Adsense

Selasa, 22 Mac 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


KD, Raul mohon restu kekal

Posted:

KD, Raul mohon restu kekal

KD, Raul mohon restu kekal



ENAKNYA menjadi orang yang sabar adalah ia akan berakhir dengan sebuah kemanisan. Bukan sedikit halangan, cercaan, cacian serta pandangan skeptikal yang terpaksa ditempuh oleh Kris Dayanti sepanjang dia menjanda sejak 2009.

Waktu terbongkar kisah dia sudah bercerai dengan suami yang telah hidup bersamanya selama lebih 15 tahun, Anang Hermansyah, angin liar yang ikut bertebaran pada waktu itu adalah penyanyi yang senang disapa KD ini curang dengan lelaki lain.

Berita liar itu juga turut diakui mantan suaminya, Anang dan dua orang anak mereka, Titania Aurelie, 13, dan Azriel Akbar, 11. Kononnya KD sudah mempunyai kekasih baru (secara terlarang) dengan seorang usahawan daripada Timor Leste. Lantas, nama Raul Lemos, yang sebelum ini tidak pernah dikenal umum dikaitkan sebagai lelaki baru yang telah membuat cinta KD mekar semula.

Untuk setahun pertama hubungan mereka cuba dicungkil media, KD bertahan untuk tidak membocorkannya begitu sahaja. Rapi ia menyimpan cerita duka dan menelan segala tohmahan dengan senyum tawar yang sentiasa terukir di bibir.

Namun hari demi hari, KD mula membuka cerita cintanya dengan lelaki tersebut, Raul Lemos atau nama sebenarnya, Raul Dos Ries Lemos, itulah lelaki yang telah membuat dia gila bayang dan jatuh cinta untuk kali kedua selepas usia 30 tahun.

Memang ia nampak 'kurang manis' apabila jatuh cinta saat diri sudah terikat dengan pasangan lain. Namun sebagai hal yang bukan tabu, dan kuasa Tuhan, cinta KD dan Raul bukan cinta sembarangan. Cinta mereka, cinta duka yang kini berakhir bahagia.


PASANGAN mempelai memohon doa agar jodoh berkekalan sehingga ke hujung nyawa.


"Untuk hal yang satu ini (berkahwin), saya tidak memerlukan pandangan orang lain. Apa yang penting, saya gembira dan mudah-mudahan kehidupan kami diberkati," ujar KD sewaktu pertemuan dengan Kosmo! minggu lalu.

Kata-kata itu adalah semangat yang dipupuk KD dengan jitu agar dia tidak kalah dengan peluru-peluru jahat yang tidak merestui hubungannya dengan KD. Malah tepat pukul 9.05 pagi Ahad lalu, semangat cinta KD disimpul dengan ikatan yang sah apabila Raul melafazkan akad memperisterikan dirinya.

Tampak sedikit berdebar sebelum bernikah dalam persalinan kebaya tradisional Indonesia, KD bagaimanapun tidak putus senyuman sebaik sah menjadi isteri Raul dengan hanya sekali lafaz.

Majlis pernikahan mereka berjalan dengan sederhana seperti yang diberitahu Raul sebelum ini. Diadakan di Masjid Sahid Nurul Iman, ia hanya dihadiri oleh lebih 100 tetamu yang terdiri daripada keluar, saudara dan sahabat terdekat mereka.

Keluarga KD diwakili oleh ayahnya, Trenggono yang juga bertanggungjawab telah menikahkannya dan ibunya, Rachma Widadiningsih, kakaknya, Yuni Shara dua anaknya, Titania Aurelie dan Azriel Akbar serta sanak saudara yang lain.

Sementara Raul diwakili oleh abangnya, Leopold Lemos dan ibunya, Esmeralda serta saudara-mara yang diterbangkan daripada Timor Leste.

Raul yang memberi sepersalinan kelengkapan solat sebagai mas kahwin buat isterinya itu melafazkan: "Kepada isteriku tercinta, mas kahwin ini merupakan sepersalinan alat solat. Semoga ia memberi manfaat kelak buatmu."


PASANGAN Kris Dayanti dan Raul Lemos menunjukkan kad pernikahan yang dikeluarkan pihak berkuasa Indonesia.


Ia kemudian dijawab KD dengan lafaz: "Suamiku tercinta Raul Lemos, Alhamdulillah, saya terima mas kahwin ini. Semoga Allah merestui kita."

Lantas sebaik sah menjadi suami isteri KD mengaku biar ini adalah perkahwinan kali kedua baginya, namun ia umpama satu pengalaman baru bagi dirinya. Menurut KD dia kini akan kembali masuk ke dalam fasa lama iaitu rumah tangga, namun semuanya serba baru.

"Saya berasa perkahwinan ini seperti satu pengalaman baru kerana selepas lebih setahun, saya kini akan kembali berperanan sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak kami," katanya.

Ditanya apa yang membuat cintanya begitu utuh terhadap dua beranak dua itu, KD menjelaskan dengan penuh puitis: "Semua nilai seorang Raul itu tidak dapat saya jelaskan dengan fizikalnya sahaja, tetapi saya mencintai dia zahir dan batin.

Sementara Raul yang terlihat cukup romantik apabila tidak segan-segan menzahirkan rasa kasihnya dengan mengucup bibir isteri tercinta itu pula memohon semua pihak agar mendoakan keberkatan perkahwinan mereka.

Katanya: "Biarlah kali ini perkahwinan saya dan Kris kekal hingga ke akhir hayat kerana pengalaman kami berdua yang lalu (bercerai) benar-benar menjadi pedoman."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Konsert Melda bersama idola

Posted:

Konsert Melda bersama idola

Konsert Melda bersama idola

Oleh SAHLIZAH MOHAMED


MELDA dan Ella bakal bergabung di pentas persembahan konsert yang sama.


ELLA, Hujan, Yuna dan One Nation Emcess! Itu semua adalah 'habuan' kepada siri 13 episod yang telah dijayakan oleh gadis kelahiran Kuala Lumpur itu sejak 11 Januari lalu.

Semakin hampir kepada penghujung perjalanan Melda Gadis Semasa Sunsilk, gadis kelahiran Kuala Lumpur itu sekali lagi disuakan dengan satu peluang untuk melempiaskan bakat nyanyiannya untuk tatapan umum.

Sebagai penutup tirai drama realiti tersebut, sebuah konsert akan diadakan pada 16 April ini. Melda yang terkenal menerusi lagu Putus yang dimuat turun melalui laman YouTube akan berganding dengan idola-idolanya itu dalam konsert tersebut.

Menurut Pengurus Jenama (Sunsilk), Unilever Malaysia Holdings Sdn. Bhd., Emily Chong, penganjuran sebuah konsert merupakan satu bukti bahawa seseorang itu benar-benar merupakan seorang penyanyi.

"Konsert itu adalah sebahagian daripada tanda bahawa Melda merupakan seorang penyanyi. Bagaimanapun, apa yang paling penting ialah tahap keyakinan yang ada dalam dirinya dan persediaan untuk dia membuat persembahan.

"Bagaimanapun, selepas berakhirnya konsert itu dan drama tersebut, ia terpulang kepada Melda untuk meneruskan apa yang telah dikutip selama ini memandangkan kami bukan sebuah syarikat rakaman," ujar Emily.

Menjawab persoalan itu, Melda tidak segan mengaku dia bercita-cita untuk memiliki sebuah album untuk mencurahkan kreativitinya mencipta lirik dengan bantuan beberapa pakar muzik termasuk Ajai yang telah membimbingnya sepanjang terlibat dalam Gadis Semasa Sunsilk.

Berbicara lanjut mengenai konsert sulungnya yang akan dijalankan secara rakaman di sebuah tanah lapang berhampiran Kelab Orange, Kuala Lumpur, Melda tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila diberi peluang sedemikian.

"Saya tidak sangka akan menerajui konsert sendiri kerana inilah satu-satunya peluang untuk orang ramai mengenali diri saya. Saya akan cuba yang terbaik.

"Tidak dinafikan saya memang gementar, tetapi dengan masa yang ada, saya akan lakukan persiapan dengan sebaik mungkin," tuturnya yang kini sedang mengikuti pengajian dalam Diploma Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Selain lagu Putus yang telah disuntik dengan elemen baru oleh Ajai, Melda akan melantunkan lagu terbarunya berjudul Aku Adalah Aku semasa berlangsungnya konsert itu nanti.

Bagi yang ingin menyaksikan Melda dalam konsert pertamanya itu, mereka boleh mendapatkan tiket di jelajah Gadis Semasa Sunsilk yang akan diadakan di empat lokasi iaitu di Pantai Timur Hype, Kota Bharu, Kelantan (18 dan 19 Mac), Tunas Manja, Kuantan, Pahang (26 dan 27 Mac), Mydin, Kuala Terengganu (1 dan 2 April) dan Giant Batu Caves (2 dan 3 April).

Sebarang maklumat lanjut, boleh layari www.facebook.com/GadisSemasaSunsilk untuk mengikuti perkembangan drama tersebut dan maklumat tiket konsert.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Shahid rayu Priyanka

Posted:

Shahid rayu Priyanka

Shahid rayu Priyanka


PRIYANKA tidak menghadiri majlis hari jadi ke-25 Shahid, tetapi dia sebaliknya bercuti di Amerika Syarikat sebelum terbang ke Malaysia.


AKTOR Shahid Kapoor sejak kebelakangan ini dilihat cuba untuk berbaik semula dengan bekas kekasihnya Priyanka Chopra.

Dia telah cuba melakukan pelbagai perkara supaya aktres jelita itu kembali ke pangkuannya.

Disahkan oleh sumber terdekat Shahid, selepas Priyanka kembali dari Malaysia kerana penggambaran filem Don 2, aktor itu tidak berhenti menghantar pesanan khidmat ringkas (SMS) dengan menulis, 'rindu kamu' dan 'kita boleh jayakan hubungan ini'.

Ketiadaan Priyanka pada majlis hari lahir Shahid yang berlangsung pada 25 Februari lalu dikatakan benar-benar telah mengguris hatinya. Namun, Shahid tetap terus menghantar bunga dan SMS kepada Priyanka.

"Disebabkan pergaduhan yang kerap serta berbeza pendapat mengenai beberapa perkara telah menyebabkan hubungan mereka terputus.

"Priyanka tidak mahu berada di Mumbai ketika majlis hari lahir Shahid berlangsung. Sebab itu, Priyanka membuat perancangan untuk bercuti di Amerika Syarikat pada tarikh yang sama.

"Malah, dia pergi bercuti dengan rakan-rakan yang langsung tiada kaitan dengan industri hiburan," ujar sumber terdekat pasangan itu.

Selepas percutian itu, Priyanka terus terbang ke Malaysia untuk menjalani penggambaran Don 2. Priyanka berbuat demikian kerana dia mahu putus cinta secara bersih dengan Shahid.

Shahid pula tidak dapat menerima keputusan bahawa hubungannya dengan Priyanka telah berakhir. Sedar, hubungan mereka putus disebabkan oleh kesalahannya sendiri, Shahid bersedia untuk meminta maaf tetapi Priyanka belum bersedia untuk memaafkan bekas kekasihnya itu.

"Apabila dia dilamun cinta, dia tidak pernah menoleh ke belakang. Dengan Shahid, dia membuat keputusan untuk membawa hubungan itu lebih jauh dan menjayakannya, tetapi nampaknya, apa diharapkan tidak menjadi kenyataan," kata sumber itu lagi.

Menurut teman-teman rapat Shahid dan Priyanka, ini bukanlah perpisahan mereka yang pertama kali, tetapi kali ini yang paling menyakitkan buat mereka berdua.

Sehingga kini, Priyanka tidak memberi sebarang respons terhadap panggilan dan mesej. Meskipun begitu, ramai teman-teman rapat mereka cuba untuk menyatukan mereka kembali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.