Berita Harian: Hip |
Posted: 24 Nov 2012 04:23 PM PST Beliau umpama jinak-jinak merpati, apabila didekati ia semakin terbang tinggi. Tidak mudah menagih cinta aktres jelita, Maya Karin Roeckle, 33 kerana selepas bercerai, hatinya kini belum terbuka menerima lamaran manamana lelaki. Bukan jual mahal atau serik dengan kegagalan silam, sebaliknya pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu lebih bahagia hidup tanpa genggaman lelaki. Baginya, tidak sukar mencari cinta, tapi untuk mendapatkan pasangan serasi, berdikari dan lasak bukan kerja mudah.
Jujurnya, Maya akui: "Bohonglah kalau saya katakan tiada lelaki cuba merapati, tapi biarlah dulu... Pengembaraan saya ke luar negara menemukan saya dengan beberapa lelaki, tapi sukar buat saya menjalinkan hubungan cinta jarak jauh. Mungkin tiada halangan untuk berkawan tapi mahu menjalin dan mengekalkan hubungan apabila bercinta, susah sikit. "Diakui saya menemui lelaki yang disukai, tapi saya seorang yang agak praktikal. Saya malas nak bercinta seperti zaman remaja dulu. Nak hubungi dan bertemu setiap hari, kena cakap saya rindu awak, letihlah. Saya tiada masa untuk perhubungan cinta seperti itu. "Jadi, saya tetap memilih hidup solo buat masa ini. Saya bahagia dan tenang dengan kehidupan hari ini. Tidak nafikan, saya pernah terfikir mahu hidup berkeluarga dan punya cahaya mata seperti pasangan suami isteri lain, tapi perasaan itu datang hanya sesekali.
Saya tinggal bersama ibu dan banyak masa dihabiskan dengan teman baik. Ada saja teman yang mengajak saya keluar setiap masa. "Bagaimanapun, saya tidak boleh menolak ketentuan takdir jika bertemu jodoh suatu ketika nanti. Tapi, buat masa ini, saya mahu menikmati hidup bersendirian sepuas-puasnya. Saya mahu mengembara ke negara yang disukai dan melakukan aktiviti lasak yang jarang dapat dilakukan dulu." Sungguhpun begitu, Pelakon Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2012 itu berkata, dia tetap mengimpikan seorang lelaki yang berdikari dan tidak bergantung hidup dengannya. "Selain berdikari, saya suka lelaki lasak dan boleh menemani saya mengembara. Saya tidak pernah memandang darjat atau pangkat, apatah lagi kemewahan. Cukup sekadar memiliki lelaki yang berani dan memiliki pendirian yang tinggi," katanya yang baru saja pulang dari menawan puncak Gunung Tserkori di Langtang, Kathmandu, Nepal, baru-baru ini. |
Kecoh kenyataan Azhar Sulaiman Posted: 24 Nov 2012 04:14 PM PST Jangan tanya soal politik, Raja tak minat. Tetapi, kalau sampai hari mengundi, tetap pergi mengundi. Raja terpanggil nak mengulas isu yang mencetuskan kontroversi membabitkan pelakon Azhar Sulaiman, baru-baru ini.
Tapi, kenyataan Azhar bukanlah berkaitan dengan isu pegangan atau pendirian agamanya, sebaliknya ia berkaitan dengan isu politik. Azhar mengutarakan persoalan adakah dia dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli UMNO? 'Assalamualaikum Ustaz... Saya ni sebenarnya sudah murtad sebab saya ahli UMNO dan penyokong Kerajaan Barisan Nasional... Jadi macam mana untuk saya pulang semula ke pangkuan agama Islam... Harap bantu. Tq.' Itulah kenyataan Azhar.
Sebaliknya, dirinya hanya mengambil tahu isu semasa. "Jika baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan atas tuduhan UMNO murtad. "Itu hanya kenyataan saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya dalam satu kenyataan. Hmmm...hebat betul permainan politik, kan? Takkan soal pegangan politik boleh sedap mulut tuduh orang lain murtad. RAJA: Sedih dan terharu dengan nasib mangsa seagama kita di Gaza, Palestin.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |