Kosmo Online - Hiburan |
Saya sebuah jenama - Nazim Othman Posted: Saya sebuah jenama - Nazim OthmanMEMACU pengaruh dan sudah mampu membikin hati peminat cair, Nazim Othman memang layak digelar hero televisyen. Membina nama sejak awal tahun 2011, kedatangan pemilik nama sebenar Nushrul Alif Othman ke bidang lakonan sebenarnya sudah bermula sejak tahun 2008. Ketaranya, pelakon kelahiran Skudai, Johor itu memanggil pesona menerusi drama-drama rantaian popular yang berjaya menjana saham di hati penonton. Mengintai sari kepada perdu pendirian yang mendedikasikan dirinya tampil yakin sebagai sang aktor, Nazim mengambil satu falsafah sebagai kunci peribadinya. "Saya juga penulis, saya tulis matlamat hidup saya. Apa yang sedang saya capai tahun ini adalah apa yang telah saya tulis tahun lepas. "Saya catatkan setiap kemahuan saya di atas kertas dan berusaha sehabis baik untuk memenuhi kemahuan itu. "Alhamdulillah, sebahagian yang dilihat pihak luar terhadap diri saya hari ini, sebahagiannya telah menepati apa yang saya cita-citakan," duta jenama jam tangan antarabangsa, Ellesse itu menyusun patah kata. Sesuatu yang menarik terluah daripada ulas senyumnya, kata Nazim, percaturannya memasuki bidang popular bukan hanya mahu dibayar upah atas kerja lakonan yang dibuat. "Saya letakkan diri saya bukan hanya sebagai pelakon tetapi sebagai ahli perniagaan. Saya berniaga bakat dan imej yang saya bawa kerana saya juga sebuah jenama. Sebab itulah saya kena tertib dan menjaga gaya. Saya tidak boleh tampil selekeh. "Bila-bila masa juga orang boleh merakamkan gambar saya dan menyebarkan kepada umum. Dibuatnya gambar itu diambil dalam keadaan tidak sepatutnya, sekelip mata sahaja apa yang saya bina boleh musnah," ujarnya yang tidak akan sesekali memakai selipar atau berseluar bermuda walaupun untuk keluar bersantai. "Lainlah kalau saya pergi mandi laut atau bercuti di pulau. Lagipun tak salah untuk jadi seorang bergaya. Kawan-kawan pun gelarkan saya 'mat smart'. Saya okey sebab untuk berjaya pun seseorang itu harus tampil smart," meletus ketawanya di situ. Acuan pelakon Korea Memasuki topik lakon, bekas pramugara yang mencuri perhatian dengan karakter Bazli dalam Dejavu Di Kinabalu serta Shamiel (Kau Yang Terindah) itu diminta memberikan sedikit prakata. Kerja lakonannya boleh dipuji dan penghayatan yang diberi sedikit sebanyak melonjakkan nama Nazim sendiri. Sedar bahawa setiap individu pasti ada rujukan kerja, wajah yang dilihat semakin mendapat kepercayaan pengarah wanita, Erma Fatima itu ditebak tentang corak "Sebenarnya, sehebat mana pun metod lakonan oleh pelakon-pelakon besar di luar sana, pokok pangkalnya terpulang kepada kejujuran dan penerimaan penonton. Membawa dan memberi emosi yang tepat. "Saya pula peminat cerita Korea, nampak sahaja drama seram atau filem Korea yang menarik, saya akan cari versi cakera video digital (DVD) berkenaan untuk ditonton berulang-ulang di rumah.
"Saya suka stail lakonan mereka yang subtle (licik), halus tetapi tidak keterlaluan. Lakonan mereka seperti tiada perasaan tapi saya dapat rasa impak itu dalam kerja saya. "Saya juga sanggup keluar belanja sendiri untuk beri gaya kepada karakter saya. Saya beli enam pasang sut untuk drama Dejavu Di Kinabalu. Mahu dihargai "Kiranya drama itu eksperimen saya untuk jadi pelakon yang subtle. Ada sebab saya buat begitu. Saya tahu nama saya tidak sekuat Aqasha, Tiz Zaqyah pula sangat hebat. "Jadi, saya kena pastikan kewujudan saya dirasai," katanya yang bakal menjadi sandaran Erma Fatima untuk beberapa naskhah akan datang. Tidak termasuk teater Tun Dr. Siti Hasmah yang sudah memulakan rejim latihan minggu lalu, Nazim bakal muncul dalam telemovie Tersalah Cinta dan Bayang Rindu serta sekali lagi sudah diikat untuk drama episod Bukan Untukmu siaran TV9. Semuanya bawah tangan Erma Fatima sebagai pengarah. "Saya rasa dia (Erma) sedang baca karakter saya. Tak tahulah, tapi tiada apa-apa istilah, rasanya memang begitu cara dia bekerja," ulasnya saat diusik sebagai anak emas pengarah berkenaan. Dalam fasa mengukuhkan pengaruhnya juga, Nazim mengakui semakin mencapai rentak selesa di layar kaca. Di sebalik perasaan itu, ada kebimbangan bersarang di hati. Dia dipaksa melompat ke satu dimensi yang selama ini tidak pernah dilalui sejak bergelumang dengan lakonan. Letak tepi soal tidak pernah berlakon filem kerana bagi Nazim, interpretasi karya seni itu belum sedia untuk dilangkahinya. Fokusnya kepada teater dan lebih hebat lagi, watak yang dilakonkannya itu bukanlah satu watak sembarangan. "Walaupun saya hanya bawa wataknya ketika muda, tetap itu watak Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau bekas Perdana Menteri Malaysia dan beliau masih hidup. Saya tidak mahu dimalukan dengan lakonan sendiri dan saya tidak mahu bekas pemimpin yang disayangi negara itu berasa malu dengan lakonan saya. Menyerah kalah "Saya terbiasa bermain dalam ruang yang kecil. Jadi, semasa mula-mula berlatih, saya masuk dengan rasa sangsi. Saya sudah goyang dan takut bahkan pernah angkat tangan menyerah kalah kerana saya tak mampu nak teruskan. "Teater bagaimanapun berikan kekaguman kepada saya. Saya semakin menghormati pelakon-pelakon teater dan sekarang saya sedang ambil peluang itu," katanya yang buat kali pertama bakal muncul sebagai pelakon teater di Istana Budaya, November nanti. Mengalir tanpa dirancang, ungkapan law of attraction yang boleh didefinisikan sebagai hukum tarikan menyelinap tanpa sedar. Ia menjadi topik menterjemahkan daya intelek yang membentuk personaliti Nazim ketika ini. "Saya tertarik dengan novel The Secret, ia bercerita tentang law of attraction. Mula-mula saya tengok versi DVD kemudian saya beli pula versi novel. "Sekarang baru saya faham apa yang diperkatakan oleh buku itu. Ia tentang pemikiran positif. Percaya kepada kata hati tapi dalam waktu sama, kata hati itu harus berada di jalan yang betul," kekasih dramatis pelakon Bella Dally itu memberi petunjuk tentang cara pemikirannya. Hasil daripada hipotesis yang dilakukan, dia percaya dalam kehidupan ini, manusia dipengaruhi oleh aura. "Setiap perkara yang kita rasa, negatif atau positif, ia akan berbalik semula kepada diri kita. Sebab itulah saya semakin berhati-hati dengan apa yang saya rasa. Saya kena kawal diri, kawal rasa. MINAT kerja pelakon Korea, Nazim ambil inisiatif untuk membawa karakter lakonan secara subtle iaitu natural, halus serta tidak keterlaluan. "Ia termasuklah dari semua segi. Saya cuba kawal perkara berkenaan saya, kerja, duit, penampilan, pakaian serta publisiti. "Saya juga semakin terbuka dengan apa jua kritikan, kerana bagi saya hidup ini pendek. Saya mahu bahagia menjadi diri saya sekarang," katanya panjang lebar. Berhenti sebelum terlebih, Nazim membayangkan satu kejutan yang bakal berlaku dalam hidupnya. Ia sebagai lanjutan kepada pengukuhan jenamanya yang bakal dilancarkan tahun depan. | ||
Posted: Iqram lupakan dunia glamorDUA kali diberikan kepercayaan untuk mengajak peminat bercuti ke luar negara, Disember nanti Iqram akan ke Korea pula. PERNAH suatu ketika, melihat wanita yang tidak menutup aurat pun boleh mendatangkan rasa berdosa buat dirinya. Perasaan yang tiba-tiba melintas itu membuatkan dirinya berasa tidak selesa. Tidak sekadar didatangi perasaan pelik yang langsung tidak pernah dibayangkan olehnya, pelakon yang popular dengan imej metroseksual itu bagaimanapun mengakui: "Rasanya imej saya sekarang tidak mendatangkan masalah. Asalkan bersih, kemas dan menutup aurat. Masa mula-mula didatangi perasaan mahu berhijrah dahulu, saya lagi teruk". "Saya pernah rasa nak muntah bila pakai minyak wangi, tolak ajakan ke acara hiburan. Tengok perempuan tak tutup aurat pun rasa berdosa. Benda-benda begitu juga buat saya jadi takut dan paranoid jika memikirkan saya masih belum belajar untuk kembali kepada fitrah," jelas Iqram Dinzly saat merungkaikan situasi emosinya yang sedang dalam fasa perubahan sejak Ramadan lalu. Ramadan lalu juga, Iqram pernah menyertai komuniti Fitrah yang ditubuhkan oleh beberapa orang artis lain yang mempunyai misi untuk belajar dan mendalami ilmu agama dengan lebih luas. Jelas Iqram juga, selama beberapa bulan ini, dia menolak semua tawaran berlakon kecuali membuat penampilan istimewa dalam drama episod, Julia yang kini ditayangkan di TV3. "Sekarang saya cuma terlibat dengan Jalan-Jalan Cari Makan. Saya terlibat dalam Julia pun hanya untuk dua hari penggambaran sahaja di Korea. Selebihnya saya hanya tolong-tolong bahagian penerbitan. "Lepas pulang dari Korea, barulah saya dapat rasa semula Iqram Dinzly yang dahulu, tapi masih keliru dan masih banyak benda yang saya perlu belajar. Pernah sewaktu bulan puasa lalu saya berhasrat untuk berhenti daripada bidang lakonan," katanya. Secara sedar, Iqram menyifatkan peralihan kerohanian yang sedang berlaku terhadap dirinya seiring dengan peningkatan usia. "Setiap orang ada zaman hitam, zaman nakal dan buat semua perkara ikut perasaan dan hanya memikirkan keseronokan. Saya pernah lalui fasa itu tapi sekarang, walaupun saya cuba untuk berhibur dengan cara pergi ke kelab malam, saya sudah tiada perasaan. Akhirnya baik lepak di luar kelab sahaja," jelas Iqram yang masih mencari jawapan menterjemah kitaran hidupnya ketika ini. Di sebalik hilang keterujaan untuk bersama rakan-rakan seperti dahulu, Iqram bersyukur kerana nikmat duniawi sebegitu yang ditarik oleh Allah SWT, itu nikmat yang tidak sepatutnya ada dalam diri saya pun. Saya juga tidak kesal kerana semua itu pasti satu pengalaman berguna buat saya." Tambah Iqram: "Saya tidak mahu bercakap banyak, takut orang salah anggap. Rasanya, apa sahaja yang akan berlaku kepada saya, semuanya akan berperingkat-peringkat. Saya juga terfikir soal jodoh dan serah hal itu kepada ibu bapa saya. Biar mereka cari jodoh yang sesuai untuk saya." Bercerita panjang soal gaya hidup yang semakin tenang ketika ini, Iqram baru sahaja dilantik sebagai ikon pelancongan Korea Winter Ski & Menjejak Lokasi-Lokasi Hebat Drama Korea anjuran Safirgotravel.com, Selasa lalu. Pengarah Jualan dan Pemasaran Safirgotravel.com, Muhamad Abd. Latif menjelaskan, pemilihan Iqram sebagai ikon pakej dibuat berdasarkan keselesaan bekerjasama dan sikap peramah Iqram sendiri. "Ini adalah kali kedua Iqram dipilih untuk mengikuti pakej pelancongan kami. Tahun lepas, Iqram jadi duta pakej kami ke Turki. "Kami berpuas hati dengan sikapnya yang peramah dan rajin melayan kerenah delegasi yang lain. Dia bukan jenis sombong atau buat hal sendiri. Jadi, kami fikir kenapa tidak dia diberi peluang sekali lagi," kata Muhamad berharap penampilan Iqram yang menambah nilai pakej yang bernilai RM4,299 hingga RM4,968 untuk seorang itu. Mengulas pelantikan itu, Iqram sendiri berasa agak terkejut bagaimanapun gembira kerana masih diberi kepercayaan pihak agensi pelancongan terbabit. "Saya pun baru sahaja diberitahu tentang perkara ini. Sebenarnya ia agak mengujakan sebab ia bakal jadi percutian pertama saya lokasi bersalji. Saya ke Korea untuk Julia pun sewaktu musim panas. Apa yang boleh saya lakukan ialah mengajak dan mempromosikan pakej itu seluas-luasnya menerusi Twitter dan Facebook kepada peminat saya," beritahu Iqram berhubung percutian ke lebih 15 lokasi hebat di Korea Selatan menjelang 5 hingga 10 Disember nanti. Antara lokasi yang bakal dilawati dalam pakej terhad untuk 60 orang itu termasuklah Incheon, Pulau Nami, Petite France dan Sungai Han, Ski Resort, Menara Seoul dan Muzium Teddy Bear. | ||
Posted: Tempoh sukar AIM19BARISAN karyawan dan pemuzik tempatan yang bakal beraksi di pentas AIM19 pada 17 November nanti. ANUGERAH Industri Muzik Ke-19 (AIM19) dilihat masih berdepan kesukaran untuk memadamkan skeptikal kesilapan insiden salah kira yang sungguh memalukan pada penganjuran tahun lepas. Berusaha melakukan banyak perubahan, paling ketara menerusi pemilihan hanya juri profesional yang berhak menghakimi karya yang dicalonkan, AIM19 juga melantik KPMG sebagai juruaudit baharu menggantikan juruaudit sebelum ini, Ernst & Young. Rabu lalu, AIM19 kembali menarik perhatian sebaik sahaja mengumumkan senarai lima teratas pencalonan setiap kategori yang dipertandingkan. Paling membikin kejutan apabila AIM19 menyaksikan dominasi Noraniza Idris dalam kategori Lagu Pop Etnik Terbaik menerusi lagu Endang Endong Cintaku Satu, Hari Demi Hari, Kuasa Cinta, Mahligai dan Menarik Hati. Kategori itu terus dibenarkan bernafas dalam AIM19 kerana konsep AIM sendiri yang mengangkat komposer, bukannya penyanyi. Kesemua lagu itu dihasilkan oleh komposer berlainan walaupun kelima-lima lirik ditulis oleh penulis lirik yang sama iaitu Ahmad Fedtri Yahya. Timbul persoalan mengapa perkara ini boleh berlaku dan mengapa pihak Industri Rakaman Malaysia (RIM) tidak menggugurkan sahaja kategori ini jika tidak mempunyai lagu yang layak bertanding. Menjawab persoalan itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM19, Rosmin Hashim berkata, pihaknya tidak menggugurkan kategori ini memandangkan lagu-lagu yang dicalonkan itu bukan digubah oleh seorang komposer sahaja. Sebaliknya, ia hasil ciptaan daripada individu berbeza. "Untuk kategori Pop Etnik, kami hanya menerima lima pencalonan iaitu kelima-lima lagu yang tersenarai sebagai lima calon terakhir itu. "Memang lagu-lagu itu dinyanyikan oleh Noraniza Idris, tetapi ia digubah oleh komposer berbeza. Adalah tidak adil jika kategori ini digugurkan kerana ada lima orang komposer yang layak diberi pengiktirafan," ujar Rosmin. Mengulas lanjut tentang sistem penjurian yang diguna pakai kali ini, Rosmin memberitahu, tahun ini penghakiman dibuat oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam industri muzik tempatan sahaja seperti komposer, penulis lirik, pengarah muzik, penyanyi, penerbit album, pereka kulit album, pengarah muzik video dan jurutera muzik. Tambahnya, tidak mungkin berlaku penjurian berat sebelah kerana pihaknya telah memastikan hanya mereka yang benar-benar layak dilantik menjadi juri. Seramai 57 orang juri yang diketuai oleh Adnan Abu Hassan bertindak sebagai penilai karya AIM19. "Mereka tidak boleh memberikan markah secara berat sebelah. Ini kerana juruaudit akan membandingkan kesemua markah yang diberikan oleh setiap juri. "Jika didapati markah yang diberikan seseorang juri itu tidak seimbang, terlalu tinggi atau terlalu rendah berbanding markah daripada juri lain, secara automatik markah yang diberikan juri terbabit digugurkan," ujar Rosmin. Acara kemuncak bakal berlangsung pada 17 November nanti di Stadium Melawati, Shah Alam, pukul 8.30 malam. Malam AIM19 akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria. - TENGKU SUZANA RAJA HAMAT |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |