OHBULAN! |
11 Foto Fizo Omar Bercuti Ke Bangkok Posted: 13 Nov 2012 10:16 PM PST Pada 8 November lalu Fizo Omar dikatakan telah bercuti ke Bangkok, Thailand bersama krew Air Asia selama lima hari. Sepanjang berada di Bangkok, Fizo telah sempat merakamkan beberapa foto kenangan untuk dikongsikan bersama peminat-peminatnya di Malaysia. Kesemua foto tersebut telah dimuat naik menerusi laman Instagram dan Twitter miliknya sendiri. Jom lihat beberapa foto Fizo Omar sepanjang berada di Bangkok selepas ini : |
Posted: 13 Nov 2012 08:35 PM PST Walaupun dia kini sedang sibuk dengan peperiksaan SPM , tetapi itu bukan lah penghalang baginya untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni muzik tanah air. Karier Najwa Latif nampaknya telah disusun dan dirancang dengan berterusan. Najwa Latif yang terkenal dengan lagunya 'Cinta Muka Buku' kini bakal menggegarkan Singapura. Dia yang akan tampil membuat persembahan pada 21 Disember nanti di Singapura, sempena cuti yang panjang selepas tamat peperiksaan SPM, pastinya inilah peluang untuk dia terus bergerak aktif dalam dunia seni muzik tempatan dan melebarkan sayap di luar Malaysia. Persembahan ini adalah salah satu paltform bagi menunjukkan kehebatan serta auranya yang melebar sehingga ke Singapura. Turut menampilkan kumpulan Iamneeta dan juga sebuah kumpulan daripada Singapura iaitu Aryan Band bagi menggamitkan lagi konsert. Dengan kehadiran kumpulan jemputan ini, dapat menarik minat peminat Najwa untuk datang menyaksikan konsert, malah mengenali dua buah kumpulan ini yang tidak kuarang hebatnya Bertempat di The Joyden Hall@Bugis, 500 tempat terhad menunggu para peminat yang bertuah kerana mereka antara yang pertama menyaksikan 'showcase' sulung Najwa Latif ini. Tiket-tiket boleh di dapati dengan harga bermula dari $57, $67, dan $77 di laman web www.apesnap.com/event/najwalatif. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |