Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
KFC ZINGER DOUBLE DOWN Jadi Fenomena Posted: 07 Oct 2012 09:28 AM PDT Bila Budiey rasa lapar sangat, Budiey rasa nak makan 'something' yang lazat yang tengah hangat kat pasaran sekarang. Baru puas hati. Selalu sangat makan nasi pun jemu jugak, betul tak? Rasanya, tak ada yang paling hangat diperkatakan sekarang ini, selain KFC Zinger Double Down yang boleh didapati di restoran KFC mulai 25 September yang lalu. Tak hairan kalau nama burger ni jadi trending kat Twitter. Ramai sangat yang bercakap pasal kelazatan burger baru ni. Budiey antara yang bertuah dapat mencuba dan merasai kesedapan KFC Zinger Double Down ini semasa singgah di sebuah restoran KFC kat Pavilion KL. Tak pernah Budiey bayangkan wujudnya burger yang tidak diperbuat dari roti langsung yang mana roti tu ditukar sepenuhnya oleh daging ayam! Mungkin sebab tu lah diberi nama 'Double Down' tu kot. Sedangkan bila kita sebut 'burger' je, pastinya 'roti' tak dapat dipisahkan seperti irama dengan lagu yang juga tak dapat dipisahkan, haaa… seperti jugalah roti dan burger, kedua-duanya saling berduet bersama. Anda bayangkan, bagaimanakah rasanya bila burger tebal dihimpit dengan dua keping daging ayam dan ditengahnya pula ada sos keju yang sangat juicy, mayonis, kepingan keju dan crispy chicken strip. Itulah keunikan sebenar KFC Zinger Double Down! Rasanya? Wooooooaaahhh…. Budiey dah pun cuba wey. Sedap betul lah! Entah dari mana idea ini datang, Budiey tak pasti. Apa yang Budiey tahu, KFC Zinger Double Down ni sangat terkenal di negara Amerika Syarikat di mana dilancarkan pada 12 April 2010. Burger dah pun menjadi satu fenomena luar biasa di negara luar seperti Kanada, Amerika Syarikat, Filipina dan terbaru di Singapura… dan Budiey rasa tak mustahil burger ini juga akan jadi kegilaan dan fenomena luar biasa untuk warga Malaysia pulak. Semasa pertama kali mencubanya, Budiey dapati daging ayamnya tebal dimasak ranggup (crispy) sedangkan Budiey memang tak suka dengan crispy. Kalau nak tahu, Budiey gemar dan selalu makan ayam original dari KFC. Ia betul-betul dibuat untuk lelaki kacak macam korang semua. Ia packed dengan daging dan untuk penggemar daging, pastinya burger ini sangat tepat untuk hidangan korang! Tapi, apa yang Budiey rasai masa tu… Keenakan yang tiada tolak banding ayam ranggup (crispy) yang ada pada burger ini sudah cukup membuatkan Budiey gemar dengan kelazatannya yang cukup istimewa. Habiskan satu hidangan burger ni, ambil masa yang agak lama sebab Budiey nak merasai keenakkannya sepuas-puasnya. Satu hidangan burger ni dah cukup buat Budiey rasa kenyang sampai ke malam. Bukan apa, tengoklah sendiri, ada dua keping daging yang tebal tu. Jumlah kalori pula sebanyak 540. Bagi Budiey, masa makan burger ni, Budiey tak letak sos pun. Rasanya tak perlu letak sos cili sebab rasanya dah enak pun. Tapi kalau korang nak kasi pedas, boleh je letak sos cili atau sos tomato. Mmm… kalau ada daging original pun best gak. Jadi, pelanggan ada dua pilihan. Tampil dengan tagline – ALL MEAT, ALL MAN sudah cukup memberi gambaran pada Budiey yang burger ini ditujukan kepada lelaki dan menggambarkan pada pelanggan KFC sendiri yang mana burger ini diperbuat sepenuhnya dengan daging ayam. Ya, jangan harap nak ada roti masa beli burger ini. Itu yang membezakan burger ini dengan produk lain. Tapi jangan percaya dengan tagline tu ya sebab kaum hawa dan perempuan kat luar sana pun boleh merasainya. Budiey percaya, pelanggan sasaran untuk burger ni adalah kaum lelaki yang berusia 18 hingga 29 tahun. Bukan apa, burger ini diperbuat khusus untuk kaum lelaki adalah kerana ia dapat memberikan kepuasan kepada selera lelaki yang suka makan daging yang banyak. Haaaa… baru puas hati, betul tak? Jangan pula, anda cuba nak memandai minta letak roti masa order burger ni kat KFC. Memang tak ada roti langsung ya! Apa-apa pun, untuk info lanjut, jangan lupa layari layari www.kfc.com.my dan LIKE https://www.facebook.com/KFCMalaysia Korang mesti tertanya-tanya berapa RM burger ni dijual di KFC kan? Okay, bak sini Budiey nak habaq mai… Untuk ala-carte, harganya RM8.40 sahaja. Tapi sekiranya korang minta combo yang didatangkan bersama reg drink, harga untuk satu set ialah RM10.50. Tak cukup lagi, anda boleh tambah RM2 untuk upgrade kepada minuman bersaiz besar disertakan sekali dengan reg fries atau reg wedges. Burger yang sangat unik ini dijual di seluruh cawangan KFC ya. Budiey dah cuba satu hari tu, dan rasa nak pergi lagi untuk cuba lagi. Untuk anda yang tinggal di Semenanjung Malaysia, anda boleh dapatkannya sekarang (untuk masa yang terhad sahaja). Amacam? Korang mesti dah tak sabar-sabar kan? Walaweh! Tunggu apa lagi, jom serang KFC dan 'order' KFC Zinger Double Down sekarang! Ya, sekarang sebab burger ni disediakan untuk masa yang terhad sahaja dan sementara stok masih ada! Kenalah dengan tagline KFC… So Gooooooooood! (sambil buat sign thumbs up!) No tags for this post.Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |