Adsense

Rabu, 29 Disember 2010

borak kosong

borak kosong


Pasangan tertangkap CCTV sedang’projek’ di Cybercafe

Posted: 29 Dec 2010 09:01 PM PST

image

image

image
image

image

image

image
image

image

image

image

image

Sorok barang curi di bawah payudara

Posted: 29 Dec 2010 08:30 PM PST

 Sepasang kekasih  dikenakan tuduhan mencuri setelah mereka tertangkap melakukan pencurian di sebuah outlet Beall di Florida, Amerika Syaikat (AS).

Dalam rakaman CCTV itu menunjukkan seorang lelaki dan wanita memasukkan sesuatu kedalam baju dan seluar. Perempuan itu didapati menyembunyikan kasut di payudaranya dan lelaki itu pula menyembunyikan di balik organ kemaluannya.

Lelaki itu mengambil barang yang bernilai $17.99  sedangkan perempuan berhasil menyembunyikan barang yang harganya $159.88 .(link)

[Pelik] Mari kita lihat cara itik mencuri duit

Posted: 29 Dec 2010 07:20 PM PST

image

Hebat…itik ini menjadikan anaknya sebagai umpan untuk mengelirukan orang sebelum dia bertindak mencuri duit…Siapalah agaknya yang melatih itik ini samapi boleh bertindak sebegini rupa…

Lelaki di arah korban mata serta telinga kerana membakar mata dan telinga orang lain

Posted: 29 Dec 2010 06:00 PM PST

Inilah agaknya hukukman darah dibalas darah ...mati di balas mati..
saya petik dari myMetro

TEHERAN: Mahkamah di Iran mengarahkan seorang lelaki mengorbankan mata dan telinganya selepas dia membakar mata dan telinga seorang lelaki lain dalam satu serangan asid, lapor akhbar Kayhan, semalam.

Hakim Aziz Mohammadi mengeluarkan arahan itu kepada tertuduh yang dikenali sebagai Hamid selepas dia didapati bersalah menyimbah asid kepada mangsa, Davoud.


Aziz juga mengerahkan Hamid membayar wang ganti rugi terhadap kecederaan yang dialami Davoud mengikut undang-undang republik Islam itu. Hamid memberitahu mahkamah dia tersilap apabila menyangka Davoud adalah rakan sekelas yang sering membulinya ketika di sekolah tinggi dulu. Bagaimanapun, laporan akhbar tidak menyatakan sama ada pihak berkuasa akan menjalankan hukuman menggunakan asid. Sebilangan serangan menggunakan asid kerap dilaporkan akhbar di Iran sejak beberapa tahun lalu.


Pada November lalu, Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman supaya seorang lelaki disimbah matanya dengan asid yang telah berbuat demikian kepada suami kekasihnya di bandar Qom. Pada Februari tahun lalu pula, Majid Movahedi dihukum supaya kedua-dua belah matanya dibutakan selepas dia menyimbah asid ke muka rakan sekelasnya di universiti, Ameneh Bahrami yang menolak lamarannya. - AFP

[Berita sedih] Gadis belasah ibu bapa dengan kayu

Posted: 29 Dec 2010 05:20 PM PST

Gadis pulak tu yang pukul...saya petik dari myMetro


JEDDAH: Polis semalam menahan seorang gadis belasan tahun kerana memukul ibu bapanya dengan kayu.

Jurucakap polis Jeddah, Nawaf Al-Bouq berkata, pihaknya turut membawa pasangan suami isteri itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


"Memukul dan mendera ibu bapa adalah jenayah besar menurut undang-undang Saudi dan mereka yang didapati bersalah terhadap jenayah itu tidak boleh dibebaskan dengan ikat jamin kecuali dengan kebenaran ibu atau bapanya," kata Nawaf.


Kes anak memukul ibu bapa jarang berlaku di kalangan penduduk Saudi. Pakar sosiologi berkata, masalah ekonomi dan kurang pendidikan menjadi punca kepada jenayah seumpama itu. - AP

[Aneh] Kenapalah budak digantung?

Posted: 29 Dec 2010 04:37 PM PST

aneh1
Agaknya apalah salah budak ini sehingga dibuat begitu rupa…tengok wajahnya tak kesian ke?

Lelaki ini layak digelar hebat

Posted: 29 Dec 2010 10:01 AM PST

001
Walaupun di pancut dengan watercanon dia masih tetap berdiri…malah semakin berani lagi.

[Gambar] Goyang setengah telanjang penyanyi dangdut ketika show

Posted: 29 Dec 2010 09:30 AM PST

Bukan nak menghina penyanyi dangdut ini tetapi kelakuan mereka
yang menggambarkan betapa murahnya harga diri mereka.Seolah -olah apa yang mereka
ada dibadan mereka sudah tak bernilai dan boleh dipertontonkan kepada sesiapa pun....









kesian pada wanita-wanita ini sanggup diperlakukan
sebegitu rupa semata-mata mencari nama dan wang...nilaikanlah
sendiri...

Gambar pasangan burung ini membuat ramai warga Amerika dan Eropah menangis

Posted: 29 Dec 2010 08:35 AM PST

image
Seekor burung betina terkapar di pelantaran dengan keadaan tubuh yang parah.

image
Pasangan jantannya membawakan makanan kepada burung betina dengan kasih sayang

image
Burung jantan sedang memberi makan kepadanya, tak lama kemudian burung betina itu mati terkulai. Burung jantan merasa terkejut dan cuba mengangkatnya.

image
Burung jantan akhirnya menyedari bahawa pasangan yang dicintainya telah mati. Ia kemudian "menangis" di hadapan kekasihnya yang telah mati kaku.

image
Sambil berdiri di samping tubuh kekasihnya sambil "berteriak" dengan suara yang sangat menyedihkan seolah-olah meratapi kematian kekasihnya.

image
Akhirnya ia menyedari bahawa pasangan yang dicintainya telah meninggalkannya dan tak akan boleh hidup kembali bersamanya. Ia berdiri disamping tubuhnya dengan sedih dan duka yang mendalam.(perhatikan wajahnya)

Gambar pasangan burung ini dikhabarkan diambil di suatu tempat di wilayah  Republik Ukraine, ketika burung jantan tersebut sedang berusaha menyelamatkan pasangan betinanya.
Jutaan orang di Amerika dan Eropah menitiskan air mata setelah menyaksikan gambar-gambar ini.

Model dari China yang di katakan mirip Kim Kardashian

Posted: 29 Dec 2010 07:30 AM PST

Inilah wajah model yang dikatakan mirip wajah Kim Kardashian





Malaysia Juara Piala AFF SUZUKI 2010

Posted: 29 Dec 2010 06:21 AM PST


Syukur Alhamdulillah... Akhirnya piala AFF Suzuki menjadi milik kita. Setelah mengharungi 90 minit dan masa tambahan di Stadium Bung Karno dengan penuh aksi yang mencemaskan. Pujian harus diberikan kepada penjaga pintu gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat dan juga rakan -rakannya. Mereka semua menyajikan aksi yang sangat hebat.

Kepada Safee Sali di ucapkan terima kasih kerana menjaringkan gol yang amat berharga dan rakyat Malaysia bangga denganmu. Syabas pasukan Malaysia. selepas ini kita sasarkan kepada tahap yang lebih. Harimau Malaya telah bangkit dan jangan tenggelam lagi. Syabas Malaysia.

Pelihara lembu dah macam pelihara kucing

Posted: 29 Dec 2010 06:00 AM PST





macam-macam ragam manusia...


Cara letak watermark di monitor

Posted: 29 Dec 2010 05:00 AM PST




amacam boleh buat....

Bukti bau kasut boleh menyebabkan pengsan

Posted: 29 Dec 2010 04:00 AM PST

5efbc7f0fbe44de41e796b5d059126b1549d8725
Sampai pengsan kucing ini di buatnya…..mesti 'paing' gila bau kasut ni

Kebolehan yang luarbiasa

Posted: 29 Dec 2010 03:30 AM PST

Manusia mempunyai kebolehan dan ke unikan tersendiri
termasuk mereka -mereka ini...










Nelayan mati di heret ikan kerana kaki terbelit tali pancing

Posted: 29 Dec 2010 02:40 AM PST


Sudin, 55, seorang penduduk Dusun Keperan,di Jawa Timur Indonesia, dilaporkan terkorban ketika memancing ikan.

Nelayan tradisional ini meninggal dunia akibat kedua kakinya terlilit tali pancing dan diseret oleh ikan yu ke dalam air laut selama kira-kira satu jam.

Mayat mangsa dilaporkan berjaya diangkat dari dalam laut tetapi dalam keadaan sudah tidak bernyawa. Malah ikan yu hasil tangkapanya seberat kira-kira 200 kg juga berjaya diangkat.

Busyairi 35, menantu mangsa mengatakan, setiap hari dia akan memancing ikan yu bersama mertuanya dengan menggunakan motorbot.

Pada Isnin kelmarin, sebaik sahaja tiba di tengah laut, dia dan mertuanya melepaskan pancing yang sudah dipasang umpan ke laut. Setelah menunggu beberapa minit, umpan pancing mertuanya disambar ikan yu yang cukup besar.

Menurut laporan akhbar Kompas, ikan yu hasil tangkapan mertuanya itu sebenarnya sudah berjaya dinaikkan ke dalam bot. Namun, masih terus meronta untuk melepaskan diri dari mata kail pancing di mulutnya. Tidak lama kemudian, ikan tersebut berjaya melompat kembali ke laut dan Sudin yang sedang memegang tali, diseret bersama ke dalam laut.

"Padahal saya sudah melarang agar bapak tidak berdiri di atas tali pancing," kata Busyairi. Melihat kejadian itu, Busyairi secara spontan terus terjun ke laut untuk menolong mertuanya, sekaligus menangkap kembali ikan hiu tersebut.

Namun, ikan tersebut terus meronta-ronta. "Ada sekitar satu jam terseret dan tenggelam di laut," jelas Sudin.

Ikan hiu menjadi kegemaran nelayan di Situbondo lantaran harganya yang disifatkan sebagai mahal oleh penduduk setempat "Daging ikan yu ketikat ini harganya mencapai Rp 4.500 per kilogramnya," kata Supriyanto (35), jiran kepada mangsa yang terbunuh.

"Beberapa saksi sudah kami minta keterangannya dan mangsa tewas akibat diseret ikan yu hasil pancingannya," kata seorang pegawai Polis.


Sumber: Kompas

[Berani] Cuba bunuh diri dengan melompat dari balkoni parlimen untuk nyatakan bantahan

Posted: 29 Dec 2010 01:30 AM PST

Seorang lelaki bernama Adrian Sobaru  cuba membunuh diri dengan melompat daripada balkoni di parlimen semasa wakil-wakil rakyat di Romania sedang bersidang sebagai tanda protes terhadap kerajaan. Bagaimana pun cubaan membunuh dirinya dikatakan gagal apabila dia sekadar memperolehi kecederaan minor yang tidak mengancam nyawanya.

Sebelum melompat untuk membunuh diri pada ketinggian 23 kaki, lelaki berkenaan menjerit kepada wakil-wakil rakyat yang sedang bersidang dengan mengatakan "kamu semua telah membunuh generasi masa hadapan!".

Tindakan lelaki tebabit yang juga merupakan seorang ayah yang memiliki dua orang anak dikatakan kerana membantah langkah penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan berikutan negara berkenaan menghadapi bebanan hutang negara yang besar.






Beli seluar dalam terpakai dapat klip video gadis membuka seluar dalam

Posted: 29 Dec 2010 12:40 AM PST

gambar hiasan

Seorang pelajar kojej berusia 19 tahun di Singapura menjual seluar dalam terpakai secara online pada harga S$45 (RM104) setiap satu.

Dia juga memberikan bonus tambahan untuk pelanggan yang membeli dua seluar dalam - mereka akan menerima video klip percuma gadis tersebut yang sedang membuka seluar dalamnya namun tanpa menunjukkan wajahnya.

Gadis yang hanya dikenali dengan nama Felica, telah memulakan perniagaan ini sejak bulan lalu melalui blognya.

Pada mulanya dia menjual seluar dalamnya dengan harga S$30 (RM70)setiap satu, namun dia telah menaikkan harganya bermula pada 1 Disember lalu.

Felica menulis entry di dalam blognya dengan memaparkan gambar-gambarnya dari paras leher ke bawah dengan memakai pelbagai jenis seluar dalam termasuk jenis T-black dan rekaan biasa dengan design yang comel.

Setakat ini gadis tersebut dipercayai telah menjual sebanyak 16 pasang seluar dalamnya dan menerima kira-kira 200 komen dari pembaca-pembaca blognya itu.

Menurutnya, dia melakukan perniagaan itu untuk menampung sedikit perbelanjaan serta membayar yuran pengajiannya.

"Semua seluar dalam yang dijual akan dipakai olehnya sekurang-kurangnya selama 12 jam" Katanya kepada sebuah akhbar.

Bagaimanapun gadis itu enggan untuk tampil ditemuramah dan akan berhenti daripada memberikan video klip percuma.

"Saya tidak boleh mendedahkan identiti saya dan membenarkan orang mengenali siapa saya," Katanya lagi.

Sumber: Sin Chew Daily

[Pelik] Ceraikan isteri kerana kejutkan daripada tidur untuk pergi kerja

Posted: 28 Dec 2010 11:45 PM PST

 Seorang lelaki menceraikan  isterinya setelah cuba membangunkannya untuk pergi  kerja di suatu pagi.

Lelaki Arab Saudi yang identitinya dirahsiakan dan berusia 23 tahun ini untuk ketiga kalinya menceraikan isteri dengan alasan yang sama dan juga kerana anaknya yang nakal.

"Ketika isterinya membangunkannyauntuk segera pergi bekerja dia kemudian sangat marah dan menceraikan isterinya sektika itu juga," demikian tulis sebuah akhbar tempatan.

Dia cuba meminta maaf dan berharap agar pernikahannya boleh kembali namun orang tua si isteri menolak menerimanya kembali. "Dia sudah cuba bertemu dengan keluarga isterinya namun mereka mengatakan dia tak akan pernah melihatnya lagi," demikian disampaikan seorang sumber. Dalam hukum Islam,  suami bioleh menjatuhkan talak kepada isteri dengan kata-kata tersebut sebanyak tiga kali.-Tribunnews.com 

Bangsawan Inggeris marah kebunnya jadi tempat gay adakan hubungan seks

Posted: 28 Dec 2010 10:31 PM PST

Sir Beville Stanier

Seorang bangsawan Inggris bernama Sir Beville Stanier merasa marah setelah kebunnya digunakan untuk melakukan hubungan seks oleh beberapa pasangan homoseks. Kerabat kerajaan tersebut segera meminta polis dan pemerintah daerah untuk mencegah "kegiatan" itu agar tidak berulang lagi.

Kebun luas nan menghijau itu sebenarnya sudah dipagari dengan kawat keliling namun kebelakangan ini rosak. Setelah di siasat ternyata kebun itu menjadi tempat favourite para homoseks melakukan hubungan intim sesama jenis di semak-semak.

Kebun yang luas itu berada di Shotover Estate dekat Oxford merupakan harta warisan dari ayahnya bernama Sir John Miller yang dulu setiausaha istana.

Sir Beville (76) pun harus mengeluarkan ribuan poundsterlling untuk membuat pagar yang lebih ketat lagi agar para homoseks tidak bioleh memanfaatkan kebun tersebut untuk melampiaskan nafsunya.

Pagar keliling itu berulangkali dirosak dan dibengkokkan oleh lelaki-lelaki homoseks untuk menceroboh dan melakukan seks di dalam kebun  itu.

Polis setempat berjanji memperketat kawalan agar para homoseks tidak lagi menceroboh ke dalam kebun itu.(link)

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


pelajar tingkatan empat maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan Proton Iswara yang dipandu abangnya

Posted: 29 Dec 2010 01:38 AM PST

Salam 1Malaysia, Buat Kali Kedua Aku Dengar Berita Yang Menyedihkan Macam Ni.. Kemalangan Yang Melibatkan Adik Beradik Yang Jarang Sekali Berlaku.. Terbaru,Mohd Syafiq Ghani, 16, Maut Apabila Motosikal Yang Di Tungganginya Telah Terbabas Dan Merempuh Kereta Abangnya Sendiri Yang Memandu Kereta Di Arah Jalan Yang Bertentangan.. Read More...!!!


Bayangkanlah Apabila Korang Terlibat Dengan Kemalangan Ngeri Dengan Sebuah Motosikal, Mangsa Yang Maut Dalam Kemalangan Ngeri Itu Adalah Kaum Keluarga Ataupun Seseorang Yang Korang Kenal.. Mesti Trauma Kan...?? Tak Dapat Aku Bayangkan Kalau Aku Berada Di Situasi MAcam Gini.. Mau Jadi Gila Kot... Berita Penuh Kat Bawah.. Sumber Dari Metro.. Klik "Buka"...

Spoiler:
TUMPAT: Seorang pelajar tingkatan empat maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan Proton Iswara yang dipandu abangnya dalam kemalangan di Jalan Kampung Bendang Pak Yong, di sini, kelmarin.

Dalam kemalangan adik-beradik yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu, Mohd Syafiq Ghani, 16, yang menunggang motosikal Yamaha 125 maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Tumpat, manakala abangnya, Mazlan, 19, terseliuh tangan kiri.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Bendang Pak Yong ke Kota Bharu sebelum motosikal ditunggangnya bertembung kereta dipandu abangnya yang datang dari arah bertentangan.

Berikutan itu, Mohd Syafiq tercampak hampir dua meter dan parah di kepala manakala kereta abangnya terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh tiang lampu.


Ibu saudara mangsa, Rokiah Ismail, 53, berkata dia terkejut sebaik menerima panggilan telefon daripada seorang saudara mengenai kejadian itu pada jam 6 petang dan bergegas ke hospital.

Menurutnya, sebelum kejadian, Mohd Syafiq baru keluar dari rumah selepas menikmati minuman petang bersama ibunya, Zaleha Awang Kecik, 45.

"Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik, namun dia baru menggunting rambutnya sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah.

"Selain itu, dia bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan segala urusan pembayaran yuran persekolahannya hari ini (semalam) dan kelihatan tak sabar untuk mula bersekolah kerana akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan," katanya ketika ditemui di rumah Mohd Syafiq, semalam.

Usaha menemu bual ibu remaja itu gagal kerana wanita berkenaan masih sedih dan terkejut dengan kehilangan anak kedua daripada lima beradik itu, tambahan pula suaminya, Ghani Hassan, baru meninggal dunia, tahun lalu.

Rokiah berkata, Mohd Syafiq, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat, di sini, rapat dengan abangnya itu dan kejadian yang menimpa mangsa membuatkan abangnya masih trauma dan terkejut.

Jenazah mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Islam Mukim Bendang Pak Yong pada jam 11 malam kelmarin selepas dituntut keluarganya di Unit Forensik Hospital Tumpat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan meminta pemandu kereta yang cuba dipintas Mohd Syafiq tampil ke balai untuk membantu siasatan.


P/s:Al Fatihah Buat Mangsa.. Semoga Di Tempatkan Dengan Orang2 Beriman... Amin...





Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Celebrity News

Celebrity News


Keputusan Piala Suzuki : Malaysia Juara !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Posted: 29 Dec 2010 06:02 AM PST

TAhniah Malaysia kerana MENJADI JUARA !!!!!!! 

APA KATA ANDA ???

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Angelina Jolie seperti Elizabeth Taylor

Posted:

Angelina Jolie seperti Elizabeth Taylor

Angelina Jolie seperti Elizabeth Taylor

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ihsan COLUMBIA PICTURES


JOHNNY Depp, Angelina Jolie dan pengarah filem The Tourist, Florian Henckel von Donnersmarck (kiri) ketika menghadiri tayangan perdana di Berlin, Jerman, baru-baru ini.


APABILA ditawarkan peluang berlakon dalam filem The Tourist, Johnny Depp tidak perlu menunggu lama kerana dia mempunyai beberapa sebab untuk menerima tawaran itu.

Selain daripada jalan cerita yang cukup menarik perhatian, Depp mengakui tarikan utama mengapa dia bersetuju membintangi The Tourist adalah kerana Angelina Jolie.

Sementelah The Tourist merupakan filem pertama yang menggandingkan Depp dan Jolie sebagai teraju utama.

Biarpun sudah menjadi seorang aktor tersohor dunia, namun, peluang untuk dia bergandingan dengan Jolie tidak pernah kunjung tiba.

Secara jujurnya, Depp tidak pernah mengenali Jolie secara personal. Kalau ada pun hanyalah bertegur sapa secara ringkas di majlis formal mahupun anugerah.

"Saya memang sudah bertahun-tahun mengenali pasangan Jolie iaitu Brad Pitt yang merupakan salah seorang kawan karib saya.

"Begitu juga perkenalan saya dengan bapa Jolie iaitu Jon Voight yang saya kenali sudah cukup lama.

"Bayangkan, saya sendiri tidak pernah duduk secara empat mata dengan Jolie dan saya tidak tahu bagaimanakah karakternya yang sebenar.

"Saya seorang yang bukan suka menghakimi seseorang tanpa mengenalinya dahulu. Biarpun banyak kisah Jolie yang dipaparkan di media massa, ia sedikit pun tidak berupaya mempengaruhi saya," ujar Depp ketika diminta mengulas tentang Jolie yang memainkan peranan sebagai Elise Clifton-Ward dalam filem The Tourist.

Apabila bertemu buat pertama kalinya dengan Jolie pada sesi pra produksi The Tourist, Depp tidak mampu menyembunyikan naluri lelakinya yang cukup kagum dengan keperibadian Jolie.

Walaupun secara luaran wanita itu tampak agresif dengan raut wajah yang serius, namun selepas mula mengenali Jolie, Depp dapat menyimpulkan bahawa kekasih Brad Pitt itu sebenarnya seorang yang lucu.

"Bayangkan apabila dia masuk sahaja ke dalam set penggambaran, semua orang mengagumi dan 'cair' melihatnya. Begitu juga dengan saya (ketawa).

"Dia memang seorang wanita hebat dan saya sendiri tidak pernah menyangka dia begitu melucukan. Memang tanpa ragu, Jolie memiliki rasa humor yang sangat tinggi.

"Bukan itu sahaja, saya memang kagum dengan tenaga yang ada dalam dirinya itu yang saya sifatkan sebagai sesuatu yang luar biasa. Tenaganya itu dapat menyamai kuasa yang dimiliki oleh 300 orang! Itu memang gila," kata aktor berusia 47 tahun yang mula mencipta nama menerusi siri televisyen 21 Jump Street sekitar lewat tahun 80-an itu lagi.

Serupa

Memang tidak habis-habis Depp memuji Jolie yang pada pandangannya merupakan seorang wanita yang menakjubkan.

Bukan mahu mengangkat tinggi wanita pujaan ramai lelaki itu, tetapi selepas mengenali Jolie, dia melihat Jolie tidak ubah seperti Elizabeth Taylor yang juga mempunyai perwatakan yang serupa.

"Saya bertuah kerana berpeluang mengenali Elizabeth Taylor dan apabila saya fikirkan kembali, saya dapat melihat kedua-dua wanita ini memiliki persamaan dari segi karakter.

"Personaliti sebenar mereka akan terserlah apabila saya dapat duduk secara empat mata dengan mereka. Daripada situ, semuanya akan keluar secara automatik dan keserasian serta keselesaan itu timbul untuk berdampingan," ujar Depp yang cukup popular dengan watak Kapten Jack Sparrow menerusi filem trilogi, Pirates of the Caribbean itu lagi.

Seperkara lagi yang membuatkan Depp mempunyai rasa hormat terhadap pemenang Oscar itu adalah fokus dan tumpuannya tidak pernah lari biarpun sibuk dengan tugasan hariannya sebagai ibu, aktres dan duta kemanusiaan.

"Dalam pada dia sibuk dengan kerjanya sebagai seorang aktres, Jolie masih lagi mampu membesarkan anak-anaknya dengan sempurna. Dia bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya selain kerja-kerja kemanusiaan.

"Bukan semua mampu dapat melakukan perkara yang serupa seperti Jolie. Saya harus katakan ini juga, sebagai seorang aktres, dia juga cukup hebat dan profesional. Dia tahu apa yang dia lakukan," katanya sambil merujuk kepada profesionalisme Jolie ketika di lokasi The Tourist.

Namun, Depp melahirkan rasa kasihannya terhadap Jolie dan Pitt serta anak-anak mereka yang seringkali menjadi mangsa paparazzi.

"Memang pelik kehidupan ini bukan? Dan bayangkan apabila kita bangun setiap pagi dan keluar rumah, kita sudah diekori oleh mereka yang bagaikan tidak mengerti apa yang kita mahukan iaitu privasi," luah Depp melahirkan kekesalan terhadap penceroboh seperti paparazzi itu.

Sungguhpun begitu, jelas Depp, dia tetap mengagumi kekasihnya, Vanessa Paradis yang merupakan ibu kepada dua orang anaknya iaitu Lily-Rose Melody Depp dan John "Jack" Christopher Depp III masing-masing kini berusia 11 dan lapan tahun.

"Dia telah melunaskan tanggungjawabnya dengan baik dan saya bertuah kerana dapat memilikinya sebagai pasangan," katanya ringkas yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan Winona Ryder dan Kate Moss.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kegembiraan Aznil, keterujaan Nabila

Posted:

Kegembiraan Aznil, keterujaan Nabila

Kegembiraan Aznil, keterujaan Nabila

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


KREW Riuh Pagi Era menyampaikan cenderamata kepada Dr. Mahathir Mohamad pada pertemuan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, baru-baru ini.


SEMUANYA terlaksana hanya dengan sebuah topik yang akhirnya memberi peluang sama rata buat semua untuk bertemu dengan seorang figura unggul negara.

Kisahnya bermula apabila krew Riuh Pagi Era yang dikendalikan oleh Aznil Nawawi, Ray dan Hanif memberi peluang kepada pendengar radio itu untuk meluahkan impian yang mahu dilaksanakan sebelum tahun 2010 melabuhkan tirainya.

Daripada puluhan panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima sepanjang dua jam segmen itu bersiaran, impian seorang pendengar bernama Siti Nurshiela Shahidan antara yang paling menarik perhatian Aznil selaku 'kepala' Riuh Pagi Era.

Impiannya yang mahu bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu bagi Aznil merupakan satu peluang yang cukup dinanti-nantikan oleh bukan hanya dirinya tetapi juga semua rakyat Malaysia.

Malah, Aznil sendiri mengakui dia belum pernah bertemu empat mata dengan negarawan ulung kesayangan ramai itu. Sebelum ini pun, dia hanya bertemu dan menyapa Tun Mahathir di majlis-majlis tertentu sahaja.

Lalu, Aznil merasakan ini juga peluang terbaiknya untuk bersua muka dengan Tun Mahathir yang diangkatnya sebagai idola selain memberi peluang kepada pendengar Era FM untuk merealisasikan impiannya.

Akhirnya, doa Aznil dimakbulkan Allah SWT dan baru-baru ini, Aznil bersama-sama krew Riuh Pagi Era dan Siti Nurshiela telah berkunjung ke Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya untuk bertemu dengan tokoh yang disanjung tinggi itu.

"Apabila mendengar impian yang disuarakan oleh Siti Nurshiela yang mahu bertemu dengan Dr. Mahathir, saya juga berasa gembira dan teruja. Dan, saya juga menganggap ini sebagai satu cabaran.

"Cabaran yang saya maksudkan di sini ialah proses yang perlu dilalui sebelum tibanya hari pertemuan dengan Dr. Mahathir. Saya sendiri mahu merasai bagaimanakah perasaan dan barangkali tekanan untuk mengadakan temu janji bersamanya.

"Alhamdulillah, saya sendiri tidak menyangka proses berjalan dengan lancar dan dengan bantuan pembantu peribadi Dr. Mahathir, pertemuan kami diatur. Memang kalau boleh, saya mahu masa yang lama untuk saya berbual dengan beliau.

"Tetapi, saya sedar, beliau seorang yang cukup sibuk. Jadi, kalau dapat seketika bersamanya pun sudah memadai buat saya," jelas Aznil penuh bersungguh ketika diminta menceritakan detik-detik sebelum pertemuan dengan Dr. Mahathir baru-abru ini.

Kagum

Memang terpancar jelas kegembiraan yang luar biasa di wajah Aznil yang juga pengacara nombor satu negara itu apabila dapat berbual-bual dan bertanyakan soalan yang sudah lama dipendamkan.

Kata Aznil, dia cukup kagum dengan keberanian dan kekuatan daya fikiran Dr. Mahathir yang mampu berfikir jauh ke hadapan.

Sebagai seorang selebriti, dia sendiri telah mengamalkan prinsip idolanya itu dalam karier seninya dan memang sudah terang lagi bersuluh, Aznil memang seorang yang berani mengambil risiko dalam setiap keputusannya.

Mengambil transisi imejnya sebagai contoh, Aznil sendiri pernah dikritik dan dikecam dengan hebat kerana tampil dengan imej yang dilihat merepek serta tidak menonjolkan personalitinya ketika di awal kemunculannya.

"Jadi, apabila Dr. Mahathir berkata setiap keputusan yang diambil itu mempunyai risikonya yang mampu membawa kepada kegagalan dan kerugian, ia menjawab segala persoalan saya selama ini.

"Apa sahaja yang beliau lakukan sebelum ini bukannya tidak pernah dikritik tetapi semangat positif yang ada dalam dirinya itu membuatkan ramai yang kagum dan hormat pada dirinya.

"Kata beliau lagi, bukan semua yang kita lakukan itu akan mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Jadi, kita harus berani mengambil risiko dan membuktikan kepada mereka dengan penuh bersungguh," ujar Aznil panjang lebar.

Ketawa

Dalam pertemuan yang memakan masa lebih kurang 15 minit itu juga, Aznil sempat mengajukan beberapa soalan yang dikirimkan oleh pendengar setia Era FM di mana jawapan diberikan telah membuat suasana hening di dalam bilik mesyuarat itu dipecahkan dengan hilai tawa mereka yang hadir.

Salah satu soalannya adalah tentang lawak jenaka yang baru sahaja didengar oleh Dr. Mahathir. Barangkali ia mungkin dianggap biasa oleh kita sebagai orang biasa.

Tetapi, apabila mendengarkan daripada mulut negarawan itu sendiri, ia menjadi sesuatu yang cukup berbeza dan bermakna sekali.

"Baru-baru ini, ada seorang kawan saya memberitahu bagaimana nama sejenis kuih itu dinamakan pulut udang sedangkan apabila dia membelinya, tiada pun seekor udang dalam intinya.

"Dia juga kata bila dia beli cucur badak, intinya juga tiada daging badak. Jadi bagaimana namanya menjadi cucur badak," kata Aznil mengulang kembali ungkapan Dr. Mahathir yang kemudiannya disambut dengan deraian ketawa tetamunya pada pagi itu.

Sempat juga bekas Perdana Menteri itu ditanya tentang pandangannya terhadap Aznil.

Berani

Ujar beliau secara generik, ketika di zaman pemerintahannya, bidang penyiaran ketika itu masih lagi dibelenggu dengan perasaan malu dan belum bersedia untuk melakukan perubahan drastik untuk pembaharuan.

Namun, apabila muncul bakat-bakat baru yang memiliki sentuhan yang segar, ia telah menjadikan dunia penyiaran itu semakin menarik dan berwarna.

"Semuanya perlu mempunyai keyakinan diri dalam apa jua yang dilakukan. Tidak dilupakan keberanian untuk terus maju ke depan," kata Dr. Mahathir.

Melihat kepada kejayaan sulung team Riuh Pagi Era dalam merealisasikan impian pendengar setianya, duda beranak dua ini tidak menolak kemungkinan akan meneruskan projek ini di masa hadapan.

Namun, katanya, hanya impian yang dirasakan munasabah dan praktikal sahaja akan ditunaikan.

"Selain Siti Nurshiela, kami menerima banyak permintaan yang mahu impian mereka ditunaikan.

"Tidak kurang juga ada yang menyatakan impian untuk bersanding sekali lagi kerana ketika dia bersanding dulu, semuanya tidak berjalan dengan sempurna seperti mana yang diharapkan.

"Insya-Allah, kami akan meneruskan projek seperti ini pada bulan Disember setiap tahun," kata Aznil yang kini muncul dengan rancangan Serasi Bersama bersama Sharifah Shahirah.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.