Adsense

Rabu, 24 November 2010

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Yuna dan Qi sedang hangat bercinta

Posted: 23 Nov 2010 06:49 PM PST

Gosip terbaru mengenai yuna dan Qi yang dikatakan sedang hangat dilamun cinta sekarang… Gosip percintaan Yuna dan Qi ni semakin kuat diperkatakan apabila mereka berdua dilihat begitu mesra dan serasi semasa majlis Shout! Awards pada hari sabtu yang lalu.. Wah.. betul ke Yuna dan Qi ni sedang bercinta? jom kita baca apa kata yuna bila ditanya mengenai gosip ni…

"Saya suka dia sebab dia baik hati juga seorang lelaki yang baik. Dia seorang yang tenang serta menghormati orang di sekelilingnya. Seronoklah berkawan dengan dia."

"Bercinta itu satu perkataan yang agak kuat sedangkan hubungan kami baru dalam peringkat awal untuk kenal antara satu sama lain.

"Buat masa ini saya tidak nafikan kami memang rapat, tetapi untuk mengklasifikasikan kami sebagai pasangan yang bercinta rasanya itu terlalu awal," (Kosmo)

Urm.. jawapan standart artis… Yuna dan Qi ni dikatakan berkenalan semasa mereka berdua terlibat dalam program terbitan TV9, Kawanku Bintang Coca-Cola dan hubungan mereka berdua terbina selepas Qi dan Julie Woon berpisah.. Tapi apa yang menariknya, Ibu bapa Yuna sudahpun mengenali Qi dengan lebih dekat..

Apa pun hubungan Yuna dan Qi ni, MyGosip doakan yang terbaik buat mereka berdua..

gambar yuna dan qi sedang hangat dilamun cinta
pic credit: iamthewitch


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Gambar Luar Biasa Mizz Nina & Noh Hujan Bertunang Oleh Joe Zakaria

Posted: 23 Nov 2010 10:40 PM PST

IMG 3924 455x682 Gambar Luar Biasa Mizz Nina & Noh Hujan Bertunang Oleh Joe Zakaria

Kami yakin, gambar tunang Mizz Nina & Noh Hujan sebelum ini standard dicopy-paste oleh media-media hiburan. Tak percaya, sila google.

Namun, kali ini kami paparkan hasil kerja kreatif jurugambar Joe Zakaria yang berpeluang mengambil gambar pertunangan Mizz Nina & Noh Hujan dalam keadaan spontan, 100% lain daripada yang ada di media hiburan.

Kami difahamkan, Joe Zakaria sudah berkecimpung dalam bidang fotografi sejak tahun 2007, pernah diberi kepercayaan untuk cover majlis Sultanah Selangor, Merdeka Raksasa. Selain itu, beliau turut menjadi jurufoto rasmi untuk album pertama penyanyi Aizat satu ketika dahulu.

Enjoice 5 keping gambar luar biasa Mizz Nina & Noh Hujan bertunang, halakan kursor anda ke Joe Zakaria dan ucapkan hi kepada beliau.

Noh10 455x3031 Gambar Luar Biasa Mizz Nina & Noh Hujan Bertunang Oleh Joe Zakaria

IMG 3739 455x303 Gambar Luar Biasa Mizz Nina & Noh Hujan Bertunang Oleh Joe Zakaria

Noh8 455x303 Gambar Luar Biasa Mizz Nina & Noh Hujan Bertunang Oleh Joe Zakaria

Noh9 455x351 Gambar Luar Biasa Mizz Nina & Noh Hujan Bertunang Oleh Joe Zakaria

IMG 42151 455x682 Gambar Luar Biasa Mizz Nina & Noh Hujan Bertunang Oleh Joe Zakaria

sumber : ohbulan

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Lady Gaga Terima Ugutan Bunuh

Posted: 23 Nov 2010 12:00 PM PST

PENYANYI yang popular dengan imej pelik, Lady Gaga menerima sepucuk surat ancaman bunuh daripada peminatnya.

Surat tersebut dikirim oleh seorang pelajar Rusia berusia 26 tahun bernama Anastasia Obukhova.

Kandungan surat tersebut menyebut bahawa dia mahu mati bersama penyanyi kesayangannya itu, Lady Gaga.

Malah, Obukhova juga memberitahu bahawa dirinya pernah berada dalam jarak 1 meter dari Gaga dan hanya menanti waktu yang tepat untuk menyerang.

Peminatnya bukan hanya mahu membunuh Gaga malah dia mahu mati bersama bintang pujaannya itu.

Buat masa sekarang, Gaga mengakui bimbang biarpun berada jauh dari peminat fanatiknya berkenaan.

///mstaronline ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


(Gambar) Aksi Ariel Peterpan Di Mahkamah Bandung

Posted: 23 Nov 2010 04:15 PM PST







google: terbaru ariel peterpan, terkini ariel peterpan, berita ariel peterpan, cerita ariel peterpan, kisah ariel peterpan, ariel peterpan di mahkamah, gambar ariel peterpan di mahkamah, ariel peterpan di bicara

Koleksi Anith Aqila

Posted: 23 Nov 2010 04:13 PM PST











google: anith aqila, anith aqila facebook, anith aqila blog, anith aqila twitter, anith aqila myspace, anith aqila 2010, terbaru anith aqila, terkini anith aqila, gosip anith aqila, kontroversi anith aqila, skandal anith aqila, gambar anith aqila, foto anith aqila, photo anith aqila, anith aqila seksi, anith aqila hot, anith aqila panas, anith aqila bogel, anith aqila buah dada, anith aqila wiki, anith aqila bio, anith aqila profile, anith aqila biography, anith aqila biodata, drama anith aqila

Gambar anak Daphne Iking

Posted: 23 Nov 2010 04:07 PM PST


google: daphne iking, daphne iking facebook, daphne iking twitter, daphne iking blog, daphne iking myspace, daphne iking seksi, daphne iking hot, daphne iking bogel, buah dada daphne iking, daphne iking 2010, daphne iking profile, daphne iking bio, daphne iking wiki, daphne iking biodata, daphne iking biography, daphne iking dan anak, daphne iking dan daughter, daphne iking dan suami, daphne iking dan husband, terkini daphne iking, terbaru daphne iking, daphne iking dan keluarga

(GAMBAR)Rebecca Nur Islam yang seksi

Posted: 23 Nov 2010 04:04 PM PST





google: rebecca nur islam seksi, rebecca nur islam hot, rebecca nur islam panas, rebecca nur islam kontroversi, gambar rebecca nur islam, rebecca nur islam foto, rebecca nur islam photo, rebecca nur islam bogel, buah dada rebecca nur islam, peha putih rebecca nur islam, rebecca nur islam nude, rebecca nur islam bikini, rebecca nur islam dan kekasih, rebecca nur islam terlampau seksi, terkini rebecca nur islam, terbaru rebecca nur islam, rebecca nur islam sosial, rebecca nur islam berpelukan, rebecca nur islam bercium, rebecca nur islam kissing,

Aizat Tak Kisah Gagal Ke Juara Lagu

Posted: 23 Nov 2010 04:02 PM PST


PETALING JAYA: Walaupun pernah meraih gelaran juara Anugerah Juara Lagu 24 pada tahun lalu, penyanyi Aizat tidak kisah gagal ke peringkat akhir AJL25 kali ini.

Beritahu Aizat, dia tidak mungkin kecewa dengan kegagalannya untuk mara ke AJL25, sebaliknya bekas pelajar Akademi Fantasia 5 itu akan menyaksikan pertandingan tersebut untuk menyokong rakan-rakannya.

"Mungkin terasa sedikit pelik kerana sebelum ini selama dua tahun berturut-turut saya menyertai AJL dan tidak untuk kali ini.

"Apa-apa pun, saya tidak kecewa. Ia merupakan lumrah dan adat bagi sesebuah pertandingan. Ada masanya kita di atas, dan ada masanya kita di bawah.

"Jika tiada aral, saya tetap akan ke AJL25 untuk menyokong rakan-rakan seperjuangan saya," katanya selepas ditemui ketika dia menghadiri sesi latihan bersama peserta-peserta Kamilah Bintang, di sini, Selasa.

Sementara itu, Aizat mengeluarkan pandangannya bahawa dia gembira dengan peredaran industri muzik masa kini kerana ramai penyanyi muda memiliki bakat besar.

Katanya lagi, berdasarkan pemilihan AJL25 yang didominasikan oleh bakat-bakat muda seperti Yuna, Hujan, Bunkface dan Faizal Tahir, dia percaya, golongan seperti itu bakal menjadi pelapis di masa akan datang.

"Rasanya, muzik kita kini lebih seimbang. Seronok pula bila masing-masing tidak kira bakat baru atau lama bertungkus-lumus menghasilkan karya muzik yang hebat.

"Ia juga memberikan semangat buat penggiat seni muzik untuk menjadi yang terbaik. Bagi saya, ia sebuah persaingan yang sangat positif," ujarnya.

google: aizat af juara lagi, aizat af lagu juara lagu, aizat af tak masuk final, aizat af gagal ke juara lagu, aizat af juara lagu

Kes Cerai Zakiah Anas: Jawatan Kuasa Pendamai Diberi 3 Bulan

Posted: 23 Nov 2010 04:00 PM PST


PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa, memberikan tempoh tiga bulan kepada Jawatan Kuasa Pendamai yang dilantik dalam kes perceraian personaliti TV3, Zakiah Anas (gambar) dan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taid untuk meneruskan perbincangan.

Hakim Syarie Ghazali Ahmad memutuskan untuk memberikan tempoh masa baru itu memandangkan beliau tidak berpuas hati dengan laporan pelaksanaan seperti yang telah dibuat oleh jawatan kuasa terbabit sebelum ini.

Ini kerana, perbincangan yang diadakan sebanyak dua kali, iaitu pada 6 ogos dan 23 Oktober lalu tidak dihadiri oleh wakil plaintif, iaitu Zakiah, 43, yang melantik anak saudaranya, Affendi Yusoff.

Mohamad Yusof, 48, diwakili oleh Md Hairi Md Salleh dalam jawatan kuasa tersebut yang dipengerusikan oleh pegawai daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

"Mahkamah telah memberikan masa selama tiga bulan, bagaimanapun masa itu terbuang begitu sahaja dengan kedua—dua pihak tidak bekerjasama untuk melaksanakan jawatan kuasa yang dilantik.

"Sebelum ini, wakil yang dilantik telah menyatakan kesanggupan untuk menjadi wakil, tetapi sekarang sebaliknya yang berlaku.

"Oleh demikian, saya beri tempoh masa lagi untuk kedua-dua pihak meneruskan proses tersebut," kata Ghazali.

Sehubungan itu, Ghazali menetapkan kes itu ditangguhkan kepada 9 Februari depan untuk mendengar laporan penuh jawatan kuasa terbabit.

Pada prosiding itu, Zakiah yang pernah mengacarakan rancangan berbentuk kepolisan 999 hadir dengan peguam syarienya, Abdullah Anuar Sahri manakala Mohamad Yusof yang dinamakan sebagai defendan tidak diwakili peguam.

Zakiah memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga sejak 17 tahun yang lalu dan dikurniakan dua orang anak lelaki, Aiman Muzammil, 16, dan Amir Muzhaffar, 14.

google: terbaru zakiah anas, terkini zakiah anas, cerita zakiah anas, kisah zakiah anas, zakiah anas berkemban, zakiah anas separuh bogel, zakiah anas buah dada, zakiah anas bogel, gambar zakiah anas dan anak, zakiah anas dan suami, kekasih zakiah anas, kontroversi zakiah anas, zakiah anas di mahkamah, keputusan cerai zakiah anas

Bicara Permohonan Isteri Joey Sah Lafaz Cerai Januari Depan

Posted: 23 Nov 2010 03:59 PM PST


KAJANG: Permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan oleh isteri penyanyi dan pelakon, Joey akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 20 Januari depan.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Amli Embong yang mewakili wanita tersebut, Noraini Mohamad Nasir tidak dapat menghadiri prosiding itu pada Selasa, kerana masalah kesihatan.

Perihal kesihatan Amli dibawa ke pengetahuan mahkamah oleh peguam syarie yang mewakili Joey, Fakhrul Azman Abu Hassan pada prosiding sebutan kes itu.

Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 37, dan Noraini, 44, tidak menghadiri prosiding tersebut.

Noraini memfailkan permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang didakwa telah dilafazkan oleh Joey di luar mahkamah pada 4 Jun lalu.

Lafaz itu didakwa diberitahu oleh seorang kawan Joey, yang pernah menghasilkan album Beradu Suratan.

Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 pada 15 Oktober lalu, iaitu kira-kira seminggu selepas media melaporkan hubungan baik antara Joey dan pelakon Norwati Sadali atau Watie, bekas anggota kumpulan Elite.

Joey dan Noraini berkahwin pada 4 Mei 2005 dan mempunyai seorang anak perempuan, Zidani, empat tahun.

Pada sebutan kes 20 Oktober lalu, Joey yang juga vokalis kumpulan Exsits menafikan dakwaan Noraini bahawa dia ada rujuk kembali empat hari selepas didakwa melafazkan cerai.

Dia juga menafikan dakwaan bahawa telah membuat pengakuan hubungannya dengan seorang pelakon wanita yang dikatakan rapat selepas bertemu di lokasi penggambaran sebuah drama bersiri.

google: lafaz cerai joey daud, cerai joey daud, isteri joey daud, joey daud dan watie, joey daud bercerai, joey daud lafaz cerai, joey daud terkini, joey daud terbaru 2010, joey daud profile, joey daud kisah, cerita joey daud, kontroversi joey daud

Pelakon 'Pilih Kasih 2009' Masih Laku - Rosyam Nor

Posted: 23 Nov 2010 03:57 PM PST


KUALA LUMPUR: Pelakon Rosyam Nor menepis dakwaan bahawa peserta daripada program realiti Pilih Kasih terbitan syarikatnya, Suhan Movies, tidak menyerlah dalam industri seni lakonan tempatan.

Tegas Rosyam, kebanyakan peserta daripada program realiti itu yang antaranya seperti Ana Dahlia, Iqbal Mazlan, Nabila Dally dan Reza Hasbi mempunyai bakat yang tersendiri dan mereka mungkin akan menyerlah dalam jangka masa dua hingga tiga tahun lagi.

"Jangan samakan program realiti lakonan dan nyanyian. Menjadi seorang pelakon bukan seperti penyanyi, di mana dengan sebuah lagu single sahaja mereka mudah meraih populariti. Tambah pula dengan kehadiran pelbagai realiti program berbentuk nyanyian.

"Bagi saya, peserta-peserta Pilih Kasih tahun lalu masih laku dan mereka sibuk dengan tawaran lakonan masing-masing.

"Saya percaya, mereka akan popular dalam masa dua hingga tiga tahun ini kerana jangka masa itu adalah masa untuk mengasah bakat masing-masing.

"Saya gembira dengan bakat yang mereka miliki kerana mereka akan mewarnai industri lakonan kelak," katanya yang menerbitkan Pilih Kasih 2 dengan kerjasama pihak RTM.

Pilih Kasih 2 akan bermula pada 29 November ini menerusi diari program, 'Kisah Pilih kasih' yang disiarkan pada pukul 4.30 petang di RTM2 dan diulang tayang di Muzik Aktif pada pukul 10.30 malam, pada hari yang sama.

Tambah Rosyam, dia akan memberikan sedikit kelainan dalam program realiti keduanya itu dan sedang merancang untuk memberi peluang pemenang program tersebut berlakon menerusi drama muzikal khas terbitan syarikatnya bersama RTM.

"Tahun ini, kami dan pihak RTM telah bersetuju untuk menghasilkan 26 episod drama muzikal yang berjudul Inspirasi Kasih.

"Ia akan menampilkan pemenang-pemenang Pilih Kasih 2 serta pemenang tahun lepas. Selain itu, peserta yang memberi komitmen dalam program ini turut diberi peluang dalam drama ini nanti.

"Bagi saya, drama muzikal ini adalah satu batu loncatan buat mereka untuk dikenali umum," katanya.

Bagaimanapun, Rosyam tidak akan mengambil peserta yang menang sebagai pelakon di bawah syarikatnya seperti yang dibuat oleh sesetangah pihak produksi.

"Saya tak akan ikat mereka di bawah Suhan Movies. Saya mahu mereka rasai erti susah dan senang sebagai pelakon.

"Dengan cara itu, mereka akan berfikiran matang dan lebih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam bidang ini," tegas Rosyam.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Mesra Yuna, Qi

Posted:

Mesra Yuna, Qi

Mesra Yuna, Qi



TEMPOH perkenalan antara pelantun lagu Dan Sebenarnya, Yuna dan aktor utama drama bersiri popular Blogger Boy, Qushairi Razali atau Qi, baru menjangkau sebulan.

Namun, bibit-bibit kemesraan seperti pasangan bercinta tidak dapat disembunyikan lagi. Semua itu dapat disaksikan ketika mereka menghadiri majlis Shout! Awards yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam Sabtu lalu.

Bukan sahaja mereka memakai pakaian yang mempunyai padanan rona warna yang sama iaitu kelabu, bahkan setiap kali nama Yuna diumumkan sebagai pemenang dan memerlukan dia berjalan ke atas pentas, Yuna tanpa segan meminta Qi memegang seketika tas tangannya.

Apabila diminta penjelasan mengenai status hubungannya dengan Qi, Yuna yang dihubungi Kosmo! semalam dalam tawa tidak menafikan Qi kini merupakan lelaki yang paling rapat dengan dirinya, namun, dia enggan menggunakan perkataan bercinta sebagai tafsiran hubungannya itu.

"Bercinta itu satu perkataan yang agak kuat sedangkan hubungan kami baru dalam peringkat awal untuk kenal antara satu sama lain.

"Buat masa ini saya tidak nafikan kami memang rapat, tetapi untuk mengklasifikasikan kami sebagai pasangan yang bercinta rasanya itu terlalu awal," ucap Yuna penuh jujur.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai memberitahu, perkenalan antara mereka terjadi apabila masing-masing terlibat dalam program terbitan TV9, Kawanku Bintang Coca-Cola.

Hubungan mereka terbina selepas Qi berpisah dengan pelakon dan pengacara, Julie Woon yang pernah bergandingan dengan Qi menerusi drama bersiri, Blogger Boy.


QI mengakui akan keserasian yang wujud dalam hubungan dirinya bersama Yuna.


"Dalam program Kawanku Bintang, Qi bertindak sebagai pengacara dan saya pula sebagai juri bersama beberapa teman artis yang lain. Perkenalan kami terjalin selepas Qi berpisah dengan Julie, jadi tidak ada sebarang isu di situ," jelas Yuna.

Pemenang Ultimate Shout! 2010 itu juga tidak menafikan ibu bapanya telah berkenalan dengan Qi dan dalam masa yang sama menegaskan hubungan mereka masih terlalu jauh untuk mencecah ke jenjang pelamin.

"Saya tidak nafikan ibu bapa saya kenal dengan Qi kerana mereka selalu berada bersama saya. Jadi, tidak secara langsung mereka kenal semua kawan saya termasuk Qi.

"Sebenarnya, siapa sahaja kawan saya, saya akan bawa jumpa ibu dan bapa saya kerana mereka ibu bapa yang berfikiran terbuka. Boleh dikatakan kawan-kawan saya merupakan kawan-kawan ibu bapa saya juga," kata gadis berasal dari Subang, Selangor itu lagi.

Tarikan Qi terhadap Yuna

Tanpa berkias, terus diajukan soalan, apakah yang menarik Yuna untuk mendampingi Qi. Kalau dilihat dengan teliti mungkin muzik yang menyatukan mereka sementelah latar belakang Qi yang merupakan bekas pemain drum band popular, OAG.


SOKONGAN moral. Qi setia menemani Yuna pada majlis Shout! Awards 2010 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Sabtu lalu.


Jawab Yuna penuh sopan: "Saya suka dia sebab dia baik hati juga seorang lelaki yang baik. Dia seorang yang tenang serta menghormati orang di sekelilingnya. Seronoklah berkawan dengan dia."

Jelas sekali, jawapan tulus Yuna itu sudah cukup untuk membukti betapa istimewanya Qi di hati Yuna.

Saat ditanya, tidak bimbangkah dia menjalin cinta dengan Qi, seorang lelaki yang berstatus selebriti sepertinya. Terdiam seketika, lalu Yuna menghamburkan kerisauan yang terbuku di hatinya.

"Siapa kata saya tidak bimbang, memang saya bimbang sebab cabarannya lebih besar. Orang pula akan perhatikan segala gerak-geri saya.

"Dulu semasa saya sering membuat persembahan bersama Hanafi daripada band Estranged, orang kata saya bercinta dengan dia, sedangkan kami hanya berkawan baik," ujar gadis berusia 23 tahun itu tentang gosip cinta yang pernah melandanya suatu ketika dulu.

Kebimbangan Yuna itu juga menyebabkan dia enggan mengembar-gemburkan kisah peribadinya dan jika boleh mahu disoal hanya tentang kerjayanya sahaja. Katanya dia tidak mahu lari daripada landasan yang telah dirancangnya.

"Saya takut orang akan hilang fokus terhadap muzik saya dan lebih mahu ambil tahu tentang kisah peribadi.

"Sebenarnya cerita peribadi tidak penting dan saya lebih suka kalau orang tanya tentang kerjaya saya.

"Buat masa sekarang, Qi pun sibuk dengan kerja dia, begitu juga saya.


YUNA di samping pemenang Flava Award (Anugerah Hip-hop/R&B) pada Shout! Awards 2010, Mizz Nina.


"Masing-masing mahu stabilkan kerjaya dulu, baru kami boleh bercerita lanjut mengenai kisah peribadi," tutur Yuna yang mengakui dia seorang fokus dan gila terhadap kerjanya.

Serasi, rapat

Mahu mendapat kepastian, Kosmo! mendapatkan pula jawapan daripada mulut Qi sendiri.

Dia yang ditemui pada parti usai Shout! Awards 2010 bersikap cukup profesional dan terbuka dalam memberi penjelasan mengenai hubungannya dengan Yuna.

"Saya dan Yuna mula rapat semenjak kami sama-sama terlibat dalam program Kawanku Bintang Coca-Cola.

Dalam program tersebut, saya pengacara program tersebut. Yuna pula bertindak sebagai juri program," kata Qi yang pernah mengacara Destinasi Budget.

Qi yang berusia 32 tahun itu juga mengakui bahawa dia sememangnya sudah lama meminati lagu-lagu nyanyian Yuna dan sentiasa menyokong kerjayanya.

"Sekarang masih terlalu awal untuk saya katakan yang hubungan kami sudah sampai ke tahap bercinta.

"Namun, saya juga tidak menafikan bahawa hubungan kami buat masa ini memang rapat. Malah, terdapat keserasian dalam perhubungan kami," tambahnya yang mula dikenali dengan program Field Trip USA! terbitan 8TV.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Konkana Sen Sharma hamil?

Posted:

Konkana Sen Sharma hamil?

Konkana Sen Sharma hamil?


KONKANA bersama suaminya, Ranvir.


AKTRES Konkana Sen Sharma yang baru melangsungkan perkahwinan secara tergesa-gesa baru-baru ini bersama kekasihnya Ranvir Shorey dikhabarkan sedang hamil.

Khabarnya, ramai saksi melihat perut aktres itu sedikit berisi daripada biasa pada satu acara hiburan yang berlangsung di Mumbai baru-baru ini. Bukti terbaru itu menguatkan lagi khabar angin sebelum ini yang mengatakan perkahwinan itu terjadi kerana kehamilan Konkana.

Menurut sumber, aktres itu biasanya seorang perokok yang kuat, bagaimanapun baru-baru ini dia tidak lagi merokok dan berhenti mengambil minuman keras.

Jika benar Konkana hamil, dia berkemungkinan tidak menghadiri Filem Festival Antarabangsa di Cairo, Mesir hujung bulan ini, walaupun filem lakonannya Iti Mrinalini ditayangkan pada festival tersebut.

Salah satu sumber yang rapat dengan Konkana pula melaporkan bahawa aktres itu benar-benar hamil meskipun belum ada sebarang pengesahan secara rasmi dari mulut Konkana sendiri.

"Kami mendapat tahu, Konkana mungkin melahirkan anak pada Mac tahun hadapan di Mumbai. Malah, dia juga telah membatalkan segala penglibatannya dalam filem-filem yang akan datang.

"Dia juga ingin berehat sehingga September tahun depan dan ingin menghabiskan masanya di kampung halamannya di Kolkata," kata sumber itu lagi. Pasangan itu berkahwin pada 3 September lalu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Mahu gadis penenang jiwa

Posted: 23 Nov 2010 06:17 AM PST

PEMBABITANNYA dalam lakonan bukan baru, malah mula menceburi dunia seni sejak usia kanak-kanak dan bakatnya diiktiraf dengan Anugerah Skrin 1998 menerusi lakonan berkesannya dalam Pa'e.

Mungkin impak besar lakonannya dalam Pa'e membuatkan produser tidak berani mengambilnya berlakon hingga kerjaya seninya sepi seketika lalu mencuba nasib dalam nyanyian dan kembali berlakon pada 2003.

Ternyata selepas 12 tahun menjadi perhatian melalui lakonannya di televisyen, putaran roda kehidupan Shaheizy Abdul Samad atau Shaheizy Sam, 28, kembali di atas apabila namanya kini berada di puncak.

Semuanya kerana filem Adnan Sempit yang ditayangkan di pawagam Januari lalu.

Kesan daripada populariti itu juga turut menjebakkan dirinya dengan kontroversi apabila anak bujang dramatis Khaty Fudziah ini dikatakan artis yang ditangkap kerana kesalahan dadah sebagaimana dilaporkan dalam akhbar, baru-baru ini.

Sedangkan selama ini hidupnya aman tanpa dikaitkan dengan sebarang gosip atau kontroversi.

Kata Sam, memang ramai bertanya kesahihan berita itu kerana klu yang dinyatakan dalam berita itu banyak menyangkut dirinya hingga begitu menyakinkan orang yang membacanya.

Antaranya, pelakon yang baru menang Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), berlakon dalam Evolusi KL Drift dan pernah menganggotai satu kumpulan penyanyi.

"Saya bukanlah artis yang ditangkap itu dan mungkin perkara ini timbul apabila klu yang diberikan banyak menyangkut diri saya kerana saya baru saja menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM23 melalui filem Evolusi KL Drift 2 dan pernah mempunyai kumpulan muzik MOB pada 1999.

"Rimas juga apabila terpaksa memberi penjelasan seperti ini, tapi saya tidak marah. Bagi saya semua ini hanya salah faham kerana salah informasi. Apa yang penting, saya bukanlah orang dimaksudkan," katanya.

Anak bongsu dari lima beradik ini mengakui harga yang harus dibayar apabila diri dikenali ramai, tetapi apa yang penting baginya ialah menjaga diri dan kekalkan disiplin untuk hasilkan kerja yang terbaik.

"Ramai yang kata nama saya kini berada di puncak, tetapi saya tidak rasa perubahan besar dalam diri saya kerana saya sudah lama berlakon dan ia sudah menjadi makanan harian saya.

"Tapi mungkin perubahan ketara yang berlaku pada saya kini ialah tahap keyakinan diri. Dulu saya agak pemalu hingga segan untuk bercampur dengan pelakon lain atau berbual dengan wartawan, tetapi kini saya sudah berani berbuat demikian.

"Saya juga sedar pentingnya publisiti untuk dikenali ramai dan bukan hanya memberi lakonan yang baik untuk kepuasan diri dan penonton," katanya.

Selepas Adnan Sempit yang mencatat kutipan RM7.8 juta, kini nasibnya dipertaruhkan pula melalui filem Ngangkung yang akan mula ditayangkan di pawagam esok (25 November).

Malah, kejayaan Adnan Sempit menyebabkan dirinya menjadi pilihan MIG Production untuk membintangi Ngangkung arahan Ismail Bob Hashim, Kongsi (Farid Kamil) dan Sekali Lagi (Hashim Rejab).

Kata Sam, setiap filem dibintangi mempunyai keistimewaan dengan watak berbeza. Dalam Ngangkung, masih dengan elemen komedi, tetapi kali ini komedi seram berbanding Adnan Sempit (aksi komedi) manakala Kongsi watak ganas sebagai pembunuh upahan manakala Sekali Lagi, lelaki terencat akal yang mengalami penyakit sindrom Down.

Sam yang kini sibuk dengan promosi Ngangkung mengakui penonton pastinya akan membandingkan lakonannya dalam Adnan Sempit kerana watak itu sudah sinonim dengan dirinya.

Bagaimanapun sebagai pelakon, kata Sam, dia ingin tampil berbeza dan versatil setiap kali muncul di pawagam.

"Saya suka bereksperimetasi dengan diri untuk watak berbeza setiap kali terima tawaran. Itulah cabaran sebagai pelakon supaya tampil berbeza dan waktu sama tetap disukai.

"Sudah menjadi lumrah, orang suka label pelakon dengan watak tertentu hingga ada pelakon yang sukar hendak lari dari watak sama.

"Dalam hal ini, produser perlu berani memberi kepercayaan kepada pelakon untuk mencuba pelbagai watak. Pelakon pula perlu menyakinkan produser yang mereka boleh buat," katanya.

Mewarisi bakat lakonan ibunya, Sam bangga kerana adik-beradiknya yang lain turut menceburi dunia seni apabila kakaknya, Zizie Ezette mula berlakon ketika usia 14 tahun begitu juga Samzy Fuzette manakala Ahmad Shah Al-Jeffry (Jeff) lebih dikenali sebagai penyanyi dengan menganggotai kumpulan A To Z. Hanya kakak sulung, Jozieta Ronalie tidak berminat dengan dunia seni.

Mahu gadis lembut yang sejukkan jiwa raga
BERCAKAP soal teman hidup, Sam yang tinggal bersama ibunya mengakui tiada masa mencari teman wanita kerana masanya banyak dihabiskan di rumah membuat persediaan menjayakan watak ditawarkan.

Katanya, dia juga tiada masa melepak dengan kawan-kawan di luar dan mungkin kerana itu tidak banyak peluang untuknya mengenali gadis untuk dijadikan seseorang yang istimewa.

Malah, ibunya juga tidak pernah mendesaknya untuk mempunyai keluarga.

"Buat masa ini, tiada seseorang yang istimewa di hati saya dan saya juga belum fikir soal kahwin. Saya mahu bekerja keras supaya kehidupan lebih stabil termasuklah dari segi kewangan.

"Dari segi gadis impian, saya inginkan seseorang yang boleh layan kerenah saya dan faham kerja saya. Orangnya mestilah lemah-lembut dan bukan jenis huru-hara dan paling penting, tidak suka mendesak.

"Hidup saya banyak berfikir dan sentiasa dalam keadaan stres, jadi saya mengharapkan kekasih atau isteri yang mampu memberi ketenangan kepada saya. Kalau berkawan dengan orang yang suka mendesak atau huru-hara, alamat tunggang terbaliklah dunia saya nanti," katanya.

Sam mengakui jarang dikaitkan dengan artis wanita yang pernah digandingkan dengannya mungkin kerana dirinya dilihat tidak serius.

Katanya, hidupnya kini kerja dan kerja.

Walaupun penggambaran sesuatu filem atau drama selesai, tidak bermakna kerjanya juga selesai.

"Mungkin kerja di lokasi sudah selesai, tetapi saya akan sentiasa perbaiki lakonan dan mendalami ilmu lakonan melalui pelbagai cara termasuklah pembacaan dan menonton video.

"Sebelum memulakan penggambaran untuk projek baru, saya akan kaji dulu watak diberikan dan fikir bagaimana saya mahu mencorakkan lakonan supaya tidak sama berbanding lakonan dalam filem atau drama sebelum ini.

"Itu sebabnya saya hanya ambil satu tawaran dalam satu masa kerana perlu masa untuk mengkaji dan mencari kelainan.

"Saya juga percaya kalau banyak berlakon filem, tidak bagus kerana orang akan jemu. Tapi saya percaya kalau setiap kali keluar filem dengan watak berbeza, orang akan tengok," katanya.

Sebelum diberi watak utama dalam Adnan Sempit terbitan MIG Productions Sdn Bhd, Sam turut menbintangi filem MIG sebagai pelakon pembantu seperti Syurga Cinta dan Jangan Pandang Belakang Congkak.

Selepas Adnan Sempit, Sam berlakon dalam tiga filem MIG dan kini bersedia untuk memulakan penggambaran bersama produksi Red Communication Sdn Bhd pada penghujung Disember ini.

Kata Sam, dia juga ingin menimba pengalaman bekerja dengan pengarah seperti Kabir Bhatia, Osman Ali, Mamat Khalid dan Afdlin Shauki.

Sam juga dua kali bekerja dengan Shamsul Yusof yang menang Pengarah Terbaik di FFM23, untuk Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) dan Evolusi KL Drift 2 (2010).

>PROFIL:
NAMA SEBENAR: Shaheizy Abdul Samad
TARIKH LAHIR: 4 September 1982
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak bongsu dari lima beradik
IBU: Khaty Fudziah
BAPA: Abdul Samad Jaaman
FILEM: Sama Tapi Tak Serupa (1995), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Syurga Cinta, Jangan Pandang Belakang Congkak, Adnan Sempit (2010), Niyang Rapik, Evolusi KL Drift 2, Ngangkung, Kongsi, Sekali Lagi
Pencapaian: Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM23)

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Terbit drama berkualiti

Posted: 23 Nov 2010 05:56 AM PST

SEPANJANG aktif bersama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof berjuang membantu ahli dengan mendapatkan slot menerbitkan program untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Bagaimanapun kini, bekas Presiden Seniman itu aktif menggerakkan syarikat produksinya, Warna Motion Pictures & Marketing Sdn Bhd (Warna) menghasilkan karya berkualiti untuk memartabatkan lagi industri seni tanah air.

Mustapha yang juga Pengarah Urusan Warna menegaskan, sebagai penerbit dia akan pastikan semua projek drama terbitan syarikatnya mendapat skrip yang bagus, selaras dengan seruan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta penerbit drama tempatan mementingkan kualiti drama dihasilkan.

"Saya bersyukur kerana Warna diberi peluang menerbitkan drama untuk RTM yang dikenali kerana membuat bayaran paling tinggi dari semua stesen lain di negara ini.


"Namun, saya akui tidak mudah untuk mencari pengarah dan penulis skrip yang bagus ketika ini tapi ia memang tanggungjawab kita kepada negara.

"Sebagai penerbit, saya mementingkan karya berkualiti untuk memberi kepuasan kepada penonton.

"Penerbit juga perlu menghasilkan drama berkonsep 1Malaysia seperti seruan kerajaan. Kita tidak hanya fokus pada penerbitan drama Melayu sebaliknya boleh menghasilkan drama Cina, India dan sebagainya," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama bersiri Pak Kaduk, baru-baru ini.

Kata Mustapha, Warna sudah terbabit dalam penerbitan selama 28 tahun dan banyak menerbitkan projek dokumentari, iklan dan video korporat. Kini Warna ada tujuh projek baru yang sudah siap. Antaranya drama bersiri 13 episod, Pak Kaduk yang akan bersiaran di TV2.

Senator Tan Sri Dr Jins Shamsudin turut menjadi penerbit drama ini dan ia dilancarkan dalam satu majlis yang dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) RTM, Datuk Norhayati Ismail.

Kata Mustapha, Pak Kaduk adalah drama berkualiti terbaru terbitan syarikatnya dan idea menghasilkan cerita ini tercetus menerusi pemerhatian di sekeliling.

"Cerita ini diberikan judul Pak Kaduk sebagai simbolik kisah Pak Kaduk yang menjadi bualan masyarakat sejak dulu. Mungkin ramai yang tidak tahu ada ramai`pak kaduk' dalam masyarakat kita hari ini. Adakah kita mahu kisah pak kaduk yang tergadai kampungnya itu berulang dalam dunia korporat kita sekarang," katanya.

Mustapha juga mengakui drama bersiri Pak Kaduk adalah drama paling mencabar yang diterbitkan syarikatnya setakat ini. Penggambaran mengambil masa 40 hari di sekitar Langkawi, Kedah.

"Pada peringkat awal, memang kami merancang untuk menjayakan penggambaran drama ini di Kuala Lumpur tetapi terpaksa buat di Langkawi kerana kesukaran mendapat kebenaran buat penggambaran di hotel sekitar Kuala Lumpur termasuk bertaraf lima bintang.

"Kita merancang buat penggambaran di hotel kerana ingin menggambarkan 'Pak Kaduk' dalam imej korporat," katanya.

Tambahnya lagi, pihak produksi terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bila menjayakan penggambaran di Pulau Langkawi bermula pada 29 Oktober dan berakhir pada 10 November lalu.

"Kesukaran untuk mendapat lokasi hotel ini memang masalah yang sering berlaku dalam produksi kita. Kita juga memerlukan bantuan kerajaan untuk membantu dalam perkara ini. Pada masa sama, kami berhadapan ujian kerana terpaksa meredah hujan dan banjir di Kedah untuk menjayakan penggambaran seperti dijadualkan," katanya.

Drama arahan Saian Samion ini dibintangi barisan pelakon seperti Datuk Mustapha Maarof (Datuk Kamil), Adrea Abdullah (Norhayati), Al Fahar (Norman), Bob Singah (Taha), Pesha (Badrun), Datuk Aziz Singah (Amri), Aimi Jarr (Wak Seman), Rosnah Johari (Datin Kalsom), Fazlina Datuk Ahmad Daud (Hanim) dan Haanii Shivraj (Kamala Devi).

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.