Adsense

Ahad, 6 Mac 2011

Celebrity News

Celebrity News


Gossip Adira Bercinta Dengan Pengkid - Zubir Berita Harian

Posted: 06 Mar 2011 08:32 AM PST

Gambar orang ( Pinjam Jap ) 
ZoOm : Kalaulah berita ini hanya sekadar gossip atau tidak sudah tentu keluarga dan kawan-kawan terasa dengan apa yang ZoOm baca malam ini mengenai kisah gadis bernama Adira yakni naib juara AF8 ni. Tetapi jika betul kembalilah kepada jalan yang benar, bukan apa kadang-kadang ZoOm percaya dengan gossip panas sebab 60 % betul dan 40 % lagi salah. Maklum saja lah dekat luar sana ada berjuta-juta informer, si pembuat fitnah mungkin ada 10%. Entah betul ke tak tapi itu andaian ZoOM semata-mata tidak dirasuah oleh mana-mana pihak. Bagi anda pula macam mana ? Apa-apa pun baca jelah "Statement" Zubir mengenai kisah ini !!!? Kalau tak nanti ZOOM tanya Zubir kalau berani la sebab selalu terserempak jika makan dekat tempat keje....maklum sajalah pejabat ZoOm dekat dengan pejabat ZUbir ..opsss laser...ok la baca dan komen k...!!!



entah berapa kali cerita negatif naib juara af8 adira dibisikkan ke telinga zubir. sudah berapa kali juga zubir menasihatkan adira supaya memelihara setiap tutur kata dan tingkah lakunya supaya tidak menjadi buah mulut orang. Tapi kali ini tetap orang bercakap mengenai sisi gelap adira. bagi zubir mungkin adira berasa dirinya x buat apa2 salah atau mungkin tidak pernah serik.


~terbaru ada sumber yang menyampaikan cerita kepada zubir, adira kini dikatakan menjalin cinta songsang!selepas gosip putus cinta dengan iwan af8 berakhir, adira dikatakan berkawan rapat dan kini khabarnya sedang menyulam cinta dengan seorang pengkid. 

~khabarnya pengkid yang berusia awal 20an itu masih menjalani latihan amali di sebuah stesen tv. selepas dirisik pengkid itu dikenali sebagai nama zack. selain masih menjalani latihan amali, zack dikatakan melakukan kerja separuh masa sebagai pengurus pentas

~kata sumber, adira dikatakan banyak berhabis wang ringgit sepanjang menjalin hubungan mesra dengan pengkid tersebut. kononya baru2 ini adira turut membelikan ipad untuk dihadiahkan kepada zack. pada masa yg sama ramai mata yang memandang kelibat adira mengikut zack ke lokasi pentas program realiti berkenaan baru2 ini, bukan sekali 2 tapi banyak kali. pada mulanya ramai menyangka adira dan zack sekadar teman baik, tapi lama kelamaan hubungan itu bertambah rapat dan boleh dikategorikan mereka sebenarnya menjalin hubungan songsang!.

sekiranya benar apa yang disampaikan ke telinga ini, zubir harap adira cepat2 sedar kesilapan itu, NAMUN JIKA SEKADAR GOSIP LIAR ABAIKAN SAJA OK. mungkin orang saja nak buat fitnah terhadap adira.pun begitu pada masa yang sama zubir harap pihak pengurusan adira boleh menasihatkan adira sekiranya benar ada bukti dia sebenarnya menjalinkan hubungan terlarang bersama pengkid. sayang jika karier adira musnah disebabkan cinta songsang. bagi zubir,masa depan adira dalam industri seni terlalu cerah, selain dikurniakan suara yang lunak,dia juga ada pakej yang diingini industri.

ruangan zubir~berita harian..

Qi Dan Yuna Sah Bercinta Dengan Status Di Facebook Qi Razali

Posted: 06 Mar 2011 08:11 AM PST

Akhirnya si jejaka ini mengesahkan mereka sedang dilamun cinta yang serius kerana satu Malaysia sudah mengetahui yang kini mereka mempunyai hubungan melalui laman Facebook beliau dengan menukar status " Relationship" with Yuna !! Tahniah kami ucapkan...


ZoOm APa Kata Anda di ZoOmartis DOt Net @ Facebook !!?

Update : Keputusan Pilihan Raya Dun Merlimau Dan Kerdau BN Menang !!!

Posted: 06 Mar 2011 04:22 AM PST

Walaupun belum menerima keputusan secara rasmi tetapi keputusan sudah memihak kepada calon BN, tahniah kepada bakal pilihan rakyat. Semoga dengan kemenangan pada hari ini tidak hanya ketika pilihanraya sahaja.
BN MENANG ( Belum Rasmi )
BN MENANG ( Belum Rasmi )

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA DUN MERLIMAU
PEMENANG - BARISAN NASIONAL
ROSLAN AHMAD
JUMLAH - 5962
MAJORITI - 3643
KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA DUN KERDAU
PEMENANG - BARISAN NASIONAL
SYED IBRAHIM SYED AHMAD
JUMLAH - 5,060
MAJORITI - 2,724


ZoOm : Apa Kata anda di ZoOmartis Dot Net @ Facebook

Tutorial : Cara pasang efek spinning pada comment avatar

Posted: 06 Mar 2011 03:59 AM PST

Untuk memasang spinning effect pada picture Avatar dibahagian komen seperti yang boleh anda lihat pada komen blog ini, Hanya ikut beberapa langkah yang mudah di bawah.

p/s: Effect akan befungsi apabila kursor mouse di letak pada image avatar tersebut.

Langkah 1

Login Blogger Dashboard --> Design --> Add A Gadget --> HTML/Javascript.

langkah 2



Copy dan paste kod di bawah pada content HTML/Javascript.

<style type="text/css">
.avatar-image-container img, comments .avatar-image-container img {
-webkit-transition-duration: 0.8s;
-moz-transition-duration: 0.8s;
-o-transition-duration: 0.8s;
transition-duration: 0.8s;
</style>
<script src="https://sites.google.com/site/javascript10/mootools-1.3.js"></script>
<script>
window.addEvent("domready",function() {
// "Globals" - Will make things compress mo-betta
var $random = function(x) { return Math.random() * x; };
var availableWidth = 0, availableHeight = 0;
var cssPrefix = false;
switch(Browser.name) {
case "safari":cssPrefix = "webkit";break;
case "chrome":cssPrefix = "webkit";break;
case "firefox":cssPrefix = "moz";break;
case "opera":cssPrefix = "o";break;
}
// The Icons
var icons = $$(".avatar-image-container img, comments .avatar-image-container img ");
// Apply opacity
var zIndex = 1000;
// Randomize each link
icons.each(function(element,index) {
var startDeg =(360);
var resetPlace = function() {
element.fade(0.4).setStyle("-" + cssPrefix + "-transform","rotate(" + startDeg + "deg)");
}
element.set("style","top:" + $random(availableHeight) + "px; left:" + $random(availableWidth) + "px; z-index:" + zIndex);
resetPlace();
element.addEvents({
mouseenter: function() { element.fade(1).setStyle("z-index",++zIndex).setStyle("-" + cssPrefix + "-transform","rotate(0deg)");},
mouseleave: resetPlace});
});
});
</script>

Akihr sekali, klik Save

Info : Maribinablog

p/s: View terbaik effect ini dengan menggunakan Google Chrome

Pilihanraya : Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau

Posted: 06 Mar 2011 03:51 AM PST

Keputusan pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27), Melaka bakal diketahui sedikit masa lagi. Kalau menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, keputusan bakal diketahui sekitar jam 8 malam ini apabila pengundian yang bermula pada 8 pagi ditutup jam 5 petang.


Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah selepas penamaan calon yang dibuat pada 26 Februari lepas. Pilihanraya kecil ini pula diadakan diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas. Sebagai rekod, beliau mewakili parti Barisan Nasional (UMNO).

Seramai 10,697 pengundi berdaftar layak menentukan siapakan calon yang bakal dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Merlimau. Namun, bilangan sebenar yang turun mengundi hanya akan diketahui apabila masa pengundian tamat. Sama-samalah kita nantikan keputusan selepas ini.
Selain daripada DUN Merlimau, pilihanraya kecil juga turut diadakan serentak hari ini di DUN Kerdau, Pahang. Keputusan penuh  pilihanraya kecil di kawasan berkenaan boleh diikuti di laman: Keputusan Pilihan Raya DUN Kerdau.
- – - – - -
Kemaskini: Perjalanan Pilihan Raya DUN Merlimau
  • 8.00 pagi: Tujuh pusat pengundian pilihan raya kecil DUN Merlimau mula dibuka.
  • 8.40 pagi: Calon BN, Roslan Ahmad dan isteri, Zalifah Omar membuang undi di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, Merlimau Pasir.
  • 9.00 pagi: Sebanyak 14 peratus daripada 10,679 pemilih telah mengundi.
  • 10.35 pagi: Sehingga pukul 10 pagi, peratusan keluar mengundi ialah 30 peratus.
  • 11.00 pagi: Sebanyak 43 peratus atau 4,576 pemilih telah keluar mengundi.
  • 12.00 tengah hari: 54 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.
  • 1.00 petang: 62 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil.
  • 2.00 petang: 7,110 pengundi atau 67 peratus telah keluar mengundi.
  • 3.00 petang: Kira-kira 72.6 peratus daripada 10,679 pemilih berdaftar telah keluar mengundi.
  • 4.00 petang: Sebanyak 76.87 peratus pemilih berdaftar telah keluar mengundi.
  • 5.00 petang: Pusat pengundian ditutup. Seramai 8,435 atau 79 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.
- – - – - -
Keputusan Terkini:
6.35pm: BN – 498, PAS – 177

Info : Kulanzsalleh

Nasional : Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau N28

Posted: 06 Mar 2011 03:43 AM PST

Tinggal beberapa jam saja lagi, pusat pengundian bagi Pilihanraya Kecil DUN Kerdau (N28), Pahang akan dibuka kepada pengundi di kawasan berkenaan. Berdasarkan jadual yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), masa pengundian ialah bermula pada jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang. Keputusan penuh pula bakal diketahui sekitar jam 8 malam nanti (Ahad).


Pilihanraya kecil Kerdau menyaksikan pertandingan satu lawan satu calon Barisan Nasional (BN) Syed Ibrahim Syed Ahmad dicabar calon PAS Hassanuddin Salim.  Pilihanraya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas. Pada PRU 2008, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang memperoleh 4,135 undi, mempertahankan kedudukan Barisan Nasional (BN) di Kerdau, mengalahkan calon PAS, Hassanuddin Salim, yang memperoleh 2,520 undi dengan majoriti 1,795 undi.
Keputusan pilihanraya kecil kali ini pula akan ditentukan oleh seramai  8,999 orang pemilih berdaftar, iaitu 8,984 pemilih biasa dan 15 pengundi pos.

Selain daripada DUN Kerdau, pilihanraya kecil juga turut diadakan serentak hari ini di DUN Merlimau, Melaka. Keputusan penuh di kawasan berkenaan boleh diikuti di laman: Keputusan Pilihan Raya DUN Merlimau.

Kemaskini: Perjalanan Pilihan Raya DUN Kerdau
  • 8.00 pagi: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil DUN mula dibuka.
  • 8.20 pagi: Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kuala Tekal, Kuala Krau.
  • 8.55 pagi: Suasana di luar pusat pengundian SMK Kerdau tegang apabila berlaku 'perang mulut' antara penyokong PAS dan BN.
  • 9.35 pagi: Sehingga pukul 9.30 pagi, jumlah keluar mengundi ialah 1,399 orang atau 15.55 peratus.
  • 10.30 pagi: Sehingga pukul 10 pagi, jumlah keluar mengundi ialah seramai 3,262 orang atau 36.25 peratus.
  • 10.35 pagi: Suasana mengundi di Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 22, Felda Jengka 22 berjalan dengan lancar. Pengundi mula datang menunaikan tanggungjawab masing-masing.
  • 11.25 pagi: SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi sehingga 11 pagi ialah sebanyak 54.34 peratus atau 4,890 orang pengundi.
  • 12.30 tengah hari: Sehingga pukul 12 tengah hari, seramai 5,874 pengundi atau 65.27 peratus telah keluar mengundi.
  • 2.00 petang: Seramai 6,805 orang atau 75.62 peratus sudah menunaikan tanggungjawab mereka.
  • 3.30 petang: Sehingga pukul 3 petang, seramai 7,149 orang pengundi atau 79.44 peratus sudah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
  • 4.00 petang: Kira-kira 81.52 peratus atau 7,336 orang telah mengundi.
  • 5.00 petang: Pusat pengundian ditutup. Seramai 7,480 atau 83 Peratus keluar mengundi.
- – - – - -
Keputusan Terkini:
6.34pm: BN – 2,021, PAS – 956

Info : KulanzSaleh

Tutorial : Tingkatkan traffic search engine dengan costum title meta tag

Posted: 06 Mar 2011 03:36 AM PST

Default setting yang di buat blogger.com pada title meta tag yang terdapat pada script template anda sebenarnya kurang mesra kepada google search engine. Ini kerana, title meta tag tersebut akan memaparkan nama blog terlebih dahulu dan kemudian di ikuti dengan tajuk entri atau artikel. Di bawah ini adalah contoh title meta tag yang terdapat pada blog anda.

<title><data:blog.pagetitle/></title>


Untuk menjadikan blog anda mesra dengan google search engine, title meta tag yang terbaik adalah title meta tag yang akan memaparkan tajuk entri atau artikel terlebih dahulu dan di ikuti dengan nama blog. Apa yang perlu anda lakukan adalah menggantikan default title tag kepada title meta tag yang lebih mesra dengan google search engine. Anda boleh lihat costum title meta tag tersebut di bawah.




<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>



Untuk menggantikan default title tag kepada costum title meta tag, hanya perlu ikut beberapa langkah yang mudah di bawah.

Langkah 1


Log in blog => Dashboard => Design => Edit HTML. Seterusnya klik pada Expand Widget Templates.

Langkah 2



Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F. Seterusnya taip atau paste kod <title><data:blog.pagetitle/></title


Langkah 3


Salin kod berwarna merah di bawah dan paste (gantikan) pada kod <title><data:blog.pagetitle/></title>


<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>> pada ruang Find dan kemudian, tekan kekunci Enter.




Akhir sekali, klik Preview dan jika tiada mesej Error terpapar, klik saja Save.

Tutorial : Membina hide Shout Box pada sisi kanan blog

Posted: 06 Mar 2011 03:37 AM PST

Untuk membina fungsi auto hide kotak Shout Box pada sisi kanan blog, seperti yang boleh anda lihat di sini (klik), sila ikut beberapa langkah di bawah.

Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Add A Gadget. Seterusnya klik pada HTML/Javascript.

Langkah 2

Salin kod Merah di bawah dan paste pada notepad. Gantikan teks Masukkan kod Shout Box di sini dengan kod Shout box anda.




<style type="text/css">
#gb{

position:fixed;
top:50px;
z-index:+1000;
}
* html #gb{position:relative;}


.gbtab{
height:100px;
width:30px;
float:left;
cursor:pointer;
background:url('https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLoUaVljRPURkcBauIC0C4_Yg57khJXo4CuLsuXJdWCb2OEqcFFETiFjlwKPgWl1wwCmSnfaLGmb90BTuL9gvTAkoNho9nGW4JFIWmJ1eKoYsmn9asRDDQotnneUzK0zrLZTBWwpneZuVQ/s320/tabs.png') no-repeat;
}
.gbcontent{
float:left;
border:2px solid #666666;
background:#F5F5F5;
padding:10px;
}
</style>


<script type="text/javascript">
function showHideGB(){
var gb = document.getElementById("gb");
var w = gb.offsetWidth;
gb.opened ? moveGB(0, 30-w) : moveGB(20-w, 0);
gb.opened = !gb.opened;
}
function moveGB(x0, xf){
var gb = document.getElementById("gb");
var dx = Math.abs(x0-xf) > 10 ? 5 : 1;
var dir = xf>x0 ? 1 : -1;
var x = x0 + dx * dir;
gb.style.right = x.toString() + "px";
if(x0!=xf){setTimeout("moveGB("+x+", "+xf+")", 10);}
}
</script>
<div id="gb">
<div class="gbtab" onclick="showHideGB()">   </div>
<div class="gbcontent">
Masukkan kod Shout Box di sini
<div style="text-align:right">
<a href="javascript:showHideGB()">
[close]
</a>
</div>
</div>
</div>
<script type="text/javascript">
var gb = document.getElementById("gb");
gb.style.right = (30-gb.offsetWidth).toString() + "px";
</script>



Langkah 3

Salin kod yang telah siap di edit pada notepad tadi (rujuk langkah 2) dan paste pada Content HTML/Javascript (rujuk langkah 1).

Akhir sekali klik Preview dan jika anda berpuas hati dengan hasilnya,
klik saja Save.



Info : Maribinablog

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Posted: 05 Mar 2011 10:35 AM PST

Artis Malaysia filem  | 6 March, 2011

Filem Hikayat Merong Mahawangsa posterSinopsis Hikayat Merong Mahawangsa:- Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Tajuk Filem:
Hikayat Merong Mahawangsa

Pengarah:
Yusry Abd Halim

Penerbit:
KRU Studios Sdn. Bhd

Dipawagam:
10 Mac 2011

Pelakon Hikayat Merong Mahawangsa:
Stephen Rahman Hughes
Dato' Haji Rahim Razali
Ummi Nazeera
Khir Rahman
Jehan Miskin
Nellie Ng
Umie Aida
Acong
Maya Karin
Mano Maniam

Trailer Hikayat Merong Mahawangsa:

Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Filem Kembar Siang

Posted: 05 Mar 2011 09:48 AM PST

Artis Malaysia filem  | 6 March, 2011

kembar siang posterSinopsis Kembar Siang:- KEMBAR SIANG menceritakan tentang kehidupan AWAL dan AWI sepasang kembar seiras. AWAL abang dan AWI adik. AWAL normal tetapi AWI sedikit terencat dan lurus bendul kerana pernah mengalami demam panas. Tetapi AWI mempunyai daya ingatan dan kemahiran mengira yang luar biasa dan sering memberi tuisyen kepada MAZLI dan IZAN, anak sekolah yang sering menemaninya. AWAL dan AWI mewarisi rumah dan kedai runcit peninggalan arwah bapa mereka HAJI SABRAN. Pengurusan kedai runcit itu dilakukan oleh mereka berdua.. AWAL jadi bos dan AWI jadi pekerja. Kedai runcit AWAL dan AWI mempunyai saingan dengan sebuah lagi kedai runcit di seberang jalan milik PAK DIN DUDA.

Tapi AWAL dan AWI telah dipesan oleh arwah bapa mereka bahawa dalam berniaga mesti sentiasa jujur dan mesra pelanggan. Ini berbeza dengan sikap dan perangai PAK DIN DUDA yang sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan. PAK DIN DUDA yang sudah tiga kali menduda mempunyai seorang pekerja, MAK YAM. Tetapi MAK YAM tidak dibayar gaji, tetapi dibayar komisyen pada setiap jualan. MAK YAM mendapati komisyennya sangat sedikit. Kedai PAK DIN DUDA tidak dikunjungi ramai pelanggan kerana barang-barangnya yang sedikit dan harganya pula mahal. PAK DIN DUDA melihat AWI yang rajin dan mahu AWI bekerja di kedainya kerana dia sendiri lebih suka berehat dari bekerja. PAK DIN DUDA pujuk AWI dan berjanji akan carikan gadis cantik jadi isteri AWI. Tetapi rahsia PAK DIN DUDA terbongkar bila dia sendiri tak dapat membezakan yang mana AWI dan yang mana AWAL.

Kadang-kadang dia terlepas cakap pada AWAL yang disangkanya AWI. ANI, teman wanita AWAL tidak tahu boy-friendnya mempunyai adik kembar seiras. ANI tergamam bila melihat AWAL yang dikenali sebagai taukeh, bos atau pengurus kedai, tiba-tiba mengangkut tong gas, membawa barang dapur atas motorsikal roda tiga dan memarut kelapa. ANI syak AWAL cuba berselindung dan menipunya. Seorang penagih dadah yang masuk mencuri di rumah AWAL dan AWI juga tergamam dan menjerit bila mendapati AWI yang sedang tidur di dalam bilik berada di warung luar rumah waktu dia mahu melarikan diri. Di waktu yang lain budak yang sama menjerit ketakutan bila AWI yang masuk ke toilet di belakang kedai runcit tiba-tiba mendekatinya dari depan sewaktu dia mencuri makanan ringan di dalam kedai. Sekalipun AWAL dan AWI kembar seiras, tetapi mereka mempunyai beberapa kelainan dari segi minat dan citarasa. AWAL suka keluar malam bawa girlfriend, ANI makanmakan dan menonton wayang. AWI takutkan gelap dan bila malam terus tidur.

AWAL ada kereta tetapi AWI lebih selesa dengan motorsikal roda tiga yang diubahsuai dan mempunyai gear reverse. AWI pula jika memandu kereta dalam gear reverse sahaja. AWI diperkenalkan kepada ANI oleh abangnya dan dia terpikat melihat kejelitaan ANI. AWAL jadi serba salah. AWAL memujuk ANI supaya berkahwin dengan AWI. ANI merajuk dan lama mereka tidak berjumpa. Suatu hari AWAL melihat 'ANI' yang bertudung masuk ke kedainya membeli barang tetapi langsung tidak menegurnya. AWAL mengikuti 'ANI' yang menaiki skuter. AWI juga ikut. AWAL terkejut melihat bapa 'ANI' yang berbeza warna kulit. AWAL menemui bapa 'ANI', MOHAMAD RAFI dan dapat cerita sebenarnya. 'ANI' adalah ANA dan kembar ANI. Gadis dua beradik itu kematian ibubapa dan dipelihara oleh dua keluarga berbeza. Kedua-duanya tinggal dengan bapa tunggal bila ibu mereka meninggal dunia.

Bapa ANI, PAK WAN dan bapa ANA, MOHAMAD RAFI yang mengenali HAJI SABRAN bapa AWAL dan AWI. Katanya dia masuk jawi dengan HAJI SABRAN selepas memeluk Islam bersama isterinya. MOHAMAD RAFI juga kawan baik PAK WAN, dan pernah bekerja dengan majikan yang sama, bapa dan ibu sebenar ANI dan ANI. Mereka sudah lama tak berjumpa. AWAL beritahu bahawa ANI adalah tunangannya. AWAL mengatur pertemuan antara dua sahabat lama dan gadis kembar ANI dan ANA. Cerita berakhir dengan satu majlis persandingan tiga pasang pengantin: AWAL dan ANI, AWI dan ANA serta MOHAMAD RAFI dan MAK YAM. Antara tetamu yang terkulat-kulat melihat ketiga pasangan itu bersanding ialah PAK WAN dan PAK DIN DUDA. BUDAK PENCURI juga terkedu dan terjekil biji mata melihat dua pasangan kembar di atas pelamin.

Tajuk Filem:
Kembar Siang

Pengarah:
Hatta Azad Khan

Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Dipawagam:
24 Februari 2011

Pelakon Kembar Siang:
Kamal Adli
Intan Ladyana
Mat Over
Sabri Yunus
Sathiya
Syanie
Zul Handyblack
Zaibo
Rozita Che Wan
Mazlan Pet Pet
Hamid Gurkha

Trailer Kembar Siang:

Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Nurul: ‘Maaf, saya tak mahu cerita panjang’

Posted: 05 Mar 2011 07:37 AM PST


SAAT ini biarpun penyanyi Noorulhuda Ab Wahab atau Nurul, 33, cuba menjauhi segala cerita peribadi, penampilannya dengan seorang jejaka Inggeris yang dikatakan teman lelaki barunya, tetap menjadi perhatian.

Ia bukan lagi rahsia, memandangkan ada peminat mahupun wakil media sendiri pernah terserempak dengan mereka berdua di majlis tertentu sekitar ibu negara akhir-akhir ini.

Terbaru penyanyi yang kini tampil dengan album mini menggunakan namanya sendiri sebagai judul, dilihat hadir menyaksikan pementasan muzikal Terima Kasih Cinta (TKC) di Istana Budaya (IB), ditemani bukan saja lelaki Inggeris terbabit malah juga ahli keluarganya.

Ditemui Rap, Nurul bagaimanapun mengambil tindakan 'kunci mulut' daripada bercerita mengenainya dan penyanyi berasal dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang itu menegaskan, dia tidak lagi mahu menjaja kisah peribadi.


"Cukuplah selepas 16 tahun terbabit dalam bidang seni, pelbagai cerita peribadi sudah saya kongsi dengan rakan media dan peminat. Sebagai artis, saya tak nafikan ia sebahagian daripada tanggungjawab untuk menceritakan perkara sebenar agar tidak timbul salah faham kemudian hari.


"Bagaimanapun, apabila niat ikhlas saya yang tak mahu bersikap hipokrit selalu disalahertikan, menyebabkan saya mengambil keputusan bersikap kunci mulut dulu dan bercakap sekadar apa yang perlu," jelasnya.

Kata Nurul lagi, niat baiknya itu juga akhirnya makan diri apabila pelbagai cerita kurang menyenangkan timbul. Pelbagai fitnah juga dikaitkan dengan dirinya termasuk ada membuat dakwaan dia mudah menukar teman lelaki laksana menukar baju.

Apa yang membuatkan penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu Kerana Terluka itu lebih terluka ialah apabila yang membuat dakwaan seperti itu adalah rakan baiknya sendiri.

"Rasanya, cukuplah setakat ini. Saya tak mahu lagi bercerita apa-apa selain berkaitan kerjaya. Maaf, saya tak mahu cerita panjang mengenai siapakah lelaki Inggeris yang selalu dilihat bersama saya itu.

"Saya bukan berniat hendak berahsia dengan rakan media mengenainya. Tak perlulah ia ditulis atau digembar-gemburkan sehingga kerjaya saya dalam bidang seni tidak mendapat perhatian.

"Kalau diberikan perhatian pun, hanyalah perkara yang tidak membina kerjaya. Saya tidak mahu lagi perkara seperti itu dikaitkan dengan diri saya. Cukup-cukuplah," katanya.

Kerjaya nyanyian Nurul kembali menampakkan sinarnya apabila single terbaru dalam album mini dihasilkan, Andai Ku Kenali Ku mula berkumandang di radio dan sedang mendaki carta lagu popular.

"Hampir empat tahun saya tunggu saat ini. Selepas muncul solo pelbagai perkara berlaku termasuk isu yang timbul antara saya dan syarikat rakaman Metadome sewaktu menghasilkan album Bisikan Cinta.

"Bagaimanapun, saya menganggap ia sebagai satu pengalaman yang mematangkan saya.

"Walaupun sudah 16 tahun dalam bidang nyanyian, apabila muncul solo saya meletakkan diri seperti penyanyi baru. Tambahan pula penerbitan album ini saya lakukan sendiri, jadi banyak perkara yang perlu dihalusi bagi memastikan ia bukan satu pelaburan sia-sia," katanya.

Bercerita lanjut mengenai lagu Andai Ku Kenali Ku yang menjadi perhatian peminat, jelas Nurul sebenarnya ia sudah dirakamkan lebih dua tahun lalu.

Bagaimanapun, kerana mahukan kesempurnaan dia mahupun pencipta lagu itu, Eena Houzyama yang juga bekas wartawan hiburan akhbar New Straits Times (NST), banyak melakukan perubahan sehingga kedua-duanya berpuas hati.

"Pada mulanya muzik ditampilkan agak berat kerana mahu menunjukkan kekuatan daripada sudut melodi, apatah lagi lirik dihasilkan juga sangat menyentuh perasaan.

"Bagaimanapun, selepas melakukan beberapa susunan kami berpendapat baik jika kami hanya menggunakan gitar dan piano sebagai latar muziknya. Ternyata ia serasi dengan lirik didendangkan sekali gus mampu menyentuh hati mereka yang mendengarnya," kata Nurul.

Mendengarkan bait lirik Andai Ku Kenali Ku, ada yang membuat andaian ia sebenarnya menggambarkan diri Nurul yang sebenar dan perkara pernah dialami terutama membabitkan perceraiannya serta hubungannya dengan beberapa bekas kekasih sebelum ini.

"Sebenarnya ia menggambarkan kekuatan seorang wanita. Saya tak nafikan sebagai komposer dan penulis lirik, Eena sangat pandai membaca apa yang tersirat di dalam hati saya. Sehinggakan apabila menyanyikannya, saya rasakan lagu itu menceritakan mengenai diri saya.

"Pada saya secara peribadi, lagu ditulis Eena itu karya cukup indah dan kerana itu juga, ia dapat menambat hati peminat muzik tempatan," katanya.

Selain lagu Andai Ku Kenali Ku, Nurul turut memuatkan lagu yang mengangkat namanya dalam industri muzik tempatan, Kerana Terluka dan diberikan susunan muzik baru. Untuk versi album mini ini, muziknya lebih panjang tujuh minit berbanding sebelum ini lima minit saja.

Jelas Nurul, ia dilakukan bagi memberi kepuasan kepada peminat setianya yang turut meminta ia ditampilkan dalam album mini dihasilkan.

Kata Nurul, bagi memudahkan peminat, jualan album mininya ini turut dibuat menerusi laman sesawang dan sosial. Mereka boleh membuat tempahan dan pembayaran dan album terbabit akan dipos kepada mereka.

Selain menumpukan perhatian kepada kerja mempromosikan album mini, Nurul juga tidak sabar menantikan filem terbarunya, Tolong Awek Aku Pontianak ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.



Lirik Andai Ku Kenali Ku

Andai ku rela kau pergi jua
Andai ku berdiri tanpa kata
Bila kan ku rasa cinta
Bila kan ku rasa bahagia
Andai ku kenali ku

Kini ku kan berdiri
Tanpa ragu tanpa sangsi
Diri ku, ku temui

Ku tahu ku mungkin
kan terluka
Ku tahu tak akan ada
yang sama
Kini aku mula kenali ....
Diri ku sendiri

Lagu/lirik : Eena
HUSH Entertainment


PROFIL

NAMA SEBENAR: Noorulhuda Ab Wahab
TARIKH LAHIR: 27 Julai 1977
USIA: 33 tahun
ASAL: Kampung Selamat, Tasik Gelugor, Pulau Pinang
KERJAYA: Penyanyi, pelakon, penulis lirik
ALBUM: Nurul (1995), Ikhlasnya Cintaku (1996), Kini Dan Selamanya (1998), Cita dan Cinta (2000), Sehati Sejiwa (2001), Ajai Dan Nurul (2002), Seiring Sejalan (2004), Serasi Bersama (2006), Bisikan Cinta dan Nurul
FILEM: Satay, Tolong Awek Aku Pontianak
DRAMA: Rahsia Hati, E-Toyol. Com, Kapoww dan Cinta Seorang Seniman
PENCAPAIAN: Anugerah Cakera Emas Album Nurul (jualan melebihi 30,000 unit), Cakera Emas Album Sehati Sejiwa (jualan melebihi 25,000 unit), Cakera Emas Album Seiring Sejalan (jualan melebihi 30,000 unit), Artis Baru Wanita Terbaik AIM (1996), Pemenang Lagu Terbaik AIM 1999 (lagu Aku Cinta Aku Rindu), Juara Lagu Kategori Pop Rock, Juara Lagu 2003 (Lagu Keliru) dan Lagu Terbaik AIM 2004 (Selagi Ada Cinta - Ning Baizura).

Lisdawati menang saman fitnah

Posted: 05 Mar 2011 07:37 AM PST


KUALA LUMPUR: "Ini harga yang dia harus bayar atas apa yang berlaku pada saya selama ini," kata pelakon Lisdawati selepas menang kes saman fitnah terhadap pelakon Siti Naziyah Sheikh Mustafar atau Nadia Mustafar yang difailkan sejak awal 2005.

Merujuk surat Penghakiman Ingkar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bertarikh 29 Julai 2010 dan diterima Lisdawati pada 15 Disember lalu, Nadia diperintahkan membayarnya ganti rugi RM250,000 bersama faedah lapan peratus setahun.


Lisdawati, 32, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin sambil ditemani suami, Fauzi Nawawi mengadakan sidang media menjelaskan keputusan mahkamah itu semalam selepas Nadia tidak memberi maklum balas terhadap perintah dikeluarkan.

"Saya mahu mempertahankan maruah diri dan keputusan ini membuktikan apa yang dikatakannya ke atas saya dulu adalah fitnah," katanya.


Menurutnya, fitnah terhadapnya itu berlaku penghujung 2003 dengan dakwaan kononnya dia meminjam sejumlah wang Nadia tanpa membayar semula dan mempunyai hubungan sulit dengan produser atau pengarah untuk mendapat tawaran berlakon.


Atas tekanan fitnah yang dihadapi selama setahun, Lisdawati mengambil tindakan mahkamah menerusi peguam, Karpal Singh.

"Fitnah ini menjejaskan maruah, pendapatan dan kepercayaan orang lain pada saya hingga ketika itu saya terpaksa ditamatkan kontrak awal sebagai duta satu jenama pakaian terkenal dan digugur selepas menjalani uji bakat berlakon.


"Selama ini saya berdiam diri tetapi dengan keputusan mahkamah ini saya perlu bersuara untuk membersihkan nama saya.

"Saya tidak pernah pinjam satu sen pun daripadanya. "Saya harap dia berjumpa dengan peguam saya untuk selesaikan perkara ini," katanya.


Malah, Lisdawati menyatakan dia pernah melakukan ujian pengesahan dara sebanyak dua kali di hospital swasta untuk membuktikan dirinya menjadi mangsa fitnah.


"Saya menunjukkan surat doktor itu sebagai bukti kepada peguam saya. Sebelum memfailkan saman, saya terlebih dulu membuat laporan polis pada pertengahan 2004.


"Pada awal 2005, saya mengambil tindakan mahkamah selepas nama saya disebut menerusi media. Bukan saya yang meletakkan harga tuntutan ini tetapi peguam yang tentukan.


"Apapun, saya tidak mempunyai masalah dengannya dan apa yang saya lakukan adalah mahu mempertahankan maruah diri," katanya.

Noryn Aziz: Enggan bicara soal perkahwinan

Posted: 05 Mar 2011 07:36 AM PST


DI SEBALIK bersikap agak 'low profile' tanpa sebarang publisiti sejak kebelakangan ini, masih ada kisah hangat yang melanda penyanyi Noryn Aziz apabila dikatakan sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang VIP.

Desas-desus mengenai perkara tersebut memang sudah agak lama kedengaran dan menjadi tanda tanya ramai pihak, namun masih belum ada jawapan konkrit yang dinyatakan oleh penyanyi berkenaan.

Berkesempatan untuk bertemu dengannya ketika majlis Prapelancaran Minggu Setiausaha Divas Las Vegas di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) baru-baru ini, dia terus ditanya mengenai status dirinya ketika ini bagi merungkai segala persoalan yang timbul.

Bagaimanapun, agak menghampakan apabila dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan berkaitan peribadi. Apa yang pasti si empunya diri masih tetap berpegang teguh dengan pendiriannya untuk terus menutup mulut.

"Buat masa ini saya masih belum mahu mengulas atau memberikan sebarang jawapan sama ada saya sudah berkahwin atau tidak. Pada saya, perkara sebegitu adalah terlalu peribadi untuk diceritakan terutamanya kepada pihak media dan menjadi tatapan umum.

"Kalau ada sesiapa yang betul-betul mahu tahu tentang status sebenar saya sekarang ini, saya akan beritahu dengan jujur dan ikhlas kalau mereka sendiri datang berjumpa dengan saya," tegasnya.

Meskipun dilihat cukup tenang dan sentiasa melemparkan senyuman ketika menjawab segala pertanyaan yang diajukan, namun Noryn sebenarnya agak kurang selesa apabila kisah peribadinya kerap disentuh.

Bukan niat untuk berahsia dan tidak mahu berterus-terang dengan menceritakan perkara sebenar, tetapi jelasnya buat masa ini dia perlu menjaga hati dan perasaan ramai pihak sebelum membuat sebarang kenyataan.

Ujarnya lagi, disebabkan itu dia lebih selesa untuk berdiam diri dan enggan mengulas mengenai kisah perkahwinannya yang hangat diperkatakan itu. Cuma apa yang boleh dikatakannya, kini dia bahagia dengan kehidupan yang dilaluinya.

"Pada saya kalau ada yang sudah tahu itu terpulang. Tetapi saya masih tetap dengan pendirian saya untuk tidak berkata apa-apa. Mungkin saya hanya akan berterus-terang sekiranya sudah tiba masa yang sesuai nanti," ujarnya.


NORYN mahu dirinya dikenali kerana bakat nyanyiannya, bukan disebabkan kisah peribadi.

Ketika ditanya mengapa dia berpendirian untuk berahsia mengenai kisah peribadinya, secara jujurnya Noryn menjelaskan dia mahu para peminat lebih memberi fokus kepada perjalanan kariernya sahaja.
"Boleh dikatakan sudah agak lama saya berkecimpung dalam dunia nyanyian dan bukan mudah untuk mencipta nama seperti sekarang. Jadi, saya hanya ingin dikenali sebagai seorang penyanyi dan bukannya popular kerana kisah peribadi," ujarnya.

Jaja spekulasi

Selain kisah hangat mengenai status dirinya yang masih menjadi pertanyaan ramai pihak, timbul pula cerita kurang enak yang menerjah pemilik nama sebenar Norazmahwati Abd. Aziz itu.

Ketika menceritakan mengenai perjalanan karier seninya ketika ini, Noryn sempat meluahkan rasa kecewanya setelah ada individu tidak bertanggungjawab yang telah menjaja spekulasi mengenai dirinya.

"Saya dikatakan telah bersara dari dunia nyanyian sedangkan cerita itu memang tidak benar sama sekali. Memang saya sendiri terkejut dan hairan bagaimana cerita itu boleh timbul.

"Malah, ada klien yang sering memberi tawaran membuat persembahan selama ini turut percaya dengan cerita berkenaan. Sehingga saya terpaksa menjelaskan kepada mereka perkara sebenar," luahnya.

Tambah Noryn, memandangkan punca rezekinya kini banyak bergantung kepada membuat persembahan di majlis korporat, dia akui spekulasi tersebut turut menjejaskan periuk nasinya.

Menurutnya, meskipun dia masih tidak tahu individu yang bertanggungjawab mereka-reka dan menyebarkan cerita palsu itu, dia amat berharap dengan kenyataannya ini akan menjawab segala persoalan yang timbul.

"Biarpun sudah sudah lama berkecimpung dalam dunia nyanyian, tetapi buat masa ini saya belum berhasrat dan tidak pernah terfikir lagi untuk bersara," ujarnya.

Ubah penampilan


DUA nama hebat di bidang seni suara ini bakal bergabung buat pertama kali untuk berkongsi pentas yang sama bagi menghiburkan peminat.

Masih kekal anggun dan cantik pada usia menjangkau 35 tahun, kini para peminatnya tidak akan lagi menyaksikan penampilan Noryn Aziz yang terkenal dengan imej seksi sebelum ini.

Selepas menunaikan fardu haji bersama kedua orang tuanya tahun lalu, dia mula nekad untuk melakukan transformasi terhadap penampilan dirinya yang mahu kelihatan lebih sopan.

"Alhamdulillah, selepas pulang dari Mekah, saya ambil keputusan nekad untuk ubah sedikit demi sedikit cara berpakaian. Saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya buang terus imej seksi.

"Cuma buat masa ini saya tidaklah bertudung sepenuhnya, tetapi dengan memakai turban untuk menutup kepala. Apa yang boleh saya katakan, kini saya dalam proses untuk tampil ke arah imej yang lebih Islamik," ujarnya.

Lumrah kepada individu yang sedang berusaha untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih positif, Noryn turut mengakui berdepan beberapa cabaran yang cukup hebat.

Antaranya, terdapat beberapa tawaran persembahan yang terpaksa ditolak apabila pihak penganjur mengenakan syarat kepadanya supaya tampil dengan imej yang lebih mendedahkan.

"Jika ada yang meminta saya berbuat demikian, saya akan menerangkan kepada mereka bahawa inilah imej saya sekarang. Tentunya saya tidak akan gadaikan prinsip hidup semata-mata hendak mengikut kehendak mereka.

"Biarpun dengan imej baru ini akan menyebabkan saya semakin kurang mendapat tawaran, tetapi saya percaya segala rezeki yang dikurniakan semuanya adalah ketentuan daripada Allah," luahnya.

Diana Danielle Belajar Berlakon Di Los Angeles April Ini

Posted: 05 Mar 2011 07:35 AM PST


PETALING JAYA: Pelakon Diana Danielle, 20, (gambar) bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang lakonan di Sekolah Filem & Lakonan Akademi Filem New York di Los Angeles pada bulan depan.

Menurut Diana yang tidak sabar memulakan pengajiannya di akademi terkenal itu, dia merasakan keputusan itu merupakan idea yang bagus untuk menggilap kemahiran lakonannya.

"Walaupun kita sudah menjadi pelakon berbakat, beberapa teknik lakonan mampu membantu untuk meningkatkan penghayatan lakonan kita," kata pelakon cantik berdarah Inggeris ini.

Dia baru menyelesaikan pengajian matrikulasi dalam jurusan Biosains di Universiti Nottingham, Semenyih, Selangor.

Diana akan terbang ke Los Angeles pada 5 April ini untuk memulakan kursus intensif selama sebulan sebelum meneruskan kursus lakonan pada jangka masa panjang.

"Saya cuba berunding dengan pihak pengurusan untuk mengikuti pengajian mengikut masa yang fleksibel. Jadi, saya boleh pulang ke Malaysia selepas beberapa bulan untuk menyelesaikan kerja di sini.

"Saya masih terikat untuk menyelesaikan beberapa penggambaran produk yang menaja saya," kata duta Nano White, Public Gold dan Sunsilk itu.

Tambahnya: "Kebanyakan pelakon hebat terlibat dengan latihan lakonan. Saya mahu menjadi seperti mereka. Ia sangat berguna kepada saya apabila mendapat watak yang lebih mencabar. Sekurang-kurangnya saya mendapat beberapa teknik lakonan untuk dibawa pulang ke sana."

Menariknya, kelas lakonan di akademi itu hanya mempunyai enam hingga lapan pelajar dalam sebuah kelas.

Menurut ibu Diana, Norsiah Ramli, program di akademi itu menyediakan teknik-teknik lakonan kamera moden di samping asas berlakon teater kepada para pelakon. Tenaga pengajar profesional terdiri dari pelakon, penulis, pengarah, penerbit dan individu berpengalaman di Hollywood, filem indie dan televisyen.

Semua pelajar akan mendapat latihan peribadi dan disiplin ketat sebelum memulakan karier dalam filem dan televisyen.

Bagi pelakon filem Magika itu, pengalaman belajar di Sekolah Filem New York bakal melengkapkan kemahiran lakonannya.

"Saya akan terdedah dengan banyak perkara baru dan belajar banyak perbezaan seni lakonan filem, drama dan teater serta peluang bekerja dalam dunia dan produksi filem sebenar.

"Saya berharap apabila pulang nanti, saya menjadi pelakon yang lebih bagus kerana itulah yang saya impikan iaitu melakukan yang terbaik dalam setiap kerja yang dilakukan," kata pelakon filem Hanyut dan … Dalam Botol ini.

Menyentuh tentang peluangnya memenangi anugerah Pelakon Filem Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010 di samping pesaingnya iaitu Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Maya Karin dan Scha Alyahya, Diana berkata, "peminat akan membuat keputusan terbaik."

"Saya jangka Lisa Surihani tetapi calon lain juga mempunyai peluang besar untuk memenangi anugerah itu. Saya gembira dengan siapa sahaja pilihan peminat untuk menang," kata model dan pelakon yang mula diperkenalkan menerusi filem Idola.

Diana juga akan memulakan karier nyanyiannya pada tahun ini. Dia bakal menerbitkan single pertamanya bergenre rock balada akustik berjudul Tak Pernah Ada sebelum hujung tahun ini.

'Asmara 2' Rungkai Rahsia Kematian Zaliya

Posted: 05 Mar 2011 07:34 AM PST


PETALING JAYA: Selepas mendapat sambutan hangat dengan rating mencapai 3.1 juta penonton, drama Asmara yang disiarkan pada awal November lalu bakal muncul untuk musim kedua bermula 8 Mac, setiap Selasa, pukul 9 malam menerusi slot Lestary.

Segala persoalan pada penghujung drama Asmara lalu bakal dijawab dalam drama Asmara 2 yang bakal ditayangkan sebanyak 13 episod. Drama terbitan Suhan Movies ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara terkenal Heykal Hanafiah.

Ia masih mengekalkan teraju utama iaitu Shahz Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani dan turut memperkenalkan watak baru lakonan Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen).

Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya).

Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Suatu hari, Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya.

Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawa si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

Jangan ketinggalan untuk menonton Asmara 2 di slot Lestary, setiap hari Selasa pukul 9 malam mulai 8 Mac 2011, di TV3.

Ketahuilah kesudahan kisah cinta tiga segi antara Asmara, Zaliya dan Melati.

google: asmara 2, preview asmara 2, sinopsis asmara 2, jalan cerita asmara 2, cerita asmara 2, tarikh tayangan asmara 2, pelakon baru asmara 2, pelakon asmara 2, video asmara 2, download asmara 2, pengarah asmara 2, soundtrack asmara 2, jalan cerita asmara 2, penerbit asmara 2

Fauzi Nawawi Terima Kejutan Hari Jadi Ke-38

Posted: 05 Mar 2011 07:33 AM PST


KUALA LUMPUR: Tiga hari menjelang Hari Jadi ke-38, pelakon Fauzi Nawawi menerima kejutan daripada isterinya, pelakon Lisdawati di Restoran Rebung, Bangsar, di sini, Jumaat.

Kejutan berupa kek hari jadi disertai dengan kehadiran dua anak mereka di restoran itu memberikan suasana bermakna kepada Fauzi yang dalam masa sama menemani isterinya mengadakan sidang media berhubung saman fitnah terhadap pelakon Nadia Mustafar.

Kata Lisda, kejutan itu terpaksa dilakukan lebih awal kerana suaminya berada di Pulau Pinang pada 7 Mac ini kerana menjalani penggambaran drama Metafora terbitan RTM bermula 5 hingga 20 Mac.

Sempena majlis hari jadinya itu, Fauzi berazam untuk menunaikan haji di Mekah sebagai Rukun Islam kelima yang diwajibkan kepada umat Islam yang mampu.

"Saya sudah mempunyai isteri yang cantik, anak-anak yang comel, rumah dan kereta sendiri, jadi sekarang ini saya mahu membuat persiapan untuk menunaikan Rukun Islam kelima iaitu mengerjakan haji.

"Selain itu, saya mahu melangkah ke layar perak. Tetapi disebabkan tawaran berlakon filem agak kurang, jadi saya sedang merangka skrip filem bergenre aksi, komedi dan seram usahasama dengan rakan-rakan dalam industri," katanya yang terkenal dengan lakonan watak antagonis.

Bercerita tentang Metafora, drama tersebut turut diterajui oleh Aqasha, Almy Nadia, Wan Raja, Datuk Jalaluddin Hassan dan Mahmud Ali Basha.

Walaupun watak pembantu, dia masih menerima tawaran drama tersebut kerana Fauzi tidak terlalu selektif biarpun baru memenangi dua anugerah Pelakon Lelaki Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2010 dan Anugerah Seri Angkasa 2010 pada tahun ini.

"Saya mahu buktikan yang saya masih sama seperti dulu dan menerima tawaran lakonan yang dirasakan berbaloi. Malah saya tidak pernah mengubah harga yang perlu dibayar untuk setiap kerja yang saya lakukan.

"Alhamdulillah, saya sentiasa menerima tawaran berlakon termasuk melakonkan watak komedi. Antara drama komedi yang belum ditayangkan adalah Hantu Gigi pada 9 April ini dan Pucuk Muda Kerabu Tauge," ujarnya.

Cerita pelakon drama Sebelum Akhirat ini, dia lebih berminat melakonkan drama komedi kerana tidak mahu stres di lokasi penggambaran.

"Saya tak mahu stereotaip dengan watak ganas dan jahat. Jika melakonkan watak jahat selepas ini, saya mahu tampil dengan imej kemas dan bergaya," katanya yang turut ditawarkan sebagai duta produk kopi kesihatan di samping isterinya.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Kategori wanita sengit

Posted: 26 Feb 2011 09:43 AM PST

SIAPAKAH yang bakal muncul juara Zon Tengah 1 Kategori Wanita Karnival Futsal Harian Metro 2011, amat sukar diramal selepas menyaksikan saingan sengit antara semua peserta.

Sebanyak lapan pasukan mengesahkan tempat ke suku akhir hari ini dan yang paling menonjol pasukan Putraria Tia Amelia. Mereka menghantar empat pasukan, A, B, C serta D dan dua daripadanya lebih awal ke suku akhir menerusi perlawanan sesi pagi.


Tia Amelia A dan B mempamerkan penguasaan apabila menjuarai kumpulan tiga dan satu sebelum menundukkan lawan di peringkat kedua dan ketiga untuk mencuri dua tiket ke suku akhir.

Lebih menarik, kapten Tia Amelia B, Steffi Sarge Kaur yang baru menyertai pasukan dan Karnival Futsal Harian Metro berjaya membimbing rakan sepasukan ke peringkat kalah mati.


Sarge Kaur yang juga pemain futsal kebangsaan dan bola sepak negara berkata karnival ini berjaya menarik minat ramai kerana belum pernah ada pasukan sama menjuarai kategori wanita lebih daripada sekali.


"Sasaran kami adalah ke suku akhir dan layak ke Grand Final, ia sudah tercapai dan hari ini kami akan cuba memburu tempat ke final," kata Sarge Kaur.

Malah katanya karnival ini cukup istimewa kerana menawarkan hadiah paling lumayan dan membabitkan banyak pasukan.


Tahun lalu, Putra Ria FC muncul juara Grand Final selepas menewaskan Rebel Pahang pada perlawanan akhir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Elaine bukan sekadar model cantik

Posted:

Elaine bukan sekadar model cantik

Elaine bukan sekadar model cantik


DARI pentas ratu cantik, Elaine kini layak bergelar ratu drama. Kemenangan sebagai Pelakon Wanita Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa menjadi kayu ukur pencapaiannya dalambidang lakonan.


KEGEMBIRAAN masih terlukis pada wajahnya. Besar jiwanya juga tidak tergambar, seolah-olah dimahkotakan semula sebagai ratu cantik - gelaran yang pernah diraihnya lapan tahun lalu.

"Macam menang Miss Universe pula, tengok trofi senyum dan senyum," itu bicara pertama Elaine Daly sewaktu menadah wajahnya untuk dirias sebelum jurufoto membidik lensa.

Masih belum terlambat untuk dia bercerita penuh canda. Anugerah Pelakon Wanita Drama TV Terbaik yang diraihnya pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA2010), dua minggu lalu nyata satu lonjakan yang sangat tinggi nilainya kepada Elaine.

"Tercalon pun sudah satu anugerah. Saya bersiap dari rumah tapi yang seronoknya, selain jurusolek, dua teman baik saya, Yuen dan Carmeen Soo datang memberikan sokongan. Begitu juga ibu bapa saya.

"Walaupun berhadapan masalah kurang selera makan, saya tetap meminta ibu sediakan sedikit juadah, jadi boleh kami semua makan bersama.

"Suasana itu menyebabkan jurusolek saya mengusik, 'Elaine awak ni macam bersiap untuk majlis kahwin sahaja' dan kami semua ketawa."

Secara tiba-tiba juga, Elaine meluahkan keinginan untuk membeli gaun rekaan Rizman Ruzaini yang digayakan pada malam kemenangannya itu.

"Itu baju bertuah saya, orang Cina kata ada 'ong'," ujar dengan mata yang bersinar-sinar.

Itu kali pertama dia tercalon, kali pertama juga Elaine meraih sebuah trofi mengiktiraf kerja seninya.

"Ramai orang kata, industri ini susah untuk beri pengiktirafan kepada pelakon bukan Melayu, apatah lagi model macam saya.

Nilai bakat bukan rupa

"Kefasihan saya berbahasa Melayu akan ditanya dahulu sebelum ditawarkan watak. Kalau saya mahukan watak gadis kampung, ada yang kata kaki saya terlalu panjang, jadi tak sesuai.

"Hasilnya, dapatlah saya watak yang stereotaip seperti perempuan urban, cantik atau model," katanya.

Barangkali ada yang menganggap dia bukan pelakon yang serius, lebih banyak mengendalikan majlis ataupun program bual bicara selain model pakaian.

Atas sebab itu juga, penglibatannya dalam bidang lakonan kurang diperhatikan.

"Mungkin ada yang lihat saya berlakon untuk seronok-seronok, sebenarnya tidak. Saya seorang yang tidak boleh statik dan sangat menyukai bidang lakonan.

"Mungkin sebab itu juga saya tidak mempraktikkan lesen guaman saya.

"Selagi ada yang mahukan saya dalam bidang ini saya akan teruskan," katanya yang mencipta sejarah peribadi menerusi watak kisah benar, Sybil Kathigasu dalam drama bersiri Apa Dosaku.


MASIH solo di usia 34 tahun, Elaine tidak terdesak untuk segera berkahwin.


Pertalian darah dengan Sybil, jururawat yang banyak berjasa semasa Perang Dunia Kedua itu yang berstatus moyang saudaranya, menjadi satu kebetulan yang dianggap anugerah kepadanya.

Masih sebak kala cerita itu diungkit, Elaine memberitahu:

"Pihak produksi tidak tahu hal itu. Bernard Chauly (pengarah) sekadar membuat perbandingan antara gambar Sybil dengan gambar saya ada iras-iras.

"Jadi, apabila ditawarkan watak itu oleh Lina Tan (penerbit), saya memberitahunya hal sebenar dan mereka sungguh terkejut."

Mengharapkan impak daripada trofi terbaik yang digenggam, Elaine ingin terbang lebih jauh dan mahu dikenali sebagai pelakon berbakat.

Cahaya dikecam

"Saya seorang yang bercita-cita tinggi, selalu ada pertanyaan, apa lagi, lagi dan lagi selepas ini dalam kepala saya.

"Jadi, selepas ini saya harap keseriusan saya membuka mata penerbit atau pengarah supaya melihat bakat saya, bukan rupa semata-mata," katanya.

Bermula sebagai peragawati sejak usia belasan tahun, penyandang gelaran Miss Malaysia Universe 2003 serta mewakili Malaysia ke Miss Universe Pageant 2003 di Panama ini banyak menerima tawaran berlakon sekitar enam tahun lepas.

Cuma sejak akhir-akhir ini, namanya dipetik untuk membintangi karakter berat. Judul seperti Ku Mohon dan Menunggu Takbir Raya diterima selepas lakonannya menerusi Apa Dosaku disaksikan ramai.

"Inilah masa yang paling sesuai untuk saya bergelar pelakon yang matang dan berdisiplin. Rasanya tiada isu lambat atau cepat.

"Kalau dulu, diminta menangis pun saya tak pandai. Trofi itu juga tidak mengubah apa-apa tentang saya. Ia satu permulaan," katanya.

Bertanyakan status filem Cahaya yang masih terperap tanpa berita, ada keluh yang dilepas Elaine.

"Itu antara naskhah terbaik yang pernah saya jayakan. Jalan ceritanya sempurna, lakonan saya juga adalah yang terbaik.

"Bagi saya hasil kerja Johan John itu fantastik. Sayangnya, pihak penerbit enggan berbuat apa-apa lagi sedangkan filem itu sudah siap sepenuhnya," ujar Elaine sedikit terkilan.

Pernah digembar-gemburkan dengan kontroversi separuh bogel dalam filem berkenaan, Elaine tidak melihatnya sebagai satu isu besar.

"Bagi saya itu pelengkap jalan cerita. Saya melakonkan watak teman sosial kelas atasan tapi dalam masa yang sama saya bencikan pekerjaan itu.


TERUK dikecam selepas video promo filem Cahaya di laman Youtube, Elaine sedikit terkilan karya yang disifatkan terbaik itu terperap begitu sahaja.


"Sebab itulah ada babak menangis dalam bilik mandi, takkan nak pakai baju lagipun ia cuma beberapa saat dan saya membelakangi kamera," pertahan Elaine.

Dia belum berhenti berharap untuk menyaksikan filem lakonan bersama Khir Rahman itu dapat ditayangkan kepada umum.

Profil hidupnya hampir lengkap, bukan sahaja mencipta nama dalam bidang peragaan sehingga ke peringkat antarabangsa, layak bergelar peguam dan sekarang pelakon terbaik.

Namun, di sudut hati yang terdalam anak tunggal kepada Thilit Daly dan Fifi Cheong ini masih menyimpan satu kekurangan iaitu jodoh yang belum melayang jatuh ke pintu hatinya.

Bukan tidak pernah bercinta, bahkan banyak kali. Pada awal kemunculannya dahulu, dia juga pernah intim dengan pelakon popular Hans Isaac.

Kulit ular

Pernah juga dia dilaporkan bertunang dengan seorang pegawai bank, tetapi sampai sekarang hatinya kosong tiada terisi.

"Secara betul-betulnya, sudah enam bulan saya solo tanpa teman lelaki. Hubungan selama lebih setahun dengan seorang lelaki berasal dari Singapura sudah berakhir.

"Saya boleh katakan, kami tiada serasi. Dalam usia sekarang, kita tidak perlu menunggu lama untuk tahu siapa yang layak untuk dijadikan teman hidup," ungkap Elaine.

Tidak sesal atau berduka, Elaine mengakui bahagia bersatus bujang pada usia 34 tahun. Ibu bapanya juga tidak mendesak agar Elaine segera berkahwin.

"Saya pun mahu berkahwin, mahu ada anak tapi tidak mahu menamatkan zaman bujang semata-mata kerana usia sudah meningkat.

"Saya mahu dicintai oleh lelaki yang boleh menjadi kawan baik saya, bukan lelaki yang melihat saya sebagai Elaine Daly," katanya.

Menolak khabar kononnya mahu melebarkan sayap lakonan ke Indonesia, Elaine membuka satu perkhabaran baru.

Sedang berjinak-jinak dengan bisnes dan dalam diam-diam juga, dia baru sahaja melancarkan butik Internet kecil-kecilan.

Butik dalam talian itu hanya fokus kepada beg tangan yang diperbuat daripada kulit ular. Ia tidak terlalu mahal dan mampu dimiliki semua lapisan pembeli.

"Saya sendiri yang membuat rekaan semua jenis beg tangan dalam butik berkenaan dan kulit ular yang digunakan itu diimport dari Kalimantan.

"Saya juga sudah mendapatkan keizinan bertulis untuk perniagaan berkenaan supaya tidak timbul isu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isu silikon peningkan Fazura

Posted:

Isu silikon peningkan Fazura

Isu silikon peningkan Fazura


KELAKAR Fazura tertawa saat dihujani pertanyaan media tentang isu silikon pecah.


DIA selebriti terkenal, disebut-sebut sebagai antara pelakon berkarakter di layar perak.

Ekoran kredibiliti, pakej kejelitaan semulajadi miliknya, dia dilantik pula sebagai duta pelaris bermacam-macam produk.

Sensasi Nur Fazura Sharifudin diwarnai cerita mahkamah, penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan namanya serta kisah cinta kerabat diraja.

Tiba-tiba terbongkar cerita kononnya implan silikon payu dara Fazura pecah sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk satu rawatan kecemasan.

Apabila perkataan 'silikonnya pecah' digunakan dalam sebuah portal hiburan, mudah untuk pembaca berteka-teki, pernahkah aktres cantik itu melakukan pembedahan memasukkan silikon untuk mencantikkan payu dara miliknya.

Dia juga didakwa ada mendapatkan rawatan di Hospital Serdang atas komplikasi yang dihadapi.

Tidak mahu memberikan ulasan menerusi talian telefon, pencarian media untuk mendapatkan pelakon berusia 27 tahun itu berakhir di majlis pelancaran wangian terbaru, Herve Leger Femme, satu daripada rangkaian wangian Avon di ibu negara.

"Aset saya asli, buat apa hendak memakai silikon semata-mata untuk kelihatan menarik," itu jawab Fazura menafikan sekeras-kerasnya isu silikon pecah seperti yang dibangkitkan di laman-laman Internet.

"Sewaktu saya dihubungi oleh salah seorang rakan, saya hanya ketawa sahaja kerana merasa sangat lucu dan tidak sangka cerita sebegitu tiba-tiba muncul ke atas diri saya.

"Saya memang malas hendak melayan cerita bodoh begitu. Pada saya, itu satu perkara yang sememangnya langsung tidak masuk akal," katanya.


FAZURA menjelaskan asetnya asli.


Mahu menamatkan cerita yang dirasakan datang daripada pihak yang cemburu dengan hidupnya, Fazura tidak berniat mengambil sebarang tindakan.

Dia sendiri tidak pernah mencari musuh dengan sesiapa dan tidak suka untuk mencampuri urusan orang lain.

"Saya bukan hendak menuduh sesiapa, cuma saya rasa mungkin pihak yang sengaja dengki dan mereka-reka cerita ini adalah dari kalangan teman-teman wanita saya sendiri," katanya yang bersedia memaafkan siapa pun penyebar berita palsu itu.

Tutup kisah silikon pecah, Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-17 itu turut diterjah soal keterbukaan terhadap kritikan dan persoalan pihak media.

Telah ada bisik-bisik mendakwa Fazura kini cepat melenting seolah-olah kisah peribadinya langsung tidak boleh disentuh oleh media.

Sekali lagi dakwaan itu dinafikan bagaimanapun luahnya, dia tidak gemar apabila ada pihak yang sengaja mengungkit semula kisah silamnya.

"Saya cukup rimas apabila ada yang suka mengungkit-ungkit kisah silam.

"Dalam hidup ini, kita perlu memandang ke hadapan dan tidak perlulah bangkitkan lagi perkara yang telah berlaku," dia bertegas.

Jika itulah permintaan Fazura, keputusannya harus dihormati kerana setiap individu berhak ke atas dirinya, dan hak kemanusiaan Fazura itu tidak boleh dipersoalkan sesiapa.

Sampai ke tahap ini, pelakon berprofil tinggi seperti Fazura mungkin merasakan hidupnya bukan lagi untuk paparan di dada media seperti di awal kemunculannya dahulu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

30 Cent kumpulan tiga kupang

Posted:

30 Cent kumpulan tiga kupang

30 Cent kumpulan tiga kupang


GRUP 30 Cent dari kanan, Hilmi, Seri, Farid dan Azfa. Mereka bergabung atas kecintaan terhadap muzik sehingga melahirkan dua buah single, Aiman dan Mat Rempit.


BAND 30 Cent agak baru dalam industri seni tempatan, namun pengalaman mereka dalam bidang muzik melebihi usia band itu sendiri.

Empat orang ahli yang melengkapkan band itu terdiri daripada Seri Ismail, 33, atau Seri selaku penyanyi, Hilmi Sulaiman, 32, (Helmi/gitar), Azfa Samsudin, 30, (Affa/dram) dan Mohd. Farid Hamdan, 37, (Farid/bass).

Mereka merupakan ahli daripada beberapa buah band lain sebelum bergabung membentuk 30 Cent.

Diketuai oleh Farid, band ini sebenarnya ditubuhkan ketika mereka menyertai TM Got Talent 2010.

Selepas menjuarai pertandingan itu, mereka memilih untuk lebih serius, tambahan bakat mereka juga mendapat perhatian oleh majikan sendiri, Telekom Malaysia Bhd. (TM).

"Awalnya 30 Cent bermula tanpa Seri. Setelah menang pertandingan TM Got Talent, kami perlukan seorang vokalis yang mempunyai suara yang bagus.

"Saya sudah lama mengenali Seri kerana kami menyanyi di kelab Shah Alam bersama-sama, dan semua merupakan kakitangan TM," ujar Farid lagi.

Menceritakan bagaimana mendapat nama 30 Cent, jelas Farid, ia sebagai simbolik kepada usia mereka yang masing-masing dalam lingkungan 30-an.

Sedikit berusia tetapi itu tidak menggentarkan mereka untuk bersaing dengan band-band yang ahlinya lebih muda dan lincah.

"Persaingan tetap ada tetapi orang tetap akan meminati sesebuah lagu jika sedap didengar dan menyentuh hati mereka," ucap Helmi.

Band 30 Cent kini telah mengeluarkan dua lagu single ciptaan Farid sepenuhnya yang berjudul Aiman dan Mat Rempit.

Lagu Mat Rempit yang berkisar kepada nasihat dan kehidupan penunggang motosikal dipilih sebagai lagu kempen program Ride It Right anjuran Penzoil dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula Disember lalu.

Bagaimanapun, lagu berkenaan tidak dinyanyikan Seri sebaliknya oleh Black Mentor manakala tajuk lagunya diubah kepada Tunggang Jangan Tunggang-Langgang.

"Walaupun lagu berkenaan menampilkan Black sebagai penyanyi, ia masih satu penghormatan besar buat band kami," balas Farid.

Aktiviti 30 Cent boleh diperoleh menerusi laman www.rideitright.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.