Adsense

Ahad, 21 Oktober 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Anugerah Skrin 2012

Posted: 21 Oct 2012 10:54 PM PDT

Semalam berlangsungnya Jelajah di e@Curve. Ramai juga peminat yang datang memberikan sokongan. Tak kurang selebriti juga ada yang bekerjasama untuk mempromosikan Anugerah Skrin kali ini. Gambar sekitar Jelajah akan disiarkan nanti.

Kepada pembaca yang mahu tiket untuk menonton secara langsung di PWTC pada 9 November ini, jangan lupa serta peraduan menang tiket ASK2012 yang akan disiarkan nanti.

Video Sekitar Pelancaran Anugerah Skrin 2012

Pelancaran Anugerah Skrin 2012

Sebelum itu, minggu lalu juga berlangsung Pelancaran Anugerah Skrin 2012. Majlis pelancaran pada petang Rabu itu turut diserikan oleh tiga persembahan iaitu sketsa bertemakan fantasi oleh pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bimbingan pengarah teater Rosminah Tahir dan persembahan nyanyian Misha Omar menerusi lagu Kerana dan Azmi (Majnun).

ASK 2012 yang memasuki tahun ke-14 penganjurannya mempertandingkan 23 kategori meliputi telefilem, drama bersiri, filem dan penerbitan program dalaman stesen-stesen televisyen (TV) yang turut serta.

Ia turut menawarkan dua anugerah khas seperti sebelum ini iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene.

Pelancaran Anugerah Skrin 2012

Kesemua 23 kategori yang dipertaruhkan termasuklah 10 kategori telefilem/drama, tujuh kategori filem dan enam kategori penerbitan dalaman.

Karya-karya yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang ditayangkan di TV dan pawagam mulai 1 Julai 2011 hingga 30 Jun 2012.

Setiap pencalonan adalah berdasarkan catatan jumlah penonton yang diraih mengikut kajian Nielsen Audience Measurement bagi tempoh terbabit.

Sebanyak 18 telefilem, 14 drama bersiri/ rantaian, empat drama komedi dan 34 filem dipertandingkan untuk pencalonan awal.

Selain Awal dan Neelofa, acara karpet merah akan dikendalikan Karl Shafek dan Dynas Mokhtar bersama Juara Pencarian Hos Pantene ASK tahun ini.

Antara barisan artis yang akan membuat persembahan pada malam ASK 2012 adalah , Misha Omar, Hazama, , , Hafiz (AF7), dan .

Gambar Sekitar Pelancaran Anugerah Skrin 2012

Pelancaran Anugerah Skrin 2012

Pelancaran Anugerah Skrin 2012

Dihoskan oleh Ally Iskandar

Pelancaran Anugerah Skrin 2012

Pelancaran Anugerah Skrin 2012

Pelancaran Anugerah Skrin 2012

Pelancaran Anugerah Skrin 2012

Pelancaran Anugerah Skrin 2012

Pelancaran Anugerah Skrin 2012

Pelancaran Anugerah Skrin 2012

Pelancaran Anugerah Skrin 2012

Pelancaran Anugerah Skrin 2012

Pelancaran Anugerah Skrin 2012

Pelancaran Anugerah Skrin 2012

Pelancaran Anugerah Skrin 2012

Pelancaran Anugerah Skrin 2012

Tags: , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Program Jelajah Pencarian Duta Schwarzkopf

Posted: 21 Oct 2012 06:41 PM PDT

PROGRAM JELAJAH PENCARIAN DUTA SCHWARZKOPF MENGEJAR MISI DI INSTITUSI PENGAJIAN TEMPATAN

Jenama penjagaan rambut bereputasi tinggi Jerman, Schwarzkopf, kini membuat pusingan lawatan ke kolej dan universiti tempatan terpilih sekitar Lembah Klang.
Selepas mengumumkan rancangan perniagaan untuk menembusi pasaran runcit dengan menawarkan produk-produk berkualiti tinggi pada harga yang mampu dimiliki kepada pengguna serata negara akhir Mei lalu, jenama ini terus rancak membuatkan kehadirannya dirasai dan mencapai pengguna berpotensi melalui pelbagai pengaktifan aktiviti, salah satu daripadanya aktiviti tapak di kolej-kolej.

Program Jelajah Pencarian Duta Schwarzkopf

Encik Markus Daburger, Pengurus Besar Henkel Beauty Care – Cosmetics Retail, Malaysia & Singapura berkata, mereka sudah merangka satu kempen berterusan yang menyeluruh untuk memperkenalkan produk mereka di dua belas lokasi berbeza bermula 1 Oktober.

"Kami teruja untuk memulakan siri jelajah ini. Inisiatif ini akan berterusan selama hampir dua bulan dan kami menjangka untuk melengkapkannya sebelum akhir November ini. Berinteraksi dengan pelajar dan kakitangan di institusi pendidikan tinggi semasa persinggahan dua hari di tempat mereka pasti menjadi satu pengalaman yang penuh keseronokan. Kami juga menawarkan produk pada harga istimewa," tambah beliau.

Venue yang sudah disahkan adalah seperti berikut:

  1. Taylor's University Lakeside (1 dan 2 Okt)
  2. Universiti Antarabangsa INTI, Subang (3 dan 4 Okt)
  3. Universiti UCSI, Cheras (8 dan 9 Okt)
  4. Akademi The One, Sunway (10 dan 11 Okt)
  5. Kolej Universiti Kuala Lumpur Metropolitan (KLMUC) (15-16 Okt)
  6. Universiti Teknologi Maklumat Asia Pasifik (APU) (17-18 Okt)
  7. Kolej Hospitaliti Universiti Berjaya, Berjaya Times Square (22 dan 23 Okt)
  8. Universiti Sunway (24 dan 25 Okt)
  9. Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya (29 dan 30 Okt)
  10. Kolej Tunku Abdul Rahman (31 Okt dan 1 Nov)
  11. Kemayan ATC (5 dan 6 Nov)
  12. Kolej Metropolitan, Subang (7 dan 8 Nov)

Selain pertandingan jigsaw mudah sebagai sesi tetap bersuai-kenal, Pencarian Duta Schwarzkopf yang lebih sengit adalah tarikan utama bagi peserta untuk mendaftar dan bersaing mendapatkan bekalan satu tahun produk jenama ini. Mereka juga akan mendapat salinan percuma gambar saiz 4R bagi imej baru masing-masing dengan bingkai foto.

Setiap peserta perlu membeli produk ini untuk menyertai pertandingan Pencarian Duta Schwarzkopf 2012.

Mereka yang menaruh harapan akan mendapat dandanan percuma termasuk penggayaan rambut serta tata rias.

Mereka juga akan mendapat salinan percuma gambar saiz 4R bagi imej baru masing-masing dengan bingkai foto.

Seramai 10 personaliti akan dipilih sebagai pemenang berdasarkan slogan kreatif dan perwatakan yang paling tepat menggambarkan jenama untuk membentuk barisan terbaik pencarian bakat.

Untuk siri jelajah ini, Schwarzkopf akan mengetengahkan tiga jenama utama daripada kategori pewarna, penjagaan dan penggayaan rambut.

Antara produk tersebut adalah syampu, perapi dan siri rawatan Extra Care, siri warna rambut Freshlight dan siri penggayaan Got2b.

Produk-produk ini boleh didapati di farmasi, hypermarket dan pasaraya terpilih bermula bulan Jun.

Henkel beroperasi di serata dunia dengan jenama dan teknologi terkenal dalam tiga bidang perniagaan: Pencucian dan Penjagaan Rumah, Kosmetik/Kelengkapan Dandanan Diri dan Teknologi Lekit. Diasaskan pada 1876, Henkel mendahului dalam kedua-dua perniagaan konsumer serta perindustrian seperti Persil, Schwarzkopf dan Loctite. Henkel mempunyai 47,000 pekerja dan mencatatkan jualan 15,605 juta Euro dan keuntungan operasi sebanyak 2,029 Euro pada tahun fiskal 2011. Saham utama Henkel tersenarai di indeks saham Jerman DAX dan syarikat ini turut menduduki senarai Fortune Global 500.

Program Jelajah Pencarian Duta Schwarzkopf

Program Jelajah Pencarian Duta Schwarzkopf

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: