Adsense

Jumaat, 21 September 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Aktress Filem “Innocence Of Muslims” Saman Penerbit

Posted: 21 Sep 2012 01:48 AM PDT

Menerusi laporan Kosmo Online hari ini, seorang aktress, Cindy Lee Garcia yang berlakon dalam filem "Innonce Of Muslims" telah dikatakan menyaman penerbit filem tersebut atas tuduhan menipu dan memfitnah. Aktress tersebut turut menggesa pihak Google agar mengeluarkan klip video "Innocence Of Muslims" dari dalam talian.

Dalam laporan yang sama, aktress ini telah memfailkan saman pada hari Rabu lalu di Los Angeles dan mendakwa dirinya telah ditipu oleh Nakoula Basseley Nakoula, individu yang bertanggungjawab menghasilkan filem anti-islam. Wanita ini turut mendakwa yang dirinya langsung tidak menyedari filem tersebut mengandungi unsur anti-Islam dan menyatakan skrip yang diterimanya langsung tidak menyebut mengenai Nabi Muhammad SAW.

"Filem ini keji dan patut dikecam. Saman ini bukanlah serangan terhadap hak rakyat Amerika meluahkan apa yang mereka fikir. Saman ini juga menggesa supaya kandungan yang menghina sebegini dikeluarkan daripada internet," kata peguam Garcia, M. Cris Armenta dalam satu kenyataan.

Disamping itu, menurut sebuah laporan Media Australia, sebelum filem tersebut dimuat naik menerusi internet, ia telah diubah suai dan di edit bagi menampakkan yang kononnya Cik Garcia secara sukarela melakukan kebencian terhadap anti-Islam. Selain itu, suaranya turut ditukar bagi memberikan lagi impak menghina Nabi Muhammad SAW.

Dakwaan lain yang di buat oleh Cik Garcia adalah, dirinya menerima banyak ugutan bunuh sejak filem tersebut tersebar di internet. Insiden ini turut memburukkan reputasi dirinya dan membuatkan dirinya merasa begitu malu dan terhina.

Fesyen Jill Stuart, Gangnam X New York Style

Posted: 21 Sep 2012 01:43 AM PDT

Oppa Gangam Style! Satu dunia hangat memperkatakan tentang Gangam Style ini. Manakan tidak, cara gerak tarinya yang unik seperti menunggang kuda itu membuka mata penonton, sehinggakan terdapat banyak Oppa Gangnam Style versi cover diserata dunia.

Baru-baru ini, di laman twitter PSY beliau menyatakan akan berkolaborasi dengan fesyen New York jenama Jill Stuart dalam projek Gangnam X New York Style dengan trademarknya 'Dress Classy, Dance Chessy'.

Jom lihat video klip ini :