Adsense

Selasa, 5 Oktober 2010

borak kosong

borak kosong


Wanita kena penyakit "meleleh"

Posted: 05 Oct 2010 09:00 PM PDT

Akibat mengidap satu penyakit misteri  selama bertahun-tahun, seorang wanita dari  China mengalami perubahan bentuk tubuh yang menakutkan. Susuk tubuhnya aneh  kerana seluruh kulit yang menutupi bahagian atas badannya seperti "meleleh".


Hasil uijikaji akhirnya,wanita itu yang bernama Tan (43) ini disyaki mengidap penyakit bernama neurofibromatosis.  Kelainan ini dialami Tan ketika dirinya masih berusia 20 tahun.

Awalnya, ia tidak menyadari apabila tubuhnya mengidap kelainan yang bersifat turun-temurun ini. Setelah sekilan lama susuk tubuh Tan mula menjadi ngeri dan akahirnya di membuat pemeriksaan doktor.

Menurut pakar jaringan tubuh Tan seperti kehilangan elastisitas, fleksibilitas, dan melorot.  Para doktor mengatakan pertumbuhan berat tubuh wanita ini hanya mencapai  20 kg.  Mereka mengatakan juga Tan terlalu lambat untuk datang berubat sehingga doktor tidak pasti dia akan pulih seperti sedia kala.

Diantara bentuk penyakit neurofibromatosis @ 'meleleh'







Inikah nilai harga seorang anak ?

Posted: 05 Oct 2010 08:03 PM PDT

Perhatikan gambar-gambar di bawah dan cuba kita nilaikan...
Adakah serendah ini nilai nyawa dan masa depan anak-anak ini?
Bagi budaya mereka ini sudah menjadi kebiasaan tapi bagi kita yang
mempunyai agama dan budaya ,ini satu daripada kehancuran masa depan serta nyawa
anak-anak kerana anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai.
Baik buruk masa depannya bergantung didikan dan asuhan kedua ibubapanya...














Benda seharian yang boleh membahayakan kesihatan

Posted: 05 Oct 2010 07:39 PM PDT

 BEKAS BOTOL MINUMAN




Sebahagian daripada kita mempunyai kebiasaan menggunakan semula botol plastik (Aqua, VIT , etc)  untuk dijadikan bekas menyimpan air. Kebiasaan ini tidak baik, kerana bahan plastic botol (disebut juga sebagai polyethylene terephthalate or PET) yang digunakan untuk membuat botol-botol ini mengandungi karsinogen (atau DEHA). Botol ini hanya boleh digunakan untuk  1-2 kali saja, jika anda ingin memakainya lebih lama, tidak boleh lebih dari seminggu, dan mesti di simpan ditempat yang jauh dari matahari. Jika selalu mencuci botol plastik ini dapat membuat lapisan plastik rosak dan zat karsinogen itu boleh masuk ke air yang kita minum. Lebih baik membeli botol air yang memang boleh di gunakan berulang-ulang, jangan memakai botol plastik.


 PENGGEMAR SATAY




Kalau anda makan satay, jangan lupa makan timun selepas itu kerana ketika kita makan sate,kita juga memakan karbon dari hasil pembakaran arang yang dapat menyebabkan kanser. Untuk itu kita disarankan untuk memakan timun setelah makan satay kerana satay mempunyai bahan Karsinogen (penyebab kanser) tetapi timun mempunyai bahan anti Karsinogen. Jadi jangan lupa makan timun setelah makan satay.



UDANG DAN VITAMIN C




Jangan makan udang selepas anda makan Vitamin C. Ini akan menyebabkan keracunan dari racun Arsenik (As) yang merupakan proses reaksi tindak balas antara Udang dan Vitamin C di dalam tubuh dan mengakibatkan keracunan yang sangat teruk dalam beberapa jam.



MEE SEGERA




Untuk para penggemar mee segera, pastikan anda memakan mee ini selang 3 hari , jika anda memakannya setiap hari akan meningkatkan kemungkinan seseorang terjangkiti kanser. Ini kerana terdapat lilin yang melapis mee tersebut dan lilin inilah yang membuat mee itu tidak melekat diantara satu sama lain. Boleh makan mee segera tetapi jangan setiap hari kerana berkemungkinan boleh menyebabkan penyakit kanser.

Wanita 107 tahun masih dara

Posted: 05 Oct 2010 05:44 PM PDT


CORNWALL - Seorang anak dara berusia 107 tahun, Clara Meadmore mengakui dia tidak pernah melakukan hubungan seks.

Perawan warga emas itu meraikan hari jadinya yang ke-107 pada Ahad lepas.

Ditanya bagaimana dia mengekalkan daranya sejak sekian lama, wanita itu menyatakan, dia terlalu sibuk dan percaya seks cuma mengganggu kehidupannya.

Menurut Clara yang berasal dari sini, England, semasa usianya remaja pada tahun 1920-an dan 1930-an, seks adalah untuk wanita yang telah berkahwin.

Dia tidak berhasrat untuk berumah tangga dan pernah menolak beberapa lamaran sebelum ini.

"Orang pernah bertanya sama ada saya homoseks dan jawapannya adalah tidak," kata Clara.

"Saya mempunyai ramai kenalan lelaki tetapi tidak berminat dengan seks atau perkahwinan," tambahnya.-kosmo online

bk-dunia oh dunia..ada yang suka jual 'dara'

Saat nyawa terancam

Posted: 05 Oct 2010 05:00 PM PDT

Malang tidak berbau.....
Keseronokkan membuat kita lupa nyawa kita terancam..
berhati-hatilah...


















Alat khas untuk suami isteri yang selalu outstation

Posted: 05 Oct 2010 04:45 PM PDT

Masih ada lagi yang mencipta alat-alat macam ini..
ingat zaman kuno aje yang ade benda nie....





bk-Cinta dan kehidupan rumahtangga di bina atas dasar
saling caya mempercayai,jujur dan amanah.....
bukan atas dasar nafsu semata-mata....



Tugas sesuai untuk superhero-superhero bila bersara

Posted: 05 Oct 2010 09:01 AM PDT

Inilah tugas-tugas yang amat sesuai untuk mereka apabila mereka
bersara.Amat sesuai dengan kepandaian dan kemampuan kuasa mereka..













Sebab membuat orang jadi stress

Posted: 05 Oct 2010 05:00 AM PDT

Cara masyarakat di India meminta hujan di turunkan

Posted: 05 Oct 2010 02:00 AM PDT

Lain agama lain ritualnya..
Gambar ini menunjukkan bagaimana masyarakat India meminta hujan
di turunkan...











Wanita sanggupkah anda dibotakkan kepala?

Posted: 05 Oct 2010 12:00 AM PDT

Rambut adalah mahkota kepada wanita....
Lelaki botak normal....
Tapi sanggupkah wanita dibotakkan kepala mereka...






MASIH CANTIKKAH KALAU DAH BEGINI???


Senang benar nak bercerai di Jepun

Posted: 04 Oct 2010 10:00 PM PDT

Betul-betul senang cara nak bercerai di Jepun..
Cuma bayar duit lebih kurang RM 2000...
Ambil tukul khas..ketuk cincin perkahwinan..
sah dah bercerai.....
senang betol....






Celebrity News

Celebrity News


Pecah kayu dengan payu dara

Posted: 05 Oct 2010 08:14 AM PDT

Seorang wanita, Susan Sykes menunjukkan kekuatan ototnya yang luar biasa apabila dia memecahkan kepingan kayu dengan menggunakan payu daranya, lapor sebuah akhbar



Dia yang berumur 49 tahun bukan sahaja memecahkan kayu itu tetapi juga buah tembikai dan meleperkan tin minuman bir dalam satu program bakat televisyen di Jerman.


Aksi Sykes yang memiliki payu dara besar dengan saiz 46H itu mengagumkan penonton televisyen baru-baru ini.


Sebelum ini dia pernah dilabelkan sebagai satu ancaman ke atas Amerika Syarikat kerana seorang penonton mati kerana serangan jantung apabila melihat aksinya di televisyen.


"Dia (Sykes) memang amat mengagumkan tetapi anda tidak akan mahu berada di belakangnya apabila dia berlari untuk menaiki bas," kata seorang penonton televisyen.

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Hentikan kisah tidak benar

Posted:

Hentikan kisah tidak benar

Hentikan kisah tidak benar

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL


ZIZIE dan Bung Mokhtar kini bahagia melayari rumah tangga mereka.


RIAK wajah dan bahasa tubuhnya sudah cukup menggambarkan dia sedang menjalani kehidupan yang benar-benar menjadikannya seorang wanita sempurna.

Senyuman dan ketawa yang tidak lekang dari wajah mulusnya itu membuktikan pelakon kulit gebu, Zizie Ezette, 32, cukup bahagia dengan statusnya sebagai seorang isteri.

Meskipun pernikahannya dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, 51, telah mencetuskan perdebatan dan polemik, Zizie enggan ambil pusing tentang perkara itu.

Cuma, Zizie memohon kepada semua pihak agar untuk hentikan menyebar berita yang kurang manis berhubung rumah tangganya kerana tidak mahu ada pihak yang terluka lagi.

Aktres popular itu berkata demikian bagi menjawab dakwaan yang mengatakan dia kini satu-satunya isteri Bung Mokhtar selepas wakil rakyat itu dikatakan telah menceraikan isteri pertamanya.

"Cukup-cukuplah memperkatakan dan mensensasikan kisah rumah tangga kami. Jujurnya, keadaan semuanya telah dan berjalan dengan baik sekali. Saya tidak mahu cerita sebegini akan mengeruhkan kembali keadaan.

"Jika ada yang berterusan mahukan komen saya lagi selepas ini tentang madu saya, minta maaf kerana saya tidak akan menjawabnya. Saya perlu menjaga hati banyak pihak. Apa yang boleh saya katakan, semuanya dalam keadaan yang baik," katanya berkali-kali lalu mematikan terus topik hangat itu.

Zizie berkata demikian ketika ditemui pada malis rumah terbukanya yang diadakan di Taman Sering Ukay, Hulu Kelang, Selangor, malam Sabtu lalu.

Kehadiran dua orang anak Bung Mokhtar pada majlis itu sekali gus membuktikan mereka memang tidak mempunyai sebarang masalah apabila masing-masing begitu mesra antara satu sama lain.

Apabila diminta untuk bergambar bersama, Zizie dengan penuh diplomasi menolaknya dengan mengatakan biarlah dia dan suaminya sahaja yang menjadi titik tumpuan pada malam itu.

Bagi Zizie, apa yang penting buatnya kini adalah untuk meneruskan perjalanan hidupnya bersama suami tercinta yang benar-benar membuatkannya bersyukur dengan kurniaan Yang Maha Esa.

"Alhamdulillah, selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga, terasa hidup saya begitu lengkap dengan adanya seorang suami di sisi. Tidak pernah saya membayangkan kebahagiaan yang saya kecapi seperti hari ini.

"Saya harus akui kehidupan saya sekarang memang sudah jauh berbeza ketika saya bujang dulu. Sekarang saya harus menumpukan fokus kepada suami dan menjadi seorang suri rumah sepenuh masa buat masa ini," luah Zizie jujur.

Kekok

Menyambung bicara, Zizie atau nama sebenarnya, Zizie Ezette Abd. Samad ini memberitahu kesibukannya sebagai seorang isteri membuatkannya jarang berada di ibu negara.

Ini kerana katanya, setiap dua minggu dia akan menemani suaminya pulang ke Sabah selama dua minggu.

Dua minggu lalu dihabiskan di Kuala Lumpur.

Zizie juga mengakui di awal perkahwinannya dia agak kekok dengan perubahan hidupnya terutama apabila melihat skop kerja suaminya sebagai seorang wakil rakyat.

"Sepanjang hidup saya, tidak pernah saya tahu rangkuman kerja seorang wakil rakyat itu dan saya pun memang tidak pernah ambil tahu sebelum ini.

"Namun, selepas bernikah dan memerhatikan kerja suami saya, barulah saya tahu kesibukan seorang wakil rakyat itu. Skop kerja mereka tidak ubah seperti seorang selebriti yang perlu bertemu dengan masyarakat hampir setiap hari.

"Secara tidak langsung, dunia kami berdua memang tidak banyak bezanya. Saya bersyukur dalam kesibukannya itu, dia tetap menjaga dan melayan saya dengan baik lalu membuktikan dia seorang suami yang bertanggungjawab," ujar aktres yang mula menempa nama menerusi filem Kekasih Awal dan Akhir ini bersungguh.

Rezeki

Bukan hendak meninggi diri atau mahu menggambarkan perkahwinannya adalah sempurna, tetapi bagi Zizie, suaminya itu seorang yang cukup baik dan menjalankan tugasnya sebagai suami dengan penuh dedikasi.

Mengenai cahaya mata pula, kakak kepada aktor Shaheizy Sam ini memang sudah benar-benar bersedia untuk bergelar seorang ibu.

"Saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah untuk mengurniakan rezeki kepada kami berdua," katanya sambil menafikan dirinya kini sudah berbadan dua.

Pada majlis itu, Zizie memang menarik perhatian ramai terutama pihak media yang kagum dengan penampilannya yang semakin langsing.

Zizie hanya ketawa besar apabila ada seorang wakil media mengusiknya dengan mengatakan dia kurus kerana melakukan penyedutan lemak.

"Saya tidak akan buat perkara-perkara yang membahayakan itu. Saya kini banyak mengikuti kelas senaman dan aktiviti lasak seperti latihan angkat berat, kickboxing dan hot yoga.

"Hasilnya, saya kini menghampiri berat badan ideal saya iaitu 55 kilogram. Berbanding ketika berkahwin, berat badan saya mencecah 65 kilogram sehingga semua baju saya tidak muat lagi. Kerana itu, saya berazam untuk menguruskan badan," katanya optimis.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Tidak buat rawatan di London

Posted:

Tidak buat rawatan di London

Tidak buat rawatan di London

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM


SITI tidak mampu untuk menolak permintaan stesen televisyen yang mahu menerbitkan program raya untuknya.


SEJAK mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006, sudah tidak terhitung jumlah soalan mengenai cahaya mata yang diajukan kepadanya.

Setiap kali disoal mengani anak, jawapan Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah berubah.

"Masih belum ada rezeki. Insya-Allah, kalau diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata, saya akan mengumumkan kepada semua pihak. Tiada apa yang perlu hendak saya rahsiakan."

Itulah antara jawapan yang sering diberikan Siti kepada sesetengah pihak yang tidak pernah henti bertanyakan soalan itu kepadanya.

Terfikir juga, adakah mereka tidak mengerti atau sengaja buat-buat tidak faham dengan jawapan Siti itu.

Sebagai seorang bintang ternama negara, Siti tidak mungkin akan merahsiakan dan pasti akan memberitahu kepada semua pihak seandainya dia diberikan rezeki untuk menimang zuriatnya sendiri.

Lewat ini, berita kononnya Siti kini sedang hamil kembali menjadi bualan gara-gara dia membatalkan sebuah konsert di Pulau Pinang yang sepatutnya berlangsung pada 25 September lalu.

Ia dikuatkan lagi dengan surat sokongan daripada doktor pakar sakit puan dari Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur yang menyatakan Siti perlu berehat dan tidak dibenarkan menjalani aktiviti berat.

Terbaru, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dikatakan telah bertemu dengan seorang doktor pakar bagi mendapatkan nasihat ketika berbulan madu sebelum bulan Ramadan lalu.

Bukan itu sahaja, penyanyi popular itu juga dikatakan telah diberikan dengan ubat kesuburan bagi membantu mempercepatkan lagi proses kehamilannya

Semuanya adalah usaha Siti dan Khalid yang tidak pernah lelah untuk terus mencuba menimang cahaya mata mereka sendiri.

Bertemu dengan tuan punya badan sewaktu majlis rumah terbuka anjuran SimplySiti di Restoran Saloma Bistro di ibu negara, baru-baru ini, Siti hanya tersenyum apabila diminta untuk mengesahkan berita tersebut.

Dengan nada berhemah, Siti menafikan bahawa dirinya telah mendapatkan rawatan tersebut seperti mana yang dilaporkan.

"Sewaktu bercuti ke sana, saya dan suami sempat berkunjung ke sebuah pusat akupunktur untuk mendapatkan rawatan alternatif.

"Saya rasa tidak salah untuk kita mencuba rawatan lain selain daripada bertemu dengan doktor pakar. Seperti mana yang kita tahu juga, akupunktur ini memang baik untuk kesihatan dan kita dapat tahu masalah yang dihadapi.

"Apatah lagi, kebaikan ubat dan akar kayu yang sering kali digunakan dalam rawatan itu juga dapat membantu melancarkan sistem dalam badan. Itu yang sebenarnya berlaku ketika di London dan bukannya mendapat rawatan kesuburan itu," luah penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Cindai ini tanpa selindung.

Sudah menjadi seorang isteri selama empat tahun, untuk memegang portfolio sebagai ibu memang cukup diinginkan Siti.

Sebagai hamba Allah, dia cukup sedar dan akur dengan Qada dan Qadar apabila membicarakan tentang soal cahaya mata.

Terfikir juga tidak pernahkah Siti berasa bosan untuk menjawab soalan tentang anak daripada pihak yang seolah-olah tidak faham bahasa yang berterusan bertanyakan soal itu walaupun sudah dijawab berkali-kali oleh Siti.

"Saya cukup sedar dan akur dengan kedudukan saya sebagai seorang artis dan apa sahaja tentang diri kita, masyarakat mahu ambil tahu.

"Namun, saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana ini jalan yang saya pilih dan saya harus menghadapinya dengan tabah serta tenang.

"Jadi, saya tidak boleh berasa marah mahupun geram apabila soal anak sering kali diajukan kepada saya. Apa yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu gelodak di dalam hati saya.

"Insya-Allah, sampai waktu dan ketikanya, saya pasti akan mengumumkannya sebab ia adalah perkara yang baik. Teruskan berdoa untuk saya," pinta juara Bintang HMI 1995 ini dengan maksud yang cukup mendalam.

Siti juga tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kaedah persenyawaan tabung uji (IVF) dalam usahanya untuk mendapatkan zuriatnya.

Namun, semuanya bergantung kepada keadaan dan masa apabila difikirkannya perlu untuk mencubanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Fasa sukar Wan Sharmila

Posted: 04 Oct 2010 04:46 PM PDT

Hip

pix_gal0
Setahun berpisah, pelakon Tipah Vavavoom tidak tergesa-gesa mencari cinta

PADA zahirnya, dia kelihatan seperti seorang wanita yang riang, sebagaimana watak yang sering dilakonkannya dalam beberapa drama bersiri seperti Riang Tirana, Sindarela, Kisah Kaisara dan terbaru, Tipah Vavavoom. Namun jauh di lubuk hati, Wan Sharmila tak ubah seperti perempuan lain yang mengerti makna duka apabila dihimpit lara.

Pada 23 Oktober ini, genap setahun wanita berbakat ini berpisah dengan bekas suami, Fazli Baharom, yang juga pemilik syarikat produksi Radius One.

Dan, akuinya, fasa yang terpaksa dilalui bukanlah episod yang mudah sebagaimana disangka. Malah Wan tidak menafikan betapa dia perlu berusaha keras untuk melepasi detik duka yang sehingga kini masih dirasa, akibat perpisahan berkenaan. "Saya masih lagi berasa lemah dek segala kepahitan serta perpisahan yang ditempuhi setahun lalu. Namun, saya amat bersyukur kerana melalui doa dan usaha mendekatkan diri dengan Yang Maha Kuasa, ia membolehkan saya mendapat sedikit penawar untuk terus bernafas," katanya kepada Hip, baru-baru ini.

Tiga tahun usia perkahwinan, dengan sebahagian daripadanya dihiasi onak, Wan mungkin mampu menarik nafas lega apabila semua kekusutan terurai sudah. Bagaimanapun, kelegaan yang dirasa turut diiringi kedukaan dalam jiwa. Kedukaan itu pula dihadapinya bersendirian, dengan sesekali teman rapat menjadi pendengar setia, serta tempatnya berkongsi air mata.

Dia menyedari, untuk sembuh sepenuhnya, tentulah mengambil sedikit masa. Justeru, pelakon ini tidak tergesa-gesa untuk mencari cinta seterusnya.

"Saya sendiri bukannya terdesak mencari kekasih atau pasangan hidup yang baru. Malah, saya sudah tetapkan minda untuk tidak terlalu memikirkan perkara berkenaan. Jika ada yang sudi mendekati, saya mengambil langkah berkawan-kawan saja dengan mereka. Saya perhatikan saja apa yang ada di depan mata.
"Keinginan untuk merasai cinta tentu sekali masih wujud dalam jiwa. Namun, entahlah, mungkin ketika yang sama saya masih lagi takut, bimbang terluka semula. Belum ada keyakinan sepenuhnya untuk saya kembali dilambung ombak cinta," kata Wan.

Tidak memusuhi bekas suami, sebaliknya Wan dan Fazli tetap bersahabat.
"Walaupun antara kami mungkin jodohnya sementara, tetapi ia tidak menghalang persahabatan dijalinkan antara kami berdua. Masing-masing seperti memahami, apa saja yang baik itu adalah dari Yang Maha Esa. Perceraian kami mungkin jalan terbaik untuk kedua-duanya keluar daripada masalah yang melanda. Waktu yang sama, perceraian itu juga bukan titik akhir kepada kehidupan kita," katanya berhati-hati menyusun bicara.

Tidak dikurniakan cahaya mata ketika masih berumah tangga, namun Wan mengaku dirinya cukup rapat dengan seorang kanak-kanak perempuan dipanggil Mira. Kanak-kanak berusia empat tahun itu membolehkannya 'berangan' memiliki cahaya mata sendiri, setiap kali mereka keluar bersama.

Anak kepada rakan bekas suami, dia sering kali membelikan Mira hadiah. Tidak kira waktu, apa saja yang dirasakan sesuai dengan kanak-kanak berkenaan, pasti disambar olehnya. Apatah lagi pada hakikatnya Wan seorang yang gemar melayan, mahupun mengusik kanak-kanak. Mira sendiri sebenarnya mudah mesra dengan sesiapa saja.

"Memanglah saya teringin untuk memiliki anak sendiri, tetapi buat waktu ini, agak sukar sikitlah," katanya sambil menguntum senyuman mesra.

Sering dibuli rakan sekerja

KETIKA ini, tentu penonton TV3 berseronok menyaksikan aksi Wan Sharmila, Kamal Adli, Puteri Sarah Liyana, Bob AF, Sheila Mambo, Raja Farah, Ropi Cecupak dan Liza Abdullah dalam drama bersiri Tipah Vavavoom yang mengisi slot Senda Pagi, setiap Khamis, di saluran televisyen nombor satu negara.

Dalam siri arahan Along Kamaruddin itu, Wan beraksi sebagai gadis kampung yang mudah gelabah. Kerana sikapnya itu, dia sering kali gagal dalam temu duga. Namun, nasibnya agak baik apabila dia diterima bekerja sebagai pelayan di sebuah resort, walaupun pada awalnya dia memohon untuk bekerja sebagai setiausaha.

Setelah dirinya diangkat sebagai setiausaha kepada Kamal Adli pada akhirnya, lelaki itu bersama Puteri Sarah berusaha sedaya upaya untuk mengusirnya. Sejak itu, dia sering kali dibuli, hanya kerana dia bukannya gadis cantik yang berkeyakinan tinggi. Tipah hadapi semuanya kerana dia juga punya cita-cita, apatah lagi dia sekeluarga sememangnya hidup dalam keadaan yang cukup ceria.

"Ketika mula-mula menerima skripnya, saya terfikir watak Tipah seperti badut. Saya jadi risau juga, sebab bukan mudah sebenarnya untuk membuatkan orang ketawa. Bagaimanapun, kelakar Tipah bukan kelakar murahan. Penonton akan banyak ketawa menyaksikan penampilan dan sikapnya yang tak kena pada tempatnya.

"Saya juga malu pada mulanya untuk membawakan watak perempuan seperti ini. Dalam hati, hendak juga saya melakonkan watak wanita cantik sebagaimana pelakon lain. Tetapi nampaknya rezeki saya lebih kepada watak sebegini, yang sebenarnya turut mencabar kemampuan saya. Bagaimanapun, pada penghujung cerita, ada babak menampakkan saya cantik, walaupun sekadar cantik komedi saja," katanya bersulam ketawa.

Menurut Wan, kulitnya juga bertambah gelap selepas menjayakan siri komedi 13 episod itu. Penggambarannya dilakukan di Kuala Terengganu, dengan tajaan lokasi oleh Ri-Yaz Heritage Resort & Spa.

"Lokasinya memang hebat. Banyak penggambaran dilakukan di kawasan tepi pantai. Kerana itu, kulit saya pun makin gelap. Lebih-lebih lagi sebelum terbabit dengan Tipah Vavavoom, saya turut mengacarakan sebuah program, Klik Klik Asean (untuk RTM), yang membawa saya menjelajah beberapa negara Asia Tenggara.

"Pada 5 Oktober pula, Wan akan menyertai beberapa pelakon handalan seperti Nasha Aziz, Vanidah Imran dan Aida Aris menjayakan sebuah telefilem arahan Bade Haji Azmi berjudul Dendam Maya. Telefilem terbitan Asia Media Content itu bakal dirakam di sekitar ibu negara dan Hulu Selangor.

"Saya begitu teruja untuk memulakan projek ini kerana ia bukan hanya dibarisi bintang handalan, malah ia juga cerita berbentuk thriller pertama buat saya.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

TV3 masih pilihan utama

Posted: 04 Oct 2010 04:39 PM PDT

Hip

Mentor catat rating tertinggi kerana penampilan artis yang baru dan segar

PROGRAM yang disiarkan oleh TV3 sepanjang musim raya masih menjadi pilihan utama penonton dengan kebanyakannya mencatatkan rating lebih dua juta tontonan.

Mentro Raya menjadi program paling tinggi dengan catatan 3.3 juta penonton mengatasi Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan Faizal Tahir meskipun ketiga-tiganya penyanyi bernama besar.

Ini juga kejayaan pertama untuk program hiburan apabila muncul nombor satu sedangkan sebelum ini kedudukan itu sering kali dikuasai program berbentuk drama mahupun filem tempatan. Selain itu, TV3 turut mencatatkan prestasi cemerlang apabila berjaya mengekalkan kedudukan kukuh dengan meraih jumlah penonton tertinggi untuk hampir ke semua program sepanjang minggu raya mengatasi saluran tempatan yang lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Farid Ridzuan yang ditemui ketika majlis rumah terbuka MPB di Sri Pentas baru-baru ini berkata, persiapan lebih awal penyumbang kepada kejayaan program terbitan TV3.

Ia juga adalah usaha MPB mengurangkan jumlah program raya terbitannya sebaliknya memberi keutamaan kepada mutu kandungan sesebuah program yang hendak disiarkan.

"Selalunya persiapan dibuat antara lima hingga tujuh bulan sebelum Aidilfitri tetapi kali ini persiapan lebih awal dilakukan. Tahun ini juga, kami mengurangkan program raya tetapi kita lebih fokus dengan kualiti. Kami menumpukan kepada program raya minggu pertama saja.
"Setiap program terbitan TV3 dihasilkan berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas penonton ketika acara Jom Heboh. Program kami diterbitkan berdasarkan populariti dan permintaan daripada penonton.

"Mentor adalah muncul program paling konsisten jumlah penontonnya. Setiap kali muncul di kaca televisyen, program berkenaan mampu meraih purata dua juta penonton. Sempena musim perayaan pula, Mentor menjadi program paling tinggi jumlah penonton.

Ini disebabkan kelainan kepada barisan artis yang ditampilkan dalam program ini yang tiada di mana-mana stesen lain.

"Berbanding penyanyi lain, mereka bukan saja muncul di program terbitan TV3, tetapi wajah mereka juga boleh dilihat di stesen TV lain. Mungkin disebabkan itu ratings program mereka terpaksa dibahagikan dengan stesen lain," jelas Farid.

Oleh kerana sering muncul sebagai stesen TV nombor satu, Farid berkata ia memberi tekanan kepada pasukan produksi MPB.

Tekanan itu, katanya, bukan untuk bersaing dengan stesen TV lain tetapi bagaimana untuk meningkatkan lagi kualiti program di bawah terbitan MPB.

Menurutnya, pihaknya tidak memandang kepada persaingan daripada stesenTV lain kerana lazimnya pesaing sering mengikut jejak langkah mereka tetapi kepuasan penonton lebih menjadi keutamaan.

Selain mementingkan mutu program hiburan, TV3 juga amat mementingkan aspek yang sama untuk drama. Telefilem yang disairkan oleh TV3 iaitu Airmata Nur Salina menerusi slot Cerekarama, contohnya berjaya mencatat 2.5 juta penonton.

Slot berkenaan jelas Farid, umpama tiang seri kepada TV3 dan beliau akui tidak semua drama yang disiarkan di dalam slot Cerekarama mencapai mutu yang ditetapkan hampir 90 peratus adalah konsisten.

Malah slot berkenaan juga mendapat kepercayaan daripada pengiklan.

"Kami tahu standard yang penonton di TV3 mahukan. Pengiklan juga amat yakin dengan slot ini sehingga mereka berani membeli slot iklan tanpa menonton tajuk drama yang bakal disiarkan. Kami memang sentiasa mencari drama yang terbaik tetapi kami juga mengetahui syarikat produksi yang terkenal sentiasa sibuk.

"Selain slot Cerekarama, slot di waktu perdana seperti Samarinda juga mempunyai purata penonton mencecah dua juta orang seperti drama Syurgamu Ramadan baru-baru ini. Tidak timbul soal MPB pilih kasih, pantang bagi saya apabila orang melabelkan kami hanya memilih syarikat produksi dan juga pelakon tertentu kerana apa yang cuba kami hidangkan adalah demi kepuasan penonton," katanya.

Antara program lain yang mencatat jumlah peratus tinggi sepanjang Syawal ialah Sampaikan Raya 2010 (31 peratus), Stylistika Siti (28 peratus), Syawal Pertama (41 peratus), Bas Raya (38 peratus), Bang Bang Boom Raya (30 peratus), Ewah Ewah Raya (35 peratus), Cheritera (33 peratus) dan Manikam Kalbu (30 peratus) dengan kadar penonton melebihi 1 juta penonton secara purata.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Stacy AF6 semasa sekolah menengah

Posted: 04 Oct 2010 10:01 PM PDT

stacy semasa kecil

Gambar ni diambil semasa stacy di sekolah menengah, tapi kami tak pasti dia tingkatan berapa semasa gambar ni di ambil.. Kelakar kan muka stacy masa dia sekolah dulu.. hahaha.. Apa-apa pun jom kita layan Gambar Stacy AF6 semasa dia di sekolah menengah ni…

stacy masa kecil


Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Gambar Kamal Adli semasa sekolah rendah

Posted: 04 Oct 2010 09:50 PM PDT

kamal adli semasa sekolah

Rasanya gambar ni diambil semasa kamal adli kat sekolah rendah agama kan.. Dari baju melayu putih dengan sampin hijau ni kebiasaanya digunakan kat sekolah agama je.. Apa-apa pun jom kita layan Gambar Kamal Adli semasa dia masih bersekolah rendah ni…

kamal adli masa kecil


Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Beckham mahu cari pelacur yang fitnahnya

Posted: 04 Oct 2010 01:00 PM PDT

du 08.1 Beckham mahu cari pelacur yang fitnahnya

IRMA NICI


LOS ANGELES – Pemain kelab bola sepak LA Galaxy, David Beckham kini mengupah barisan peguamnya untuk mencari seorang pelacur, Irma Nici kelahiran Bosnia tetapi dibesarkan di Britain untuk memberi writ saman fitnah, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelacur itu kini sedang bersembunyi selepas dia membuat kenyataan di sebuah majalah AS bahawa Beckham melakukan hubungan seks dengannya bersama seorang lagi wanita secara serentak.

Seorang rakan pemain bola sepak itu berkata: "Beckham bersedia untuk mencari wanita itu yang dilihat membuat satu fantasi yang sempurna yang amat melukakan dirinya (Beckham) dan keluarganya."

Irma mendakwa bahawa Hotel Merdien Le Parker di New York merupakan tempat dia dan seorang lagi wanita melakukan hubungan seks dengan Beckham pada 2007.

Bagaimanapun, rakan Beckham itu berkata, bintang bola sepak boleh membuktikan dia tidak berada di hotel tersebut bersama pelacur tersebut.

Seorang pakar undang-undang media AS, Sandy Baron berkata, Beckham, 35, boleh mendapat ganti rugi fitnah yang boleh mencecah sehingga £5 juta (RM24.31 juta).

Sementara itu, isteri Beckham, Victoria, 36, memberitahu saudara-maranya bahawa dia berdiri di belakang suaminya berhubung fitnah tersebut. – Agensi

// kosmo //

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


20 fakta tentang Israel

Posted: 04 Oct 2010 07:36 PM PDT

Damn Israel

Berikut 20 fakta Israel yang belum banyak kita ketahui :

1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin?

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.

8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan.

9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: "kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi", "dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi".

12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:

"Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk"……

15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?

17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin?

20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.

[sumber - isuhangat]

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Hukum pemberian dari sumber haram

Posted: 04 Oct 2010 07:31 PM PDT

Limg Guan Eng wang ehsan RM100 Pulau Pinang DAP

Isu hangat wang ihsan di Pulau Pinang yang diberi oleh kerajaan negeri sebanyak RM100 kepada warga emas tetapi dipulangkan dengan alasan tidak sanggup makan wang haram. Setiap hari makin ramai yang pulangkan. Mula jadi persoalan bagaimana dengan gaji kakitangan kerajaan yang mana cukai kerajaan ada yang bersumberkan dari wang judi seperti TOTO,Magnum, Genting dan hasil cukai arak.

Begitu juga dengan entiti lain yg terlibat seperti TNB yg supply elektrik, Syarikat air yang supply air juga TM yang menjaga perkhidmatan sistem data diaorang? Dan ramai lagi pihak yang terlibat dengan sumber-sumber haram ni. Company2 ni besar dan dicampur dengan kakitangan kerajaan mahu berpuluh ribu umat Islam yang makan gaji dengan sumber yang haram tu.

Isuhangat tak mahu berdikusi cara politik, jadi kita dengar penjelasan dari Ulama Dr MAZA. Lepas tu korang fikir la sendirik..

Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh tentang hukum menerima sumbangan dari hasil haram. Saya pun baca kenyataan Dr Asri yang menyatakan tidak mengapa selagi traksaksi itu atas bantuan, bukan judi. Cumanya, masyarakat kita keliru, ada kata boleh dan ada kata sebaliknya. Jika haram, apa hukum pula kakitangan kerajaan yang menerima gaji dari kerajaan yang mempunyai pelbagai sumber termasuk hasil cukai judi dan arak? Bagaimana pula anak-anak yang mendapat wang dari bapa terlibat dengan wang haram seperti riba, rasuah dan seumpamanya? Bagaimana pula persatuan-persatuan yang mendapat bantuan dari syarikat atau bank yang mempunyai sumber haram seperti arak atau riba?

Mazlan, Pulau Pinang.

Jawapan Dr MAZA: Saudara Mazlan, perkara yang penting dalam traksaksi kewangan dan sebagainya, seseorang hendaklah tahu atas asas apa traksaksi itu dibuat. Maksudnya, dia mesti jelas wang atau barang yang diterimanya atas dasar apa. Jika yang diterimanya itu atas penjualan arak yang dia lakukan, atau judi yang dia terlibat atau riba yang berurusan dengannya, atau pelacuran yang terbabit maka ia haram. Jika ia terima atas jual beli, atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal. Sebagai pendetilannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut;

1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.

Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.

2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.

Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.

3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):

"dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain". (Surah al-An'am, ayat 164)

4. Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi s.a.w di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan baginda kambing, baginda memakannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mereka.

Begitu juga –seperti riwayat al-Bukhari- baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.

5. Rasulullah s.a.w tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba 'Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi s.a.w, lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:

"Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maksudnya, daging itu disedekah kepada Barirah, kemudian Barirah menghadiahkan kepada Nabi s.a.w. Jika ia disedekah kepada Nabi s.a.w, baginda tidak boleh makan. Walaupun asalnya sedekah, tetapi baginda menerima dari Barirah atas asas hadiah, maka halal untuk baginda. Di sini menunjukkan yang diambil kira transaksi antara pemberi dan penerima, bukan yang sebelum itu.

6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas'ud:

"Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan". Jawab 'Abdullah bin Mas'ud: "Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya". (Musannaf 'Abd al-Razzaq, bil: 14675).

Dalam riwayat al-Baihaqi,

seseorang bertanya Ibn 'Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn 'Umar: "Ya" (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).

7. Al-Syeikh al-'Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:

"Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa" (http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).

8. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya:

"Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan.." (al-Fatawa al-Mu'asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).

9. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-'ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan. Sabda Nabi s.a.w:

"Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ini kerana penerimaan ini akan menyebabkan pihak yang sedang menuntut atau mencari hartanya yang dirampas atau dicuri terzalim. Melainkan pihak yang dizalimi itu redha. Jika dia menuntut, wajib dikembalikan kepadanya.

10. Walaupun harta atau pemberian dari harta yang haram itu boleh diambil, tetapi jika dengan pemberian itu menunjukkan secara jelas sikap bersekongkol dengan dosa maka ia diharamkan kerana redha dengan maksiat. Ini seperti seseorang membelanja makan dengan wang judi sempena kemenangan judinya. Atau dia mempromosi syarikat judi tersebut secara jelas dengan cara memberi bantuan, maka haram bersekongkol dengan kemaksiatan seperti itu.

11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak.

[sumber - isuhangat]

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.