Adsense

Sabtu, 16 Oktober 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Ariel dibebas 23 Oktober

Posted:

Ariel dibebas 23 Oktober

Ariel dibebas 23 Oktober

JAKARTA 16 Okt. - Bekas penyanyi kumpulan pop Peterpan, Ariel alias Nazriel Irham akan dibebaskan minggu depan selepas 120 hari ditahan di penjara polis.

Jurucakap polis kebangsaan, Marwoto Soeto berkata, penahanan Ariel secara rasminya akan tamat pada 23 Oktober ini.

"Penyiasat tidak lagi mempunyai hak untuk menahannya," kata Marwoto yang dipetik oleh Tempointeraktif.com.

Dia bagaimanapun masih lagi perlu melaporkan diri secara berkala kepada polis sehingga perbicaraan.

Ariel menjadi suspek kes video lucah bersama kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari.

Skandal itu buat pertama kalinya didedahkan pada Jun lalu. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Rezeki suami muda

Posted:

Rezeki suami muda

Rezeki suami muda



BILA Joyah keluar makan malam baru-baru ni, ada teman yang menyampaikan cerita yang bekas isteri Akhil Hayy dah berbadan dua. Ala, si Maizawati yang baru-baru ini berkahwin dengan lelaki muda tu.

Bagai nak tersembur air yang ada dalam mulut Joyah ketika itu. Bukan apa, jujurnya Joyah rasa sangat terkejut dan cukup gembira dengan berita yang diterima itu.

Kalau dah bahagia luar dan dalam, apa lagi nak dirisaukan. Kiranya Joyah tahu memang Maizawati dan suami mudanya itu bahagia menyulam cinta selepas kahwin gitu.

Bukan apa, bila teringatkan artis lain yang kahwin bertahun-tahun tapi masih belum ada cahaya mata, hati Joyah rasa sedih. Mungkin belum ada rezeki gamaknya.

Sabarlah sayang. Ajal, maut, rezeki dalam kuasa Tuhan. Kalau berusaha pasti akan berjaya. Cuma sebagai manusia kita kena bersabar.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Celebrity News

Celebrity News


Film : HISSS Sinopsis And Trailer

Posted: 16 Oct 2010 01:33 AM PDT

Synopsis:

The story of "Hisss" follows a ruthless American who, fascinated by the ancient folklore of the nagin, travels to India to find out the truth. In the jungles of India, he captures the mate of the nagin for the magical powers of its nagmani, a mythical gem embedded in its hood. 
The nagin transforms into a femme fatale and comes to the modern world to track down her lover. She wreaks revenge on those who stand in the way of their reunion and also on her mate's captors. Her desperate search and subsequent quest for revenge results in a breakneck chase with a trail of bodies and narrow escapes.

Hiss Trailer


This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Pelakon Yalal Chin meninggal dunia

Posted: 16 Oct 2010 01:06 AM PDT

Credit to twitter pelakon Azhan Rani Azhan Rani Al fatihah.baru saja dpt berita dr Yalal Chin telah pergi meninggalkan kita.kini jenazahnya di HUKM dan dijangka dbw ke melaka jam 3pg nanti.


Marilah kita sama-sama sedekahkah Al-Fatihah untuk arwah...


AL-FATIHAH...

Pembentangan Budget 2011

Posted: 15 Oct 2010 06:42 PM PDT


Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011 sebentar tadi.
Boleh semyum lebarlah lepas ni..

Bagi yang tak berkesempatan untuk melihat siaran langsung pembentangan bajet 2011 petang ini kat TV, anda boleh juga melihat secara online melalui laman web tv3. Selain itu, anda juga boleh download Laporan Ekonomi 2010/2011 melalui Portal Rasmi Bajet 2011 sejurus selepas Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak membentangkannya diParlimen.
Akan diupdate sebentar lagi…stay tuned
Update terkini pembentangan bajet 2011:


Laporan terkini/langsung Pembentangan Bajet 2010. Antara Ringkasan/Intipati Bajet 2011 adalah :
1) Malaysia sudah pulih dari kemelesetan ekonomi negara dengan KDNK berkembang kepada 9.5 peratus bagi tempoh separuh pertama 2010 berbanding tempoh sama tahun lalu.


2) Bursa Malaysia mencatatkan 1,496 mata pd 14 Oktober 2010 iaitu indeks tertinggi sejak 2008


3) Peningkatan 11% menjadikan mata wang ringgit antara yang paling kukuh di rantau ini.


4) Swasta perlu sahut cabaran untuk jadi peneraju pertumbuhan ekonomi. Berani menanggung risiko dan 
merebut peluang. Kerajaan akan menyediakan ekosistem yang sesuai untuk diterjemahkan


5) Peranan swasta berimpak tinggi 1Malaysia Development Malaysia bersama sebuah syarikat di Abu Dhabi akan membina sebuah pusat kewangan Islam di Kuala Lumpur (KLIF). Kerajaan akan sediakan pelbagai insentif bagi menarik pelabur melabur di KLIF


6)Projek MRT akan dibina bagi meningkatkan jaringan di Lembah Klang kerana ia akan dirangkaikan dengan mod pengangkutan lain termasuk bas dan teksi


7)KWSP akan membina pelbagai prasarana perumahan negara dengan nilai RM10 bilion dalam tempoh sehingga 2020
8) Projek bersepadu dibina dengan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara serta membina sebuah menara 100 tingkat


9) GLIC akan kurangkan pegangan saham syarikat Bursa Malaysia bagi meningkatkan kecairan ekonomi negara.


10) Yayasan Hartanah Bumiputera akan berikan peluang kepada bumiputera untuk miliki hartanah komersial di bandar-bandar utama. Ini bagi mengingkatkan kepemilikan hartanah komersial di kalangan bumiputera


11) Kerajaan tambah peruntukan sebanyak RM146 juta untuk meningkatkan lagi aktiviti hiliran.

12) Taraf perintis dan elaun cukai pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga, pengecualian duti import, pengecualian duti import dan eksais dilanjutkan kepada kenderaan hibrid.


13)Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020 ( WARISAN MERDEKA : SATU LAGI PENCAKAR LANGIT DI KUALA LUMPUR )


14) Peruntukan RM3.8 bilion untuk sektor pertanianP/s : Akan cuba diupdatekan dari masa ke semasa sekiranya berkesempatan.


15) KWSP KINI BOLEH LABUR HINGGA 20 PERATUS DALAM PASARAN LUAR NEGARA


16) Sektor pelancongan – 1) peruntuk RM85 juta untuk sedia kemudahan infrastruktur utk bina hotel dan penginapan di luar bandar 2) pejalan kaki berbumbung sekitar KLCC – Bukit Bintang 3) susun semula jabatan penerbangan awam


17) Dewan gamat seketika apabila duti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, barang kemas tiruan, bedak talkum, lampu, syampu, selimut, cadar, kemeja, baju tidur dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam dimansuhkan.


18) Cukai jualan telefon bimbit dikecualikan cukai jualan…ke atas semua jenis telefon bimbit


19) Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit


20) UNIK akan ditubuh di bawah JPM untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan tempatan


21) Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.


22) Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.


23) RM213 juta diperuntuk untuk mengangkat tinggi bahasa Malaysia dan mempersada Bahasa Inggeris. Akan ambil guru jati daripada luar negara untuk pertingkat bahasa Inggeris


24) Kerajaan akan menubuhkan Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri


25) Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk kaji tentang gaji termasuk gaji minimum.


26) Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan berbanding RM300 hingga RM400. Gaji tersebut termasuk elaun akan melebihi RM1000 sebulan. Ia bermulai 1 Januari 2011.


27) Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon konvensional untuk memenuhi permintaan pelabur runcit terhadap pelaburan pendapatan tetap untuk meningkatkan kerancakan pasaran bon


28) 40 taska dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, 90 hari cuti bersalin.


29) Kerajaan akan melaksanakan Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka mulai Jun 2011


30) RM1.2 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk pelbagai program kebajikan. Termasuk program kebajikan warga emas yang dijangka meningkat 15% berbanding seluruh penduduk negara, bantuan kepada OKU …


31) Rebet bil elektrik di bawah RM20 sebulan akan diteruskan dengan peruntukan RM150 juta


32) Pelepasan cukai ke atas ibu bapa, rawatan di nursing home dan pergigian, cadangan diperluaskan seperti bayaran gaji pembantu khusus, keperluan harian lain seperti lampin pakai buang, selain pelepasan cukai RM5,000.


33) Pembeli rumah dapat pinjaman 100 peratus kepada mereka yang berpendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM3,000 untuk pembelian rumah pertama


34) Penduduk luar bandar RM6.9 bilion disediakan utk sediakan kemudahan asas di luar bandar termasuk naik taraf jalan di Sabah dan Sarawak, bekalan air dan elektrik di Sabah dan Sarawak serta Semenanjung


35) Harga barang – Kerajaan akan wujudkan portal interaktif untuk rakyat mengetahui perkembangan terkini harga barang melalui internet dan SMS


36) : Kerajaan akan teruskan projek PIA/PIAS dengan peruntukan RM500 juta. Baik pulih kemudahan awam, pendawaian semula dll. Pelaksanaan projek seperti ini akan bantu kontraktor kelas F di seluruh negara


37)Elaun Pengerusi JKKK dan JKKP, tok batin, pengerusi kampung baru dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa kini. Elaun kehadiran mesyuarat dinaikkan daripada RM30 kepada RM50


38) Elaun bulanan imam dinaikkan daripada RM400 kepada RM750 manakala imbuhan guru KAFA daripada RM500 kepada RM800 sebulan bermula Januari 2011


39) Kadar tol 4 lebuh raya PLUS tak akan naik untuk tempoh 5 tahun bermula serta merta


40) 25 klinik 1Malaysia akan ditambah lagi


41) Kerajaan setuju mansuhkan sistem penilaian kecekapan awam dan diganti dengan sistem penilaian yang lebih sesuai menjelang Jun 2011


42) PERUNTUKKAN RM365 JUTA UNTUK PENYELIDIKAN DAN PENGANJURAN SUKAN


43) Naikkan had pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM300,000 pada masa kini untuk kakitangan kerajaan


44) Kerajaan memperuntukkan RM350 juta untuk melaksanakan pelbagai program membanteras jenayah dalam usaha mewujudkan persekitaran selamat di negara ini


45) RM6.9 BILION UNTUK INFRASTRUKTUR LUAR BANDAR

Video Pembentangan Budget 2011



Zoom: Lepas ni nak pergi cari rumah sebab loan dah 100% apa tunggu lagi belilah umah, gaji pekerja GLC macam Zoom ni bila nak naik....asikkkkk goment n pak guard je..Tol !! jarang pakai guna TOL...kalau harga minyak turun kan bagus...cukai barangan tertentu dimansuhkan..Kepada pe
minat handphone..tahniah kerana anda bebas cukai :) 


Apa kata anda ?

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Pelengkap Tok Wan

Posted: 15 Oct 2010 05:58 PM PDT

Hip

Kehadiran Tristan Tareef anugerah Tuhan paling bernilai bagi selebriti masakan, Datuk Redzuawan Ismail

LIMPAHAN kemewahan dan pujian tidak mungkin sama dengan anugerah yang diberikan Tuhan menerusi kelahiran Tristan Tareef, cucu sulung yang menjadi pelengkap hidup selebriti masakan, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Kelahiran yang disifatkan Chef Wan mengubah seluruh hidupnya, malah mengutuhkan lagi kejituan perasaan kasih dan sayang yang sekian lama subur dalam sanubarinya. Membahasakan dirinya sebagai Tok Wan, kehadiran Tristan hasil perkahwinan anak kesayangannya, Serina dan Gavin Edward O'luanaigh atau Salahudin Ghaffar, 33 begitu istimewa dalam hidup lelaki berusia 53 tahun itu.

"Tristan ialah anugerah Tuhan paling besar dalam hidup saya. Dia hadir melengkapi hidup keluarga kami. Tristan menyempurnakan segala yang mungkin selama ini hilang atau terabai kerana kesibukan masing-masing tetapi kembali subur dengan kelahirannya.

"Tristan ialah anugerah Tuhan yang tidak ternilai, tidak mungkin dapat diganti dengan apa saja dalam hidup ini. Setiap kali menatap wajah bersihnya, saya tertanya mengapa ada yang sanggup berlaku kejam dan membunuh zuriat sendiri yang tidak berdosa?" katanya yang ditemui di kediamannya di Tiara Ampang, Kuala Lumpur beberapa jam sebelum berangkat ke Eropah.

Keutuhan kasih terhadap Tristan jelas terserlah dalam setiap bicaranya. Tidak cuma itu, Chef Wan turut menitikberatkan setiap aspek pemakanan Serina memandangkan cucunya menyusu badan.
Sepanjang berpantang, Chef Wan akan memastikan Serina menjamah hidangan berkhasiat supaya tumbesaran Tristan seimbang dan sihat.

Hal itu diakui Serina yang turut ada bersama ketika sesi fotografi ini diadakan. Hati kecilnya tersentuh tatkala melihat ketulusan kasih yang menjalar tanpa bertebing dalam diri papanya itu.

"Jika tidak terikat dengan apa-apa komitmen, papa akan menjaga Tristan. Sedikit pun dia tidak mahu berenggang, hinggakan Tristan sendiri begitu rapat dengannya.

"Saya dapat merasai keanehan dalam perlakuan Tristan apabila papa terpaksa bertugas di luar. Tristan seperti kehilangan, membuatkan saya akur magisnya perasaan suci yang lahir dalam jiwa mereka," kata Serina.

Chef Wan berkata, kelahiran Tristan turut membawanya melalui satu fasa baru yang memberinya semangat dan kekuatan untuk menikmati hidup dengan tenang serta aman.

Sebagai insan, dirinya sarat dibaluti perasaan kasih dan sayang yang mahu dikongsi sesama makhluk hingga pada satu ketika, dia mengutamakan kepentingan orang lain berbanding dirinya sendiri.

Baginya, apa yang penting dalam kehidupan ini adalah keikhlasan lalu sentiasa mengingatkan dirinya supaya bertanggungjawab dan menghormati orang lain.

"Saya belajar untuk memaafkan orang lain kerana Allah itu Maha Pengampun. Biarpun terluka dan kecewa tetapi saya cuba memaafkan perbuatan orang lain kerana hidup ini masih panjang.

"Saya tidak mahu ada dendam dalam diri ini. Tuhan menganugerahkan saya sebuah kehidupan yang sempurna, jadi mengapa perlu saya pentingkan diri sendiri?

"Menatap Tristan menyedarkan saya betapa besar tanggungjawab untuk membentuknya menjadi manusia yang penuh kasih sayang apabila dia dewasa nanti," katanya, sesekali menahan sebak di dada.

Chef Wan berkata, pada minggu pertama selepas kelahiran Tristan pada petang 13 September lalu dia diburu rindu yang tidak bertepi.

Terpaksa berpisah dengan cucu kesayangannya kerana perlu ke Tokyo, Jepun dan Bangkok, Thailand, hal itu kata Chef Wan, terlalu berat untuk dilakukan.

"Jika boleh setiap saat saya mahu berada di sampingnya. Melihat Tristan membesar hari demi hari, memberi saya sebuah kebahagiaan yang sukar diungkapkan dengan perkataan.

"Tristan terlalu istimewa dalam hidup saya. Memegang jari halusnya dan melihat dia memberikan reaksi, membuat saya bersyukur kerana Tuhan terlalu baik kepada saya dan keluarga.

"Sebagai hamba yang mensyukuri setiap kurniaan-Nya, saya akan menunaikan umrah di Makkah pada 20 Disember depan untuk berterima kasih kepada Allah.

"Cuma itu yang mampu saya lakukan untuk menyatakan betapa saya menghargai pemberian Allah ini," kata Chef Wan dalam nada terharu.

Meraih pengiktirafan luar

SELAMA 26 tahun berkecimpung dalam seni kulinari, penghargaan demi penghargaan diterimanya membuatkan Chef Wan terharu kerana sumbangannya diiktiraf hingga di peringkat antarabangsa.

September lalu, Chef Wan terbang ke Bangkok untuk menerima trofi, Friends of Thailand Awards 2010 daripada kerajaan Thailand atas pencapaian serta sumbangannya kepada industri pelancongan negara itu.

Pengiktirafan yang membuat air matanya menitis kerana kerja keras Chef Wan selama 26 tahun diperakui oleh masyarakat luar.

"Dunia hari ini dipenuhi dengan permusuhan dan perebutan kuasa tetapi siapa menyangka kuasa sebuah masakan itu sebenarnya mampu menyatukan manusia dari seluruh pelusuk.

"Menerusi makanan, kita menyuburkan persahabatan, cinta dan keprihatinan antara sesama insan. Anugerah ini juga menjadi contoh betapa kita sebagai rakyat Malaysia begitu terbuka dalam menerima dan mengadaptasi budaya masyarakat luar.

"Saya mahu melihat lebih ramai anak tempatan memperluaskan bakat serta kebolehan di mata dunia dan menjadikan anugerah ini sebagai penggerak untuk mencapai cita-cita mereka," katanya.

Barangkali tidak ramai yang tahu, di sebalik kejayaan itu Chef Wan terpaksa merentasi onak dan ranjau malah pernah satu ketika dia hampir berputus asa apabila usahanya tidak mendapat sokongan.

Pernah katanya, disebabkan kecewa dia bertekad mahu melarikan diri dan mencari peluang di negara luar yang menghargai segala usaha serta kerja kerasnya.

"Tetapi cinta saya kepada Malaysia terlalu mendalam membuatkan saya terus bertahan walaupun terpaksa berdepan pelbagai kerenah menyakitkan.

"Mungkin penaja korporat tidak melihat betapa kuatnya pengaruh televisyen hingga enggan menyokong setiap kali saya membentangkan kertas cadangan.

"Saya hairan kenapa orang luar menerima dan mengakui kekuatan bakat kita, tetapi di negara sendiri kita seperti mengemis untuk meraih sedikit sokongan.

"Saya tidak tahu apa bukti yang mereka perlukan lagi kerana sepanjang 26 tahun, sudah banyak yang saya berikan untuk memperkenalkan nama Malaysia," katanya.

Situasi itu kata Chef Wan tidak pernah sesekali memudarkan semangatnya, bahkan perjuangannya akan diteruskan kerana dia ikhlas dalam setiap pekerjaannya.

Baginya, tiada siapa yang mampu menghalang langkahnya untuk terus mara kerana selagi diizinkan Allah, dia akan membawa nama negara di mata dunia dengan caranya tersendiri.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

'Jadi diriku'

Posted: 15 Oct 2010 04:18 PM PDT

Hip

Adam Lambert tak anggap dirinya ikon gay

SESIAPA pun bebas melontarkan kata nista terhadapnya tetapi bagi Adam Lambert, dia cuma menjadi dirinya sendiri dan bersikap terbuka terhadap kritikan manusia yang kurang menyenangi.

Naib juara American Idol musim ke-8 itu berkata, dia berbangga dengan pilihan yang dibuat. Sebuah luahan tulus tanpa perlu menjadi hipokrit hanya kerana memenuhi tuntutan sosial. The Times melabelkan jejaka berusia 28 tahun itu sebagai penyanyi gay pertama melancarkan karier nyanyiannya di bawah label besar di Amerika Syarikat.

"Jangan cuma dilihat sisi peribadi kerana saya berada di sini untuk berkongsi minat dan hasil kerja. Jiwa saya terhadap seni persembahan terlalu mendalam. Saya berasakan saya memang dilahirkan untuk menjadi seorang penghibur. Namun, bergelar selebriti tidak bermakna saya harus menggadaikan seluruh ruang privasi hidup.

"Saya juga mempunyai hak untuk menyimpan sedikit ruang peribadi itu kepada diri sendiri. Di pentas, saya seorang penghibur tetapi hakikatnya saya seorang yang mementingkan kesederhanaan. Saya tidak menyesal dilahirkan begini dan berharap masyarakat juga menghormati pendirian saya," katanya dalam satu temubual menerusi telefon yang diatur Sony Music Entertainment, baru-baru ini.

Pemuda yang berasal dari San Deigo, Amerika Syarikat itu akur, realiti dunia hiburan yang cenderung menyorot cerita peribadi ada ketika membenihkan perasaan kecewa di sudut hatinya.
Seperti anak seni lain, Lambert juga mendambakan khalayak pencinta hiburan menilai hasil kerja seninya, berbanding isu peribadi yang ada kalanya terlalu digembar-gemburkan. Seboleh mungkin, Lambert mengharapkan perjalanan karier nyanyiannya diisi dengan momen indah bersama peminat untuk terus diingati dan disenangi.

"Saya bersikap terbuka dan percaya, masyarakat di luar juga mengenali siapa Adam Lambert yang sebenar. Justeru, berikan ruang kepada saya untuk memfokus kepada bidang yang saya cintai. Saya berada di sini bukan untuk menggugat sesiapa. Apatah lagi menjadi menjadi ikon kepada golongan gay, lesbian atau biseksual kerana itu bukan keutamaan saya.

"Saya cuma mahu berkongsi minat serta aspirasi saya terhadap nyanyian. Tuhan mengurniakan saya kemampuan, justeru saya ingin manfaatkan anugerah itu dengan memberikan hasil kerja yang menyentuh hati semua orang," katanya serius.

Sering tampil dengan gaya ranggi dan eksentrik ketika di pentas, Lambert berkata, dia akan menjadi seorang yang berbeza apabila berada di luar lingkungan glamour.

Lambert tidak kekok menyarung jeans dan baju T apabila mahu keluar bersantai. Leka berbicara, penyanyi Whataya Want From Me ini membuka satu rahsia.

Akui Lambert yang mendaki populariti menerusi album, For Your Entertainment ini, dia tidak pandai bersolek sendiri dan bergantung kepada penata gaya setiap kali mengadakan persembahan.

"Mereka yang akan menata rias wajah dan menentukan penampilan saya. Saya bergantung kepada mereka sepenuhnya kerana saya tidak pandai bersolek sendiri. Bagaimanapun, dalam berpakaian, saya selesa menentukannya sendiri mengikut pilihan hati. Saya akan keluar membeli belah sendiri kerana lebih memahami apa yang saya mahukan," katanya.

Sesi temubual ini diatur sempena promosi Adam Lambert Glam Nation Tour Live In Malaysia 2010 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, kelmarin.

Lambert ke Kuala Lumpur usai menjayakan persembahan di Tokyo, Jepun dan Hong Kong. Kembara seluruh dunia yang bermula sejak Jun lalu turut singgah di Singapura, Australia dan Eropah.

"Saya mencintai semua peminat. Tanpa mereka tidak mungkin saya berada di sini. Lantas, saya sentiasa bekerja keras untuk mencipta sebuah persembahan yang mampu memberi impak kepada mereka semua," katanya.

Penggemar berat Madonna, Queen, David Bowie, Michael Jackson, Aerosmith dan Led Zeppelin ini mengakui teruja jika diberi peluang berlakon.

Lakonan, kata Lambert, bukan sesuatu yang asing kepadanya kerana sebelum ini dia turut aktif menyertai teater yang dipentaskan sekitar Los Angeles.

Sekadar mengimbas, Lambert menyedari cintanya kepada seni persembahan bermula seawal usia 10 tahun apabila diberi peluang beraksi dalam pementasan Charlie Brown di San Deigo.

Tertarik dengan rutin pementasan, Lambert memperkemaskan langkahnya apabila menyertai kelas vokal persendirian. Keyakinan itu bertambah apabila diberi peluang muncul dalam beberapa pementasan lain seperti Joseph and the Amazing Technicolor Dreamcoat, Grease dan Chess.

"Saya gembira jika dapat kembali berlakon tetapi perkara itu tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat. Jika diberi pilihan, saya lebih berminat untuk membintangi siri televisyen atau filem.

"Berlakon cukup menyeronokkan kerana memberi peluang kepada seseorang itu untuk lari daripada spektrum sebenar dirinya," kata pemuda yang dilahirkan pada 29 Januari 1982 itu.

Beralih bicara mengenai musim terbaru American Idol yang bakal menyusul, Lambert enggan cepat mengalah kerana peluang baginya akan terbuka kepada sesiapa saja yang berusaha keras.

Populariti program realiti itu kata Lambert, tidak hanya terletak kepada kekuatan peserta. Sebaliknya ia turut dibantu oleh pasukan produksi yang hebat, penerbit yang kreatif serta peserta berbakat besar.

"Saya antara insan bertuah kerana berpeluang mempamerkan bakat dalam program yang ditonton seluruh dunia. American Idol menjadi platform terbaik kepada setiap peserta untuk mempamerkan kebolehan dan kemampuan mereka. "Justeru, apabila peluang sudah berada dalam genggaman, manfaatkan sebaik mungkin. Semua orang mengimpikan peluang untuk berada di situ dan saya bersyukur kerana American Idol merealisasikan impian saya selama ini," katanya.

Menarik Adam Lambert:

  • Anak sulung daripada dua beradik ini dilahirkan di Indiana tetapi kemudian keluarganya berpindah ke San Diego, California. Cintanya terhadap seni persembahan berputik sejak usia 10 tahun.
  • Menerima pendidikan di Mt Carmel High School dan berjinak-jinak menyertai teater, koir dan band jazz. Tamat pendidikan menengah, dia berpindah ke Orange County untuk menyambung pelajaran di kolej. Bagaimanapun, pengajiannya terhenti selepas lima minggu kerana mengejar impian untuk bergelar penghibur.
  • Detik awal penghijrahannya ke Los Angeles, Lambert mencuba pelbagai jenis pekerjaan di samping mencari peluang beraksi di pentas. Di situ, dia berjinak-jinak mengadakan persembahan bersama band rock dan terbabit dengan kerja studio.
  • Pada 2004, nama Lambert mula dikenali sekitar Los Angeles apabila diberi peluang menjayakan beberapa watak kecil. Dia pernah membintangi The Ten Commandments di Kodak Theatre di samping aktor, Val Kilmer.
  • Lambert juga semakin kerap beraksi dalam The Zodiac Show dan keampuhan vokalnya sering mengejutkan ramai. Di situ, Lambert mula mempamerkan bakat penulisannya apabila mencipta lagu, Crawl Through Fire kolaborasinya bersama pemain gitar Madonna, Monte Pittman.
  • Langkahnya ke alam populariti bermula pada 2009 apabila terpilih menjadi finalis American Idol. Pengkritik program itu, Simon Cowell berdiri apabila Lambert selesai membawakan lagu Mad World. Laras vokal serta penampilannya dengan maskara tebal membuatkan Lambert sering dikaitkan dengan rocker glamour seperti Freddie Mercury dan Gene Simmons.
  • Lambert, selain Danny Gokey dan Kris Allen ialah antara peserta musim itu yang tidak pernah berada dalam kelompok undian tiga terbawah. Dia diramalkan menjuarai pertandingan itu tetapi tewas kepada Kris Allen.
  • Pengkritik mengandaikan kekalahannya kerana dia begitu terbuka mengamalkan gaya hidup songsang. Bagaimanapun, Lambert menafikan kenyataan itu dan menyatakan Allen menang kerana bakatnya. Namun peminat setianya yakin, Lambert akan meraih peluang cerah sebagai seorang penyanyi.
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    - Blog Hanz -

    - Blog Hanz -


    (INFO) Intipati Bajet 2011

    Posted: 15 Oct 2010 11:49 AM PDT





    KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini: 

    * Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.



    * Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.


    * Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta. 

    * Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit. 

    * Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015. 

    * RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong. 
    * RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang. 

    * Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan. 

    * Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia. 

    * RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan. 

    * Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit. 

    * RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah. 

    * RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi. 

    * Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan. 

    * RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi. 

    * Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. 

    * Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar. 

    * Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil. 

    * Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia). 

    * Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia. 

    * RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010. 

    * Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan. 

    * Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap. 

    * Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain. 

    * Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar. 

    * Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. 

    * RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka. 

    * Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010. 

    * Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010. 

    * Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru. 

    * RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang. 

    * Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah. 

    * RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap. 

    * RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara. 

    * Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam. 

    * Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran. 

    * Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah. 

    * Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris. 

    * Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta. 

    * Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000. 

    * Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN. 

    * Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta. 

    * Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak". 

    * Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan. 

    * Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti. 

    * Melancarkan Dana Pencen Swasta. 

    * Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat. 

    * Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara. 

    * Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan. 

    * Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta. 

    * Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000. 

    * Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun. 

    * Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak. 

    * Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi. 

    * Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli. - BERNAMA 

    Himpunan Kisah Sensasi

    Himpunan Kisah Sensasi


    Enrique Iglesias & Lima Kawan Mengaku Bogel

    Posted: 15 Oct 2010 08:00 PM PDT

    PENYANYI Latin Enrique Iglesias mengakui suka berbogel sewaktu menghabiskan masa bersama rakan-rakannya.

    Menurut penyanyi lagu Hero itu, dia tidak menganggap perbuatan berbogel sebagai sesuatu yang memalukan.

    "Saya tidak pasti jika saya benar-benar tiada masalah dengan isu berbogel tetapi apa yang jelas saya tidak malu untuk berbogel. Saya suka mempersendakan diri sendiri dengan melakukan perbuatan yang mungkin dianggap kurang sopan bagi segelintir pihak.

    "Saya mempunyai lima kawan baik dan salah seorang daripada mereka mempunyai tabiat suka berbogel. Apabila dia berbogel, kami berempat pun akan lakukan perkara yang sama dan ia adalah sesuatu yang menyeronokkan," katanya.

    /// mstarline ///

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Laman web untuk si curang

    Posted: 15 Oct 2010 08:00 PM PDT

    du 03.1 Laman web untuk si curang

    NOEL BIDERMAN


    LONDON – Satu laman web yang menggalakkan suami berlaku curang kini telah melanda Britain, lapor akhbar The Sun semalam.

    Sebelum ini laman web itu, ashleymadison.com. telah mempunyai tujuh juta ahli di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Australia.

    Pemilik laman web itu, Noel Biderman yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak berharap, seramai sejuta orang di Britain diharap akan mendaftar menjadi ahli menjelang Krimas tahun ini.

    Menurut Biderman: "Ashleymadison seperti satu laman temu janji tradisional tetapi ia hanya untuk orang yang telah mempunyai hubungan (dengan isteri atau kekasih)."

    Dia berkata, lelaki yang mahu menipu pasangan mereka kini menggunakan laman tradisional seperti Facebook dan match.com tetapi menyembunyikan fakwa bahawa mereka sudah berkahwin.

    "Penyelidikan saya menunjukkan 30 peratus daripada mereka menanggalkan cincin perkahwinan apabila menggunakan talian (Internet)," katanya.

    "Justeru, saya tidak mewujudkan kecurangan tetapi saya mendapati saya boleh menggunakannya dengan menjauhkan orang dari laman temu janji tradisional dan membiarkan mereka mengetahui bahawa terdapat komuniti lain yang membolehkan kedua-dua pihak menjadi lebih jujur dengan apa yang mereka lakukan," tambahnya.

    Laman itu yang mengggunakan slogan Hidup Ini Singkat telah mendapat liputan di AS dan rangkaian televisyen termasuk CNN dan Fox News.

    Anggota-anggota laman itu dikenakan bayaran £49 (RM239) dan mereka boleh saling menghantar e-mel, bersembang di Internet, memasuki bilik tidur maya dan menghantar hadiah maya. – Agens

    //kosmo//

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.