Adsense

Selasa, 30 April 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tunda kahwin demi kerjaya

Posted: 29 Apr 2013 06:41 PM PDT

Farhan bakal muncul dengan single ciptaan Azlan, buat persembahan di Kuantan

Mengikut perancangan awal, mereka bercadang mengakhiri zaman solo pada tahun ini. Bagaimanapun, ketentuan Allah tidak ada siapa mampu menolaknya.

Bukan disebabkan masalah peribadi, namun bagi bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat, Nur Farhan Azizan atau Farhan dan tunangnya, Ahmad Rashdan Suhaimi, keputusan untuk menangguhkan perkahwinan mereka adalah disebabkan kerjaya nyanyian Farhan yang kian berkembang.
"Sebelum ini saya lebih fokus dalam perniagaan. Bukan saya tak minat menyanyi, tawaran juga masih ada. Cuma tidak banyak publisiti mengenai diri saya diketengahkan. Lagipun kalau tiada cerita, lebih baik saya mendiamkan diri.

Jika sebelum ini Farhan, 28, agak menyepi, tetapi pada tahun ini, penyanyi bersuara mantap ini mahu lebih aktif dalam bidang yang dicintainya.

"Sebelum ini saya lebih fokus dalam perniagaan. Bukan saya tak minat menyanyi, tawaran juga masih ada. Cuma tidak banyak publisiti mengenai diri saya diketengahkan. Lagipun kalau tiada cerita, lebih baik saya mendiamkan diri.

"Kebetulan, saya akan mengadakan persembahan khas untuk peminat di Kuantan, Pahang, serta bakal muncul dengan single, barulah saya bersedia bertemu wartawan untuk menghebahkannya," katanya yang hadir ke Balai Berita baru-baru ini, bersama tunang.

Katanya, kesibukan tidak disangka-sangka itu menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan tarikh perkahwinan. Farhan dan Rashdan mengikat tali pertunangan Februari tahun lalu.
"Bukan senang untuk peluang seperti ini datang di depan mata. Bila sesekali ia datang, takkanlah kita nak tolak begitu saja? Selepas berbincang dengan tunang, paling awal, mungkin penghujung tahun ini kami akan bernikah. Jika tidak mungkin pertengahan tahun depan," ujarnya sambil menjeling ke arah Rashdan di sisinya.

Akan ada pengurus sendiri

Bercerita mengenai single terbaru, dalam nada teruja Farhan menjelaskan, lagu itu bakal dicipta Azlan & The Typewriter.

"Dia bertemu saya dan melahirkan hasrat mencipta lagu buat saya. Mulanya saya terkejut juga. Maklum saja, genre muzik kami berbeza dan tentu ramai yang akan rasa pelik apabila Azlan yang mahu menghasilkan lagu. Saya sendiri tidak sabar untuk mendengarnya," katanya.

Buat masa ini, segala urusan kerjaya seninya diuruskan sendiri, dengan bantuan tunang. Ditanya apakah dia berhasrat melantik Rashdan sebagai pengurus peribadi, Farhan berkata, dia lebih selesa kerjayanya diuruskan orang lain.

"Biarlah dia dengan kerjayanya sendiri. Sekarang dia cuma tolong saja.

"Sebenarnya, saya takut untuk mencari pengurus berdasarkan pengalaman lalu. Bukanlah nak kata serik, tapi kena berhati-hati. Terus terang, saya memang tidak tahu selok-belok perihal pengurusan. Namun ada juga yang merisik, mahu menguruskan kerjaya seni saya. Buat masa ini, kami sedang berbincang. Jika kata sepakat dicapai, insya-Allah, kami akan bekerjasama," jelas Farhan yang merahsiakan gerangan bakal pengurus barunya.

Yakin sambutan peminat di Pahang

Mengulas persembahan Glamourous Nite With Farhan di Hotel MS Garden, Kuantan, Pahang, pada 25 Mei, jam 8.30 malam, dia berkata, semuanya dilakukan atas permintaan peminat.

"Sebelum ini saya pernah menghadiri majlis makan malam di sana, sebagai tetamu. Namun apabila kehadiran saya disedari pengacara, dia mengundang saya menyanyi. Tak sangka pula sambutan diberi cukup menggalakkan.

"Dari situ, timbul idea untuk mengadakan persembahan. Saya buat di Kuantan kerana saya percaya sambutan di luar ibu kota biasanya lebih hebat kerana mereka kurang acara hiburan berbanding di Kuala Lumpur," katanya.

Info: Glamourous Nite With Farhan:

* Ditaja Nilaitek Properties, acara dianjurkan syarikat Farhan sendiri iaitu Mezzaforte Records itu bakal menyaksikannya mendendangkan lagu daripada pelbagai genre. Malah dia juga bakal mengundang seorang penyanyi untuk berpadu suara.

* Harga tiket ialah RM150, RM200, RM300 dan RM400. Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi 012-3044580 (Jeff) dan 019-9199680 (Liza), atau emel kepada glamorousnite@gmail.com.

Isnin, 29 April 2013

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Yusof Haslam enggan komen hubungan Syamsul-Puteri Sarah

Posted: 29 Apr 2013 01:19 AM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 29 April - Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam mahu anaknya, Syamsul, 29, yang dikatakan sedang dilamun cinta dengan pelakon Puteri Sarah Liyana menumpukan perhatian kepada pembikinan filem.

Enggan membuat sebarang komen mengenai hubungan itu,menurut Yusof buat masa ini dia mahu Syamsul memberi tumpuan kepada filem arahannya, KL Gangster 2 yang masih di dalam pembikinan.

"Sama ada saya tahu atau tidak saya tidak mahu komen (mengenai hubungan cinta Syamsul).

"Syamsul kini berada di Bangkok, Thailand untuk urusan filem arahannya, jadi saya minta dia tumpukan perhatian untuk menyiapkan filem itu dahulu," katanya.

Ditanya sama ada dia merestui, jika benar anaknya itu menjalinkan hubungan dengan Puteri Sarah, bagi Yusof sebagai seorang dewasa, Syamsul mempunyai hak untuk membuat keputusan.

"Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak mahu komen apa-apa berkaitan hubungan ini.

"Sebagai seorang yang dewasa Syamsul mempunyai hak untuk membuat pilihan hidup, cuma buat masa ini saya mahu dia segera menyiapkan kerjanya dahulu," katanya.

Kisah percintaan Puteri Sarah dan Syamsul mula menjadi perhatian apabila bekas kekasih Puteri Sarah, Ammar Alfian baru-baru ini membuat pengakuan terbuka mengenai hal itu kepada sebuah portal berita. - UTUSAN ONLINE

Tidak tertekan semakin tua

Posted: 29 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar Jeffri Iran

REZEKI anak-anak, Ziana dipilih sebagai duta terbaru safi rania.

MELANGKAU ke alam 40-an mana-mana wanita juga pastinya akan berasa gusar dengan diri sendiri. Bukan soal tidak mahu menerima kenyataan, namun hal ini akan menjadi lebih rumit jika kesedaran itu tidak hadir melalui pemahaman sendiri.

Melengkapkan pusingan kehidupan manusia, setiap dari kita akan melalui fasa yang sama, tidak kira selebriti mahupun orang biasa. Berbicara soal usia dengan penyanyi yang sudah 22 tahun berada didalam industri ini, dia mengakui tempoh menerima keadaan itu tidak semudah yang disangka.

Mungkin ramai yang beranggapan penampilan penghibur hebat ini sudah cukup sempurna, namun bagi pemilik nama Siti Roziana Zain, 45, reda merupakan perkataan yang tepat untuk menggambarkan keadaannya melepasi saat-saat sukar itu.

Menurut Ziana, soal kecantikan merupakan antara perkara yang tidak ada kompromi. Namun meningkat usia ada sesuatu yang mula membuatkan dia faham mengenai tubuhnya kini. Faham keadaan ini normal, soal takut nampak tua" tidak seharusnya menjadi bebanan buat mereka seusia dirinya.

Sejujurnya, keadaan ini mula meruncing bila saya melahirkan anak kembar.

Melihat keadaan diri ketika itu, memang saya tertekan. Mungkin selama ini sudah selesa dengan penampilan yang lebih ramping, saya jadi tidak keruan. Namun, syukur suami banyak membantu melalui saat-saat sukar ini dengan sentiasa memberikan motivasi terbaik," katanya.

Berkongsi cara untuk mengatasi keadaan itu, menurut Ziana sebagai seorang selebriti, tekanan yang dirasai agak teruk memandangkan persekitarannya sentiasa memerlukan dia nampak cantik.

Hanya melalui disiplin yang tinggi kita mampu melakukan perubahan kepada badan kita.

Namun apa yang kita perlu tahu, badan kita akan sentiasa berubah mengikut umur. Dan jika kita tidak dapat menerima kenyataan itu, ia akan menyebabkan kita terus berada didalam keadaan yang tertekan sampai bila-bila," katanya.

Bukan soal nampak muda yang menjadi perkiraan penting buatnya kini. Apa yang dia mahu ialah kesihatan yang baik merupakan perkara utama yang harus diberi penekanan.

Melalui kesihatan yang baik, barulah kita sebenarnya boleh menikmati kehidupan yang ceria. Dan bila ini berlaku secara automatiknya ia memberi rangsangan yang baik buat kulit wajah kita.

Dan satu perkara yang penting juga adalah untuk memahami tubuh badan kita sendiri. Jangan ikut orang lain, kerana kesannya mungkin tidak akan sama untuk kita," katanya yang sering melakukan yoga untuk mengekalkan kesihatan diri.

Berbicara soal dunia kecantikan moden yang kini menjadi rutin buat artis di negara ini, menurut Ziana dia akui pernah menerima rawatan seperti suntikan vitamin C. Namun setelah mengetahui kesan jangka panjang rawatan tersebut dia kini lebih rela untuk menggunakan produk kecantikan sahaja.

Mula-mula melihat kesannya terhadap kulit mereka yang menggunakan rawatan moden ini memang saya teruja. Malah saya akui pernah mencubanya.

Namun menemui doktor dan bertanyakan sendiri kesan jangka panjang, mereka menasihatkan saya supaya tidak bergantung harap kepada suntikan ini kerana ia bakal menyebabkan saya lebih sengsara pada masa hadapan.

Dan antara kesannya adalah mengalami masalah buah pinggang dan otot muka menjadi kebas," katanya.

Dipilih menjadi duta produk Safi Rania Diamond selama dua tahun, menurut Ziana dia sangat selesa untuk bertemu dengan produk yang sesuai dengan kulit wajahnya. Mengakui agak cerewet tentang soal kecantikan, bagi Ziana jika ada yang bertanyakan sama ada dia memiliki insuran kecantikan, secara jujurnya dia tidak memerlukan lagi.

Produk Safi Rania Diamond merupakan antara produk yang memenuhi setiap permintaan saya. Ini kerana ianya di formulasi untuk kulit wanita yang berumur 40 tahun ke atas.

Cantik itu subjektif, bagi saya apa yang penting adalah untuk sentiasa nampak kemas dan bersih. Soal insuran pula saya tidak nampak ia penting, ini kerana apa yang saya ada kini bukan milik saya. Sebagai peminjam" saya hanya mahu menghargainya sebaik mungkin," katanya.

Rahsia rumah tangga

15 tahun lalu kisah cinta di antara dua kekasih ini diabadikan melalui ikatan yang sah, mengharungi pelbagai kisah suka duka bersama, Ziana dan suaminya Armin Zaharin, 49 kini bahagia dengan kehadiran empat orang anaknya anak mereka. Berkongsi rahsia kerukunan rumah tangga, menurut Ziana sikap bertolak ansur sentiasa menjadi jawapan kepada segala permasaalahan.

Kami berdua datang dari dunia yang cukup berbeza. Apabila berkahwin saya dapat rasakan keadaan itu lebih susah apabila kami berdua tinggal bersama.

Mengambil langkah mudah saya banyak mengalah pada awalnya. Mungkin melalui pengorbanan itu suami saya kini mula menghargai saya dan apa yang agak kelakar, sekarang ini, dia pula yang lebih banyak bersabar," katanya ketawa.

Tidak menafikan pernah melalui saat-saat biasa bermasam muka, menurut Ziana jika difikirkan kembali hanya dengan cara itu sahaja dia dapat mengenali dengan lebih mendalam siapa suaminya. Nasihatnya hanya satu, perlu sentiasa melihat masalah yang timbul itu dengan fikiran yang positif.

Komunikasi yang baik sentiasa menjadi tiang kepada hubungan suami isteri.

Soal saling mempercayai juga sentiasa menamatkan keraguan didalam diri masing-masing. Ini kerana kami tahu tanggungjawab didalam pekerjaan menuntut kami berbuat begitu," katanya panjang lebar.

Melihat beberapa artis seangkatannya sudah melalui episod perceraian, Ziana percaya setiap yang berlaku mempunyai hikmah yang terbaik buat kehidupan masing-masing. Tidak mahu terlalu mengulas mengenai soal ini, dia pasti setiap yang bersabar akan sentiasa mendapat ganjaran yang lebih baik pada masa depan.

Melalui putaran kehidupan, kita dapat melihat soalan itu bukan lagi perkara luar biasa, mungkin ada silap di mana-mana. Tetapi bagi saya apa yang penting adalah sentiasa bersabar dan percaya dengan kelebihan berdoa.

Dan apa yang lebih penting buat saya kuat adalah untuk memastikan anak-anak membesar dengan persekitaran yang bahagia. Apa yang kita perlu tahu hidup ini bukan sahaja mengenai kita, tetapi juga kehidupan anak-anak yang baru mahu mengenal dunia," katanya.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Terbongkarnya kejahatan

Posted: 28 Apr 2013 05:21 PM PDT

ADVERTORIAL

SAAT diumumkan francais 'Star Trek' akan dilanjutkan dengan filem ke-12nya, teka-teki terus bermula untuk watak antagonis yang bakal bertarung kebijaksanaan dengan Kapten James T.

Kirk dan krew Enterprise dalam 'Star Trek Into Darkness'. Awalnya, ramai peminat meneka barangkali pengarah J.J Abrams akan memperkenalkan salah seorang penjahat kesayangan Star Trek iaitu Khan Noonien Singh.

Diperkenalkan dalam episod 'Space Seed' (1967) dalam musim pertama siri televisyen 'Star Trek: The Original Series', watak terbabit diperkembangkan dalam filem 'Star Trek II: The Wrath of Khan' (1982). Watak Khan Noonien Singh dilakonkan arwah Ricardo Montalban.

Laporan awal media mengatakan pelakon Benicio del Toro sudah ditawarkan watak penjahat itu malah pernah bertemu Abrams untuk berbincang. Namun dia kemudiannya menarik diri. Pelakon kelahiran Mexico, Demian Bichir juga pernah dikaitkan dengan watak Khan.

Akhirnya, watak itu jatuh kepada Benedict Cumberbatch. Tetapi bukan sebagai Khan, sebaliknya satu watak baru sudah dicipta iaitu pengganas misteri John Harrison.

Cumberbatch bukanlah nama baru dalam industri. Antara karya-karya lakonannya termasuk filem 'War Horse', 'Atonement' dan 'The Hobbit'. Tetapi ramai hanya mula memberi perhatian kepada pelakon Inggeris ini melalui drama 'Sherlock', di mana dia menghidupkan kembali watak ternama rekaan Sir Arthur Conan Doyle, penyiasat terulung Sherlock Holmes.
Seorang peminat Star Trek sebelum pembabitannya dalam filem itu, Cumberbatch berkongsi sudah menonton filem 'Star Trek' (2009) dan begitu mengagumi hasil kerja Abrams.

Menggambarkannya sebagai sebuah filem yang bijak dan lucu, pada masa yang sama ia juga setia kepada cerita asal.

Bagi menjayakan wataknya sebagai Harrison yang banyak membabitkan aksi pertarungan, Cumberbatch terpaksa menjalani pelbagai latihan. Dedahnya, dia banyak mendapat pertolongan dari Chris Pine dan Zachary Quinto.

Di kalangan teman-teman pelakon 'Star Trek Into Darkness', babak-babak emosi antara Pine dan yang paling dinantikan mereka. Malah Pine sendiri merasakan Cumberbatch berjaya mencipta detik-detik istimewa yang akan termaktub di dalam sejarah Star Trek.

"Pembawaan wataknya begitu tepat dan terperinci. Sebagai seorang peminat dan pelakon saya kagum melihatnya. Persembahannya menyeramkan dan menakutkan. Dia sudah mencipta detik-detik istimewa yang akan terus diperkatakan di kalangan peminat Star Trek sampai bila-bila."

Tarikh tayangan di pawagam pada 16 May 2013 (3D).

Bantu bapa berkempen

Posted: 28 Apr 2013 05:20 PM PDT

Dafi tak minat jadi ahli politik, cuma ingin pastikan BN menang

Sejak dulu hingga kini, nama penyanyi ini sering kali dikaitkan dengan bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar kecil), yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Kononnya, tanpa sokongan orang tua, kerjaya seni jejaka ini tidak akan ke mana.
Apa yang saya miliki sekarang adalah atas usaha dan jerih perih saya selama enam tahun dalam industri," Dafi, Penyanyi.


Bukan sekadar tuduhan sedemikian dilemparkan, malah sebagai anak kepada wakil rakyat, Dafi tidak terlepas daripada menjadi mangsa serangan berbaur politik. Ketika yang sama, tidak kurang yang menghampiri dengan harapan dia mampu menjadi orang tengah supaya mereka dapat berurusan dengan bapanya.

"Sejak orang tahu siapa saya, ramai juga yang cuba mendekati. Malah, ada yang tidak pernah berhubung dengan saya pun cuba rapat, semata-mata untuk minta bantuan daripada papa," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Kisah Chenta Uda & Dara di ibu kota, baru-baru ini.

Dafi sedar semua itu sebahagian daripada asam garam perlu dihadapinya sebagai artis yang juga anak tokoh politik dikenali. Dia tidak kisah dengan semua itu, malah, ada kalanya dia juga turun memberikan sokongan kepada si bapa ketika berkempen, seperti yang akan dilakukan pada 1 Mei ini di Bera, Pahang.
"Pada acara itu nanti mungkin akan ada aktiviti dengan penduduk setempat. Kalau diminta menyanyi, sudah tentu saya tidak keberatan menunaikannya. Begitupun, pembabitan saya dalam kempen ini bukanlah kerana minat untuk terbabit dalam politik, sebaliknya ingin membantu jentera Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum nanti," katanya.

Hasil usaha sendiri

Akui Dafi, 25, memanglah dia tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan bantuan bapanya dalam melancarkan lagi kerjaya seninya itu. Begitupun, bekas peserta program Akademi Fantasia musim kelima ini enggan menggunakan kesempatan yang ada.

Selagi termampu, dia mengerat keringat sendiri untuk membina nama dalam dunia muzik.

"Di mata orang, mungkin mereka nampak saya senang dan mudah untuk mendapatkan apa yang diingini. Tetapi, sebenarnya apa yang saya miliki sekarang adalah atas usaha dan perit jerih saya selama enam tahun dalam industri.

"Saya buat album pun menggunakan duit sendiri. Biarlah orang nak kata apapun, hakikatnya saya bukan jenis suka meminta. Kecuali, kalau betul-betul terdesak, mungkin saya akan minta pertolongan atau pandangan papa," katanya yang kini sibuk menyiapkan album berjudul #D4F1, yang akan dilancarkan selepas Aidilfitri.

Kahwin usia 30 tahun

Mengenai album terbaru itu, dia memberitahu, ia memuatkan lima hingga enam lagu yang dicipta Ajai.

"Keadaan pasaran album yang suram sekarang membataskan saya untuk menghasilkan lebih banyak lagu," katanya yang menyimpan hasrat menghasilkan album duet dengan artis diminati, antaranya As Feminin, tahun depan.

Menyentuh soal cinta, penyanyi yang baru muncul dengan single, Salahkah Aku, enggan memberi tumpuan pada soal itu kerana takutkan komitmen.

Belum bertemu gadis yang sesuai, Dafi selesa hidup solo sehingga dia berasa puas dan memiliki apa yang diimpikan dalam kerjayanya terlebih dulu.

"Saya lebih suka menumpukan kepada keluarga, kerjaya dan kawan kerana buat masa sekarang, saya belum mampu memberikan komitmen dalam perhubungan. Saya juga lebih suka mencari sendiri pilihan hati," katanya yang berhasrat menamatkan zaman bujang pada usia 30 tahun.

Ahad, 28 April 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Menghidupkan kisah 'Oblivion'

Posted: 27 Apr 2013 05:00 PM PDT

ADVERTORIAL Tidak dapat disangkal, antara daya penarik filem 'Oblivion' adalah barisan pelakonnya yang terdiri daripada Tom Cruise dan Morgan Freeman. Kedua-duanya pelakon gred A yang sudah lama menghambakan diri kepada seni lakonan. Gandingan sulung mereka di layar perak semestinya sesuatu yang dinanti-nantikan.

Tatkala dimaklumkan pelakon veteran tersebut telah menerima tawaran membawa watak Beech, pemimpin sekumpulan pejuang revolusi di Bumi, Cruise memberitahu, "Pada tahun 1990, kami berdua telah dicalonkan untuk Oscars. Saya untuk watak saya dalam 'Born on the Fourth of July dan dia untuk 'Driving Miss Daisy'.

"Saya begitu mengaguminya dan saya ingat lagi di malam Oscars, saya memberitahunya saya meminati hasil kerjanya dan mencadangkan kami patut bekerjasama. Agak sedih ia telah mengambil masa bertahun lamanya untuk kami digandingkan tetapi saya gembira diberikan peluang ini. Dia seorang individu yang hebat dan pelakon yang luar biasa."

Freeman bila ditanya alasannya menerima projek ini menjawab, "Yang membezakan 'Oblivion' daripada filem-filem lain ialah kreativiti, kostum dan set-nya. Ia seakan sebuah dunianya tersendiri. Joe Kosinski (pengarah) seorang yang menitikberatkan kesempurnaan, dia tahu apa yang dia inginkan. Ini menjadikan pengalaman bekerja dengannya amat menyeronokkan."

'Oblivion' turut dibintangi Olga Kurylenko dan Andrea Riseborough. Ramai yang mungkin mengingati Kurylenko dari filem 'Quantum of Solace' sementara Riseborough mula mendapat perhatian melalui filem 'W.E.', arahan Madonna.
Menurut penerbit Peter Chernin, mereka mencari pelakon wanita yang mampu memenuhi keperluan emosi filem tersebut. Olga dikatakan telah memberi watak Julia Rusakova satu jiwa yang besar dan mendalam. Andrea pula bakat baru yang cukup bersemangat. Kedua-duanya begitu serasi dalam gandingan mereka dan membawa watak masing-masing ke satu tahap yang di luar jangkaan.

Untuk menghidupkan watak Julia, pihak produksi mencari seorang aktres yang tahan lasak seperti Cruise. Bukan sesuatu yang mudah tetapi Olga seorang yang berani mencuba apa saja.

"Jangan terlalu percaya dengan apa yang anda lihat di dalam filem ini. Kehadiran Julia di dalam hidup Jack Harper dan Victoria 'Vika' Olsen bukan saja menghancurkan kehidupan sempurna mereka tetapi juga membawa kepada pelbagai masalah. Keadaan menjadi huru-hara. Ditambah pula watak ini memerlukan saya melakukan pelbagai babak aksi yang belum pernah saya buat sebelum ini," ujar Kurylenko.

Sebelum kedatangan Julia, hanya ada seorang wanita di sisi Jack, pembantunya Vika. Biarpun Jack berdepan dengan ketidapastian, Vika menasihatkannya supaya tidak mempersoalkan apa yang diketahui mereka sebaliknya menuruti sahaja.

"Jack dan Vika berada di satu titik dalam kehidupan mereka di mana masing-masing mempunyai keinginan berlainan. Vika seorang pengatur strategi yang hebat dan berjiwa positif. Tetapi tindakannya mungkin kelihatan sedikit radikal."

Membawa watak Sykes, orang kanan Beech, adalah Nikolaj Coster-Waldau yang kian popular melalui wataknya dalam drama 'Game of Thrones'.

"Mereka yang terselamat dari peperangan dengan makhluk asing telah melalui kehidupan yang sukar dan perit. Keadaan telah merubahkan mereka, menjadikan 'Oblivion' sebuah kisah yang menarik," kata Coster-Waldau.

Karektor Sally, penyelia Jack dan Vika, dilakonkan Melissa Leo. Fokus Sally hanya pada menyiapkan tugasan yang diberikan, tak kira apa kos dan akibatnya.

"Joe (Kosinski) telah berjaya mengumpulkan bakat-bakat besar dari pelbagai bidang untuk mencipta sesuatu yang unik. Bila membaca skrip yang diberikan, saya dapat rasakan ini satu projek yang istimewa. Pada terasnya, 'Oblivion' sebuah kisah tentang cinta, tentang manusia."

'Oblivion' akan berada di pawagam bermula 11 April ini.

Sabtu, 27 April 2013

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Elak persoalan cinta

Posted: 26 Apr 2013 03:03 PM PDT

Diperkenalkan ketika berusia 9 tahun menerusi album, Andai Aku Besar Nanti pada 1999, Sherina Munaf, 23, akur kedewasaan yang sedang mengekori membuat dirinya tidak terlepas diburu persoalan cinta.

Namun semua kisah itu masih tersimpan rapi dalam kamar hati gadis kelahiran Bandung, Jawa Barat dan enggan dikongsi, meskipun beberapa cubaan dilakukan untuk mencungkil sisi peribadinya.

Menjalin cinta dengan bekas anggota band, Alexa, Rizki Syarief sejak tiga tahun lalu, Sherina lebih selesa memilih untuk tidak memberi komen ketika pertanyaan mengenai cinta mereka diutarakan.

"Ada pertanyaan lain?," kata juri program realiti, The Voice Indonesia itu cuba mengalihkan persoalan mengenai peribadinya ketika ditemui wartawan, barubaru ini.

Barangkali kerana prinsipnya itu, artis remaja yang memiliki pengaruh besar di Indonesia selepas Agnes Monica berdepan kesulitan ketika cuba menghasilkan lagu bertemakan cinta.

Penyanyi lagu Jalan Cinta yang turut mengisi latar filem, Ayat-Ayat Cinta mengakui, sulit dalam memberikan interpretasi terhadap perkataan yang memiliki pengertian luas itu.

Rahsia isi album
Masih merahsiakan keseluruhan pengisian album bertemakan cinta itu, Sherina sekali lagi mengelak apabila ditanya mengenai sokongan kekasihnya itu.

Biarpun kelibat Rizki dilihat menemaninya sepanjang menjalani penggambaran muzik video single pertamanya, Sebelum Selamanya, Sherina lebih senang bercerita mengenai dukungan keluarga.

"Ibu sering membekalkan saya dengan makanan berkhasiat, disebabkan saya terpaksa bersengkang mata untuk menggarap album terbaru ini.

"Jadual hidup saya berkecamuk tapi ibu selalu nasihat supaya tidur cepat. Begitu juga adik dan ayah yang akan datang menemani, sambil mendengar lagu ciptaan saya," katanya berhelah.

Sherina yang kali terakhir muncul bersama album, Gemini pada 2009 mengakui, memerlukan masa yang lama untuk menuang seluruh isi hatinya ketika menghasilkan lagu mengenai cinta.

Bagaimanapun katanya, album itu mengungkap sisi berbeza dirinya sebagai penyanyi apabila keseluruhan pengisiannya berkisar kepada komitmen pasangan yang sedang bercinta.

"Setiap lagu yang dihasilkan saya persembahkan kepada mereka yang sedang jatuh cinta.

Tidak kira dalam situasi apapun, asas pengisian album ini adalah komitmen.

Berpacaran harus serius

"Kemuncak sebuah percintaan adalah pernikahan, justeru setiap pasangan harus saling mempercayai.

Begitu juga ketika berpacaran, harus serius," kata gadis yang melakar populariti selepas membintangi filem drama muzikal, Petualangan Sherina pada 2001.

Bernama lengkap, Sinna Sherina Munaf, penyanyi berdarah Minang ini melakar sejarah peribadi sebagai warga Indonesia pertama mencapai sejuta pengikut di laman sosial, Twitter sebelum kedudukan selesanya dipintas Agnes Monica.

Sherina juga pernah diundang Jackie Chan untuk menjayakan program amal membantu mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun yang turut disertai barisan penyanyi dari Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan China.

Pengaruh besarnya turut dimanfaatkan apabila Sherina dilantik sebagai Duta Satu Hati Cerdaskan Bangsa, program keprihatinan terhadap pendidikan untuk anak Indonesia sejak 2007 hingga 2011.

Jumaat, 26 April 2013

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Razif Hashim tidak laku

Posted: 26 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar ZULHILMI ZAINI (Pelatih UiTM)

PERCAYA masih ada ruang untuk dirinya lebih dikenali pada masa depan.

SIAPA Razif Hashim? Maaf saya tidak kenal. Persoalan dan jawapan itu pasti akan diungkapkan oleh banyak individu apabila ditanya mengenai pelakon dan pengacara kacak, Razif Hashim.

Tidak terkenal dan jarang ditampilkan di dalam sesebuah filem atau drama popular, memang memberi kesukaran untuknya menonjol sama seperti pelakon popular yang lain.

Hendak dikatakan tiada bakat berlakon, dia memilikinya. Razif sebenarnya pernah muncul dalam sebuah siri, Jeffs Place dan paling hebat digandingkan bersama pelakon popular, Lisa Surihani.

Apabila ditanya mengenai bakat lakonannya yang tidak diiktiraf oleh produksi tempatan, Razif lantas menjawab dengan nada yang sayu bahawa dia sangat sedih kerana tidak diterima walaupun mempunyai Ijazah Sarjana Lakonan dari East 15 Acting School, London.

Tawaran lakonan memang sukar untuk saya perolehi walaupun pelbagai uji bakat drama ataupun filem yang saya hadiri selepas pulang daripada menyambung pelajaran pada 2010.

Barangkali saya tidak cukup bagus sebagai pelakon oleh sebab itu saya tidak diberi peluang untuk memegang watak dalam filem atau drama walaupun mempunyai ijazah sarjana dalam bidang lakonan.

Hati saya memang kecewa tetapi apakan daya rezeki saya bukan terletak di situ. Tidak diterima bukan bererti saya sudah berputus asa dan patah semangat dalam bidang lakonan. Lakonan itu memang saya minat sejak dulu lagi," akuinya.

Razif atau nama sebenarnya Mohamad Razif Hashim Natt, 30, memberitahu dua projek terakhir yang melibatkan dirinya adalah menerusi drama bersiri Aku, Dia dan Tong Sampah terbitan Playground Production dan filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, Tanda Putera.

Di sebalik wajah tampan dan pelajaran yang tinggi itu, sememangnya tersimpan pelbagai kisah dan duka yang perlu dilaluinya.

Tetapi dia sebenarnya tidak perlu bimbang dan tertekan walaupun kerjaya lakonan agak terbantut kerana dalam bidang pengacaraan, rezekinya semakin murah.

Saya tetap bersyukur walaupun tidak diterima berlakon. Dalam bidang pengacaraan saya masih diterima lagi. Mungkin rezeki saya di sini. Cinta saya memang pada lakonan tapi rezeki lebih pada sebagai pengacaraan.

Malah pelbagai tawaran telah saya terima. Namun, saya perlu bijak mengambil setiap peluang itu," katanya yang kini akan melakukan penggambaran bagi musim ketiga sebuah rancangan travelog makanan, Best In The World pada bulan Jun ini.

Walaupun bidang pengacaraan bukanlah minat utamanya namun dia semakin keseronokan semakin terasa setelah bergelar seorang pengacara.

Tambahan pula, bidang pengacaraan telah membuka mindanya tentang pelbagai perkara yang tidak pernah disedarinya sebelum ini.

Selain itu, ia juga telah mendewasakan diri saya dari pelbagai aspek untuk menjadi lebih baik," jelasnya.

Buka sebuah restoran

MENONTON aksinya dalam Best In The World yang cukup teruja menjamah tanpa henti semua makanan yang terhidang di atas meja sehingga ada yang melabelkan dia sebagai pelahap, Razif berkata, dia tidak risau dengan dakwaan orang itu kerana apa yang dia lakukan itu ada sebabnya.

Saya tak kisah orang nak cakap saya gelojoh ke atau apa. Saya memang suka makan. Dan saya datang dari keluarga yang suka makan," katanya dalam hilai ketawa.

Meskipun begitu, ada juga memuji gelagatnya yang dilihat berkesan dan benar-benar merangsang penonton untuk turut berasa keenakan makanan yang dinikmati.

Atau paling tidak, sekurang-kurangnya Razif berjaya membuat penonton terliur di kala dia menikmati hidangan.

Sebenarnya saya boleh jer makan dengan tertib. Tapi dalam rancangan tu, saya sangat enjoy dengan apa yang saya makan. Lagipun saya tidak memilih makan," kata bekas pengacara 8TV Quickie.

Itulah pengalaman Razif setelah mengacarakan program berkaitan makanan. Namun demikian, Razif yang memang seorang periang ini menyimpan cita-cita tinggi.

Kata Razif, pengalaman banyak mengajarnya supaya tidak berputus asa dan perlu meneruskan segala apa yang dilakukan.

Selain sibuk dengan kerjaya seni, saya juga mengurus sebuah restoran yang telah dibuka oleh keluarga saya.

Itu semua saya lakukan setelah mengalami pelbagai perkara menarik sepanjang mengacara rancangan makanan. Walaupun dengan makanan, saya mendapat pelbagai ilham dan percaya makanan dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara kaum yang pelbagai di Malaysia," jelasnya.

Di samping mengacara dan menjalankan perniagaan makan, Razif juga sedang membangunkan modul Performance Intelligent untuk latihan korporat yang sudah dibuka sejak enam bulan lalu.

Dalam era teknologi dan pembangunan kini, saya mengambil kesempatan itu untuk terus mengejar cita-cita membina sebuah gim kreatif pertama di Malaysia.

Apa yang saya maksudkan ini adalah secara kebiasaannya anda ke gim untuk membentuk tubuh badan agar menjadi sasa tetapi dengan kami anda bakal mempelajari dan menguji tahap kreativiti dan kemahiran komunikasi. Bersenam sambil belajar," katanya.

Melalui pembelajaran ini, pelbagai teknik lakonan akan dipelajari, kata Razif.

Lakonan adalah sebuah proses yang dapat membantu seseorang untuk memperbaiki penceritaan dan cara penyampaian maklumat.

Oleh itu, kami komited untuk mengajar dan mendidik golongan anak muda mengenai lakonan dan persembahan agar mereka (anak muda) dapat mempertahankan seni di dalam negara kita," jelasnya.

Watak Sam popularkan Imuda

Posted: 26 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar SYEFRY MONIZ

GAMBAR terbaru Imuda yang diambil di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

SEJAK awal tahun 1980-an, Imuda telah terbabit dalam pelbagai bidang seni tempatan dengan kerjaya awalnya sebagai pelukis di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan penyair. Imuda atau nama sebenarnya Abdul Rahim Muda juga merupakan penyanyi dan pelakon.

Bagaimanapun di antara ke semua bidang seni itu, dia paling menyerlah dan diingati ramai kerana pembabitannya sebagai pelakon komedi. Sitkom 2 + 1 merupakan siri televisyen yang telah mempopularkan namanya dalam dunia lawak jenaka tanah air.

Menerusi sitkom arahan Othman Hafsham itu, dia melakonkan watak Sam iaitu seorang lelaki lembut yang bekerja sebagai pereka fesyen. Walaupun watak itu pernah mencetuskan kontroversi tetapi ia secara tidak langsung telah melonjakkan populariti namanya sebagai pelakon komedi.

Saya sendiri tidak menyangka watak Sam itu menjadi fenomena dan ikutan ramai. Pada mulanya watak Sam bukannya lembut tetapi saya cadangkan karakter itu kepada Othman Hafsham dan dia bersetuju dengan idea itu.

Tujuan saya reka karakter Sam itu antara lain bagi menyesuaikan watak itu bergaul dengan tiga gadis yang berjiran dengannya. Malah, Sam asalnya hanyalah watak sampingan sahaja tetapi kerana sambutan para penonton Sam kemudiannya menjadi watak utama dalam sitkom itu," katanya kepada Hits di Petaling Jaya baru-baru ini.

Jelas anak seni berusia 54 tahun ini, sambutan para penonton itu dapat dilihat apabila rating penonton yang menyaksikan 2 + 1 ketika ia ditayangkan di TV3 pernah mencecah lima juta penonton.

Sitkom itu bukan sahaja menjadi siri televisyen yang paling popular pada tahun 1980-an. Malah, ia sekali gus telah membuka ruang yang lebih luas kepada Imuda menggunakan formula kejayaan watak Sam untuk meneruskan lagi kesinambungan siri komedi itu selepas sambutan tersebut.

Ketika itu pelakon utama 2 + 1 ialah Susan Lankester, Louisa Chong dan Liza Othman, manakala saya hanyalah pelakon tambahan. Tetapi selepas tiga musim ditayangkan, Sam telah diangkat menjadi watak utama. Kalau watak Sam tidak muncul dalam 2 + 1 maka siri itu seperti menjadi tidak ceria.

Ketika itu golongan lelaki lembut tidak banyak diperkatakan sehinggalah saya popularkan. Saya banyak mengambil inspirasi daripada lelaki lembut yang saya kenali ketika itu seperti pelakon Jaafar Onn dan penulis lirik Juwie sebagai bahan rujukan untuk watak Sam," ujarnya.

Dikecam kerana lembut

Imuda memang boleh berbangga kerana watak Sam yang dilakonkannya itu diminati ramai penonton. Namun, pada masa sama dia yang juga merupakan seorang kartunis tidak terkecuali daripada mendapat kecaman masyarakat kerana dikatakan mempopularkan budaya dan trend lelaki lembut yang kemudiannya menjadi ikutan ramai.

Siri itu pernah dikecam ramai dan ia dihentikan siarannya buat sementara. Bagi saya respons itu memang sedikit sebanyak mengganggu emosi saya tetapi secara tidak langsung ia adalah bukti keberkesanan dan kejayaan watak lakonan saya itu.

Niat saya bukan mahu para penonton meniru atau terikut-ikut dengan karakter watak Sam yang lembut tetapi semua itu cuma sekadar lakonan dan hiburan sahaja. Tetapi lama kelamaan para penonton dan masyarakat boleh menerima kehadiran Sam kerana watak seperti Sam memang banyak dalam masyarakat hari ini," tuturnya.

Jelas Imuda selain watak Sam, watak Budin yang dilakonkannya menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga banyak mengangkat namanya sebagai pelakon komedi. Sitkom yang diarahkan oleh Prof. Dr. Hatta Azad Khan itu juga pernah menjadi antara sitkom popular kerana banyak memaparkan isu masyarakat di dalamnya.

Watak Budin berlainan dengan Sam kerana watak itu sedikit sebanyak menggambarkan karakternya sebagai budak kampung yang nakal tetapi bijak dalam mencetuskan pelbagai isu sosial yang sedang berlaku dalam masyarakat pada tahun 1980-an.

Budin adalah watak budak kampung yang berperwatakan tersendiri seperti berambut panjang dan suka melepak di gerai. Ketika itu Kementerian Penerangan di bawah Menterinya, Datuk Mohamed Rahmat melarang artis lelaki berambut panjang keluar televisyen.

Tetapi entah macam mana saya yang melakonkan watak Budin yang berambut panjang boleh terlepas pandang sehingga ada artis seperti Datuk Shake yang berambut panjang ketika itu melahirkan rasa tidak puas hati," katanya.

Selepas lebih 20 tahun watak Sam dan Budin masih diingati ramai sehinggalah ke hari ini kerana sambutan para penonton terhadap 2 + 1 dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang antara lain telah dimasukkan ke dalam Malaysia Books of Records kerana menjadi siri sitkom televisyen yang paling lama ditayangkan iaitu lebih 10 musim.

Bagi Imuda kejayaan dua watak lakonannya itu tidak terhenti setakat itu sahaja, sebaliknya sehingga kini dia masih meneruskan kerjayanya sebagai anak seni termasuklah dalam bidang nyanyian.

Terbaharu dia telah muncul dengan album single berduet dengan Art Fazil menerusi sebuah lagu berjudul Rilek Brader terbitan Moro Records yang telah dirakamkan di Studio 47 di Singapura pada tahun lalu.

Inspirasi lagu itu diambil daripada salah satu adegan filem Kembara Seniman Jalanan yang saya lakonkan pada pertengahan tahun 1980-an yang mana dalam filem itu saya melakonkan watak Joe Burger. Dalam adegan itu saya banyak sebut dialog rileks la brader.

Lagu Rilek Brader adalah sebuah lagu berkonsepkan santai yang ada elemen blues dan komedi. Ia sesuai dengan cita rasa dan penampilan saya pada usia sekarang ini.

Art Fazil yang telah menjemput saya berduet dengannya dalam lagu yang diciptanya itu. Setakat ini lagu itu telah ditonton lebih 76,000 penonton di laman YouTube baru-baru ini," jelasnya lagi.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Wanita dalam hidup Zizan

Posted: 25 Apr 2013 05:40 AM PDT

Benarlah kata orang, di sebalik kejayaan setiap lelaki, ada wanita berdiri yang mendorong di belakang. Begitu jugalah juga dengan Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, Zizan Razak.

Selain sokongan padu daripada peminat, kerjaya seni artis pelbagai bakat berusia 29 tahun itu banyak berhutang budi pada keluarga serta ibunya sendiri, Anai Ibrahim, 56.

Selasa lalu, nama wanita terbabit diumumkan sebagai seorang daripada penghantar borang undian terbanyak ABPBH 2012 pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan Holiday Villa Hotel & Suites, Subang.

Anai yang berbangga dengan kejayaan anak bongsunya mengakui tidak pernah membeli surat khabar untuk mengundi Zizan. Sebaliknya, nama wanita ini digunakan oleh peminat artis komedi terbabit dalam borang undian tanpa pengetahuannya.

Namun Anai yang juga seorang suri rumah berkata, hubungannya dengan anggota kelab peminat, Zizan Twitter Family, memang akrab. Malah, sepanjang proses undian berlangsung, dia sering berulang-alik antara Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur, semata-mata untuk meniupkan kata-kata semangat buat peminat anaknya.

"Sepanjang tempoh mengundi, boleh dikatakan setiap dua minggu sekali saya turun ke Kuala Lumpur bertemu peminat Zizan. Biasanya kami akan berkumpul di satu tempat untuk memangkah undi bersama-sama. Namun, kehadiran saya lebih kepada untuk memberikan motivasi kepada mereka.

"Selama Zizan dicalonkan dalam ABPBH, saya tidak pernah mengundi. Bahkan, saya tidak tahu menahu langsung mereka menggunakan nama saya dalam borang undian," katanya.
Berkorban demi anak

Menurut Anai lagi, sejak anaknya berkecimpung dalam dunia seni, masanya lebih banyak dihabiskan di ibu kota berbanding Terengganu, apatah lagi anak sulungnya juga menetap bersama Zizan.

Lagipun, dia faham kesibukan Zizan banyak mengekang waktu pemuda terbabit, sehingga tidak dapat kerap pulang ke kampung.

Sebagai ibu pula, Anai sanggup berkorban demi anak kesayangannya.

"Saya faham dia sibuk, jadi dia jarang dapat pulang ke kampung. Jika ada cuti sehari biasanya saya melarang Zizan daripada balik ke Terengganu kerana saya bimbangkan keadaan dirinya. Saya tidak mahu dia penat disebabkan terburu-buru," tegas Anai.

Zizan bawa rakan wanita bertemu ibu

Ketika ditanya pandangannya mengenai gosip cinta membabitkan pelakon Mael Lambong itu pula, Anai memaklumkan, dia tidak pernah campur tangan dalam soal membabitkan teman hidup anak bujangnya.

Mengaku cukup akrab bersama anaknya, Anai turut mendedahkan Zizan pernah membawa pulang beberapa wanita ke rumah, untuk diperkenalkan kepadanya, termasuklah dua pelakon wanita berwajah Pan Asia, Juliana Evans dan Emma Maembong.

Namun menurut Anai, Emma sudah dikenalinya sejak dua tahun lalu apabila finalis kategori Artis Baru Wanita Popular itu itu berkunjung ke rumahnya ketika Hari Raya.

"Saya tidak kisah siapa pun wanita yang menjadi pilihan Zizan, sama ada artis ataupun orang biasa. Malah, dari mana asal gadis berkenaan pun bukannya hal utama. Semuanya terpulang kepada Zizan untuk menentukan. Paling penting, bakal isterinya harus memahami kerjaya Zizan yang sentiasa sibuk, dan wanita terbabit juga tidak boleh mudah rasa cemburu.

Berkenan dengan Juliana Evans

"Setiap kali mengenali seseorang wanita, memang menjadi kebiasaan Zizan membawa temannya untuk bertemu saya. Namun saya faham perangai anak saya, selalunya hubungannya tidak lama.

"Saya tidak pernah campur tangan dalam setiap perhubungannya, cuma Zizan seolah-olah boleh membaca perasaan saya. Jika ada wanita yang saya rasakan tidak serasi di jiwa, Zizan seperti boleh hidu dan biasanya hubungan itu tidak bertahan.

"Buat masa ini pula dia belum memberitahu saya, siapa teman wanitanya. Cuma sepanjang memperkenalkan beberapa wanita kepada saya, saya berkenan dengan Juliana. Tetapi saya tahu, kasih sayang yang wujud antara mereka tidak lebih sekadar teman rapat," katanya.

Khamis, 25 April 2013

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Dokumentari pencerobohan Lahad Datu 70 peratus siap

Posted: 25 Apr 2013 01:30 AM PDT

Oleh AZIZ ITTAR

KUALA LUMPUR 25 April - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kini dalam proses menyiapkan sebuah dokumentari tentang pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah awal bulan lalu.

Ketua Pengarah Finas, Datuk Md. Afendi Hamdan berkata, dokumentari yang belum mempunyai judul dengan kos kurang RM1 juta itu telah 70 peratus siap.

"Ia dijangka disiapkan dalam masa beberapa bulan ini dan ia adalah inisiatif Finas merakamkan tragedi tersebut untuk tatapan umum.

"Projek ini dibuat di bawah program filem kenegaraan yang Finas usahakan sejak dulu," katanya kepada Utusan Malaysia.

Md. Afendi menambah, Finas juga dalam proses menerbitkan sebuah filem cereka tentang perjuangan Kanang anak Langkau, perajurit keturunan Iban dari Sarawak menentang pengganas komunis.

"Proses pembikinan filem seperti ini agak rumit kerana banyak sensitiviti yang harus diambil kira dari segi agama dan juga membabitkan sanak saudara mendiang Kanang itu sendiri," katanya. - UTUSAN ONLINE

Zizie peruntuk 15 jam bantu kempen suami

Posted: 24 Apr 2013 11:42 PM PDT

KUALA LUMPUR 25 April - Hampir 15 jam sehari, itu masa yang diperuntukkan oleh pelakon Zizie Ezette untuk membantu jentera kempen pilihan raya di kawasan suaminya, Datuk Bung Moktar Radin yang juga calon Barisan Nasional Parlimen Kinabatangan.

"Memang sibuk, semua kawasan dijelajahi, kami memang berkempen berhabis-habisan dan saya lebih fokus kepada merayu undi dari rumah ke rumah," kata Zizie kepada kepada Utusan Online.

Malah untuk menyampaikan kempen secara lebih berkesan, Zizie tidak akan sepanjang masa mengekori suaminya ke setiap lokasi.

"Kami berpecah kepada dua team (kumpulan). Datuk (Bung Moktar) dengan teamnya akan ke lokasi lain melalui ceramah, berjumpa kumpulan pengundi yang lebih besar.

"Sementara saya lebih kepada merayu undi dari rumah ke rumah. Saya banyak bertemu dengan kumpulan wanita dari rumah ke rumah," beritahu Zizie lagi.

Pelakon putih melepak ini bernikah dengan Bung Moktar pada penghujung 2009 dan ini merupakan kali pertama beliau membantu suaminya berkempen bagi mengekalkan kerusi Parlimen Kinabatangan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Bung Mokhtar ditentang Abdullah Abdul Sani (PKR), Yambuya Perantis @ Cyril Pongod (Star) dan Ali Latip Taha (Bebas). - UTUSAN ONLINE

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Mampukah Star Trek Into Darkness memenuhi jangkaan?

Posted: 24 Apr 2013 04:32 AM PDT

ADVERTORIAL

Kejayaan filem 'Star Trek' empat tahun lalu memberi jaminan kepada para Trekkies yang kisah penggembaraan Kapten James T. Kirk dan teman-teman lepasan Akademi Starfleet-nya dapat diteruskan di layar perak. Tetapi pada masa yang sama, kejayaan tersebut bermakna pengarah J.J. Abrams perlu menghasilkan satu kesinambungan yang menjangkau jangkaan pengkritik, penonton serta peminat tegar Star Trek.

Abrams sedar dia perlu meneroka dengan lebih mendalam setiap aspek filem itu dari pengupasan watak dan jalan cerita. Kapal Enterprise perlu diperbesarkan, dimana penonton dapat melihat panjang dan keluasan kapal dari anjungannya ke Turbo Plaza, Med Bay sehinggalah Bilik Transporter. Dunia baru perlu dibina. Malah untuk membawa kisah 'Star Trek' ke sempadan baru, Abrams membuat keputusan merakamkan filem tersebut menggunakan gabungan IMAX dan 'anamorphic 35mm' sebelum hasilnya ditayangkan dalam 3D.

Baginya, filem yang dirakam menggunakan IMAX mempunyai kebolehan menarik penonton ke dalam filem tersebut. Belum lagi melihat filem penggembaran angkasa dipersembahkan dalam format sebegini, ia membuka ruang seluas-luasnya untuk dia mencuba. Lebih-lebih lagi cerita Star Trek yang mengetengahkan pertempuran epik, pemandangan memukau planet-planet asing dan aksi-aksi mendebarkan.

"Penggunaan IMAX memberi gambaran betapa besarnya skala cerita itu bukan saja di angkasa tetapi di Bumi dan di atas kapal Enterprise. Ditambah pula beberapa set kami lebih menegak dari mendatar. Kami menggunakannya untuk merakam planet Nibiru di awal filem, planet asal Klingon, Kronos dan di penghujung filem untuk babak kejar-mengejar sekitar bandar San Francisco. Akhirnya kami tetapkan jika ia penggambaran luar, kami akan menggunakan IMAX, dan 'anamorphic 35' untuk penggambaran dalam," jelas Abrams.

Meskipun 'Star Trek Into Darkness' sebuah filem imaginasi dan fantasi, Abrams sebanyak mungkin cuba mengurangkan penggunaan skrin hijau dan CG kerana inginkan hasil yang lebih intim dan realistik.

"Tidak mungkin kita dapat menghasilkan sebuah filem dengan judul 'Star Trek' dan tidak mempunyai elemen skrin hijau. Tetapi salah satu perkara yang telah kami teruskan dari filem pertama adalah untuk mencari lokasi atau membina set bila perlu untuk menghasilkan sebuah dunia yang rasanya tidak sintetik tetapi benar-benar wujud.

"Namun begitu, apa yang lebih penting adalah untuk menceritakan satu kisah yang menarik dan penuh emosi. Cabaran terbesar Kirk, Spock, Uhura, Bones, Scotty, Sulu dan Chekov bukan saja kuasa jahat yang telah memusnahkan Starfleet tetapi persoalan jika mereka dapat bergantung pada satu sama lain dan sejauh manakah kepercayaan di antara mereka. Dan bagi Kirk, apa yang bermula sebagai satu misi dendam menjadi pencarian untuk maksud sebenar di sebalik gelaran kapten," ujar Abrams.

Tarikh Tayangan Di pawagam 16 May 2013 (3D)

Takkan jual kereta hadiah

Posted: 24 Apr 2013 04:31 AM PDT

Tidak berhasrat menjual kenderaan yang dimenangi, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, Shaheizy Sam Samad, berkata kereta sport Nissan 370Z Coupe tajaan Edaran Tan Chong Motors bernilai hampir RM400,000 itu akan digunakan secara bergilir-gilir dengan kereta dimenangi dua tahun lalu.

Selain kereta, pelakon ini turut membawa pulang barangan kemas tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM150,000. Dia menerima habuan berkenaan pada majlis penyerahan hadiah kepada pemenang artis dan kategori pembaca di Holiday Villa Hotel & Suites, Subang Jaya, kelmarin.

Kegembiraan itu turut dikongsi ahli keluarga Sam iaitu ibunya, Khaty Fauziah, serta abang dan dua anak buahnya yang turut hadir memberikan sokongan pada majlis terbabit.

Menurut Sam, dia enggan menjual hadiah terbabit kerana tidak mahu mengecilkan hati peminat yang bersusah payah mengundi demi memastikan kemenangannya.

"Saya akan memakai sendiri hadiah kereta ini sebagai menghargai pemberian orang, khususnya peminat. Mereka bersusah payah mencurahkan masa dan tenaga untuk mengundi saya, jadi saya yakin mereka akan lebih berbesar hati apabila melihat saya memandu sendiri kereta itu.

Berkat beli kereta untuk ibu

"Kereta yang dimenangi dua tahun lalu akan tetap saya gunakan dan saya akan memandunya secara bergilir-gilir. Walaupun sudah memiliki kereta baru, saya masih sayangkan kereta Nissan Teana itu kerana ia kemenangan pertama saya sebagai Bintang Paling Popular.
"Saya masih menjaga kereta itu dengan baik. Saya juga pantang melihat kesan kotoran. Jika lihat ada kesan kotor saja saya akan segera menghantar kereta itu untuk dicuci," katanya yang tidak pernah memiliki kereta mewah sebelum memenangi Nissan Teana.

Sebelum ini Sam menggunakan Kancil untuk berulang alik ke lokasi penggambaran dan dia tidak malu memandu kereta itu.

Katanya lagi, kemenangan dua kereta berkenaan mungkin balasan atas keikhlasan membelikan kereta buat kegunaan ibunya.

Hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarang Kumpulan BH selaku Penaung ABPBH 2012, Datuk Mior Kamarul Shahid; Timbalan Pengarang BH merangkap Penasihat 1 ABPBH, Mahfar Ali; Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan dan Hiburan BH merangkap Pengerusi Bersama ABPBH, Hanizam Abdullah; serta Pengarang Hiburan BH, juga merangkap Pengerusi Bersama ABPBH, Shamsul Azree Shamshir.

Bawa Fazura jumpa orang tua

Sementara itu, mengenai kisah keakraban dengan pelakon, Nur Fazura, yang dilihat hadir berpakaian sedondon rona ungu pada malam kemuncak ABPBH 2012, 7 April lalu, Sam mengakui mereka memang rapat. Malah, mereka akan lebih intim lagi memandangkan kedua-duanya bergandingan dalam filem baru, Manisnya Cinta.

Sam akui senang dengan pelakon itu dan menganggap Fazura sebagai wanita yang 'sempoi'. Bagaimanapun, dia menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa.

Sam turut berkata, dia pernah membawa aktres itu bertemu ibunya, tetapi tidaklah sampai ke tahap pulang ke rumah keluarga.

"Daripada reaksi mummy, saya dapat rasakan dia selesa dengan Fazura. Mungkin Fazura sudah lama dalam industri, jadi dia tahu bagaimana mengambil hati orang tua.

"Saya mengaku selesa berkawan dengannya. Kami sudah kenal sejak 2008 lagi, tapi baru kini saya berkesempatan untuk rapat dengannya.

"Selama ini saya hanya mendengar cerita mengenai gaya hidupnya, tetapi selepas mengenali Fazura, dia tidaklah seperti yang digambarkan. Ternyata dia seorang yang sangat 'sempoi' dan merendah diri," katanya.

Rabu, 24 April 2013

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Penat tetap bersemangat

Posted: 24 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL
MOHD. RADI
Gambar FAIRUZ IZYANA AYUB

MENJADI seorang ibu memang satu amanah terbaik bagi setiap wanita yang bergelar isteri.

Meskipun bukan senang untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan dalam masa yang sama sebagai ibu, ia tetap menjadi satu kerjaya yang indah dan penuh dengan kemanisan.

Tugas seorang isteri ialah melayan keperluan asas suami manakala sebagai ibu pula melayan kerenah anak dan keperluan mereka. Tambah berat apabila seseorang itu adalah wanita bekerjaya yang sentiasa sibuk dengan kerja dan lain-lain.

Begitu juga dengan aktres serba boleh, Sazzy Falak atau Sazlini Shamsul Falak, walaupun sibuk dengan kerjayanya yang padat masih mampu meluangkan masa berkualiti bersama anak kembarnya.

Kalau hendak kata tidak penat, memang tipulah. Memang saya penat apatah lagi dengan kerja yang padat dan anak kembar lagi, kerja menjadi tambah berganda.

Kalau biasa semua orang anak satu, tapi saya dua, jadi semua kerja menguruskan anak perlu ditambah. Saya kena buat kerja untuk dua kanak-kanak sekaligus dalam satu masa.

Tetapi, dalam sibuk melakukan kerja, saya tetap gembira dengan apa yang dilakukan. Bila kita gembira, rasa penat akan hilang serta merta," katanya.

Jelasnya lagi, dia sentiasa menitikberatkan masa berkualiti bersama dengan keluarga dan akan melakukan yang terbaik untuk tidak mengecewakan sesiapa.

Bukan bermakna saya ini sebagai seorang ibu yang baik dan mampu memenuhi segalanya-galanya, tidak.

Tapi saya cuba melakukan yang terbaik dalam tugas seharian. Lagipun pejabat saya di rumah, jadi kebanyakan masa saya memang ada di rumah, tak banyak masalah sangat.

Cuma bila berada di rumah itu, saya kena bangun pukul empat pagi untuk uruskan hal-hal perniagaan jenama baju saya ini," jelasnya.

Melayan kerenah anak kembarnya Imaan Lily dan Tiara Rose yang kini sudah berusia dua tahun, hal menguruskan anak-anaknya semua diselesaikan oleh Sazzy sendiri.

Buatkan sarapan, hantar pergi sekolah, ambil waktu balik sekolah, semua saya yang uruskan sendiri.

Kalau cakap pasal tekanan sebenarnya tiada pun, cuma bila kembar ini mula buat perangai, itu yang macam tekanan sikit. Tapi mereka sangat mendengar kata," ujarnya sambil ketawa kecil mengenang keletah si kecil.

Jelasnya lagi, apa yang dilakukan kini sebenarnya bukanlah untuk dirinya, tetapi lebih kepada keluarganya. Membahagiakan keluarga adalah agenda utamanya hari ini.

Kita bekerja keras hari ini pun demi untuk keluarga. Banyak yang saya mahu bukan sahaja kepada keluarga, tetapi juga untuk kedua ibu saya," jelasnya.

Ketika ditanya apa yang menjadi kekuatan untuk Sazzy bekerja dengan kuat, cukup mudah jawapan yang diberi, tonik itu datang daripada anak-anak dan suaminya, Nazril Idrus.

Mereka yang banyak memberi kekuatan kepada saya. Malah, kalau saya penat, suami akan pantas memberi kata-kata semangat dan kami akan saling pesan-memesan antara satu sama lain," katanya.

SF By Sazzy ke New York

Dalam kesibukan sebagai seorang ibu, Sazzy tidak lupa untuk terus membangunkan jenama pakaiannya ke satu tahap yang membanggakan.

Malah, Sazzy yang boleh dikatakan sebagai seorang yang gila kerja telah membawa jenamanya itu ke peringkat antarabangsa.

Jelas Sazzy, jenama SF By Sazzy Falak telah dipilih untuk menyertai Plitz New York Fashion Week di negara Uncle Sam pada Septemper depan.

Tambah Sazzy, mereka yang dijemput untuk ke pertunjukan fesyen itu datang daripada seluruh dunia namun belum pasti siapa lagi yang dijemput sebagai wakil dari tanah air.

Saya sebenarnya tidak tahu siapa lagi yang akan berada di sana tetapi kemungkinan hanya saya seorang sahaja wakil dari Malaysia.

Sekarang ini saya dan pasukan saya sedang memberi fokus utama pada pertunjukan fesyen itu dan kita akan cuba memperkenalkan batik yang diberi nafas baru, sesuai dengan jenama pakaian saya," katanya.

Ditanya tentang perasaannya ketika dipilih untuk menyertai pertunjukan fesyen itu, jelasnya, ia ibarat lembaran baru buat jenama pakaiannya dan kerjayanya sebagai seorang pereka fesyen.

Saya memang tidak ada pengetahuan yang teratur dalam bidang fesyen. Disebabkan minat, saya menceburi bidang ini dan membuka label sendiri.

Tambahan pula dengan terpilihnya jenama saya ke peringkat antarabangsa, menguatkan lagi semangat saya untuk terus meletakkan jenama SF By Sazzy Falak ke peringkat antarabangsa," jelasnya.

Beroperasi di dunia maya sahaja, Sazzy memberitahu dia juga teringin untuk membuka sebuah butik dan sedang berkira-kira untuk memulakannya.

Membuka butik memang menjadi impian saya dan perancangan untuk ke arah itu sedang dijalankan.

Lagipun, kebanyakan pembeli masih gemar membeli secara konvensional sebab mereka hendak melihat sendiri metarial dan kualiti barang itu sebelum mereka membeli," ujarnya.dalam perbincangan dan fokusnya kini adalah untuk pertunjukan fesyen di New York itu dahulu.

Keutamaan yang diberikan untuk jenama saya ketika ini adalah pertunjukan fesyen dahulu. Selesai pertunjukan fesyen, saya bersama pasukan saya akan memikirkan langkah seterusnya untuk membuka butik," katanya.

Celoteh Feeya menghiburkan

Posted: 24 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar Ihsan SITI SAKINAH JAMALUDIN

FEEYA Iskandar yang ceria dan mudah didekati.

ORANGNYA muda, comel dan ceria. Ironinya tugas yang disandang memerlukan dia menghiburkan golongan yang jauh lebih berusia daripadanya. Lantas apa saja yang boleh dicelotehkan gadis berusia 24 tahun ini pada pendengar retro yang majoritinya melebihi usia 35 tahun?

Itulah Nor Syafiza Iskandar Azizan atau lebih popular Cik Piah, gelaran yang begitu dekat di hati pendengar stesen radio retro, Sinar FM.

Walaupun saluran radio ini direka dengan memfokuskan kepada golongan lebih berusia, langsung tidak menjadi masalah kepada pemilik nama samaran, Feeya Iskandar untuk mengendalikannya.

Mulutnya petah, ada saja yang dikongsi tentang informasi terkini, cerita sensasi bersama pendengar senior.

Bakat semula jadi Feeya berinteraksi dengan penonton memang terkesan di hati pendengar menjadikan dia kini berstatus selebriti serta mempunyai pengikutnya sendiri.

Apa yang pasti celoteh gadis kelahiran Pasir Gudang, Johor ini, selesa di halwa telinga pendengar.

Menurut gadis lepasan Pengajian Pengurusan Seni dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), semuanya bermula ketika masih dalam pengajian lagi. Ditambah dengan sokongan ibu bapa yang sering menggalakkan dia menyertai apa juga bentuk pertandingan sejak kecil lagi bagi membina keyakinan diri.

"Saya menceburi bidang penyiaran ini bermula daripada pertandingan Anak Wayang anjuran Astro. Ketika memasuki pertandingan tersebut saya masih lagi belajar. Selepas pertandingan saya ditawarkan menjadi penyampai sambilan di radio ERA dan kemudian di X-Fresh.

"Kerjaya saya bermula dari situ dan kebetulan setelah pengajian tamat saya terus mendapat tawaran dari bos Sinar FM, Pak Tam," jelas Feeya yang hadir pada satu sesi fotografi di Taman Botani, Putrajaya baru-baru ini.

Bagi Feeya walaupun Sinar FM didedikasikan untuk golongan senior tidak wujud isu baginya untuk menyesuaikan diri.

Apa yang penting bagi gadis berkulit cerah ini ialah menghiburkan pendengar dengan pemilihan lagu-lagu mengikut cita rasa usia mereka.

"Feeya pun seronok dengan lagu-lagu lama, kalau bincang pasal topik tertentu pula biasanya pilih yang santai sahaja.

"Memang Feeya jenis yang banyak bercakap, kawan-kawan Feeya semua mengakuinya. Sebab itu bila Feeya beritahu pada kawan-kawan tentang tawaran Pak Tam mereka semua tak hairan.

"Kata mereka, sesuai sangatlah nama 'Cik Piah' itu untuk Feeya yang memang 'pot pet pot pet' ini," kata si comel ini diiringi ketawa kecil.

Cabaran menjadi penyampai radio memang ada dan bagi Feeya yang paling menggerunkan apabila kali pertama masuk ke konti.

"Ingatkan jadi deejay hanya perlu bercakap, rupanya terlalu banyak butang yang perlu dikawal. Sebelum ke udara bersama pendengar, Feeya menjalani latihan selama dua minggu dan dalam sempat ke udara bersama penyampai senior.

"Mereka membantu Feeya memperbetulkan apa yang kurang. Apabila sudah mantap barulah ' dilepaskan' sendirian mengendalikan segmen 1 hingga 4 petang di Sinar FM," cerita Feeya tentang kerjayanya yang bermula sejak 2010 itu.

Seperkara lagi menurut gadis ini, menjadi pengacara radio perlu bijak mengasingkan masalah peribadi, soal hati yang resah, tiada mood dan sebagainya agar tidak ketara apabila ke udara.

"Semua manusia pasti ada masalah, namun sebagai penyampai radio masalah memang tidak boleh langsung dibawa ke dalam konti. Mula saja ke udara, anda adalah seorang yang ceria dan mesti membawakan aura ceria itu kepada orang lain.

"Memang bukan mudah tapi ia boleh dilakukan jika kita ikhlas dengan tugas. Tapi kalau pun ketika itu sedih sangat, lepas ke udara Feeya sambunglah menangis," katanya berseloroh.

Kilauan Emas serlah bakat Feeya

Peminat Feeya kini bukan sahaja boleh mendengar suaranya di radio, bahkan boleh menyaksikannya menerusi rancangan Kilauan Emas di stesen televisyen Astro.

Feeya yang turut menjadi pengacara bersama idolanya, Raja Azura mengakui, penyiaran televisyen sesuatu yang juga mencabar kemampuannya.

"Walaupun bermula dengan rancangan Anak Wayang, Feeya mengakui sukar memberikan komitmen pada lakonan.

"Kekangan masa juga menjadi masalah, jadi sebaiknya Feeya memfokuskan pada apa yang saya mampu buat. Feeya tak mahu dikatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran," ujarnya yang juga pernah berlakon dalam filem 3,2,1 Cinta dan drama Kasih Aliya.

Feeya juga mempunyai matlamatnya sendiri dalam bidang penyiaran. Dia mahu pastikan dirinya mendapat tempat dan sebaris namanya dengan pengacara yang ada di Malaysia.