Adsense

Isnin, 29 Oktober 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


11 Foto Cukur Jambul Anak Que Haidar & Linda Jasmine

Posted: 29 Oct 2012 10:27 PM PDT

Pada hari Ahad lalu telah berlangsungnya majlis cukur jambul untuk Tengku Cleopatra Haidar, iaitu anak kepada pasangan selebriti terkenal Que Haidar dan Linda Jasmine.

Majlis telah diadakan di Restoran Songket, Kuala Lumpur.

Menerusi majlis tersebut, pasangan ini turut menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka Tengku Ratu Haidar, 3 tahun.

Berikut merupakan beberapa foto yang telah dimuat naik menerusi laman Facebook Songket Salikin Sidek :

Viral Video: MatLuthfi90 Kembali Dengan Lawak Baru, ‘Drama-Drama Sebelum Kahwin’

Posted: 29 Oct 2012 09:23 PM PDT

Tahukah anda, pengguna Youtube, MatLuthfi90 turut tercalon dalam anugerah 'Shout Aloud Award' dibawah kategori 'Social Media' untuk Shout Award 2012?

Mempunyai lebih 87 ribu pengikut di laman Youtube dan lebih 15 juta jumlah tontonan untuk kesemua videonya, MatLuthfi90 sememangnya seorang yang mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan para pengguna Youtube. Pada 24 Oktober yang lepas, Mat Luthfi sekali lagi memuatnaik sebuah video viral yang bertajuk, 'Drama-Drama Sebelum Kahwin'.

Berdurasi 6.09 minit, video ini menunjukkan tentang situasi-situasi yang berlaku dikalangan masyarakat sebelum berkahwin. Namun, seperti biasa, tak semuanya benar dan Mat Luthfi turut menyelitkan unsur-unsur komedi yang menarik.

Bahagian paling menarik bagi kami ialah cinta Illuminati, bagaimana pula anda? Mari tonton video selepas ini ya!