Adsense

Sabtu, 16 Oktober 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Ramai terliur tengok Nora Danish!!!!

Posted: 15 Oct 2010 09:08 PM PDT


AMBOIH, kawan SS yang seorang ini memang suka merayau ke kompleks beli-belah dengan tujuan nak 'window shopping'. Maklumlah orang bujang nak ke mana-mana pun tiada siapa yang melarang. Dalam berjalan-jalan itu, dia terpandang poster filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (JPBC2) yang sedang rancak ditayangkan di pawagam.

Disebabkan tertarik membaca ulasan mengenai filem ini dalam akhbar, lalu dia pun rasa teringin menonton. Tambahan pula, sejak ditayangkan pada 7 Oktober lalu, kutipan filem ini sudah cecah RM2 juta, lagilah buatkan kawan SS itu teruja.

Apa yang dia dapat saksikan, sambutan terhadap filem ini memang hangat kerana tayangan petang itu penuh dengan penonton pelbagai golongan termasuk ibu bapa yang membawa bersama anak-anak. Itu belum lagi diambil kira waktu tayangan lain dan tayangan pada hujung minggu, bayangkan sendiri bagaimana sambutan penonton.

Kata rakan ini, sekarang dia sedar penonton kita sememangnya masuk panggung untuk berhibur, bukannya nak fikir sangat mengenai falsafah sebab di pejabat pun kerja menimbun. Memang seawal intro filem ini pun sudah ada penonton ketawa berdekah-dekah. Bahkan sepanjang filem ini ditayangkan, kawan SS dan yang lain pun asyik ketawa.

Dalam pada itu, kawan SS tertarik untuk bercakap mengenai pelakon bergelar Hot Mama, Nora Danish yang berlakon dalam filem itu. Akuinya dia benar-benar jatuh hati dengan Nora yang kelihatan begitu cantik dalam JPBC 2. Ditambah lagi dengan nada suaranya yang manja, aksi Nora memang menggugat iman lelaki.

Tambahnya lagi, adegan Nora yang berkemban ketika mandi di sungai mengundang siulan nakal kalangan lelaki yang teruja menyaksikannya di pawagam. Ternyata kecantikan Nora dieksploitasi sepenuhnya oleh pengarah Ahmad Idham sebagai penambah perisa filem ini. Malah, penampilan Nora sedikit sebanyak menenggelamkan watak utamanya, Lisa Surihani.

SS pun perasan sejak menjanda, Nora macam pasang badan. Tambahan pula, dia sekarang bergelar duta produk kecantikan, jadi Nora kenalah menjaga penampilannya. Kalau dulu apa-apa kena tanya suami dulu, sekarang Nora 'independent woman', tak ada siapa pun nak marah.

SS percaya tentu ramai lelaki di luar sana tergila-gila untuk memenangi hati Nora sekarang. Terbaru, Nora berlakon pula filem Cuti-Cuti Cinta bergandingan dengan Farid Kamil. SS sempat tengok promo filem ini di kaca TV dan terkejut juga dengan dialognya.
Ketika itu mereka duduk berdua di sebuah pulau dan Farid bertanya "...tu apa tu? Nasi lemak 50 sen (merujuk kepada dada Nora)." Itu lucu berahi namanya tu!

google: nora danish, nora danish berkemban, nora danish seksi, nora danish separuh bogel, nora danish seksi dalam jangan pandang belakang congkak 2, nora danish hot, nora danish menggiurkan,

Pengorbanan Zamarul

Posted: 15 Oct 2010 09:04 PM PDT


TATKALA segelintir artis kita berhadapan masalah pergolakan rumah tangga, tidak kurang juga yang terus diulit kebahagiaan dan limpahan kasih sayang. Contohnya, rumah tangga pasangan pelakon Zamarul Hisham dan Diana Rafar yang kini menghitung minggu menantikan kelahiran zuriat sulung mereka.

Biarpun sudah mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan pertamanya, namun Zamarul yang ditemui rakan SS pada majlis penajaan pakaian oleh Lord's Tailor untuk beberapa pelakon lelaki sempena Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) yang sedang berlangsung, Zamarul kelihatan begitu ceria berkongsi cerita.

Kata rakan SS, Zamarul sudah 11 tahun dia tidak menyambut kelahiran anak. Jadi, dalam tempoh menunggu isterinya, Diana melahirkan anak mereka pada 6 November ini, perasaannya sangat teruja dan tidak sabar walaupun dalam masa sama berdebar. Zamarul kata, mereka bakal mendapat anak lelaki lagi.

Menariknya kisah rumah tangga dua pelakon ini, Zamarul sanggup menjadi 'suri rumah' untuk memasak, mengemas dan membasuh pakaian memandangkan keadaan Diana yang sarat sekarang. Ujarnya, dia mahu isterinya mendapat rehat yang secukupnya.

Mendengarkan pujian tak henti-henti rakan SS terhadap sikap bertanggungjawab Zamarul itu, bertuahnya Diana. Sudahlah Zamarul seorang pencinta yang setia ketika zaman mereka berkasih dulu, sekarang menjadi suami yang penyayang lagi. Begitu ringan tulang membantu isteri menguruskan rumah tangga.

Kata rakan SS lagi, tak ramai lelaki yang rajin membantu kerja isteri di rumah. Tak kisah sama ada si isteri itu mengandung atau menjaga anak yang kecil, semua tanggungjawab diserahkan bulat-bulat kepada wanita. Ini kerana, ada lelaki yang sudah meletakkan tanggapan di otak mereka, kerja di rumah tugas isteri.

Justeru, tahniah SS ucapkan kepada Zamarul dan Diana kerana menunjukkan contoh yang baik dalam rumah tangga. Begitulah hidup suami dan isteri, berat sama dipikul, ringan pula sama dijinjing. Jangan pula hanya waktu bercinta saja diberi perhatian sepenuh masa, tetapi apabila sudah berkahwin dan ada anak dibiarkan tak dipeduli.

SS tak berniat sindir sesiapa dan jika ada yang terasa, itu bermakna mereka masih boleh memperbaiki keadaan.

google: diana rafar, diana rafar facebook, diana rafar pregnant, diana rafar mengandung, diana rafar hamil, gambar diana rafar hamil, foto diana rafar mengandung, diana rafar dan baby, diana rafar bersalin, diana rafar selamat melahirkan anak, anak diana rafar dan zamarul, gambar bayi diana rafar

Azwan Ali: Enggan ungkit hal gaduh lagi

Posted: 15 Oct 2010 09:01 PM PDT


KALAU dulu Azwan Ali memang pantang disentuh, sekali diusik pasti akan bangun mempertahankan namanya. Pelbagai ruang yang ada digunakan termasuk menerusi Internet untuk menjawab tindakan pihak yang memberi komen terhadapnya.

Itulah karakter yang sinonim dengan personaliti berusia 44 tahun ini yang sering dilingkari kontroversi. Namun, bertemu Azwan pada majlis rumah terbukanya di kediamannya di Ukay Perdana, Hulu Klang awal Oktober lalu, jelas ada kelainan.

Dalam perbualannya, Azwan yang mencetuskan sensasi terbaru dengan penerbitan buku Selamat Jalan Dunia Pondan, mahu melupakan kisah silam membabitkan pergaduhannya dengan pelbagai pihak termasuk media massa.

Pemergian ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah pada akhir Ramadan lalu benar-benar mengubah dirinya. Satu peristiwa dialami ketika mengerjakan saie iaitu berjalan antara Safa dan Marwah membuatkan dia terus meninggalkan penulisan blognya yang sebelum ini dipenuhi tulisan melampau.

Catatan selamat tinggal blog amboi...amboi...amboi...silaserazwanali.blogspot.com ialah pada 10 September lalu.

Kata Azwan, untuk majlis ini, dia menjemput semua kawan dan lawan supaya hadir memeriahkannya. Kalau boleh saya tak nak dengar isu bergaduh diungkit lagi kerana nak melupakannya.

"Saya terima saja apa keadaan yang berlaku dan tak nak lagi berprasangka buruk kepada sesiapa. Ada dua kejadian berlaku begitu pantas yang mengubah panda ngan saya sekarang.

"Pertama isu masalah membabitkan saya dengan Datuk Siti Nurhaliza sudah pun selesai
cara baik. Saya terkejut dapat bertemu dan bersalaman dengannya selepas balik mengerjakan umrah pada 29 Ogos sehingga 14 September lalu. Kami bermaaf-maafan apabila bertemu dalam satu majlis.

"Keduanya, saya baru mendapat rezeki apabila kertas cadangan sebuah program yang dihantar ke stesen TV diluluskan sepenuhnya tanpa masalah. Ia program yang lari daripada konsep Cit Cat dan Amboi...Amboi...Amboi yang ri ngan. Malah, ia boleh mengembalikan semula kredibiliti Azwan Ali.

"Buku Selamat Jalan Dunia Pondan pula diterbitkan Buku Prima dan dijangka berada di pasaran dengan harga RM21.90. Saya bukannya sengaja buat propa bercerita mengenai buku ini sedangkan hasilnya tiada. Saya masih lagi laris diundang sebagai pengacara majlis," katanya.

Kata Azwan lagi, ketika pertama kali mengerjakan umrah pada 2009, dia berupaya melakukan nya tujuh kali dan kali kedua berjaya mengharungi dugaan Allah apabila melakukan sembilan kali. Ketika melakukan ibadah itu kali keempat, dia seperti terdengar suara menyuruhnya berhenti menulis blog.

"Saya memang ada mendengar suara itu. Setelah berfikir, saya akhirnya berhenti menulis blog. Sudah sebulan saya tak menulis blog. Dalam twitter pun ayat saya tiada lagi kata-kata cacian.

"Saya cukup takut kalau-kalau sikap laser saya akan buat orang tersinggung. Saya tahu blog saya ada peminat dan sesetengah orang sukakan sikap saya yang suka melaser, tapi saya lebih suka ambil jalan tengah.

"Saya tak kisah kalau selepas ini orang akan kata macam-macam termasuk saya sudah mengaku kalah. Saya takkan marah lagi kalau orang beranggapan serong terhadap saya. Apapun orang kata, akhirnya mereka akan tahu perkara sebenar. Saya lebih suka mengalah dan percaya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku," jelasnya.

Sementara itu, rumah terbuka Azwan dihadiri ramai rakan artis antaranya Datuk Yusof Haslam, A Galak, Linda Onn, Shila ND Lala, Ifa Raziah, penyampai Suria FM dan ramai lagi. Ini adalah kali ketujuh Azwan meraikan kawan-kawan sejak mendiami rumah itu.

"Saya menjemput 150 selebriti popular dan sedang meningkat naik serta media hadir dengan matlamat untuk meraikan dan mengeratkan ikatan dengan mereka. Ada di antara mereka seperti Datuk Siti dan Aznil Nawawi memberitahu tak dapat hadir kerana berada di luar negara.

"Sebanyak tujuh jenis juadah istimewa disediakan buat mereka hasil air tangan saya sendiri. Saya ambil masa selama tiga hari untuk buat persiapan beli bahan memasak.

"Untuk memasak pula, saya ambil masa selama dua malam. Saya memasak seorang diri tanpa henti kerana saya sebenarnya tak selesa ada orang lain bersama saya di dapur," katanya.

Shila Jelaskan Hubungan Dengan Pemain Bola

Posted: 15 Oct 2010 08:59 PM PDT


PETALING JAYA: Penyanyi Shila, 21, (gambar)mengakui sedang berkawan rapat dengan pemain bola sepak Harimau Muda negara, Haziq Zikri Elias dan sering digosipkan keluar bersama.

Namun begitu, Shila berkata, tiada sebarang hubungan istimewa antara mereka, malah memberitahu dia dan Zikri lebih senang menjadi kawan rapat.

"Saya dan Zikri hanya sekadar kawan baik sahaja, memang kami selalu keluar bersama-sama malah dia juga sering datang melepak di rumah saya.

"Persahabatan kami bukan berdua tapi kami ada lagi seorang rakan baik perempuan bernama Bella. Mereka berdua baru sahaja pulang dari United Kingdom dan tidak banyak kawan di sini," katanya.

Menurut Shila, dia sukakan dua rakannya itu kerana mereka berfikiran terbuka berbanding rakan-rakan yang kurang memahami kerjayanya sebagai artis.

"Saya senang berkawan dengan mereka sebab pemikiran mereka lain. Mereka lebih terbuka dan tidak cepat merajuk.

"Buat masa ini memang saya selalu keluar membeli belah atau menonton wayang bersama-sama, malah ibu bapa saya sudah percaya jika keluar dengan mereka," katanya.

Bercerita tentang pemain bola sepak, Shila sebelum ini juga dikaitkan dengan pelakon yang juga aktif sukan tersebut, Fizo Omar. Mereka bagaimanapun menafikan mempunyai hubungan.

Dalam pada itu, Shila turut memberitahu bakal memulakan proses rakaman album terbarunya sedikit masa lagi.

Kali ini dia berharap konsep yang bakal ditonjolkan lebih matang memandangkan usianya sudah menginjak ke alam dewasa.

google: shila oiam, shila oiam dan pemain bola sepak, gosip cinta shila oiam, shila oiam dan pemain bola sepak harimau muda bercinta, shila oiam bercinta, shila oiam dan haziq zikri, shila oiam dan haziq zikri bersama, shila oiam dan haziq zikri bercinta, gambar shila oiam dan haziq zikri, foto shila oiam dan haziq zikri

"Tiada Niat Hukum Norman & Memey Melalui Media" - Pengadu

Posted: 15 Oct 2010 08:56 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pengadu dalam kes khalwat Norman Hakim dan Memey Suhaiza tidak pernah berniat mahu menghukum pasangan pelakon itu dengan menggunakan pihak media.

Mohd Yusri Abd Razak, 55, berkata, dia hanya mahu menyindir pasangan itu yang didakwa masih tinggal bersama walaupun baru dicekup oleh penguatkuasa agama.

"Sebenarnya saya menggunakan media kerana tugas wartawan adalah mulia, oleh demikian saya gunakan untuk menyindir," katanya.

Perunding kreatif itu berkata demikian semasa memberi keterangan selaku saksi pendakwaan keenam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pada Jumaat.

Saksi yang juga merupakan jiran Norman turut membawa beberapa keratan akhbar yang menyiarkan kenyataan Norman dan Memey menafikan tuduhan khalwat terhadap mereka.

Katanya, keratan itu adalah untuk membuktikan penipuan dan pembohongan yang didakwa saksi telah dilakukan oleh pasangan tersebut.

Perbuatan saksi itu dibantah oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Norman dan Memey.

"Saksi tidak boleh mengambil keratan akhbar untuk dijadikan fakta. Saksi seharusnya hanya boleh mengatakan dia pernah membaca keratan itu," katanya dan menambah tindakan tersebut adalah menyalahi prosiding mahkamah.

Mohd Yusri kelihatan agak bengang dengan bantahan tersebut menegaskan tindakannya adalah dengan niat mulia bagi membuktikan pembohongan oleh pasangan yang telah mengikat tali pertunangan pada September lalu.

Bagaimanapun, Hakim Syarie Salehan Yatim menerima bantahan tersebut.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey atau Suhaiza Suhaimi, 22, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, dekat sini.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 1.45 pagi dan 3 pagi, 30 Oktober 2008.

Pendakwaan terhadap Norman dibuat mengikut Seksyen 29(1)(a)Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey dituduh mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama.

Mereka kini berhadapan dengan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Muhammad Nazri Basrawi.

Perbicaraan akan bersambung pada 22 Oktober ini.

Alyah & Farhan Tiada Lagi Pengurus

Posted: 15 Oct 2010 08:55 PM PDT


Sam (kiri) dikatakan enggan bekerjasama dengan Alyah dan Farhan kerana masalah disiplin.
PETALING JAYA: Setelah beberapa bulan menguruskan kerjaya seni dua penyanyi, Farhan dan Alyah, pengurus mereka, Sam Kassim tidak lagi bekerjasama dengan dua artis itu.

Khabar angin mengatakan, ia berpunca dariapda masalah disiplin dua penyanyin itu selain masalah komunikasi di antara mereka.

Malah Farhan juga dikatakan tidak membayar pengurusnya itu sehingga membuatkan Sam enggan lagi bekerjasama dengannya.

MStar Online mendapatkan mereka untuk mendengar sendiri dakwaan tersebut.

Alyah yang sebelum ini pernah mempunyai masalah dengan jurumekapnya berkata, dia berharap agar hal ini tidak disalah ertikan kerana perjanjian kontrak selama tiga bulan di antara mereka telah tamat.

"Hubungan antara saya dan Sam masih lagi baik. Cuma dari segi kontrak saya memberi tempoh tiga bulan percubaan kepada Sam dan akan meneruskan kerjasama sekiranya saya mahu. Kontrak Sam sudah tamat.

"Tapi memandangkan saya bukan di bawah naungan mana-mana syarikat rakaman, saya tidak mampu untuk membayar gaji pengurus. Saya perlu mengeluarkan jumlah wang yang besar untuk karier saya. Jadi saya takut jika saya gagal membayarnya, masalah lain akan timbul.

"Bayangkan, untuk baju saja saya perlu melaburkan beribu ringgit untuk membeli baju dan juga melakukan pembikinan klip video.

"Ingin saya tegaskan, kami tidak ada apa-apa masalah pun. Cuma saya ada masalah kewangan," tegasnya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.

Farhan yang juga dihubungi mStar Online pula menegaskan bahawa dia dan Sam tidak bergaduh seperti yang dikhabarkan.

Menggunakan alasan sama seperti Alyah (tak mampu bayar pengurus), penyanyi lagu Bukan Mimpi itu lebih selesa menguruskan kerjayanya sendiri.

"Nak ikutkan saya tak tahu apa perjanjian dia (Sam) yang dibuat dengan ayah saya. Cuma saya difahamkan kami bekerja mengikut kepercayaan masing-masing tanpa membabitkan sebarang kontrak.

"Kami tak gaduh pun, cuma tak mampu bayar dia sahaja. Saya faham, dia banyak membantu saya sepanjang empat bulan kami bekerjasama," tegas Farhan.

Bintang AF8 Simpati Dengan Nasib Iwan

Posted: 15 Oct 2010 08:54 PM PDT

PETALING JAYA: Rakan artis terutama bintang AF8 bersimpati dengan nasib pemenang tempat kelima program realiti itu, Iwan atau nama sebenarnya Emirza Azwan Zulazrin Chew, 20, selepas disingkirkan dari drama bersiri Kau dan Aku musim kedua (KDA2), baru-baru ini.

Iwan didakwa menghadapi masalah disiplin setelah beberapa kali tidak hadir ke kelas lakonan drama bersiri terbitan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) itu.

Menurut rakan rapatnya di AF8, Nad atau nama sebenarnya Nadia Emilia Roselan, 22, dia hanya mengetahui sedikit-sebanyak cerita tentang Iwan itu menerusi akhbar.

Ini kerana Iwan bukanlah seorang yang gemar berkongsi hal peribadi mahu pun masalahnya dan disifatkan perahsia.


Shah (kiri), Alif, Nad dan Daus antara bintang AF8 yang bersimpati dengan rakan seperjuangan mereka, Iwan. - Foto oleh RAYMOND OOI

Apabila mereka bertemu semasa Konsert Reunion AF8 pada 10 Oktober lalu, pemuda itu kelihatan seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

"Saya tak tahu tentang masalah yang dihadapinya kerana dia tak pernah bercerita kepada saya sebelum ini. Malah, saya juga terkejut dan tertanya-tanya sebab wartawan mengerumuninya pada Konsert Reunion AF8 yang lalu.

"Walaupun berkawan baik, saya tidak tahu langsung tentang ceritanya disingkirkan daripada KDA2.

"Mungkin dia tak sedar tentang kesilapannya. Tetapi saya rasa orang luar yang tidak mengetahui tentang cerita sebenar supaya tidak terlalu cepat menghukum," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, seorang lagi bintang AF8, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Kadim, 19, yang turut berlakon dalam KDA2 sebagai Emran menafikan tentang masalah disiplin yang dihadapi oleh Iwan.

"Saya tengok dia selalu datang ke kelas lakonan dan tidak pasti tentang alasan dia disingkirkan. Saya kasihan juga apabila mendengar dia tidak lagi sama-sama berlakon dalam drama itu.

"Bagaimanapun, Hafiz memberikan lakonan yang tidak menghampakan," katanya.


Anith akui Iwan selalu menghadiri kelas lakonan dan menghafal gerakan lakonan dengan baik. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH
Sementara bintang AF8 Shah atau Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein, 26, menyifatkan faktor masih muda dan mentah dalam industri seni ini membuatkan Iwan gagal mengawal masalah yang dihadapinya.

"Mungkin juga ada berlaku masalah salah faham antara pihak produksi dengan Iwan. Saya rasa kasihan juga kepadanya tetapi tak tahu nak buat apa," ujarnya.

Bagi pelakon utama KDA2, Anith Aqilah Sulaiman Lim, 19, Iwan selalu menghadiri kelas lakonan dan membuat latihan dengan baik.

"Jadi, saya tidak tahu bagaimana hendak memberikan komen tentang dakwaan tersebut," jelasnya ringkas.

Iwan melakonkan watak Elena, seorang pelajar kolej yang bercita-cita tinggi, disenangi ramai dan tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh orang lain.

Tempat Iwan diganti oleh Hafiz AF7.

3.2 Juta Penonton Saksikan Perkahwinan Sheikh Muszaphar

Posted: 15 Oct 2010 08:53 PM PDT


Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor selamat diijabkabulkan bersama pasangan hatinya, Dr Harlina Mohd Yunos pada 10 Oktober lalu.

SIARAN eksklusif majlis persandingan dan resepsi Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos pada 10 Oktober lalu di TV3 berjaya meraih rating 3.2 juta.

Seluruh rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan acara gilang-gemilang di kaca televisyen itu dan meraikan detik bersejarah pasangan tersebut.

Paparan ekslusif bemula pada hari yang sama, pukul 2 petang hingga 3 petang menerusi program Nona yang dihoskan oleh Siti Hasfizza Aswaty Sabjahan.

Hampir 1.6 juta penonton mengikuti laporan terkini Fiza yang turut berada di sekitar majlis pernikahan.

Sebaik selepas berakhirnya siaran berita Buletin Utama, persandingan kedua mempelai pada pukul 9 malam dibawakan khas dari Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) menampilkan gandingan serasi, Ahmad Fedtri Yahya dan Nurul Syuhada Nurul Ain sebagai pengantara.

Bermula daripada susunan aturcara majlis yang diterajui oleh Datuk Mahadzir Lokman, laporan eksklusif turut menyiarkan ketibaan pengantin di dewan yang dihiasi indah berkonsepkan 'istana kayangan' dan diiringi oleh paluan kompang, gurindam, bunyian orkestra serta selawat dan marhaban ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan berkata, TV3 sentiasa peka terhadap kehendak penonton dan sentiasa memberikan hanya yang terbaik kepada mereka.

"Kami amat teruja dengan kejayaan catatan rating tinggi untuk program khas tersebut. Kami sudah menjangkakan jumlah penonton akan meningkat kerana majlis ini memang amat dinantikan oleh penonton setia TV3.

"Populariti Dr. Sheikh Muszaphar sebagai angkasawan pertama negara secara tidak langsung menjadikannya sebagai 'wedding of the year'.

"Saya bagi pihak TV3 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton semua kerana terus setia bersama TV3!," kata beliau.

Penyertaan Anugerah Skrin 2010 Meningkat

Posted: 15 Oct 2010 08:52 PM PDT

PENGIKTIRAFAN kepada karyawan seni diteruskan lagi dengan penganjuran Anugerah Skrin 2010 yang bakal diadakan pada 24 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Seperti tahun lepas, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM dan ASTRO untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij itu.

Kesemua rangkaian televisyen itu layak untuk menghantar penyertaan bagi siaran drama dan terbitan dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen masing-masing untuk merebut anugerah yang dipertandingkan.

Berbanding dengan tahun lepas, tahun ini menyaksikan peningkatan dari jumlah penyertaan bagi setiap kategori.


Telefilem Miah Oh Miah yang dicalonkan dalam Anugerah Skrin 2010 disiarkan pada 14 November 2010 di TV3.
Sebanyak 17 buah telefilem, 13 drama rantaian dan enam drama komedi telah dicalonkan.

Pencalonan terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, Anugerah Skrin sudah pun memasuki tempoh usia dan dinanti-nantikan oleh para karyawan dan artis tanah air untuk menjulang nama mereka setelah berhempas pulas memberikan yang terbaik untuk industri.

"Kami berasa bangga kerana pada tahun ini ASK 2010 turut mendapat kerjasama dan sokongan positif dari rakan-rakan stesen televisyen yang lain dan menerima banyak pencalonan yang menampilkan muka-muka baru dalam bidang ini.

"Pihak kami akan mengumumkan dengan lebih terperinci mengenai kategori keseluruhan pencalonan termasuklah senarai nama drama, filem dan juga barisan pelakon serta produksi yang telah disenarai pendek di dalam satu majlis sidang akhbar khas pada bulan November nanti," kata Farid.


Telefilem Masyitah yang dicalonkan dalam Anugerah Skrin 2010 disiarkan pada 21 November 2010 di TV3.
Bagi menyemarakkan lagi Anugerah Skrin 2010, TV3 bakal menayangkan semula sebahagian daripada telefilem yang tercalon ke Anugerah Skrin 2010.

Ia akan disiarkan setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam mulai 24 Oktober sehingga 19 Disember ini.

Berikut adalah senarai telefilem yang bakal ditayangkan.

-Taubat Nasuha - 24 Oktober-Bagaikan Sumayyah - 31 Oktober-Sebelum Akhirat - 7 November-Miah Oh Miah - 14 November-Masyitah - 21 November-Dalil Cinta - 28 November-Lillahi Ta'ala (pencalonan dari TV9) - 5 Disember-Keropok Dan Nisan (pencalonan dari TV9)- 19 Disember

Uji Bakat "Anda Ada 60 Saat" Bermula

Posted: 15 Oct 2010 08:51 PM PDT

ASTRO memperkenalkan sebuah program permainan terbaru berjudul Anda Ada 60 Saat yang akan memulakan penjelajahan untuk sesi uji bakat tidak lama lagi untuk siaran Astro Warna (saluran 132).


Program Anda Ada 60 Saat ini akan mula bersiaran pada 25 Disember ini.

Anda Ada 60 Saat adalah sebuah program kuiz permainan yang mengetengahkan konsep permainan santai dan menarik yang memberi peluang kepada para peserta untuk memenangi wang tunai sehingga RM500,000 jika berjaya melepasi 10 permainan dengan durasi 60 saat setiap satu.

Setiap peserta perlu bermain secara individu dan diberikan tiga peluang untuk menamatkan cabaran dalam masa 60 saat.

Pengurus saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata Astro telah memberi banyak peluang kepada penonton untuk menonjolkan bakat dan potensi diri.

Daripada bidang nyanyian, komedi, lakonan, tarian dan pelbagai program lain.

"Tidak dapat dinafikan, terdapat kumpulan penonton yang lebih cenderung melakukan aktiviti fizikal ringan menerusi aktiviti permainan. Akur memenuhi kehendak setiap penonton, kami sediakan sebuah lagi program istimewa untuk tontonan pelanggan kami.

"Permainan-permainan yang dberikan sebenarnya mudah dan mampu menarik perhatian penonton kerana cabaran-cabaran yang bakal dikenakan hanya menggunakan perkakas yang digunakan seharian di rumah. Untuk memudahkan mereka, contoh-contoh cabaran boleh ditonton menerusi laman web rasmi Anda Ada 60 Saat.

"Menariknya, orang ramai juga dijemput untuk memuat naik rakaman video latihan cabaran-cabaran yang digunakan untuk tontonan ramai yang melayari laman web itu," jelas Nizam lagi.

Nizam menambah: "Sebagai contoh cabaran Bersemuka Dengan Biskut. Dalam cabaran ini, peserta perlu menggerakkan dua keping biskut dari dahi ke mulut dengan menggunakan otot muka sahaja. Jika biskut itu jatuh, peserta boleh meletakkan semula biskut lain pada dahi dan cuba sekali lagi. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta mungkin tersingkir jika masih gagal melakukan cabaran selepas tiga kali percubaan.

Permainan-permainan yang akan disediakan dalam program ini sebenarnya amat mudah dan santai sekali. Tetapi persoalannya, mampukah anda melakukannya dalam masa 60 saat? Itulah keunikkan program ini!"

Antara cabaran yang lain yang akan diberikan kepada bakal peserta pada setiap minggu seperti; Kepala Rock, Kepala Baldi, Tin Beracun, Lawan Graviti, Hantu Bungkus Pening, Bersemuka Dengan Biskut, Gantung Paku, Pantas Tangan, Menara Epal, dan Susun-Susun. Untuk melihat cara permainan cabaran-cabaran ini, anda bolehlah melayari laman web rasmi Anda Ada 60 saat di www.astro.com.my/andaada60saat.

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Anda Ada 60 Saat, sila datang beramai-ramai ke ujibakat yang bakal dijalankan di Dewan Sri Putra, Stadium Bukit Jalil pada 16 dan 17 Oktober ini, pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Sesi uji bakat ini terbuka warganegara Malaysia yang boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan berumur 18 tahun keatas.

Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar terkini berukuran 4R termasuk gambar profil dan paras pinggang.

Peserta yang hadir juga perlu memakai pakaian yang bersesuaian sewaktu sesi uji bakat ini nanti.

google: ujibakat Anda Ada 60 Saat, lokasi ujibakat Anda Ada 60 Saat, masa ujikaji Anda Ada 60 Saat, astro Anda Ada 60 Saat, tarikh ujibakat Anda Ada 60 Saat, syarat ujibakat Anda Ada 60 Saat, pakaian ujibakat Anda Ada 60 Saat

(Shout! Awards 2010) Fesyen Aliyah Tiru Gaya Lady Gaga, Nur Fazura Undian Tertinggi Hot Chicks

Posted: 15 Oct 2010 04:22 PM PDT


Terima kasih Media Prima. Akhirnya kami terima juga beberapa set gambar ketika majlis pengumuman calon-calon untuk Shout! Awards 2010. Ramai juga artis yang hadir, antaranya Aizat, Mizz Nina, Jacklyn Victor, Yuna, Joe Flizzow, dan aktres Indonesia, Nia Ramadhani.

Antara yang kami ingin hi-lite kan, fesyen Aliyah yang meniru gaya Lady Gaga, berambu-ramba cekak rambutnya. Ramai yang kata, Aliyah seperti krisis identiti. Namun pada kami, ini satu kelainan yang unik, sekurang-kurangnya umum tidak dihidangkan artis stereotaip.



Cerita lain pula, sedikit kajian yang kami lancarkan kelmarin berkenaan Hot Chick Awards telah menerima sejumlah 1976 undian, di mana Fazura menerima 33%, Nora Danish (30%), Vanidah Imran & Mizz Nina (11%), Scha (8%) dan Maya Karin (7%). Untuk undian rasmi, pihak Shout! Awards akan membuka undian secara online mulai 18 Oktober. Pilih artis kesayangan anda & ajak kawan-kawan agar mengundi sekali.

google: Calon Hot Chick Awards, Calon Shout Award 2010, Fazura Hot Chick, Hot Chick Awards 2010, Maya Karin Hot Chick, Mizz Nina Hot Chick, Nora Danish Hot Chick, Scha Hot Chick, Shout Award 2010, Shout Awards 2010, Shout! Awards, Vanida Imran Hot Chick

Pelakon Yalal Chin Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Posted: 15 Oct 2010 04:18 PM PDT

Salah seorang pelakon drama yang hebat, Yalal Chin telah disahkan meninggal dunia semalam (15 Oktober 2010). Marilah kita sama-sama sedekah Al-Fatihah kepada arwah Yalal Chin. Semoga rohnya ditempatkan di kalanga orang yang beriman. Jenazah Yalal Chin akan dibawa ke Melaka untuk pengebumian.

Al-Fatihah.

google: yalal chin, yalal chin meninggal dunia, arwah yalal chin, pengebumiaan yalal chin, yalal chin kembali ke rahmatullah, biodata yalal chin, yalal chin wiki, sejarah hidup yalal chin, pejalanan hidup yalal chin, lakonan drama dan filem yalal chin

David yakin gandingan Farid, Nora

Posted: 15 Oct 2010 08:32 AM PDT


FILEM genre komedi romantik, Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham mempunyai kelainan tersendiri kerana menggandingkan pelakon Farid Kamil dan Nora Danish sebagai teraju utama buat julung kalinya di layar perak.

Hakikatnya, Ahmad Idham mulanya agak skeptikal untuk mengambil pelakon berstatus janda seperti Nora Danish untuk beraksi dalam filem itu. Apatah lagi untuk digandingkan dengan Farid. Alasannya, Ahmad Idham mahu mencari kelainan untuk artis wanita yang hendak digandingkan dengan Farid.

Kata Ahmad Idham, sememangnya nama Nora ada dalam senarai artis yang dicadangkan untuk membawa watak Eeva Elyana dalam filem ini. Daripada segi lakonan, akuinya, dia tiada masalah mengambil Nora kerana pernah bekerja dengannya dalam Jangan Pandang Belakang Congkak 2 dan Tiga Serumah.


"Lakonannya dalam dua filem itu memang membanggakan. Namun, saya tetap risau aspek pemasaran filem ini kerana bimbang penonton kita tidak boleh menerima pelakon berstatus janda untuk digandingkan dengan Farid yang memegang watak Omar Rudy. "Terus terang, saya ingin mencari kelainan artis wanita yang digandingkan dengan Farid. Bagaimanapun, pada masa sama, produsernya, David Teo berjaya meyakinkan saya gandingan Nora dan Farid akan diterima penonton di pawagam," katanya. Ahmad Idham mengakui watak Eeva yang juga gadis 'spoilt brat' itu memang sesuai dengan Nora. Watak Eeva itu bukan baru dan ia memang dekat dengan diri Nora. "Cuma saya buat watak Eeva itu kekampungan sikit supaya wataknya menjadi seperti dikehendaki skrip. Banyak pertembungan idea antara Omar Rudy dan Eeva. Omar juga tertarik dengan Eeva bukan kerana dia cantik, tetapi kerana pemikirannya. "Dialog Omar dan Eeva dalam hutan juga saya buat sendiri. Ia bukan dialog cinta biasa seperti 'saya cintakan awak' sebaliknya dialog penuh falsafah," katanya. Lebih menarik, filem terbitan Metrowealth Pictures Sdn Bhd ini menampilkan semua anggota kumpulan The Fabulous Cats (TFC) (Farish, Adeep, Wangi dan Zizie) beraksi dengan karakter masing-masing. Alasan Ahmad Idham ialah dia memang berkawan baik dengan Cat Farish sejak zaman lagu Tipah Tertipu lagi dan pernah bekerjasama menghasilkan filem berdasarkan lagu popular itu.


"Memang saya selalu ambil Cat berlakon dalam filem saya tapi ia kali pertama saya tampilkan mereka dalam satu kumpulan seperti dalam filem Cuti-Cuti Cinta ini. "TFC juga sudah lama tidak muncul dengan album baru dan sebab itu saya buat lagu khas yang juga video klip berjudul Muncul Kamu untuk penutup filem ini sekali gus 'tribute' buat kumpulan itu. "Tidak ketinggalan, watak Puan Sri Salmah lakonan Azizah Mahzan yang hanya ulang dialog yang sama, tetapi kemunculannya tetap meninggalkan kesan pada penonton," katanya. Mengenai cabaran menghasilkan filem ini, Ahmad Idham berkata, antara cabarannya ialah ketika buat babak di kawasan laut yang bergelora kerana hampir semua kru muntah dan mabuk laut.


"Antara pelakon yang muntah ialah Zizie TFC. Walaupun berhadapan dengan cabaran itu, saya tetap paparkan keindahan semula jadi Morib dalam filem ini. "Saya memang suka paparkan alam semula jadi dalam karya saya dan bila dapat kebenaran David, saya terus paparkan keindahan Morib termasuk keindahan hutan paya bakau dalam filem ini," katanya. Filem yang bakal ditayangkan di pawagam pada 21 Oktober ini, mengambil tempoh 20 hari penggambaran di sekitar Morib. Lokasi lain ialah sekitar Kuala Lumpur membabitkan babak dalam pejabat. Ahmad Idham yang sering mencatat kejayaan melalui filem aksi dan seram seperti Remp-It, Congkak dan Jangan Pandang Belakang Congkak, menjanjikan persembahan segar kepada penonton untuk genre romantik komedinya kali ini. Filem genre romantik komedi arahannya sebelum ini, Semerah Cinta Stilleto menjengah pawagam pada 8 April lalu, menyaksikan gandingan Farid dan Lisa Surihani manakala Adnan Sempit gandingan Shaheizy Sam serta Intan Ladyana mencatat kejayaan besar dengan kutipan RM78 juta ketika membuka tirai 2010 pada 14 Januari lalu.


Apa yang penting bagi Ahmad Idham untuk filemnya kali ini ialah mesej cukup mendalam yang ingin disampaikan. Katanya, remaja kita hari ini ramai yang bersikap hipokrit. Selain itu, ia juga mengenai perbezaan kasta dan prinsip hidup dalam masyarakat. Cuti-Cuti Cinta juga digarap berbeza dengan dilengkapi sistem bunyi Dolby Digital Surround.


Sementara itu Nora Danish berkata, dia terima tawaran berlakon dalam Cuti-Cuti Cinta kerana sudah lama ingin bergandingan dengan pelakon Farid Kamil yang juga idolanya dalam bidang seni selama ini.


"Saya memang suka berlakon dalam filem genre komedi romantik. Saya juga tiada masalah untuk menjiwai watak Eeva yang cerewet, sombong dan suka membanggakan diri ini dengan bimbingan pengarah serta Farid sendiri.


"Saya juga dapat menjiwai karakter Eeva dengan baik kerana bila saya 'beri' pada Farid, dia 'beri' saya balik. Sebelum penggambaran bermula, kami memang berbincang dengan pengarah untuk menjiwai karakter masing-masing. "Sebagai pelakon berpengalaman, Farid tidak lokek berkongsi ilmu dengan saya terutama untuk menjiwai babak romantik Eeva dengan Omar," kata ibu kepada Putra Rayqal Rizal Ashram Ramli, setahun sembilan bulan. Pelakon lain yang turut berlakon dalam filem ini ialah Cat Farish (Mahmood), Zizie TFC (Faustina), Adeep TFC (Maliqurrahman), Wangi TFC (Kris Dayana), Zed Zaidi (Remy), Zaibo (Tan Sri Zaini), Azizah Mahzan (Puan Sri Salmah), Kaza (Pak Adam) dan Delimawati (Mak Yah).

Gandingan Ana, Sohaimi, Altimet berhasil

Posted: 15 Oct 2010 08:30 AM PDT

HANYA bermula sebagai bahan eksperimen, lagu baru Kalau Berpacaran nyanyian Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan dan 'rapper' Altimet kini mula menarik perhatian ramai di corong radio tempatan.


GANDINGAN MANTAP...persembahan Altimet, Sohaimi dan Ana pada Bengkel Cipta Ekspres 2010, Mei lalu.

SERASI...(dari kiri) Sohaimi, Ana dan Altimet membuktikan kolaborasi mereka berjaya menerusi lagu Kalau Berpacaran. Secara tiba-tiba, lagu ini menjadi semakin popular, apatah lagi selepas ia kerap dimainkan di stesen radio seperti Hot FM dan Sinar FM. Atas populariti itu, ia mencetuskan tanda tanya di kalangan pendengar bagaimana idea menghasilkan lagu ini terhasil.

Mungkin ada yang sudah tahu, lagu ini asalnya dicipta tiga penyanyi ini ketika terbabit menghadiri Bengkel Cipta Ekspres 2010 yang diadakan di Residence Lagoon Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, kira-kira lima bulan lalu.


Pada acara anjuran Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad itu, lagu Kalau Berpacaran dijulang sebagai juara daripada 10 lagu baru yang dihasilkan selama tiga hari bengkel berkenaan berlangsung.


Ketiga-tiga penyanyi ini yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Anak Manja pada acara itu, bukan saja kreatif dalam penciptaan lagu, malah mereka menunjukkan kolaborasi tiga zaman yang jarang dilakukan karyawan muzik hari ini.


Jika Ana terkenal menerusi lagu ciptaan sendiri, Hujan Bunga Di Kuala Lumpur, Altimet pula yang juga bekas anggota Teh Tarik Crew, pernah mencipta nama menerusi lagu Cantek. Bagi peminat Sohaimi Mior Hassan pula, siapa tidak kenal suara machonya itu dalam lagu Epilog Cinta Dari Bromley.


Bagi Ana, dia begitu bersyukur dengan sambutan peminat terhadap lagu Kalau Berpacaran. Dia tidak menjangka penerimaan peminat tempatan melonjakkan populariti lagu rancak ala 60-an itu.


"Sebagai penyanyi solo, tentulah saya lebih suka dengan lagu saya sendiri dengan genre pilihan saya. Namun, apabila kami berkolaborasi dalam bengkel berkenaan, hasilnya menjadi gabungan tiga idea.

"Bagi saya, pendengar suka lagu Kalau Berpacaran kerana beberapa faktor. Mungkin melodi Kalau Berpacaran itu 'catchy' hingga membawa perasaan pendengar terhadap perkara nostalgia. Ia juga bergantung kepada kekuatan suara Sohaimi yang unggul dan mampu mengimbau lagu zaman lampau.


"Mesej yang ingin disampaikan sangat jelas dan menariknya, terselit elemen jenaka dalam memberikan nasihat kepada anak muda. Malah, lagu ini menarik perhatian semua lapisan usia," katanya.


Menerusi kolaborasi yang dianggap unik dan segar itu, Ana percaya ketiga-tiga penyanyi ini melengkapkan lagu berkenaan menjadi sempurna.


"Saya berasa sangat beruntung kerana kami dipertemukan MACP. Terima kasih juga kepada MACP yang menganjurkan acara bengkel ini.


"Buat masa ini, saya juga mempromosikan single kedua, Tolong Ingatkan Aku. Ia mendapat respons positif daripada peminat dan mendaki carta.


"Saya berharap antara lagu saya dan Kalau Berpacaran, ia saling membantu. Jarang penyanyi mempunyai dua lagu baru pada satu masa dan ini memberikan kelebihan pada saya.


"Soal menumpang populariti Sohaimi mahupun Altimet, saya tidak kisah dengan tanggapan itu. Bagi saya, kami saling membantu satu sama lain untuk memajukan karier masing-masing.


"Saya menganggap kolaborasi ini sebagai satu penghargaan. Setakat ini, kami belum mempunyai perancangan lain. Tengok dulu sambutan macam mana. Orang kata, jika sambutan bagus, mungkin akan ada kesinambungan untuk lagu baru seterusnya," katanya.

Sohaimi pula berkata, penerimaan positif pendengar terhadap lagu ini membuktikan gandingan penyanyi baru dan lama masih mempunyai kekuatan.


"Penerimaan peminat sebenarnya masih terbuka untuk menerima lagu baru. Tidak kira penyanyi baru atau lama, jika karya yang dihasilkan bagus, ia tetap diminati.


"Saya percaya kolaborasi seperti ini harus diteruskan pada penyanyi lain. Walaupun jualan album agak menyedihkan tetapi peminat kita masih menyokong lagu baru untuk dihasilkan.


"Menerusi kerjasama dan usaha MACP yang dijalankan, saya berharap komposer kita lebih aktif menghasilkan lagu baru yang berkualiti dan mampu mencetuskan fenomena baru," katanya.


Altimet berpandangan kolaborasi antara tiga penyanyi menjadi strategi terbaik untuk memasarkan lagu baru. Namun, kejayaan lagu Kalau Berpacaran, lebih merujuk pada kesungguhan MACP yang menemukan mereka bertiga.


"Pada acara itu, MACP yang tetapkan kami dalam satu kumpulan. Walaupun lagu dihasilkan dalam masa singkat tetapi MACP memberikan tekanan positif pada kami untuk berkarya.


"Ketika itu, saya melihat peserta lain seperti Ramli Sarip, Andy Flop Poppy dan Julfekar bukan calang-calang. Begitu juga, bakat baru seperti Aizat dan Rafidah 3R tidak kurang hebat dengan kreativiti mereka.


"Usaha MACP itu mewujudkan suasana yang kompetitif. Hakikatnya, kejayaan dan proses menghasilkan lagu ini bukan suatu yang dirancang.


"Melihat lagu lain juga saya rasa masing-masing ada kehebatan. Ini membuktikan lagu kita masih mempunyai tempat dan terus diminati pendengar kita sendiri.


"Cuma ruang untuk menonjolkan lagu baru seharusnya lebih terbuka. Saya yakin jumlah komposer baru sangat ramai di luar sana. Apa yang penting, kita sebagai pendengar harus mendengar sebelum mengkritik," katanya.




>PROFIL
NAMA: Ana Nur Hidayah Mohd Raffali
NAMA KOMERSIAL: Ana Raffali
TARIKH LAHIR: 4 November 1985
USIA: 25 tahun
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
STATUS: Bujang
ADIK-BERADIK: Anak kesembilan daripada 11 beradik
KERJAYA: Komposer dan penyanyi
PENDIDIKAN: Graduan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (Kepujian), Universiti Teknologi Mara (UiTM)


NAMA: Sohaimi Mior Hassan
TARIKH LAHIR: 8.1.1957
USIA: 53 tahun
TEMPAT LAHIR: Beruas, Perak
STATUS: Berkahwin
LAGU POPULAR: Epilog Cinta Dari Bromley
ALBUM: Prolog (1981), Dedikasi (1983), Misteri Cinta (1984), Suatu Hari Nanti (2007)


NAMA: Ahmad Abdul Rahman
NAMA KOMERSIAL: Altimet
TARIKH LAHIR: 27 November 1978
USIA: 32 tahun
TEMPAT LAHIR: Petaling Jaya, Selangor
LAGU POPULAR: Cantek (2008)
ALBUM: Jian (2009), Aku (2010)


>Lirik: Kalau Berpacaran

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Fesyen terbaru Alyah tiru Lady Gaga?

Posted: 15 Oct 2010 08:28 AM PDT

Penyanyi Alyah baru-baru ini ada mengadakan nyanyian di Party Nominasi Shout Awards 2010. Kalau nak diikutkan memang kita akan perasan yang Alyah mengayakan fesyen ala-ala Lady Gaga. Nak diikutkan trend ke yang tu tak pasti pula, kalau nak diikutkan banyak cerita Lady Gaga yang tak sedap didengar seperti isu kepercayaan (tak kan nak dijadikan idol kot). Tapi nak buat macamna, dah hak Alyah nak buat apa yang dia suka, jadi kita sebagai peminat muzik mesti terima apa yang seadanya dan layanzZ.




Konsert Siti Nurhaliza di Melbourne

Posted: 15 Oct 2010 08:26 AM PDT


Tak lama lagi atau beberapa minit/jam dari sekarang Datuk Siti Nurhaliza bakal melangsungkan konsert sulungnya di Melbourne. Dalam video promosinya sekitar 30 saat ini untuk warga Melbourne (pelajar Malaysia yang berada disana kot) menampakkan kemajuan bahasa inggeris pada diri Siti. Sebelum ini ramai orang kritik mengenai tahap bahasa inggeris Siti Nurhaliza, tapi begitulah lumrah, bakat mengatasi segalanya, sehinggakan kini Siti mampu membuat konsert diluar Malaysia seperti di London, Singapura, Indonesia, Australia dan banyak lagi.

google: siti nurhaliza, konsert siti nurhaliza, video konsert siti nurhaliza, konsert siti nurhaliza di melbourne, tiket konsert siti nurhaliza di melbourne, harga tiket konsert siti di melbourne, promo konsert siti nurhaliza, lokasi konsert siti nurhaliza

Isteri Penyanyi Joey Tuntut Cerai

Posted: 15 Oct 2010 08:24 AM PDT


Ketika hubungan Joey dan Watie hangat diperkatakan, isteri penyanyi lelaki itu memfailkan permohonan cerai di mahkamah, Jumaat. Gambar ihsan MINGGUAN MALAYSIA.
KAJANG: Isteri kepada pelakon dan penyanyi, Joey memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Jumaat, kira-kira seminggu selepas masalah perkahwinan mereka dihidu media.

Noraini Nasir, 44, memfailkan permohonan itu menerusi peguam syarie, Amli Embong di kaunter pejabat mahkamah pada pukul 11.40 pagi.

Dia yang berbaju kurung dan berselendang merah menamakan Joey, atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 37, selaku defendan dalam permohonan itu.

Permohonan itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 kerana mendakwa Joey telah melafazkan cerai di luar mahkamah pada Jun lalu.

"Bagaimanapun, Noraini tidak mendengar lafaz itu dan hanya diberitahu oleh kawan Joey yang mendengar lafaz tersebut," kata Amli semasa ditemui di luar mahkamah.

Katanya lagi, kes telah ditetapkan untuk sebutan semula pada 20 Oktober ini.

Noraini yang enggan memberi sebarang komen, sekadar senyum dan menyatakan akan menceritakan semuanya di mahkamah kelak.

Joey, yang merupakan vokalis kumpulan Exists dan Noraini berkahwin pada 4 Mei 2005 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zidani, yang berusia empat tahun.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan kenyataan Joey yang pernah menghasilkan album Beradu Suratan bahawa dia sudah menceraikan isterinya.

Dia juga mengakui rapat dengan ahli kumpulan Elite, Watie yang berstatus janda dan mempunyai seorang anak, Ahmad Afif Danial, berusia enam tahun.

Joey dikatakan menjalin hubungan dengan Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali selepas bertemu di Muar, Johor pada Mac lalu yang menjadi lokasi penggambaran drama bersiri Blues Pasar Tani.

Noraini kemudiannya mengeluarkan kenyataan mendakwa Joey tidak menghormati dirinya kerana membuat pengakuan sudah bercerai sedangkan tiada hitam putih atau keputusan mahkamah berhubung perceraian itu.

Dakwanya lagi, Joey melupakan tanggungjawab terhadap anak mereka.

Noraini juga mendakwa Joey, pelakon filem Crayon itu tidak takut bermain sumpah apabila menafikan telah merujuk semula selepas tiga hari menceraikannya di ruang letak kereta.

Watie pula menyifatkan tuduhan sebagai perampas suami orang sebagai lumrah dan sudah lali untuk dirinya.

google: joey daud dan watie elite, joey daud dan watie elite foto, gambar joey daud dan watie elite, joey daud dan watie elite bercinta, joey daud dan watie elite kahwin, joey daud dan watie elite nikah, watie elite facebook, watie elite blog, watie elite myspace, watie elite wiki, watie elite 2010, watie elite seksi, watie elite hot, watie elite bogel, watie elite sosial, watie elite bercinta, watie elite bekas suami, buah dada watie elite, watie elite parti, watie elite hisap rokok

"Anak Lari Takut Balik Rumah Ameng" - A.Aida

Posted: 15 Oct 2010 08:21 AM PDT


A.Aida memberi penjelasan kerana tidak puas hati dengan kenyataan Ameng dalam akhbar Rabu lalu yang menuduhnya mempunyai konspirasi menjatuhkan bekas vokalis Spring itu.
KUALA LUMPUR: Bekas isteri Ameng (Spring) iaitu A.Aida mendedahkan salah seorang anak mereka pernah lari dari rumah tetapi sempat diselamatkan oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak polis dalam kejadian enam tahun lalu.

A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang,39, berkata, anak sulung mereka, Wan Aleesya yang sekarang berusia 14 tahun takut untuk pulang ke rumah kerana mendakwa pernah dipukul.

"Ameng gagal menguruskan anak sehingga anak kami pernah lari dari rumah ketika saya membenarkan dia menunaikan haknya untuk menjaga anak. Nasib baik ada orang jumpa anak saya merayau-rayau seorang diri sebelum mereka menolongnya menghantar ke balai polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat," ujar A.Aida.

Produser A.Aida Production itu berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media tergempar yang diadakan di Restoran Rebung, Bangsar di sini petang, Khamis.

Sidang media itu dibuat berikutan rasa tidak puas hati A.Aida terhadap Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail,42, yang mendakwa A.Aida dan suaminya, Asisten Superintenden Suffian Sulaiman melakukan konspirasi untuk menjatuhkan kerjayanya seperti dilaporkan akhbar, Rabu.

Mahkamah Majistret di sini pada Selasa lalu memerintahkan Ameng membela diri atas tuduhan memasukan dadah ke dalam badan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda tidak lebih RM5,000 jika sabit kesalahan.


Khusyuk... para wartawan mendengar penjelasan A.Aida mengenai hak penjagaan anak yang selama ini tidak pernah dipedulikan Ameng. Gambar The Star oleh Azhar Mahfof.
A.Aida yang hadir bersama peguamnya Zulkifli Yong Azmi berkata, berikutan kejadian yang menimpa anaknya itu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Subang Jaya, Selangor telah menasihatinya supaya tidak lagi membenarkan Ameng menjaga anak mereka kerana bimbang masalah serupa berulang.

Bagaimanapun kata Aida, sebagai seorang ibu dia memahami hati seorang bapa dan tidak menghalang untuk Ameng bertemu dengan anak-anak mereka.

Katanya, beberapa minggu sebelum Ameng ditahan pada 4 April lalu, Ameng telah mengambil dua anak mereka termasuk Wan Natasha,9, untuk membawa pulang ke Terengganu.

"Saya tidak halang Ameng bertemu anak-anaknya kerana anak dan bapa tidak boleh dipisahkan. Tetapi saya terkejut apabila Ameng selalu membuat tuduhan kononnya saya tidak memberi kebenaran untuk dia bertemu anak. Itu adalah satu pembohongan," katanya.

Tambah Aida, selepas berpisah dengan Ameng pada tahun 2002, Aida tidak pernah menuntut sebarang nafkah yang sepatutnya diberikan oleh Ameng kepada dua anak mereka kerana memahami Ameng mempunyai masalah kewangan.

Tetapi apabila dia selalu membuat dakwaan yang bukan-bukan termasuklah menuduh A.Aida dan suami mempunyai konspirasi untuk menjatuhkannya, dia tidak dapat berdiam diri lagi.

Sehubungan itu kata A.Aida dia dan peguamnya sudah bersetuju untuk mengambil tindakan terhadap Ameng iaitu akan mengemukakan saman malu dan menuntut nafkah anak.

"Saya dah bagi peluang kepada Ameng tetapi dia masih memburuk-burukkan saya, jadi, saya terpaksa bertindak dengan mengemukakan saman malu dan tuntutan nafkah anak," katanya.

Aida menambah, tujuan dia membuat laporan polis terhadap Ameng pada April lalu tiada kena mengena dengan anak tetapi ugutan jenayah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan Ameng termasuklah mendakwa mempunyai pistol untuk menembak Aida dan suami.

Bagaimanapun semasa ditahan, polis mendapati Ameng positif dadah sehinggalah dia didakwa di mahkamah atas kesalahan tersebut.

Kata Aida lagi, dia dan suaminya yang bertugas sebagai Ketua Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur tidak pernah campur tangan dalam siasatan polis sebaliknya segala hukuman dan juga keputusan adalah di atas bidang kuasa mahkamah.

Bagaimanapun katanya, jika Ameng merasakan ada konspirasi untuk menjatuhkannya, penyanyi itu boleh membuat laporan polis dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

"Sebenarnya selama ini saya tiada niat untuk membuat pendedahan ini kerana ia berkaitan keluarga tetapi apabila Ameng tidak habis-habis dengan tuduhannya itu, maka saya terpaksa tampil untuk membela diri," katanya.

Sementara itu peguam A.Aida iaitu Zulkifli berkata pihaknya akan menyediakan dokumen yang berkaitan saman malu dan juga tuntutan nafkah sebelum difailkan di mahkamah.

Ameng dan A.Aida berkahwin pada tahun 1995 dan berpisah tujuh tahun kemudian.

Ameng kemudian berkahwin dengan Sabariah Zakaria,40, pada tahun 2004 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Amar Haikal yang kini berusia tiga tahun.

Mahkamah menetapkan 25 Oktober ini untuk pihak pembelaan dan pendakwaan mengemukakan hujahan bertulis mengenai kes Ameng itu.

Filem "Magika" Kuasai Pencalonan FFM23

Posted: 15 Oct 2010 08:20 AM PDT


SHAH ALAM: Filem Magika terbitan KRU Studios mengungguli senarai pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) apabila menerima 12 pencalonan daripada 21 kategori yang dipertandingkan kali ini.

Filem muzikal fantasi arahan Edry Abdul Halim itu menerima pencalonan dalam beberapa kategori utama termasuk Filem Komedi Terbaik, Pengarah Harapan, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

17 lagi judul filem cereka yang bertanding iaitu filem Santau (arahan Azhari Zain) menerima 11 pencalonan dan diikuti oleh filem komedi 1Malaysia arahan Mamat Khalid iaitu Estet dengan lapan pencalonan.

Sementara itu, filem Belukar (Jason Chong), Evolusi KL Drift 2 (Syamsul Yusof), Haq (Hor Chee Leong), Lagenda Budak Setan (Sharad Sharan) dan V3: Samseng Jalanan (Farid Kamil) mendapat tujuh pencalonan.

Filem arahan Ahmad Idham iaitu Niyang Rapik menerima enam pencalonan, Pisau Cukur (Bernard Chauly) (4), My Spy (Afdlin Shauki), Adnan Sempit (Ahmad Idham) dan Pulau Asmara (Uttam Kumar Thangiah) berkongsi tiga pencalonan, Jin Notti (Azhari Zain) (dua pencalonan) dan Dua Alam (Zarith Lokman), Hooperz (Rosihan Zain), Kapoww (Azizi Adnan) dan Karaoke (Chris Chong) masing-masing dengan satu pencalonan.

Keputusan untuk 12 kategori Anugerah Cipta yang dipertandingkan termasuk anugerah Filem Komedi Terbaik, Pengarah Harapan Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Harapan Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Kanak-kanak Terbaik dan Poster Terbaik bakal disampaikan pada malam perasmian FFM23, pada 20 Oktober ini.

Keputusan 12 kategori Anugerah Perdana seperti anugerah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik pula bakal diketahui pada malam kemuncak festival itu.

Selain itu, malam kemuncak FFM23 juga bakal mengiktiraf anugerah Filem Pendek Terbaik, Filem Animasi Terbaik, Filem Dokumentari Terbaik, lima anugerah khas juri dan anugerah khas untuk kategori box office, belakang tabir serta pelakon lelaki dan wanita veteran.

Senarai finalis bagi kategori Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik yang tidak diumumkan pada majlis sidang media pada Khamis hanya akan diumumkan pada malam anugerah nanti.

Menurut Ketua Pengarah Finas, Mahyidin Mustakim, senarai finalis dua kategori utama itu tidak dapat diumumkan kerana jawatankuasa penjurian masih belum mempunyai senarai akhir bagi kedua-dua kategori itu.

"Dua kategori iaitu Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik tidak dapat diumumkan kerana panel juri masih belum memberikan kami senarai finalis untuk kedua-dua kategori itu.

"Berkemungkinan besar Finas akan umumkan senarai akhir untuk dua kategori itu dalam masa terdekat selepas kami menerimanya daripada jawatankuasa penjurian atau kita simpan dan buat kejutan pada malam anugerah sahaja nanti," katanya.

Malam Perasmian FFM23 pada 20 Oktober ini akan di adakan di Centre Atrium e@Curve Damansara, Selangor turut menyaksikan penyampaian 12 Anugerah Cipta.

Lebih menarik tayangan perdana dua buah filem yang bertanding tetapi belum ditayangkan di pawagam iaitu Estet dan Dua Alam juga akan ditayangkan.

Malam kemuncak FFM23 yang akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 24 Oktober ini bakal menampilkan tema persembahan berbentuk Teaterikal Malaysia dengan tema mengangkat filem Malaysia ke persada antarabangsa.

Festival yang masih mengekalkan tema Filem Malaysia ke Persada Dunia ini dijangka meriah dengan gandingan pelakon Sharifah Shahirah, pelawak Zizan dan hos RTM Hezrie Hashim.

Malam kemuncak FFM23 bakal disiarkan menerusi RTM1 dan Astro Prima (saluran Astro 105) pukul 8.30 malam.

Empat Bintang AF8 Bernasib Baik Dilamar KRU Studios

Posted: 15 Oct 2010 08:18 AM PDT


PETALING JAYA: Empat orang bintang Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) yang tidak mendapat kontrak sebagai artis rakaman daripada Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) bernasib baik kerana dilamar oleh KRU Studios pada 1 Julai lalu.

Mereka adalah Muhd Shahril Firdaus Eli (Daus), 22, Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein (Shah), 26, Nadia Emilia Roselan (Nad), 22, dan Muhammad Alif Kadim (Alif), 19.

Keempat-empat artis ini bersyukur kerana bakat mereka diterima oleh syarikat gergasi itu.


Daus mahu tumpukan kepada nyanyian dan ciptaan lagu.
Selepas bersama syarikat rakaman tersebut, mereka akan mengikut perancangan kerjaya seni yang telah diatur oleh KRU Studios termasuk soal merakamkan album dan juga terlibat dalam dunia lakonan.

Bagi Daus, dia akan menumpukan kepada nyanyian dan penciptaan lagu memandangkan bakatnya lebih terarah kepada bidang tersebut.

"Saya mempunyai beberapa buah lagu yang sudah dicipta seperti Akhir Waktu dan selepas ini akan berbincang dengan Cikgu Norman sama ada boleh digunakan untuk "single" terbaru saya selepas ini.

"Sekarang ini, saya sedang dalam perancangan untuk bergerak di bawah naungan KRU Studios. Insya-Allah, "single" terbaru saya akan muncul pada hujung bulan November ini.

"Material sudah ada cuma menunggu masa untuk proses rakaman. Lagu tersebut agak rancak dan menarik seperti lagu Kenapa yang dihasilkan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim. Saya akan ketengahkan lagu yang kelakar seperti pelawak Charlie Chaplin," katanya kepada mStar Online dalam satu pertemuan bual di Menara Star, di sini.


Shah mahu tumpukan kepada genre muzik seperti Adam Lambert.
Dalam pada itu, Shah mahu mencuba bidang nyanyian dan lakonan dengan jaminan yang diberikan oleh tiga beradik KRU iaitu Norman, Yusry dan Edry.

"Saya tak akan mensia-siakan bakat yang ada dan akan buktikan yang kami juga boleh berjaya. Apa yang saya dapat tahu memang Norman memilih kami untuk menyertai syarikatnya sejak awal lagi," katanya yang meminati irama R&B, pop , rock dan lagu-lagu seperti Adam Lambert.

Anak sulung daripada empat beradik itu juga sedang sibuk dengan perniagaan keluarganya dalam bidang katering.

Sementara Nad pula lebih mengutamakan bidang nyanyian walaupun turut meminati dunia lakonan. Mungkin juga dia akan mencuba untuk aktif dalam sebagai pengacara suatu hari nanti.

Apa-apa pun, dia akan menghabiskan pengajiannya dalam bidang pengurusan perniagaan di Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Melaka.


Nad mahu menyelesaikan pengajiannya di MMU terlebih dahulu.
Alif yang sedang mengikuti pengajian vokal dan muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) turut menyimpan cita-cita untuk bergelar pensyarah pada masa akan datang.

Walaupun begitu, dia mahu menggapai impiannya dalam industri seni ini dan telah mencuba bakat sebagai pelakon dalam drama bersiri Kau dan Aku musim kedua dengan memegang watak sebagai lelaki romeo bernama Emran.


Alif akui masih mahu membaiki lakonannya selepas terlibat dalam drama bersiri Kau dan Aku 2.
"Saya akui lakonan dalam Kau dan Aku 2 sangat mencabar kerana saya bukanlah seorang kaki perempuan. Lakonan saya sangat kaku dan mungkin boleh diperbaiki pada masa akan datang.

"Saya masih muda dalam industri ini dan akan sedaya upaya mencari pengalaman. Bagaimanapun, saya rasa sangat seronok apabila dapat berlakon dengan pelakon senior seperti Tony Eusoff dan Sabrina Ali," ceritanya.

Ditangkap Khalwat, Pengacara "Bang Bang Boom" Sedia Terima Hukuman

Posted: 15 Oct 2010 08:16 AM PDT


Azahari (kiri) bersama Amat, pengacara program Bang Bang Boom! di majlis pelancaran musim keenam program tersebut di Sri Pentas TV3, Khamis. - Foto oleh M AZHAR ARIF
PETALING JAYA: Pengacara program Bang Bang Boom!, Ahmad Azahari Mohamad Ali, 27, bersedia menerima hukuman daripada Mahkamah Rendah Syariah Kajang berhubung kes khalwat melibatkan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah apartmen di Ampang, dua minggu lalu.

Dia yang telah dipanggil untuk disoal siasat pada 4 Oktober lalu dan sedang menunggu perbicaraan di mahkamah.

"Saya mengaku saya berada di tempat kejadian dan ini merupakan satu kesilapan saya.

"Kes tersebut dijangka akan dibicarakan pada tahun hadapan. Saya juga telah memberikan keterangan di mahkamah dan bersedia menerima apa sahaja hukuman dan denda yang dikenakan selepas ini," katanya ketika sidang media program Bang Bang Boom! musim keenam di Sri Pentas TV3, di sini, Khamis.

Ekoran daripada itu, Azahari turut memohon kepada penonton supaya sentiasa memberikan sokongan kepada program Bang Bang Boom! dan mengetepikan masalah yang di hadapinya itu.

Malah dia juga mampu menghadapi kes tersebut dengan baik tanpa mempengaruhi karier seninya.

"Saya harap penonton dapat membezakan antara soal peribadi saya dan rancangan yang saya kendalikan, Bang Bang Boom!. Saya mahu penonton terus menonton dan memberikan sokongan kepada Bang Bang Boom!.

"Saya akui pertama kali melalui saat seperti ini dan menjadikan ia sebagai satu pengajaran serta lebih berhati-hati lagi selepas ini. Kes ini merupakan yang pertama dan pastinya yang terakhir dalam hidup saya," ujarnya.

Dalam pada itu, penerbit program tersebut, Tengku Mohd Ismail Tengku Ibrahim berkata pihak produksi masih memerlukan khidmat Azahari pada masa akan datang dan tiada tindakan yang diambil walaupun insiden tersebut sedikit sebanyak mencalarkan reputasinya.

"Saya akui apabila soal kerja, kita tidak akan campurkan hal peribadi dan fokuskan tentang kerja. Lagipun, Azahari tiada masalah dengan kami. Jadi, kami hormati setiap masalah yang berlaku melibatkan peribadinya," jelasnya.

Dalam laporan akhbar sebelum ini, pengacara itu mendakwa tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar hukum agama sebaliknya hanya membantu mengemas barang di rumah wanita itu yang mahu ke Kota Kinabalu, Sabah.

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Ringkasan Bajet 2011

Posted: 15 Oct 2010 09:14 AM PDT

Berita angin kakitangan kerajaan akan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10% dan mendapat bonus 2 bulan yang tersebar hanya tinggal berita angin sahaja kerana kerajaan hanya memperuntukkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 seorang yang akan dibayar bulan Disember ni. Oklah tu, hari raya tu hari dah dapat juga.

Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010
Perbelanjaan kos operasi – RM162.8 bilion
Perbelanjaan kos pembangunan – RM49.2 bilion

  • Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
  • Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
  • Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
  • Warisan Merdeka – Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
  • Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  • Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
  • Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
  • Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah
  • Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
  • Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
  • Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
  • RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkanpembangunan koridor dan wilayah.
  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
  • Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
  • RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
  • Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
  • Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
  • Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus. Tarikh berkuatkuasa pelaksanaan cadangan ini ialah pada 1 Januari 2011. Ia terkandung dalam cadangan Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini. Kadar ini tidak diaplikasikan ke atas kad kredit di mana cukai perkhidmatan dicajkan pada kadar khusus RM50 setahun ke atas kad utama dan RM25 untuk kad kedua.
  • Elaun pemimpin masyarakat dinaikkan kepada RM800 sebulan. Elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru akan dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat.
  • RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
  • RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia.
  • Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam. Satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam akan menggantikan sistem PTK yang akan dimansuhkan menjelang Jun tahun depan
  • Kakitangan Gred 54 ke bawah, pesara terima bantuan khas RM500. Sebagai menghargai sumbangan 1.2 juta penjawat awam seluruh negara yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif kerajaan, serta dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha, kerajaan setuju memberi Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam Gred 54 ke bawah, termasuk petugas kontrak dan pesara yang dibayar Disember ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Lelaki ganas dijinakkan komedi

Posted:

Lelaki ganas dijinakkan komedi

Lelaki ganas dijinakkan komedi

OLEH YUSMAN AWANG
yusman.awang@kosmo.com.my



MARK WAHLBERG selama ini dikenali bukan sebagai pelakon yang boleh membuatkan penonton ketawa dengan lakonannya di layar perak. Daripada Boogie Nights, filem awal yang menyerlahkan bakat lakonannya di layar perak, sehinggalah kepada filem Max Payne, karakter lakonan Mark tidak dikaitkan dengan humor semuanya, kalau tidak serius pun, ia akan lebih menjurus kepada aksi.

Namun menerusi filem terbarunya, The Other Guys, sisi lain Mark Wahlberg diserlahkan. Menjadi filem komedi pertama lakonannya, The Other Guys menggandingkan Mark dengan dua nama yang sering berkolaborasi menerusi siri filem komedi iaitu pengarah Adam McKay dan pelakon komedi terkenal Will Ferrell.

Plotnya berkisar tentang dua orang polis, Detektif Terry Hoitz (Mark Wahlberg) dan Detektif Allen Gamble (Will Ferrell) dengan latar belakang berbeza, digandingkan untuk menyelesaikan kes jenayah berprofil tinggi.


MARK WAHLBERG mengaku mahu mencuba semua jenis karakter termasuk komedi.


Biarpun berunsur komedi, The Other Guys turut menyelitkan elemen aksi dan jenayah. Ikuti temu bual bersama Mark Wahlberg tentang pengalamannya berlakon filem yang turut menampilkan lakonan Samuel L. Jackson, Eva Mendes, Steve Coogan dan Dwayne 'The Rock' Johnson itu.

Bagaimana anda boleh terbabit dengan projek filem ini. Adakah anda peminat filem-filem arahan Adam Mckay dan lakonan Will Ferrell?

Saya sememangnya peminat filem-filem Adam dan Will, dan mereka berdualah yang telah menjemput saya untuk makan malam bersama mereka bagi berbincang mengenai projek filem yang menggandingkan kami bertiga ini.

Pada mulanya saya ingat mereka hanya berjenaka, namun mereka sebenarnya serius mahu menghasilkan skrip filem ini. Sungguh saya tidak mempercayainya.

Anda telah mengabadikan diri dalam dunia filem drama dan aksi, jadi kenapa sekarang mahu berlakon dalam filem komedi pula?

Saya mahu berlakon semua genre filem. Saya mahu mencuba semuanya dan saya mahu melakukannya. Jika saya bijak memilih dalam apa yang saya buat, maka hasilnya baik.

Saya menyatakan persetujuan untuk berlakon filem ini tanpa melihat hasil skripnya. Saya memang tak kisahkan skripnya kerana saya memang bercita-cita untuk berlakon dalam filem komedi. Berlakon filem ini seperti mimpi yang menjadi kenyataan.


ANTARA babak menarik dalam The Other Guys.


Will dan Adam sudah lama berkolaborasi, jadi dari perpektif anda sebagai orang luar, apakah yang boleh anda ceritakan tentang dinamik mereka di set penggambaran The Other Guys.

Oh, ia sangat hebat. Mereka bukanlah jenis yang berkumpul sesama mereka dan membiarkan saya keseorangan, tetapi mereka jenis terbuka. Mereka mengalu-alukan semua orang untuk bersama mereka memberikan idea dan membuatkan kami semua berasa ada kepentingan dalam satu kumpulan yang sama.

Ketika berlakon filem ini, adakah anda melihat banyak ruang untuk meningkatkan tahap lakonan, dan jika ada, adakah ia sesuatu yang anda memanfaatkannya?

Sememangnya. Kami membuat penggambaran mengikut skrip untuk beberapa jam di sebelah pagi dan kami melakukannya dengan pantas. Semua orang bekerja keras dan semua mahu melontarkan idea masing-masing, sememangnya pengalaman ini menyediakan banyak membantu saya bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman tentang lakonan yang belum saya ketahui.

Adakah babak tertentu dalam filem ini yang anda paling suka dan adakah ia meninggalkan momen yang paling menimbulkan memori ketika di set penggambaran?

Semua babak filem ini meninggalkan memori tersendiri buat saya, kerana kami semua mengalami keseronokan pada setiap hari penggambaran.


KELUARGA bahagia. Biar sibuk dengan dunia lakonan, Mark sering menghabiskan masa bersama keluarganya.


Saya disuruh menjadi lebih gila dan gila. Namun, babak yang paling tidak boleh saya lupakan ialah ketika karakter lakonan saya, Will, Eva dan Steve bersama dalam sebuah kereta. Ini kerana hanya kami berempat berada dalam kereta itu di atas pentas dan 'berlakon' seolah-olah kereta itu bergerak dan dalam masa yang sama pelbagai barangan dibuang ke arah kami.

Adakah anda fikir boleh mengekalkan falsafah diri anda tentang lakonan ketika berhadapan dengan pelakon-pelakon komedi di set penggambaran filem ini?

Saya berasa sangat selesa berada di set penggambaran filem ini. Tidak pernah berada dalam fikiran saya, 'Oh Tuhan, apa yang aku buat di sini?'. Bagaimanapun saya menyukainya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Agnes hos AMA

Posted:

Agnes hos AMA

Agnes hos AMA


AGNES MONICA menjadi artis Indonesia pertama diberi penghormatan menjadi hos karpet merah di American Music Awards pada 21 November ini.


SETELAH beberapa lama mengumumkan rencana memasuki pasaran antarabangsa akhirnya ia seperti menghampiri Agnes Monica. Walaupun tidak melalui muzik, namun jemputan untuk ke negara tersebut sudah cukup memadai.

Lebih-lebih lagi apabila jemputan tersebut adalah jemputan yang mengajak Agnes untuk menjadi salah seorang hos di Anugerah American Music Award (AMA).

Melalui twitternya, Agnes menulis bahawa dia akan menjadi hos bagi acara karpet merah di majlis hebat tersebut.

Luahnya: "Tweez,I am going to be 1 of the int'l hosts of red carpet AMA live(American Music Awards) November 21, 2010. wif @dannygokey too!! (Kepada semua, saya akan menjadi salah seorang hos rasmi di karpet merah pada Anugerah American Music pada 21 November 2010 bersama Danny Gokey).

Danny Gokey yang akan menjadi pasangannya itu nanti merupakan seorang penyanyi country dari Amerika. Dia juga merupakan pemenang tempat ketiga American Idol musik ke-lapan.

Malah Danny sendiri melalui akaun Twitternya menulis dia akan bekerjasama dengan Agnes pada malam tersebut dan dianggap sebagai projek besar mereka berdua.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Mallika hidupkan Naagin dalam Hisss

Posted: 15 Oct 2010 08:03 AM PDT

NAMA bintang ternama Bollywood, Mallika Sherawat sering dikaitkan dengan imej panas dan tubuh seksinya. Malah, Mallika atau nama sebenar, Reema Lhamba, 29, wanita India pertama ditawarkan bergambar bogel dalam majalah Playboy.

Namun, Mallika menolak tawaran itu kerana ingin mengelakkan risiko disenarai hitam dalam industri perfileman India.

Justeru, tidak hairanlah, kelibat model jelita dan pelakon kontroversi ini sentiasa mencuri perhatian ramai sama ada di karpet merah tayangan filem Bollywood mahupun Holly­wood.

Terbaru, bintang seksi ini menjadi sebutan ramai apabila dilamar produksi filem Bollywood/Hollywood untuk beraksi dalam filem Hisss arahan Jennifer Lynch.

Hisss menceritakan me­ngenai dewi ular, Naagin yang pendendam dan menjelma menjadi wanita cantik. Naagin pergi ke bandar untuk mencari pasa­ngannya yang diambil dari hutan oleh warga Amerika, George Amerika.

Sebagai pelakon utama, Mallika mengakui filem itu mengangkat dirinya sebagai seorang pelakon berkaliber di Bollywood. Untuk menjiwai watak ular, Mallika mengalami proses menukar kulit dan mata. Naagin juga hanya makan korban sehingga mangsanya perlu berdoa untuk mendapat belas kasihan.

"Terus terang, memang jarang pelakon mendapat watak seperti itu dan saya tetap nampak seksi dalam filem ini. Menjayakan filem ini satu pengalaman yang cukup bermakna.

"Saya berasa sangat sejuk ketika menjayakan penggambaran babak jatuh di Selatan Hutan Thekkady. Saya perlu berguling di lumpur dalam keadaan berbogel.

"Orang ramai juga masih bercakap mengenai 17 ciuman yang dilakukan Naagin dalam filem ini. Saya pula percaya, sekurang-kurangnya saya mencium manusia dan bukan ular.

"Saya juga berasa sangat berlendir apabila menjilat dan mencium ular. Pengarah filem ini, Jennifer juga memberitahu supaya saya menjadi ghairah untuk menjiwai babak Nagin mencium ular itu," katanya.

Mallika turut berhadapan cabaran besar ketika penggambaran Hisss. Katanya, sebagaimana kita tahu, ular adalah makhluk berdarah sejuk. Bagi menjiwai watak Naagin, Mallika perlu disolek dengan kesan khas yang membabitkan tempoh lebih empat jam sebelum penggambaran dimulakan.

"Saya juga tidak boleh minum air sepanjang hari dan tidak boleh ke tandas untuk buang air kerana memakai kostum ular yang lengkap," katanya.

Bagaimanapun, Mallika juga nampaknya terpaksa berhadapan dengan kritikan kerana dikatakan sering buat gimik untuk menarik perhatian ­termasuk bergambar dengan ular sawa sepanjang 22 kaki untuk mempromosikan filem Hisss ketika menghadiri Festival Filem di Cannes ke-62.

"Saya tidak melihat bergambar seperti itu hanya untuk meraih perhatian ramai. Saya ke Cannes dengan pelakon Jackie Chan pada 2005 dan juga meraih perhatian ramai kerana Jackie adalah bintang filem antarabangsa. Tapi kali ini, saya bergambar dengan ular di Cannes kerana ingin mempromosikan filem Hisss dan meraih perhatian lebih meluas.

"Untuk meraih perhatian dengan bergambar seperti itu tidak memberi makna apa pun, tetapi meraih perhatian di Hollywood membuat saya berasa bangga. Selepas ­Aishwarya Rai dan filem Slumdog Millionaire, lebih banyak peluang terbuka untuk pelakon seperti kami," katanya.

Bill Clinton minat Mallika

Dalam pada itu, tidak banyak publisiti mengenai Mallika dilaporkan di akhbar sejak beberapa tahun ini. Hanya gambarnya bersama selebriti terkenal sering dipaparkan di Internet. Mungkinkah dia selebriti kegemaran Bill Clinton apabila mengadakan pertemuan dengan bekas presiden Amerika Syarikat itu.

"Beliau personaliti paling menarik yang pernah saya temui. Kami bercakap mengenai politik, filem Hisss dan Cinta Barrack yang juga filem yang saya jayakan di Los Angeles. Ia mudah kerana ia bukan filem serius," katanya.

Sementara itu, Mallika yang kembali ke India untuk ­penggambaran filem Double Dhamaal juga nampaknya lebih suka bercerita pengalamannya selepas hampir setahun menetap di Los Angeles.

Ditanya sama ada dia ­merancang terus menetap di Los Angeles, Mallika ­menganggap Los Angeles dan Mumbai sebagai rumahnya.

"Saya akan bekerja di mana-mana negara pun tapi akhirnya akan kembali ke akar semula. Saya juga terbuka dari segi skrip yang bagus dan dari mana-mana negara pun di dunia ini. Saya juga suka berlakon dalam filem dari India Selatan, Jepun dan Korea," katanya.

Tidak lengkap jika tidak ­me­nyentuh kehidupan ­peribadinya yang berstatus janda ini. Akui Mallika, dia memang tidak suka bercerita soal peribadi terutama berkaitan keluarga.

"Bagi saya, kejayaan dikecapi hari ini tidak mengubah apa-apa pun. Ibu dan anggota keluarga terdekat juga sudah mengubah sikap mereka pada saya. Maklumlah, mereka datang dari latar belakang tradisional dan konservatif.
"Soal perkahwinan pula, saya memang ingin mencari calon yang tepat. Kini, hanya anggota keluarga yang me­nyokong saya dari belakang," katanya.

Namun, Mallika berkata, dia tidak berasa kesepian dalam hidupnya sekarang.
"Hidup saya tidak kosong dan masa saya sentiasa terisi. ­Se­orang adik saya ada menemani di sini dan saya juga mempu­nyai projek filem yang bagus.

"Tapi hati saya sudah terbuka untuk memiliki seorang lelaki dalam hidup. Mengapa tidak? Ada banyak pelakon yang mengajak saya keluar. Mereka adalah pelakon yang sangat popular dan saya dalam proses mempertimbangkannya.

"Saya juga masih menikmati kebebasan dalam hidup. Saya juga berasa sudah sampai masanya saya mengumumkan siapa teman lelaki saya sekarang," katanya.

Hisss juga dibuat dalam versi bahasa Tamil, Telugu dan Malayalam. Filem terbitan Venus Records & Tapeni ini membabitkan lokasi penggambaran di hutan Kerala, Mumbai, Chennai, Madh Island dan di studio Filmistan.

Filem yang bakal menjengah pawagam di seluruh dunia bermula 22 Oktober nanti,
turut dibintangi Irfan Khan, Divya Dutta, Raman Trikha dan pelakon Amerika, Jeff Doucette.

PROFIL

NAMA SEBENAR: Reema Lambha

TARIKH LAHIR: 24 Oktober 1981

TEMPAT LAHIR: Rohtak, Haryana, India

STATUS: Janda

PENDIDIKAN: Bidang Falsafah dari Miranda House, Delhi University.

KERJAYA: Model dan pelakon

ANTARA FILEM: Jeena Sirf Merre Liye, Khwahish, Kis Kis Ki Kismat, Murder, Bachke Rehna Re Baba, The Myth (China), Pyaar Ke Side Effects, Shaadi Se Pehle, Darna Zaroori Hai, Guru, Jhumpa-The Dancer, Aap Ka Suroor-The Real Love Story, Fauj Mein Mauj, Welcome, Dasavathaaram (Filem Tamil), Ugly Aur Pagli, Dhakrey's Bed, Maan Gaye Mughal-e-Azam, Unveiled, Dashavatar.

PENCAPAIAN: Keahlian Dewan Penasihat Asia Akademi filem dan televisyen menyokong pendidikan filem di India dan disenaraikan Asia's Sexiest Women (2006).

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Magika, Estet dominasi kategori

Posted: 15 Oct 2010 07:37 AM PDT

PADA majlis Pengumuman Top 5 Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) kelmarin, daripada 21 pencalonan untuk pelbagai kategori, 12 daripadanya dibolot filem Magika terbitan Kru Studios manakala Estet, terbitan Naga VXS berjaya mendapat lapan pencalonan.

Magika akan bertanding untuk kategori Poster Terbaik, Pereka Kostum/Busana Terbaik (Hasnan Yaacob), Lagu Tema Asal Terbaik (Edry Abd Halim/Penyembuh Rindu), Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Fimie Don), Penataan Bunyi Terbaik (Edy Abd Halim/Amaluddin Syukri/Mohsin Othman), Penataan Seni Terbaik (Anuar Paharudin/Johan Lucas), Pengarah Harapan (Edry Abd Halim), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Ziana Zain), Filem Komedi Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik (Edry Abd Halim), Sinematografi Terbaik (Mohd Noor Kassim) dan Cerita Asal Terbaik (Edry Abd Halim).

Filem Estet pula dicalonkan untuk Penataan Seni Terbaik (Sapri Ibrahim), Pelakon Harapan Lelaki (Shashi Taran), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (K S Maniam), Sinematografi Terbaik (Indra Che Muda), Cerita Asal Terbaik (Mamat Khalid), Lakon Layar Terbaik (Mamat Khalid), Pelakon Wanita Terbaik (Jasmine Michael) dan Poster Terbaik.

Filem lain yang turut berjaya menerima beberapa pencalonan akhir dalam pelbagai kategori adalah Belukar (Preston Zaidan), Pisau Cukur (Primeworks), V3: Samseng Jalanan (MIG Productions), Haq, Jin Notti, My Spy, Santau, Niyang Rapik, Adnan Sempit, Evolusi KL Drift 2, Pulau Asmara, 2 Alam, Lagenda Budak Setan dan Hooperz.

Bagi kategori Filem Pendek Terbaik, ia menyenaraikan Hargai Sejarah Keluarga (Yellow Pictures Sdn Bhd), Srok (Syaa­bani Production), Sub Rosa (Nadiah Hamzah), Projek Genex (Ainotek Sdn Bhd) dan The Five Rules (Universiti Teknologi Mara, Shah Alam).

Untuk kategori Filem Animasi Terbaik, karya terpilih adalah Atok Poei Pekan (Animagis Sdn Bhd), Buas (Charukphong Anuvong), Chellup dan Ramadhan Mat Jo (Elite Animation Sdn Bhd) dan A Day In A Life Of Mr Teddy (Arshad Noor Noorul Amirul).

Mereka yang bersaing untuk Pelakon Harapan Wanita ialah Daphne Iking (Belukar), Nik Adrea Nik Abdullah (2 Alam), Nur Ashiqin Kamal (Lagenda Budak Setan), Putri Mardiana (Santau) dan Shasha Arsheela (Pulau Asmara).

Selain itu, untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Bront Palarae (V3: Samseng Jalanan) akan bersaing dengan K S Maniam (Estet), Que Haidar (Lagenda Budak Setan), Shaheizy Sam (Evolusi KL Drift 2) dan Zul Suphian (Santau).

Pelakon harapan masa kini, Lisa Surihani (V3: Samseng Jalanan) pula akan berentap dengan Norliana Shamsuddin (Adnan Sempit), Nur Fazura (Lagenda Budak Setan), Raja Farah (Haq) dan Ziana Zain (Magika) bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Trofi Pelakon Wanita Terbaik akan menjadi rebutan di antara Jasmine Michael (Estet), Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan), Maya Karin (Pisau Cukur), Mislina Mustaffa (Karaoke) dan Putri Mardiana (Santau).

Sekali lagi Bront Palarae (Belukar) dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Terbaik. Trofi itu turut diintai Esma Daniel (Santau), Farid Kamil (Lagenda Budak Setan), Shamsul Datuk Yusof (Evolusi KL Drift 2) dan Zul Huzaimy (Haq).

Ketika ditemui pada majlis pengumuman itu, Mamat akui dia sangat gembira kerana filemnya dicalonkan dalam lapan kategori dan Estet yang dihasilkan dua tahun lalu me­nyuntik elemen 1Malaysia.

"Saya buat filem Estet dengan menyatukan pelbagai kaum di dalamnya atas rasa tanggung­jawab dan tiada terselindung niat lain untuk membodek sesiapa. Sifat itu bukanlah percaturan saya sebagai pembikin filem. Estet adalah filem kenegaraan dan saya membuatnya secara kebetulan.

"Estet dihasilkan selepas 42 tahun Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerbitkan filem Gerimis yang meletakkan pelakon India selaku penggerak utama. Lalu, boleh dikatakan Estet sebagai penerus legasi kepada karya Allahyarham di mana saya mengangkat pelakon India, Jasmine sebagai heroin," katanya.

Mamat juga menjelaskan kenapa dia mencalonkan Jasmine dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik.

"Jasmine pelakon filem Tamil yang sudah menang pelbagai anugerah, cuma dalam arus perdana filem Melayu, orang tidak kenal siapa dia. Disebab­kan itu, saya mencalonkannya untuk Pelakon Wanita Terbaik," katanya.

Dengan penuh semangat, Mamat berkata: "Sejak saya bergiat dalam filem, sudah empat kali saya ke FFM walaupun tanpa kad jemputan. Saya tetap pergi sebab kalau kita sendiri tak berbangga dengan FFM, siapa lagi."

Buat kesekian kalinya, FFM23 bertemakan Filem Malaysia Ke Persada Dunia. Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) merangkap Pengerusi FFM23, Mahyidin Mustakim berkata, dalam mana-mana negara di dunia, setiap filem yang diterbitkan mempunyai grednya sendiri seperti A, B atau C.

"Daripada beratus filem yang dihasilkan setahun, mungkin ada 10 yang bagus dan jumlah kecil itulah yang dibawa masuk. Justeru, memberi sema­ngat kepada pembikin filem tempatan, kita adakan tema itu untuk membuka minda mereka dan sentiasa memandang ke hadapan dengan menghasilkan filem bertaraf antarabangsa.

"Sangat penting untuk kita mengadakan satu 'benchmark' bagi menghasilkan filem yang bernilai dan bermutu tinggi. Buat permulaan, saya berpuas hati kerana ada produser baru seperti Mamat dan KRU yang menerbitkan filem seperti Estet dan Magika. Untuk tahun depan, kita ada lagi filem yang gah seperti Hikayat Merong Mahawangsa dan Hanyut pula. Saya sudah tengok Hanyut dan ia sangat bagus dan berkelas dunia.

"Sebenarnya, industri filem tempatan semakin baik dengan negara kita sekarang ada lebih 100 sinema dengan 550 dewan tayangan dan lebih 100,000 kerusi. Jumlah itu membolehkan filem kita ditayangkan serentak dengan filem luar negara yang dibawa ke sini," katanya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Finas yang juga Timbalan Pengerusi FFM23, Mohd Zulkifli Ab Wahab dan Ahmad Puad Onah (Gafim) dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan & Penjurian FFM23, Nancie Foo, serta ahli jawatankuasa lain.

FFM23 anjuran Finas dengan kerjasama Gabungan Persatuan Karyawan Filem Melayu (Gafim) disokong Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Astro dan RTM pula menjadi penyiar rasmi.

Atur cara majlis bermula dengan Majlis Anugerah Filem Dokumentari yang akan diadakan di Finas pada 16 Oktober ini, jam 8 malam.

Sebelum itu, pada sebelah siangnya diadakan majlis apresiasi tiga filem pendek.
Majlis Perasmian FFM23 akan berlangsung pada 20 Oktober ini di Centre Atrium @ Curve, Mutiara Damansara, jam 8 malam.

Pada jam 9.30 malam akan berlangsung tayangan perdana filem Estet dan 2 Alam.
Acara kemuncak FFM23 akan diadakan di SACC, pada 24 Oktober ini, jam 8 malam yang disiarkan secara langsung di Astro Prima dan TV1.

Pengacara malam anugerah itu, Zizan (Raja Lawak), Sharifah Shahirah dan Hezrie Hashim (RTM).

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.