Adsense

Isnin, 26 November 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Datuk Aziz Satar Dan Bekas Isteri Sepakat Rujuk Semula

Posted: 26 Nov 2012 12:21 AM PST


Sekitar bulan Jun yang lalu dunia hiburan dikejutkan dengan gosip penceraian Datuk Aziz Satar dan isterinya, Datin Hashimah Delan.. Namun gosip tersebut dinafikan oleh beliau dan mengakui yang rumah tangga mereka masih baik dan tiada ada sebarang masaalah..

Lain cerita pula hari ini sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa Datuk Aziz Satar mengaku sudah bercerai dengan isterinya sekitar sembilan bulan yang lepas dan kini sedang dalam proses untuk merujuk kembali isterinya secara sah di mahkamah…. Datuk Aziz Satar dan bekas isteri telah bersepakat untuk rujuk kembali setelah masing-masing memperoleh persefahaman diantara mereka.

Tegas Datuk Aziz Satar lagi, beliau meminta agar semua pihak tidak memperbesarkan hal ini dan menganggap perselisihan antara suami dan isteri merupakan asam garam hidup berumah tangga.

"Perkara ini tidak perlu lagi diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai. Perselisihan kecil yang berlaku itu adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga dan semua orang melaluinya.

"Semuanya telah selesai dengan baik, kami bersepakat untuk merujuk semula perkara ini secara sah di mahkamah dalam masa satu atau dua hari lagi," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Gambar Anak Sulung Nabil Raja Lawak

Posted: 25 Nov 2012 02:21 PM PST


Tahniah MyGosip ucapkan buat Nabil Raja Lawak kerana isterinya, Nazirah Ayub telah selamat melahirkan anak sulung buat pasangan ini pada pagi Ahad (semalam) kira-kira jam 8.40 pagi.. Bayi perempuan pertama Nabil yang seberat 2.67kg ni dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean di Klinik Umra, Shah Alam selepas isterinya mengadu sakit sekitar jam 3 pagi semalam…

Nabil yang terharu dan bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya turut terkejut kerana anak perempuan yang belum diberikan nama ini dilahirkan tiga minggu lebih awal dari tarikh jangkaan isterinya bersalin, iaitu pada pertengahan bulan Disember depan…

Tahniah sekali lagi buat Nabil dan isteri atas kelahiran anak pertama mereka.. Apa-apa pun jom kita layan beberapa keping gambar baby girl Nabil kat bawah ni…