Adsense

Jumaat, 30 November 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Video Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Skyfall Adele

Posted: 30 Nov 2012 09:38 PM PST

Filem James Bond yang terbaru masih berada di pawagam walaupun dah 3 minggu ditayangkan. Bermakna aura James Bond masih diperkatakan di sana-sini. Sementelah, lagu tema filem ini, Skyfall yang dinyanyikan oleh bintang besar bergelar Adele masih rancak diputarkan di corong radio.

Lagu Skyfall dari Adele adalah salah satu lagu kegemaran Dato' Siti Nurhaliza Mungkin kerana itu, penyanyi Dato' Siti Nurhaliza begitu teruja untuk menyanyikan lagu Skyfall di Malam Gala . Walaupun lagu ini dianggap antara lagu yang agak sukar untuk dinyanyikan, namun Siti Nurhaliza mengalasnya dengan menyahut cabaran. Lagu ini menguji kekuatan vokal, note tinggi dan rendah serta ada dinamik tersendiri.

"Saya sangat berdebar dan sangat nervous bila nak nyanyi lagu Skyfall. Diharap peminat dapat menerima cara nyanyian Siti."

Ternyata, dialunkan dengan agak baik. Jadi, Adele seharusnya menonton video ini. Apa kata korang ajak Adele untuk tonton video ini melalui Twitter.

Selain lagu Terukir Di Bintang, Siti juga memilih untuk membawa lagu Skyfall buat pertama kali demi memenuhi permintaan peminat.

Apa pendapat anda pula dengan nyanyian Dato' Siti Nurhaliza untuk Skyfall ini? Sila tulis komen anda di ruangan komen di bawah ini ya. Terima kasih.

Sekarang, Budiey nak ke Sogo untuk menghadiri dua events iaitu Acara Mncorak Arca Logo Anugerah Juara Lagu 27 & Berkaraoke bersama Pelakon Adam & Hawa Dazrin Karmarudin. Jadi, semua video nyanyian Atilia dan Siti Nurhaliza akan disiarkan pada malam ini ya. Tunggu!

Siti Nurhaliza

Facebook Komen

Facebook Komen

Tags: , , ,

Video Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Terukir Di Bintang Yuna

Posted: 30 Nov 2012 07:26 PM PST

Dengan lenggok gaya alunan tersendiri, penyanyi Dato' Siti Nurhaliza telah mengalunkan sebuah lagu yang layak ke pentas Anugerah Juara Lagu 27 dari berjudul Terukir Di Bintang.

Tidak tahulah pada orang lain, tapi bagi Budiey, ini adalah kali pertama Budiey dengar suara lunak merdu Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Terukir Di Bintang. Memang best gak dengar. Siti juga ada mengaku yang dia tak pernah nyanyi lagu ini di depan khalayak.

Kalau kat rumah memang selalu nyanyi kot dalam bilik air. Maklumlah lagu ni kan bunyinya sangat klasik dan mendayu pastinya menjadi kegemaran Siti Nurhaliza.

Sebelum meneruskan nyanyian, penyanyi yang bakal menjelajah ke Indonesia dalam siri konsertnya tahun depan itu berucap sepatah dua kata di depan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan isterinya, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom.

Menurut Siti Nurhaliza, beliau begitu gembira dapat menyanyikan lagu Terukir Di Bintang pada Malam Gala atas memenuhi permintaan peminatnya. Siti juga turut mengkagumi penyanyi berkualiti seperti Yuna dan ianya harus dibanggakan kerana pencapaian Yuna sehingga ke peringkat antarabangsa sedikit sebanyak mengharumkan nama negara.

"Patik rasa gembira kerana patik berdebar-debar juga Tuanku kerana ini adalah kali pertama patik buat persembahan untuk Pink Jazzy Affair. Alhamdulilah, sambutan amat menggalakkan. Patik bersyukur, patik sebagai anak seni, apa yang boleh patik bantu dengan suara nyanyian patik. Sama-sama kita doakan semoga ianya memberi cahaya harapan dan makna kepada pesakit-pesakit yang kita sumbangkan nanti."

Jom tonton persembahan Nyanyi Lagu Terukir Di Bintang Yuna di Malam Gala Pink Jazzy Affair.

Apa pendapat anda dengan lagu Terukir Di Bintang apabila berada di tangan Siti Nurhaliza? Adakah ianya lebih baik, lebih sedap dari nyanyian penyanyi asal, Yuna?

Dari telinga Budiey, Siti Nurhaliza ada kekuatan kelebihan vokal yang dapat mewarnai struktur lagu dengan alunan yang lebih beralun dan membuai rasa. Budiey anggap, Siti Nurhaliza berjaya membawanya dengan baik, malah Budiey rasa lebih baik dari dendangan Yuna. Lagu ini sesuai sangat dengan suara dan vokal Siti Nurhaliza. Ini bukan untuk memuji tapi ini hanya pendapat dari Budiey.

Apa pula pendapat anda? Sila tulis kat ruangan komen ya.

Siti Nurhaliza

Facebook Komen

Facebook Komen

Tags: , , ,