Adsense

Jumaat, 14 September 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Artis Dibayar Ribuan Ringgit Untuk Burukkan Kerajaan – Zed Zaidi

Posted: 13 Sep 2012 06:48 PM PDT

Artis Dibayar Ribuan Ringgit Untuk Burukkan Kerajaan
Zed Zaidi yang juga Presiden Seniman mendedahkan terdapat segelintir artis yang dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti politik tertentu untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.. Menurut Zed Zaidi artis-artis berkenaan akan hadir dalam ceramah-ceramah anjuran parti politik itu dan mereka akan diberi imbuhan berlipat kali ganda berbanding ketika mereka aktif dalam dunia seni sebelum ini.

"Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni."

"Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,"

Tambah Zed Zaidi lagi, parti politik berkenaan terpaksa menggunakan artis kerana golongan ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam menarik orang ramai menghadiri ceramah mereka.

Malah ujarnya, terdapat juga artis yang terpaksa berbuat demikian untuk mengalih perhatian bagi menutup kisah hitam masing-masing sebelum ini.

"Ada juga artis yang berhijrah tetapi bukannya benar-benar berhijrah sebaliknya sekadar mahu menutup kisah buruk diri yang pernah dilakukan semasa bergelar artis."

"Ia bukan langkah yang bijak sebaliknya mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu sebelum pilihan raya umum sahaja."

"Selepas pilihan raya, saya pasti artis-artis ini akan senyap kerana sudah tiada jemputan untuk mereka sertai ceramah," (Mstar)

Lisa Surihani Tidak Akan Sertai KRU Studios

Posted: 13 Sep 2012 12:23 AM PDT


Apabila Lisa Surihani yang mengesahkan tidak lagi bernaung dibawah Metrowealth (MIG) setelah kontraknya bersama MIG tamat pada 10 ogos yang lalu, ramai yang membuat spekulasi bahawa Lisa Surihani akan menandatangi kontrak bersama KRU Studios.. Lisa Surihani yang dihubungi pihak media menidakkan spekulasi tersebut..

"Saya tidak akan menyertai KRU Studios. Bukan kerana tidak yakin dengan pengurusan mereka . Tetapi saya melihat peluang bergerak sendiri ini sebagai satu peluang untuk saya belajar sesuatu. Saya perlu kukuhkan karier lakonan saya dengan usaha sendiri. Bukan selamanya mengharapkan bantuan pihak lain. Selain itu, saya juga tidak mahu suami saya (Yusry Abdul Halim) melalui konflik kepentingan apabila saya bernaung dengan KRU Studios."

"Kami telah pun berbincang tentang perkara ini, dan kami sepakat adalah lebih baik saya tidak bersama KRU. Keputusan ini sebenarnya telah lama saya buat, iaitu sebelum saya mengenali Yusry lagi. Saya memang sudah merancang untuk tidak menandatangani mana-mana kontrak seandainya kontrak saya bersama MIG berakhir. Bukan soal selesa atau tidak selesa bersama KRU, tetapi saya harus melihat dalam konteks yang lebih besar apabila suami-isteri berada di dalam satu syarikat yang sama" (Gua)

Ada betul juga apa yang dikatakan Lisa Surihani tu.. MyGosip yakin dengan pengalaman yang luas dalam bidang seni, Lisa mampu merencana kerjaya seninya sendiri..