Utusan Online - Hiburan |
Anugerah Blokbuster Ke-2 di JB 15 Jun ini Posted: 05 Jun 2013 02:55 AM PDT KUALA LUMPUR 5 Jun - Anugerah Blokbuster Ke-2 yang dianjurkan oleh Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan kerjasama Astro bakal diadakan pada 15 Jun ini bertempat di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor. Anugerah yang semakin mendapat tempat dalam kalender hiburan tempatan itu akan menyaksikan 49 buah filem bersaing untuk merebut 15 anugerah yang dipertandingkan. Antara anugerah yang menjadi tumpuan pastinya Filem Terhebat, Tuan Direktor Terhebat, Direktor Baharu Terhebat, Filem Aksi terhebat dan Hero Terhebat. - UTUSAN ONLINE |
Mencari pelakon drama dan filem Posted: 04 Jun 2013 10:06 PM PDT Oleh KHADIJAH IBRAHIM KUALA LUMPUR 5 Jun - Orang ramai yang berbakat dan berminat dalam bidang lakonan, dipelawa menyertai sesi uji bakat drama dan filem anjuran majalah Mastika dan Teknik Padu Sdn. Bhd yang akan diadakan pada 8 dan 9 Jun ini. Uji bakat yang akan bermula pada pukul 10 pagi hingga 5 petang di Dewan di Utusan Karya Sdn. Bhd. Kompleks Sri Utusan, Lot 6, Jalan P/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Seksyen 10,43650 Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor itu akan dinilai oleh para juri profesional. Pada yang tidak berkesempatan hadir sesi uji bakat pada Sabtu dan Ahad ini, anda boleh datang ke tempat yang sama pada 15 dan 16 Jun nanti. Uji bakat ini terbuka kepada lelaki dan perempuan berumur dari 17 hingga 40 tahun dan setiap peserta perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM10 (termasuk sijil penghargaan). Para calon diminta hadir dengan berpakaian kemas, berserta biodata lengkap dan dua keping gambar berukuran 4R. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 019-3720197 dan 017-3054558. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |