Utusan Online - Hiburan |
Raja Azmi selamat bertunang dengan bekas gitaris CRK Posted: 15 Jul 2013 05:50 AM PDT KUALA LUMPUR 15 Julai - Produser kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, hari ini mengikat tali pertunangan dengan bekas pemain gitar kumpulan rock CRK, Mohd. Eddie Ghazali, 45, dalam satu majlis yang diadakan di kediamannya di Ukay Perdana, di sini petang ini. Pada majlis itu, anak sulung Mohd. Eddie, Muhammad Daniel, 21, mewakili bapanya manakala pihak Raja Azmi diwakili anak perempuannya, Puteri Suraya Mohd. Jalani, 28. Sebagai memeriahkan majlis pertunangan itu, pihak lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran yang berupa buah, manisan dan telekung manakala pihak perempuan membalas dengan lima dulang hantaran terdiri daripada jam beserta dompet, baju, kek, manisan dan biskut. Majlis kemudian disusuli adat menyarung cincin yang sempurnakan oleh ibu Eddie, Mariah Abu Samah. Raja Azmi yang ditemui selepas majlis selesai menzahirkan rasa syukur dan lega kerana semuanya berjalan lancar. Biarpun hubungan terjalin dalam tempoh yang agak singkat sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan, Raja Azmi percaya Eddie sebagai lelaki sesuai. "Dia seorang yang penyabar, berbeza dengan saya. Saya harap melalui perbezaan ini mampu menguatkan hubungan kami," katanya. Manakala Eddie pula memberitahu, sikap keibuaan Raja Azmi membuka hatinya untuk menerima wanita itu di dalam hidupnya setelah lima tahun menduda. "Apa yang penting nanti adalah kehidupan selepas berkahwin. Penerimaan anak-anak agak senang dan memudahkan perhubungan ini terjalin," katanya. Sementara kedua-dua belah pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 15 September depan dengan mas kahwin berupa senaskah Al-Quran. - UTUSAN ONLINE |
Raja Azmi teruja tunggu detik jadi tunangan orang Posted: 15 Jul 2013 12:29 AM PDT Oleh GARRET DAWUM RAJA AZMI KUALA LUMPUR 15 Julai - Penerbit Raja Azmi begitu teruja untuk melalui detik-detik pertunangannya yang akan berlangsung sekitar pukul 6 petang ini. Sejak minggu lalu, menerusi laman Instagram miliknya, Raja Azmi, 54, tidak henti-henti memaparkan beberapa gambar persiapan hari pertunangan tersebut. Pagi ini, beliau memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan pelamin serta jambangan bunga yang akan menjadi 'saksi' untuk dirinya bergelar tunang kepada pemain gitar kumpulan rock CRK, Eddie, 45. "Yeyy...di sinilah tempat saya (gambar pelamin) akan menerima cincin pertunangan," kata Raja Azmi dalam Instagramnya. Raja Azmi dan Eddie sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu. Dalam pada itu, rombongan pihak lelaki akan tiba di kediaman Raja Azmi pada pukul 5.45 petang dan acara peminangan akan bermula pukul 6.15 petang mengikut budaya Melayu. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |