Adsense

Jumaat, 28 Januari 2011

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Diana Danielle sah putus cinta dengan Farid Kamil

Posted: 27 Jan 2011 05:51 PM PST

diana danielleSedang kita dihangatkan dengan kisah perpisahan Fasha Sandha dan Jejai, Kini timbul pula cerita yang Diana Danielle juga sudah berpisah dengan Farid Kamil.. Kisah putus cinta Diana Danielle dengan Farid Kamil ni bermula apabila tweet daripada @cuitsikit membuatkan ramai orang tertanya-tanya kesahihan cerita tersebut..

Tweet yang berbunyi "Farid Kamil dah dump Diana Danielle! LoL. Deserves her right!" membuat ramai orang tertanya-tanya adakah benar gosip yang diperkatan itu.. Tapi akhirnya Diana Danielle sendiri telah membuat pengakuan melalui ohbulan yang mereka sememangnya sudah putus cinta dan Diana Danielle menegaskan punca perpisahan mereka tiada kena-mengena dengan orang ke-3..

"Saya dah buat keputusan untuk putus dgn Farid Kamil. FYI, saya tegaskan, tiada orang ke-3, tiada sebab-sebab "luar" & terlalu personal untuk dibincangkan."

MyGosip harap Diana Danielle dan Farid Kamil tabah menghadapi dugaan ini.. Tapi kami rasa apa ada hal kalau mereka berdua ni putus pun.. kedua-duanya sedang hot sekarang ni.. sekali petik jari, beribu-ribu yang datang..

gosip diana danielle putus cinta


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Respon Nora Danish selepas dikatakan menipu

Posted: 27 Jan 2011 05:01 PM PST

nora danishMenurut Nora Danish, dia amat terkilan apabila dituduh sebagai punca perpisahan Fasha Sandha dengan Jejai sedangkan Nora Danish tidak pernah masuk campur mengenai hubungan mereka.. Tambah Nora Danish lagi, hubungan Fasha Sandha bersama Jejai memang tidak mendapat restu keluarga Jejai sejak dari awal perhubungan mereka lagi.. Dan bukanya kerana hasutan dari Nora Danish..

"Saya memang terkilan bila dituduh sebagai penghasut, sedangkan semua orang tahu siapa bekas keluarga mertua saya. Tuan Seri dan Puan Seri adalah orang yang berpengaruh dan mereka golongan berpendidikan, jadi tidak mungkin saya boleh menghasut mereka dengan benda-benda sebegini.

"Dari awal lagi hubungan mereka memang tidak direstui oleh keluarga mertua, jadi jika hari ini mereka putus kerana tiada restu, itu bukan kerana mulut saya yang menghasut. Apa pun yang berlaku, adalah daripada mereka sendiri tanpa meminta sebarang pandangan daripada saya.

"Selepas berpisah, antara saya tidak berminat untuk mengetahui tentang hubungan mereka, dan saya selesa membawa diri saya sendiri daripada mencampuri hal percintaan mereka,"luah Nora melalui manggaonline.

Nora Danish juga menekankan yang dia tidak bermaksud untuk menipu mengenai tarikh sebenar perpisahan Fasha Sandha dan Jejai… Nora hanya berkata jujur setelah mengetahuinya daripada mulut Jejai sendiri…

"Saya hanya beritahu media, apa yang telah diberitahu Jejai. Dan saya tidak tahu ianya benar atau pun tidak, itu semua bergantung pada Jejai untuk bercerita benar ataupun tidak.

"Jejai yang memberitahu saya dan keluarga sewaktu di Jepun, katanya, dia sudah pun berpisah dengan Fasha sejak dua bulan lepas. Bukan saya yang sengaja meletakkan tempoh itu, jika dia (Fasha) rasa saya membuat kenyataan yang salah, itu bermakna Jejai memberitahu saya fakta yang salah. Saya tidak tahu, itu antara mereka, dan saya harap perkara itu juga tidak dikaitkan dengan saya,"

Info: manggaonline


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


(GAMBAR) Fasha Sandha Tunjuk Bukti Masih Berhubung Dengan Jejai

Posted: 27 Jan 2011 05:00 AM PST

Screenshot2011 01 27at111608AM Gambar: Fasha Sandha Tunjuk Bukti Masih Berhubung Dengan Jejai

Nampaknya Fasha Sandha menunaikan janji beliau untuk mendedahkan bukti tentang hubungan beliau dengan Rizal Ashram (Jejai) & membalas dakwaan Nora Danish.Fasha Sandha membuktikan yang mereka berdua masih berhubung sehingga pertengahan Januari lalu dan seolah olah menafikan hubungan mereka berakhir sejak Oktober 2010.

Screenshot2011 01 27at111745AM Gambar: Fasha Sandha Tunjuk Bukti Masih Berhubung Dengan Jejai

Di'bawah ini menunjukkan durasi perbualan antara Fasha Sandha & Jejai yang berlangsung hampir satu jam dan Fasha Sandha menafikan yang perbualan itu hanya bertanya khabar.

Screenshot2011 01 27at112318AM Gambar: Fasha Sandha Tunjuk Bukti Masih Berhubung Dengan Jejai

Kisah penuh : rotikaya

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Mayat untuk sarapan

Posted: 27 Jan 2011 04:54 AM PST

Ada sesiapa yang nak order mayat ni untuk sarapan? Jangan terkejut sebab mayat- mayat ni dibuat dari roti disebuah kedai roti di Thailand. Sila pilih sebelum order ye.

kalau tak cukup lazat sila sapu planta atau jem strawberry, confirm sedap!

sumber : amazingnara

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Lelaki ditangkap kerana gambar seks di Facebook

Posted: 27 Jan 2011 02:33 PM PST

CHICAGO – Seorang lelaki, Leroy Stephenson (gambar), 24, ditangkap selepas satu gambar yang menunjukkan dia melakukan hubungan seks dengan seorang gadis remaja disiarkan di Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.

http://cbschicago.files.wordpress.com/2011/01/leroy-stephenson.jpg?w=420

Dia ditangkap selepas seorang ibu membuat laporan bahawa satu imej anak perempuannya yang melakukan perlakuan seks disiarkan di laman Facebook.

Stephenson memberitahu beberapa penyiasat polis bahawa dia menjalin hubungan seks dengan gadis itu pada Februari 2010.

Ketika itu, gadis tersebut berumur 15 tahun.

Dia turut mengaku merakamkan gambar aksi seks mereka dengan menggunakan telefon bimbit pada Disember 2010.

Gambar itu disiarkan di Facebook selepas ia tersebar dalam kalangan sepuluh orang.

Facebook menarik semula gambar tersebut daripada disiarkan selepas keluarga gadis tersebut membuat aduan kepada pihak pengurusan laman sosial itu. – Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Farid Kamil & Diana Danielle Putus Cinta

Posted: 27 Jan 2011 09:27 PM PST

Sumber: OH BULAN


Kami tak endah seketika kisah putus cinta Fasha Sandha & Jejai untuk memberikan laluan kepada kisah putus cinta Farid Kamil & Diana Danielle pula. Ya, kami sudah faham anda sudah bosan dengan cerita pertelingkahan, dan mahu kan sesuatu yang lebih menjurus kepada kebahagiaan. Namun, jari kami tidak dapat menahan untuk memberikan laporan sensasi yang baru sahaja diterima sebentar tadi.

Ketika beramah mesra dengan follower OHBULAN!, pemilik akaun @cutisikit menerjah timeline dengan info yang mendebarkan dada. Kata empunya akaun, "Farid Kamil dah dump Diana Danielle! LoL. Deserves her right!". Satu ayat yang pendek & padat, meninggalkan 1000 tanda tanya.


OHBULAN! difahamkan, Farid Kamil ucapkan bye bye kepada Diana Danielle kerana lemas dengan perangai dia yang tidak matang. Pemberi maklumat menyatakan, Diana Danielle menunjukkan sikap kebudak-budakkan & merupakan gadis tipikal yang suka mencari gaduh ketika hubungan kedua-dua selebriti ini berlangsung. Fuh, kami nak percaya 100% pun ragu-ragu!

Kami berjaya mendapatkan respon Diana Danielle berkenaan kisah putus cinta dia & Farid Kamil, dan apa yang dinyatakan sedikit berbeza dengan spekulasi gosip, malam tadi.

Menurut Diana Danielle, "Saya dah buat keputusan untuk putus dgn Farid Kamil. FYI, saya tegaskan, tiada orang ke-3, tiada sebab-sebab "luar" & terlalu personal untuk dibincangkan."

Kemudian kami bertanya sama ada kisah keanak-anakkan seperti yang digosipkan oleh pemberi maklumat tersebut adalah benar atau tidak.

"Itu orang cakap. Saya tak nak comment tentang "cakap orang". Biarlah " – balas Diana Danielle yang tidak mahu memanjangkan lagi isu ini.

Setakat ini, kami kenal Diana Danielle sebagai aktres yang paling rajin melayan peminat & sopan membalas semua respon media. Mungkin inilah suratan takdir, jodoh semua di tangan tuhan. Kita merancang, tuhan menentukan. Apa pun, berikan sokongan 100% anda melalui twitter Diana Danielle.

google: farid kamil dan diana danielle, farid kamil dan diana danielle putus cinta, farid kamil dan diana danielle berpisah, kenyataan putus cinta farid kamil dan diana danielle, gambar farid kamil dan diana danielle, foto farid kamil dan diana danielle, farid kamil dan diana danielle bercinta, kontroversi farid kamil dan diana danielle, berita farid kamil dan diana danielle, gambar terbaru terkini farid kamil dan diana danielle

Riz (AF6) Tertanya-Tanya Kenapa Tidak Popular?

Posted: 27 Jan 2011 09:24 PM PST


PETALING JAYA: Selepas hampir tiga tahun menceburi bidang nyanyian, penyanyi Riz atau nama sebenar Mohammed Idris Mohd Zaizizi, 24, menyifatkan perjalanan kariernya yang masih terumbang-ambing itu mungkin disebabkan oleh faktor lagu dan rezeki.

Ujar naib juara Akademi Fantasia musim ke-enam (AF6) itu, walaupun sudah tampil dengan sebuah album penuh Bermula Semula pada hujung 2009, popularitinya masih suram sehingga hari ini.

Lebih memburukkan keadaan, satu demi satu lagu yang dihantarkan ke radio juga kurang mendapat sambutan.

Riz yang enggan menyalahkan mana-mana pihak bagaimanapun percaya keadaan itu mungkin disebabkan oleh faktor rezeki yang masih tidak memihak kepadanya, selain lagu-lagu yang tidak menepati selera pihak radio dan pendengar.

"Saya tidak salahkan mana-mana pihak tetapi ia mungkin berpunca daripada faktor rezeki dan lagu saya sendiri. Hendak kata saya tidak keluarkan lagu, saya sudah mengeluarkan album penuh.

"Hubungan dengan rakan media juga baik kerana saya masih mendapat sokongan daripada mereka.

"Namun, entah di mana silapnya sehingga hari ini tuah masih tidak menyebelahi saya," katanya.

Namun begitu, penyanyi yang kini mempertaruhkan lagu Khilaf ini enggan menyerahkan kalah.

Terbaru, Riz merancang untuk merakamkan dua buah lagu yang dibeli daripada Indonesia untuk projeknya akan datang.

Jelasnya, keputusan untuk membeli dua lagu tersebut bukan kerana dia tidak percaya kepada kredibiliti komposer tempatan tetapi semata-mata ingin bertukar angin dan menguji pasaran dan selera pendengar.

"Saya baru saja beli dua buah lagu daripada komposer di Indonesia untuk projek akan datang saya.

"Bukan kerana saya tidak yakin dengan sentuhan komposer tanah air tetapi sengaja ingin bertukar angin dan menguji respons pendengar dan industri apabila dua lagu itu diputarkan kelak," katanya.

google: riz af6, riz af6 facebook, riz af6 blog, riz af6 twitter, riz af6 myspace, riz af6 bio, riz af6 profile, riz af6 wiki, riz af6 biodata, riz af6 biography, gambar terbaru terkini riz af6, cerita terbaru terkini riz af6, gosip terbaru terkini riz af6, kontroversi riz af6

Tiz Zaqyah Tekejut Fasha Putus Cinta

Posted: 27 Jan 2011 09:22 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon wanita, Tiz Zaqyah yang pernah dikaitkan dengan kontroversi mempunyai hubungan dengan bekas pasangan kekasih Fasha dan Rizal Ashram Ramli (Jejai) memberitahu terkejut dengan berita tentang perpisahan itu.

Bagaimanapun, dia menganggap perkara tersebut adalah hal peribadi pasangan berkenaan dan tidak mahu dikaitkan lagi dengan kontroversi yang boleh menjejaskan namanya.

"Tipulah kalau saya kata tidak tahu tentang perkara itu sebab ia menjadi perbualan hangat beberapa hari ini. Ketika membacanya saya berasa begitu terkejut.

"Namun itu adalah hal peribadi mereka dan saya tidak mahu ambil tahu tentang perkara itu. Kalau boleh saya tidak mahu dikaitkan lagi dengan mereka," ujarnya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Drama Gemilang di Pusat Komuniti Bukit Damansara, din sini Rabu.

Sementara itu, Tiz turut menolak desas-desus pertunangannya dengan anak seorang VIP bernama Aizat Fikri dan kontroversi tinggal sebumbung dengan pelakon kacak Remy Ishak.

"Saya hairan bagaimana orang boleh kaitkan saya dengan seorang lelaki bernama Aizat itu sedangkan saya tidak pernah mengenalinya langsung, jika mereka ada bukti sila tunjukkan pada saya.

"Selepas itu gosip beli rumah dengan Remy Ishak dan dakwaan kami tinggal sebumbung ia tidak benar sama sekali. Saya masih duduk dengan keluarga saya dan seperti yang pernah saya beritahu Remy hanya kawan sepertimana kawan-kawan saya yang lain," ujarnya.

Jelas Tiz, dia menganggap apa juga kontroversi dan fitnah yang berlaku terhadap akan terbukti jika ianya tidak benar.

"Banyak kontroversi yang saya hadapi tapi saya percaya bahawa kebenaran akan terbukti," katanya yang tidak mahu dikenali sebagai pelakon kontroversi lagi.

Bercerita tentang watak dalam drama Gemilang arahan Khabir Bhatia ini, Tiz menganggap watak seorang guru bernama Asma merupakan sebuah watak yang agak berlainan dari drama yang pernah dilakonkan bi bawah arahan pengarah tersebut.

"Drama ini memerlukan saya menjadi seorang guru yang baik dan mencintai seorang lelaki. Saya suka drama Gemilang ini kerana dapat bekerja bersama pelakon-pelakon yang lebih kurang seusia dengan saya.

"Selain itu ia merupakan projek kelima saya bersama Khabir Bhatia selepas Nur Kasih, Nur Kasih The Movie, Keabadian Cinta, Tujuh Lagu dan Gemilang," katanya.

Drama berkisarkan nostalgia Malaysia pada lewat tahun 70-an ini disiarkan bermula 24 Januari lalu, setiap Isnin, pukul 9 malam di TV3.

Ia turut membariskan pelakon-pelakon ternama seperti Shahz Jaszle, Kamal Adli, Jalaluddin Hassan, Tasha Shilla dan ramai lagi.

David Teo Habiskan RM4.5 Juta Untuk Beri Hadiah

Posted: 27 Jan 2011 09:22 PM PST


PETALING JAYA: Syarikat produksi Metrowealth International Group of Company (MIG) mengeluarkan sebanyak RM4.5 juta untuk memberi hadiah kepada individu-individu yang menjayakan penerbitan filem dan drama di bawah syarikat itu pada malam penghargaan dan penyampaian bonus "1 Dekad, 49 Filem" yang diadakan di Hotel One world, di sini, Rabu.

Hadiah-hadiah yang diagihkan itu diberi sebagai tanda penghargaan dan menganggap keuntungan yang diperoleh harus dikongsi dengan semua yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis dan pihak media.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo, dia gembira kerana acara tahunan itu lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya memandangkan pihaknya meraih jumlah kutipan yang membanggakan iaitu sebanyak RM42 juta bagi 11 filem yang diterbitkan.



Shaheizy Sam menerima sebuah rumah Semi-D serta pakej umrah bernilai RM30,000.
"Ini satu pencapaian buat MIG dan pada malam ini anugerah itu dikongsi bersama kepada semua yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis, pihak media dan lain-lain.

"Bila kita berkongsi keuntungan yang diperoleh, rezeki kita akan lebih murah pada masa akan datang.

"Saya percaya, tanpa sokongan padu dari semua pihak, kejayaan ini tidak pasti menjadi nyata," katanya.

Pada majlis tersebut, pelakon Shahaizy Sam dihadiahkan sebuah rumah Semi-D dua tingkat dan pakej umrah bernilai RM30,000 untuk tiga orang.


Farid Kamil antara pengarah muda yang sedang meningkat naik dibawah naungan MIG.
Farid Kamil pula menerima wang tunai sebanyak RM30,000.

Dalam pada itu, Lisa Surihani dan Putri Mardiana masing-masing menerima wang sebanyak RM15,000, manakala Azad Jazmin, Angah dan Nora Danish menerima RM10,000 setiap seorang.

Pengarah Ngangkung, Ismail Bob Hasim pula dihadiahkan sebuah kereta mewah Toyota Alphard 3.5, diikuti pula dengan pekerja-pekerja MIG turut menerima sebuah rumah Semi-D.



David Teo dan Lisa Surihani
Sementara itu, Skim 10 Pengarah Muda MIG yang diperkenalkan tahun 2007 sehingga kini telah memperkenalkan tujuh orang pengarah muda iaitu Pierre Andre, Norliana Samsudin, Farid Kamil, Azhari Zain, Ismail Bob Hasim, Hashim Rejab dan Ahmad Rusli Mohd Khadri.

Enam di antara merka berjaya menghasilkan filem dan mencapai kutipan boxoffice.

Selain Lisa Surihani, Farid Kamil, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Adeline Tsen, MIG turut berjaya menguruskan artis-artis lain di bawah syarikat produksi itu antaranya Shaheizy Sam, Kamal Adli, Fizo Omar, Angah dan Along Raja Lawak.

Ia menjadikan keseluruhan jumlah artis naungan MIG sehingga kini mencecah hampir 50 orang.

Untuk tahun 2011 pula MIG akan terus menerbitkan filem yang antaranya ialah Kembar Siang, Kongsi, Keramat, Senario The Movie Ops Pocot, Sekali Lagi, 321 Cinta, Flat 3A, 8 Jam, Alamak, Toyol!, Pe3 dan banyak lagi.

Sharifah Shahira Sahkan Jadi Deejay Suria FM

Posted: 27 Jan 2011 09:20 PM PST


PETALING JAYA: Bagi memantapkan lagi stesen penyiaran mereka, Suria FM berjaya memancing pengacara popular Sharifah Sahira menjadi deejay stesen itu berkuat kuasa Isnin depan.

Sharifah Sahira atau lebih mesra dengan panggilan Shira akan digandingkan dengan Zizi dan Halim Othman untuk slot pagi, Suria Breakfast selama empat jam bermula pukul 6 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat.

"Ya, saya akan menjadi salah seorang penyampai radio Suria FM. Walaupun pertama kali bergelar penyampai radio, saya akan cuba melakukan yang terbaik mengikut cara tersendiri.

"Saya menerima tawaran ini kerana tertarik dengan Suria FM dan mahu mencuba nasib sebagai penyampai radio. Lagipun, Suria FM menghargai bakat saya. Jadi, saya rasa terharu dengan tawaran ini," kata Shahira.

Penyertaan Shahira dilihat untuk meningkatkan rating stesen itu sama seperti kejayaan Sinar FM yang turut mempertaruhkan tiga juruhebah mereka iaitu Khairil Rashid, Salih Yaacob dan Raja Azura bagi mengendalikan slot pagi.

Pengumuman tentang pelantikan Shahira sebagai penyampai baru radio tersebut akan diberitahu dalam satu sidang media khas: Breakfast@Suria Terbaharu di Studio V, One Utama, pukul 3 petang, Jumaat.

Menjawab dakwaan bahawa dia akan menjadi pesaing terdekat Raja Azura atau Kak Engku, Shira bagaimanapun menyerah segalanya kepada penerimaan pendengar.

"Saya bekerja untuk keluarga dan tidak menganggap kerja yang saya lakukan ini sebagai suatu persaingan kerana saya dan Kak Engku berkawan baik dan kami mempunyai stail masing-masing.

"Saya menganggap Kak Engku seorang penyampai yang terbaik," ujarnya yang menerima tawaran tersebut melalui panggilan telefon pada awal Januari lalu.

Tambahnya: "Saya tak berfikir panjang, selepas mereka memberikan tawaran untuk menjadi penyampai radio Suria FM, terus saya bersetuju. Saya ditawarkan menjadi penyampai radio secara kontrak selama setahun."

Dalam masa yang sama, Shahira berseloroh tidak dapat membayangkan bagaimana dia akan bangun seawal pukul 5 pagi untuk mengendalikan slot di awal pagi itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penyiaran, Suria FM, Yusry Abu Samah enggan mengulas tentang perkara tersebut sebaliknya mengesahkan stesen itu akan menerima penyampai radio baru yang juga seorang artis wanita popular dalam industri hiburan tanah air.

Kahwin Bukan Nak Tutup Status Seksual - Awal

Posted: 27 Jan 2011 08:53 PM PST


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Awal Ashaari,30, menjelaskan kekasihnya Scha Al-Yahya lebih tahu siapa dirinya yang sebenar serta hubungan yang mereka jalinkan.

Awal berkata, Scha juga bukan jenis individu yang mudah memeprcayai kata-kata dan juga tuduhan yang dilemparkan terhadapnya selama ini.

"Scha lebih tahu siapa diri saya yang sebenar. Itu adalah kepercayaan yang amat paling penting.

"Kami telah berkawan selama satu tahun setengah dan saya pasti dia bukan bodoh untuk menilai tentang diri saya," ulas Awal mengenai gosip dalam sebuah portal yang mengatakan dia hanya berpura-pura bercinta dengan Scha untuk menutup dirinya seorang gay.


Scha
Kata Awal, penampilannya sebagai seorang lelaki yang bergaya ataupun lebih bercirikan metroseksual mungkin menyebabkan sesetengah pihak tersalah anggap dengan statusnya itu.

"Sebelum ini ramai lagi artis lelaki yang dilemparkan tuduhan kononnya mereka adalah gay kerana gaya dan penampilan mereka tetapi terbukti tuduhan itu tidak benar.

"Kebanyakan mereka semua sudah berkahwin dan mempunyai ramai anak. Hanya kerana mengamalkan gaya hidup metroseksual tidak bererti gay," katanya selepas ditemui pada majlis pandu uji kereta model Honda CR-V di sebuah restoran di sini, Khamis.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah dia dan Scha ada berbincang mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya itu, Awal mengakui pernah berbicara mengenainya.

"Kalau ada pihak yang termakan dengan apa yang orang cakap mungkin sekarang Scha telah meninggalkan saya tetapi percintaan kami masih kekal," katanya yang baru selesai menjalani penggambaran program Rentak Bolly di India.

Pernah berangan-angan untuk mengakhiri zaman bujang sebelum mencecah usia 30 tahun, Awal berkata apabila saat itu tiba, keputusan untuk berkahwin bukan untuk menutup cakap-cakap masyarakat mengenai status seksualnya tetapi kerana kehendak diri sendiri.

"Saya tidak akan berkahwin hanya kerana ingin memberitahu kepada masyarakat bahawa saya lelaki tulen tetapi kerana kehendak diri saya sendiri.

"Saya tidak perlu buktikan bahawa saya bukan gay," katanya yang bakal mengacarakan program Fuhhh! musim terbaru di TV3.

Mengharapkan jodohnya dengan Scha panjang, Awal memberitahu apa yang diperkatakan oleh masyarakat mengenai status seksualnya adalah tidak penting kerana dia lebih mengetahui mengenai perkara itu.

"Saya tidak boleh menutup mulut orang lain untuk berhenti bercakap mengenai diri saya.

"Cukup keluarga,teman rapat dan Scha mengetahui siapa diri saya. Itu sudah memadai," katanya mengakhiri perbualan.

Shila Amzah Jayakan Persembahan Di Kazakhstan

Posted: 27 Jan 2011 08:52 PM PST


KUALA LUMPUR: Setelah 12 tahun berkecimpung dalam industri seni, buatpertama kalinya penyanyi Shila Amzah (gambar) akan menjayakan konsert di Kazakhstan bermula 30 Januari sehingga 5 Februari depan.

Shila merupakan satu-satunya artis Malaysia yang di undang untuk menyanyi di konsertAsia Star Session pada Festival Voice of Astana sempena temasyasukan 7th Winter Asian Games di negara itu.

Temasya itu merupakan sambutan ke-50 tahun acara sukan tersebut sejak pertama kali diadakan di New Delhi pada tahun 1951.

Pemilihan Shila ke Kazakhstan dilakukan oleh Performers & Artistes Rights (M) Sdn Bhd (Prism) agensi yang bertanggungjawab mengutip royalti persembahan artis di tempat awam.


Pengurus Besar Prism, Ong Peng Chu.
"Selaku pihak yang dilantik oleh jawatankuasa penganjur bagi memilih wakil Malaysia ke festival tersebut, kami melihat kecemerlangan vokal Shila dan kejayaannya menjuarai pertandingan Penang-Shanghai world Star Quest pada Mei 2008," kata Pengurus Besar Prism, Ong Peng Chudalam satu sidang media di Bora Ombak, Ampang, di sini, Khamis.

Shila akan berkongsi pentas bersama-sama penyanyi dari 45 buah negara seperti Korea Selatan, Jepun, China, Filipina dan negara-negara dari Timur Tengah.

Selain konsert Asia Star Session, festival itu turut merangkumi dua lagi acara besar iaitu konsert Klasikal dan Opera serta Moden dan Hip Hop.

Shila yang akan berlepas ke Kazakhstan Ahad ini akan ditemani oleh ibu bapanya dan wakil pihak Prism.

"Saya rasa teruja kerana akan membuat persembahan di hadapan ramai penonton dari luar negara. Saya akan membuat persembahan pada 3 Februari dengan memilih lagu Nirmala nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan sebuah lagu Inggeris yang belum diputuskan.

"Setakat ini, saya berlatih menyanyi lagu The Climb nyanyian Miley Cyrus dan I Drove All Night nyanyian Celine Dion.

"Selain itu, saya suka melancong dan ini merupakan kali pertama saya terbang jauh," katanya yang pernah membuat persembahan di Singapura.

Selain memperkenalkan lagu Malaysia di sana, anak kepada pelakon ND Lala ini akan menonjolkan budaya Malaysia dengan memperagakan pakaian daripada tiga pereka tempatan iaitu Faizal Azraf, Salikin Sidek dan Ariff Shukor.

"Sebagai persediaan sebelum ke sana, saya telah membuat latihan nyanyian selama sebulan dan tidak lepas bersenam selama 30 minit di rumah untuk mengekalkan stamina.

"Saya juga berharap kesihatan tidak terjejas apabila berada di sana walaupun sekarang ini sedang menghidapi selesema. Bagaimanapun, saya tetap mementingkan penjagaan hidung, telinga dan tekak. Doakankesihatan saya," ujarnya yang turut tampil dengan album 3 Suara gabungan bersama-sama Jaclyn Victor dan Ning Baizura.

Album tersebut akan dilancarkan pada 18 Februari ini di Solaris Dutamas. Kini, single pertama album tersebut berjudul Di Mana Di Mana telah diputarkan di radio.

Konsert Aznil Inspirasi Persembahan Sudirman

Posted: 27 Jan 2011 08:51 PM PST


PETALING JAYA: Selepas 21 tahun bertapak dalam bidang seni, pengacara Aznil Nawawi, 48, buat julung kalinya bakal mengadakan Konsert Hore Hore pada 12 Mac ini di Taman Tasik Titiwangsa, pukul 8.45 malam.

Konsert yang dianjurkan oleh RYE Production dengan kerjasama pihak Astro dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu berkonsepkan kekeluargaan dan ia diadakan sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Menurut Aznil, dia gembira kerana berpeluang mengadakan konsert tersebut kerana sebelum ini dia hanya sekadar mengendalikan sesebuah konsert sebagai pengacara atau artis jemputan.

"Saya bersyukur diberi peluang sebegini kerana belum pernah lagi seorang pengacara melakukan konsert sendiri. Tambah pula saya tidak pernah mengimpikan untuk mengadakan sebuah konsert.

"Walaupun tidaklah sehebat dengan konsert-konsert artis lain, saya tetap akan menghiburkan penonton dengan nyanyian serta lawak jenaka saya untuk memastikan konsert saya meriah.

"Setakat ini saya bersama pihak produksi ada membincangkan tentang kejutan-kejutan yang akan dibuat serta pecahan segmen dan salah satunya ialah segmen penghormatan untuk Allahyarham Sudirman," katanya pada sidang media acara itu di Bukit Kiara Equastrian Park, di sini, Khamis.


Aznil ketika sidang media Konsert Hore Hore, Khamis.
Tambah pengacara itu, dia juga ingin membuat beberapa gimik serta menempah kostum khas rekaannya sendiri.

Malah Aznil akan membuat latihan senaman untuk menguatkan stamina sebagai persiapan awal konsert tersebut.

"Saya menjadikan konsert Sudirman sebagai inspirasi saya dan mahukan satu kelainan dalam konsert ini agar ia akan diingati sampai bila-bila. Oleh itu saya akan menempah sebanyak 4 pasang baju menggunakan rekaan saya sendiri.

"Saya juga akan memaparkan keperibadian sebenar saya serta berkongsi cerita tentang susah senang saya dengan pendekatan yang tidak membosankan penonton," ujarnya.

Pada konsert tersebut Aznil juga akan menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti Toyol, Teramat Sangat, Jangan Cepat Marah serta beberapa lagu popular daripada penyanyi wanita dan muzik-muzik indie.

Selari dengan konsert tersebut, Karnival Hore Hore turut diadakan bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam.

Kaunter penjualan tiket boleh didapati di Istana Budaya, Pejabat Ticket2u di Taman Melawati, Hulu Kelang, Triways Travel Network KLCC, Sri Amera Holiday (Shah Alam dan Putrajaya), My Axis Travel (Shah Alam,Kinrara dan Klang) atau layari www.ticket2u.biz.

Untuk pertanyaan mengenai tempahan tiket, sila hubungi Yati Rahman di talian 019-6601195 atau Amir Hamzah di talian 019-3406832 atau 03-78850848.

Tiket dijual dengan harga dari RM15 hingga RM200.

Benarkah Qhaud AF7 Tidak Minat Menyanyi?

Posted: 27 Jan 2011 08:50 PM PST


KUALA LUMPUR: Bekas pelajar program Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) iaitu Qhaud yang semakin aktif di pentas lakonan menafikan sudah tidak berminat pada bidang nyanyian lagi.

Hampir dua tahun selepas AF7, kecenderungan pemilik nama sebenar Mohd Qhaud Abd Rashid itu menghiasi pelbagai drama televisyen, teater dan filem dilihat seolah-olah meminggirkan kerjaya nyanyiannya yang suram.

Menurut Qhaud, tawaran lakonan yang berterusan telah memaksa dia untuk menangguhkan seketika perancangan untuk muncul dengan lagu atau album sulung.

"Saya masih meminati nyanyian sebenarnya. Cuma buat masa ini, beberapa tawaran lakonan yang hadir menyebabkan saya tidak sempat untuk menumpukan perhatian pada perancangan mengeluarkan lagu atau album pertama.

"Bagaimanapun, seboleh mungkin saya akan cuba keluarkan album pertama atau sekurang-kurangnya sebuah lagu dalam tahun ini juga.

"Konsep lagu masih lagi saya usahakan untuk mencari kelainan buat peminat muzik," katanya yang ditemui selepas tayangan perdana filem Sini Ada Hantu di GSC Mid Valley, di sini, Rabu.

Bercerita tentang filem arahan James Lee itu, Qhaud mengakui pembabitannya dalam produksi filem tersebut sangat menyeronokkan walaupun gementar untuk berlakon.

Menjayakan watak sebagai pelajar sekolah bernama Yaakub, Qhaud mengakui tidak berdepan sebarang kesulitan atau 'gangguan' ketika penggambaran filem seram komedi itu.

"Saya seronok terlibat dalam filem ini. Sebenarnya ini bukan pengalaman pertama bekerja di bawah James.

"Sebelum ini saya pernah berlakon dalam sebuah telefilem di bawah arahannya juga. Dari situlah James menawarkan saya peluang ini.

"Walaupun ia filem seram tetapi saya tidak hadapi sebarang masalah atau 'gangguan' sepanjang penggambaran berlangsung," katanya yang turut terlibat dalam muzikal Terima Kasih Cinta yang bakal dipentaskan bermula 17 Februari hingga 6 Mac ini di Istana Budaya.

google: qhaud af7, qhaud af7 facebook, qhaud af7 blog, qhaud af7 twitter, qhaud af7 myspace, qhaud af7 bio, qhaud af7 biodata, qhaud af7 profile, gosip qhaud af7, filem terbaru qhaud af7,

'Carefree' Cari Wanita Untuk Jadi Pelakon

Posted: 27 Jan 2011 08:48 PM PST


PETALING JAYA: Jenama tuala wanita Carefree kini sedang mencari wanita muda yang berbakat untuk berlakon bersama-sama Scha Al-Yahya, dalam siri drama televisyen baru yang akan disiarkan pada bulan Jun ini.

Carefree Girl Bebaskan Bakatmu telah diumumkan semasa sidang media hari ini, di mana dutanya, Scha Al-Yahya sendiri mempamerkan lambang dan logo pencarian pelakon gandingannya.

Pencarian tersebut dikatakan sebagai "jalan pantas" untuk menjadi bintang dan Scha menyeru wanita berumur antara 18 hingga 35 tahun untuk menyertai sesi uji bakat yang akan diadakan di seluruh negara bermula akhir Februari ini.

"Pencarian bakat Carefree menawarkan peluang keemasan yang jarang dilakukan untuk wanita muda menjadi bintang televisyen dalam sekelip mata. Sekiranya anda seorang yang berbakat dan ingin menjadi seorang pelakon seperti saya, inilah cara mudah untuk mendapat peluang berlakon dalam siri drama televisyen," kata Scha.

Menceritakan hadiah-hadiah yang akan ditawarkan,Gadis Carefree bakal memenangi wang tunai RM10,000 serta produk itu.

Menurut Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson Malaysia, Stanford Guo, pihaknya sememangnya komited untuk memenuhi keperluan wanita supaya berasa segar sentiasa setiap hari tanpa perlu risau mengenai ketidakselesaan selain membolehkan wanita untuk meluahkan ekspresi dengan bebas.

Seiring dengan kepercayaan jenama ini, untuk melahirkan bakat wanita muda, idea mengadakan pencarian Carefree Girl Bebaskan Bakatmu diperoleh bagi mencari seorang gadis yang penuh semangat dan berkeyakinan untuk memainkan peranan dalam drama siri televisyen itu.

Pemenang pencarian itu nanti akan berpeluang berlakon bersama-sama barisan pelakon muda dan terkenal iaitu Scha Alyahya, Marsha Londoh dan Awal Ashaari.

Pencarian bermula dengan pusingan kelayakan untuk menjadi finalis melalui sesi uji bakat di seluruh negara yang akan diadakan pada bulan Februari dan Mac, diikuti dengan pencarian pada peringkat akhir di Kuala Lumpur, akhir bulan April.

Pemenangnya akan terus menerima latihan untuk mengambil peranan yang bakal dilakonkan sebelum memulakan penggambaran dalam produksi drama televisyen yang akan ke udara di Astro Ria pada akhir bulan Mei.

Sesi uji bakat di seluruh negara untuk pencarian ini akan diadakan di empat buah cawangan pasar raya besar Giant.

Ia Bermula di Giant Plentong, Johor pada 26 & 27 Februari seterusnya di Giant City Mall, Kota Kinabalu (6 dan 6 Mac) dan Giant Bayan Baru Butterworth, Pulau Pinang, (12 & 13 Mac).

Sementara di Selangor pula akan diadakan di Giant, Bandar Kinrara, 19 dan 20 Mac.

Terdapat dua cara untuk menyertai sesi uji bakat iaitu:

Pertama, beli pek permulaan Carefree dengan panty liner Ultra Thin & Super Dry bernilai RM8.90 atau panty liner Acti-Fresh & Healthy Fresh bernilai RM11.90.

Kemudian layari www.facebook.com/mycarefree atau dengan mencari "Pink Daisy". Melalui laman sosial itu, peserta berpeluang menghantar permohonan berpandukan syarat yang dinyatakan termasuklah menyertakan bukti pembelian dengan memuat naik imbasan atau foto resit.

Peserta juga dikehendaki menyertakan sekeping gambar sendiri yang terkini.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Zul Huzaimy tak dapat watak jahat

Posted: 27 Jan 2011 06:17 AM PST

SEAWAL promosi filem Haq terbitan KasihDia Pictures tahun lalu, ramai sudah memperkatakan mengenai watak Bad, lakonan Adi Putra yang beraksi panas dengan Zahra (Nanu Baharudin).

Fakta menarik pada majlis previu filem itu malam kelmarin, watak Bad juga sebenarnya turut menjadi idaman Zul Huzaimy yang memegang watak Haq. Namun, sebaik saja produksi memulakan sesi latihan, watak Bad diserahkan kepada Adi Putra.

Kata Zul Huzaimy, sebaik saja mendapat skrip filem itu, dia begitu inginkan karakter Bad yang berdengki dengan saudara lelakinya sendiri kerana memiliki kuasa luar biasa. Cemburu dan berasakan dirinya tidak disayangi keluarga, Bad kemudian melarikan diri. Kepulangannya, bagaimanapun menimbulkan seribu satu persoalan apabila dia juga memiliki kuasa luar biasa.

"Saya sukakan perjalanan cerita Haq. Awalnya saya minta produser untuk melakonkan watak antagonis itu, namun dia tidak setuju. Mungkin mereka rasa saya selalu membawakan watak sedemikian dan ada baiknya saya menjadi Haq. Sebagai pelakon, sudah tentu saya kecewa kerana tidak dapat melakonkan watak yang begitu kuat pada pandangan saya," katanya.


Begitupun, apabila latihan dilakukan sehinggalah selesai penggambaran, pandangan Zul Huzaimy terhadap watak Haq tiba-tiba berubah.


"Selepas menjayakan watak Haq, barulah saya nampak pandangan produser terhadap penampilan saya bagi watak itu. Watak Haq adalah seorang yang jujur," katanya.

Menyaksikan persembahan Zul Huzaimy, dapatlah dikatakan ia sama sekali tidak mengecewakan, malah dia mampu membawakan wataknya dengan berkesan terutama dalam babak pertarungan. Aksinya nampak kemas dan meyakinkan.

Jelas Zul Huzaimy, pengalaman membabitkan diri dalam filem aksi sebelum ini antaranya Anak Halal dan Kl Gangster, banyak membantu. Bagaimanapun, latihan masih perlu sebelum penggambaran agar semuanya nampak lebih hidup.

Zul Huzaimy juga tidak menghadapi masalah untuk bergandingan dengan pelakon lain terutama Adi Putra kerana mereka sebelum ini pernah bertemu dalam filem Anak Halal. Menariknya, dalam kedua-dua filem itu, mereka masih lagi menjadi seteru.

Sebelum ini sewaktu sedutan filem Haq ditayangkan menerusi laman web bagi mempromosikannya, ramai memperkatakan gaya maskulin Adi Putra yang asyik menayangkan susuk tubuhnya itu.

Melalui previu itu, aksi panas yang hangat diperkatakan sebelum ini bagaimanapun tidaklah sehangat mana. Cuma penampilan Adi yang kerap tidak berbaju menyebabkan banyak suara nakal menggelarkan dia sebagai simbol seks.

Secara keseluruhan, Adi mempunyai pandangan tersendiri mengenai Haq. Katanya, apa yang dipaparkan dalam Haq adalah fakta dan kenyataan. Ia memaparkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat masa kini.

"Contohnya, kalau kita tengok sekarang, banyak masalah sosial berlaku dalam masyarakat kita dan antara paling banyak berlaku sekarang adalah pembuangan bayi. Kita kena lihat perkara ini dengan lebih mendalam. Jadi, aksi saya dalam Haq adalah hendak menunjukkan bagaimana kejahatan Bad dan bagi menghidupkan lagi jalan cerita," katanya.

Mengulas aksinya yang berani, jelas Adi Putra, pada peringkat awal dia rasa gemuruh, namun atas rasa tanggungjawab bagi menjayakan watak itu membuatkan dia nekad melakukan yang terbaik.

Menyentuh mengenai kebanyakan babaknya yang tidak berbaju pula, Adi Putra akui pada peringkat awal dia rasa segan kerana harus menayangkan badan di depan kamera dan kru di lokasi.

"Namun mereka yang berlakon dalam Haq semuanya profesional, jadi lama-kelamaan perasaan segan itu hilang dengan sendirinya. Saya cuba memberikan yang terbaik untuk Haq," katanya.

Bercerita mengenai babak aksi , jelas Adi Putra, pernah satu ketika kerana ia menuntut begitu banyak tenaga, dia pernah hampir pengsan.

"Saya tidak tahu mengapa kerana sedang menjayakan babak itu kepala tiba-tiba berpusing dan rasa hendak pengsan. Mungkin waktu itu badan kurang gula. Tapi mujur ia berlaku seketika dan kerja penggambaran dapat dilakukan semula selepas berehat buat seketika," katanya yang harus melakukan latihan hampir setiap hari bagi adegan pertarungan.

Selain Zul Huzaimy, Adi Putra dan Nanu, turut membintangi filem ini, Raja Farah, Fatimah Abu Bakar, Zulkifli Ismail, Ammar Adli Mohamed Norin dan Airul Adli Mohamed Norin.

PROFIL

NAMA PENUH: Zul Huzaimy Marzuki
PANGGILAN: Zul Huzaimy
TARIKH LAHIR: 12 Disember 1978
USIA: 33 Tahun
TEMPAT LAHIR: Grik, Perak
KELULUSAN: Diploma Seni Persembahan, Akademi Seni Kebangsaan (ASK)
KERJAYA: Pelakon
FILEM: Haq, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Wayang, Senario The Movie: Episode 1, Anak Halal, Impak Maksima, Cinta Yang Satu, Syaitan, Remp-It, KL Menjerit, Lang Buana
DRAMA: Antaranya Ombak Laut Cina Selatan, Salam Sakaratul Maut, Kelab Wayang Gambar, Pantang, Salam Terakhir, Cinta Sang Gembala, Semanis Buah Ceri, Pusaraku Pelamin Ayah, 3 Dara, Kau Laksana Bulan, Lembrata Pak Lang Husin, Mentari Jingga, Bukan Aku Tak Cinta, Denai Berbisik
TEATER: Hamlet, Alang Rentak Seribu, Tengku Anum, Gedebe
PENCAPAIAN: Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-21

PROFIL

NAMA PENUH: Mohamed Hadi Putera Halim
PANGGILAN: Adi Putra
TARIKH LAHIR: 26 Februari 1981
USIA: 31 tahun
TEMPAT LAHIR: Singapura
KELULUSAN: Diploma Kejuruteraan Penerbangan, Institut Pendidikan Teknikal Singapura
KERJAYA: Pelakon, penyanyi
DRAMA: Haryati 2, Aku Cinta Padamu, Kelahiran Teristimewa, Akukah Tanggang, Mat Jenin, Mya Zara, Kala Hati, Na O Mei, Air Mata Salina, Emily, Cinta, Dakapan Senja, Kasih Relaku Pujuk
FILEM: Anak Halal, Akhirat, Histeria, Hanyut, KL Gangster
TEATER: Rubiah, Sri Mersing.
ALBUM: Kelahiran (2008)

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kenangan Shamrin Fotograf

Posted: 27 Jan 2011 06:09 AM PST

TANGGAL 11 November tahun lalu, industri seni tanah air dikejutkan dengan berita kematian vokalis kumpulan Fotograf, Mohd Shamrin Abdul Samad atau Shamrin, 46, yang rebah tiba-tiba ketika bermain bola sepak bersama rakan artis lain.

Sebelum kematiannya Allahyarham ada merakamkan satu single baru, Sekali Rindu Datang untuk peminatnya selepas sekian lama Fotograf menyepi diri. Single istimewa itu kini dimuatkan dalam album kompilasi The Best Of Shamrin And Fotograf.

Edaran Warner Music (M) Sdn Bhd, album pengubat rindu yang ditinggalkan Shamrin itu sudah berada di pasaran sejak 19 Januari lalu. Sebanyak 24 lagu dimuatkan dalam album itu dan pastinya ia menggamit memori lalu yang kini tinggal kenangan.

Penulis lagu terakhir yang sempat bekerjasama dengan Allahyarham, Nik Nizam Jaafar, 41, yang hadir pada sesi fotografi di Balai Berita, baru-baru ini berkata, ia adalah kerjasama pertama antaranya dengan arwah yang disifatkan mesra orangnya.


Menurut Nik Nizam, lagu Sekali Rindu Datang diciptanya khusus untuk Allahyarham Shamrin kerana ia sesuai dengan vokal arwah yang lunak dan lantang. Malah, lagu itu akan mengingatkan peminat pada zaman era kegemilangan kumpulan Fotograf .


"Single bergenre balada ini ada persamaan dengan lagu dalam album terdahulu Fotograf seperti Di Alam Fana Cintamu dan Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal yang menjadi siulan ramai sehingga sekarang. Ia nyata cukup dekat dengan jiwa peminat.

"Arwah merakamkan single ini pada November 2009 dan saya sebenarnya tak sangka Shamrin sudi menyanyikannya. Namun, dia turut meminta elemen muzik 90-an dimuatkan dalam lagu ini kerana bersesuaian dengan cita rasa peminat Fotograf.

"Malah, Shamrin juga berpuas hati dengan lagu Sekali Rindu Datang ini. Cuma, saya sangat sedih kerana pada saat album kemunculan semula Shamrin berada di pasaran, arwah sudah dijemput Ilahi. Segala kerja keras kami selama ini tidak dapat dikongsi bersama.

"Apapun, itu sudah ketentuan hidup arwah dan saya doakan rohnya dicucuri rahmat di sisi Yang Maha Esa. Selain itu, saya turut berharap album kompilasi ini akan mendapat sambutan baik dan menggalakkan di pasaran daripada peminat Fotograf," katanya.

Ditanya apakah lagu itu memang diciptanya khusus untuk arwah, Nik Nizam berkata, sebaik melodi Sekali Rindu Datang diperoleh, dia terus membayangkan vokal Shamrin. Katanya, dia pun menemui Shamrin untuk berbincang dan memperdengarkan lagu itu.

Menyentuh pertemuan terakhir dengan arwah, ujar Nik Nizam, dia bertemu Shamrin sebulan sebelum Allahyarham meninggal dunia. Jelasnya, ketika itu memang tidak nampak sebarang perubahan ke atas diri arwah dan dia juga sihat.

"Saya tidak pernah tahu atau melihat arwah sakit sepanjang kami bekerjasama merakamkan album ini. Malah, kami pernah berbincang untuk membuat aktiviti promosi dan publisiti bersama berikutan bergerak sendiri dan tiada syarikat rakaman.

"Banyak yang sudah kami rancang, tetapi kini semuanya saya harus teruskan sendiri. Saya sangat berterima kasih kepada Warner Music kerana menjadi pengedar album ini. Klip video lagu Sekali Rindu Datang juga sudah dihasilkan pada Mac 2010," katanya.

Bertugas sebagai pemuzik orkestra di Istana Budaya, Nik Nizam berkata, dia sudah lama terbabit dalam penciptaan lagu.

Katanya, selain mencipta lagu untuk penyanyi arus perdana, dia juga menghasilkan lagu patriotik seperti Malaysiaku Gemilang.

Antara lagu dimuatkan dalam album kompilasi istimewa ini, Janji Kekasih, Keliru Dalam Rindu, Kalimah Cinta, Nyata Kasihku, Pelangi, Di Alam Fana Cinta (duet dengan Datuk Sharifah Aini), Ke Pintu Kasihmu, Terlena Dalam Jaga dan Nafas Kekasih.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Gadis bertudung di Hollywood

Posted:

Gadis bertudung di Hollywood

Gadis bertudung di Hollywood



PUAS dia bersembunyi dengan teki-teki sebenarnya, biarpun pada awal tahun ini dia sudah seakan-akan mengiakan kepada pihak media akan hubungan cintanya itu.

Namun kelmarin, Yuna akhirnya secara rasmi mengakui hakikat bahawa pengacara dan aktor utama drama bersiri popular Blogger Boy, Qushairi Razali atau Qi merupakan insan yang paling istimewa dalam hidupnya.

Sinar kegembiraan jelas terpancar pada seraut wajah gadis manis itu ketika bertentang mata dengannya di Restoran Spasso Milano, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, kelmarin.

Pelantun lagu Cinta Sempurna itu memberitahu, faktor keserasian yang terjalin antara mereka terutamanya minat mendalam bidang muzik merupakan punca penghubung yang mengeratkan lagi ikatan antara mereka berdua.

Menyedari ramai yang membuat spekulasi mengenai hubungannya bersama jejaka berusia 34 tahun itu, Yuna, 25, bukan mahu menafikan fakta tersebut, namun jujur dia mengakui tidak selesa untuk berkongsi cerita berkenaan perkara itu memandangkan antara mereka masih lagi dalam fasa mengenali hati budi.

"Kami memang sangat rapat dan saya memang tak berapa selesa nak cerita sangat kerana kami masih dalam proses mengenali.

"Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa depan jadi sebab itu saya takut nak bercerita dan saya juga perlu menjaga nama baik keluarga kami berdua," tutur Yuna yang menyambung kontrak sebagai duta tuala wanita Libresse untuk tahun kedua.

Menyingkap episod perkenalan mereka yang sudah menjangkau tiga bulan itu, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai memberitahu, perkenalan antara mereka terjadi apabila masing-masing terlibat dalam program terbitan TV9, Kawanku Bintang Coca-Cola.

Hubungan mereka terbina selepas Qi berpisah dengan pelakon dan pengacara, Julie Woon yang pernah bergandingan dengan Qi menerusi drama bersiri, Blogger Boy.

Keakraban mereka mula dihidu media sejak kedua-duanya hadir bersama dengan berpakaian sedondon pada Shout! Awards, di Bukit Jalil Kuala Lumpur, November tahun lalu.

Malah, kedua-dua mereka sering dilihat bersama menghadiri beberapa majlis lain serta di tempat umum dan yang terbaru, mereka juga dilihat bersama-sama di Plaza Low Yat, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur Selasa lalu.

"Ibu bapa kami sudah merestui hubungan ini dan doalah yang terbaik untuk kami. Tapi dalam masa terdekat perancangan untuk kahwin memang masih belum ada memandang saya sangat sibuk dengan projek album dan sebagainya," katanya yang akan terlibat dengan program berjudul Astro Hitz Yuna Inspired Powered by DiGi yang akan membawa diri dan muziknya ke Hollywood.

Kalau dilihat dengan teliti sememangnya muzik yang menyatukan mereka sementelah latar belakang Qi yang merupakan bekas pemain drum band popular, OAG.

"Saya suka dia sebab dia seorang yang tenang serta menghormati orang di sekelilingnya," ungkapnya.

Malah, Yuna tidak menolak sekiranya Qi adalah jodohnya tetapi dalam masa menafikan Qi melamar untuk mengahwininya dalam masa terdekat ini.


YUNA berjaya meyakinkan banyak pihak terhadap kredibilitinya dalam bidang muzik.


"Kalau ada jodoh, Insya-Allah, doakan kami. Namun, belum ada perancangan untuk kahwin kerana misi saya dalam memperjuangkan muzik baru sahaja bermula," jelasnya.

Ketika ditanya adakah dia akan menerima sekiranya Qi melamarnya untuk berkahwin, seperti berkias, Yuna pantas menjawab: "Qi juga mempunyai cita-citanya dalam bidang muzik."

Jojo Struys

Kehadiran Yuna di persada seni tanah air tempatan harus diakui telah mengubah iklim industri muzik tanah air.

Di kala pasaran muzik semakin suram, kemunculan gadis manis dengan imej bertudung ini pantas menarik perhatian ramai.

Usianya dalam muzik arus perdana baru setahun jagung tetapi populariti dan pengiktirafan yang diberikan kepadanya setaraf dengan penyanyi ternama sedia ada.

Gadis yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini sudah pun menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Feder Label dan bakal merakamkan lagu-lagu terbarunya di Kensaltown Studio.

Justeru, untuk berkongsi bersama para peminatnya, pengacara terkenal Jojo Struys akan mengarah sebuah program TV dan juga akan dimuatkan ke laman sesawang www.yunainspired.com mengenai perjalanan karier Yuna.

Program berjudul Astro Hitz Yuna Inspired Powered by DiGi itu akan memuatkan lagu terbaru dan muzik video penyanyi yang juga sedang popular dengan lagu Gadis Semasa itu.

Bagi Jojo, ini merupakan projek istimewanya yang pertama kali menjadi pengarah program TV. Menurutnya, program tersebut dibuat bagi menunjukkan fenomena nyanyian Yuna yang begitu berpengaruh dan berbakat dalam industri muzik tanah air dan turut terkenal di luar negara.

"Program itu akan menampilkan kerjasama Yuna dengan peminatnya dari Kuala Lumpur ke London dan New York sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur," katanya dan menambah program tersebut akan disiarkan menerusi 24 episod.

Program ini dibuat khusus untuk para peminat Yuna yang boleh turut sama mencipta lagu iaitu dengan membantu Yuna menyiapkan lirik lagu terbaru Yuna yang akan disiarkan melalui lawan sesawang.

"Saya akan meletakkan satu versi lagu dan akan meninggalkan satu ayat untuk dicipta oleh peminat yang boleh dihantar melalui laman sosial Facebook atau Twitter. Setiap minggu saya akan memuat naik satu versi dan para peminat boleh memberi cadangan sebagai inspirasi untuk saya menyiapkan lagu tersebut," kata Yuna.

Program itu membuka peluang buat peminat Yuna untuk memenangi hadiah mingguan antaranya hadiah istimewa dari Canon, sebuah gitar tajaan The Guitar Store yang akan ditandatanganinya, serta hadiah istimewa iaitu tiket konsert istimewa Yuna yang akan diadakan selepas tamatnya projek tersebut.

Selain itu, mereka juga berpeluang untuk muncul dalam muzik video Yuna.

Projek yang mendapat tajaan dan sokongan DiGi, Canon dan Malaysia Airlines selaku penerbangan rasmi Yuna ke Hollywood ini merupakan projek pertama Yuna yang akan berkolaborasi dengan para peminatnya.

Yuna yang sememangnya teruja dengan projek ini berkata, ia merupakan peluang keemasan buat dirinya untuk memasarkan dirinya bukan di dalam dan di luar negara.

Program yang akan diterbitkan oleh Kyanite Sdn. Bhd. itu akan mula disiarkan melalui www.yunainspired.com secara langsung selama lima minit mulai 14 Februari ini dan akan mula disiarkan di Astro Hitz bermula 27 Februari.


YUNA dan Jojo Struys (dua dari kiri) yang bakal bertindak sebagai pengarah program, Astro Hitz Yuna Inpired By DiGi.


Cipta minyak wangi

Di kala namanya kini yang berada di puncak glamor, Yuna bakal muncul dengan semburan minyak wangi ciptaannya sendiri.

Yuna yang kini gemar menggunakan minyak wangi Fobidden Affair keluaran Anna Sui mengakui dirinya sangat obses terhadap minyak wangi.

"Idea untuk mencipta minyak wangi ini muncul ketika saya hendak membeli minyak wangi.

Ketika itu saya yang tidak tahu jenama minyak wangi apa (yang hendak dibeli) dan saya sekadar berkata (pada diri sendiri) alangkah indahnya jika ada minyak wangi sendiri.

"Idea yang bodoh-bodoh ini akhirnya berjaya juga selepas saya dan Wawa (pengurus peribadi) berjaya menarik minat sebuah syarikat kosmetik dari Jepun yang bersetuju dengan cadangan kami," katanya yang akan memasarkan minyak wangi tersebut selepas selesai projek muziknya itu.

Minyak wangi yang masih belum dinamakan lagi itu akan dikeluarkan dalam dua versi iaitu yang menampilkan haruman gabungan bauan buah-buahan (fruity) dan gula-gula (candy) dan yang menggabungkan elemen bauan segar (fresh) dan sejuk (cool).

Ditebak, adakah dia melancarkan pelbagai projek sebagai mengambil peluang keemasan tatkala namanya yang sedang hangat ketika ini, Yuna jujur mengakui akan hal itu.

"Ya, memang saya gunakan kesempatan ini untuk expose (meraih pendedahan) semua, tapi bukan main rembat. Saya pilih (projek) mana yang bersesuaian sahaja," tegasnya yang masih mengutamakan bidang muzik walaupun mempunyai projek sampingan yang lain.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Lady Gaga nak tunang

Posted:

Lady Gaga nak tunang

Lady Gaga nak tunang


LADY GAGA


LADY GAGA ingin bertunang! Itu berita terbaru mengenai penyanyi berimej pelik tersebut. Gaga dikatakan akan bertunang dengan bekas kekasih yang kini kembali bercinta dengannya, Luc Carl.

Gosip tersebut begitu kencang diperkatakan selepas Carl berpindah ke kediaman Gaga di Bel Air.

Menurut laporan Daily Star, pasangan yang pertama kali berpacaran empat tahun lalu, sebelum Gaga menjadi terkenal pada tahun 2008 itu akan bertunang segera.

Hal itu disahkan oleh beberapa teman kedua-dua mereka dengan mendakwa pengumuman pertunangan mereka akan dibuat sebelum Gaga melancarkan album terbarunya pada 13 Februari nanti.

Bagaimanapun menurut sumber itu, walaupun sudah bertunang, mereka tidak terburu-buru untuk berkahwin.

"Dia dan Carl tidak akan terburu-buru mengumumkan tanggal pernikahannya. Bahkan Gaga masih belum punya cincin pertunangan, kerana Carl tak mampu membelinya," ujar salah seorang teman dekat pasangan tersebut.

Gaga kembali memberi peluang kedua kepada Luc yang curang kepadanya pada tahun lalu untuk menyambung semula cinta mereka. Tindakan tersebut dilakukan Gaga kerana penyanyi itu dikatakan terlalu mencintai lelaki tersebut.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Signifikan Anugerah Seri Temasik

Posted:

Signifikan Anugerah Seri Temasik

Signifikan Anugerah Seri Temasik

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my


MAJLIS Malam Gala Seri Temasek 2011 akan diadakan pada 5 Februari ini di Singapura.


SEJARAH perkembangan filem Melayu yang satu ketika dulu giat dijalankan di Singapura sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an telah mencetus perkembangan industri filem Malaysia.

Justeru, bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan seniman dan seniwati Malaysia dan Singapura dalam industri filem kedua-dua negara, buat julung-julung kalinya, Majlis Malam Gala Seri Temasek 2011 iaitu satu majlis yang akan mengumpulkan semua karyawan filem dari kedua-dua negara ini sama ada veteran dan baru bakal diadakan.

Dianjurkan oleh Majlis Pusat Singapura dan Hann's Entertainment dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), bakal berlangsung pada 5 Februari depan di Hotel Fairmont, Singapura.

Penasihat Anugerah Seri Temasek, Datuk Mustapha Ma'arof berkata: "Perjuangan legenda-legenda seniman Malaysia sebenarnya banyak bermula di Singapura di mana kami mula belajar dan mula menghiburkan rakyat dengan filem.

Anugerah ini sememangnya berkait rapat dan signifikan dengan sejarah perkembangan filem Melayu yang satu ketika dulu giat dijalankan di Singapura sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an.

Sebanyak 32 anugerah disediakan untuk Anugerah Seri Temasek membabitkan empat trofi untuk Anugerah Lagenda Seri Temasek, Anugerah Seri Temasek (14), Anugerah Gemilang Seri Temasek (3), Anugerah Harapan Seri Temasek (3), Anugerah Pencapaian Seri Temasek (7) dan Anugerah Khas Seri Temasek (1).

Mengulas lanjut mengenai kriteria penerima setiap anugerah, Mustapha berkata, calon tersebut dipilih oleh jawatankuasa berdasarkan latar belakang dan pencapaian artis veteran dan juga artis muda dalam bidang seni perfileman.

Sementara itu, Mohd. Zulkifli berkata, penganjuran anugerah itu di Singapura sangat bertepatan dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Singapura dalam pelbagai bidang termasuk industri perfileman.

Idea mengadakan Malam Gala Seri Temasek 2011 ini timbul selepas melihat kejayaan Seniman menganjurkan majlis seumpamanya di Kuala Lumpur dan Kuching, Sarawak selain bersama karyawan Indonesia di Jakarta.

Sementara artis Malaysia, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan deejay popular Singapura, AB Shaik akan mengacarakan majlis malam tersebut.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.