ada Orang Dengki

Posted: 21 Mar 2011 07:34 PM PDT

PETALING JAYA: Pereka tari Linda Jasmine yang juga isteri pelakon Que Haidar menjelaskan studio miliknya iaitu Linda Jasmine Studio belum muflis seperti yang didakwa oleh sebuah akhbar, Ahad lalu.

Linda mengakui studio miliknya yang ditubuhkan sejak tujuh tahun lalu itu masih beroperasi seperti biasa.

Malah, koreografer itu juga menafikan dakwaan tidak membayar gaji pekerja sehingga beberapa bulan.

"Kadangkala pelanggan saya membayar lambat, jadi kami perlu menunggu sehingga wang tersebut diberikan kepada kami. Ada juga sehingga setahun kami terpaksa menunggu bayaran tersebut dilunaskan.

"Tetapi lambat bagaimanapun, kami tetap akan mendahulukan pembayaran gaji kepada pekerja. Lagipun, kebanyakan pekerja saya di situ merupakan pekerja sambilan dan tidak mengikat apa-apa kontrak dengan kami," kata Linda kepada mStar Online.

Linda akui memang perniagaannya mempunyai pendapatan turun dan naik dan musim-musim tertentu mereka mendapat keuntungan yang lebih dan kadangkala agak kurang.

"Cerita tentang saya tidak membayar gaji pekerja itu tidak betul. Saya agak terkejut apabila membaca cerita seperti itu kerana saya tidak pernah mempunyai musuh sepanjang bekerja lebih 20 tahun dalam industri ini.

"Mungkin ada orang dengki dengan saya sehingga sanggup mereka cerita seperti ini tetapi saya enggan menuduh sesiapa," tambahnya lagi yang sedang sibuk mengendalikan dua projek besar dengan Astro.

Bukan Salah Ezany, Produksi Gagal Susun Jadual

Posted: 21 Mar 2011 07:33 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Ezany Nazariff menjelaskan tuduhan mengatakan dia tidak memberi komitmen dalam sebuah penggambaran drama baru-baru ini adalah disebabkan kesilapan pihak produksi yang tidak menyusun jadual dengan betul.

Katanya, ia bukan kerana watak kecil menyebabkan dia mengambil mudah penggambaran tersebut tetapi jadual penggambaran yang sering berubah menyebabkan dia tidak dapat memberi kerjasama kerana mempunyai komitmen lain.

"Isunya kecil saja dan saya tidak anggap ia perkara besar sebab itu adalah masalah dalaman produksi.

"Mereka yang tidak menyusun jadual dengan betul sehingga banyak babak yang terpaksa ditunda dan babak saya bertindih-tindih dengan penggambaran lain.

"Ya, memang saya ada komitmen dengan drama lain sebab watak drama ini kecil sahaja dan sebagai pelakon sudah tentu kita ada menerima tawaran lain," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Pelakon itu menjawab tuduhan yang dilaporkan sebuah akhbar Ahad lalu mengatakan dia tidak berdisiplin dan sanggup menabur pasir dalam periuk nasi sendiri kerana gagal hadir dalam pembikinan sebuah drama.

Bagaimanapun, jelas Ezany dia terkejut apabila perkara ini dibesarkan oleh pihak tertentu, walhal baginya ia hanyalah asam garam yang biasa dilalui di setiap penggambaran.

"Orang di luar tidak tahu situasi sebenar di lokasi penggambaran, bagaimana kami tiada tempat berehat dan terpaksa menunggu, tapi bagi saya itu adalah asal garam sebagai pelakon.

"Untuk drama tersebut, saya berlakon hanya sebagai cikgu dan pelakon utama adalah budak-budak sekolah yang mana mereka lagi banyak masalah dan sukar untuk dikawal.

"Hal tunggu menunggu di lokasi bukan saya seorang sahaja malah beberapa pelakon lain turut menerima nasib yang sama disebabkan masalah jadual itu," katanya.

Dalam pada itu, sebagai usahawan belacan dan kicap, Ezany turut memberitahu dia terpaksa membahagikan masanya sebaik mungkin bagi memastikan semua yang dilakukan berjalan lancar.

"Setiap hari memang saya sibuk, selepas habis penggambaran saya akan bergegas ke pejabat dan kilang untuk lihat semua berjalan lancar.

"Tapi ia boleh dilakukan dengan profesional jika semuanya diatur dengan baik dan mempunyai jadual yang betul," katanya yang turut membintangi drama Kemboja Putih.

Selain itu, Ezany bakal muncul dengan drama terbaru pada 8 April ini berjudul Jubah Emas Buat Su arahan Bada Haji Azmi di saluran Astro Oasis.

Zizan Nin Selami Watak Nelayan Dalam 'Teratak Mahligai'

Posted: 21 Mar 2011 07:33 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Zizan Nin akan melakonkan watak pemuda berada yang cuba mneyesuaikan diri dengan kehidupan nelayan dalam drama terbaru berjudul Teratak Mahligai di TV2.

Drama 24 episod ini menyaksikan gelagat Nikmat lakonan Zizan yang canggung dan kekok ketika proses penyesuaian diri sebagai nelayan mampu mencuit perasaan penonton.

Bagiamanapun Nikmat mempunyai misi dan visi tersendiri iaitu untuk memajukan industri penangkapan ikan di kampung nelayan itu.

Drama terbaru menghiasi slot Galeri Famili ini bakal bersiaran bermula Isnin (semalam).

Ia menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis pukul 3.30 petang menerusi saluran TV2.

Selain menampilkan Zizan Nin sebagai watak utama, drama ini turut di bintangi oleh Zed Zaidi, Nisha Dirr, Zarynn Min, Rahim Jailani, Sidek Hussain, Arash Mohamad, Dian P Ramlee, Nabila Huda, Watie Elite, Normah Damanhuri, Fazilah Mansor, Azman Ahmad dan Roslan Salleh.

Teratak Mahligai antara lain mengisahkan Nikmat (Zizan) dan Syukri lakonan Zed Zaidi, dua pemuda berlainan latar keluarga mula akrab di ruangan blog.

Nikmat yang berjaya dalam perniagaan Internet cuba menyelami hati anak nelayan yang berkelulusan tinggi, Syukri.

Syukri pemuda yang bercita-cita tinggi mahu mengubah nasib keluarganya tetapi terpaksa meneruskan kerjaya bapa sebagai nelayan atas desakan hidup.

Plot dan naratif mula memuncak apabila Nikmat dan Syukri bersetuju untuk bertukar tempat.

Nikmat menjadi nelayan manakala Syukri pula menerajui syarikat milik Nikmat, Uncang Emas dengan bayaran RM5,000 sebulan.

Drama arahan Zul R'Shad yang cukup dikenali menerusi hasil sentuhannya seperti Sephia, Spa Q, telefilem Sirah, Syurga Di Mana dan Seberat Zarah.

Selain cuba menyelitkan kepincangan dalam kehidupan berkeluarga juga hidup bermasyarakat, Zul cuba menyelitkan elemen komedi yang tidak keterlaluan namun mampu membuat penonton ketawa.

Nana & Sein Buat Kenduri Kerana Rujuk Semula

Posted: 21 Mar 2011 07:32 PM PDT

PETALING JAYA: Pasangan artis Sein dan Nana akan mengadakan majlis kesyukuran selepas mereka kembali bergelar suami isteri. Ia akan diadakan di Dewan Bakti, Taman Tun Dr Ismail, pada 2 April ini, pukul 9 malam.

Nana yang dihubungi berkata majlis tersebut sebagai tanda syukur kerana hubungan mereka terjalin semula pada 11 Mac lalu selepas berpisah selama tiga bulan.

"Majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran ini dibuat secara sederhana sebagai tanda syukur kepada penyatuan semula hubungan kami.

"Diharap selepas ini semua akan kembali berjalan seperti biasa dan hubungan kami akan diberkati Allah," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Nana berkata, majlis itu juga bertujuan untuk dia dan suami menjelaskan keadaan sebenar kepada semua pihak termasuk keluarga yang masih bertanya tentang kesahihan berita mereka rujuk semula.

"Kami juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan perkara yang menjadi tanda tanya oleh semua pihak selama ini.

"Kalau boleh kami mahu beri kenyataan secukupnya dan tidak menjadikan ia sebagai sebuah persoalan kepada peminat," katanya.

Tambah Nana sepanjang tiga bulan menjadi ibu tunggal dia merasakan hidupnya terumbang ambing dan penceraian tersebut banyak mengajarnya erti kehidupan.

"Saya bersyukur mungkin perpisahan sementara ini merupakan jalan terbaik daripada Allah untuk menunjukkan bahawa kami masing-masing tidak boleh hidup berasingan.

"Saya rasakan hidup sangat kosong dan tidak stabil selama tiga bulan tersebut begitu juga suami sehingga akhirnya kami membuat keputusan bersatu semula," katanya.

Dalam pada itu, Nana tidak menolak faktor anak-anak menjadi salah satu punca ikatan jodoh mereka masih kuat.

"Anak-anak kami masih kecil dan tidak faham perkara ini, sepanjang tiga bulan itu mereka sering bertanyakan tentang ayahnya.

"Begitu Sein yang tidak dapat berjumpa anak-anak seperti selalu," katanya yang kini kembali menjalankan rutin harian sebagai seorang isteri dan ibu.

Pasangan tersebut, sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor, pada 8 Disember tahun lalu.

Sein dan Nana mendirikan rumah tangga pada Julai, 2006 dan mempunyai dua orang cahaya mata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, yang berusia setahun.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Dapatkan tip daripada ibu

Posted: 21 Mar 2011 01:10 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]BERGELAR ibu memang detik terindah buat pelakon dan pengacara jelita, The Breakfast Show di Saluran Ceria Anda, ntv7, Aishah Sinclair.

‘Pinda akta demi hak karyawan’

Posted: 21 Mar 2011 08:28 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]PERSATUAN Performers & Artistes Rights (Malaysia) Sdn Bhd (Prism) mencadangkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminda akta hak pelaku (artis dan pemuzik).

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


KD, Raul mohon restu kekal

Posted:

KD, Raul mohon restu kekal

KD, Raul mohon restu kekal



ENAKNYA menjadi orang yang sabar adalah ia akan berakhir dengan sebuah kemanisan. Bukan sedikit halangan, cercaan, cacian serta pandangan skeptikal yang terpaksa ditempuh oleh Kris Dayanti sepanjang dia menjanda sejak 2009.

Waktu terbongkar kisah dia sudah bercerai dengan suami yang telah hidup bersamanya selama lebih 15 tahun, Anang Hermansyah, angin liar yang ikut bertebaran pada waktu itu adalah penyanyi yang senang disapa KD ini curang dengan lelaki lain.

Berita liar itu juga turut diakui mantan suaminya, Anang dan dua orang anak mereka, Titania Aurelie, 13, dan Azriel Akbar, 11. Kononnya KD sudah mempunyai kekasih baru (secara terlarang) dengan seorang usahawan daripada Timor Leste. Lantas, nama Raul Lemos, yang sebelum ini tidak pernah dikenal umum dikaitkan sebagai lelaki baru yang telah membuat cinta KD mekar semula.

Untuk setahun pertama hubungan mereka cuba dicungkil media, KD bertahan untuk tidak membocorkannya begitu sahaja. Rapi ia menyimpan cerita duka dan menelan segala tohmahan dengan senyum tawar yang sentiasa terukir di bibir.

Namun hari demi hari, KD mula membuka cerita cintanya dengan lelaki tersebut, Raul Lemos atau nama sebenarnya, Raul Dos Ries Lemos, itulah lelaki yang telah membuat dia gila bayang dan jatuh cinta untuk kali kedua selepas usia 30 tahun.

Memang ia nampak 'kurang manis' apabila jatuh cinta saat diri sudah terikat dengan pasangan lain. Namun sebagai hal yang bukan tabu, dan kuasa Tuhan, cinta KD dan Raul bukan cinta sembarangan. Cinta mereka, cinta duka yang kini berakhir bahagia.


PASANGAN mempelai memohon doa agar jodoh berkekalan sehingga ke hujung nyawa.


"Untuk hal yang satu ini (berkahwin), saya tidak memerlukan pandangan orang lain. Apa yang penting, saya gembira dan mudah-mudahan kehidupan kami diberkati," ujar KD sewaktu pertemuan dengan Kosmo! minggu lalu.

Kata-kata itu adalah semangat yang dipupuk KD dengan jitu agar dia tidak kalah dengan peluru-peluru jahat yang tidak merestui hubungannya dengan KD. Malah tepat pukul 9.05 pagi Ahad lalu, semangat cinta KD disimpul dengan ikatan yang sah apabila Raul melafazkan akad memperisterikan dirinya.

Tampak sedikit berdebar sebelum bernikah dalam persalinan kebaya tradisional Indonesia, KD bagaimanapun tidak putus senyuman sebaik sah menjadi isteri Raul dengan hanya sekali lafaz.

Majlis pernikahan mereka berjalan dengan sederhana seperti yang diberitahu Raul sebelum ini. Diadakan di Masjid Sahid Nurul Iman, ia hanya dihadiri oleh lebih 100 tetamu yang terdiri daripada keluar, saudara dan sahabat terdekat mereka.

Keluarga KD diwakili oleh ayahnya, Trenggono yang juga bertanggungjawab telah menikahkannya dan ibunya, Rachma Widadiningsih, kakaknya, Yuni Shara dua anaknya, Titania Aurelie dan Azriel Akbar serta sanak saudara yang lain.

Sementara Raul diwakili oleh abangnya, Leopold Lemos dan ibunya, Esmeralda serta saudara-mara yang diterbangkan daripada Timor Leste.

Raul yang memberi sepersalinan kelengkapan solat sebagai mas kahwin buat isterinya itu melafazkan: "Kepada isteriku tercinta, mas kahwin ini merupakan sepersalinan alat solat. Semoga ia memberi manfaat kelak buatmu."


PASANGAN Kris Dayanti dan Raul Lemos menunjukkan kad pernikahan yang dikeluarkan pihak berkuasa Indonesia.


Ia kemudian dijawab KD dengan lafaz: "Suamiku tercinta Raul Lemos, Alhamdulillah, saya terima mas kahwin ini. Semoga Allah merestui kita."

Lantas sebaik sah menjadi suami isteri KD mengaku biar ini adalah perkahwinan kali kedua baginya, namun ia umpama satu pengalaman baru bagi dirinya. Menurut KD dia kini akan kembali masuk ke dalam fasa lama iaitu rumah tangga, namun semuanya serba baru.

"Saya berasa perkahwinan ini seperti satu pengalaman baru kerana selepas lebih setahun, saya kini akan kembali berperanan sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak kami," katanya.

Ditanya apa yang membuat cintanya begitu utuh terhadap dua beranak dua itu, KD menjelaskan dengan penuh puitis: "Semua nilai seorang Raul itu tidak dapat saya jelaskan dengan fizikalnya sahaja, tetapi saya mencintai dia zahir dan batin.

Sementara Raul yang terlihat cukup romantik apabila tidak segan-segan menzahirkan rasa kasihnya dengan mengucup bibir isteri tercinta itu pula memohon semua pihak agar mendoakan keberkatan perkahwinan mereka.

Katanya: "Biarlah kali ini perkahwinan saya dan Kris kekal hingga ke akhir hayat kerana pengalaman kami berdua yang lalu (bercerai) benar-benar menjadi pedoman."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Konsert Melda bersama idola

Posted:

Konsert Melda bersama idola

Konsert Melda bersama idola

Oleh SAHLIZAH MOHAMED


MELDA dan Ella bakal bergabung di pentas persembahan konsert yang sama.


ELLA, Hujan, Yuna dan One Nation Emcess! Itu semua adalah 'habuan' kepada siri 13 episod yang telah dijayakan oleh gadis kelahiran Kuala Lumpur itu sejak 11 Januari lalu.

Semakin hampir kepada penghujung perjalanan Melda Gadis Semasa Sunsilk, gadis kelahiran Kuala Lumpur itu sekali lagi disuakan dengan satu peluang untuk melempiaskan bakat nyanyiannya untuk tatapan umum.

Sebagai penutup tirai drama realiti tersebut, sebuah konsert akan diadakan pada 16 April ini. Melda yang terkenal menerusi lagu Putus yang dimuat turun melalui laman YouTube akan berganding dengan idola-idolanya itu dalam konsert tersebut.

Menurut Pengurus Jenama (Sunsilk), Unilever Malaysia Holdings Sdn. Bhd., Emily Chong, penganjuran sebuah konsert merupakan satu bukti bahawa seseorang itu benar-benar merupakan seorang penyanyi.

"Konsert itu adalah sebahagian daripada tanda bahawa Melda merupakan seorang penyanyi. Bagaimanapun, apa yang paling penting ialah tahap keyakinan yang ada dalam dirinya dan persediaan untuk dia membuat persembahan.

"Bagaimanapun, selepas berakhirnya konsert itu dan drama tersebut, ia terpulang kepada Melda untuk meneruskan apa yang telah dikutip selama ini memandangkan kami bukan sebuah syarikat rakaman," ujar Emily.

Menjawab persoalan itu, Melda tidak segan mengaku dia bercita-cita untuk memiliki sebuah album untuk mencurahkan kreativitinya mencipta lirik dengan bantuan beberapa pakar muzik termasuk Ajai yang telah membimbingnya sepanjang terlibat dalam Gadis Semasa Sunsilk.

Berbicara lanjut mengenai konsert sulungnya yang akan dijalankan secara rakaman di sebuah tanah lapang berhampiran Kelab Orange, Kuala Lumpur, Melda tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila diberi peluang sedemikian.

"Saya tidak sangka akan menerajui konsert sendiri kerana inilah satu-satunya peluang untuk orang ramai mengenali diri saya. Saya akan cuba yang terbaik.

"Tidak dinafikan saya memang gementar, tetapi dengan masa yang ada, saya akan lakukan persiapan dengan sebaik mungkin," tuturnya yang kini sedang mengikuti pengajian dalam Diploma Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Selain lagu Putus yang telah disuntik dengan elemen baru oleh Ajai, Melda akan melantunkan lagu terbarunya berjudul Aku Adalah Aku semasa berlangsungnya konsert itu nanti.

Bagi yang ingin menyaksikan Melda dalam konsert pertamanya itu, mereka boleh mendapatkan tiket di jelajah Gadis Semasa Sunsilk yang akan diadakan di empat lokasi iaitu di Pantai Timur Hype, Kota Bharu, Kelantan (18 dan 19 Mac), Tunas Manja, Kuantan, Pahang (26 dan 27 Mac), Mydin, Kuala Terengganu (1 dan 2 April) dan Giant Batu Caves (2 dan 3 April).

Sebarang maklumat lanjut, boleh layari www.facebook.com/GadisSemasaSunsilk untuk mengikuti perkembangan drama tersebut dan maklumat tiket konsert.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Shahid rayu Priyanka

Posted:

Shahid rayu Priyanka

Shahid rayu Priyanka


PRIYANKA tidak menghadiri majlis hari jadi ke-25 Shahid, tetapi dia sebaliknya bercuti di Amerika Syarikat sebelum terbang ke Malaysia.


AKTOR Shahid Kapoor sejak kebelakangan ini dilihat cuba untuk berbaik semula dengan bekas kekasihnya Priyanka Chopra.

Dia telah cuba melakukan pelbagai perkara supaya aktres jelita itu kembali ke pangkuannya.

Disahkan oleh sumber terdekat Shahid, selepas Priyanka kembali dari Malaysia kerana penggambaran filem Don 2, aktor itu tidak berhenti menghantar pesanan khidmat ringkas (SMS) dengan menulis, 'rindu kamu' dan 'kita boleh jayakan hubungan ini'.

Ketiadaan Priyanka pada majlis hari lahir Shahid yang berlangsung pada 25 Februari lalu dikatakan benar-benar telah mengguris hatinya. Namun, Shahid tetap terus menghantar bunga dan SMS kepada Priyanka.

"Disebabkan pergaduhan yang kerap serta berbeza pendapat mengenai beberapa perkara telah menyebabkan hubungan mereka terputus.

"Priyanka tidak mahu berada di Mumbai ketika majlis hari lahir Shahid berlangsung. Sebab itu, Priyanka membuat perancangan untuk bercuti di Amerika Syarikat pada tarikh yang sama.

"Malah, dia pergi bercuti dengan rakan-rakan yang langsung tiada kaitan dengan industri hiburan," ujar sumber terdekat pasangan itu.

Selepas percutian itu, Priyanka terus terbang ke Malaysia untuk menjalani penggambaran Don 2. Priyanka berbuat demikian kerana dia mahu putus cinta secara bersih dengan Shahid.

Shahid pula tidak dapat menerima keputusan bahawa hubungannya dengan Priyanka telah berakhir. Sedar, hubungan mereka putus disebabkan oleh kesalahannya sendiri, Shahid bersedia untuk meminta maaf tetapi Priyanka belum bersedia untuk memaafkan bekas kekasihnya itu.

"Apabila dia dilamun cinta, dia tidak pernah menoleh ke belakang. Dengan Shahid, dia membuat keputusan untuk membawa hubungan itu lebih jauh dan menjayakannya, tetapi nampaknya, apa diharapkan tidak menjadi kenyataan," kata sumber itu lagi.

Menurut teman-teman rapat Shahid dan Priyanka, ini bukanlah perpisahan mereka yang pertama kali, tetapi kali ini yang paling menyakitkan buat mereka berdua.

Sehingga kini, Priyanka tidak memberi sebarang respons terhadap panggilan dan mesej. Meskipun begitu, ramai teman-teman rapat mereka cuba untuk menyatukan mereka kembali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isnin, 21 Mac 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Rain Selebriti Korea, Live 2011 Malaysia Grand Prix F1 Concert.

Posted: 21 Mar 2011 08:22 PM PDT

Yeah, it's Rain. Definitely not musim tengkujuh. Sempena acara terbesar Formula 1 (F1), Petronas Malaysia Grand Prix 2011, pihak penganjur akan membawa selebriti Korea kegilaan ramai, pelakon drama Full House datang ke Malaysia untuk konsert secara Live!

Konsert Rain yang berlangsung pada 10 April akan dibuka secara percuma untuk semua pemegang tiket Grandstand, tetapi pemilik tiket Hillstand perlu menambah RM138 untuk menonton persembahan superstar Rain.

Menurut Razlan, pengarah acara Petronas Malaysian Grand Prix ini berkata, "tiada tiket yang akan dijual semata-mata untuk konsert." Ini bermaksud, anda perlu membeli tiket perlumbaan F1, baru boleh mendapat akses ke konsert Rain.

Tiket C2 cuma berharga RM120, memberikan pemandangan terbaik di bahagian selatan, dimana anda boleh lihat dengan jelas kereta-kereta F1 mengambil selekoh. Manakala, tempat duduk di kawasan Hillstand – K1, C1  dan C3 cuma berharga RM60, dan merupakan tiket F1 termurah kalau dibanding dengan litar-litar F1 di seluruh dunia.

Untuk keterangan lanjut mengenai tiket, halakan kursor anda ke Sepang Circuit. Sebelum itu, layankan music video Sad Tango – Rain selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sein & Nana Rujuk Semula, Buat Kenduri Kesyukuran.

Posted: 21 Mar 2011 07:32 PM PDT

Pertama kali Ai dapat tahu yang Sein & Nana akan rujuk semula, Ai sangat happy. Memang jarang sekali Ai dengar pasangan bercerai dapat berbaik semula, tapi tidak pada Sein & Nana. Dan, Sein & Nana akan mengadakan kenduri kesyukuran selepas mereka kembali bergelar suami isteri.

Bukan senang sebenarnya nak hidup single selepas bertahun-tahun hidup bersama. Ai dapat tahu yang kehidupan Nana agak terumbang-ambing sepanjang tempoh 3 bulan bergelar janda. Sein pun lebih kurang macam itu juga. Pada Ai, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Setelah menyedari yang mereka sebenarnya memerlukan satu sama lain, akhirnya keputusan untuk merujuk dibuat.

Kadang-kadang, Ai terbaca juga pasangan selebriti yang bercerai sampai tarik muka, anak-anak jadi pula yang jadi mangsa. Sepatutnya, mereka kena ikut jejak langkah Sein & Nana yang bersikap matang, mendahulukan nasib & perasaan anak-anak. Ini tidak, Ai tengok pasangan selebriti itu tidak kisah langsung dengan perasaan anak-anak. Bekas suami sibuk berkepit dengan tunang, yang bekas isteri pula syok angau dengan pelakon lelaki muda. Sesuai sangat dua-dua!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi

Sensasi


Panas... Video Seks dengan pelacur oleh Pemimpin Tertinggi Parti pembangkang ditemui dan dipertontonkan kepada media

Posted: 21 Mar 2011 09:21 AM PDT

Ahh,sudah..biar betul..kalau sebelum nie,skandal seks dan liwat hanya menjadi satu tanda tanya bahkan dianggap satu cara politik kotor,kerana tiada bukti kukuh..

Namun kali ini seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang ,kantoi apabila,Video seks nya dengan seorang pelacur luar negara ditemui di dalam bilik hotel.

Difahamkan Video ini ditemui oleh Datuk T,yang ketika itu disuruh oleh ketua pembangkang itu utk mengambil jam tangannya dibilik berkenaan.tetapi lain yang dijumpai...Dia menemui pita rakaman 4 CCTV yang dipasang di tempat yang betul betul tersembunyi.

Datuk T nie terus panggil media untuk menonton Video tersebut namun enggan memberi salinan kepada sesiapa kerana dikhuatiri tersebar.

Video tersebut dikatakan mempunyai kualiti dan jelas.

Namun apabila perkara ini dibangkitkan kepada pengarah komunikasi PKR iaitu Nik Nazmi,dia cakap nie suma adalah palsu dan video tersebut telah diubah.

Perkara ini dikatakan telah dirakam pada 21 February 2011.baru lagi..
Pelik,takkan la lepas dah berprojek boleh pulak suruh org lain tlg ambilkan jam tangan kat bilik tersebut?Entahla mungkin pemimpin itu sendiri tak sedar dirinya dirakam? atau mungkin rakaman aadalah palsu?atau mungkin akhirnya sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah??

Well,benda nie kene lah wait and see..panasss panaas....

pemimpin dan isterinya yang juga ahli politik digesa meletakkan jawatan oleh Datuk T berikutan penemuan Video tersebut.

Kat bawah nie adalah berita dari The Star:


A video showing a man, resembling a top Opposition leader having sex with a woman, believed to be a foreign prostitute, has emerged.

The 30-minute video, which showed the supposedly high profile Member of Parliament in various compromising positions, is set to rock the Malaysian political arena.

The video recorded on Feb 21 was found in a hotel room in Kuala Lumpur.

Press representatives were taken to a hotel room individually to view the video footage by a group of unknown people led by a person, who only wanted to be known as Datuk T.

Datuk T said he wanted the media to watch the footage showing the politician before sending the copy to him and his wife "to identify the person in the video" a week from now.

He said if the individual in the video was the politician he had identified to the media, "then he and his wife must step down from politics."

Datuk T said he was not "the pious person with high moral values and integrity as portrayed, and therefore is not fit to be leader."

Datuk T said if the two did not quit politics, "I will call on several NGOs (non-government organisations) to set up an independent panel to investigate and seek professional forensic services to study the authenticity of the recordings."

Datuk T claimed he had stumbled upon the video after he was asked by the politician to search for his watch in the room where the sexual encounter had taken place.

"As I could not find the watch on the table, I searched for it behind the dresser. I was shocked to find many strands of wires behind the dresser.

"On close inspection, I found four well-hidden CCTV cameras, I tried to open the two dresser drawers and found one was locked.

"I prised open the locked drawer using a sharp object. I found an active CCTV recorder. I disconnected the wiring and took the recorder out of the hotel,'' he said, adding that no one had the recording except him.

"I will not hand over copies to any quarters for fear of reproduction and distribution,'' he said.

Members of the media including The Star viewed the video clip on a computer at the hotel room, where Datuk T was heavily guarded. The Star journalist was searched and had his mobile phone taken away before being allowed to view the video. The other members of the media included those from Bernama, New Straits Times, Utusan Malaysia, China Press, the Internet portals, foreign news agencies and at least one opposition organ.

The video clip had sharp images and the woman appeared to be a fair-skinned foreigner, possibly an East Asian.

Meanwhile, with talk of the video having surfaced, PKR communications director Nik Nazmi Nik Ahmad tweeted, saying the video was doctored.

Selamat Bertunang Danny X-Factor dan Leen

Posted: 21 Mar 2011 09:07 AM PDT

t
Akhirnya Danny X-Factor sudah bertunang dengan kekasih hatinya Leen yang juga merupakan seorang pramugari Air Asia.Maklumlah sebelum nie kan Danny pernah bekerja sebagai pramugara Air Asia selepas tak aktif dalam dunia nyanyian.Mungkin perkenalan pasangan nie aalah sewaktu bertugas bersama...

Tahniah Sensasi ucapkan kepada Danny dan Leen,semoga jodoh mereka berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin...

Tapi Majlis pertunangan Danny nie dah mcm majlis kahwin dah,aha bukan apa,pasangan bertunang nie pakai pakaian pengantin,selalunya kalau bertunang,lelaki tak pakai sedondon kot dgn wanita,bahkan selalunya si lelaki tak dibenarkan hadir sekali waktu bertunang,..

Tapi sume tue adat je,adat nie bila-bila pun boleh berubah ikut peredaran masa asalkan tak membatasi agama.

Mungkin Danny kena hadir sama sebab jemputan majlis tunang nak tengok la artis kan..hehe...apa pun semoga mereka berbahagia...