Adsense

Rabu, 14 November 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


TV9 Siarkan Program Menarik Sempena Maal Hijrah

Posted: 14 Nov 2012 09:37 AM PST

TV9 SIARKAN PROGRAM MENARIK SEMPENA MAAL HIJRAH

Petaling Jaya, 9 November 2012
Maal Hijrah atau Awal Muharram semestinya disambut penuh meriah oleh semua umat Islam kerana ianya merupakan pembukaan tahun baru bagi kalendar Islam. Sebagai permulaan kepada penghijrahan ini, TV9 (saluran 119) akan memaparkan doa akhir dan awal tahun khusus penonton setianya. Pada masa yang sama, TV9 juga turut menyediakan beberapa program menarik yang dapat memberi manfaat kepada semua penonton setianya menerusi dokumentari, majalah dan juga tele-filem.

MY JOURNEY TO ISLAM : LAUREN BOOTH
15 November 2012, 9.00 pagi
Menceritakan bagaimana Lauren Booth, seorang wartawan dan juga ibu tunggal kepada dua anak perempuan telah terbuka hati untuk memeluk Islam setelah mengunjungi makam Fatima Al-Masumeh di Qom, Iran. Lauren yang juga merupakan ipar kepada bekas Perdana Menteri Britain iaitu Tony Blair, mengakui yang Islam telah mengajarnya menjadi seorang ibu, wanita, sahabat dan muslimah yang lebih baik. Keputusan beliau untuk memasuki Islam mendapat liputan hebat media massa pada pertengahan September 2010 lalu. Saksikan perjalanan hidup Lauren Booth yang telah berhijrah kepada agama Islam ini dalam "My Journey To Islam: Lauren Booth".

KU HIJRAHKAN DOA
15 November 2012, 12.30 tengahari
Ianya mengisahkan tentang dua beradik yatim piatu yang mempunyai karektor dan tahap pemikiran yang berbeza. Saiful, abang kepada Kamarul merupakan pelajar pintar. Kamarul pula mempunyai masalah sukar mengingati sesuatu sejak lahir. Saiful berjaya melanjutkan pelajarannya ke luar negara manakala Kamarul hanya setakat lulus dan duduk di kampung. Saiful berjaya dalam kehidupannya dan menganggap kejayaannya adalah hasil dia rajin berdoa dan doanya sentiasa dimakbulkan Tuhan. Sayangnya, apabila sudah berjaya, dia menjadi lalai. Tidak lama kemudian Kamarul meninggal dunia. Ketika mengemas rumah pusaka mereka, Saiful terjumpa secebis kertas yang sering dibaca oleh Kamarul ketika berdoa. Saiful terharu dan menangis apabila mengetahui bahawa selama ini, berkat doa adiknya lah yang membuatkan dia berjaya.
Pelakon: Zamarul Hisham, Bell Ngasri, Abu Bakar Omar dan Qiestina Sazali

ADIK TANYA USTAZ – SOLAT
14-16 November 2012, 7.30 petang
Menerusi program ini, kita dapat lihat bagaimana Ustaz Safwan menjawab persoalan adik-adik yang menyentuh tentang solat. Antara soalan yang bakal diajukan oleh adik-adik comel ini ialah persoalan, mengapa perlu menghadap kiblat semasa solat? Apakah yang perlu kita lakukan jika terlupa berapa rakaat yang telah dikerjakan semasa sedang solat? Setiap hari kita menyembah Allah, tapi di manakah Allah sebenarnya? Dan, mengapa kita perlu solat sehari semalam 5 waktu? Ikuti kupasan ringkas dan menarik bersama beliau.

TANYALAH USTAZ – BERHIBUR DALAM ISLAM
16 November 2012, 7.00 pagi
Ikuti kupasan daripada Ustaz Haslin Baharim mengenai hiburan. Bolehkah kita berhibur di dalam Islam, dan jika boleh apakah garis panduan Islam tentang berhibur? Sejauh manakah hiburan itu masih mengikut syariaat Islam dan apakah yang akan menyimpangkan sesuatu hiburan itu daripada Islam? Bagaimana jalan terbaik untuk mencari hiburan tetapi nmemberi faedah kepada jiwa, akal dan nurani? Jangan lupa untuk bersama kami di dalam Tanyalah Ustaz siaran khas sempena Maal Hijrah ini.

TANYALAH USTAZAH – MENCINTAI ALLAH
16 November 2012, 11.30 pagi
Kita akan bersama Ustazah Dr. Nadzirah sempena siaran khas Tanyalah Ustazah edisi Awal Muharram kali ini dengan topik "Mencintai Allah". Ustazah Dr. Nadzirah akan menceritakan kepada penonton setia TV9 tentang asas kehidupan seseorang muslim. Mencintai Allah perlulah melebihi cinta kita kepada perkara lain. Fahamkah kita apakah itu mencintai Allah? Sejauh manakah adab, perbuatan dan amalan seharian kita mencerminkan rasa kita kepada sang pencipta, Allah SWT? Untuk mendapat jawapan lanjut, jangan lupa untuk bersama kami pada jam 11.30 pagi nanti.

HIJRAH KARMILA
16 November 2012, 12.30 tengahari
Tele-filem penuh keinsafan ini menceritakan tentang Karmila, seorang bekas banduan, telah keluar daripada penjara setelah menjalani hukuman selama 5 tahun. Karmila berusaha untuk melupakan kisah silamnya dan pulang ke kampung. Karmila gembira dapat melihat ibu dan anaknya yang kian membesar. Sejak pulang ke kampung, pelbagai penghinaan dan tohmahan telah dilemparkan kepadanya terutamanya daripada Linda yang sememangnya irihati melihat kebahagian Karmila. Hassan, seorang pemuda kampung yang baik budi pekerti, telah melamar Karmila. Linda semakin iri hati kerana dia menaruh hati kepada Hassan. Kebahagian Karmiola bertahan hingga tiga bulan sahaja kerana Hassan meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Karmila mengambil keputusan untuk meninggalkan kampung bagi mencari ketenangan. Selepas dua tahun, Karmila pulang ke kampung dan membawa pulang anaknya Haziq dan Fatihah. Linda telah menuduh Karmila membawa pulang anak luar nikah. Namun, suatu hari, terbongkar rahsia apabila Linda ditangkap khalwat dengan suami orang. Kejadian ini memberanikan Karmila membuka suara mengatakan anak yang dibawanya itu adalah anak luar nikah Linda yang dihantar ke Pusat Kebajikan tempat Karmila bekerja selama ini.
Pelakon : Lisdawati, Fadilah Mansor, Amyza Aznan, Heriyanto dan Shah Iskandar.

ISTIQAMAH
15 November 2012, 8.30 malam

Semenjak suaminya sakit kerana diserang sakit jantung, Suriati mengambil alih tugas suaminya demi mencari sesuap nasi dan menampung perbelanjaan keluarganya. Suriati juga terpaksa berhutang dengan 'along' untuk merawat suaminya. Kedua-dua anaknya Dewi dan Liana juga sering lewat membayar yuran sekolah. Pelbagai kesusahan dilalui Suriati namun dia tetap istiqamah dalam menjalankan tanggungjawabnya. Suriati juga dicemburui oleh Raziah yang irihati dengan perniagaan kuihnya yang sentiasa laris dan digemari ramai, sehinggakan dia sanggup meletak racun dalam kuih yang disediakan Suriati. Suriati telah dituduh membunuh apabila salah seorang pelanggannya mati kerana keracunan. Hidupnya semakin sukar apabila tuan rumah, Puan Rina mula menuntut sewa ruma tanpa perasaan belas sehingga sanggup merampas barangan berharga milik Suriati. Apakah Suriati akan terus istiqamah setelah dihimpit pelbagai dugaan?
Pelakon: Sherlie Merlis, Zul Huzaimy dan Roy Azman.

HALAQAH: DARI GELAP KEPADA TERANG
16 November 2012, 10.30 malam
Kali ini Halaqah mengimbas kembali penceramah agung dari pentas Nusantara iaitu Allahyarham Abdul Malik bin Sheikh Abdul Karim bin Sheikh Muhammad Amrullah atau lebih dikenali dengan panggilan Buya Hamka. Tokoh agama besar kesayangan nusantara ini telah kembali ke ramahtullah pada 1981. Hasil suntingan rapi yang dipetik dari siri ceramahnya yang telah disampaikan 35 tahun lalu semasa beliau di Jakarta, penonton berpeluang menikmati isi dan persembahan tokoh serba boleh ini yang jarang-jarang didengari. 'Buya Hamka' Maka merupakan ulama besar nusantara dan telah dianugerahkan dengan gelaran Doktor Kehormat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974 dari Perdana Menteri Malaysia ketika itu Allahyarham Tun Abdul Razak.

Selamat menonton!

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Kem Hijrah Remaja & Malam Penghayatan Maal Hijrah
  • RTM Siar 3 Dokumentari Sempena Maal Hijrah 1432
  • Tasha Aziz, Hasnul Rahmat dalam Telemovie Tempatkan Dia Di Syurga
  • Bidadari Dari Raudhah Dan Niat Hawa
  • Remy Ishak, Sabrina Ali, Rozita Che Wan dalam Masihkah Ada Sinar
  • Drama Nasuha & Hati Yang Mengerti
  • Sekitar Majlis Sambutan Awal Muharram Suria FM
  • Drama Terbaik Hayati Maal Hijrah di TV2
  • Senarai Program TV Sempena Maal Hijrah 1433H
  • Tokoh Malaysia dalam Jurnal Ikon Selangorfm
  • Gambar Siti Nurhaliza di Konsert Gambang Kuantan Pahang

    Posted: 14 Nov 2012 09:33 AM PST

    HOME | Arkib | Tentang Penulis | Hubungi | XML Sitemap | Advertise | Disclaimer | Subscribe | Add to bookmark (Ctrl+D)

    © 2007 - 2012 Budiey.com (Sensasi Selebriti)

    Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)

    Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.

    Sensasi Selebriti dijana oleh WordPress 3.4.2