Adsense
Rabu, 9 Februari 2011
borak kosong
Utusan Online - Hiburan
Utusan Online - Hiburan |
| Posted: Misteri klip video TAAPOleh KHADIJAH IBRAHIM
HAMPIR menangis penulis ketika memandu kereta menuju ke Teratak Angah, Kampung Kemensah, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini untuk membuat liputan penggambaran klip video lagu Hanya yang merupakan lagu tema filem Tolong Awek Aku Pontianak (TAAP). Perasaan seram sejuk menyelubungi diri bukan kerana kesejukan dari penghawa dingin kereta tetapi kerana melintasi hutan dengan pemandangan kiri kanan yang gelap-gelita, ditambah pula keadaan jalan yang berlopak membuatkan hati ini tidak tenteram. Ketika itulah pelbagai imaginasi datang menerpa di minda, sudahlah judul filem klip videonya menyeramkan, penggambaran pula dibuat di tempat 'jin bertendang'. Kalau berlaku apa-apa macam mana? Sebaik sahaja sampai di lokasi Teratak Angah, pengarah klip video, Shuhaimi Lua Abdullah, 35, memberitahu, penggambaran tidak dapat dimulakan lagi kerana ada pokok tumbang yang hampir merosakkan peralatan penggambaran. "Semasa kami sampai pada pukul 7 malam tadi, semuanya okay. Tiba-tiba sahaja pokok tumbang. Itulah, ada seorang dua krew mulut celupar. Sampai saja, dia kata, tempat ini seram dan macam-macam. "Hah! nak jadi cerita, tiba-tiba pokok tumbang menghalang jalan. "Hampir-hampir nak kena lampu yang telah siap dipasang. Nak buat di tempat lain, kurang sesuai dengan jalan cerita," katanya. Menurut Shuhaimi, klip video yang menampilkan lagu Hanya, nyanyian Aril AF itu perlu menjalani penggambaran waktu malam kerana ia dibuat berdasarkan jalan cerita filem arahan James Lee. Selain kisah pokok tumbang, Shuhaimi yang menggunakan kamera definisi tinggi (HD) untuk penggambaran berkata, tiba-tiba set penggambaran jadi gelap apabila tenaga elektrik putus . "Penggambaran hanya dapat dimulakan pada pukul 8 malam dan berakhir pukul 3 pagi. Selepas itu kami pergi ke Taman Melawati. Dugaan betul, nak buat macam mana, penggambaran perlu di buat waktu malam untuk dapatkan senario alam semulajadi," ceritanya. Katanya, selain menyanyi Aril turut tampil sebagai stand in untuk watak utama filem itu yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim kerana lagu itu dibuat berdasarkan jalan cerita TAAP. Shuhaimi yang diberi tanggungjawab oleh Tayangan Unggul Sdn. Bhd., untuk mengarah runut bunyi dan The Making of TAAP berkata, lagu ciptaan dan lirik Zaidi itu mengambil masa tayangan selama empat minit. "Walaupun lagu ini tempoh empat minit tapi ada 17 adegan, selain itu akan diselitkan juga footage dari filem tersebut. Untuk klip video itu, Aril akan dibantu oleh dua pelakon wanita yang juga 'stand in' untuk watak Sazzy Falak dan Nurul. Untuk klip video lagu Hanya itu juga, Aril menggunakan dua pasang pakaian dan solekannya dilakukan oleh Shuhaimi Baharom. Klip video berkenaan dijangka disiarkan lebih awal daripada tayangan filem bagi tujuan promosi. Selain itu, pengarah filem pendek Chukang itu juga sibuk membuat persiapan untuk mengarah program masakan 13 episod yang bakal menampilkan Fizzo Omar sebagai hos. Dalam pada itu, pengarah berasal dari Bachok, Kelantan itu juga bakal mengarah filem Kita Bukan Tuhan Beb, projek di bawah Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) yang menggabungkan tiga pengarah baru. Beliau yang pernah berlakon drama Zaharul vs. Zarina dan Zaharul vs Zarina 2 serta Aidilfitri Bulan Syaaban berkata, selain mengarah dia juga menulis skrip drama. "Saya lebih cenderung menghasilkan drama berunsur kritikan sosial seperti Raja Tom Yam , Sepinya Seorang Perempuan Mualaf Itu dan Cinta Facebook. "Apa yang saya tulis berdasarkan realiti kehidupan sama ada melalui pemerhatian atau pengalaman orang lain kerana ia mempunyai pengajaran di sebaliknya," katanya. | ||
| Mengulangi fenomena Sheila Majid Posted: Mengulangi fenomena Sheila MajidDaripada SAHARUDIN MUSTHAFA
TANPA perlu pengenalan diri atau sesi promosi luar biasa, Datuk Sheila Majid sudah tentu boleh menarik nafas lega pada masa ini. Semuanya kerana, penjualan tiket konsert solo beliau, Sheila Majid 25 Years, Radiance Celebration Live in Jakarta menunjukkan perkembangan yang cukup memberangsangkan. Sehingga awal minggu ini juga, tiket-tiket konsert penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Sinaran, Gemilang dan Pengemis Muda ini sudah terjual lebih 50 peratus. Seperti juga di Malaysia, budaya membeli tiket konsert di saat-saat akhir sudah menjadi kelaziman dan dijangkakan penjualan tiket konsert berkenaan akan melonjak dalam masa sehari dua lagi. Kurang daripada seminggu, Sheila akan beraksi di pentas Pusat Konvensyen Jakarta (JCC), Jakarta, Indonesia. Konsert solo itu amat bermakna buat penghibur genit yang disayangi ramai bukan saja di Malaysia, bahkan peminat-peminat seni Indonesia sendiri yang memandang tinggi kedudukannya di persada seni negara itu. Ketika Sheila sukar mengadakan konsert solo di Malaysia, penganjuran pertunjukkan ini terlalu penting untuk catatan rekod seni beliau yang sudah menghampiri usia suku abad. Meraikan ulang tahun pembabitannya selama 25 tahun di Jakarta, Sheila bertuah kerana konsert solonya itu mendapat sokongan padu daripada penaja. Iklan konsert solonya yang dibawakan khas oleh pengeluar produk kecantikan wanita popular, Pond's disiarkan di beberapa saluran televisyen utama pada waktu perdana. Itu belum lagi, iklan di akhbar dan majalah serta liputan yang cukup positif daripada wartawan-wartawan antarabangsa. Bahkan papan iklan besar turut digantungkan di beberapa kawasan utama di sekitar Jakarta. Sementara pada risalah iklan serta poster konsert Sheila pula tertera lebih 40 senarai penaja bersama yang merangkumi logo hotel rasmi, radio rasmi, pelbagai media cetak dan elektronik, syarikat pelancongan dan lain-lain. "Sheila Majid mempunyai tarikan dan keistimewaan tersendiri bagi kami rakyat Indonesia. Bahasa muziknya berada di kelas tersendiri. "Kerana itu, dia mudah diterima di sini biarpun sudah lama Sheila tidak mengadakan konsert solo," kata penganjur konsert Sheila yang juga pengasas syarikat promoter konsert, Tarunia Indowira Sejati (TIS Communication), Marsita Kaelani pada satu pertemuan dengan Hits di Jakarta, Indonesia baru-baru ini. Marsita juga memberitahu, selain penerimaan baik peminat seni Indonesia, sebab lain yang mendorong beliau membawa Sheila beraksi di Jakarta ialah kerana, artis-artis dari negara jiran tidak boleh dilupakan dengan sewenang-wenangnya. Usahawan itu memberi contoh bagaimana promoter-promoter pertunjukkan pentas Indonesia yang lebih ghairah membawa artis-artis Barat ke negara itu sehingga sepanjang tahun 2011 ini, negara itu akan dibanjiri dengan kehadiran artis Hollywood. "Orang-orang Indonesia selalu lupa pada artis-artis di negara jiran tetangga. Kerana itu, saya beria-ia mahu membawa Sheila mengadakan persembahan di sini. "Sheila punya pengaruh. Peminatnya juga besar jumlahnya. Lagipun Sheila dan peminat di sini menggunakan bahasa yang sama. Lalu, tidak ada sebab untuk saya tidak menganjurkan konsert untuk beliau di sini," jelas Marsita penuh optimis konsert itu akan mencapai kejayaan memberangsangkan. |
| You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com
Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com |
| Kemesraan Shaheizy Sam & Lisa Surihani Posted: 08 Feb 2011 06:54 PM PST Owh Lisa Surihani dan Shaheizy Sam, bilalah korang nak mengakuu niiii? Hohoho! Nampak macam rapat semacam je kan. Kalau dekat sekolah rendah Mat Kepoh dah boleh cop couple dah ni. Muahahaha! Korang rasa macam mana? Artis lain ada jugak bergambar, tapi takdelah sebanyak ni kan gambar diorang. Kalau 3 gambar dah boleh kata mesra. Kalau 6 gambar macam mana kira? Kompom kawin! Ahahaha! Mat Kepoh gurau je k. Malulaa nampak Sam punya :p Berlakon jadi anak? I akan bawak u sampai ke langit sayang :p Macam mana laaa I nak deal dengan BF macam ni! Tags: artis bercinta, awek shaheizy sam, gambar artis, kekasih lisa surihani, lisa surihani, shaheizy sam |
| You are subscribed to email updates from Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
macam macam hiburan terkini
macam macam hiburan terkini |
- Ifa Raziah 'Sembur' Safura & Pengikut Twitter
- Kereta Pelakon 'Ponti Anak Remaja' Dikopak
- Selepas Galaksi, Irma Ingin Terus Mengacara
- ‘Modest’ & Jaket Berhud Eksklusif Heliza-Yasalma
- Nadia Mustafar Dapat Anak Lelaki
| Ifa Raziah 'Sembur' Safura & Pengikut Twitter Posted: 08 Feb 2011 08:21 AM PST Menerusi Twitter itu, Ifa memanggil pelakon berkenaan sebagai perempuan murahan selain menasihatinya supaya tidak terus menyalak seperti anjing berikutan kenyataan pelakon tersebut dalam rancangan Melodi Ahad lalu kononnya turut mengaitkan Ifa Raziah. Kata-kata yang dilkeluarkan Ifa Raziah terhadap artis yang dipercayai ditujukan untuk Safura. Ifa Raziah yang juga Pengarah Urusan, Zenzoria ketika dihubungi menjelaskan tujuannya melemparkan kata-kata kasar menerusi Twitter miliknya kerana tidak berpuas hati selepas melihat kenyataan artis berkenaan iaitu Safura Ya'cob berserta keratan akhbar dan gambar mengenai kes mereka yang disiarkan menerusi Melodi pada siaran 30 Januari lalu bagi menerangkan kemelut yang melanda mereka selama ini. "Saya tidak berpuas hati dengan kenyataan dia(dalam Melodi) bahawa kemelut antara kami telah selesai. Biarpun dia tidak menyebut nama saya tetapi gambaran yang diberikan oleh rancangan hiburan tersebut sangat menjurus kepada saya. "Di sini saya ingin jelaskan kemelut kami belum lagi selesai dan masih lagi berjalan di mahkamah. Dia yang memulakan angkara ini mengapa dia kata sudah selesai?" soal Ifa. Jelas Ifa, Isu saman menyaman sejak tahun 1998 di Mahkamah Tinggi dan kemudian berlanjutan di Mahkamah Rayuan pada tahun 2007 sudah selesai apabila Safura diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM500. Namun menurut Ifa dia masih belum menerima sebarang bayaran daripada pelakon itu sehingga hari ini. Menerusi Twitter yang sama, Ifa turut memarahi pengikut Twitter berkenaan yang cuba masuk campur terhadap kesnya dengan Safura. Ifa juga turut mengemukakan tuntutan ganti rugi sebanyak RM100,000 dan saman malu di Mahkamah Tinggi pada tahun 2007 terhadap Safura. "Dia yang memulakan tindakan untuk menyaman saya tetapi kedua-dua saman itu diketepikan mahkamah. Malah dia pula yang diarahkan bayar kos guaman sebanyak RM500. Itu pun masih belum dijelaskan lagi. "Dan atas dasar profesional, saya tidak pernah beritahu perkara ini di mana-mana akhbar biarpun sudah lebih 10 tahun perkara itu berlalu. Tapi dia dengan mudah cakap masalah di antara kami sudah selesai," katanya. Sementara itu, di Twitter yang sama, Ifa turut berbalah dengan beberapa pengikutnya apabila segelintir mereka memberi komen negatif terhadap Ifa berhubung pendapatnya terhadap Safura menerusi laman sosial berkenaan. "Saya cakap begitu untuk mengajar mereka yang kurang ajar agar menghormati artis dan jangan terlalu merendah-rendahkan golongan artis yang mereka tidak suka. Safura. Gambar diambil pada tahun 2008. "Saya kecewa dengan segelintir manusia yang tidak minat dengan seseorang artis dan mencaci artis tersebut. Jika mereka tidak suka dengan saya tolong jangan campur urusan saya," katanya berang dengan segelintir pengikut Twitter yang melemparkan cacian kepadanya. Jelas Ifa, dia tidak mahu berdiam diri dan terus dipandang hina oleh segelintir pihak yang gemar merendah-rendahkan martabatnya sebagai seorang artis. Sebelum ini Safura pernah mengemukakan tuntutan ganti rugi sebanyai RM500,000 daripada Ifa Raziah dengan mendakwa penyanyi dangdut itu telah secara salah dan dengan niat jahat kepada wartawan untuk menulis, mencetak dan menyiarkan kenyataan mengenainya (Safura) dalam majalah Media Hiburan edisi 10-16 Oktober, 1998 dan edisi 31-06 November, 1998. Safura mendakwa Ifa Raziah telah mengadakan temu bual dengan wartawan majalah itu dan memberitahu dia (Ifa Raziah) baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil serta penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis. Dalam pembelaannya, Ifa Raziah mengaku memberitahu wartawan yang dia baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil tetapi menafikan membuat kenyataan bahawa penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis iaitu Safura. |
| Kereta Pelakon 'Ponti Anak Remaja' Dikopak Posted: 08 Feb 2011 08:19 AM PST Peristiwa itu berlaku kira-kira pukul 5 petang hingga 7 malam ketika dia sedang menjalani penggambaran drama Iparku Diva untuk Astro Warna (saluran 132). "Dalam kejadian itu, saya telah kehilangan beg duit dan beg silang kesayangan saya. Waktu itu, saya sedang menjalani penggambaran drama Iparku Diva di sekitar Pavilion. "Selepas selesai penggambaran, saya pulang ke kereta dan tidak perasan apa-apa. Apabila saya membuka dashboard yang menempatkan beg duit saya, baru saya sedar beg duit dan beg silang saya telah tiada. Masa itu hanya tinggal duit 50 sen dalam kocek seluar. "Saya tengok ada kesan pintu kereta saya telah dikopak. Pengawal keselamatan di situ mengaku ada melihat sekumpulan penunggang motosikal berdekatan kereta saya. "Saya syak pasti itu 'kerja' mereka. Selepas itu, saya terus membuat laporan di balai polis sekitar Shah Alam," ujarnya kepada mStar Online. Walaupun berasa terkilan, namun Azlee redha dan cuba melupakan kejadian tersebut kerana menganggap dia tidak akan mendapat semula barang yang telah dicuri itu. "Pada mulanya saya tak boleh tidur malam dan berharap pencuri itu memulangkan semula barangan penting saya seperti kad pengenalan dan kad ATM. Bagaimanapun, saya terpaksa redha dengan takdir Allah," katanya. google: azlee khairi, azlee khairi facebook, azlee khairi blog, azlee khairi twitter, azlee khairi myspace, azlee khairi profile, azlee khairi wiki, azlee khairi biodata, azlee khairi seksi, azlee khairi hot, kereta azlee khairi, kereta azlee khairi kopak, azlee khairi kereta pecah, azlee khairi 2011, gambar terkini terbaru azlee khairi, berita terkini terbaru azlee khairi, kontroversi azlee khairi |
| Selepas Galaksi, Irma Ingin Terus Mengacara Posted: 08 Feb 2011 08:17 AM PST Irma berkata, biarpun masih hijau dalam bidang tersebut, dia percaya bakatnya masih boleh diperkembangkan lagi jika diberi peluang. "Saya anggap bidang ini sebagai rezeki, jika ada tawaran untuk mengacara bermakna ada rezeki saya untuk terus mengacara. "Saya tidak mengacarakan Galaksi kerana kontrak sudah tamat dan hanya disambung selama sebulan bagi memberi ruang untuk produksi membuat persiapan lengkap. "Saya faham mereka mahu tukar konsep yang baru dan memerlukan muka baru untuk program ini. Namun bukan kerana saya ada masalah tertentu, jadi tiada masalah untuk meneruskan dan mengembangkan bakat saya bidang ini," katanya kepada mStar Online. Menurut Irma, dia berterima kasih kepada program tersebut kerana memberi peluang kepadanya mengendalikan program tersebut selama setahun. Semenatra itu, jelas Irma, buat masa ini dia hanya menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang lakonan. "Sekarang jadual lakonan saya sudah penuh sehingga bulan April untuk tiga buah telefilem berjudul Alin ke Elin, Maya Helena dan Pengorbanan Terakhir. "Manakala sebuah tawaran filem terpaksa ditolak kerana bercanggah dengan jadual yang sedah ada. Tentang pengacaraan, jika ada tawaran yang bersesuaian dengan saya dan jadual Insya-Allah saya pertimbangkan," katanya. |
| ‘Modest’ & Jaket Berhud Eksklusif Heliza-Yasalma Posted: 08 Feb 2011 08:17 AM PST Heliza memperagakan 'modest' berkonsepkan pakaian tradisional Korea dan tudung yang digayakan dengan reben. - Foto koleksi HELIZA KUALA LUMPUR: Selepas menubuhkan syarikat sendiri iaitu Heliza Helmi Production Sdn Bhd (HHP), penyanyi Heliza Helmi mengorak langkah ke satu cabang perniagaan baru iaitu menjual busana eksklusif seperti modest, jaket berhud dan tudung. Semuanya bermula apabila pelakon filem Syurga Cinta itu berjumpa dan bergabung idea dengan pereka fesyen Yasalma dengan menghasilkan produk tersebut atas jenama Heliza Helmi by Yasalma. Biarpun perniagaan yang baru dilakukan sejak beberapa bulan itu belum beroperasi sepenuhnya, namun ia tidak menghalang niat finalis Akademi Fantasia 5 (AF5) itu untuk bercerita tentang produk terbarunya itu. Menurut graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu, dia sedang mencari pembekal produk tersebut dan setakat ini menjalankan perniagaan tersebut menerusi laman web Facebook atau emel. Heliza menggayakan jaket berhud. Katanya, pelanggan sudah boleh membuat tempahan dengan melayari Facebook Heliza Helmi atau menghantar emel kepada helizahelmiyasalma@gmail.com. "Saya masih baru melakukan perniagaan ini dengan kerjasama Yasalma selaku pereka fesyen. Setakat ini, saya telah mengilhamkan idea busana modest berkonsepkan pakaian tradisional Korea dan jaket berhud. "Saya suka pakai kardigan. Biasanya kardigan yang terdapat di pasaran agak singkat dan tidak sesuai untuk fesyen muslimah. Jadi, saya minta dia reka pakaian yang nampak sopan dengan konsep kardigan labuh paras lutut. "Selain dari pakaian, saya juga menjual tudung, reben, skirt panjang dan inner tudung. Setiap produk dijual berasingan bagi memudahkan pelanggan kami gabung padan reben dengan inner tudung atau sebagainya," ujarnya kepada mStar Online. Produk tersebut dijual pada harga bermula RM25 hingga RM350. Setiap produk dihasilkan secara eksklusif dan terhad. "Saya merasakan setiap produk itu dijual pada harga berpatutan kerana kuantitinya yang terhad dan dijual secara eksklusif. Kami akan memperkenalkan lebih banyak rekaan terbaru lagi dari semasa ke semasa. Insya Allah," katanya yang turut tampil dengan single Cuma Aku, Kau Selamanya dan Chord G. Selepas ini dia merancang untuk menghasilkan lagu berkonsepkan ketuhanan. Selain itu, dia bersedia menerima tawaran berlakon di sekitar Kuala Lumpur dan dalam Semenanjung Malaysia. google: tudung eksklusif heliza-yasalma, gambar tudung eksklusif heliza-yasalma, lokasi jualan tudung eksklusif heliza-yasalma, harga tudung eksklusif heliza-yasalma, gambar terkini terbaru tudung eksklusif heliza-yasalma, beli tudung eksklusif heliza-yasalma, bagaimana nak beli tudung eksklusif heliza-yasalma, harga terbaru terkini tudung eksklusif heliza-yasalma, |
| Nadia Mustafar Dapat Anak Lelaki Posted: 08 Feb 2011 08:13 AM PST Menurut Nadia, proses kelahiran anak kedua yang diberi nama Qaiem Quzey Izham itu lebih mudah berbanding anak pertamanya, Qaliff Hazil Izham, 18 bulan. "Alhamdulillah, dia dilahirkan dengan selamat dan kami cuma duduk sehari di hospital. "Proses melahirkan pun tidak susah sangat dan saya mengalami kontraksi selama dua jam sahaja, berbanding dengan anak kedua, saya terpaksa menahan sakit selama sembilan jam. "Bagaimanapun, selepas kandungan Qaeim berusia tujuh bulan, rasa sakit sudah mula. Mungkin sebab itu proses kelahirannya agak mudah. Saya syukur semuanya berjalan dengan lancar," katanya yang dihubungi mStar Online, Selasa. Tambah Nadia, dia merancang untuk menambah anak selepas satu atau dua tahun lagi kerana impian dia dan suaminya, Hazil Izham Ismail untuk memperoleh empat orang anak. "Sekarang ini memanglah saya tak mahu mengandung lagi sebab baru lepas rasa sakit bersalin. Tapi lepas ini tak tahulah macam mana. "Apa-apa pun, saya perlu jarakkan umur Qaeim dahulu sebelum mengandung lagi agar Qaeim dijaga dengan baik," kata Nadia yang sedang berpantang di rumahnya, di Taman Desa, Sri Petaling, Kuala Lumpur. Selain dua anak itu, Nadia turut mempunyai seorang anak angkat bernama Mia Qaisara Hazil Izham yang berumur tiga tahun. google: nadia mustafar, anak nadia mustafar, baby nadia mustafar, nadia mustafar bersalin, nadia mustafar dapat anak lelaki, gambar terkini terbaru nadia mustafar, gambar anak baby nadia mustafar, foto terbaru terkini nadia mustafar, suami nadia mustafar, gambar suami nadia mustafar |
| You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Rap
Harian Metro: Rap |
| Bersemuka pelakon 'bawa mulut' Posted: 08 Feb 2011 06:27 AM PST DIA masih hijau dalam dunia lakonan. Malah, filem sulung lakonannya hanya akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 17 Mac ini. Bagaimanapun, nama Tryambikay Vengades atau Bkay Nair, 28, sudah mula menjadi sebutan pihak media. Namun pelakon baru kelahiran Kulai, Johor ini menjadi sebutan bukan kerana bakat, sebaliknya kontroversi dengan orang kuat dalam produksi yang dilakonkan.
Ternyata kontroversi yang terpampang di dada akhbar tempatan dulu itu sedikit sebanyak meninggalkan kesan terhadap nama baik Bkay sebagai pelakon baru. Pastinya ada yang memandang sinis kehadirannya dalam industri seni ini dan berkata, Bkay mahu popular sebab gosip.
"Seperkara lagi, ramai pelakon filem Ratu baru diperkenalkan menerusi filem ini, jadi kami belum kenal rapat antara satu sama lain. Kami tak tahu lagi perangai dan latar belakang setiap pelakon. Bagaimanapun, saya secara peribadi anggap kontroversi itu satu pengalaman sangat berharga dan cuba belajar baiki kelemahan diri," katanya.
"Tiada apa yang terlintas di fikiran waktu itu selain risau penerimaan keluarga terutama ibu dan ayah terhadap gosip itu. Bagaimanapun, saya lega kerana mereka cukup memahami. Malah, keluarga pula yang banyak memberikan nasihat. Selain itu mereka juga berkata sebagai artis saya kena hadapi gosip seperti ini. Perlu berdepan dan jangan lari dari masalah.
Lagipun jelas Bkay lagi, setiap anak seni ada rezekinya masing-masing. Jadi tidak perlu hendak berdengki atau bermasam muka antara satu sama lain.
Selain itu Bkay turut menguruskan beberapa aktiviti dilakukan Wayang Studios termasuklah kelas lakonan dan tarian untuk pelakon.
"Saya sangat berharap sambutan sama turut diterima apabila Ratu ditayangkan nanti. Saya juga tidak sabar hendak mendengar maklum balas berkenaan bakat lakonan saya tonjolkan dalam filem itu," katanya. >PROFIL |
| Posted: 08 Feb 2011 06:22 AM PST TINGGAL sehari sahaja lagi untuk menghampiri Syarat Wajib Tayang yang ditetapkan oleh Finas yang berakhir esok (10 Februari), filem adi wira (Superhero) Melayu, Haq yang bergenre aksi hanya mampu membuat kutipan kasar sebanyak RM800,000 sejak menemui peminat pada 27 Januari lalu. Berbanding kos produksi sekitar RM2.4 juta, filem pertama terbitan KasehDia Pictures yang membariskan pelakon terkenal Zul Huzaimy, Adi Putra, Nanu Baharudin, Raja Farah dan ramai lagi ini seakan dipandang sepi oleh peminat seni tempatan yang dilambakkan filem genre seram dan komedi seram sekarang.
"Saya akui filem ini ada banyak kelemahan tapi pada masa sama saya melihat filem ini tetap mempunyai golongan peminat tersendiri yang sukakan aspek sinematografi dan konsep yang ditampilkan. Tak dinafikan sebagai filem pertama, ada pelbagai pandangan pro dan kontra mengenai filem ini namun saya tetap berfikiran positif.
"Kami akan bersama-sama memikirkan platform lain untuk menjual filem ini antaranya menerusi penerbitan DVD dan memasuki pasaran Timur Tengah. Untuk filem ini ditayangkan menerusi Astro First, saya kena kaji dulu kesannya," katanya.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Kosmo Online - Hiburan
Kosmo Online - Hiburan |
| Posted: Nana manjakan AltheaJIWA seorang wanita pastinya begitu tersentuh saat zuriat pertama hasil perkongsian hidup bersama insan dikasihi selamat dilahirkan dengan sempurna. Debaran ketika menahan kesakitan terus lenyap sebaik sahaja tangisan cahaya mata milik pasangan Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali dengan panggilan Nana dan suami tercinta, Mohd. Raqeem Brian memecah kesunyian wad bersalin Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Petaling Jaya pada 21 Oktober tahun lepas. Lantas, titisan air mata membasahi pipi pasangan yang mula mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2009 itu di kediaman keluarga Nana di Persiaran Bahagia, Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor. Ketika itu masing-masing terpandang sesama sendiri bagaikan tidak percaya sudah bergelar seorang ayah dan ibu serta perlu memikul tanggungjawab membesarkan anak dengan sepenuh kasih sayang. "Susah untuk gambarkan perasaan waktu itu, Nana rasa sayu, sebak dan gembira. Barulah dapat tahu betapa hebatnya ibu yang telah berjaya melahirkan kita ke dunia," jelas Nana. Dengan nada sungguh gembira apabila diminta untuk menceritakan kemanisan hidup apabila diserikan dengan kehadiran orang baru, pasangan itu telah sepakat memberikan nama yang ringkas untuk cahaya mata mereka. Jadi dengan persetujuan bersama, anak sulung mereka yang dilahirkan seberat 2.71 kilogram (kg) itu telah diberikan nama Althea. "Kami memang bercadang untuk dapatkan nama yang ringkas tetapi manis apabila disebut. Althea merupakan perkataan dalam bahasa Greek yang memberi makna amat sempurna," beritahunya lagi. Menatang minyak penuh Seperti yang diketahui, lagak Nana sememangnya seperti seorang wanita agak kasar sebelum ini. Bagaimanapun, ia tidak bermakna penyampai radio XFM itu tidak mampu mengendalikan hal penjagaan anaknya yang kini berusia empat bulan secara sendirian. Akuinya, suatu ketika dahulu dia pastinya kekok apabila diminta untuk mendukung bayi yang baru sahaja dilahirkan. "Saya tidak akan pegang bayi yang baru lahir, kononnya struktur tulang mereka masih belum kuat," ujarnya sambil tergelak kecil. Namun, segala-galanya telah berubah sebaik sahaja kemunculan Althea. Nana, 28, secara perlahan-lahan mampu menepis perasaan takut bahkan telah menjaga bayi comelnya itu secara bersendirian. "Kalau Brian kerja, saya akan duduk di rumah dengan Althea. Awalnya rasa janggal tetapi saya bernasib baik kerana suami sangat ringan tulang untuk membantu," tuturnya dengan menyifatkan Brian seorang suami yang cukup bijak menjaga anak. Selepas dua minggu berpantang, dia mula mengambil alih tanggungjawab menjaga Althea sepenuhnya memandangkan ibunya, Rosnah Harun, 50, terpaksa pulang ke kampung. Langsung tidak terdetik perasaan cemas kerana perlu mengendalikan urusan itu.
Sebaliknya, sikap aktif yang menebal dalam dirinya membuatkan Nana sedikit pun tidak berasa pengalaman berpantang sendirian membebankan hidup. "Hari kelima Nana dah boleh berlari, naik dan turun tangga. Memang ibu bising, tetapi Nana tidak boleh duduk diam," ungkapnya ringkas. Lebih teruja buat peserta Akademi Fantasia musim pertama itu ialah tatkala mampu menimba momen manis memandikan Althea. Sungguhpun, tidak begitu mahir, Nana tidak akan membiarkan individu lain melakukan tugas tersebut selagi dia mampu menyempurnakannya. Kegembiraan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata setiap kali menggalas tugas mempersiapkan diri anak tercinta dengan kerahan tenaga sendiri. Berdasarkan apa yang dikongsikan oleh Nana, dia seolah-olah terlalu memanjakan Althea. Secara jujur, dia akui Brian merupakan seorang ayah yang lebih mementingkan ketegasan dalam membesarkan Althea. "Saya rasa setiap pasangan perlu ada keseimbangan untuk mendidik dan membentuk anak. Bila saya perhatikan, Brian mungkin menjadi bapa yang mengutamakan disiplin kerana setiap kali Althea menangis dia akan minta saya biarkan dahulu. "Jangan terus tepuk atau dukung. Tetapi saya lain pula kesian tengok dia menangis," ceritanya yang bercadang menyusukan Althea sehingga usianya mencecah enam bulan. Tiada pembantu rumah Alam bujang, berumah tangga dan seorang ibu merupakan pengalaman cukup berlainan. Ketiga-tiganya mempunyai cara pengendalian tersendiri supaya tugas hakiki tidak mudah terabai. Rutin terbaru yang perlu dipikul oleh Nana dan suami perlu disambut dengan senyuman meskipun terpaksa melupakan kegiatan melepak dan membeli-belah bersama teman-teman. Keutamaan yang bermain difikiran pasangan terbabit ialah melunaskan tanggungjawab terhadap kerjaya masing-masing. Di samping itu, perlu berkejar ke rumah untuk bermesra bersama Althea yang buat masa kini dijaga oleh ibu Nana. "Saya tidak ada pembantu rumah sebaliknya emak yang jaga Althea. Tetapi bila habis waktu kerja memang saya akan ambil alih tugas ibu. "Jadi ibu boleh berehat dan giliran saya pula untuk melayan kerenah anak," selorohnya.
Rancak bercerita, Nana menyifatkan dia cukup bertuah kerana cahaya matanya itu tidak sering meragam. Meskipun pada waktu malam, Althea hanya akan terjaga sebanyak dua kali untuk meminum susu. "Mudah jaga Althea, empat jam sekali dia akan bangun untuk menyusu dan sambung tidur," jelasnya. Jaga badan Lupakan seketika perihal rutin harian, Nana yang tidak keberatan memberikan laman blog peribadinya iaitu nana-ker.blogspot.com untuk tatapan gambar-gambar terkini. Seronok perhatikan gambar telatah Althea yang dimuatkan di dalam blog itu tetapi terkejut dan sekali gus kagum juga dengan bentuk badan yang dimiliki oleh Nana. Meskipun baru sahaja melahirkan anak, Nana tetap mengekalkan sosok tubuhnya yang langsing. Apabila ditanya, mungkinkah Nana mempunyai sebarang petua, secara spontan dia langsung tidak mengamalkan diet. "Nana jenis yang kena makan nasi. Jadi istilah diet atau jaga pemakanan memang tidak ada. Berat Nana waktu mengandung 62kg dan sekarang 53kg. "Mungkin Nana menyusu dan jaga Althea, itu menyebabkan berat senang turun," jelasnya. Sementara itu, daripada segi perkembangan kerjaya pula, Nana menjelaskan, dia masih aktif sebagai penyampai radio di XFM yang ke udara pada pukul 10 pagi hingga 3 petang. Pengalaman tujuh tahun bergelumang dengan dunia penyampai radio tidak pernah dirasakan sesuatu yang membosankan. Malahan semakin lama berada di industri itu akan lebih banyak berhadapan dengan pelbagai cabaran terutama dalam memuaskan hati pendengar. "Kemunculan di radio XFM banyak membantu Nana terutama dalam pemilihan lagu dan topik yang bersesuaian dengan pendengar muda," tambah Nana. | ||||
| Posted: Britney lancar album ketujuhFOTO yang dirakam pada 11 Januari tahun ini di luar sebuah studio tarian di Los Angeles, California menunjukkan Britney diiringi seorang pengawal peribadi. BRITNEY Spears mengesahkan album terbarunya yang juga album solo ketujuhnya yang berjudul Femme Fatale bakal dilancarkan pada 15 Mac ini. Dijangka menempa sukses seperti mana single sulung daripada album itu, Hold It Against Me yang diterbitkan menerusi kolaborasi penerbit Dr. Luke dan Max Martin, lain-lain penerbit yang dikatakan turut terbabit dalam penghasilan album tersebut termasuklah Rodney Jerkins, Fraser T. Smith dan Bloodshy & Avant. Britney, 29, merancang untuk mengeluarkan album tersebut dalam dua versi - selain album versi standard, satu lagi versi album itu adalah versi khas yang turut disertakan dengan tiga hingga empat lagu ekstra. Pengurus Britney, Adam Leber menulis dalam Twitter yang berbunyi: "Britney Spears terbabit dengan fotografi khusus untuk album terbarunya. "Banyak benda menarik akan muncul daripada album ketujuh Britney itu. Peminat Britney pasti teruja." Tambahnya: "Album itu menakjubkan, klip videonya juga panas dan fotografinya pula sangat glamor." Sebagai ikon muzik bertaraf global, dalam tempoh lebih sedekad kerjaya muziknya, Britney telah muncul dengan enam album dengan jumlah keseluruhan terjual mencecah 70 juta unit di serata dunia. Tidak ramai ikon global yang membuat pencapaian seperti dirinya yang muncul dengan lima album yang terus menjuarai carta Top 10 album popular pada minggu pertama ia berada di pasaran, selain 24 buah lagu yang berjaya masuk carta Top 40 lagu popular. Hold It Against Me yang dilancarkan pada 10 Januari tahun ini, membuat kemunculan sulung sebagai juara carta Top 10 Lagu Popular di Belgium, Kanada, Denmark, Finland dan New Zealand, selain menjuarai carta Billboard Hot 100, di Amerika Syarikat (AS). Di AS, Britney mencipta sejarah sebagai artis kedua selepas Mariah Carey yang muncul dengan lagu baru yang terus menjuarai carta Billboard Hot 100 lebih daripada sekali. Klip video lagu tersebut dijadualkan berada di pasaran menjelang 18 Februari ini. | ||||
| Posted: Shahriza nekad dedah umurOleh NORLIDA AKMAR IDROS PASANGAN pengantin bergambar kenangan bersama ahli keluarga sebelah mempelai lelaki. LUKA di hati pengarah dan pelakon drama, Shahriza Mahmud, 45, selepas dikecewakan seorang lelaki bernama suami 14 tahun lalu masih berbekas sehingga ke hari ini. Malah, episod duka ditinggalkan suami beberapa hari selepas bernikah itu turut mengundang keresahan kepada anak kelahiran Alor Setar itu untuk naik ke jinjang pelamin buat kali kedua. Tidak dapat menolak ketentuan Ilahi, Shahriza pada Sabtu lalu bertemu jodoh dengan abang penyanyi Anna Raffali iaitu Saddiq yang 15 tahun lebih muda daripada usianya. Pasangan yang sudah menjalin cinta sejak empat tahun lalu itu sah bergelar suami isteri selepas dinikahkan oleh Imam Masjid Rafeah, Alor Setar, Zakaria Long berwalikan bapa pengantin perempuan, Mahmud Ismail, 76, dengan mas kahwin RM1,111.11. Dengan sekali lafaz, pelakon drama Semanis Janji dan Antara Maruah dan Pengorbanan itu sah bergelar isteri kepada Saddiq yang merupakan penolong pengarah dan pelakon drama. Sementara, majlis persandingan pula berlangsung di kediaman keluarga Shahriza di Taman Muhibbah, Lebuh Raya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada pukul 1 petang hari yang sama. Kedua-duanya mengenakan persalinan tajaan Zeellion Bridal Gallery & Beauty bertemakan warna hijau. Shahriza ketika ditemui selepas majlis akad nikah, sebak apabila ditanya tentang perasaannya setelah bergelar seorang isteri kepada Saddiq. "Sehingga ke saat ini saya seperti tidak percaya sudah menjadi isteri orang kerana terlalu lama saya hidup sendirian tanpa suami," tuturnya. Dihantui kisah silam Menurutnya, biarpun masih dihantui kisah silam, dia menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi kepada Saddiq untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dengan bertanggungjawab. "Saya teringin sangat nak melalui alam rumah tangga dengan Saddiq kerana dulu saya tidak sempat nak alami saat-saat seperti ini. Masa perkahwinan pertama, saya ditinggalkan suami beberapa hari selepas bernikah dan dia menghilangkan diri selama empat tahun empat bulan sebelum muncul semula dan kami bercerai selepas itu," ungkapnya. Tambah Shahriza, dia tidak meragui keikhlasan hati Saddiq untuk mengahwininya dan yakin dapat hidup bahagia sehingga ke akhir hayat. "Jika berulang lagi kisah pahit, saya mungkin buat keputusan untuk hidup single," ucapnya. Kata Shahriza, angka mas kahwin iaitu RM1,111.11 membawa makna tersendiri kepada dia dan suami kerana ia merujuk cinta dan kebahagiaan yang berkekalan buat selama-lamanya. "Walaupun kami berdua sensitif dan suka merajuk tetapi kami akan berbaik semula dan berbincang untuk memperbaiki kesilapan untuk membina hubungan yang lebih baik," akuinya. Menyentuh tentang jarak usia, ujarnya, perkara itu tidak menjadi masalah selagi wujud persefahaman antara mereka. "Jarak usia tidak penting, apa yang perlu diutamakan adalah sikap saling menghormati dan menyedari tanggungjawab masing-masing," jelasnya. Tambahnya, sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, dia tidak pernah mendedahkan usianya yang sebenar kepada kalangan wartawan. "Tetapi hari ini saya tidak kisah untuk mendedahkan usia saya yang sudah mencecah 45 tahun kerana saya sudah berpunya," tegasnya sambil tersenyum. Menceritakan tentang perkenalannya dengan Saddiq, katanya, dia mula mengenali suaminya itu ketika dia menjadi tenaga pengajar di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam bidang seni lakonan, lima tahun lalu dan Saddiq merupakan salah seorang pelajarnya. "Pada masa itu saya tidak suka dengan dia (Saddiq) sebab sombong sedikit kerana dia ada stail tersendiri dan kemudiannya kami terpisah selepas Saddiq habis kursus di situ. "Tidak lama kemudian kami bertemu lagi di Bukit Antarabangsa selepas bekas pelajar saya termasuk Saddiq merancang untuk buat filem pendek," ceritanya.
Ujarnya lagi, sepanjang proses pembikinan filem pendek selain mengadakan program Anjung Budi untuk RTM, hubungannya dengan Saddiq semakin rapat dan serius setahun selepas perkenalan itu. Tambahnya, perbincangan mengenai perkahwinan pula dilakukan pada Disember tahun lalu bagi menunaikan hasrat kedua-dua ibu bapa untuk melihat mereka disatukan selepas kembali daripada menunaikan Haji di Mekah. "Alhamdulillah, hasrat baik ibu bapa saya dapat ditunaikan dan insya-Allah kami akan melayari alam perkahwinan ini dengan baik," ujarnya. Cahaya mata Ketika diajukan tentang cahaya mata, Shahriza mengakui dia tidak merancang dan menerima dengan hati terbuka sekiranya diberi rezeki anak dalam masa terdekat. "Saya tidak merancang apa-apa dan akan menerimanya dengan tangan terbuka jika ditakdirkan saya dikurniakan anak dalam masa terdekat," katanya. Sementara itu, Saddiq yang hanya tersenyum sepanjang sesi temu ramah itu berkata, dia gembira apabila hasratnya untuk bergelar suami kepada Shahriza yang dianggapnya sebagai insan istimewa dalam hidup tercapai. "Saya sudah lama tunggu saat-saat ini kerana kami telah bercinta selama empat tahun dan Alhamdulillah kami sudah jadi suami isteri yang sah. "Bercinta lama sangat pun tak elok dan saya buat keputusan untuk berkahwin kerana keikhlasan yang ditunjukkan Shahriza dalam hubungan ini," katanya. Tambahnya, dia dan Shahriza selepas ini akan cuba membahagikan masa antara kerja dan keluarga. "Kesibukan tidak ada masalah kepada kami kerana selama empat tahun bercinta kami sudah biasa dengan keadaan kerja dan jika ada masa terluang kami akan berehat bersama," ungkapnya. Pasangan tersebut memilih Cameron Highlands untuk berbulan madu dan merancang untuk mengadakan kenduri doa selamat di rumah suami pada masa terluang kelak. Jodoh Anna Raffali Dalam pada itu, Anna Raffali berharap agar hubungan abangnya dengan isteri berkekalan sampai bila-bila. "Harapan saya semoga abang saya dan Kak Shah mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat," katanya. Ditanya tentang jodohnya sendiri, menurut Anna, dia masih belum mempunyai perancangan ke arah itu buat masa ini dan akan menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang nyanyian. "Buat masa sekarang, sejak menang satu anugerah besar (Anugerah Juara Lagu Ke-25) pada hari itu, saya perlu tumpukan perhatian dalam bidang nyanyian untuk buktikan bahawa saya betul-betul serius dalam bidang itu," tegasnya. |
| You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |