Adsense

Ahad, 25 November 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


DJ Lin Suria Cinta Terima Anugerah Ikon Wanita Muda 2012

Posted: 25 Nov 2012 08:45 PM PST

Tidak pernah menerima sebarang anugerah melibatkan undian populariti atau setidak pun dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular, namun, dengan usaha cekal yang berterusan, penyampai , DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Hj Abd Majid telah berjaya mendapat pengiktirafan dengan dalam kategori yang diterima semalam.

Satu kejayaan yang mengkagumkan dan membuka mata ramai pihak.

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Budiey di sini ingin mengucapkan jutaan tahniah buat DJ Lin. Semoga dengan anugerah ini, dapat mencurahkan lagi populariti dan membuka pintu rezeki buat Lin pada masa akan datang.

Sedikit sebanyak, membuka mata kita semua bahawa populariti tak menjamin kualiti. Apa yang penting adalah keikhlasan dan hubungan rapat bersama peminat.

Syabas DJ Lin!

Budiey pun tertanya-tanya, mengapa penyampai radio wanita yang lain seperti Fara Fauzana dan Linda Onn tak dipilih. Mungkin pihak penganjur ada sebab-sebabnya, mengapa DJ Lin dipilih sebagai Ikon Wanita Muda 2012.

Penyampai yang popular dengan celoteh bersahaja di segmen Suria Cinta ini dengarnya sangat terkejut dan terkasima dengan pengiktirafan di Majlis Himpunan Wanita Muda Negara 2012.

Di majlis yang berlangsung di Dewan Dagangan Dunia Putra pada hari Ahad lalu iaitu 25 November 2012 itu turut menobatkan 11 orang lagi ikon dan telah disampaikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Najib Tun Razak.

DJ Lin adalah antara 12 penerima untuk anugerah tersebut yang diberikan kepada wanita yang berjaya dengan cemerlang dalam bidang karier masing masing.

Antara penerima lain termasuklah Dato' dalam kategori Kesenian serta penerjun negara, Pandelela Rinong dalam kategori Sukan.

Menurut DJ Lin, antara kriteria yang melayakkan pemilihan beliau adalah dari sudut populariti Rancangan Suria Cinta kerana mampu menyatukan pendengar untuk saling berkongsi pengalaman pahit manis dalam kisah percintaan selain membantu menemukan cinta di kalangan mereka malah sehingga kini lebih 300 pendengar berjaya menemui jodoh mereka menerusi ruangan 'Cari Cinta'.

Selain itu, hubungan rapat Lin dan peminatnya juga dilihat sebagai satu bentuk penglibatan secara dekat kepada masyarakat antaranya menerusi program atau aktiviti yang diatur menerusi Kelab Peminatnya, FAN DJ LIN CINTAMANIA.

Umpamanya aktiviti KONVOI RAYA KE RUMAH PEMINAT KE UTARA DAN LEMBAH KELANG yang mana DJ Lin mengambil inisiatif untuk turun padang berkunjung ke rumah peminatnya di seluruh negara sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kerana terus menyokong kariernya selama ini.

"Bagi Lin, Anugerah ini merupakan hadiah terindah sempena Hari Lahir beliau yang akan disambut pada 31 Disember ini sekaligus menjadi penyuntik semangat untuk terus berjuang dalam industri penyiaran radio."

Ini adalah Anugerah ke-4 yang diterima DJ Lin selepas memenangi Kategori Penyampai Radio Wanita Terbaik dan Kategori Rancangan Interaktif Terbaik (Suria Cinta) di Anugerah Seri Angkasa pada 2005 dan 2010 lalu.

Di bawah ini, Budiey sertakan -gambar semasa Terima Anugerah Ikon Wanita Muda 2012. Kredit dari lensa Tebu Photography.

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Anugerah IKON  WANITA MUDA 2012 – Kesatria Puteri Penyiaran Radio

Facebook Komen

Facebook Komen

Tags: , , , , , ,

Senarai Lagu Finalis Yang Layak Bertanding di Anugerah Juara Lagu 27

Posted: 25 Nov 2012 07:57 AM PST

Pada malam ini telah kita ketahui kesemua lagu-lagu yang akan bertanding di Anugerah Juara Lagu 27.

Tidak seperti tahun 80-an, pemuzik dan komposer terkenal, Azmeer menyatakan bahawa industri hiburan tanah air telah berkembang secara sihat apabila akhir-akhir ini banyak penyanyi baru yang kreatif dan berbakat.

Tambah Azmeer selaku ketua juri Muzik-Muzik Separuh Akhir, kreativiti pemuzik merupakan salah satu kriteria utama layaknya sesuatu lagu untuk dipertandingkan di peringkat Anugerah Juara Lagu.

"Lagu-lagu yang dipertandingkan pada tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Seperti lagu Teman Pengganti ciptaan Malique, ia memiliki melodi yang asli. Masih mempunyai elemen lagu-lagu lama, namun ia tidak mempengaruhi melodi baru", kata Azmeer.

Tambahnya lagi, lagu-lagu yang layak dipertandingkan di AJL 27 mempunyai elemen barat, namun masih mengekalkan unsur kemelayuan seperti penggunaan bahasa yang betul.

Menurut Azmeer, 70% penilaian sesebuah lagu adalah berdasarkan melodi, lirik, susunan muzik, kreativiti dan penerimaan juri dan masyarakat terhadap lagu tersebut. Manakala 30% lagi adalah menerusi persembahan penyanyi itu sendiri.

"Masih ada finalis yang membuat kesilapan dari segi vokal. Namun, kriteria yang ada pada lagu tersebut melebihi kesilapan yang dilakukan oleh penyanyi itu", katanya.

Selain Azmeer, finalis AJL 27 turut dinilai oleh juri seperti Datuk Ramli MS, Edrie Hashim, Helen Yap, Cat Farish, Damien Mikail Seet dan Kamarulzaman Taib.

Anugerah Juara Lagu ke-27 akan diadakan pada 6 Januari 2013, Stadium Putra Bukit Jalil pd jam 9 malam, sape nak tiket? Sila LIKE entry ini.

1. Idola – Audi/Azlan – Azlan & The Typewriter
2. Pelangi Senja – Taja/TunTeja – Stacy
3. Anak Kampung – Jimmy Palikat – ONE & Jimmy Palikat
4. Terukir Di Bintang – Yuna – Yuna
5. Ombak Rindu – Zaidi – Hafiz & Adira
6. Tanpamu – Amir Jahari – Amir Jahari
7. Lagu – Bo Amir Luqman – Bedroom Sanctuary
8. Teman Pengganti – Malique – Black & RJ
9. Ku Akui – Ajai – Hafiz
10. Simetri – Audi Mok/Firdaus – Amy & Hazama
11. Andai Ku Bercinta Lagi – Edry Abd Halim – MOJO
12. Patah Seribu – Shila Amzah – Shila Amzah

Tahniah pada semua yg layak ke Anugerah Juara Lagu ke-27. Kebanyakkan yang terpilih adalah penyanyi yang juga pencipta lagu atau singer Songwriter.

Facebook Komen

Facebook Komen

No tags for this post.