Adsense

Sabtu, 22 Januari 2011

Celebrity News

Celebrity News


Filem Baru : Sinopsis Momok Jangan Panggil Aku ( 5 Mei 2011 )

Posted: 22 Jan 2011 08:46 AM PST



Pengarah : M.Jamil Syarikat Penerbit : Galaksi Seni Sdn. Bhd. Bahasa : Bahasa Melayu kategori : Filem Cereka Genre : Seram Tarikh Tayangan : 05 Mei 2011 Durasi : 104 min Audio : Stereo



Sinopsis:

Ramlee menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan. Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang dialaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti.
Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah diselang-selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku.

Kebosanan dalam perjalanan bertukar menjadi satu perjalanan yang menimbulkan rasa seram. Mereka terserempak dengan realiti cerita seram di lebuhraya apabila berselisih dengan kereta yang tidak berpemandu. Mereka juga telah melanggar imej misteri yang membuat mereka terpaksa membuat laporan di Balai Polis.
Mereka bertambah bingung apabila pihak polis memberitahu terdapat 5 aduan yang sama tetapi tidak menemui tubuh yang dilanggar. Di tengah perjalanan mereka turut menumpangkan seorang gadis yang bernama Ita dan seorang lelaki misteri yang hanya dipanggil Abang Long.

Tujuan mereka bertiga menumpangkan Ita dan Abang Long adalah bertujuan untuk menemankan mereka yang ketakutan dalam perjalanan memandu. 

Namun kehadiran Abang Long dan Ita telah menambahkan curiga kepada mereka bertiga. Mereka telah menurunkan Ita di sebuah rumah yang berhampiran dengan kawasan perkuburan manakala Abang Long akhirnya menemankan rakan bertiga ini untuk menuju ke destinasi mereka di Pahang. Setelah didesak oleh Qaseh, Pak Long turut menceritakan cerita seram kepada Qaseh sebagai bahan novelnya. Dalam perjalanan, Ramlee sekali lagi menerima panggilan dari Aziz dan menyuruh beliau segera untuk sampai ke kampungnya. Mereka bertiga sedikit kehairanan dengan sikap Aziz yang menyuruh mereka segera sampai walaupun majlis diadakan lewat pagi. Insiden menyeramkan muncul ketika mereka berhenti rehat di sebuah gerai di tepi lebuhraya yang mereka lalui.

Mereka sampai ke kampung Pulau Rusa Pahang menjelang subuh dan tercari-cari simpang ke rumah Aziz ketika itu mereka telah diganggu `hantu' yang mengakibatkan Ramlee dan Sudin pengsan . Hanya Qaseh yang agak berani dan cuba merakamkan imej 'hantu' dengan lensa kameranya. Abang Long juga telah ghaib entah ke mana. Menjelang pagi mereka terus mencari simpang ke rumah Aziz. Mereka berjumpa Aziz di simpang jalan dan Aziz telah menunjukkan arah ke rumahnya. Namun apabila mereka sampai ke rumah Aziz satu misteri telah terungkap… Misteri yang mengakhiri destinasi Ramlee, Sudin dan Qaseh. Siapakah Ita, Abang Long dan Aziz yang sebenarnya

Info : Sinemamalaysia

Story : All Free !!

Posted: 21 Jan 2011 08:24 PM PST

Satu hari samad telah membawa anaknya berjalan-jalan di bandar. samad seorg ayah yg penyayang tapi beliau juga sorang yg amat kedekut. kalau boleh semua benda dia nak free aje... so, dah penat berjalan seharian samad pun membawa anaknya ke sebuah gerai ditepi jalan. lalu dtg la pelayan utk mengambil order.

pelayan: nk minum aper bang?
samad: coke brp?
pelayan: singgit enam posen.
samad: air kosong?
pelayan: free je bang.
samad: bagi air kosong je la.
pelayan: makan bang?
samad: nasik berapa?
pelayan: singgit sepinggan.
samad: kalau keraknye?
pelayan: hmmm...bg free je bang.
samad: bagi dua pinggan ye. Nak kerak lebih.
pelayan: nak lauk aper bang?


samad: ayam masak kicap tu berapa pulak?
pelayan: seketul ayam singgit bang.
samad: kalau ambik kuah je?
pelayan: tak kira bang, free je.
samad: oklah...nk kuah je...
maka makanla samad anak beranak secara free...

Oleh kerana ari dah nak petang samad pun pergila ke stesen bas utk balik ke rumah. dia pun bertanya pada driver bas yg dah nk jalan tu.

samad: bang pegi batu 6 brp bang?
driver: dua ringgit sorg.
samad: kalau budak2 kira tak?
driver: kanak2 free je.
samad: okayla... saya tumpangkan anak saya je ye...
lepas tu samad pun berlari dibelakang bas utk balik kerumahnye.... hahahaha...

Jawapan Ana Raffali Dengan Gossip Kurang Ajar !!

Posted: 21 Jan 2011 07:50 PM PST

Kesian ZoOm tengok Ana sebab baru je ingin mengembangkan bakatnya ada saja orang diluar sana yang sengaja mengambil kesempatan untuk menjatuhkan beliau. Kalau sebelum ini ZoOm ada berkongsi dengan anda mengenai seorang wartawan yang mensensaikan cerita Ana lambat dan kurang ajar kini empunya diri tampil menjawap gossip liar tersebut.


Ikuti luahan anak muda dan juara AJL25 ini mengenai komen si wartawan :



"Saya kecewa apabila cerita tersebut telah ditokok tambah untuk memberikan gambaran seolah-olah saya tidak bekerjasama dan bersikap kurang ajar.
"Sebenarnya lain yang berlaku, lain yang diceritakan, lain pula yang telah disampaikan sehingga orang menganggap saya benar-benar bermasalah," katanya.
Justeru perkara tersebut turut menyebabkan timbul rasa kurang senang beberapa pihak terhadapnya.
"Memang saya terlambat, tapi tidaklah sampai satu jam atau beberapa jam seperti yang telah digembar-gemburkan. Saya juga tidaklah kurang ajar sehingga langsung tidak memohon maaf atas kelewatan itu," katanya.


Jelas Ana, perkara tersebut berlaku berikutan pihak penganjur telah datang lebih awal di hotel penginapannya berbanding waktu sebenar.


"Mereka beritahu akan datang pada pukul 12.30 tengah hari tetapi mereka telah sampai lebih awal setengah jam dari waktu tersebut dan ketika itu saya sedang bersiap.
Akibat kejadian itu, Ana memberitahu dia sudah pun berkali-kali meminta maaf kepada pihak penganjur tentang perkara tersebut.
"Saya rasa bersalah sangat ketika itu dan mencari ruang untuk meminta maaf kepada mereka yang telah menunggu saya dalam bas.
"Namun mungkin ada yang saya terlepas pandang dan betul-betul terkecil hati, terluka akibat perbuatan saya itu. Saya memang akui tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan meminta diberi peluang untuk memperbaikinya," kata Ana.
Info : Mstar


ZoOm : APa kata anda ? 

Rita Rudaini Tak Datang Ke Majlis Pernikahan Zaquan

Posted: 21 Jan 2011 07:28 PM PST

Dalam kesibukan majlis pernikahan adik Zafuan yakni Zaquan, ada juga cerita mengenai artis dan isteri kepada Zafuan iaitu Rita Rudaini tidak dapat hadir semalam kerana masalah kesihatan. Maklum sahajalah dah berbadan dua dan kini berusia 5 bulan.


Semoga pasangan adik beradik yang telah berkeluarga ini akan bahagia hingga ke akhir hayat.

Lagi Gambar Perkahwinan Zaquan Adha Dan Ayu Raudhah

Posted: 21 Jan 2011 07:20 PM PST

Wajah pasangan yang akan meniti hari bahagia bersama, ada banyak lagi koleksi gambar pasangan ini semasa malam berinai dan pada majlis perkahwinan untuk tatapan anda di bawah, Sudah pasti ramai diantara anda ingin melihat senyuman pasangan sehati dan sejoli ini.









Gambar Perkahwinan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha

Posted: 21 Jan 2011 07:13 PM PST

ALOR SETAR: Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat.
Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 3.45 petang oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.
Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.




ZoOm : Alhamdulillah akhirnya pasangan ini menjadi pasangan suami isteri yang sah, semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Pantai luncur

Posted: 21 Jan 2011 02:14 PM PST

Hip

Cherating jadi pilihan bermain ombak, bakal lahirkan jagoan dunia

BERHUJUNG minggu sambil meluncur ombak mampu menghilangkan tekanan terutama kepada warga kota yang sering dihimpit bebanan tugas harian dan hingar-bingar bandaraya.

Bagaimanapun, mencari lokasi untuk meluncur bukan sesuatu yang mudah terutama kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan aktiviti yang sering dianggap sukan 'mahal' oleh segelintir pihak. Di pantai timur misalnya, biarpun aktiviti luncur ombak sudah bermula di pantai Cherating, kira-kira 50 kilometer dari Kuantan sejak era 1970-an, sukan ini lebih dekat di hati pelancong atau peluncur asing berbanding orang tempatan.

Namun, zaman berubah dan sejak 10 tahun lalu, pantai ini digelar 'Syurga Peluncur' dengan aktiviti luncur ombak berlangsung setiap kali tibanya monsun menjelang akhir tahun mulai Disember hingga Mac.

Kolum 48 jam minggu ini membawa pembaca mengikuti aktiviti luncur ombak yang disertai warga kota sempena Festival Luncur Ombak 2010 yang dianjurkan Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Pahang.

Sempena festival itu, penulis bersama 15 rakan media tempatan dan Kuala Lumpur, berpeluang melakukan pelbagai aktiviti seperti klinik luncur ombak, pakej lawatan ke hutan paya bakau, melawat pusat kraftangan, menjamu selera di gerai ikan bakar serta membeli pelbagai barangan cenderamata untuk dibawa pulang.
Paling mengujakan, ahli rombongan berpeluang melakukan aktiviti luncur ombak buat pertama kali dan masing-masing mempamerkan aksi 'gila-gila' selama dua hari mengikuti klinik luncur ombak yang dikendalikan jurulatih berpengalaman, Helmi Khalil dan Mohd Nazri Mohamad.

Ikuti catatan ini...

Sabtu

8 pagi : Penulis menikmati sarapan pagi, sebungkus nasi lemak, teh-0 dan dua biji karipap panas. Memang menyelerakan tambahan pula sarapan dihidangkan di tepi pantai. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa cukup menyegarkan.

9 pagi : Sementara menanti peserta klinik luncur ombak mendaftar, penulis bersama beberapa rakan media mengambil peluang menjejakkan kaki di gigi air dengan pasir pantainya memutih dan halus.

Pantai Cherating masih dilindungi daripada pencemaran. Rakan media yang pertama kali berkunjung ke pantai ini mengambil kesempatan merakam gambar kerana teruja dengan pantainya yang bersih, pasirnya halus dan memutih walaupun sang mentari mula menampakkkan kehadirannya.

10.30 pagi : Sepuluh peserta klinik luncur ombak mula mengikuti kelas dengan penuh perhatian. Setiap patah perkataan yang diucap jurulatih disimpan kemas dalam ingatan. Meluncur ombak bagi mereka yang tidak berpengalaman, menjadi suatu misi yang sukar.

Sesi pertama merangkumi lapan peserta dengan empat jurulatih berpengalaman. Tumpuan diberi kepada perkara asas seperti persediaan mental dan fizikal, pemakanan, kesihatan, pengawalan pernafasan dan stamina.

Selama satu setengah jam mereka berlatih mendayung, berdiri atas papan luncur, meniarap dan pelbagai gaya yang tampak melucukan yang bakal dipraktikkan ketika meluncur di atas air. Lucu juga melihat mereka mendayung di darat!.

12.30 tengahari : Makan tengahari berlauk kari ayam, sayur campur dan ikan masin. Panas dan bahang mentari menyebabkan perut mudah lapar dan tekak kehausan. Sambil menikmati hidangan, mata penulis melilau jauh ke pesisir pantai melihat kanak-kanak bermain air sambil ditemani ahli keluarga.

1 petang : Penulis bersama rakan media menuju ke pantai untuk melihat latihan meluncur air. Sukar terutama untuk berdiri di atas papan luncur. Ada peserta langsung gagal beraksi kerana kesukaran seimbangkan badan untuk meluncur.

2.30 petang : Kembali ke bilik penginapan untuk solat dan merehatkan diri. Setengah jam kemudian, penulis bersama rakan media dibawa ke pusat kraftangan di Kampung Cherating Lama yang mengusahakan produk berasaskan daun mengkuang. Pelbagai jenis beg, fail, tas tangan, tikar dan cenderahati dihasilkan daripada daun mengekuang yang sudah diwarnakan dengan kombinasi rona menarik.

4.30 petang : Kembali ke tapak festival menyaksikan pelbagai aktiviti sampingan seperti sukan rakyat, pertandingan mewarna, bola sepak pantai, gerai pameran dan jualan cenderahati, pakaian dan makanan.

Antara permainan rakyat yang diadakan ialah terompah gergasi, boling kelapa, lari dalam guni dan tarik upih yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung dan penduduk tempatan.

5.20 petang : Usai solat Asar, penulis sekali lagi menuju ke pantai melihat peluncur profesional beraksi dengan skil dan kemahiran tersendiri. Mereka melakukan gerakan menarik mengikut gulungan ombak yang mencecah ketinggian lima meter sepanjang 800 meter menuju ke pantai. Cuaca redup membuatkan pengunjung makin ramai berkumpul di tepi pantai melihat kepakaran peluncur 'berjalan atas air'.

7.30 malam : Selesai makan malam, penulis dan rakan media bersama pelancong menaiki dua bot menyusuri sungai menuju ke hutan paya bakau sambil mata melilau mencari kelip-kelip yang sering hinggap pada pokok 'Barembang' atau nama saintifiknya 'Sonneratia Caseolaris'.

Jantina kelip-kelip mudah dibezakan melalui organ pencahaya yang terletak di bahagian abdomen. Kelip-kelip dewasa boleh hidup tanpa makan sehingga lebih kurang 30 hari. Makanan utama kelip-kelip adalah daun tumbuh-tumbuhan.

Malang sekali, kami tidak dibenarkan merakamkan gambar serangga dengan alasan tidak mahu ada cahaya memantul.

9.30 malam : Bergegas pulang untuk ke The Legend Resort bagi membuat liputan konsert gitaris terkenal yang juga bekas anggota kumpulan rock, Sweet Charity, Rosli Mohalim dengan tema 'Rock Terus Rock : Nostalgia Sweet Charity'. Konsert ini adalah sebahagian daripada aktiviti festival luncur ombak.

9.50 malam : Konsert bermula. Hampir dua jam, Rosli memukau penonton dengan petikan gitar keramatnya 'menggoda' tetamu dengan gaya tersendiri. Lebih 500 peminat berusia antara 18 hingga 55 tahun yang memenuhi ruang legar dewan terpesona dengan aksi yang dipamerkan bersama tiga pemuzik iringan iaitu Haziq sebagai pemain drum, Yen bermain gitar bass dan anak tunggalnya Afiq sebagai pemain gitar utama.

Konsert malam itu juga menampilkan penyanyi jemputan Fatzlane yang juga vokalis utama kumpulan rock Pulau Pinang, Malaysia Online dan Zzati dari Jengka yang mendendangkan lagu-lagu nostagia Sweet Charity. Fatzalne memiliki suara mirip papa rock, Ramli Sarip manakala Zzati dengan gaya manja bagaikan ratu rock, Ella.

12 malam : Konsert berakhir dan penulis bersama rakan media kembali ke bilik penginapan masing-masing.

Ahad:

8.30 pagi : Penulis memilih sepiring mee hoon, teh-0 dan dua keping karipap untuk mengalas perut pada waktu pagi.

9.30 pagi : Pertandingan mewarna kanak-kanak dimulakan. Hampir 60 kanak-kanak mengambil bahagian mempamerkan bakat dengan pelbagai keletah dan ragam mewarnai lukisan masing-masing.

10 pagi : Sesi kedua klinik luncur ombak berlangsung. Seramai lapan peserta menyertai kelas yang dikendalikan jurulatih profesional dari Kuala Lumpur, Helmi Khalil.

Peserta bersemangat mempelajari teknik meluncur walaupun terpaksa melakukannya di bawah panahan sang mentari!

12.30 tengahari : Menikmati hidangan tengahari nasi minyak berlaukkan kurma ayam, acar dan ikan kering. Kami makan dengan penuh berselera.

2.30 petang : Penulis mengikuti program lawatan kerja Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif ke Pusat Penerangan dan Santuari Penyu (PPSP) Cherating berhampiran pusat percutian Kelab Mediterranean.

Penulis sempat merakam potret bersama anak-anak penyu yang baru berusia seminggu yang akan dilepaskan kembali ke laut.

Selain itu, PPSP juga menyediakan balai pameran dengan fokus utama kisah kehidupan haiwan yang semakin pupus itu dan bilik tayangan video untuk memberi maklumat kepada pengunjung mengenai fungsi dan tanggungjawab PPSP.

3.30 petang : Penulis kembali ke tapak karnival sambil meninjau pameran dan gerai jualan untuk mendapatkan cenderahati kenangan.

4.30 petang : Penulis menghadiri kelas luncur ombak yang dikhaskan untuk media. Penulis mengambil kesempatan mempelajari teknik meluncur walaupun takut. Selepas diberi penerangan penuh, kami dibawa ke tepi pantai untuk sesi latihan di air. Walaupun takut, setiap peserta perlu mencuba untuk meluncur. Satu kepuasan kepada penulis untuk meluncur walaupun tidak dapat berdiri sepenuhnya di atas papan luncur! Sangat mengecewakan.

6 petang : Majlis penutup dan penyampaian hadiah diadakan. Selain Shafik Fauzan, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) Datuk Md Hanafiah Abdul Talib dan Pengarah Pejabat Pelancongan Malaysia Pahang, Idros Yahya turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Kanak-kanak antara yang paling gembira kerana menerima hadiah pensil warna dan buku lukisan melalui peraduan yang dianjurkan.

6.50 petang ; Program pelepasan 37 ekor anak penyu berusia tiga bulan sumbangan PPSP diadakan di pesisir pantai. Pelancong asing dan kanak-kanak paling teruja melakukan aktiviti pelepasan itu.

7.30 malam : Festival berakhir dan penulis kembali ke destinasi dengan pelbagai kenangan manis yang sukar dilupakan. Festival berjaya mencapai matlamat melahirkan lebih ramai peluncur untuk di ketengahkan ke pertandingan peringkat antarabangsa. Tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia mampu melahirkan peluncur profesional bertaraf dunia.

Info

  • Cherating terletak kira-kira 50 kilometer dari Kuantan
  • Lokasi paling sesuai dan popular untuk sukan luncur ombak
  • Peralihan monsun antara Disember hingga Mac
  • Pertandingan diadakan antara Disember hingga Mac setiap tahun
  • Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa tiga setengah jam melalui lebuh raya pantai timur.
  • Dari Kuantan mengambil masa lebih kurang 40 minit.
  • Penginapan antaranya asrama pengembara hingga hotel mewah bertaraf empat bintang.

    Maklumat lanjut:
    Tel : 09-5171111/1112.
    Faks : 09 514 6900
    Laman Web : www.pahangtourism.com.my


  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Cari wanita baik hati

    Posted: 21 Jan 2011 02:04 PM PST

    Hip

    Baim Wong sering kecundang dalam cinta akibat kesibukan kerja

    WALAUPUN agak asing, namun bagi penggemar drama bersiri dari Indonesia, nama Baim Wong sememangnya cukup dekat di hati mereka.

    Jika tidak, masakan jumlah pengikut setianya dari Malaysia di laman Facebook sudah pun mencecah 390,000 orang. Tentunya ia bukan angka yang senang hendak dicapai. Pelakon dari seberang yang kelihatan agak pemalu ketika diwawancara ini mula dikenali peminat negara ini apabila drama popularnya, Benci Bilang Cinta dan Bukan Diriku ditayangkan di saluran Astro Ria.

    Selepas mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat menerusi penampilannya dalam dua judul berkenaan, Baim kembali ke negara ini untuk mempromosikan drama ketiganya, Kejora dan Bintang, di samping mendekatkan diri dengan pengikut setianya.

    Baim, 29, pemuda tinggi lampai berkulit cerah dan memiliki darah kacukan Indonesia-Cina ini ketika hadir pada majlis tayangan perdana drama lakonannya itu bagaimanapun tidak pernah lokek dengan senyuman di bibir.

    "Saya pernah datang ke Malaysia sebelum ini dan kali ini saya ke sini lagi kerana ingin bercuti bersama famili. Saya juga kaget dengan sambutan peminat di sini dan bersyukur kerana ramai yang datang menjayakan tayangan sinetron lakonan saya.
    "Saya berterima kasih kepada semua pihak kerana begitu ramai peminat, terutama peminat wanita, berada di sini dan ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk bertemu dengan saya.

    "Wanita di sini berlainan sekali jika dibandingkan dengan peminat di Indonesia. Di sini, peminat wanita lebih sopan dengan hanya bersalaman bersama saya. Di Indonesia, ada yang sampai mencubit pipi saya," kata Baim yang kini masih lagi bersendirian.

    Pengakuan bahawa dirinya masih solo tentu sekali menggembirakan hati peminat wanita aktor berkenaan. Baim yang baru putus hubungan bersama bekas teman wanitanya, Yaslin Wang, mengaku dia kini mencari pasangan idamannya iaitu seorang wanita yang soleh dan baik hati.

    Jejaka sopan ini juga pernah menjalinkan hubungan selama dua tahun bersama Andriani Marshanda, pelakon wanita popular yang pernah membintangi drama Putri Yang Terbuang, Soleha, Hikmah 2, Aqso dan Madina, malah pernah digandingkan bersamanya dalam drama Benci Bilang Cinta.

    Populariti dan kesibukan bekerja memang mempunyai kesannya sendiri. Baim tidak terkecuali apabila kesemua hubungan cintanya tidak kesampaian dek aktiviti penggambarannya yang padat, serta kerjanya yang tidak mengikut waktu biasa.

    Selain sibuk dengan dunia lakonan, Baim rupa-rupanya turut kencang dengan perniagaan restoran di Indonesia. Selain memiliki 0h La La Food and Beverages, dia bakal membuka sebuah lagi cawangan iaitu Bakmilicious di Jakarta.

    Baim yang baru berjinak-jinak dalam bidang berkenaan berkata, dia amat meminati dunia perniagaan dan sekiranya suatu hari nanti dia tidak lagi diundang berlakon, pastinya dia akan meneruskan cita-citanya untuk lebih berjaya dalam bidang terbabit.

    Mengimbas kembali kemunculannya, Baim mula menceburi dunia lakonan sejak 2001. Begitupun, dia berehat selama dua tahun, iaitu dari 2003 hingga 2005, atas alasan untuk menjalani latihan lakonan.

    Pada tahun 2005, Baim kembali beraksi di depan kamera dan menjadi tunggak utama dalam drama bersiri popular yang turut mendapat sambutan di negara ini iaitu Benci Bilang Cinta, yang juga ditayangkan di saluran Astro Ria.

    Drama lakonannya itu turut mendapat sambutan menggalakkan di negara kelahirannya, malah menggondol banyak anugerah kerana impak ceritanya.

    Kini, peminat boleh menyaksikan lakonan Baim dalam drama Kejora dan Bintang yang bakal menemui penonton pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang, bermula 25 Januari di saluran Astro Ria.

    Baim ialah antara teraju utama drama 72 episod ini yang juga diperkuatkan oleh Alyssa Soebandono, Rachel Amandam Lucky Perdana, Mathias Muchus, Cut Keke, Eva Anindhita dan Mieke Wijaya.

    Baim memainkan watak Erlangga, iaitu cucu kepada Nenek Gautama lakonan Mieke Wijaya yang kaya raya. Dia mempunyai wajah yang tampan tetapi berperangai keanak-anakan, sombong serta keras kepala.


    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Himpunan Kisah Sensasi

    Himpunan Kisah Sensasi


    Filipina kecoh pesta seks di tepi pantai

    Posted: 21 Jan 2011 12:00 PM PST

    lu 04.1 Filipina kecoh pesta seks di tepi pantai

    PARA pelancong bersantai di tepi pantai Pulau Boracay, Filipina yang heboh diperkatakan berikutan laporan pelancong mengadakan hubungan seks di situ semasa sambutan Tahun Baru. – AFP


    MANILA 6 Jan. – Pihak berkuasa Filipina mungkin mengharamkan aktiviti seks di pantai-pantai Pulau Boracay yang terkenal di dunia selepas seorang krew televisyen merakamkan dua pasang kekasih yang berbogel mengadakan hubungan seks di tempat terbuka pada malam Tahun Baru.

    Klip video itu menunjukkan sepasang kekasih mengadakan hubungan seks di pantai itu, manakala sepasang kekasih lagi bercumbu-cumbuan di dalam air, dengan buah dada wanita itu jelas kelihatan di atas permukaan air.

    Rangkaian televisyen ABS-CBN berkata, aksi pasangan dari Barat itu dirakamkan pada pukul 2 pagi pada malam Tahun Baru sebaik-baik sahaja tamat parti tepi pantai besar-besaran yang diadakan di Boracay bagi menyambut kedatangan 2011.

    "Kami memikirkan tentang undang-undang 'tiada seks di pantai', jadi pelancong-pelancong lain tidak akan terganggu," kata

    Datuk Bandar Malay, John Yap kepada ABS-CBN dalam satu temu ramah yang disiarkan di laman webnya minggu ini.

    Menurutnya, pihak berkuasa sedar mengenai sensitiviti negara yang berpegang kepada ajaran Roman Katolik.

    "Ia merupakan satu kes terpencil dan agak sukar untuk dikawal. Namun jika dikesan pihak polis, mereka boleh ditahan berkelakuan kurang sopan di khalayak ramai.

    Boracay menarik kira-kira 650,000 pengunjung setiap tahun atau kira-kira 22 peratus daripada jumlah keseluruhan pelawat ke Filipina, menurut data Kementerian Pelancongan. – AFP

    /// utusanmalaysia ///

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Hiburan

    Kosmo Online - Hiburan


    Dwayne, hero yang membunuh

    Posted:

    Dwayne, hero yang membunuh

    Dwayne, hero yang membunuh



    BEBERAPA tahun lalu, sosok perkasa pemilik nama sebenar, Dwayne Johndon yang dikenali dalam dunia gusti sebagai The Rock berusaha menurunkan berat badan asal sebanyak 30 kilogram daripada berat asalnya iaitu 116 kilogram - semata-mata ingin kelihatan normal di skrin lebar.

    Perubahan ketara itu diakui jelas terbayang tatkala menonton beberapa filem lakonannya. Itu semua kerana mengikut kehendak Hollywood.

    Namun, lain pula situasi kali ini. Bergelar individu menyandang usia 39 tahun pada tahun ini, Dwayne lewat kebelakangan ini lebih senang menampilkan bentuk badannya di layar lebar sama seperti ketika dia menggalas tanggungjawab sebagai ahli gusti pada tahun 90-an dahulu.

    Dihampiri kesempatan mengisi filem berbalut drama aksi, Faster sebagai teraju utama bernama Driver, anak jati California, Amerika Syarikat itu bagaimanapun meluah keterujaan kerana tidak perlu bersungguh-sungguh untuk menurunkan berat badannya seperti sebelum ini.

    "Sebaiknya, berotot kekar selalu lebih bagus. Bayangkan, saya bekerja keras sebelum ini semata-mata hendak memberi komitmen terhadap filem dibintangi termasuk membentuk tubuh lebih ideal. Diberi amanah menjayakan Faster, saya seronok untuk memainkan karakter Driver. "Dalam tempoh tiga bulan setengah, saya berjaya menaikkan semula berat badan agar kelihatan lebih sasa dalam filem. Pengarah mahu watak Driver nampak perubahan diri selepas berada dalam sel tahanan selama 10 tahun," jelas Dwayne yang turut mengkaji kehidupan banduan untuk watak itu.

    Naskhah garapan George Tillman Jr. yang memulakan penggambaran awal Januari tahun lepas itu mengenengah plot cerita pembalasan dendam Driver terhadap penjenayah yang membunuh abangnya ketika berlaku sebuah rompakan bank sehingga dia ditangkap pihak berkuasa lalu dipenjara. Bergandingan dengan aktor terkenal, Billy Bob Thornton, pelakon lain yang turut mendukung kelancaran Faster ialah Carla Gugino, Moon Bloodgood, Oliver Jackson-Cohen, Maggie Grace dan Matt Gerald.

    Berikut sedutan temu bual media antarabangsa bersama Dwayne Johnson.


    DIPENJARA kerana fitnah. Dwayne dalam satu babak filem, Faster.


    Boleh kongsi bersama peminat tentang watak anda dalam filem Faster?

    Dwayne (D): Saya tidak diberi nama tertentu seperti dalam filem lain kerana pengarah ingin kelainan dengan memberi gelaran Driver. Sama hal dengan Billy Bob Thornton yang dikenali dengan panggilan Cop dan Oliver (Killer).

    Secara ringkas, penonton akan menyaksikan amarah Driver yang ingin membalas dendam terhadap kematian abangnya.

    Tidak hanya itu, Driver harus menanggung kesulitan kerana difitnah sehingga menyebabkan dia dipenjara selama 10 tahun.

    Selepas tamat tempoh itu, bermula misi Driver bagi memburu dua individu pernah menganiaya dirinya - Cop dan Killer. Paling menarik, Driver membunuh mangsa-mangsa tanpa belas ihsan demi menunjukkan sisi gelapnya.

    Boleh jelaskan terperinci tentang karakter Driver?

    Terus terang, watak Driver dianggap cukup mencabar sekali gus menguji ketahanan fizikal dan mental saya. Bahkan, ia punya keseimbangan warna gelap dan putih dalam keseluruhan filem ini.

    Driver tidak digambar sebagai individu kejam semata-mata demi mencari keadilan. Dia bagaimanapun masih terisi dengan perasaan kasih sayang sesama insan lain di sekeliling. Semangat kekejaman Driver sebenarnya diserap sewaktu berada dalam penjara.

    Pada waktu itu, dia yang pada awal mengalami sindrom kejutan budaya terhadap atmosfera asing itu semakin lama dapat membiasakan diri.

    Selepas itu, Driver mengenali beberapa orang tahanan melakukan jenayah membunuh dan rompakan di dalam sel tahanan.Dia mempelajari kehidupan lelaki sebenar dalam penjara termasuk menjalani latihan fizikal bagi memantapkan dirinya selepas keluar dari pusat tahanan tersebut.

    Bagaimana pengalaman berada di bawah pengarahan Tillman?

    Saya cukup bertuah bekerja dengan Tillman, seluruh tenaga produksi dan material hebat umpama Faster. Menjadi sebahagian daripada individu menjayakan filem ini menjadi pengalaman bernilai kepada saya.



    Sebagai aktor, saya begitu mengagumi projek filem menggunakan sistem bunyi canggih dan teknik imej janaan berkomputer. Selebihnya, saya berpuas hati dengan karakter ditawarkan tambahan pula jalan cerita Faster sedikit sebanyak memapar realiti kehidupan manusia di zaman moden ini.

    Tidak terkecuali, setiap adegan dalam filem ini memperlihat luahan emosi dalam situasi berbeza sama ada babak pembunuhan, fizikal dan berkomunikasi dengan kanak-kanak. Saya akui selesa dapat bekerja dalam filem terbitan rumah produksi CBS Films dan Tristar Pictures ini.

    Bagaimana perasaan menjadi hero yang digelar pembunuh tidak berhati perut dalam Faster?

    Kali pertama membaca skrip filem ini, saya tidak menganggap Driver sebagai hero atau pembunuh kejam. Saya sebaliknya membuat kesimpulan bahawa Driver merupakan lelaki tertindas oleh keadaan dan orang lain.

    Kalau anda menontonnya kelak, pasti kalian dapat memahami dengan lebih lanjut tentang konflik dan dilema dihadapi Driver. Dia bukan suka-suka ingin menjadi pembunuh.

    Hakikatnya, Driver sendiri mengalami kesengsaraan akibat membunuh orang-orang yang pernah mengakibatkan abangnya meninggal dunia.

    Driver menjadi manusia sanggup berbuat apa saja demi kepentingan insan-insan disayangi. Selepas berkali-kali membaca skrip, saya dapat merasakan keserasian dengan sebenar diri yang mengutamakan keluarga dalam kehidupan realiti.

    Komen anda tentang Billy Bob Thornton sebagai gandingan bersama?

    Enggan berselindung, saya terharu apabila diberi peluang berlakon bersama Billy. Begitupun, kami tidak pernah bersua muka atau berbual sepanjang saya melibatkan diri dalam bisnes hiburan.


    SEBAGAI Driver dalam filem Faster, Dwayne menghadapi ujian ketahanan fizikal dan mental.


    Saya akui menjadi salah seorang peminat Billy dan sentiasa mengagumi bakat lakonannya baik menerajui karya aksi atau komedi. Penyatuan kami dalam Faster tidak memberi sebarang masalah.

    Malah, keserasian antara satu sama lain mudah wujud tanpa perlu mencuri masa panjang ibarat sesetengah pelakon pernah bekerja dengan saya sebelum ini.

    Apa ekspektasi anda terhadap Faster?

    Sama seperti harapan membintangi filem-filem sebelum ini, saya ingin audiens melihat transisi diri daripada karakter biasa berbentuk komedi dan kekeluargaan kepada pembunuh tidak berhati perut.

    Penantian saya selama ini terhadap watak mencabar akhirnya menjadi kenyataan menerusi karya Faster. Tiada lagi diingini, saya mahu masyarakat melihat nilai filem itu sendiri sebelum melakukan sebarang rumusan.

    Naskhah aksi menjadi makanan ruji saya. Saya punya fizikal tubuh ahli gusti lalu menjadikan ia sebagai keistimewaan. Ironinya, saya berbadan besar berbanding orang biasa. Justeru, ini kenyataan buat saya sebagai penama Dwayne 'The Rock' Johnson.

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Avon Voices cari bakat ke Hollywood

    Posted:

    Avon Voices cari bakat ke Hollywood

    Avon Voices cari bakat ke Hollywood

    Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
    farhana.mydin@kosmo.com.my


    HANYA untuk wanita. Wanita Malaysia yang mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian, pencarian bakat dan penciptaan lagu kini berpeluang melangkahkan kaki ke Hollywood sebelum bakat mereka itu diadili antaranya oleh figura tersohor Fergie dari Black Eyed Peas.


    BAGI anda yang mempunyai bakat menyanyi tetapi tidak mahu beratur panjang di bawah panas terik semata-mata untuk menyertai uji bakat, sertailah uji bakat Avon Voices iaitu uji bakat nyanyian secara.

    Ini kerana uji bakat, tersebut dilakukan secara online (talian) yang hanya dibuka kepada para wanita dan juga peraduan penciptaan lagu dibuka untuk komposer wanita dan lelaki.

    Program ini akan dilancarkan di 60 negara, bersama 6.2 juta wakil Avon merupakan gabungan usaha demi wanita melalui muzik.

    Dilancarkan 1 Disember 2010 dan satu-satunya pencarian bakat melalui talian dan peraduan mencipta lagu wanita dan lelaki dan ianya adalah satu daripada program sambutan sempena ulangtahun Avon yang ke-125 membuka peluang ke Hollywood untuk latihan profesional vokal, make over (transformasi imej), temuduga dan rakaman album.

    Sesi uji bakatnya yang diadakan di Stesen KL Sentral Kuala Lumpur baru-baru ini mendapat sambutan hangat serta banyak penyertaan calon-calon yang sememangnya berbakat.

    Terbuka kepada wanita Malaysia berumur 18 tahun ke atas, setiap peserta dikehendaki menyanyi secara acappella (tanpa muzik) selama 30 saat.

    Diadili oleh juri-juri selebriti termasuklah Marsha Londoh, Alyah, Linda Jasmine dan Soo Wincci yang merupakan Ratu Dunia Malaysia 2008/2009.

    Pengarah Sumber Manusia Avon Malaysia, Thailand dan Vietnam, Azlan Ismail berkata pemenang dari Malaysia akan mewakili negara ke Hong Kong bersama pesaing global dari negara-nagara lain untuk merakamkan video nyanyian mereka pada bulan Mac nanti.

    "Video-video nyanyian tersebut akan digunakan untuk sesi undian online manakala pemenang semi final akan dihantar ke Hollywood, California pada Julai nanti.

    "Sepuluh orang peserta finalis terpilih yang ditentukan oleh juri dan juga undian online akan diumumkan pada 8 September nanti dan kemudian dihantar ke Amerika Syarikat," katanya pada sidang akhbar selepas ujibakat Avon Voices di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Bagi yang tidak sempat menyertai uji bakat yang diadakan pada 16 Januari lalu, anda boleh juga menyertai dengan merakamkan sendiri video nyanyian dan memuat naik dalam laman web rasmi Avon Voices.

    Ketika ditanya kredibiliti juri-juri yang dipilih untuk ujibakat di sini yang membawa penyanyi baru serta kurang pengalaman dalam industri nyanyian, Azlan berkata, Avon ingin mengetengahkan bisnes di kalangan remaja.

    "Jadi dengan adanya penyanyi muda seperti Alyah, Marsha dan Soo Winci dapat memberikan inspirasi kepada remaja dan dengan pengalaman yang mereka anda dapat menarik remaja.


    SOO WINCCI (kiri) dan Marsha (tengah) diberi kepercayaan menjadi juri pada uji bakat Avon Voices.


    "Selain itu, Soo Wincci adalah duta penjagaan kulit kepada Avon, begitu juga dengan Marsha yang menjadi duta kepada produk Avon," jelasnya.

    Untuk peringkat antarabangsa pula, panel juri Avon Voices terdiri daripada tokoh industri muzik dari seluruh dunia iaitu vokalis kumpulan Black Eyed Peas yang juga merupakan pemenang enam anugerah Grammy iaitu Fergie, pencipta lagu legenda; Diane Warren, penyanyi Natasha Bedingfield dan penulis lagu sensasi dari Rusia, Valeriya.

    Peserta finalis juga akan menyertai juri-juri antarabangsa untuk mempersembahkan lagu Anthem Avon Voices yang dicipta oleh Diane Warren pada Malam Gala Avon Foundation.

    Kutipan dari jualan lagu Anthem Avon Foundation akan disalurkan untuk usaha membanteras keganasan terhadap rumahtangga.

    Wakil Malaysia ke Hollywood

    Kalau anda mempunyai bakat menyanyi dan mencipta lagu, sertai sesi uji bakat Avon Voices dan anda mungkin menjadi salah seorang yang akan diterbangkan di Hollywood.

    Mulai 1 Disember lalu, laman rasmi program, AvonVoices.com dilancarkan dan dibuka untuk pendaftaran. Terdapat tiga cara untuk mengambil bahagian, iaitu:

    Nyanyian: Peserta wanita dijemput untuk menyertai dalam ujibakat ini dengan memilih lagu dari website dan muat turun video penghantaran sebelum 13 Februari 2011 di AvonVoices.com.

    Undi (Vote):Orang ramai boleh menjadi seorang pencari bakat dan merekrut (recruit) sesiapa yang berbakat yang mereka kenal. Anda cuma perlu menonton video (di Avon Voices) dan memilih peserta kegemaran mereka. Pemilihan Avon Voices akan diadakan antara April dan Oktober. Pemilihan akan dijalankan dalam empat peringkat; gabungan pemilihan juri dan undian orang ramai.

    Mencipta Lagu: Peserta wanita dan lelaki layak mengambil bahagian dalam pertandingan mencipta lagu ini . Tulis lagu yang asli yang diilhamkan optimisme kepada dunia. Hantarkan fail digital dan lirik di AvonVoices.com di antara 20 Mei 2011 dan 1 Julai 2011.

    Avon Voices bukan sekadar program uji bakat sahaja, malah sepanjang tahun 2011, muzik juga akan sedia untuk dimuaturun secara digital, dengan sebahagian daripada sumbangan disalurkan ke Yayasan Avon (Avon Foundation) untuk kempen global wanita,demi menamatkan keganasan terhadap wanita.

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Mulan sibuk bintangi filem

    Posted:

    Mulan sibuk bintangi filem

    Mulan sibuk bintangi filem


    MULAN JAMEELA


    DIKHABAR menyepikan diri daripada umum setelah didapati hamil, sehingga kini gosip itu masih menjadi tanda tanya tambahan pula pemilik badan, Mulan Jameela mengambil pendirian untuk berdiam diri daripada media. Malah, pihak pengurusan artis itu tidak dapat menghubunginya sehingga saat ini.

    Ramai yang mencari Mulan semata-mata ingin mendapatkan pengesahan tentang dirinya didakwa telah berbadan dua. Ketika hal itu ditanyakan kepada ahli kumpulan The Virgin, Mitha, dia juga tidak tahu menahu keadaan temannya yang menghilang diri begitu sahaja tanpa meninggalkan sebarang pesanan.

    "Saya sendiri hairan dengan tindakan Teteh (gelaran buat Mulan) yang terus senyap daripada lapangan seni. Terus-terang, kami sudah lama tidak bertemu atau bertanya khabar antara satu sama lain. Justeru, saya kurang tahu apa yang sedang dilakukan olehnya pada masa ini. Soal dia telah mengandung, itu tidak dapat saya pastikan.

    "Cuma, setahu saya, Teteh yang bernaung bersama pengurusan Republik Cinta ini tengah sibuk menyiapkan projek terbarunya dengan berlakon filem. Awal-awal lagi, saya diberitahu pengurus Teteh dia sedang sibuk berada di set penggambaran. Ini kerana projek bermain filem dilakukan sendiri tanpa pemantauan syarikat menguruskan dirinya.

    "Kalau hendak kata dia hamil, pasti sejak mula lagi Teteh sudah berkongsi cerita bahagia ini kepada saya yang merupakan salah seorang kawan baiknya, bukan? Usah risau, fikir positif saja tentang Teteh yang akan keluar dengan filem terbarunya pertengahan tahun ini kalau tidak wujud sebarang aral," kongsi Mitha.

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Rap

    Harian Metro: Rap


    Mahu takluki dunia

    Posted: 21 Jan 2011 07:11 AM PST

    IMPIAN...Jang Hyuk ingin ikut jejak pelakon Korea bina nama di Hollywood.
    IMPIAN...Jang Hyuk ingin ikut jejak pelakon Korea bina nama di Hollywood.

    HOLLYWOOD menjadi penanda aras kerjaya seni seseorang dan pastinya pencapaian cukup prestij jika mereka itu berstatus artis Asia.

    Sememangnya bukan mudah untuk memperoleh peluang menjejakkan kaki ke dalam industri perfileman dan muzik terbesar dan paling berpengaruh di dunia itu.
    Jang Hyuk, 35, pelakon popular kelahiran Busan, Korea Selatan menyimpan hasrat untuk melebarkan bakat lakonan ke Hollywood kerana percaya, tiada yang mustahil sekiranya seseorang artis itu ternyata cukup bagus.


    Apatah lagi, hal ini berjaya dibuktikan beberapa artis Korea Selatan sendiri antaranya Daniel Henney yang pernah membintangi filem mega, X-Men Origins: Wolverine, Lee Byung-hun (G.I. Joe: The Rise of Cobra) dan Jeong Ji Hoon atau lebih dikenali sebagai Rain (Ninja Assassin).

    "Ramai artis Korea berjaya membuktikan mereka mampu menjejakkan kaki ke Hollywood dan memberi persembahan membanggakan sama ada dalam filem mahupun nyanyian.

    "Saya juga memasang impian sama dan berharap satu hari akan mencapainya. Hollywood, adalah puncak kepuasan kerjaya seseorang artis kerana ia adalah industri hiburan terbesar dan tentunya satu pengalaman yang hebat dapat bekerja dalam produksi yang efisyen, serba moden dan canggih.

    "Cuma buat masa sekarang saya belum bersedia kerana sedar banyak kelemahan perlu diperbaiki khususnya pertuturan dalam bahasa Inggeris. Saya perlu belajar terlebih dulu dan apabila sudah bersedia tentunya saya akan mencari peluang ke Hollywood," katanya.

    Jang Hyuk atau nama sebenar, Jung Yong Joon, berada di Kuala Lumpur selama sehari Selasa lalu, untuk promosi drama terbarunya, Midas, selepas melakukan promosi yang sama di Singapura sebelum itu.

    Drama untuk Astro B.yond (saluran 33) itu baru saja menjalani penggambaran dua minggu lalu dan satu pertemuan istimewa bersama Jang Hyuk diaturkan SPE Networks - Asia dan One Networks - Asia, di Hotel Ritz Carlton, Bukit Bintang, baru-baru ini.

    Hampir tidak dapat mengecam wajahnya kerana pemuda berkulit segar ini lebih tampan di luar berbanding melihat wajahnya di kaca TV. Orangnya juga bertubuh kecil tidaklah seperti digambarkan di layar skrin.

    Awal-awal lagi pihak media diingatkan supaya tidak bertanya hal peribadi kerana Jang Hyuk langsung tidak berminat memperkatakannya melainkan soal kerja.

    Bercerita mengenai Midas yang mula ditayangkan di Astro B.yond pada 23 Januari ini, Jang Hyuk yang mengahwini pengajar pilates, Kim Yeo-jin kini mempunyai seorang anak, memegang watak sebagai peguam cara hebat bernama Dohyun.

    Namun, mahu mencari kehidupan lebih selesa, Dohyun menyertai sebuah syarikat konglomerat terkenal di Korea Selatan dan bertukar kerjaya kepada bidang kewangan.

    Di sini bermula kehidupan baru Dohyun dan akhirnya membawa pertemuan dengan Inhe lakonan Kim Hee-Ae, yang cukup terkenal menerusi My Husband's Woman.

    Jang Hyuk berkata, dia tertarik untuk membintangi drama itu kerana selepas 14 tahun menimba pengalaman dalam bidang lakonan, ini pertama kali dia memegang watak peguam.

    Tambahan pula, dalam kebanyakan drama mahupun filem lakonannya, penonton agak skeptikal akan dirinya yang sering memainkan watak-watak lelaki jahat.

    "Watak Dohyun ini berbeza dengan watak-watak yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Saya amat teruja memainkan watak ini. Tidak mahu lakonan kelihatan kosong, saya membuat sedikit kajian mengenai bidang guaman, memerhati karektor mereka selain menyelami topik perbualan yang sering dibualkan mereka.

    "Saya dibantu oleh rakan-rakan yang bekerja dalam bidang profesional. Bagaimanapun, pengamatan ini hanya sebagai panduan saja selebihnya kejujuran dalam lakonan perlu lahir dari dalam," katanya.

    Beralih pada topik lain, Jang Hyuk turut ditanya bagaimana dia mengekalkan popularitinya meskipun wajah bintang K-Pop kini mengambil alih layar skrin dan layar perak.

    Mengakui tidak pernah berasa tergugat, pelakon yang pernah meraih pelbagai anugerah percaya seorang pelakon yang hebat dan mampu menghayati setiap watak, mereka akan kekal lama walaupun kehadiran pelakon muda silih berganti.

    Bukan itu saja, penerima anugerah 'West Hollywood International Film Festival' yang pernah menghasilkan album rap dengan judul TJ Project pada 2000 juga tidak melihat akan ada perkara lain dilakukannya selain menghambakan diri pada bidang lakonan.

    "Setiap drama atau filem dilakonkan memberi pengalaman berbeza-beza dan saya berpeluang menjadi orang lain. Apabila penonton menghargai dan memuji lakonan saya manakala pengarah pula memberi kepercayaan, itu adalah kejayaan paling besar pada saya.

    "Saya tidak pernah mengejar anugerah cukuplah penonton dan peminat menghargai hasil lakonan saya," katanya.

    PROFIL

    NAMA: Jeong Yong-joon
    NAMA KOMERSIL: Jang Hyuk
    TARIKH LAHIR: 20 Disember 1976
    UMUR: 35 tahun
    ASAL: Busan, Korea Selatan
    ZODIAK: Sagittarius
    ISTERI: Kim Yeo Jin
    FILEM: Zzang (1998), Volcano High (2001), Pulic Toilet (2002), Please Teach Me English (2003), Windstruck (2004), S Dairy (2004), Dance Of The Dragon (2008), Five Senses of Eros: His Concern (2009), Rabbit and Lizard (2009) dan Penthouse Elephant-Searching for the Elephant (2009)
    DRAMA: Model (1997), School (1999), Thank You (2007), The Slave Hunters (2010), Fall in Love with Anchor Beauty (2010) dan Midas (2011)
    VIDEO MUZIK: Is There Love? (Kim Yong-jin, 2008), Loneliness of Two People (Elva Hsiao, 2008), Impulsive (Elva Hsiao, 2008), Love of Sun and Moon (TJ Project, 2000), Hey Girl (TJ Project, 2000) dan Rain (TJ Project, 2000)

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Pak Ngah tak jemu menari

    Posted: 21 Jan 2011 07:00 AM PST

    Mengangkat budaya tradisi tempatan memerlukan sokongan ramai pihak. Paling penting, generasi muda harus sentiasa didedahkan dengan tradisi agar tidak mati ditelan zaman.

    Atas kesedaran itu, Swatari di bawah Pak Ngah Production, meneruskan usaha mendidik generasi baru dengan membuka kelas tarian tradisional.

    Ini bukan kali pertama kelas tarian dikendalikan Datin Sharifah Mahani Syed Kassim isteri komposer terkenal, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah dibuka kepada orang ramai, malah ia sudah masuk musim kelapan.

    Sharifah mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang tarian serta pernah bertugas sebagai pereka tari Kompleks Budaya Negara (KBN) dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (kini Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan).


    Antara tarian didedahkan kepada pelajar ialah zapin, joget dan inang.

    Bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan tarian tradisional boleh menyertai kelas asas tari yang turut dikendalikan.

    Menurut Sharifah, Swatari sudah bergiat aktif di bawah naungan Pak Ngah Production sejak lapan tahun lalu dengan pelajar lebih kurang 1,500 kanak-kanak dan dewasa. Mereka datang dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

    "Untuk kelas kita mempunyai dua tahap pembelajaran iaitu peringkat asas dan lanjutan. Ia dikendalikan lima tenaga pengajar terlatih. Bagi menambah ilmu dipelajari, sesekali kami akan menjemput tenaga pengajar mahir untuk berkongsi kemahiran dan pengalaman dimiliki," katanya.

    Tambah Sharifah, pelajar yang mengikuti kelas tarian di Swatari berpeluang membina kerjaya dalam bidang ini, memandangkan mereka sering membuat persembahan kebudayaan di dalam dan luar negara.

    "Setakat ini kami mempunyai 30 penari dewasa dan 50 kanak-kanak dalam kumpulan utama. Mereka diberi latihan hingga berada di tahap terbaik. Dibimbing pereka tari sepenuh masa, Zulfaqar Awaludin dibantu 20 penari tetap dan berpengalaman.

    "Swatari ditubuhkan dengan tujuan menarik minat generasi masa kini untuk mengenali lebih dekat kesenian dan kebudayaan menerusi program pembelajaran jangka pendek untuk asas tarian joget, zapin dan inang.

    "Tahun lalu Swatari meraikan ulang tahun yang ke-10 penubuhannya. Syukur dalam tempoh itu Swatari menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun dalam usahanya memperkembangkan lagi budaya dan warisan tempatan kepada generasi muda yang turut diharapkan mampu menjadi pelopor kepada budaya tradisi ini," katanya.

    Kecemerlangan Swatari juga turut menyerlah apabila memenangi pelbagai anugerah antaranya apabila memenangi kategori Persembahan Terbaik Juara Lagu Ke-17 bagi lagu Nirmala yang didendangkan Datuk Siti Nurhaliza.

    Swatari turut mengharumkan nama negara di luar apabila menang piala emas dalam kategori persembahan terbaik di Asia Pasific Youth Arts Festival yang berlangsung di Shenzhen, China dan turut mewakili Malaysia untuk Dream Stage of Asian Children Festival di Tokyo, Jepun pada 2008.

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Jumaat, 21 Januari 2011

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    (Gambar) Persandingan Ayu Raudhah & Zaquan Adha – Piccalasso

    Posted: 21 Jan 2011 07:35 PM PST

    Lagi gambar epik majlis persandingan Ayu Raudhah & Zaquan Adha daripada team Piccalasso menyusuli anda selepas ini. Kehadiran Rozita Che Wan yang turut menyerikan majlis persandingan tersebut sedikit sebanyak mencuri tumpuan lensa kamera, fuh mantap habis!

    Manakala, pasangan kembar Aidil Zafuan memaklumkan bahawa isterinya, Rita Rudaini tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan atas alasan tidak sihat disebabkan sedang hamil 5 bulan. Dapatkan set gambar berkenaan perkahwinan Ayu Raudhah & Zaquan Adha dalam entri-entri berikut:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    (Gambar) Majlis Pernikahan Zaquan Adha & Ayu Raudhah – Piccalasso

    Posted: 21 Jan 2011 04:38 AM PST

    9 keping gambar eksklusif majlis pernikahan Zaquan Adha & Ayu Raudhah daripada team Piccalasso yang ditugaskan khas untuk membuat liputan kedua-dua pasangan selebriti sukan & drama. Dengan hanya sekali lafaz, Ayu Raudhah sah menjadi isteri kepada Zaquan Adha dengan disertai hantaran sebanyak 7 dulang & mas kahwin RM1,888.

    Team Piccalasso yang terdiri daripada 3 anak muda bernama Azizi Lee, Faizal Rahim & Mashelmy diberikan kepercayaan oleh pasangan pengantin ini untuk merakamkan detik manis perkahwinan mereka. OHBULAN! difahamkan, mereka amat serius ketika bekerja kerana ingin memberikan hasil yang terbaik kepada klien. Apa lagi, anda yang ingin berkahwin mungkin boleh menggunakan perkhidmatan mereka. Halakan kursor ke Piccalasso dan katakan hi kepada mereka!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


    Gambar Kahwin Ayu Raudhah Zaquan Adha

    Posted: 21 Jan 2011 08:37 AM PST

    ALOR SETAR: Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat.

    Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 3.45 petang oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.

    Ayu Raudhah Kahwin

    Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.

    Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.

    Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ibu Ayu iaitu Zabedah Saad, ibu-bapa Zaquan iaitu Abd Radzak Salleh dan Azizah Arshad serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.

    Ayu Raudhah Kahwin

    Turut menyaksikan majlis akad nikah mereka, kakak Ayu iaitu aktres Rozita Che Wan, abang ipar mereka, aktor Mazlan Ahmad dan kembar kepada Mohd Zaquan iaitu Aidil Zafuan.

    Ditemui selepas majlis berakhir, Ayu yang kelihatan sebak sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin hampir dua tahun itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.

    "Saya bersyukur, lega dan amat gembira kerana akhirnya kami disatukan juga setelah hampir dua tahun mempertahankan hubungan ini," kata Ayu.

    Menurut pelakon drama Nur Kasih ini, dia merasakan sudah sampai masanya untuk mendirikan rumah tangga dan tidak menyangka jodohnya adalah dengan seorang pemain bola sepak terkenal.

    ayu raudhah kahwin

    ayu raudhah kahwin

    "Perasaan saya bercampur-baur sebaik selamat dinikahkan. Saya akan cuba menjadi isteri yang baik dan menghormati setiap keputusan suami walaupun kami berbeza umur tiga tahun," tutur Ayu.

    Sementara itu, Zaquan juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Ayu.

    "Saya rasa debaran ketika akad nikah tadi lebih mendebarkan berbanding debaran sepakan bola ke gawang gol. Bagaimanapun, saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar. Selama dua tahun ini, dia seorang yang amat mengambil berat tentang kerja saya. Ayu sentiasa memberikan sokongan untuk saya meningkatkan mutu permainan dan terus berjaya demi memantapkan reputasi bola sepak negara di persada antarabangsa," tutur Zaquan sambil mengukir senyuman manis.

    Bercerita tentang percutian bulan madu, Ayu dan Zaquan belum menetapkan tarikhnya kerana sibuk dengan kerja masing-masing dan memilih sebuah pulau sebagai destinasi utama.

    Beralih kepada soal anak, Ayu tidak menolak untuk mempunyai anak pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai kanak-kanak.

    Pada sebelah malamnya, kedua-duanya menjalani resepsi perkahwinan berkonsepkan alam fantasi dan mengenakan persalinan rekaan Rizman. Majlis tersebut berlangsung di rumah pengantin perempuan.

    Selain itu, mereka turut menggunakan khidmat pereka Qudyn untuk malam berinai pada 20 Januari di rumah Ayu.

    Sementara majlis menyambut menantu akan dilangsungkan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada 30 Januari ini. Pasangan pengantin akan mengenakan persalinan Calvin Thoo dengan bertemakan tradisional. – kredit Mstar Online

    kredit gambar: MASHELMY NIZAR MASTOR
    Co-Founder / Photographer
    Piccalasso Studio
    Wedding, Event and Commercial Photography
    Web: http://www.piccalasso.com
    MP: +60174710505

    Ayu Raudhah Kahwin

    Ayu Raudhah Kahwin

    Ayu Raudhah Kahwin

    Ayu Raudhah Kahwin

    Ayu Raudhah Kahwin

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gossip: Ayu Raudhah Kahwin 2009?
  • Gambar Nikki Bertudung di Majlis Nikah Ning
  • Betty Benafe Kahwin VIP?
  • FASHA SANDHA AYU RAUDHAH DALAM DRAMA SUTERA MAYA
  • Gambar Wedding Elyana: Gubahan Hantaran Lelaki
  • Program Khas Aidil Adha di Saluran Muzik Aktif RTM
  • Flop Poppy di With love Down Under Charity Gig
  • Gambar Eira Syazira dan Esma Danial Kahwin?
  • Gambar Kahwin Nor Aliah Lee Kahwin Lagi
  • Zizan Nin dan Aida Radzwill Dalam Sanggar Cinta Raudhah
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Drama Gemilang Bakal Kalahkan Nur Kasih

    Posted: 21 Jan 2011 07:45 AM PST

    Selepas kemunculan drama bersiri yang hebat seperti Nur Kasih, kini TV3 bakal mempersembahkan sebuah lagi nukilan terbaru, "GEMILANG" terbitan Filmscape yang akan mula ditayangkan 24 Januari 2011, setiap hari Isnin jam 9.00malam.

    Ada desas desus mengatakan mutu penceritaan dan skrip serta jalan cerita drama ini akan memberi saingan kepada pencapaian dan kejayaan yang pernah dicipta oleh Nur Kasih. Namun, berjayakah drama ini memecah rekod rating drama lain di TV3? Segalanya masih tak pasti dan Budiey sendiri tak dapat memberi ulasan lanjut tentang drama ini. Yang pasti, drama Gemilang sememangnya membariskan pelakon yang hebat.

    Adakah lagu Gemilang dari Ella akan dijadikan lagu tema?

    GEMILANG menyingkap perjuangan seorang pemuda untuk membela nasib golongan pelajar yang terpinggir dengan menubuhkan sekolah swasta yang pertama (Insititut Gemilang) di kawasan pedalaman pada tahun 1977 bagi menjamin masa depan mereka.

    GEMILANG memaparkan pelakon-pelakon muda yang semakin popular seperti Shah Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Tasha Shilla serta dibantu oleh Dato' Jalaludin Hassan, Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi.

    poster gemilang

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Lagu Tema Drama Nur Kasih
  • Drama Paling Membosankan Untuk 2007
  • Quotes of the Day: Tiada Drama Nur Kasih Musim Kedua Tapi…
  • Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-23 18 Januari Ini
  • Lirik Lagu Terima Kasih Hero NB
  • Rossa, Faizal Tahir, Mawi di Malam Final My Starz LG
  • Vina Morales Juara Ikon Asean Kalahkan Jaclyn Victor & Judika
  • Gambar Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Remy Ishak di Jordan
  • Drama Nur Kasih Lakonan Remy Ishak
  • Pelancaran Drama Intan Asmara Terbitan MIG Beat
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Zon Artis

    Zon Artis


    (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah & Zaquan Adha

    Posted: 21 Jan 2011 05:04 AM PST

    GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA

    Ini ada beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha yang berlangsung petang tadi. Gambar-gambar ini datangnya dari lensa kamera team Piccalasso. Apa yang boleh kami katakan, gambar-gambar memang superb. Terbaik dari ladang orang cakap. Kalau anda nak kahwin dan inginkan photographer untuk mengabdikan saat-saat indah anda itu, kami cadangkan anda dapatkan saja khidmat dari team Piccalasso. Confirm tak rugi beb.

    Baiklah! Jangan buang masa lagi. Jom layan kesemua gambar sekitar majlis pernikahan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha yang dibawakan kepada anda oleh team Piccalasso ini.

    GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA

    GAMBAR KAHWIN AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA

    GAMBAR KAHWIN AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA

    GAMBAR KAHWIN AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA

    GAMBAR KAHWIN ZAQUAN ADHA DAN AYU RAUDHAH

    GAMBAR KAHWIN ZAQUAN ADHA DAN AYU RAUDHAH

    GAMBAR KAHWIN ZAQUAN ADHA DAN AYU RAUDHAH

    Macam, superb kan gambar kahwin Ayu Raudhah dan Zaquan Adha ni?

    Big thanks to Piccalasso.

    Related Posts with Thumbnails
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Selamat Diijabkabulkan

    Posted: 21 Jan 2011 02:59 AM PST

    GAMBAR KAHWIN AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA

    Dengan hanya sekali lafaz, Ayu Raudhah sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, siapa lagi kalau bukan Zaquan Adha atau nama penuhnya Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

    Ayu Raudhah dan Zaquan Adha dinikahkan pada pukul 3.45 petang oleh imam masjid tersebut iaitu Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu Raudhah, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.

    GAMBAR KAHWIN ZAQUAN ADHA DAN AYU RAUDHAH

    Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu Raudhah atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.

    Walau bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Namun begitu, wang hantaran itu dikhabarkan mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.

    Lebih lanjut, anda boleh baca KAT SINI.

    ZON ARTIS: Tahniah kami ucapkan kepada Ayu Raudhah dan Zaquan Adha kerana telah selamat diijabkabulkan. Semoga pernikahan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Kalau ada masalah tu, cepat-cepat selesaikan dengan baik. Paling penting, elakkan dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang ntah apa-apa ntah kat paper. Selamat berbahagia.

    Related Posts with Thumbnails
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.