Adsense

Rabu, 28 November 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Afdlin Shauki Sertai Misi Hulur Bantuan di Gaza Palestin

Posted: 28 Nov 2012 08:08 PM PST

Atas keprihatinan dan demi menjayakan misi kemanusiaan ke , artis serba boleh, melakukan pergorbanan yang cukup besar dengan meninggalkan keluarga termasuk isteri dan anak tersayang dan akan menyertai misi menghulurkan bantuan pada 3 hingga 10 Disember ini.

Malahan menurut pengarah, pelakon, penyanyi dan pelawak ini dia bukan saja meninggalkan keluarga tercinta bahkan dia harus menguatkan semangat untuk menjejakkan kaki ke negara bergolak itu.

Biarpun dia mengaku agak takut, namun dalam hati dia perlu kuatkan semangat demi melaksanakan misi tersebut.

Bercakap kepada Berita Harian, walaupun ada sahabat yang melarang dan tidak ketinggalan yang menggalakkan dia ke sana, dia tidak mahu berfikir panjang lagi kerana niatnya ikhlas untuk merasai sendiri apa yang berlaku di bumi . Dia juga sudah bersedia dan reda dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku. Di samping dia turut memohon rakyat negara ini mendoakan agar dia selamat pergi dan selamat pulang.

Menurut Afdlin lagi, keterbukaannya untuk mengunjungi Gaza sudah lama dipendamkan, tanpa dipengaruhi mana-mana individu.

Selaku duta pertubuhan , Afdlin akan mengikuti misi utama pertubuhan berkenaan bersama enam kru daripada Vision Works yang diberi nama A2G11. Ia turut diikuti Pengerusi pertubuhan itu, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan dua Anggota Lembaga Pemegang Amanahnya, Dr Ir Selamat Aliman dan Dr Fauziah Hassan.

Afdlin turut memberitahu, perjalanan mereka akan dirakam sebagai bahan dokumentari yang bertujuan memaklumkan kepada dunia mengenai isu kemanusiaan.

Dokumentari tersebut akan ditayangkan untuk rakyat negara ini dan hasil jualan akan disalurkan kepada pertubuhan Aqsa Syarif.

Semoga Afdlin dan teman seperjuanganya yang lain selamat pergi dan pulang ke tanah air dengan selamat. Amin, InsyaAllah.

_R1C3365

Facebook Komen

Facebook Komen

Powered by Facebook Comments

Tags: , , , ,

Gambar Kekasih Ummi Nazeera Teman Satu Universiti

Posted: 28 Nov 2012 07:51 PM PST

Sekalipun jauh di Melbourne, Australia, angin gosip membabitkan pelakon cantik, Ummi Nazeera tetap bertiup ke tanah airnya, Malaysia.

Tambahan pelakon hitam manis itu juga bagai terbuka memperkenalkan cinta barunya kepada umum. Mengapa tidak, banyak yang memaparkan dirinya bersama jejaka kacak berkepala botak dimuat naik ke laman sosial.

Difahamkan Ummi dan jejaka berusia 26 tahun itu berkenalan sewaktu pelakon ini berada dalam tahun pertama pengajian di Royal Melbourne Institue of Technology (RMIT).

Gambar Kekasih Ummi Nazeera Teman Satu Universiti

Lelaki itu adalah seniornya dan sudah pun menamatkan pengajian. Sekarang lelaki itu berada di Malaysia dan sehingga kini mereka masih berhubung.

Lantaran itu, timbul desas desus mengatakan gadis manis ini sudah bersedia melangkah ke gerbang perkahwinan bersama kekasih hatinya itu. Malah khabar angin turut mendakwa pasangan ini sudah merangka tarikh pernikahan awal tahun depan.

Namun bercakap kepada Berita Harian, Ummi menafikan tentang perkara (kahwin) tersebut. Tutur gadis berusia 22 tahun ini, dia tidak menolak jika ada jodoh dan takdir dia dengan jejaka tersebut.

Namun buat masa ini Ummi belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri. Sebaliknya perkara yang menjadi keutamaannya saat ini adalah memastikan pengajian yang masih berbaki setahun lagi dihabiskan sebelum memikirkan soal hidup berdua.

Ummi pulang ke Malaysia baru-baru ini untuk bercuti semester.

Pelakon yang pernah membintangi drama bersiri Nur Kasih dan filem Hikayat Merong Mahawangsa ini satu ketika dulu pernah menjalin cinta dengan aktor kacak Remy Ishak namun hubungan mereka tidak berpanjangan.

Facebook Komen

Facebook Komen

Powered by Facebook Comments

Tags: , , ,