Adsense

Sabtu, 29 Januari 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Memey Sahkan Nikah Norman Hujung Tahun Ini

Posted: 28 Jan 2011 06:40 PM PST


KUALA LUMPUR: Pelakon Memey Suhaiza dan pasangannya Norman Hakim mengesahkan untuk bernikah hujung tahun ini.

Menurut Memey, dia dan Norman mula membuat persiapan perkahwinan termasuklah membeli barangan untuk majlis itu di Bandung, Indonesia, beberapa hari lalu.

"Setakat ini persiapan perkahwinan kami baru saja 40 peratus siap.

"Kami juga telah ke Bandung bersama beberapa ahli keluarga untuk mencari kain, kad perkahwinan serta barangan perkahwinan lain.

"Sebenarnya persiapan itu dibuat sedikit demi sedikit agar tidak kelam kabut nanti, memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon.

"Alhamdulillah, saya gembira kerana selepas pelbagai dugaan berlaku, akhirnya saya akan bergelar isteri kepada Norman," kata Memey yang ditemui ketika penggambaran drama Bola Cinta di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, Jumaat.

Tambah Memey, dia berharap agar segala perancangan yang dibuat mereka berjalan lancar.

Malah Memey mengimpikan perkahwinannya nanti berkonsepkan ala taman.

"Kalau boleh saya nak majlis kami meriah, tetapi kami belum tetapkan tema warna yang sesuai. Syukur alhamdulillah, kami juga ditawar oleh beberapa penaja untuk menguruskan perkahwinan kami.

"Apa-apa pun, saya harap, selepas kami berkahwin, tiada lagi kontroversi atau timbul masalah lain," katanya yang sudah pun menjalani kursus perkahwinan.

Mereka bertunang pada 13 September 2010 .

Memey turut membintangi drama Bola Cinta bersama pelakon Ryzal Jaafar, Ainul Aishah dan Aidil Aziz dibawah terbitan Nafalia Corporation.

Drama yang telah pun memasuki musim kedua itu akan ditayangkan pada hujung bulan Mac di saluran TV2.

google: memey dan norman hakim, tarikh kahwin memey dan norman hakim, hari kahwin memey dan norman hakim, tarikh sebenar pernikahan memey dan norman hakim, memey dan norman hakim kahwin hujung tahun, hujung tahun memey dan norman hakim kahwin nikah

Keluarga Jejai Masukkan Gambar - Nora Danish

Posted: 28 Jan 2011 06:39 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish menafikan bertindak menyebarkan gambar-gambar percutiannya bersama bekas suami Rizal Ashram (Jejai) di Internet baru-baru ini dengan tujuan untuk menambah kontroversi perpisahan bekas suaminya dengan aktres jelita Fasha Sandha.

Bagaimanapun menurut Nora, dia mengakui tidak kisah tentang penyebaran gambar tersebut.

"Salah seorang ahli keluarga Jejai yang memasukkan gambar-gambar tersebut di laman Facebook bagi berkongsi kegembiraan dengan ahli keluarga yang lain.

"Pada saya ia bukan satu masalah besar sebab ia hanya gambar percutian kami dan tiada sebarang niat untuk menyakitkan hati siapa-siapa," ujarnya yang ditemui di Majlis Malam Penghargaan MIG Production, di One World Hotel, Rabu.

Nora yang dikaitkan dengan kontroversi putus cinta bekas suaminya, Rizal Ashram (Jejai) dengan aktres Fasha Sandha turut mengakui sedang dalam proses mengenali seseorang.

"Secara jujurnya saya memang sedang berkawan dengan seseorang, tapi kami masih dalam proses mengenali hati budi lagi.

"Bagaimanapun ia bukanlah seorang VVIP yang digosipkan, tetapi seorang yang dihormati oleh Jejai," katanya ringkas.

Bercerita tentang perkembangan kerjaya, Nora mengakui penah mendapat tawaran dari pihak MIG Production selepas filem Cuti-Cuti Cinta, namun dia terpaksa menolaknya kerana lebih selesa bergerak sendiri.



Gambar bercuti di Jepun bersama Jejai dan keluarga mereka. foto Ohbulan.com
'Selepas Cuti-Cuti Cinta mereka ada tawarkan untuk bekerja di bawah MIG Production tetapi saya menolak sebab buat masa ini saya lebih senang untuk bekerja sendiri.

"Sekarang saya belum menandatangani dengan mana-mana filem namun sedang meneliti sebuah tawaran filem kerjasama dengan negara jiran," katanya.

'Hero Malaya' Kutip RM60 Ribu Bantu Bob (Kuman)

Posted: 28 Jan 2011 06:38 PM PST


KUALA LUMPUR: Misi Hero Malaya yang disertai kira-kira 20 artis lelaki tanah air tercapai apabila berjaya menerima sumbangan sebanyak RM60,000 dari pasar raya Carrefour selepas melakukan aktiviti amal di pasar raya tersebut.

Kutipan tersebut bakal diserahkan kepada pelakon Bob (Kuman) atau nama sebenar Husni Rawi, 39, untuk membeli mesin oksigen dan melakukan pembedahan pintasan perut (gastric bypass).

Bob memerlukan peralatan itu akibat berat badan yang berlebihan iairu 219 kilogram sehingga menyukarkan pernafasan selain mengakibatkan komplikasi buah pinggang.

Menurut pengacara Aznil Nawawi, sumbangan yang dilakukan kumpulan yang digelar Hero Malaya itu sedikit sebanyak membantu rakan artis yang memerlukan sumbangan.

"Idea untuk mengumpul sumbangan ini pada awalnya selepas terbaca rangkaian sosial Twitter Bob yang meluahkan rintihan terhadap sakit yang dihadapinya.

"Kami yang berhubung melalui laman sembang maya Blackberry Massenger (BBM) ini akhirnya mengambil keputusan untuk membantunya sedaya yang termampu," ujarnya.

Dalam pada itu, aktiviti yang berlangsung pukul 3 petang sehingga 6 petang Jumaat itu mendapat sambutan lebih 500 pengunjung.

Seramai 20 Hero Malaya yang terdiri dari pelakon, penyanyi dan pengacara melakukan pelbagai aktiviti amal yang menggantikan tugas pekerja pasar raya tersebut.

Antara selebriti yang terlibat ialah Fazley Yaakob, Zahid AF2, Iqram Dinzly, Erry Putra, Farish Aziz, Adi Fashla, Alif Satar, Altimet, DJ NasT, Fizo Omar, Imran Ajmain, Cat Farish, Maulana, Riz Ainuddin, Zizan Raja Lawak, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Zahiril Adzim, Zoey Rahman dan Syafie Naswip.

Sementara itu, Bob (Kuman) yang ditemui menzahirkan rasa terharunya apabila mendapat kejutan daripada kumpulan Hero Malaya tersebut.

Katanya, luahan hati yang dianggap sekadar gurauan itu mendapat perhatian dari rakan artis yang lain.

"Saya tidak menyangka luahan hati saya di Twitter itu mendapat perhatian mereka. Memang saya ada berseloroh dengan meminta agar diberikan wang sejumlah itu kerana ingin membeli beberapa mesin oksigen dan melakukan pembedahan pintasan perut.

"Saya pada mulanya dijemput untuk membuat persembahan untuk hari ini (Jumaat), tak tahu menahu tentang kejutan ini," katanya dengan nada terharu.

Suria FM Labur Wang RM20,000 Untuk Pendengar

Posted: 28 Jan 2011 06:37 PM PST


PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM mengatur pelbagai program menarik pada tahun 2011 termasuk memperkenalkan peraduan 'Demam Facebook Suria' yang mempertaruhkan hadiah wang tunai sejumlah RM20,000.

Bermula 22 Januari lalu, pendengar berpeluang menyertai peraduan tersebut dengan hanya klik 'like' pada 'fan page' Suria FM dan mengemas kini gambar profil kepada logo 'I Love Suria FM'.

Syaratnya mudah, pendengar hanya perlu mengemaskinikan status asing-asing dengan memberikan pendapat terbaik tentang stesen radio itu.

Kemudian pendengar perlu mendengar Breakfast@Suria dan Suria Drive setiap hari bermula Isnin, 24 Januari hingga 18 Februari ini kerana penyampai Halim Othman, Zizi, Sharifah Shaira dan Linda Onn akan mengumumkan nama pendengar bertuah.

Selepas itu, pendengar tersebut mesti menghubungi Suria FM dalam masa 15 minit untuk memenangi wang tunai yang ditawarkan.

Nama pemenang yang terpilih setiap hari dalam dua segmen tersebut akan menerima wang tunai RM500.

Selain itu, stesen radio dengan 'tagline' 'Muzik Terbaik 90-an Dan Terbaru' itu menganjurkan program realiti 'SuriaShowDown! Band Kampus Terbaik 2011' yang terbuka kepada penuntut di institut pengajian tinggi swasta dan awam seluruh Malaysia.

Uji bakat sedang diadakan di Penang Megamall, Pulau Pinang pada Sabtu ini, East Cost Mall, Kuantan (30 Januari), The Zone, Johor Baru (5 Februari) dan Plaza Metro Kajang (6 Februari).

Dua kumpulan yang terpilih di setiap tempat akan memasuki peringkat akhir pada 26 Februari ini di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Pemenang akan membawa pulang wang tunai RM10,000 manakala tempat kedua sebanyak RM5,000 dan tempat ketiga RM3,000.

Seperti tahun sebelumnya, Suria FM turut meneruskan peraduan 'Lagu Berduit Suria FM' bermula Mac ini dengan menawarkan hadiah lumayan.

Selain itu, Suria FM untuk negeri Sabah secara rasmi akan beroperasi apabila studionya di 1Borneo Shopping Mall, Kota Kinabalu yang dikendalikan oleh Othoe dan Dudu (Lotter) secara rasminya akan keudara mulai Mac ini.

Siti Nurhaliza Dicadang Jadi Duta

Posted: 28 Jan 2011 06:36 PM PST


BANDUNG: Di sebalik hubungan Malaysia dan Indonesia yang kadang kalanya "panas", diva dari Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (gambar), dicadangkan menjadi Duta Besar Budaya Masyarakat Melayu dalam usaha mengakrabkan hubungan rakyat di negara-negara Nusantara.

Cadangan itu dibuat oleh Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami) berdasarkan penerimaan besar masyarakat terhadap personaliti Siti Nurhaliza.

"Lebih baik gelar itu datang dari masyarakat, lebih baik beliau diterima masyarakat, kerana gelar itu akan menjadi abadi," kata Ketua Iswami Indonesia, Saiful Hadi Chalid ketika ditemui Bernama di sini, Jumaat.

Saiful Hadi, yang juga Ketua Pengarang Agensi Berita Indonesia, Antara, sebelum itu menyuarakan cadangan berkenaan semasa memberi ucapan awal pada Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia (SEMI 10) dan berharap semua pihak di Indonesia dan Malaysia dapat menerima secara positif cadangan itu.

Seminar sehari itu, yang dianjurkan oleh Iswami, dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua Malaysia Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ketika menjelaskan lebih lanjut cadangan beliau itu, Saiful Hadi berkata beliau yakin Siti Nurhaliza boleh memainkan peranan amat berkesan untuk "mendinginkan suasana" ketika berlaku krisis dalam hubungan Malaysia dan Indonesia, misalnya.

"Ketika ada isu-isu hangat, tak perlu payah-payah kita mengirim delegasi Malaysia atau Indonesia untuk menenangkan suasana, cukup dengan mengirim Siti Nurhaliza menyanyi dan mengatakan buat apa kita bermusuhan.



Diva Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin melayani soalan-soalan wartawan pada sidang akhbar di Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia (SEMI 10) di Hotel Hyatt Regency Bandung, Indonesia, pada Jumaat. Pada seminar itu Siti Nurhaliza turut dicadangkan oleh Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) untuk menjadi Duta Besar Budaya Masyarakat Melayu Nusantara. - Foto BERNAMA
"Cukup itu saja, ini akan menggugah hati orang yang hanya melihat sesuatu perkara itu dari sisi negatif," katanya.

Beliau berkata di Indonesia ada beberapa organisasi masyarakat yang mendakwa mewakili kelompok masyarakat tertentu, akan sering mengobar-ngobarkan sentimen rakyat Indonesia dengan kata-kata seperti "ganyang Malaysia" bila ada isu-isu hangat.

"Kita tahu sebahagian daripada mereka adalah orang bayaran. Kita tahu mereka itu adalah ahli-ahli politik yang mencari pentas untuk populariti," katanya.

Saiful Hadi berkata di Indonesia, Siti Norhaliza mempunyai ramai peminat kerana beliau dianggap ikon yang mempunyai personaliti yang amat positif.

Beliau menyamakan Siti Nurhaliza seperti Allahyarham Umi Kalthum yang berupaya menyatukan negara Arab melalui popularitinya sebagai penyanyi Arab, ketika ada beberapa negara Arab berkenaan saling bermusuhan suatu masa dulu.

"Ketika ada beberapa negara Arab sangat keras bermusuhan, antara Mesir dengan Arab Saudi, Yaman Utara dan Yaman Selatan saling bermusuhan, tapi ketika Umi Kalthum menyanyi, semua negara Arab menyiarkan siaran langsung, baik di radio mahupun di TV," katanya.

Siti Nurhaliza, yang juga kini seorang usahawan dan turut berada di sini, memberitahu Bernama bahawa beliau terharu dengan cadangan itu dan menganggap ia sebagai satu tanggungjawab besar.

Katanya cadangan itu merupakan suatu pengiktirafan yang amat tinggi terhadapnya dan beliau sedia memainkan peranan itu sebagai suatu tanggungjawab terhadap kemanusiaan.

"Kita sebagai manusia diberikan keistimewaan masing-masing dan kalau itu keistimewaan yang boleh Siti kongsikan bersama dengan seluruh masyarakat nusantara, Siti melihat ke arah satu sudut yang positif," katanya. - BERNAMA

Gandingan Zizi, Halim & Shiera Kukuhkan Suria FM

Posted: 28 Jan 2011 06:35 PM PST


PETALING JAYA: Idea menggandingkan tiga penyampai radio iaitu Halim Othman, Zizi dan penyampai baru, Sharifah Shahira (Shiera) di stesen Suria FM dianggap sebagai suatu trend stesen radio masa kini.

Ketua Pegawai Penyiaran, Suria FM, Yusry Abu Samah berkata pemilihan aktres wanita popular itu untuk mengemudi segmen pagi iaitu 'Breakfast@Suria' pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5 hingga 10 pagi bermula Isnin ini diharapkan dapat menjadikan stesen radio itu lebih versatil.

"Kami memilih Shiera berdasarkan undian yang dilakukan kepada pendengar. Selain itu kami menetapkan untuk memilih penyampai baru dari latar belakang selebriti setelah meneliti kajian dari semua rangkaian stesen radio yang kebanyakannya memilih golongan selebriti sebagai penyampai.

"Kami juga merasakan idea ini mampu memberikan suasana ceria kepada pendengar dan membantu mengekalkan kesetiaan mereka untuk mendengar segmen seterusnya," kata Yusry ketika sidang media pengumuman Shiera sebagai anggota baru Suria FM di Studio V, One Utama, di sini, Jumaat.

Tambahnya: "Selain itu, kami ingin seimbangkan dari segi jantina penyampai segmen itu yang sebelum ini kedua-duanya lelaki. Jadi, sebab itu kita mencari 'sekuntum bunga'. Lagipun pendengar kita terdiri daripada lelaki dan wanita.

"Shiera juga dilihat seorang yang versatil dan mempunyai disiplin yang bagus."

Dalam pada itu, Halim dan Zizi yang sebelum ini digelar sebagai 'The Kerinting Bro' telah membubarkan nama tersebut dan menggantikan nama baru iaitu 'The Kerinting 3' selepas kemasukan Shiera. Ini kerana rambut ketiga-tiga mereka kerinting.

Bertanya tentang reaksi kedua-duanya tentang penyertaan ahli keluarga baru dalam segmen tersebut, ternyata mereka memberikan reaksi yang positif sekali gus mengalu-alukan kehadiran Shiera.

"Saya melihat Shiera seorang yang sangat versatil setelah menontonnya dalam beberapa program di televisyen. Jadi, saya berharap dia dapat menjadikan karier ini sebagai medan untuk menonjolkan bakatnya.

"Pendengar juga dapat mendengar suara wanita pada waktu pagi. Setakat ini, kami telah berbincang dari segi topik yang akan dibualkan dan memberikan panduan kepada Shiera tentang waktu dia boleh bercakap pada masa-masa tertentu," ujar Halim.

Mila Jirin Rasai Susah Payah Jadi Artis

Posted: 28 Jan 2011 06:34 PM PST


KUALA LUMPUR: Pengalaman empat tahun dalam industri seni dilalui oleh penyanyi tersohor, Nursyarmilla Jirin atau dikenali sebagai Mila dengan pelbagai situasi termasuk pencapaian mengadakan persembahan di luar negara iaitu United Kingdom dan Bulgaria.

Penyanyi lagu Persis Mutiara ini akui industri seni banyak memberikan perubahan dalam hidupnya dalam mengajar dirinya tentang jatuh bangun sebagai anak seni.

"Banyak perkara yang saya belajar dalam kehidupan sebagai artis seperti cara mengendalikan acara, berjumpa dengan orang atasan, peminat dan sebagainya.

"Saya juga mencuba menulis lirik untuk album terbaru saya iaitu lagu berjudul Bebas," katanya yang melancarkan album terbaru berjudul Mila Jirin di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), di sini, Khamis.


Menyentuh tentang album keduanya bernilai RM120,000 itu, ia memuatkan lima buah lagu baru iaitu Bebas, Malu-Malu, Luahan Hati, Kata Hati dan Kasih Yang Terdampar dan tiga buah lagu bonus iaitu Aku Lebih Tahu Remix, La Ober dan Siapa Tak Perlu Cinta.

Mila menggunakan khidmat beberapa komposer hebat tanah air seperti Ajai, Aidit Alfian dan Amir untuk album berkonsepkan Pop Moderate di bawah terbitan MJ Panacea Records Sdn Bhd dengan kerjasama Erama Records Sdn Bhd.

"Alhamdulillah dengan terhasilnya album ini di pasaran, saya berharap ia diterima oleh peminat. Selain dimuatkan dalam album fizikal, peminat juga boleh mendapatkan album saya dalam bentuk digital.

"Kelainan dalam album ini adalah dari segi pemilihan lagu dan cara nyanyian. Kualiti menjadi keutamaan dalam semua aspek penerbitan album ini termasuk menggunakan live strings," katanya mengenai album yang dijual di pasaran mulai Khamis lalu.

Menerusi kad prabayar digital yang diedarkan oleh Erama Records dengan harga RM15, peminat boleh memuat turun lagu, klip video dan wall paper.

Selepas ini, duta produk UMW Toyota, Lot 100 Gummy, Maxis, Biotherm, Loreal, Mamee Slurpp dan Clenx Herbal Tea ini merancang untuk membuat promosi jelajah albumnya di beberapa pusat membeli-belah sekitar Semenanjung Malaysia.

Juara Akademi Fantasia musim kelima ini turut menyampaikan lagu-lagu baru dari albumnya dalam sebuah showcase pada majlis pelancaran yang dihadiri oleh ibu dan bapanya, Pengerusi Erama Records, Datuk Md Afendi Hamdan dan rakan artis iaitu penyanyi Dafi, Heliza, Noni AF dan pelakon Tam.

Sebelum ini, Mila pernah menyertai pertandingan akhir Open Mic UK di Manchester, United Kingdom pada Disember 2010 dan 'Festival Muzik Pop Antarabangsa Discovery Ke-17' di Bulgaria pada 2008.

google: mila af, album baru mila af, lagu baru mila af, terkini terbaru mila af, single terbaru mila af, download single terbaru mila af, mp3 single terbaru mila af, lagu baru mp3 mila af, lirik album baru mila af, tarikh album mila af di lancar, mila af, gambar terbaru mila af, gambar terkini mila af, foto terkini terbaru mila af. gosip terbaru terkini mila af

Gambar Aktivti Hero Malaya Di Carrefour Wangsa Maju

Posted: 28 Jan 2011 06:31 PM PST

Sumber: Rotikaya










google: hero malaya carrefour wangsa maju, gambar sekitar hero malaya carrefour wangsa maju, gambar terbaru hero malaya carrefour wangsa maju, gambar terkini hero malaya carrefour wangsa maju, majlis aktiviti hero malaya carrefour wangsa maju, pelakon terlibat hero malaya carrefour wangsa maju, foto terkini terbaru hero malaya carrefour wangsa maju, berita hero malaya carrefour wangsa maju, cerita hiburan hero malaya carrefour wangsa maju, hero malaya carrefour wangsa maju promo, berita terbaru terkini hero malaya carrefour wangsa maju








Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


(PANAS!) Farid Kamil & Diana Danielle Putus Cinta?

Posted: 28 Jan 2011 08:24 PM PST

Kami tak endah seketika kisah putus cinta Fasha Sandha & Jejai untuk memberikan laluan kepada kisah putus cinta Farid Kamil & Diana Danielle pula. Ya, kami sudah faham anda sudah bosan dengan cerita pertelingkahan, dan mahu kan sesuatu yang lebih menjurus kepada kebahagiaan. Namun, jari kami tidak dapat menahan untuk memberikan laporan sensasi yang baru sahaja diterima sebentar tadi.

Ketika beramah mesra dengan follower OHBULAN!, pemilik akaun @cutisikit menerjah timeline dengan info yang mendebarkan dada. Kata empunya akaun, "Farid Kamil dah dump Diana Danielle! LoL. Deserves her right!". Satu ayat yang pendek & padat, meninggalkan 1000 tanda tanya.

Sumber penuh :  ohbulan

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Cabar diri jadi Kato

Posted:

Cabar diri jadi Kato

Cabar diri jadi Kato



JAY CHOU - adi wira, bahasa Inggeris dan seni mempertahankan diri adalah tiga subjek yang begitu asing bagi dirinya.

Namun menerusi penglibatan perdananya sebagai aktor di Hollywood, dia mencabar diri sendiri untuk menjadikan tiga subjek tersebut sinonim dengan dirinya.

Ternyata cabaran yang diambil saat bersetuju untuk membintangi filem bikin semula The Green Hornet itu memberi pulangan yang bernilai buat dirinya.

Cukup teruja mempromosikan filem terbarunya itu, Jay bercakap tentang penglibatannya dalam filem arahan Michel Gondry yang menggandingkannya dengan Seth Rogen dan Cameron Diaz.

Apa yang menyebabkan anda menerima tawaran ini? Apa yang anda tahu mengenai The Green Hornet dan Kato?

JC: Kerana filem ini lahir sewaktu generasi bapa saya. Kato adalah adi wira kegemarannya. Sewaktu saya mendapat tawaran ini, saya menelefon dia dan dia cukup gembira kerana saya bersetuju untuk memainkan karakter Kato. Lagi pun saya sudah lama mahu menjadi adi wira. Jadi apabila ada peluang, saya tak mahu melepaskannya.

Kato sebelum ini cukup popular di tangan Bruce Lee. Kato juga menjadi karakter pertama yang memperkenalkan Bruce Lee kepada Hollywood. Anda melihat persamaan anda dan Bruce Lee?

Saya cuba melarikan Kato daripada Bruce Lee. Lagipun saya tidak layak untuk dibandingkan dengan Bruce Lee. Dia seorang legenda dan tiada siapa boleh menggantikan tempatnya. Ini Kato versi saya. Saya bermain muzik, jadi dalam versi ini, Kato bermain piano. Ya, saya telah membawa Kato dalam versi saya. Saya mahu menjadi Kato, bukan menjadi Bruce Lee.

Sewaktu bersetuju memainkan karakter ini, apa yang anda takutkan? Adakah anda takut tentang kebolehan anda bertutur bahasa Inggeris?


ANTARA babak menarik dalam The Green Hornet. Jay Chou (belakang) dan Seth Rogen.


Ya, pada awalnya saya takut. Takut saya tidak mampu membawa karakter ini, terutama berbahasa Inggeris, bahasa yang cukup asing bagi saya. Tapi saya adalah orang yang suka mencabar diri sendiri. Akhirnya saya berjaya melawan cabaran itu.

Kejayaan sesebuah filem komedi selalunya bergantung kepada intonasi mereka. Untuk anda yang pertama kali berbahasa Inggeris, adakah anda selesa? Sedangkan anda tidak faham 100 peratus apa yang anda tuturkan.

Saya boleh katakan 30 peratus saya selesa. Sebenarnya saya suka bahasa Inggeris dan selalu ingin mempelajarinya. Tapi tak pernah dapat sehingga saya terbabit dalam filem ini. Kini saya mampu berbahasa Inggeris hanya dalam tempoh masa sebulan dan berani saya katakan, saya faham sebanyak 30 peratus apa yang saya tuturkan sekarang.

Maksudnya anda memang tak tahu berbahasa Inggeris langsung sebelum ini?

Ya. Saya hanya tahu bercakap bahasa pasar dalam bahasa Inggeris. Tetapi untuk filem ini, saya menghabiskan masa tiga jam sehari untuk menghafal skrip dan memahami maksud dialog saya. Jika khalayak menonton filem ini, mereka akan menyangka saya fasih berbahasa Inggeris, sedang hakikatnya tidak. Malah Seth dan Cameron selalu mempermainkan saya.

Jadi bagaimana rasanya berganding dengan Seth Rogen. Adakah dia banyak membantu?


SEBAGAI adi wira, mereka dibantu oleh sebuah kenderaan khas.


Saya suka bekerjasama dengan dia. Dia banyak membantu. Dia adalah guru bahasa Inggeris saya. Malah jika ada perkataan yang sukar untuk saya sebut, dia akan tukarkannya kepada yang lebih mudah kerana dia juga adalah penulis skrip filem ini. Ya, dia sangat banyak membantu saya dan dia juga seorang yang cukup kelakar.

Sukar atau tidak memainkan karakter Kato, seorang adi wira yang handal berlawan?

Sebenarnya sukar kerana saya tidak pernah mempunyai latar belakang dalam bidang seni mempertahankan diri. Apa yang saya lakukan hanya berbekalkan minat saya terhadap lakonan Jet Li dan Jackie Chan dan kecintaan saya terhadap seni kung fu. Itu sahaja bekalan buat saya menghidupkan karakter Kato.

Anda rasa kenapa khalayak akan menyukai filem ini?

Kerana hero filem ini bukan mempunyai kuasa luar biasa, tapi mereka adalah manusia biasa yang menjadi luar biasa.

Selepas filem ini, adakah kebarangkalian anda akan terus menjadi aktor di Hollywood jika mempunyai peluang?

Sebenarnya saya lebih cintakan bidang nyanyian berbanding lakonan. Jika The Green Hornet mempunyai sekuel, saya akan kembali ke Hollywood. Dan saya lebih berminat jika boleh terlibat dalam sebuah muzikal.


KATA Jay Chou, dia hanya mahu menjadi Kato, bukan meniru Bruce Lee.


Adakah sukar seorang pendatang dari Asia menerobos pasaran Hollywood?

Pada saya, ya, terutama dalam bidang hiburan.

Tapi aktor seperti Jet Li dan Jackie Chan telah membuktikan mereka mampu?

Mereka mampu masuk pasaran Hollywood kerana kepakaran dalam seni pertahankan diri. Jika saya mahu terkenal di Hollywood, saya mahu terkenal lebih atau berbeza daripada apa yang sudah ada.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Dihangatkan Sarimah Ibrahim

Posted:

Dihangatkan Sarimah Ibrahim

Dihangatkan Sarimah Ibrahim

Oleh FAIZAL SAHARUNI
faizal.saharuni@kosmo.com.my


KOLABORASI Esma dan Elly sebagai Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah.


MENERAJUI watak mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu usia remaja dalam Muzikal Tun Mahathir 2, lakonan Ezany Nizarif pada malam awal pementasan teater itu dianggap kurang memperlihatkan penyatuan bersama pasangannya, Misha Omar yang menjadi pembawa karakter Tun Dr. Siti Hasmah pada zaman sama.

Atmosfera itu jelas terpancar saat penterjemahan babak berlatar belakang Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura sekitar tahun 40-an. Lenggok badan dan pertuturan Ezany dilihat sukar menampakkan keserasian dengan gandingannya. Ada waktu, dia seperti kekok.

Malah, tidak ketinggalan, gayanya terlihat seperti dibuat-buat.

Tidak lekas melatah atau jauh sekali melenting dengan komen diluahkan buatnya, Ezany mengaku bahawa dia ingin terus memperbaiki diri pada pementasan malam-malam seterusnya.

"Sudah menjadi lumrah apabila pemain seni apatah lagi baru memijakkan kaki di gelanggang teater diberi beragam pandangan baik positif atau negatif.

"Saya sebenarnya ditawarkan melakukan pementasan ini pada saat akhir bagi menggantikan pelakon pada musim pertama.

"Pada mulanya, saya akui bimbang untuk peluang ini. Namun, kalau saya tidak sahut cabaran, maka saya akan menjadi seorang insan mengaku kalah sebelum berjuang. Semangat ini semahunya saya cuba elakkan sebagai pelakon.

"Kalau hendak dibandingkan dengan pementasan terdahulu, sesi latihan untuk saya kali ini agak singkat dengan tempoh dua minggu.

"Saya sepatutnya tidak menghadapi masalah bagi memupuk keserasian bersama Misha kerana kami sudah lama mengenali antara satu sama lain. Ia sebenarnya memudahkan lagi setiap adegan yang kami lakonkan.

"Begitupun, sebagai pelakon, saya ingin terus meningkatkan kualiti persembahan sambil memperbaiki beberapa kelemahan termasuk keserasian bersama Misha di atas pentas selepas ini," perlahan kata Ezany ketika ditemui pada malam pertama pementasan Muzikal Tun Mahathir 2 di Istana Budaya, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tidak hanya itu, selain Ezany, pelakon dan penyanyi jelita, Elly Mazlein yang kali pertama terbabit dalam teater berskala besar itu juga berdepan kesulitan tertentu semasa menginterpretasi lakonannya sebagai bekas wanita pertama negara.

Paling jelas, awal kehadirannya, Elly masih kurang fasih bertutur dalam loghat Kedah.

Terpaksa mencuri waktu panjang, Elly pada penghujung babak baru dapat menyerapi 'roh' Tun Dr. Siti Hasmah. Prestasi Elly dianggap kurang memuaskan berbanding lakonan pernah ditonjolkan Erra Fazira yang sebelum ini memegang karakter sama pada pementasan Muzikal Tun Mahathir sulung. Namun, percubaan berani wanita itu harus dipuji.

Dalam pada itu, Misha yang sebagai Dr. Siti Hasmah pada zaman remaja ditafsir tidak menghampakan.

Biar masih banyak aspek perlu dipelajari dalam asas lakonan, penyanyi berusia 29 tahun itu bagaimanapun berjaya memikat hati audiens dengan gaya bersahajanya. Sedikit sebanyak, Misha mampu mencurah impak buat teater muzikal itu.


KEMUNCULAN Misha mampu mencurah impak


Mengulas tentang individu mengepalai Muzikal Tun Mahathir, aktor tinggi lampai, Esma Daniel ternyata masih mengekalkan momentum pernah dipertontonkan sewaktu pementasan pertama tahun lalu.

Sebaik sahaja kelibatnya disaksikan di Panggung Sari, dia pantas sahaja meraih sorakan penonton. Justeru, pemilihan Esma sebagai Dr. Mahathir dirumuskan paling tepat.

Selain Esma, Ezany, Elly dan Misha, teater yang digarap oleh Rosminah Tahir dengan naskhah ditulis oleh Ismail Kasan itu turut diisi dengan penglibatan deretan nama pelakon popular tanah air.

Antaranya ialah Datuk Jalaludin Hassan, Azean Irdawaty, Diana Johor, Mazhar Mahathir, Zaifri Husin, Rosli Rahman Adam dan Nizam Yamim.

Dalam suasana peminat mula dilanda kebosanan beberapa babak disaluti pada teater muzikal itu, Sarimah Ibrahim yang membawa watak pencerita sebaliknya berjaya menghangatkan panggung dengan gelagat mencuit hatinya.

Malah, kemunculan figura itu umpama ditunggu-tunggu selepas muncul pada awalnya dengan persembahan bercorak humor.

Ditawarkan pengarah untuk membuat penampilan dalam 15 babak membuatkan penyanyi terkenal dengan lagu Kini Kau Tiada itu menggunakan kesempatan diberi dengan sebaik mungkin.

Bayangkan, dari awal kemunculan hingga penghabisan, dia membuatkan penonton ketawa dengan hanya dibantu kostum bersesuaian babak.

"Pengarah teater ini memberi sepenuh kebebasan kepada saya bagi menjayakan 15 babak. Semua adalah idea saya sendiri.

"Sekadar ingin berkongsi, setiap babak saya hasilkan skrip agar ia terlihat seperti drama pendek. Malah, saya menukar 15 helai pakaian semata-mata ingin menampilkan kelainan terhadap setiap satunya.

"Antara babak ditonjolkan termasuk pelajar berketurunan Cina yang jatuh cinta dengan Tun Dr. Mahathir sewaktu berada di institusi pengajian tinggi.

"Namun, tidak semua babak berunsur komedi kerana saya turut menampilkan sindiran menerusi perkahwinan campur,"jelas Sarimah yang pada awalnya dihambat gemuruh sebelum naik ke pentas.

Mengambil masa selama sembilan hari melakukan latihan, Sarimah mengaku saat diberitahu produksi CTRA Production untuk melibatkan diri pada Muzikal Tun Mahathir 2, jiwanya meluap-luap menyatakan persetujuan tanpa berfikir panjang.

Itu kerana darah merah mengalir dalam tubuhnya sentiasa dibalut dengan semangat kecintaan kepada Dr. Mahathir.


EZANY dan Misha mampu memberikan mutu lakonan yang lebih baik.


"Saya sebenarnya lebih suka berlakon. Namun, entah kenapa pengarah di negara ini jarang memberi peluang kepada saya dalam produksi mereka. Dengan pembabitan dalam Muzikal Tun Mahathir 2, saya ingin membuktikan kepada orang lain bahawa saya berminat menjadi pelakon. Tidak ramai yang tahu tentang kesukaan saya ini.

"Bercakap semula tentang teater ini, saya sempat melakukan kajian dan pemerhatian mengenai kisah hidup Dr. Mahathir. Paling mengejutkan, saya dapat idea menarik ini menerusi mimpi baru-baru ini. Ia sungguh tidak disangka," akui Sarimah yang juga menggayakan rambut palsu bagi memenuhi gaya seorang wartawan penyiaran kurang siuman.

Sepanjang dua jam setengah pelayaran teater muzikal itu, kesimpulannya bahawa bukan mudah untuk mengadaptasi pengkisahan tokoh tertentu.

Seantero dunia sedar kehebatan Dr. Mahathir yang punya relung kehidupan personal dan politik penuh warna. Fakta semata-mata ditafsirkan tidak mencukupi kerana ia bukan penyukat utama.

Meskipun ada sedikit sebanyak kehebatan figura berusia 85 tahun itu hilang dalam rantaian kisah hidup beliau yang semuanya hendak di bawa ke pentas serentak, hakikatnya, pujian harus dilayang buat seisi krew produksi Muzikal Tun Mahathir yang sanggup bergolok gadai merealisasikan teater bersejarah itu.

Muzikal Tun Mahathir 2 dipentaskan bermula 21 hingga 30 Januari ini pada pukul 9 malam.

Bagi peminat yang belum berpeluang menyaksikan karya yang mengangkat laluan negarawan terbilang dalam wadah seni itu boleh membeli tiket berharga RM32, RM52, RM82, RM102, RM152, RM302 dengan menghubungi talian 03-40265558 atau melayari www.ticket2u.biz.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Duet Cinta Laura, Guy Sebastian

Posted:

Duet Cinta Laura, Guy Sebastian

Duet Cinta Laura, Guy Sebastian


CINTA LAURA


WALAUPUN sibuk dengan dunia lakonan, artis muda yang juga baru muncul dengan album perdananya, Cinta Laura, kini tidak menunggu lama untuk sukses sebagai penyanyi.

Dia kini muncul dengan duet bersama juara Australian Idol 2003, Guy Sebastian menerusi lagu Who's That Girl yang menurut Laura, lagu tersebut sedang hit di negara kanggaru itu.

Menurut Laura, lagu tersebut berkisah tentang Guy yang sedang keluar bersama teman-teman terpaut hati dengan seorang gadis, dan gadis tersebut adalah Laura.

Selain berduet, mereka juga merencana untuk membuat video klip. Namun hingga sekarang video klip lagu tersebut masih belum dapat dilakukan kerana Guy terlalu sibuk. Mereka merencana video klip itu dibuat di Bali.

"Guy sekarang tinggal di Los Angeles dan dia sangat sibuk. Jadi apabila dia punya masa, begitu juga saya, barulah kami boleh melakukan video klip tersebut di lokasi yang kami rancang iaitu di Bali.

"Mungkin jika bukan bulan depan, klip ini akan dibuat pada bulan Mac. Kita tengok nanti macam mana," kata Cinta.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


'Kami masih dalam fasa awal'

Posted: 28 Jan 2011 06:47 AM PST

SEKIAN lama berteka-teki mengenai hubungannya dengan pengacara dan pelakon Qushairi atau Qi, penyanyi wanita popular masa kini, Yuna akhirnya memberi jawapan sebenar siapakah jejaka kacak itu di hatinya.

Dan sebenarnya... Qi tidak lain daripada teman lelaki yang paling istimewa dalam hidup Yuna ketika ini.

Lebih jauh daripada itu, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai, 23, mengharapkan hubungannya dengan Qi (disebut Chi), 34, itu akan berakhir dengan sempurna apabila sampai masanya nanti. Malah, Yuna juga tidak menolak sekiranya dia dan Qi bertemu jodoh kelak.

"Saya memang sangat 'boyish' dan semua kawan saya adalah lelaki termasuk pemuzik band dulu. Tapi, saya hanya anggap mereka seperti abang angkat saya saja. Kawan perempuan pula hanyalah Wawa (pengurus).


"Sekarang, Qi adalah kawan lelaki yang paling rapat dan istimewa dalam hidup saya. Saya selesa berkawan dengan Qi kerana kami ada minat yang sama dalam bidang muzik. Qi seorang yang 'cool', kelakar, khlas dan jujur dalam persahabatan.


"Memang beza umur kami jauh tapi minat kami cukup mendalam dalam bidang muzik walaupun genre muzik kami berbeza. Saya minat akustik dan Qi pula minat `house music'. Pada masa sama, hubungan kami juga direstui keluarga kedua-dua belah pihak. Semoga peminat doakan yang terbaik buat hubungan kami nanti," katanya.

Namun, buat masa ini, Yuna tidak mahu terlalu menghebohkan hubungannya dengan Qi kepada peminat.

"Hubungan kami masih dalam fasa awal lagi dan dalam proses mengenali hati budi lagi. Bukannya kami hendak berkahwin esok atau dalam tempoh terdekat ini. Perkara itu juga masih jauh lagi kerana saya sibuk dengan album baru dan Qi juga sibuk dengan kariernya. Banyak lagi perkara lain yang saya boleh cerita dengan peminat.

"Saya tidak mahu cerita peribadi diperbesarkan kerana perlu menjaga nama baik keluarga yang cukup rapat dalam hidup saya.

Pada masa sama, saya tidak mahu bila cerita seperti ini dihebohkan nanti peminat hilang fokus pada karier muzik saya. Hidup saya gembira ketika ini dan ingin fokus pada karier muzik yang dicintai ini," katanya.

Perkenalan Yuna dan Qi bermula ketika mereka sama-sama menjayakan program realiti Kamilah Bintang Coca-Cola pada tahun lalu. Hubungan mereka mula dihidu ramai apabila hadir bersama sedondon ketika Shout Awards!, di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur, November tahun lalu. Kedua-duanya juga sering dilihat bersama menghadiri beberapa majlis lain selepas itu.

Yuna ke New York bulan depan

DEMI merealisasikan impian menempa nama di persada muzik antarabangsa, Yuna terpaksa berjauhan dengan keluarganya selama beberapa bulan.

"Hubungan saya dan keluarga cukup rapat terutama nenek dan datuk malah keluarga juga menyokong karier muzik saya sejak dulu. Justeru, saya tetap meluangkan masa untuk berjumpa keluarga di Malaysia dua bulan atau seminggu sekali sekalipun sibuk dengan projek album dan persembahan di luar negara," katanya.

Kata Yuna, dia yakin muziknya diterima di peringkat antarabangsa.

"Saya juga sudah mengikat kontrak dengan syarikat Fader Label yang berpusat di New York sebelum Krismas, tahun lalu.

"Syarikat ini juga mempunyai beberapa artis antarabangsa yang lain bernaung di bawah pengurusannya. Mengikut kontrak, saya akan buat satu EP dan satu album dengan mereka," katanya.

Setakat ini, kata Yuna, dia sudah merakamkan 10 lagu untuk album barunya itu.
Insya-Allah, saya akan muncul dengan 3 lagu untuk EP (album mini). Tiga atau empat lagu ini untuk memperkenalkan nama saya di peringkat antarabangsa dan selepas itu, barulah saya akan muncul dengan album penuh pula.

"Saya juga sudah bersedia menembusi pasaran muzik antarabangsa berdasarkan impak yang saya terima daripada peminat di sana sebelum ini. Saya juga merakamkan album Decorate di Amerika Syarikat sebelum ini.

"Saya juga dapat maklum balas, orang sana juga suka lagu Gadis Semasa nyanyian saya dan mereka kata lagu itu bagus," katanya.

Yuna berkata, dia akan ke New York selepas menjayakan rakaman program realiti TV Yuna Inspired, di London selama empat hari pada awal Februari ini.

"Saya pernah bekerja di London dan merakamkan beberapa lagu di Kenselton Studios di sana. Dalam perjalanan, saya akan ke New York pula untuk buat rakaman album dan menjayakan persembahan sekali. Selepas itu, saya mungkin akan ke Los Angeles pula selama beberapa bulan seperti yang saya beritahu sebelum ini," katanya.

Ditanya sama ada dia akan membawa pemuziknya sekali, kata Yuna, dia memang ada perancangan ke arah itu.

"Buat permulaan, saya akan ke luar negara ditemani Wawa nanti. Pada masa sama, saya juga merancang untuk membawa pemuzik saya iaitu Paan atau Aidil sekali bersama-sama saya ke sana kerana mereka berada di sisi saya sejak hari pertama saya berkecimpung dalam bidang muzik lagi.

"Saya benar-benar ingin membawa mereka sekali ke sana bila keadaan saya sudah kukuh di sana," katanya yang bakal mengeluarkan jenama pewangi sendiri tidak lama lagi.

Teruja jayakan program sendiri, Yuna Inspired

YUNA Inspired cukup bermakna buat penyanyi berbakat besar Yuna kerana akhirnya mempunyai program realiti TV sendiri. Program sebanyak 24 episod ini memaparkan
perjalanan dan penerokaan muzik Yuna khusus sebagai penghargaan kepada peminat yang menyokong karier muziknya selama ini.

Berkongsi lanjut mengenai program itu, kata Yuna yang mengakui dirinya pemalu, mengakui tidak suka menjadi perhatian ramai pada peringkat awal.

"Semuanya berubah apabila ditawarkan penerbit untuk buat program ini. Saya juga tertarik untuk menjayakannya kerana ia bercerita mengenai latar belakang muzik saya serta perkembangan terkini karier muzik saya.

"Program ini menceritakan cinta saya yang mendalam pada bidang muzik dan mendedahkan aktiviti belakang tabir dan penerokaan muzik di London dan Amerika Syarikat," katanya.

Yuna ditemui pada majlis pelancaran Yuna Inspired Powered By DiGi, di Ampang, baru-baru ini.

Tambah Yuna lagi, program realiti TV itu membolehkan dia berinteraksi dengan peminatnya.

Katanya, antara aktiviti yang akan ditonjolkan dalam Yuna Inspired ialah sesi rakaman lagu dan beberapa persembahan bakal di jayakan di luar negara.

"Peminat juga berpeluang berinteraksi bersama saya di laman web dan menyertai pertandingan mencipta sebaris lirik lagu baru untuk saya. Pemenang terpilih berpeluang mendapat hadiah ke konsert rahsia saya nanti. Setakat ini, saya sudah merakamkan lapan episod daripada 24 episod dari penghujung tahun lalu di Kuala Lumpur," katanya.

Program realiti itu juga akan disiarkan menerusi laman sosial www.yunainspired.com pada 14 Februari, sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk mendekati dan berinteraksi dengannya. Program ini bakal disiarkan di saluran Astro Hitz TV (saluran 705) bermula 27 Februari depan.

PROFIL

NAMA SEBENAR: Yunalis Zarai
ASAL: Alor Setar, Kedah
TARIKH LAHIR: 14 November 1986
UMUR: 24 tahun
KERJAYA: Penyanyi, komposer dan duta produk
STATUS: Bujang
ALBUM: Decorate
PRODUK: Duta produk Libresse
PENCAPAIAN: Popstar Award, Break Out Award (Artis Baru), Ultimate Shout! Award; Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009; Pemenang tempat kedua, Anugerah Juara Lagu 2009 (AJL2009) menerusi lagu Dan Sebenarnya itu, Anugerah Industri Muzik ke-17 dengan memenangi empat anugerah iaitu Artis Baru Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Deeper Conversation), Lagu Pop Terbaik (Dan Sebenarnya) dan Lagu Terbaik (Dan Sebenarnya).
LAGU LAIN POPULAR: Cinta Sempurna, Gadis Semasa dan Penakut

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pinjaman dana bantu seni muzik

Posted: 28 Jan 2011 06:39 AM PST

MEMILIKI 190 ahli, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) terus cuba membantu ahlinya dengan membuka lebih banyak ruang bagi memasarkan produk seni, selain mencari jalan bagaimana menghasilkan karya terbaik dan menjaga hak cipta mereka agar tidak dicetak rompak sewenang-wenangnya.

Perkembangan teknologi dan pengkomputeran menyebabkan aktiviti rakam rompak kini lebih mudah dilakukan. Menerusi kajian dan pemerhatian dilakukan RIM sendiri, ada beberapa laman web menggunakan lagu dihasilkan karyawan tempatan tanpa kebenaran untuk menarik perhatian umum dan tidak kurang menyediakan aplikasi muat turun lagu ke telefon bimbit secara haram.

Jelas Pengerusi RIM, Norman Abdul Halim, antara tujuan RIM ditubuhkan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan ahli terutama membabitkan penghasilan karya dan pemasarannya.

Usaha dilakukan RIM sudah mula menunjukkan perkembangan positif. Pertamanya apabila Akta Hak Cipta 1987 digubal dan memberikan penekanan kepada undang-undang hak cipta membabitkan teknologi terkini seperti laman sesawang dan muat turun lagu ke telefon bimbit.


"Ia sudah dibentangkan kementerian terbabit. Perkara ini diperjuangkan RIM sejak lima tahun lalu dan insya-Allah keputusan pembentangannya akan diketahui Mac ini. Andai ia diterima, pasaran lagu dihasilkan akan lebih terpelihara dan pendapatan mampu dipertingkatkan. Inilah antara usaha kita dalam menyahut seruan kerajaan dalam menjadikan rakyat Malaysia berpendapatan tinggi, sekali gus membantu negara mencapai status negara maju," katanya.


Selain itu, RIM turut membantu ahlinya dengan menganjurkan seminar bersama Bank Simpanan Nasional (BSN), baru-baru ini yang diberikan mandat untuk menguruskan Dana Industri Kreatif yang diperuntukkan sebanyak RM200 juta oleh kerajaan sewaktu belanjawan negara yang dibentangkan tahun lalu.

Jelas Norman, industri muzik juga sudah banyak berubah apabila adanya pasaran secara digital. Kebanyakan artis bergerak sendiri dan tidak bernaung di bawah syarikat rakaman. Mereka ini turut menganggotai RIM.

"Kami percaya seminar ini sangat berguna untuk ahli kami kerana untuk menghasilkan produk (lagu) sendiri memerlukan modal. Malah belanja untuk mempromosikannya seperti menghasilkan klip video juga besar, atas alasan ini juga Dana Industri Kreatif amat berguna buat mereka. Diharapkan dana yang disediakan ini digunakan sebaik mungkin oleh mereka," katanya.

Kata Norman lagi, dengan adanya dana ini, penggiat seni dapat menghasilkan karya lebih bermutu terutama membabitkan klip video mahu dihasilkan. Ia penting bagi membantu mempromosikan lagu dihasilkan. Selain itu, ia boleh digunakan penggiat industri muzik untuk memperkembangkan lagi perniagaan dilakukan seperti membina sendiri studio.

Sementara itu, menurut Timbalan Presiden Industri Kreatif BSN, Mohd Som Abu, dana diuruskan bagaimanapun boleh diperoleh dalam bentuk pinjaman bagi menjaga
kepentingan ramai. Kelulusan untuk permohonan tidak terlalu ketat dan jumlah pinjaman boleh dibuat minimum RM50,000 dan maksimum RM5 juta.

"Bagaimanapun, sebelum pinjaman diluluskan, permohonan akan dinilai terlebih dulu oleh ahli jawatankuasa khas yang diketuai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Ini kerana kami di BSN tidak mempunyai kepakaran untuk menilai dari sudut teknikal. Begitupun, kami akan berusaha memastikan setiap permohonan dapat diluluskan," katanya.

Katanya, pembayaran balik juga tidak terlalu membebankan kerana satu mekanisma khas telah dibuat bagi memudahkan peminjam. Kadar bunga juga rendah iaitu dua peratus pada tahun pertama dan meningkat empat peratus pada tahun seterusnya sehingga pembayaran selesai.

"Ingin saya tegaskan ini adalah dana diberikan kerajaan dan bukannya pinjaman daripada pihak bank. Kita tidak akan mengenakan pembayaran sehinggalah tempoh karya dihasilkan dapat dipasarkan. Selepas itu, barulah bayaran bermula. Paling lama tempoh pembayarannya lima tahun. Bagaimanapun, sekiranya mereka tidak dapat membayar dalam tempoh itu, perbincangan dengan pihak bank boleh dilakukan," katanya.

Sepanjang dana ini diuruskan BSN, pihaknya sudah meluluskan tiga permohonan pinjaman dan salah satunya kepada produksi Teater Muzikal Tun Mahathir sewaktu ia pertama kali dipentaskan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Jumaat, 28 Januari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


(Gambar) Hero Malaya Aznil, Altimet, Imran Ajmain, Zizan & Ramai Lagi Serang Carefour Wangsa Maju

Posted: 28 Jan 2011 01:28 AM PST

Ketika kami update entri ini, 22 selebriti lelaki yang datang daripada pelbagai bidang seperti lakonan, nyanyian & pengacaraan sedang bertungkus lumus membuat aktiviti amal di Carefour Wangsa Maju. Seprais pun! Rata-rata pengunjung Carefour amat terkejut dengan kehadiran 22 selebriti lelaki ini yang muncul di depan mata mereka.

Hero Malaya yang didokong oleh Paknil, Altimet, Imran Ajmain, Zoey, Zizan, Alif Satar, Fadzley & beberapa artis yang lain merupakan usaha sama antara mereka untuk mengeratkan silaturrahim selain mengutip sumber kewangan untuk membantu orang yang telah dikenalpasti. (Rujuk artikel Apakah Hero Malaya?)

Kami tersenyum besar apabila peminat-peminat berkejar untuk merebut barangan yang dijual oleh Zizan Raja Lawak, siap ada autograf! Yah, jelas terpampang di wajah mereka kepuasan yang tidak terhingga apabila berjaya mendapatkan roti berautograf Zizan Raja Lawak. Teknik pemasaran paling champion!

Check pertama RM60000 telah diberikan kepada Bob Kuman untuk rawatan kesihatan dia.

Enjoice koleksi gambar #heromalaya bersama peminat selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Zahiril Adzim dalam Teater SHORT EYES

Posted: 28 Jan 2011 10:30 PM PST

Rumah Anak Teater (RAT) dengan kerjasama The Actor's Studio akan mempertunjukkan sebuah teater bertajuk SHORT EYES yang akan dipersembahkan dalam Bahasa Malaysia. Karya ini merupakan olahan dan diarahkan oleh pengarah muda berbakat, Fared Ayam dengan Nam Ron sebagai Pengarah Artistik.

Teater SHORT EYES ini akan dibintangi oleh pelakon-pelakon muda berbakat seperti Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Taiyuddin Bakar, Khairunadzwan Rodzy, Tayanithi, Khairil Ridzuan K'N, Kirin Muhamad, Hafizee Hatta, Xavier Fong, Nam Ron dan penampilan istimewa, Faisal Mustaffa.

Short Eyes merupakan satu drama yang menggambarkan kehidupan masyarakat yang minoriti. Segala yang berlaku mencerminkan dunia luar, yang juga mempunyai kepentingan penerimaan, nilai dan moral masyarakat. Walaupun kedua-dua dunia adalah selari, kepentingan-kepentingan ini adalah lebih tegas di dalam alam sebuah penjara.

shorteyes_TASTR_n_RAT

Dalam pementasan ini, kita melihat watak lelaki yang memikul beban, di mana dia mesti mendapatkan sesuatu hasil daripada apa yang dilakukannya. Sepertimana watak Omar menerangkan kepada Mr. Nett ketika dia diminta untuk berjanji supaya tidak bergaduh lagi "Saya tak boleh janji untuk perkara macam itu.. janji itu ikatan. Lelaki dalam penjara tak ada apa-apa selain janji, dan dia harus berjaga-jaga tentang siapa, bagaimana dan untuk apa dia bagi janji itu.. "

Apabila Clark Davis ditahan atas tuduhan pesalah seks kanak-kanak/pedofil (dan dia juga merupakan seorang lelaki kulit putih kelas menengah), tahanan-tahanan lain telah menganggap dan memandang itu sebagai kejam.

Sedangkan kumpulan tahanan ini sendiri yang menjalani hukuman mereka, yang berdasarkan tuduhan dan justifikasi masyarakat dunia luar.

Watak-watak dalam pementasan ini terdiri daripada tahanan-tahanan orang kulit hitam (afrika-amerika), bangsa Puerto Rico dan kulit putih. Mereka mempunyai cara mereka sendiri untuk bergaul sesama sendiri dalam masyarakat mereka sendiri dan juga untuk mencari jalan untuk melepaskan diri daripada terperangkap dalam kegilaan dan keserabutan mental, sama ada melalui kasih sayang, agama, keganasan, kepercayaan, dadah dan sebagainya. Short Eyes bukan hanya satu pementasan berkenaan kehidupan dalam penjara, tetapi sebenarnya memaparkan tentang realiti kehidupan sebenar masyarakat dunia luar.

Tarikh pementasan:
Full Dress Rehearsal: Rabu, 16 Mac 2011, 8.30pm
Show Time: Khamis, 17 Mac 2011 – Sabtu 19 Mac 2011, 8.30pm dan Ahad, 20 Mac 2010, 3pm

Tempat:
The Actors' Studio @ Lot 10, Kuala Lumpur
Roof Top, Level 8, Lot 10 Shopping Centre 50 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpu

Tiket :
Malam pratonton: RM15 untuk semua tempat duduk
Waktu Pementasan: RM35 (dewasa), RM25* (pelajar dengan kad pelajar yang sah dan OKU)
*Terhad kepada 60 tempat bagi setiap pementasan.

Sebarang tempahan tiket sila hubungi 03-2142009 / 0321432009.

Facebook Event Page, klik SINI

Untuk keterangan lanjut:
http://www.theactorsstudio.com.my
http://rumahanakteater.blogspot.com

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Zahiril Adzim, Nas-T, Hanis Kamal dalam Drama 6 Progresif
  • Filem KARAOKE Menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary
  • Teater Kompilasi Vol. 3 TANDA
  • Zahiril Adzim Dan Nas T Berlakon Drama Bersiri Waris
  • Kisah Lagenda Bawang Merah Bawang Puteh Versi Lelaki Dalam Merah Putih
  • Montage Drama Merah Putih Lagu KAU AKU Nyayian Aizat
  • Teater Legasi & Naturalisasi Dalam Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume II
  • Drama Merah Putih Lakonan Zahiril Adzim dan Ellyas Abdullah
  • Short Shorts Film Festival & Asia 2010
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Telemovie Cheongsam Untuk Ibu

    Posted: 28 Jan 2011 09:52 PM PST

    INSAF SEORANG ANAK DALAM TELEMOVIE CHEONGSAM UNTUK IBU KHAS TAHUN BAHARU CINA DI TV2

    Ibarat kata pepatah, sesat di hujung jalan balik semula ke pangkal jalan. Apatahlagi menjelangnya sambutan perayaan-perayaan yang pastinya mengajak kita sebagai manusia menyuntik kesedaran dalam diri untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan tanpa mengira kaum dan agama.

    Begitu juga kesempatan terbuka luas bagi anak-anak yang ingin memohon keampunan daripada ibu dan ayah atas keterlajuran yang dilakukan.

    Lalu dalam meraikan sambutan Tahun Baharu Cina pada 3 dan 4 Februari ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot Citra yang popular di kalangan penonton setianya dalam menyiarkan drama-drama sarat dengan pengajaran berguna untuk ditonton seisi keluarga pada 4 Februari 2011 (Jumaat) ini menyiarkan telemovie bertajuk Cheongsam Untuk Ibu, jam 10.00 malam di TV2.

    VLUU L100, M100  / Samsung L100, M100

    Membariskan pelakon Ng Hung Shen, Mandy Chong, Siti Fazurina, Rowena Lee, Erry Putra, Jovinia Jusmin, Satish dan Rosnah Johari, telemovie yang mengambil 'mood' perayaan Tahun Baharu Cina ini mengajak penonton menghayati watak Leong yang keliru dengan keinginan dirinya sendiri.

    Kerana desakkan perasaan mahu mengejar cita-cita di ibukota Kuala Lumpur, dia sanggup meninggalkan ibunya sendirian di kampung. Semuanya kerana semata-mata mahu meletakkan dirinya setaraf dengan teman-teman sekampungnya yang telah berjaya memperolehi pekerjaan mampu dibanggakan di Kuala Lumpur. Namun nasib setiap individu itu berbeza apatahlagi kerana hasratnya itu tidak mendapat restu orang tua.

    Plot drama ini bermula dengan memaparkan watak Mei Lan dan anak tunggalnya, Leong tinggal di sebuah felda. Mereka mengusahakan perusahaan kebun sayur.

    Setelah hanya mendapat gred 3 di dalam keputusan SPMnya, Leong tidak seperti kawan-kawan sekampungnya yang telah mengembangkan sayap masing-masing untuk menyambung pelajaran mereka atau mencari pekerjaaan di bandar-bandar besar. Hanya Leong yang tinggal di kampung, membanting tulang empat kerat dengan berkebun.

    Leong cemburu apabila melihat kawan-kawannya pulang ke kampung untuk bersama dengan keluarga masing-masing, membawa kereta atau motorsikal berkuasa tinggi. Bila berkumpul, Leong hanya mendengar cerita-cerita kehebatan hidup di bandar dari teman-temannya.

    Yang paling menyakitkan hati Leong ialah apabila Jenny, buah hatinya menjalinkan hubungan mesra dengan Tony yang pulang dari Kuala Lumpur dengang kereta besarnya. Jenny mula menjauhi Leong malahan mencemuhnya kerana tidak ada perkembangan dalam hidup. Sejak itu Leong nekad untuk ke Kuala Lumpur.

    VLUU L100, M100  / Samsung L100, M100

    Leong amat minat kepada muzik. Leong ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi pemain muzik handalan. Leong ingin mencari nama dan kemewahan sebagai pemuzik Mei Lan menentang kehendaknya. Mei Lan ingin Leong terus mengusahakan kebun sayur mereka.

    Bagi Mei Lan, pendapatan yang mereka dapat dari hasil kebun itu sudah cukup untuk menampung kehidupan mereka dua beranak tetapi itu tidak cukup bagi Leong. Jiwa remajanya mempunyai citarasa sendiri. Citarasa yang didorong oleh hawa nafsu dan hasutan kawan-kawan.

    Sejak Jenny bersikap dingin kepadanya, hasrat Leong untuk ke Kuala Lumpur mula membuak-buak di jiwanya. Dia ingin buktikan pada Jenny bahawa dia boleh menjadi lebih hebat dari Tony. Lalu Leong berhijrah ke Bandar meskipun tanpa restu Mei Lan. Mei Lan membawa rajuknya ke pusara mendiang suaminya, menumpahkan airmata kecewa dan kedukaannya di situ.

    Di Kuala Lumpur, Leong tiada arah hendak dituju. Bekalan duitnya semakin berkurangan. Leong menumpang tidur di to'kong untuk beberapa malam dan siangnya dia mencari kerja. Nyata hidup di ibukota tidak seindah yang dibayangkan. Kerana terlalu lemah, Leong tertidur di kedai jahit Aziah, pada suatu malam. Aziah terkejut menemui Leong yang terketar kesejukan, ketika dia ingin ke kedai jahitnya.

    Di situlah titik permulaaan perkenalan antara Aziah dan Leong. Aziah membantu Leong untuk mendapatkan pekerjaan di sebuah kelab malam tempat kawannya bekerja. Leong bekerja di kelab malam bukan sebagai pemuzik tetapi sebagai seorang pelayan. Leong tidak berjaya memenuhi cita-citanya untuk menjadi pemuzik.

    Menjelang Tahun Baharu Cina, Aziah bersetuju untuk menghantar Leong pulang dengan keretanya. Aziah juga memberi alasan bahawa dia ingin memastikan tubuh Mei Lan muat memakai cheongsam yang dibuatnya. Mei Lan sangat gembira dengan kepulangan Leong tetapi dia terkejut

    VLUU L100, M100  / Samsung L100, M100

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Farahdhiya di Green Cheongsam Showcase
  • Gambar Faezah Ilai dengan Green Cheongsam Salikin Sidek
  • Gambar Amanda Amani di Green Cheongsam Showcase
  • Gambar Erra Fazira di Green Cheongsam Showcase The Weld
  • Gambar Amber Chia di Green Cheongsam Showcase
  • Gambar Nasha Aziz di Green Cheongsam The Weld
  • Gambar Farhan di Green Cheongsam Showcase
  • Liyana Jasmay di Jelajah Era di Nilai, Negeri Sembilan
  • DUA TELEMOVIE KHAS MERDEKA DI HARI KEBANGSAAN KE-51
  • Telemovie Raya Cinta Terlepas Pandang
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.