Adsense

Sabtu, 1 Disember 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Majlis Resepsi Diana Danielle & Farid Kamil

Posted: 01 Dec 2012 08:39 PM PST

Enggan Komen Tentang Kandungan, Diana Danielle Tiada Niat Larikan Diri

Pelakon jelita Diana Danielle enggan memberikan komen lanjut mengenai kehamilannya sejak mengumumkan berita itu di laman sosial Instagram baru-baru ini.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 21, berkata, dia tidak berniat untuk melarikan diri daripada pihak media bagi menjawab pelbagai soalan mengenai kehamilannya kerana menganggap apa yang diumumkan sebelum ini sudah cukup menjelaskan keadaannya sekarang.

Diana Danielle Farid Kamil

Diana berkata dia tidak berniat untuk melarikan diri daripada menjawab pelbagai soalan mengenai kehamilannya kerana menganggap apa yang diumumkan sebelum ini sudah cukup menjelaskan keadaannya sekarang.

"Jangan marah-marah ya.. Saya suka berkongsi hal-hal kehidupan peribadi kepada umum tetapi ada hadnya.

"Maafkan saya sekiranya ada pihak yang terasa dan menganggap saya seperti cuba ingin melarikan diri," katanya.

Diana ditemui selepas majlis resepsi perkahwinannya bersama Farid Kamil Zahari di Taman Ekuestarian Putrajaya, dekat sini, pada malam Sabtu.

Saya suka berkongsi hal-hal kehidupan peribadi kepada umum tetapi ada hadnya

Diana tampil anggun dengan gaun berona putih rekaan MimpiKita pada majlis resepsi perkahwinannya yang diadakan di Taman Ekuestarian Putrajaya, dekat sini, pada malam Sabtu.

Tambah Farid pula, dia pada mulanya tidak menyangka bahawa isterinya berkongsi berita gembira itu di Instagram begitu cepat namun menganggap ia sekadar keterujaan seorang wanita yang bakal bergelar ibu.

"Saya harap tiada siapa yang tidak berpuas hati dengannya apabila tidak menjawab panggilan media.

"Bukannya tak nak, saya sendiri tak sangka kandungannya itu sudah diumumkan di Instagram. Mungkin ia adalah perasaan keterujaan seorang wanita yang bakal menjadi ibu.

"Lagipun dia tidak menyorokkan diri daripada sesiapa kerana berita berbadan dua itu diumumkan sendiri olehnya," ujar Farid.

Seramai 600 tetamu yang terdiri daripada kalangan orang kenamaan, para media, selebriti, rakan-rakan dan keluarga di kedua-dua belah pihak keluarga hadir ke majlis resepsi itu yang bertemakan 'Barbeque Wedding'.

Pasangan itu tiba di perkarangan Taman Ekuestarian pukul 9 malam dengan menaiki pedati kuda diiringi pegawai khas unit berkuda PDRM (Polis DiRaja Malaysia).

 Maajlis resepsi Farid & Diana yang bertemakan 'Barbeque Wedding' lain dari yang lain.

Pasangan itu mula memasuki perkarangan Taman Ekuestarian pukul 9 malam dengan menaiki pedati kuda diiringi pegawai khas unit berkuda PDRM (Polis DiRaja Malaysia).

Diana anggun dengan gaun mewah rona putih rekaan MimpiKita serta disolek oleh Chot manakala Farid pula cukup segak dengan pakaian beruniform khas yang ditempah sendiri.

Walaupun majlis tersebut mempunyai masalah bekalan elektrik sepanjang acara berlangsung, pasangan itu tetap bersyukur apabila kesemua tetamu dapat meraikan hari istimewa tersebut bersama-sama mereka.

"Alhamdulillah, majlis resepsi berkonsepkan taman dengan selitan unsur-unsur formal menjadi.

"Cuma saya terkejut apabila majlis ini bertukar dengan cahaya gelap gara-gara tiada elektrik.

Pasangan yang telah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun itu diijabkabulkan pada 3 November lalu di Hotel Flamingo By The Lake, Kuala Lumpur.

"Tetapi saya dan Diana tetap bersyukur kerana para tetamu hadir untuk meraikan kami dengan meriahnya. Mujurlah kami mengenakan pakaian bewarna putih pada malam ini (Sabtu)," seloroh Farid.

Sepanjang majlis berlangsung pasangan itu dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi Adira, Amir Jauhari dan Zul Huzaimi.

Malah pertunjukan formasi oleh beberapa kuda dengan aksi menarik turut menghiburkan pasangan Raja Sehari itu serta para tetamu termasuklah selebriti yang hadir seperti Maya Karin, Fazura, Sazzy Falak dan Ummi Nazeera.

Sementara itu, majlis resepsi kedua pula akan diadakan di kampung halaman Farid di Jitra, Kedah. Bagaimanapun pasangan itu belum menetapkan tarikh.

Majlis resepsi pertama ini bakal ditayangkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) pada 9 Disember ini, pukul 9 malam.

Pasangan yang telah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun itu diijabkabulkan pada 3 November lalu di Hotel Flamingo By The Lake, Kuala Lumpur. Kredit

Dari Portal GUA:

Pengantin yang baru sebulan disatukan, Farid Kamil dan Diana Danielle, diraikan dalam satu majlis resepsi yang ringkas dan sederhana namun meriah di Taman Ekuestrian, Putrajaya, semalam.

Bertemakan 'Barbeque Wedding', Farid dan Diana berarak masuk ke perkarangan Taman Ekuestrian diiringi Unit Berkuda PDRM dengan 8 ekor kuda.

Bagi Diana, perkahwinan dalam taman merupakan impian perkahwinannya dan Farid telah mencantikkan lagi tema itu dengan persembahan Tean Paging dari Unit Berkuda PDRM.

"Pemilihan PDRM untuk terlibat dengan majlis resepsi ini kerana saya sedang terlibat dengan latihan bersama PDRM untuk menjadi salah satu anggotanya. Ini ibarat 'give and take' antara saya dan PDRM", kata Farid.

Menurut Farid, sepatutnya dia dan Diana menunggang kuda itu sendiri. Namun kerana Diana kini berbadan dua, hasrat itu dilupakan.

"Ramai yang nasihatkan agar kami menggunakan kereta kuda kerana kandungan Diana masih baru dan bimbang perkara-perkara yang tidak diingini berlaku", katanya.

Selain sahabat dan saudara mara, majlis ini turut dihadiri oleh tetamu dikalangan orang kenamaan, para media dan rakan artis. Antara selebriti yang hadir adalah Maya Karin, Fazura, Nad Zainal, Zulhuzaimi, dan Zul Suphian. Manakala, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada Adira dan Amir Jahari.

Sementara itu, ibu Diana, Norsiah Ramli sempat menyampaikan pesan buat menantunya agar menjaga Diana dengan baik.

"Saya ingin Diana mendalami ilmu agama dan kini tanggungjawab Farid untuk membimbing Diana", kata Norsiah.

Majlis resepsi kedua bagi pihak lelaki akan diadakan di Jitra, Kedah pada 12 Disember ini dan masih mengekalkan konsep perkahwinan dalam taman.

Diana Danielle Farid Kamil
Diana Danielle Farid Kamil

Diana Danielle Farid Kamil

RESEPSI farid diana

RESEPSI farid diana

RESEPSI farid diana

Corat-Coret Majlis Resepsi Farid & Diana

Sepanjang berlangsungnya majlis resepsi pengantin baru Farid Kamil dan Diana Danielle di Taman Ekuestrian Putrajaya, terdapat pelbagai perkara menarik yang ingin GUA kongsi.

1. Pengantin diarak mengelilingi seluruh kawasan Taman Ekuestrian sebelum dibawa turun ke pelamin dengan Unit Berkuda PDRM dengan 8 ekor kuda.

2. Lagu Beauty and the Beast nyanyian Celine Dion mengiringi perarakan pengantin ke kawasan Taman Ekuestrian mampu menambah mood romantik.

3. Bekalan elektrik terputus sebaik sahaja pengantin duduk di pelamin. Majlis tergendala dalam 10 minit. Sebaik sahaja masalah diatasi, majlis diteruskan dengan bacaan doa.

4. Majlis yang berkonsep dalam taman itu dicemari dengan hujan renyai. Walau bagaimanapun, majlis berjalan dengan lancar dan tetamu semakin ramai tiba walaupun hujan.

5. Nasi minyak bukan makanan yang disajikan kepada tetamu seperti kebiasaan. Sebaliknya makanan barbeque seperti ayam panggang, kentang putar dan salad menjadi hidangan.

6. Pelbagai persembahan menarik diketengahkan oleh Unit Berkuda PDRM. Antaranya, persembahan akrobatik atas kuda dan persembahan Tean Paging.

7. Pelatih PLKN turut hadir memeriahkan majlis resepsi ini. Untuk makluman, Diana pernah menjadi salah seorang pelatih PLKN.

8. Ibu bapa Farid, Dato' Dr. Zahari dan isteri membuat kejutan kepada pengantin dengan menghadiahkan pasangan itu kereta mewah BMW X6.

9. Lebih kurang 600 tetamu termasuk saudara mara, rakan artis dan media hadir pada majlis resepsi yang serba ringkas itu.

10. Diana yang kelihatan sedikit berisi menggayakan busana dari butik Mimpi Kita, manakala Farid menempah uniform PDRM.

Facebook Komen

Facebook Komen

Tags: , , , , ,

Izyan Juara MasterChef Malaysia Musim Kedua

Posted: 01 Dec 2012 08:29 PM PST

Tahniah buat Izyan kerana telah berjaya bergelar Juara MasterChef Malaysia Musim Kedua.

Pegawai Geologi, Izyan Hani dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia musim kedua pada pertandingan akhir program itu yang berlangsung pada malam Sabtu.

Kemenangan Izyan melayakkan dirinya untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah peralatan memasak tajaan Panasonic.

Izyan Juara MasterChef Malaysia Musim Kedua

Mengulas kemenangannya, Izyan berkata, tunjuk ajar daripada chef dan ilmu yang dkutip sepanjang berada dalam program tersebut telah digunakan sebaiknya dalam pertandingan akhir itu dan bersyukur semua usaha kerasnya telah membawa hasil.

"Dinobatkan sebagai MasterChef Malaysia musim kedua merupakan perasaan yang paling menakjubkan dan sesuatu tidak pernah disangka akan terjadi dalam hidup saya.

"Terlalu banyak yang saya pelajari sepanjang pertandingan ini terutamanya ilmu-ilmu kulinari daripada chef-chef terkemuka, pendedahan dunia kulinari, pengalaman memasak dalam pelbagai situasi.

"Semua pengalaman itu saya curahkan dalam pertandingan akhir dan Alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya," katanya.

Pada episod terakhir yang siarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) itu, Izyan berentap dengan dua peserta lelaki iaitu Ng Yeong Hong (Ah Hong) dan Muhd Fazrul Nizam Anas Anizan (Along).

Dalam pada itu, Izyan berkata, persaingan di antara mereka cukup sengit kerana Ah Hong dan Along mempunyai kelebihan masing-masing.

Bagaimanapun kata Izyan dia berasa bangga dapat berentap dengan mereka diperingkat akhir program itu.

"Bersaing dengan mereka pada peringkat akhir merupakan satu penghormatan yang amat besar kerana mereka merupakan tukang masak yang hebat," katanya.

Pada pertandingan akhir itu, kesemua peserta dikehendaki menyediakan dua jenis hidangan yang mempunyai elemen dan suntikan citarasa Malaysia.

Tiga jam diberikan bagi menyiapkan kesemua hidangan untuk dinilai oleh 15 juri profesional termasuk juri tetap MasterChef Malaysia Musim Kedua iaitu Chef Joe, Chef Adu dan Chef Zubir.

Antara juri profesional yang dijemput adalah Datuk Chef Ismail, Chef Florence Tan, Chef Zaishahrizal Zamani dan Perunding Makanan, Prof Madya Dr Shahrim Karimady.

Izyan menyediakan menu yang diberi nama Suria Kasih iaitu daging tenderlion, kekapis bersama pucuk paku bersos kari hijau serta sari buah delima dan salad segar.

Manakala pencuci mulut Bulan Merindu iaitu kek kukus coklat bersama crumble, strawberi serai dihidang bersama gramita tembikai berpudina.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, MasterChef Malaysia telah mencipta fenomena di negara ini dan menjadi satu lagi program terbaik dan menjadi pilihan utama penonton sepanjang 70 episod yang telah ditayangkan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PANASONIC 'Cooking Magic' selaku penaja utama MasterChef Malaysia dan MyChef sebagai penaja bersama.

"Sokongan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak sepanjang penerbitan MasterChef Malaysia amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa depan" ujarnya.-

Tunjuk ajar daripada chef dan ilmu yang dikutip sepanjang berada dalam program tersebut telah digunakan Izyan dalam pertandingan akhir itu dan bersyukur semua usaha kerasnya telah membawa hasil.

Izyan Juara MasterChef Malaysia Musim Kedua

Facebook Komen

Facebook Komen

No tags for this post.