Berita Harian: Hip |
Posted: 05 Jun 2013 04:49 PM PDT Terpaksa 'berpisah' dengan suami demi tuntutan kerja Baru bernikah 2 Februari lalu, Liyana Jasmay, 25, terpaksa melakukan pengorbanan besar apabila perlu meninggalkan suami, Fathuddin Mazlan, 29, bersendirian di Kundasang, Sabah, demi tuntutan tugas. Status sebagai isteri nampaknya tidak menjejaskan periuk nasi Liyana dalam bidang seni. Sebaliknya, dia masih tidak menang tangan menerima pelbagai tawaran.
"Alhamdulillah, suami memahami tugas saya sebagai pelakon. Berjauhan tidak menghalang kami untuk sering berjumpa, ibaratnya belum sempat rindu bertandang, kami sudah bertemu. "Masa Fathuddin boleh dikatakan sama banyak di semenanjung dengan di Sabah. Paling lama kami tidak berjumpa cuma untuk tiga hari, antara Isnin hingga Rabu, manakala setiap Khamis hingga Ahad dia akan berada di sana. "Jika suami tidak berkesempatan untuk pulang, saya pula yang akan ke sana untuk menemaninya. Walaupun terpaksa menempuh perjalanan selama dua jam, ia langsung tidak memenatkan. Sebaliknya saya seronok kerana dapat berada di sisi suami," kata Liyana. Sedia bergelar ibu
Belum mempunyai tanda-tanda bakal bergelar ibu, Liyana berkata, dia dan suami tidak merancang. Andai ditakdirkan mereka dikurniakan anak dalam tempoh terdekat, mereka reda. Sebelum ini, pelakon yang bakal membintangi filem terbaru arahan Bade Azmi berjudul Sindiket, yang akan memulakan penggambaran di Kota Kinabalu, Sabah tidak lama lagi, mengakui pernah merancang untuk tidak memiliki cahaya mata dalam waktu terdekat. Namun nasihat daripada saudara-mara serta rakan mengubah pendirian wanita ini. "Saya akui sebelum ini memang ada merancang untuk tidak mahu terburu-buru menimang anak, tetapi Lisa Surihani menasihatkan supaya saya tidak merancang untuk anak pertama. Nasihat Lisa, jika hendak merancang sekali pun, biarlah untuk anak kedua dan seterusnya. "Keluarga turut menasihatkan perkara sama kepada saya. Kini saya sudah bersedia untuk bergelar ibu. Seandainya ditakdirkan saya hamil, saya perlu memperlahankan aktiviti lakonan dan mungkin saya akan lakukan kerja belakang tabir saja, seperti mengarah," katanya yang akan membawakan watak pelajar universiti bernama Noreen, yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia, dalam filem aksi itu. Tak rela jadi simbol seks Beberapa kali bekerja dengan Bade memberi kelebihan kepada Liyana memahami cara pengarah berkaliber itu. Katanya, pengarah yang dipanggil dengan panggilan 'uncle' itu menghormati statusnya sebagai isteri. Walaupun watak Noreen memerlukan dia melakukan babak rogol dan berpakaian mencolok mata, Liyana tidak bimbang kerana dia percayakan Bade. "Uncle Bade pengarah yang bertanggungjawab. Saya yakin dia tidak akan membuatkan pelakonnya kelihatan seperti simbol seks. Dia akan memastikan tiada adegan bersentuhan walaupun membabitkan aksi rogol. "Saya sendiri kalau boleh cuba mengelak adegan yang memerlukan saya bersentuhan. Dengan status sebagai isteri, saya perlu memikirkan perasaan suami," katanya. |
Posted: 05 Jun 2013 04:47 PM PDT Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Chua Chu Kang, Singapura pada jam 11.30 pagi, peminat, rakan artis beri penghormatan terakhir Jenazah seniman Allahyarham S Shamsuddin atau nama sebenarnya, Samsudin Dali, 84, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Chua Chu Kang, Singapura pada jam 11.30 pagi, semalam. Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa dari rumahnya di West Avenue 6, Bukit Batok ke Masjid Al-Mukminin, Jurong East pada jam 10.45 pagi untuk disembahyangkan oleh kira-kira 200 ahli keluarga dan sahabat.
Afendi berkata, pemergian Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Sudin disifatkan sebagai suatu kehilangan besar. "Kita kehilangan seorang tokoh pelakon veteran dan warga Malaysia, Singapura serta seluruh nusantara pasti meratapi pemergian Allahyarham yang terkenal dengan lakonannya yang cukup memberi kesan mendalam. "FINAS mengucapkan takziah kepada keluarga arwah. Sempena penganjuran Hari Seniman pada 14 Jun ini, FINAS akan mengadakan majlis tahlil untuk Allahyarham," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman Allahyarham. Afendi berkata, Ahli FINAS, Datuk Mustapha Maarof bersama rakan Allahyarham, Datuk Aziz Satar turut menziarah dan menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada keluarga Allahyarham, kelmarin.
Anak keempat Allahyarham, Arif Samsudin, 50, berkata, masyarakat seluruh rantau kehilangan insan seni berharga dalam industri hiburan. Tetapi, katanya, dia kehilangan seorang ketua keluarga yang amat disanjungi. "Saya bersyukur ayah dijemput Allah SWT dengan cara yang tenang. Saya akan sentiasa mengingati pesanan Allahyarham supaya terus melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh. "Kami sekeluarga berterima kasih kepada peminat dan media massa di Malaysia yang banyak memberi sokongan kepada arwah. Kami berharap mereka akan terus sedekahkan doa untuk rohnya," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |