Berita Harian: Hip |
Posted: 20 Sep 2012 05:11 PM PDT Fouziah akui masih sedih kematian ayah, kumpul kekuatan aktif semula BIARPUN lebih sebulan bapa kesayangan pergi menyahut seruan Ilahi, Fouziah atau nama penuhnya, Nor Fouziah Mohd Gous, 30, mengakui belum dapat memberi tumpuan kepada kerjaya lakonan. Gadis kacukan Melayu-Pakistan-Cina ini ternyata serba salah kerana masih belum dapat memberi penghayatan 100 peratus dalam watak dilakonkan. Pemergian bapanya, Allahyarham Mohd Gous Ghulam, 76, ke Rahmatullah Ramadan lalu memberi tamparan hebat dalam hidupnya. Menurut Fouziah, selama dua minggu dia tidak keluar dari rumah dan banyak menghabiskan masa bersama keluarga.Tidak beraya "Kira-kira 20 hari saya tidak bekerja dan menangguh segala tawaran lakonan sementara waktu. Bukan itu saja, saya langsung tidak beraya kerana banyak menghabiskan masa di rumah. "Sepanjang tempoh itu, saya banyak menangguhkan kerja. Baru sekarang saya berani tampil di khalayak ramai. Itu pun, saya hanya berlakon telefilem kerana sudah berjanji dengan penerbit," katanya. Fouziah berkata, dia bersyukur penerbit dan syarikat produksi memahami situasi dirinya, namun sebagai pelakon dia masih perlu melunaskan tanggungjawab diamanahkan. Berkampung di Betong Tidak lelah melakonkan watak seram, Fouziah yang menghidupkan watak Sarakit dalam drama bersiri Dendam Sarakit mengakui seronok berkampung lebih sebulan lebih di Betong, Thailand bagi pembikinan drama 13 episod itu. "Tiada gangguan pelik selama saya berkampung di Betong, cuma ada kena kacau secara ringan saja. Perkara merepek belum lagi pernah saya lalui sepanjang menghidupkan watak seram. Bukan nak kata saya tidak serik, tapi ia adalah amanah sebagai pelakon dan saya akan cuba hidupkan sebaik mungkin," katanya ditemui pada sidang media drama bersiri Dendam Sarakit di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya, semalam. Fouziah mengakui cabaran ditempuhinya dalam menghidupkan watak wanita Thailand dengan lenggok percakapan tersendiri. "Berganding pula dengan abang Zain Hamid buat kali pertama, semestinya sebuah pengalaman yang berbeza, apatah lagi saya tidak pernah ke luar negara untuk berlakon lebih daripada sebulan," katanya. Sementara itu, Fouziah yang baru pulang dari Maghribi menjayakan dua telefilem iaitu Jauh dan Siapa Di Hatimu. Berganding dengan Adiputra untuk telefilem Jauh arahan Bade Azmi, akan kembali dengan drama bersiri popularnya, Trilogi Cinta musim kedua mulai 6 September lalu. |
Posted: 20 Sep 2012 05:07 PM PDT Kawal perasaan nyanyi depan Putera William dan Kate Middleton, anggap penghormatan bagi artis baru SUDAH rezeki Asmidar diberi peluang mengadakan persembahan di depan Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isteri, Catherine atau Kate Middleton pada majlis santapan diraja di Istana Negara, Kuala Lumpur sempena lawatan pasangan Diraja England itu ke Malaysia, minggu lalu. Walau hanya mendendangkan sebuah lagu, Dirgahayu Tuanku, kenangan itu masih segar dalam ingatannya apatah lagi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun mencemar duli menghadiri acara itu, selain ramai pembesar negara. Syukur tak gugupMenerima undangan sehari sebelum majlis berlangsung, Asmidar atau nama sebenar Norasmidar Ahmad, 26, memberitahu HIP, dirinya cukup teruja dan pada masa sama, diburu rasa gementar memikirkan bakal menyanyi di depan pewaris takhta Britain dan Yang di-Pertuan Agong. "Sebelum ini, saya pernah menyanyi untuk majlis santapan, cuma perasaan kali ini lebih berdebar kerana akan beraksi di depan tetamu kehormat yang sememangnya ditunggu-tunggu kehadirannya. "Saya juga cuak kerana hanya ada sehari untuk berlatih. Namun, saya membulatkan tekad menyahut cabaran ini disebabkan peluang begini mungkin datang sekali seumur hidup. Syukur saya tidak gugup sebaik menyampaikan lagu," katanya yang diundang bersama penyanyi senior, Datuk Sheila Majid dan Anuar Zain membuat persembahan eksklusif itu. Promosi album baru melalui internet Baginya, lagu Dirgahayu Tuanku cukup unik dan kental nilai keasliannya walaupun terselit elemen kontemporari. "Cabarannya tentu faktor masa, selain kali pertama saya membawakan lagu itu. "Jadi, sebaik menerima pelawaan, saya terus berlatih menghafal. Malah sambil disolek ,saya tetap berlatih berulang kali," katanya yang bernaung di bawah Warner Music ini. Bakal muncul dengan album sulung tidak lama lagi, Asmidar menggunakan landasan teknologi maya untuk mempromosikannya supaya hebahannya lebih menyeluruh. Sedia bertemu peminat Jarang muncul di dada majalah atau akhbar bukan bermakna dia memperlahankan langkah sebaliknya menggunakan alternatif teknologi di hujung jari mengikuti langkah ramai lagi rakan seperjuangan lain. Enggan mengharapkan tuah Biar Sampai Ke Bintang yang melonjakkan namanya atau bergantung kepada syarikat rakaman semata-mata, Asmidar tidak kisah turun padang ke mana-mana lokasi demi bertemu peminat. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |