Adsense

Ahad, 25 November 2012

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


[Gempar]: Gadis 14 Tahun Tendang Dan Tampar Bapa Sendiri

Posted: 24 Nov 2012 10:46 PM PST

Sebuah video yang dimuat naik menunjukkan seorang gadis, Xiaojin, berusia 14 tahun melepaskan perasaan marah dan geramnya bertindak melampaui batas iaitu dengan menampar beberapa kali sebelum menumbuk dan menendang bapa kandungnya sendiri berulang-kali..Sangat menyedihkan..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..

Peristiwa ini berlaku di Nanjing dan menjadi topik hangat dan kemarahan warga Cina. Apa yang menjadi persoalan dan mengejutkan ialah mengapa bapanya membiarkan saja anaknya bertindak demikian, malah menerima pukulan dalam keadaan yang tenang dan tidak menunjukkan sebarang kemarahan terhadap perbuatan anaknya yang melampau serta kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya. Pada satu ketika bapanya berkata meminta anaknya terus memukulnya.

Menurut laporan media, Xiaojin sebenarnya lari meninggalkan rumah untuk bekerja di sebuah hotel dan dipercayai bergaul dengan kumpulan tidak baik. Dia telah dipaksa oleh bapanya kembali ke rumah dengan bantuan polis dan membawa krew media berita. Bapanya bimbang akan keselamatan anaknya yang bekerja dengan syarikat yang diragui selain pergaulannya dengan kumpulan budak-budak nakal.

Latar kehidupan Xiaojin adalah dari keluarga bermasalah dimana kedua-dua orang tuanya telah bercerai semasa dia masih kecil dan akibatnya dia tinggal dan dibesarkan oleh datuk dan neneknya.

Baru-baru ini dia terpaksa berpindah ke rumah bapanya setelah bapanya memenangi hak penjagaan anak. Namun Xiaojin tidak menyukai kehidupan baru bersama bapanya dan mendakwa dia selalu di pukul dan dimarahi bapanya ketika mabuk.

Comments

comments

(Gambar) Suami Derita Dikunci Kerana Dendam Gadis “Top-Up”

Posted: 24 Nov 2012 05:44 PM PST

mber 2012.

http://i.imgur.com/XKX8u.jpg

SUNGAI BULOH: Akibat cuba memainkan perasaan seorang wanita warga Thailand walaupun sudah mempunyai kekasih, seorang lelaki menerima nasib amat malang sebaik mendirikan rumah tangga apabila nafsunya dikunci hingga tidak bermaya setiap kali mahu bersama isteri.

Itu keluhan lelaki hanya mahu dikenali sebagai Shahrul, 25, yang percaya masalahnya itu angkara wanita terbabit yang ingin merosakkan rumah tangganya selepas mengugut berbuat demikian sekiranya dia berkahwin dengan wanita lain.

Shahrul berkata, pada mulanya dia menyangka menghadapi masalah seksual atau lemah tenaga batin sejurus melangsungkan pernikahan dan selepas berbincang dengan isteri, mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian, namun pegawai perubatan mengesahkan dia sihat dan normal.

http://i.imgur.com/MixT5.jpg

KESAL…Shahrul menceritakan masalahnya.

Berikutan itu, Shahrul bersama isteri berbincang dengan keluarga dan mereka dicadangkan berubat secara Islam kerana mungkin ada pihak menggunakan cara halus untuk merosakkan rumah tangganya.

Menceritakan kembali kisahnya selepas menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan Islam di sini, Shahrul berkata, dia kesal kerana mempermainkan perasaan wanita negara jiran itu yang juga pembantu di sebuah kedai alat telekomunikasi. Sumber

Comments

comments