Adsense

Isnin, 26 November 2012

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


(Gambar) “Ini Cara Kami Cegah Maksiat”

Posted: 25 Nov 2012 09:45 PM PST

1 Foto Studio expired on 31 November 2012
Dalam keadaan banyak pasangan remaja terus leka bercinta, Mohd. Fahmi Mohd. Alias, 18, dan Nur Fazira Saad, 12, mengambil jalan nekad dan berani untuk berkahwin bagi menguji sejauh mana kesetiaan mereka menghadapi cabaran hidup bersama.

Mereka telah dinikahkan oleh Imam Masjid As-Sobirin Padang Cina di sini, Mohd. Nazar Husain pada 17 November lalu sebelum mengadakan majlis kenduri yang dihadiri kira-kira 200 tetamu di rumah pengantin lelaki di Kampung Naga Lilit di sini semalam.

Menurut Mohd. Fahmi, perkahwinan adalah jalan penyelesaian terakhir bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

"Saya berkahwin awal bagi mengelak timbul perkara buruk. Ini cara terbaik untuk kami mencegah maksiat," katanya yang bersyukur keluarga isterinya memberi keizinan kepada mereka untuk bernikah.

Mohd. Fahmi yakin pendapatannya sebanyak RM1,000 sebulan hasil bekerja membantu bapanya menguruskan kebun kelapa sawit cukup untuk menampung kos kehidupan bersama Nur Fazira.

Isterinya itu yang akan mencapai usia 13 tahun pada 24 Disember ini pula yakin mampu melaksanakan tanggung jawab baharu sebagai isteri.

"Apa yang penting ialah kasih sayang. Pasal anak kami belum fikirkan lagi," katanya.

Sumber

Comments

comments

(Gambar) Ibu Muat Naik Gambar Dia Bagi Bayi Minum Bir Singapura

Posted: 25 Nov 2012 09:39 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Ibu Muat Naik Gambar Dia Bagi Bayi Minum Bir Singapura. Ibu ini kelihatan memberi anaknya minum Carlsberg dan gambar ini pula dimuat naik ke dalam FB.. Memang seorang ibu yang sangat prihatin.